BANK ISLAM LANCAR KAD KREDIT-i BANK ISLAM VISA · PDF fileTambah beliau, kad keahlian korporat...

3
Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22 Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Telefon 03 2088 8000 Faks 03 2781 2998 www.bankislam.com.my BANK ISLAM LANCAR KAD KREDIT-i BANK ISLAM VISA INFINITE BERSAMA MAJLIS PROFESOR NEGARA PUTRAJAYA, Khamis, [19 Januari 2017]: Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) hari ini melancarkan satu kad jenama bersama Visa Infinite dengan Majlis Profesor Negara (“MPN”). Kad kredit jenama bersama yang merupakan kad keahlian MPN ini adalah yang pertama bagi Kad Visa Infinite dan satu-satunya kad kredit jenama bersama yang patuh Syariah sepenuhnya, tanpa unsur riba dan gharar. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri Samat dan Pengerusi MPN, Profesor Tan Sri Zakri Abd Hamid serta turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite MPN ini merupakan satu kad eksklusif yang hanya ditawarkan melalui jemputan kepada ahli MPN sahaja. Keistimewaan kad jenama bersama ini adalah ianya dapat digunakan sebagai kad kredit, disamping menjadi kad keahlian MPN. Tambahan daripada faedah-faedah kad kredit Bank Islam sedia ada, ahli Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite MPN ini akan mendapat perlindungan takaful ke atas baki tertunggak dan khairat kematian sejumlah RM1,000, perlindungan kemalangan perjalanan peribadi 24 jam sewaktu perjalanan sehingga RM2 juta, perlindungan kesulitan sewaktu penerbangan sehingga RM1,000 setiap kejadian, perlindungan liabiliti peribadi sehingga RM500,000 setiap kejadian secara percuma, perlindungan pembelian takaful sehingga RM10,000 secara percuma keatas kehilangan atau kerosakan barangan yang dibeli melalui kad ini, akses tiga kali setahun secara percuma di Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih di Malaysia dan Singapura, dan kad ini juga turut dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan ‘Pin and Pay’ bagi mematuhi kehendak Bank Negara SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Transcript of BANK ISLAM LANCAR KAD KREDIT-i BANK ISLAM VISA · PDF fileTambah beliau, kad keahlian korporat...

Page 1: BANK ISLAM LANCAR KAD KREDIT-i BANK ISLAM VISA · PDF fileTambah beliau, kad keahlian korporat ini juga merupakan produk penting sebagai identiti korporat para profesor sebagai pemikir

Komunikasi Korporat Kumpulan

Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22 Jalan Perak

50450 Kuala Lumpur Telefon 03 2088 8000

Faks 03 2781 2998 www.bankislam.com.my

BANK ISLAM LANCAR KAD KREDIT-i BANK ISLAM VISA INFINITE BERSAMA MAJLIS PROFESOR NEGARA

PUTRAJAYA, Khamis, [19 Januari 2017]: Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”)

hari ini melancarkan satu kad jenama bersama Visa Infinite dengan Majlis Profesor

Negara (“MPN”). Kad kredit jenama bersama yang merupakan kad keahlian MPN ini

adalah yang pertama bagi Kad Visa Infinite dan satu-satunya kad kredit jenama bersama

yang patuh Syariah sepenuhnya, tanpa unsur riba dan gharar.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri

Samat dan Pengerusi MPN, Profesor Tan Sri Zakri Abd Hamid serta turut dihadiri oleh

Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose di Jabatan Perdana

Menteri, Putrajaya.

Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite MPN ini merupakan satu kad eksklusif yang hanya

ditawarkan melalui jemputan kepada ahli MPN sahaja. Keistimewaan kad jenama

bersama ini adalah ianya dapat digunakan sebagai kad kredit, disamping menjadi kad

keahlian MPN.

Tambahan daripada faedah-faedah kad kredit Bank Islam sedia ada, ahli Kad Kredit-i

Bank Islam Visa Infinite MPN ini akan mendapat perlindungan takaful ke atas baki

tertunggak dan khairat kematian sejumlah RM1,000, perlindungan kemalangan perjalanan

peribadi 24 jam sewaktu perjalanan sehingga RM2 juta, perlindungan kesulitan sewaktu

penerbangan sehingga RM1,000 setiap kejadian, perlindungan liabiliti peribadi sehingga

RM500,000 setiap kejadian secara percuma, perlindungan pembelian takaful sehingga

RM10,000 secara percuma keatas kehilangan atau kerosakan barangan yang dibeli

melalui kad ini, akses tiga kali setahun secara percuma di Plaza Premium Lounge di

lapangan terbang terpilih di Malaysia dan Singapura, dan kad ini juga turut dilengkapi

dengan ciri keselamatan tambahan ‘Pin and Pay’ bagi mematuhi kehendak Bank Negara

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Page 2: BANK ISLAM LANCAR KAD KREDIT-i BANK ISLAM VISA · PDF fileTambah beliau, kad keahlian korporat ini juga merupakan produk penting sebagai identiti korporat para profesor sebagai pemikir

2

Malaysia (“BNM”). Para pemegang kad jenama bersama ini juga layak untuk mendapat

satu mata ganjaran TruPoints untuk setiap perbelanjaan RM1, dapat menikmati pelbagai

diskaun eksklusif di gedung-gedung terpilih, dan diskaun 40% bagi penulisan wasiat.

