Bank Negara Malaysia

5
Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan. Pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dan pada masa yang sama terus menyokong pertumbuhan. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan, progresif dan pelbagai yang menyokong sektor ekonomi benar. Bank Negara Malaysia juga memainkan fungsi penting untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing. Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan segenap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan. Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia memberikan nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara. Peranan Bank disokong oleh 39 jabatan/unit di Bank yang merangkumi tujuh bahagian berdasarkan fungsian seperti yang berikut: Dasar Ekonomi & Monetari Menyediakan sokongan teknikal dan penyelidikan yang baik terutamanya mengenai isu berkaitan pertumbuhan untuk mempertingkat perumusan dasar monetari dan kredit bagi

description

Tugasan Pentadbiran Kewangan

Transcript of Bank Negara Malaysia

Page 1: Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia

 

Bank Negara Malaysia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara

Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk

menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan

ekonomi Malaysia yang mampan.

Pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dan pada masa yang

sama terus menyokong pertumbuhan. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem

kewangan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan, progresif

dan pelbagai yang menyokong sektor ekonomi benar. Bank Negara Malaysia juga memainkan fungsi penting untuk

melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran

asing.

Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi

memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan segenap lapisan

masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga menyelia

infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan

sistem kewangan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia memberikan nasihat berkaitan dengan

dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa

tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.

Peranan Bank disokong oleh 39 jabatan/unit di Bank yang merangkumi tujuh bahagian berdasarkan fungsian seperti

yang berikut:

Dasar Ekonomi & Monetari

Menyediakan sokongan teknikal dan penyelidikan yang baik terutamanya mengenai isu berkaitan pertumbuhan untuk

mempertingkat perumusan dasar monetari dan kredit bagi menggalakkan kestabilan monetari dan memastikan

ketersediaan kredit yang mencukupi untuk membiayai pertumbuhan ekonomi.

Pelaburan dan operasi

Menguruskan mudah tunai domestik dan kadar pertukaran bagi memastikan sasaran dasar monetari dapat dicapai

selain menguruskan rizab luar negeri bagi melindungi nilai dan mengoptimumkan pulangan rizab. Bank juga

bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan menyediakan bantuan kepada Kerajaan berhubung dengan

pengurusan hutang dan dana serta menyumbang kepada pembangunan pasaran kewangan domestik.

Pengawalan

Page 2: Bank Negara Malaysia

Menggalakkan sektor kewangan yang stabil melalui pembangunan institusi dan infrastruktur kewangan yang

mampan, kukuh dan mantap secara berperingkat-peringkat dan dengan itu mewujudkan industri kewangan tempatan

yang kompetitif yang mempunyai daya tahan untuk menghadapi persekitaran masa hadapan yang berubah-ubah di

samping menerajui inisiatif mempertingkat akses kepada pembiayaan. Dasar dan strategi turut dirumuskan dan

dilaksanakan ke arah membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam bersepadu yang

terunggul serta meningkatkan keupayaan kewangan pengguna.

Sistem pembayaran

Merangka dasar dan strategi bagi menggalakkan sistem penjelasan, penyelesaian dan pembayaran yang diyakini,

selamat dan cekap di dalam negara.

Penyeliaan

Menghasilkan, menambah baik dan melaksanakan rangka kerja pengawasan yang berkesan bagi memastikan

keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan dan menguatkuasakan amalan yang baik terhadap institusi tersebut.

Pembangunan organisasi

Menerajui fungsi pengurusan strategik, pengurusan prestasi organisasi dan pengurusan program bagi memacu

proses penambahbaikan prestasi dan mengukuhkan pembinaan keupayaan Bank. Selain itu, menerajui dan memacu

inisiatif sumber manusia dan aktiviti strategik lain bagi memastikan keseluruhan rangka kerja Pengurusan Modal

Insan dilaksanakan dengan berkesan.

Komunikasi

Fungsi komunikasi telah menjadi semakin penting bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat daripada

pelbagai pihak berkepentingan yang menghendaki ketelusan dan penzahiran yang lebih baik. 

Meningkatkan interaksi dan hubungan dengan orang ramai

Sebagai sebahagian daripada usaha Bank untuk memberikan penekanan pada budaya kerja yang cekap,

penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan efisien kepada pihak berkepentingan, termasuk orang ramai,

sentiasa diberikan keutamaan. Bagi menggalakkan orang ramai memahami dengan lebih mendalam hak,

tanggungjawab, peluang dan risiko serta kos yang berkaitan berikutan penyertaan dalam sistem kewangan, usaha

Bank telah tertumpu pada bidang yang berikut:

Pendidikan kepada Orang Ramai

Memandangkan sistem kewangan semakin berkembang, Bank telah melaksanakan langkah-langkah untuk

meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan pengguna. Berikutan kecanggihan pasaran, produk dan

perkhidmatan kewangan pada masa ini, Bank telah memulakan Program Pendidikan Pengguna (Consumer

Education Programme) di seluruh negara untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Program ini terdiri

daripada inisiatif BankingInfo danInsuranceInfo; penyertaan kanak-kanak sekolah yang disasarkan dalam program

Page 3: Bank Negara Malaysia

jangkauan Bank bagi meningkatkan pendidikan kewangan mereka; dan jerayawara (roadshows) pendidikan

kewangan untuk meluaskan penyampaian maklumat kepada orang ramai, termasuk di kawasan luar bandar.

Aksesibiliti Bank kepada Orang Ramai

Dengan pelbagai inisiatif yang ada, akses yang mudah kepada Bank oleh orang ramai juga penting. Melalui interaksi

dengan orang ramai, Bank dapat mempertingkat pemahaman mereka mengenai hal-hal kewangan di samping

memperoleh maklumat berguna berhubung dengan isu sebenar yang dihadapi pengguna sektor kewangan, yang

penting untuk membuat keputusan dasar. Dalam usaha mewujudkan pusat sehenti bagi perhubungan awam, Pusat

Perhubungan Bersepadu (Integrated Contact Centre, ICC) telah ditubuhkan, yang menempatkan pengurusan

pelanggan dan pengurusan kes di bawah satu bumbung. ICC terdiri daripada berikut:

i. BNMLINK ialah pusat perkhidmatan pelanggan yang menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk

mendapat maklumat dan penjelasan berhubung dengan hal-hal kewangan dengan cepat dan berkesan. Bagi

meluaskan jangkauan dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan di kawasan luar bandar, BNM MINILINK

diwujudkan di cawangan-cawangan Bank di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan

Kuching.

ii. BNM TELELINK melengkapkan  perkhidmatan BNMLINK dengan menguruskan pertanyaan melalui

panggilan telefon, faksimile, surat dan e-mel; dan

iii. Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat (Complaint Management and Advisory, CMA), yang antara

lainnya, memudahkan penyelesaian aduan orang ramai, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, terhadap

institusi di bawah kawal selia Bank.

Khidmat nasihat kewangan dan kaunseling

Bank juga telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dengan cawangan-cawangannya di

seluruh Malaysia bagi membantu pengguna menguruskan hutang mereka dan menjadi lebih berdikari dalam

pengurusan hal-hal kewangan dan seterusnya mengekalkan daya tahan sektor isi rumah dalam proses pertumbuhan

ekonomi. Selain itu, Bank juga memainkan peranan penting dalam penubuhan Biro Pengantaraan Kewangan (FMB),

iaitu sebuah badan bebas yang menyediakan jalan penyelesaian yang objektif dan tepat pada masanya bagi

pertikaian, tuntutan dan aduan berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh institusi kewangan kepada

pengguna.