Banyak Membaca Minda Bergeliga

12
BANYAK MEMBACA MINDA BERGELIGA Terima Kasih kepada pengerusi majlis… Yang dihormati mudir….guru-guiu,ustaz-uastaz dan ustazah-ustazah seterusnya kepada rakan sahabat seperjuangan sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk: “BANYAK MEMBACA MINDA BERGELIGA”… Ketika Nabi kita Muhammad S.A.W hendak menerima wahyu yang pertama dari malaikat Jibrail A.S, Baginda juga telah diajar membaca sebagaimana Firman Allah didalam surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 : 1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, - 5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya. Maka tidak hairanlah kita sebagai umat Nabi Muhammad amat dituntut untuk meningkatkan bacaan untuk menambah ilmu dan bukankah “Banyak membaca minda bergeliga?” Adakah anda percaya? Percayalah, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Apabila kita bangun sahaja dari tidur, kita sudah baca doa bangun tidur. Bangkit dari tempat tidur hendak masuk ke bilik air, baca doa masuk bilik air. Keluar bilik air baca doa keluar bilik air. Keluar rumah hendak ke masjid/ surau, baca doa keluar rumah dan doa memandu. Sampai di masjid hendak masuk ke masjid baca doa masuk

Transcript of Banyak Membaca Minda Bergeliga

Page 1: Banyak Membaca Minda Bergeliga

BANYAK MEMBACA MINDA BERGELIGA

Terima Kasih kepada pengerusi majlis…

Yang dihormati mudir….guru-guiu,ustaz-uastaz dan ustazah-ustazah seterusnya kepada rakan sahabat seperjuangan sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk:

“BANYAK MEMBACA MINDA BERGELIGA”…

Ketika Nabi kita Muhammad S.A.W hendak menerima wahyu yang pertama dari malaikat Jibrail A.S, Baginda juga telah diajar membaca sebagaimana Firman Allah didalam surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 :

1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),

2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Maka tidak hairanlah kita sebagai umat Nabi Muhammad amat dituntut untuk meningkatkan bacaan untuk menambah ilmu dan bukankah “Banyak membaca minda bergeliga?”

Adakah anda percaya? Percayalah, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Apabila kita bangun sahaja dari tidur, kita sudah baca doa bangun tidur. Bangkit dari tempat tidur hendak masuk ke bilik air, baca doa masuk bilik air. Keluar bilik air baca doa keluar bilik air. Keluar rumah hendak ke masjid/ surau, baca doa keluar rumah dan doa memandu. Sampai di masjid hendak masuk ke masjid baca doa masuk masjid. Dalam solat lagi baca surah, doa dan bacaan solat yang lainnya. Pendek kata, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Dan kebanyakkan apa yang kita baca itu adalah dari Al-Quran dan hadith Rasulullah (SAW). Kedua-dua sumber bacaan itu adalah sumber terbaik di dunia sehingga hari kiamat.

Kenapa kita perlu membaca untuk manjadikan akal kita bergeliga?saya ada beberapa jawapan untuk persoalan ini,

Page 2: Banyak Membaca Minda Bergeliga

Pertamanya ,

kita perlu membaca supaya ilmu itu tidak dipertikaikan sebagaimana sebuah hadis menceritakan bahawa kita sebagai orang Islam amat penting untuk membaca sesuatu bahan sebelum sesuatu bahan itu dipertikaikan. Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Carilah ilmu sebelum lahir orang-orang yang suka mempertikaikan nilai-nilai agama”.

Hadis Riwayat Bukhari

Keduanya ,

Kita perlu membaca untuk manjadikan otak kita bergeliga sebelum sesuatu ilmu itu hilang diangkat Allah S.W.T .Islam juga menyuruh kita mencari Ilmu Sebelum Ia Hilang .Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Belajarlah ilmu fardu ain dan al- Quran, dan ajarkanlah akan dia kepada orang lain, kerana aku akan meninggal dunia”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

Ketiganya ,

Meningkatkan amalan membaca adalah bertujuan untuk mencari ilmu.Dengan mencari ilmu,otak kita akan bertambah bergeliga. Kenapa kita perlu menjadi pencari ilmu..?kerana kesudahan Pencari Ilmu itu adalah besar balasannya disisi Allah S.W.T. Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah s.a.wbersabda: “Orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehinggaadalah kesudahannya itu di dalam syurga”.