Dato’ Sri Zukri berkata, “Pengenalan Kad Kredit-i Bank Islam Visa Infinite MPN adalah

bagi menyahut seruan BNM untuk maju ke arah masyarakat tanpa tunai (“cashless

society”) dengan menggalakkan penggunaan wang plastik. Usaha penjenamaan bersama

ini bukanlah pertama kali diadakan di Bank Islam. Sebagai institusi kewangan yang peka

terhadap pola perbelanjaan rakyat Malaysia, serta memperkembangkan rangkuman

kewangan melalui perkhidmatan yang kami tawarkan, Bank Islam kini aktif memasarkan

kad debit dan kredit jenama bersama. Bank Islam telah berkolaborasi bersama beberapa

institusi akademik tempatan serta pasukan-pasukan bola tempatan dan sebuah syarikat

telekomunikasi. Kini, kami sudah mempunyai enam kad debit jenama bersama iaitu

UniDebit, Team Harimau, Kelantan FA, Pahang FC, Kedah FA, dan One XOX; dan

sehingga penghujung 2016, jumlah kad debit Bank Islam dalam edaran adalah hampir

tiga juta diseluruh negara. Sebagai perintis perbankan Islam, Bank Islam sentiasa

mencuba untuk membawa kepada para pelanggan, produk perbankan Islam yang

canggih dan sofistikated untuk maju kehadapan bersama perkembangan teknologi

semasa.”

Kolaborasi bersama MPN ini adalah usaha Bank Islam untuk terus bekerjasama dengan

institusi-institusi akademik yang telah dimulakan dengan pengenalan kad UniDebit pada

tahun 2012. Kad jenama bersama yang terbaharu ini dapat mengembangkan lagi

hubungan Bank Islam dengan ahli-ahli akademik yang berprestij dari seluruh negara.

Pengerusi MPN, Profesor Tan Sri Zakri mengalu-alukan projek khas ini yang merupakan

kerjasama strategik untuk mempromosikan penjenamaan MPN dan Bank Islam serta

memperkukuhkan imej korporat kedua-dua belah pihak. Melalui kad kredit ini, ahli MPN

akan mendapat keistimewaan yang ditawarkan selain menyediakan kemudahan kepada

para profesor semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. Sejak ditubuhkan pada 2010, MPN

selaku institusi golongan ilmuwan sentiasa bergerak aktif memaksimumkan penggunaan

ilmu pengetahuan dan kepakaran bagi membantu negara berada di landasan betul

memacu pembangunan negara. Tambah beliau, kad keahlian korporat ini juga merupakan

produk penting sebagai identiti korporat para profesor sebagai pemikir negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bankislam.com.my

Page 3: BANK ISLAM LANCAR KAD KREDIT-i BANK ISLAM VISA · PDF fileTambah beliau, kad keahlian korporat ini juga merupakan produk penting sebagai identiti korporat para profesor sebagai pemikir

3

Mengenai Bank Islam Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 144 cawangan dan lebih daripada 1200 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan bukan Islam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam, sila lawati www.bankislam.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26 900 900.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Wan Norkhairi Wan Samad Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-2782 1232 Mobile: 019-339 4491 Faks: 03-2782 2998 Emel: [email protected] Web: www.bankislam.com.my

Omar Atin Hubungan Media & Editorial, Komunikasi Korporat Kumpulan BIMB Holdings Berhad Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel.: 03-2781 2943 Mobile: 019-391 9144 Faks: 03-2782 2998 Emel: [email protected] Web: www.bimbholdings.com

Mengenai Majlis Profesor Negara (MPN) Majlis Profesor Negara (MPN) telah diluluskan penubuhannya oleh Kabinet pada tarikh 3 Februari 2010 sebagai projek khas dan dilancarkan pada 1 April 2010 di PICC oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Pelancaran ini menjadi titik tolak kepada penggabungan kepakaran 1,426 orang profesor yang dikumpulkan mengikut kepakaran masing-masing dan membuka peluang untuk mereka memberi sumbangan secara lebih strategik kepada negara. Bagi meningkatkan kredibiliti MPN serta menampakkannya sebagai intelligensia negara yang bebas, strukturnya telah diubah menjadi MPN Inc. bermula pada 16 Disember 2014 setelah diluluskan penubuhannya di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Struktur organisasinya terdiri daripada Lembaga Pengarah, Sekretariat, 14 kluster dan 2 projek khas nasional serta 20 Chapter Universiti yang didalamnya merangkumi seramai 2,447 orang profesor dari universiti awam dan universiti swasta. Untuk maklumat lanjut mengenai MPN, boleh kunjungi www.majlispofesor.my. Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Mohd Adli Ismail Pegawai Media Majlis Profesor Negara (MPN) Jabatan Perdana Menteri Aras 5, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya Tel: 03-88702815 Mobile: 013-5325599 Faks: 03-88702880 Emel: [email protected]

Nazmil Nasiruddin Pegawai Media Majlis Profesor Negara (MPN) Jabatan Perdana Menteri Aras 5, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya Tel.: 03-88702816 Mobile: 012-4145750 Faks: 03-88702880 Emel: [email protected]