BANK ISLAM BERKONGSI ILMU MELALUI BUKU … · yang terdiri daripada; Perpustakaan Negara Malaysia,...

2
Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22 Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Telefon 03 2088 8000 Faks 03 2781 2998 www.bankislam.com.my BANK ISLAM BERKONGSI ILMU MELALUI BUKU-BUKU RUJUKAN KEWANGAN ISLAM Peruntukan RM57,000 bagi pembelian buku-buku yang disumbangkan kepada 19 Perpustakaan Awam Seluruh Negera KUALA LUMPUR, Rabu, [8 Februari 2017]: Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) memperuntukkan dana zakat berjumlah RM57,000.00 bagi pembelian buku-buku Rujukan Kewangan Islam yang disumbangkan kepada 19 Perpustakaan Awam seluruh negara yang terdiri daripada; Perpustakaan Negara Malaysia, 14 Perpustakaan Awam Negeri dan empat Perpustakaan dibawah Pengurusan Majlis Tempatan. Sebagai institusi perintis kewangan Islam, Bank Islam terus memainkan peranan untuk menggiatkan usaha-usaha pendidikan masyarakat tentang kewangan Islam dengan menyumbang bahan-bahan ilmiah berupa 50 buku kewangan Islam yang diterbitkan oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) untuk perpustakaan- perpustakaan tersebut. Majlis penyerahan buku-buku kewangan Islam ini disempurnakan oleh Encik Khairul Kamarudin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam kepada YBhg. Dato’ Sri Matshah Safuan, Pengerusi Lembaga Penasihat Perpustakaan Kuala Lumpur dan wakil- wakil perpustakaan lain dalam satu majlis yang diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur hari ini. Encik Khairul berkata, “Sehingga kini, penyerahan buku-buku ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempromosikan dan memantapkan pengetahuan mengenai operasi dan asas-asas Syariah dalam sistem kewangan dan perbankan Islam. Dan pada hari ini, kita akan menyaksikan penyerahan buku-buku tersebut kepada beberapa buah perpustakaan antaranya ialah Perpustakaan Kuala Lumpur; Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor; dan Pusat Pembelajaran Kejiranan Perbadanan Putrajaya. SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Transcript of BANK ISLAM BERKONGSI ILMU MELALUI BUKU … · yang terdiri daripada; Perpustakaan Negara Malaysia,...

Komunikasi Korporat Kumpulan

Tingkat 31, Menara Bank Islam

No. 22 Jalan Perak

50450 Kuala Lumpur

Telefon 03 2088 8000

Faks 03 2781 2998

www.bankislam.com.my

BANK ISLAM BERKONGSI ILMU MELALUI BUKU-BUKU RUJUKAN

KEWANGAN ISLAM Peruntukan RM57,000 bagi pembelian buku-buku yang disumbangkan kepada 19

Perpustakaan Awam Seluruh Negera

KUALA LUMPUR, Rabu, [8 Februari 2017]: Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”)

memperuntukkan dana zakat berjumlah RM57,000.00 bagi pembelian buku-buku Rujukan

Kewangan Islam yang disumbangkan kepada 19 Perpustakaan Awam seluruh negara

yang terdiri daripada; Perpustakaan Negara Malaysia, 14 Perpustakaan Awam Negeri

dan empat Perpustakaan dibawah Pengurusan Majlis Tempatan.

Sebagai institusi perintis kewangan Islam, Bank Islam terus memainkan peranan untuk

menggiatkan usaha-usaha pendidikan masyarakat tentang kewangan Islam dengan

menyumbang bahan-bahan ilmiah berupa 50 buku kewangan Islam yang diterbitkan oleh

Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) untuk perpustakaan-

perpustakaan tersebut.

Majlis penyerahan buku-buku kewangan Islam ini disempurnakan oleh Encik Khairul

Kamarudin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam kepada YBhg. Dato’ Sri

Matshah Safuan, Pengerusi Lembaga Penasihat Perpustakaan Kuala Lumpur dan wakil-

wakil perpustakaan lain dalam satu majlis yang diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur

hari ini.

Encik Khairul berkata, “Sehingga kini, penyerahan buku-buku ini adalah selaras dengan

hasrat kerajaan untuk mempromosikan dan memantapkan pengetahuan mengenai

operasi dan asas-asas Syariah dalam sistem kewangan dan perbankan Islam. Dan pada

hari ini, kita akan menyaksikan penyerahan buku-buku tersebut kepada beberapa buah

perpustakaan antaranya ialah Perpustakaan Kuala Lumpur; Perbadanan Perpustakaan

Awam Selangor; dan Pusat Pembelajaran Kejiranan Perbadanan Putrajaya.

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

2

Selanjutnya dalam tahun ini, sumbangan buku-buku tersebut akan turut disalurkan

kepada universiti-universiti awam di seluruh negara.”

Melalui program tanggungjawab korporat ini, Bank Islam berharap agar sumbangan buku-

buku ini dapat menampung kekurangan bahan bacaan dan rujukan dalam kewangan

Islam di perpustakaan-perpustakaan awam. Ia juga diharap dapat memberi manfaat dan

menyumbang maklumat terperinci kepada para pelajar serta masyarakat keseluruhan

mengenai sistem kewangan Syariah.

Tambah beliau, “Sepanjang tahun 2016, Bank Islam telah menganjurkan Siri Perkongsian

Ilmu (“Ilmu Knowledge Series”) pada setiap bulan untuk memberi peluang kepada para

mahasiswa berinteraksi dengan pengamal-pengamal perbankan Islam bagi

melengkapkan teori-teori yang telah mereka pelajari di universiti masing-masing. Lebih

1000 orang mahasiswa telah turut serta dalam program bulanan tersebut yang diadakan

di Ibu Pejabat Bank Islam dan sambutan positif para pensyarah dan mahasiswa tersebut

merangsang pihak Bank untuk melanjutkan program yang sama pada tahun 2017.”

Sebagai institusi patuh Syariah yang sentiasa menitikberatkan kepentingan penimbaan

ilmu, Bank Islam turut memperuntukkkan dana zakat tahun 2016 berjumlah RM704,000

untuk agenda pendidikan. Sejumlah RM1.4 juta juga turut diperuntukkan untuk Anugerah

Imarah Surau Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan, Tabung Pendidikan 1 Billion

(TP1B) dan Zakat kepada institusi pengajian tinggi bagi menampung kos pendidikan para

pelajar asnaf yang kurang berkemampuan untuk terus menuntut ilmu di menara gading.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bankislam.com.my

Mengenai Bank Islam Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 145 cawangan dan lebih daripada 1200 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan bukan Islam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam, sila lawati www.bankislam.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26 900 900.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Wan Norkhairi Wan Samad Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-2782 1232 Mobile: 019-339 4491 Faks: 03-2782 2998 Emel: [email protected] Web: www.bankislam.com.my

Omar Atin Hubungan Media & Editorial, Komunikasi Korporat Kumpulan BIMB Holdings Berhad Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel.: 03-2781 2943 Mobile: 019-391 9144 Faks: 03-2782 2998 Emel: [email protected] Web: www.bimbholdings.com