Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993...

79
Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KETIGA Third Session KAND UN GAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Rnangan 1135] USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibehaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguban [Ruangan 1203] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan [Ruangan 1204] Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) [Ruangan 1210] Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan [Ruangan 1214] Rang Undang-undang Pusat Jagaan [Ruangan 1225) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) [Ruangan 1238]

Transcript of Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993...

Page 1: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

Jilid III Bil. 8

MALAYSIA

Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL KETIGA Third Session

KAND UN GAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Rnangan 1135]

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibehaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguban [Ruangan 1203]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan [Ruangan 1204]

Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) [Ruangan 1210]

Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan [Ruangan 1214]

Rang Undang-undang Pusat Jagaan [Ruangan 1225)

Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) [Ruangan 1238]

Page 2: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

KANDUNGAN-(Samb.)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelabuhan Polan Pinang (Pindaan) [Ruangan 1262]

Rang Undang-undang lnstitut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) (Pindaan)[Ruangan 1265]

PERCETAKAN NASIOl\AL MALA YSJA BERHAD Scmua l lak Tcrpclili .ira. Tiacb n;i~,l·mana h;1h:1g1,m jua Uaripada pcn~"hitan im holch Jitcrh1tkan

'cmula "tau di,impa11 t.h Cal.1m hcnlLk yrng Mich <lipcnilclu .1cmula at;u1 disiarbn dalam .~eharang l'-cnuk dc~pn ar~ jul ~ara clekmlllik mckanikaL folllkllpi, rakaman alau ~dialiknya tanpa

mcnt.C;irat inn d~ripaJa Percetakan '.lias.ional Malaysia Berhad.

Page 3: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yangdi-Pertua,DATO' VADIVELOOA/LGov1NDASAMY, D.P.M.s., s.M.s., A.M.N. (Dilantik).

Menteri Beliadan Sukan, DATO' HAJIANNUARBINMusA, s.1.M.P. (Dilantik).

Timbalan Yang di-Pertua, TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SUBRAMANIAM, D.S.N.S., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR. SAK CHENG LUM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TuAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.1.s., B.s.1., P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn ABDUL SALAM BIN Aw ANG, A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJJ AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TuAN HAn AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

PuAN HAJAH AsMAH BINTI HAn IsMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang).

DATO' AzuMu BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TuAN MICHAEL BoNG THIAM JooN, A.B.S., J.B.s. (Dilantik).

PuAN HAJAH CHE PORA BJNTI HAn OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN Kw AI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG CHI SmNG@ CHONG FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN Fu AH Kmw (Dilantik).

TUAN DING SELING (Dilantik).

Page 4: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1125 lOJUN 1993 1126

Yang Berhorrnat TUAN HAJJ DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TUAN Foo BOON LIANG (Pahang Darul Makmur).

TuAN GHAZAL! BIN HAJJ EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PUANHAJAHHABSHAHBINTIHAJI0SMAN(Dilantik-WilayahPersekutuan).

w AN HAMID EDRUCE BIN TUANKU HAJJ MOHAMAD, A.B.S. (Sarawak).

TUAN HANIPAH BIN AHMAD (Perlis).

TUAN Ho CHENG WANG (Perak).

TUAN IBRAHIM BIN DAUD (Johor).

TUAN Isu BIN HAJJ SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TUAN ITAM WALI BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TuAN HAJJ 1AMALUDIN BIN HAJJ AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan).

TUAN JoHAN B.O.T. GHANI @ CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAJJ OTHMAN (Kelantan).

TUAN LIMUN LAIKIM (Sabah).

DATO' DR. MAK HON KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJJ MOHAMED NAZRI BIN ABDUL Azrz, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

TUAN MOHD. ZAIN BIN HAJJ MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MUNISAMY AIL KUPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN NEo TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

DATUK No PENG HAY, D.M.S.M., P.J.K. (Melaka).

DATO' (IR.) No THIAN HocK, D.s.s.A., s.M.s., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PUAN RAJAH RAHAIAH BINTI BAHERAN, P.J.K. (Dilantik).

TuAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PUAN RAJAH RAHMAH BINTI SALLEH (Terengganu).

PUAN ROSALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

Page 5: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1127 lOJUN 1993 1128

Yang Berhormat TuAN SAAD BIN HAJI MAN (Dilantik).

TuAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN HAJI SALLEH @ HASSAN BIN Au (Terengganu).

PUAN SRI SARASA A/P VELU, A.M.N., P.l.S. (Dilantik).