Hadis Riwayat At Tirmizi

Keempatnya ,

Banyak membaca adalah bertujuan untuk mencari hakikat Ilmu .Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertama ayat yang jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan (amalkan). Ketiga kewajipan yang adil”.

Hadis Riwayat Abu Daud

Kelimanya ,

Orang yang banyak membaca pasti ada untung. Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “ Barangsiapa mencari ilmu lalu ia mendapatkannya maka baginya dapat dua pahala. Dan barangsiapa mencari ilmu tetapi ia tidak mendapatkannya maka baginya dapat satu pahala”

Hadis Riwayat Al- Darami

Seterusnya minda yang bergeliga itu pastinya sering diasah dengan membaca banyak hadis-hadis nabi.Hal yang demikian kerana amalan membaca dapat menyerikan Kehidupan Dengan Hadis Rasulullah S.A.W.

Page 3: Banyak Membaca Minda Bergeliga

�ه� �ي ع�ل ه الل ص�لى ه� الل سول� ر� م�ع�ت س� ق�ال� �ت� �اب ث �ن� ب �د� ي ز� ع�ن�ح�تى ف�ح�ف�ظ�ه %ا ح�د�يث ا م�ن م�ع� س�

% أ ام�ر� ه الل �ضر� ن �قول ي م� ل و�س�ف�ق�ه� ح�ام�ل� ب و�ر �ه م�ن �ف�ق�ه أ هو� م�ن� �ل�ى إ ف�ق�ه� ح�ام�ل� ب ف�ر 6غ�ه �ل ب ي

�ف�ق�يه� ب �س� �ي لDaripada Zaid bin Thabit katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang yang membawa ilmu lalu menyampaikannya kepada orang yang lebih faham daripadanya dan berapa ramai orang yang membawa ilmu tetapi ia tidak memahaminya." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadis ini menunjukkan kelebihan menyebarkan ilmu hadis iaitu kehidupan akan menjadi berseri dan bercahaya. Kata Sufyan bin`Uyainah: "Tidak ada seorangpun dari kalangan ahli Hadis melainkan pada wajahnya ada sinar berdasarkan kepada hadis ini" (al-Suyuti, Tadrib al-Rawi Syarh Taqrib al-Nawawi, hal. 360)

Rasulullah sa.w. mendoakan khusus untuk umatnya yang melibatkan diri dengan pengajian hadis. Tidak ada doa yang dapat menandingi doa baginda kerana ia pasti diterima.

عليه : الله صلى الله رسول سمعت قال عباس ابن عن : » : ، الله رسول يا قلنا ، خلفاءنا ارحم اللهم يقول وسلم

يروون : » ، بعدي من يأتون الذين قال ؟ خلفاؤكم وماالناس ويعلمونها ، وسنتي أحاديثي

Daripada Ibn ‘Abbas katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifah kami. Kami bertanya. "Siapakah khalifah-khalifahmu? Baginda menjawab: "Mereka yang datang selepasku dan meriwayatkan hadis-hadisku dan sunnahku serta mengajarkannya kepada orang ramai" (hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat)

Doa dalam hadis pertama dengan seri dan cahaya manakala dalam hadis kedua doa dengan mendapat rahmat daripada Allah.

Ilmu hadis adalah ilmu yang mulia kerana ia merupakan penghubung antara kita dengan Rasulullah s.a.w. Segala perkara yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat akan diketahui bagi sesiapa yang melibatkan diri dengan ilmu hadis. Dengan mempelajari ilmu ini, kita dapat mengenal pasti kesahihan sesuatu perkara yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. Sebaliknya, jika tidak ada ketelitian dan kecermatan, pasti akan mendapat ancaman dan amaran daripada baginda.