PuAN HAJAH SELEMIAH BINTI HASHIM (Dilantik).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHurn BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAn SHurn BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATO' SooNG Srnw HooNG, K.M.N., s.M.s., o.P.M.s, J.S.M. (Dilantik).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATO' TAN Trnw BocK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

TUAN K. VuAYANATHAN AIL KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

DATIN HAJAH WAN INTAN BINTI HAJJ WAN AHMAD TAJUDDIN, P.J.K., A.M.S. (Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HocK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HAJJ ZAINAL BIN Mo. DEROS, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN HAJAH ZALEHA BINTI Huss1N (Dilantik).

Page 6: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1131 lOJUN 1993

DEWAN NEGARA

PEGA W AI-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Haji Taijadin bin Saberan. Ketua Penolong Setiausaha:

Penolong Setiausaha Kanan: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha Kanan: Zamani bin Haji Sulaiman.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENT ARA MESYUARAT

Mejar (B) Mohd. Kassim bin Hashim. Lt. Kol. (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib.

1132

Page 7: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1135 lOJUN 1993 1136

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Khamis, lOhb. Jun, 1993

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Johan B.O.T. Ghani @ Christopher.

Tuan Ghazali bin Haji Embong: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan pertama.

PETANI DAN NELAYAN DI SABAH-RANCANGAN

BANTU AN

1. Tuan Ghazali bin Haji Embong (Di bawahS.O. 23(2))mintaMenteriPertanian menyatakan adakah rancangan Kementerian tersebut untuk memberi bantuan kepada para petani dan nelayan di Sabah untuk memberi bantuan baja, enjin pembajak, motorbot dan pukat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Tuan Yangdi-Pertua, Kementerian Pertanian tidak lagi menyediakan bantuan enjin pembajak, motorbotdan pukatkepada para petani, penternak dan nelayan di seluruh negara termasuk di Sabah.

Dasar Kerajaan adalah menggalakkan masyarakat berdikari melalui pengurangan

bentuk bantuan di samping menggalakkan pemberian kredit daripada institusi kewangan terutamany a dari Bank Pertanian Malaysia.

Bantuan Kerajaan hanya ditumpukan kepada khidmat nasihat, bimbingan dan latihan, rawatan penyakit dan kawalan pencegahan serta pelbagai basil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh petani, penternak dan nelayan.

PINJAMAN MARA-KUTIPAN BALIK TUNGGAKAN HUTANG

2. Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad minta Menteri Perusahaan A warn menyatakan:

(a) berapa ramaikah orang yang berhutang pada MARA;

(b) banyak wang yang telah dipinjamkan;

( c) dan jenis-jenis pinjaman yang diberikan:

(i) Biasiswa;

(ii) Perniagaan;

(iii) Perseorangan; dan

(iv) lain-lain.

11. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan jumlah sebenar hutang peminjam kepada MARA yang belum dijelaskan sehingga tahun 1992 mengikut pecahan berikut:

(a) pinjaman perniagaan;

Page 8: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1137 lOJUN 1993 1138

(b) pinjaman pelajaran; dan

( c) lain-Iain pinjaman.

TimbalanMenteri PerusahaanAwam (Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab kedua-dua soalan, iaitu soalan Nombor 2 dan Nombor 11 pada hari ini yang ada kaitan.

Timbalan Yangdi-Pertua: Ya, silakan.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua,

(a) J umlah orang-orang yang berhutang dengan MARA sehingga 1992 bolehlah dibahagikan kepada dua kategori:

(i) Pinjaman Pelajaran

(ii) Pinjaman Pemiagaan

Jumlah Berhutang

57,159 orang

I 03,539 orang

(b) Jumlah wang yang dipinjamkan pula adalah seperti berikut:

Pinjaman Pelajaran

Pinjaman Pemiagaan

RM 1,356,023,000

RM674,734,532

(c) PihakMARAmenumpukankepada jenis-jenis pinjaman pelajaran dan perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan No. 11:

(a) Hu tang peminjam MARA setakat 1992:

Pin jam an Pelajaran

Pinjaman

Pemiagaan

Jumlah:

RM685,203,852

RM259 ,904,233

RM945,108,085

(c) MARA adalah sentiasa berusaha mendapatkan semula hutang daripada peminjam-peminjam dengan melaksanakan peraturan­peraturan penguatkuasaan undang­undang yang telah ditetapkan. Penubuhan Bahagian Kutipan Hutang yang ditugaskan khusus untuk menyelaras dan melaksanakan akti viti-akti vi ti kutipan membuktikan kesungguhan MARA dalam ha! ini. Bagi peminjam-peminjam yang gaga! dan enggan membayar balik pinjaman-pinjaman mereka, MARA akan mengambil tindakan­tindakan tertentu seperti tindakan mahkamah, melelong tanah-tanah cagaran dan merampas kenderaan­kenderaan atau mesin-mesin peralatan yang disandarkan sebagai cagaran kepada pinjaman tersebut. Selain daripada peminjam­peminjam itu sendiri, penjamin­penjamin juga akan turut didakwa ke mahkamah hingga ke peringkat kebankrapan jika pinjaman­pinjaman mereka tidak dijelaskan sebagaimana sepatutnya.

Selain daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan di akhbar menyeru dan menyarankan peminjam-peminjam membayar hutang, MARA adajuga bercadang untuk mengiklankan nama-nama peminjam-walaupun tidak dilaksanakan-yang tidak dapat dikesan dengan harapan mereka akan melaporkan diri kepada pihak MARA. Buat masa ini, MARA mempunyai kakitangan yang cukup untuk melaksanakan tugas ini dan bilangannya akan ditambah dari masa ke semasa jika dan apabila keadaan memerlukan.

Di samping itu, MARA juga mendapatkan khidmat syarikat­syarikat guaman luar yang menjadi Peguam Panel MARA untuk membantu melaksanakan tindakan undang-undang ke atas peminjam­peminjam MARA.

Page 9: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1139 10 JUN 1993 1140

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru-baru ini kita mendengar pihak MARA dikatakan sedang mempergiatkan a tau mempertingkatkan usaha untuk mengutip balik tunggakan pinjaman MARA. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan, bagaimanakah perkembangan kutipan yang sedang dibuat oleh pihak MARA sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Keduanya, saya yakin sebahagian daripada peminjam-peminjam MARA ini tentunya telah menjadi golongan yang berjayadi dalam bi dang pemiagaan ataupun pegawai-pegawai Kerajaan yang telah memegang jawatan-jawatan tinggi. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjelaskan kepada kita, apakah agaknya sebab-sebab mengapa mereka ini enggan membayar balik pinjaman MARA?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, kegiaian untuk meningkatkan usaha mendapatkan bayaran balik itu memanglah menggalakkan terutamanya apabila dikeluarkan banyak kenyataan yang memberi ingatan kepada tanggungjawab peminjam-peminjam terhadap orang lain yangjuga memerlukan bantuan-bantuan. Jadi, setakat ini belum dibuat analisa dari segi sejauh mana perbezaan hasil usaha ini kerana masih sangat awal lagi kerana soal ke tahap yang lebih serius itu sudahpun dilaksar.akan mengikut prosedur dan amalan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan.

Bagi soalan kedua Yang Berhormat, yang mengatakan bahawa sudah pastinya sebahagian yang meminjam ini adalah mereka yang telah berjaya. Soal bagi peminjam yang berjaya ini tidak menjadi masalah. Saya kira yang tidak membayar balik ini adalah bagi yang tidak berjaya. Jadi, masalah-masalahnyaitu begitu banyak kerana akibat daripada ketidakjayaan itu dan jug a akibat daripada kehilangan sumber­sum ber untuk membayar balik-itulahjuga yang menyebabkan mereka ini tidak mempunyai punca untuk membayar balik dan juga oleh kerana mereka mengalami kesusahan untuk mendapat peluang pemiagaan di tempat lain atau menggunakan

apa juga sumber yang ada pada dirinya seperti harta dan sebagainya kerana kebanyakkannya harta ini akan diambil tindakan undang-undang.

Jadi, ini adalah di antara beberapa sebab yang biasa. Ada separuhnya kerana tanggungjawab sendiri yang tidak ada kepada para peminjam-walaupun ini kita lihat telah berkurangan akibat daripada banyak perjumpaan-perjumpaan dan peningkatan us aha pihak B ahagian U ndang­undang di MARA yang berusaha mencari mereka yang dapat dikesan. Bagi mereka yang tidak dapat dikesan itulah yang telah menjadi masalah kepada pihak MARA.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau kita meminjam di mana­mana sekalipun, kita mes ti ada borang yang mengandungi alamat, No. Kad Pengenalan dan sebagainya. Tetapi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan tidak dapat dikesan. Saya pun hairan, main beri begitu sahajakah hingga tidak dapatdikesan. Apa masalahnya maka ianya tidak dapat dikesan?

Soalan tambahan saya yang kedua ...