Page 4: Banyak Membaca Minda Bergeliga

�ه� �ي ع�ل ه الل ص�لى ه� الل سول ر� ق�ال� ق�ال� � ع�اص�م �ن� ب ح�ف�ص� ع�ن�م�ع� س� م�ا ل6 �ك ب ح�د6ث� ي �ن� أ %ا �ذ�ب ك ء� �م�ر� �ال ب �ف�ى ك م� ل و�س�

Daripada Hafs bin ‘Asim katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar". (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

ه الل ص�لى �ي ب الن م�ع�ت س� ق�ال� �ه ع�ن ه الل ض�ي� ر� ة� �مغ�ير� ال ع�ن�م�ن� �ح�د� أ ع�ل�ى �ذ�ب� �ك ك �س� �ي ل ع�ل�ي %ا �ذ�ب ك �ن إ �قول ي م� ل و�س� �ه� �ي ع�ل

ار� الن م�ن� م�ق�ع�د�ه� �وأ �ب �ت �ي ف�ل �ع�م6د%ا مت ع�ل�ي �ذ�ب� ك

Daripada al-Mughirah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berdusta atas namaku bukan seperti berdusta atas nama salah seorang kamu. Maka sesiapa dengan sengaja berdusta atas namaku, hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu, hadis di atas juga mengisyaratkan beberapa kaedah yang mesti dijaga dalam periwayatan hadis. Pertama, memastikan kesahihan berita yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Bukanlah setiap yang dikaitkan dengan baginda boleh diterima terus tanpa diselidiki. Ia mestilah dikaji dan dinilai mengikut kaedah riwayah dan dirayah.

Kedua, mendengar dengan penuh perhatian supaya lafaz asal dijaga dan diingati. Setiap lafaz perlu diteliti kerana kesilapan lafaz boleh membawa kepada perubahan makna yang membawa kepada berlakunya tashif. Tashif adalah kesilapan yang dilakukan oleh perawi dalam menerima dan menyampaikan hadis yang menyebabkan hadis menjadi dha`if. Ketiga, setiap hadis yang dipelajari mestilah disampaikan kerana di kalangan yang mendengar itu ada yang mempunyai kefahaman yang lebih dan hadis itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kefahaman tentang hadis termasuklah mengkaji dan merenung maksud-maksudnya serta menyimpulkan hukum dan pengajaran daripadanya. Seseorang yang mempelajari hadis akan sentiasa menyesuaikan dirinya dengan sunnah dan petunjuk Rasulullah s.a.w. Dia menyedari bahawa setiap aspek kehidupannya akan ada kaitan dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana keperibadian Rasulullah s.a.w. bukan setakat rasul membawa risalah Allah tetapi meliputi tanggungjawab sebagai guru, pendidik, pemimpin, hakim, panglima tentera, ketua keluarga, suami, bapa, datuk, jiran tetangga, sahabat kepada temannya.

Justeru, amat wajarlah, kita mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w. kerana tugas hidup setiap individu tidak terlepas satupun daripada aspek di atas. Berdasarkan kepada hakikat inilah Allah s.w.t. menitahkan kepada kita supaya menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai suri teladan. Mengapa kehidupan bercahaya dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.? Rasulullah s.a.w. sendiri adalah cahaya. Allah s.w.t. menyifatkan baginda sebagai cahaya petunjuk dan juga pembawa rahmat. Pengutusan baginda bersifat dengan cahaya lantaran al-Qur’an yang baginda diperintahkan supaya menjelaskannya kepada umat adalah cahaya. Allah s.w.t. berfirman:

Page 5: Banyak Membaca Minda Bergeliga

م� �ت ن ك م�ما ا �ير% �ث ك م� �ك ل 6ن �ي ب ي �ا ن ول س ر� م� ج�اء�ك ق�د� �اب� �ت �ك ال �ه�ل� أ �ا ي Oور ن ه� الل م�ن� م� ج�اء�ك ق�د� �ير� �ث ك ع�ن� �ع�فو و�ي �اب� �ت �ك ال م�ن� خ�فون� ت

. � م ال� الس ل� ب س �ه ر�ض�و�ان �ع� ب ات م�ن� ه الل �ه� ب �ه�د�ي ي Oين� مب Oاب� �ت و�كاط� ص�ر� �ل�ى إ �ه�د�يه�م� و�ي �ه� �ذ�ن �إ ب Wور� الن �ل�ى إ م�ات� الظWل م�ن� خ�ر�جهم� و�ي

� �ق�يم ت مس�Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

(al-Maidah 15-16)

Lafaz-lafaz hadis yang dibaca dan didengar lalu diulang-ulang akan menghasilkan pancaran cahaya dalam kehidupan seseorang. Mengapa tidak berlaku demikian sedangkan tugas Rasulullah s.a.w. adalah untuk menjelaskan maksud al-Qur’an yang datang dari Allah yang memberikan cahaya kepada alam semesta. Dialah yang menciptakan cahaya dan dari-Nya datangnya cahaya itu.

Sejarah mencatatkan pengalaman ulama hadis yang hidup mereka sentiasa diberkati Allah kerana seluruh hidup mereka diabadikan untuk mengumpulkan hadis-hadis dan menghuraikannya. Walaupun hidup dalam keadaan kesukaran dan kesempitan, hati mereka sentiasa tenang. Tidak lain dan tidak bukan kerana yakin, mengharapkan dan menanti ganjaran pahala di akhirat.

Banyak membaca minda bergeliga, Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah yang berdasarkan hadis soheh mengenai seorang budak yang mindanya amat bergeliga sehingga allah S.W.T mengurniakan kepadanya kelebihan untuk kita ambil iktibar sepanjang zaman.

Kisah berbunyi begini ,

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap

Page 6: Banyak Membaca Minda Bergeliga

kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ububapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.

Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”

Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.” Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.” Raja sangat marah dan mengatakan: “Ada ke tuhan lain selain dariku?”

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”

Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.” Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).

Page 7: Banyak Membaca Minda Bergeliga

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu.” Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.” Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.” Tanya raja: “Apa dia?” Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”

Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.

*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi

Page 8: Banyak Membaca Minda Bergeliga

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:

Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU AKBAR!

Akhir sekali ,

Membaca merupakan suatu cabang ilmu yang sangat penting kepada masyarakat pada hari ini. Hal ini disebabkan banyak perkara yang tidak dapat kita ketahui hanya melalui pengalaman. Kebanyakan perkara yang berlaku di dunia ini dapat kita ketahui melalui pembacaan. Semakin banyak kita membaca bahan bacaan yang berfaedah semakin banyak pengetahuan yang bakal kita peroleh. Sesungguhnya amat tepat sekali slogan yang menyatakan “Membaca Jambatan Ilmu”.

Selain itu, dengan ilmu yang telah kita peroleh melalui pembacaan, pemikiran kita akan menjadi lebih matang. Kematangan membolehkan kita berfikir secara mendalam. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada menjadi orang yang jumud dan beku. Umpamanya orang yang banyak membaca lebih matang walaupun pada usia yang muda. Perkara ini menjadi bukti sahih kepada kita bahawa pembacaan dapat mematangkan seseorang dalam sebarang tindakannya sama ada pertuturan dan perbuatannya.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Aktiviti banyak membaca juga dapat menjadikan seseorang itu berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Keadaan ini membolehkan sebarang tindakannya rasional dan tidak mengikut perasaan. Ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang diperolehnya akan memandunya mengambil tindakan yang tepat dan betul. Umpamanya, sewaktu membuat sebarang keputusan yang penting. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan yang dimilikinya dapat mengawal dirinya daripada sebarang tindakan yang melulu.

Membaca bukan sahaja memberikan ilmu kepada seseorang malah dapat memajukan diri, masyarakat dan bangsa. Hal ini demikian kerana ilmu yang ada padanya yang diperoleh melalui pembacaan dapat digunakan untuk faedah dan manfaat banyak pihak. Tanpa ilmu pengetahuan, amat sukar seseorang itu untuk mengubah keadaan dirinya, masyarakat, dan negaranya. Hal ini menunjukkan pada kita bahawa ilmu daripada tabiat membaca boleh membawa perubahan pada masyarakat.

Hadirin yang disanjungi sekalian,

Jelas kepada kita bahawa tajuk “Banyak membaca minda bergeliga” amat tepat. Kecenderungan membaca amat penting kepada masyarakat dan negara menuju ke arah pembentukan negara maju pada masa yang akan datang. Ringkasnya kemajuan sesebuah negara tidak dapat dipisahkan daripada tabiat membaca dalam kalangan rakyatnya.

Sebagai penutup , saya sudahi syarahan saya dengan sebuah kata-kata hikmah yang boleh kita renung-renungkan bersama :Bacalah yang terbaik dari yang kamu jumpa. Tuliskan yang terbaik dari apa yang

Page 9: Banyak Membaca Minda Bergeliga

kamu baca. Hafalkan yang terbaik dari yang kamu tulis. Berbicaralah dengan yang terbaik dari apa yang kamu hafal.Sekian, terima kasih.