Timbalan Yang di-Pertua: Cuba panjangkan jadi satu soalan sahaja.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Golongan yang manakah yang banyak sekali meminjam? Adakah golongan sederhana ataupun yang miskin ataupun golongan yang telah sedia kaya dan diberi pinjaman?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama berkenaan dengan soal perpindahan, ini biasa berlaku apabila mereka meletakkan alamat. Semasa menyiasat untuk memberi pertimbangan kepada pinjaman itu memanglah menjadi prosedur biasa, bank pun buat macam itu. Tetapi kalaulah peminjam ini beralih alamat-macam orang sewa rumah pun biasa pada peringkat awal membayar sewa rumah dia ada, tiba-tiba bila dia tidak hendak bayar rumah itu dia tiba-tiba hilang, jadi susah juga hendak cari mereka. Ini

Page 10: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1141 IO JUN 1993 1142

melibatkan sipeminjam di mana kes-kes ini berlaku. Sebab itulah ada tindakan yang biasa dilaku dan diamalkan oleh institusi kewangan untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman daripada penjamin­penjarninnya. Jadi ada lock-safe measure seperti yang dilakukan. Walaupun tidak dapat mereka tetapi dapat penjamin. Kecuali penjamin pun tukar alamatlah. Tetapi ini jarang sekali berlaku.

Berkenaan dengan jumlah atau Jems peminjam, secara purata peminjamnya adalah kebanyakkannya di peringkat sederhana di bahagian-bahagian binaan, kontrak, peruncit-peruncitdan sebagainya. Bagi peringkat yang atas daripada peringkat sederhana iaitu di antara RMI00,000 ke atas atau RM500,000 tidak begitu banyak. Tetapi juga menghadapi masalah untuk membuat pembayaran.

PENYELUDUPAN PELACUR-SINDIKET

3. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan telah membuat penyiasatan tentang penyeludupan pelacuran dan lain­lain sindiket berpunca daripada kelemahan pemeriksaan sempadan atau "Orang Dalaman" yang mengatur strategi jangka panjang dalam mengguling Kerajaan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat sindiket di Malaysia dan di negara asing yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan pelacur­pelacur ke negaraini. Waiau bagaimanapun, kegiatan sedemikian adalah terkawal. Pihak Berkuasa telah mengambil berbagai tindakan untuk mencegah dan mengawal kemasukan mereka dengan melancarkan beberapa operasi khususnya di kawasan sempadan yangmenjadi pin tu masukutama ke negara ini.

Se lain daripada itu, tindakan pencegahan dan tangkapan turut dijalankan di seluruh negara untuk mengesan clan menangkap pelacur-pelacur yang berjaya memasuki negara ini dan juga ahli-ahli sindiket yang terlibat.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah saya dapat penjelasan mengapakah pelacur­pelacur ini suka masuk ke Malaysia? (Ketawa)

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas sekali salah satu faktor ialah ada permintaan di pasaran. ( Ketawa) Itu adalah menjadi tanggungjawab terutamanya kaum lelaki. Saya rasa dari segi penguatkuasaan sahaja tidak cukup, tetapi satu social education dan satu pendidikan moral patut diadakan bukan sahaja kepada murid-murid sekolah tetapi juga kepada orang-orang dewasa. Ini adalah satu gejala yang kurang sihat sehingga pelacur-pelacur negara asing ingat di sini mereka boleh cari nafkah ...

Timbalan Yang di-Pertua: Pasaran.

Tuan Ong Ka Ting: ... pasaran dan juga dia pun ya fortune. ( Ketawa)

TuanSaidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kerajaan bercadang seseorang yang melakukan perzinaan di hotel-hotel, misalnya, seperti seorang suami yang telah pun mempunyai isteri; kitaakan memanggil isterinya untuk mendapatkan suaminya di hotel di mana berlakunya perkara-perkara yang disebutkan tadi.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab Kerajaan ialah kita menguatkuasakan undang-undang mengikut lunas undang-undang. Sebarang kerja lebih daripada itu saya rasa kena tanggungjawab orang ramailah, mungkin kawan, saudara-mara yang mengetahui sesuatu sedang berlaku di hotel maka menjadi tanggungjawab kawan-kawan itu untuk memberitahu dia pun ya ahli keluarga.

BANTUAN KEPADA KELUARGA MISKIN

4. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan dalam suasana Kerajaan mengadakan kempen kutipan tabung bantuan untuk penduduk di luar negara, adakah beliau sedar masih terdapatramai keluarga mis kin

Page 11: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1143 10 JUN 1993 1144

di negara kita yang memerlukan bantuan. Jika sedar, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian say a memang sedar bahawa masih ramai keluarga miskin di negara kita yang memerlukan bantuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, melalui J abatan Kebajikan Masyarakat, ada menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada keluarga miskin. Dengan peruntukan kewangan berjumlah RM35 juta setiap tahun bagi membantu 95,000 orang yang terdiri dari ketua keluarga, kanak-kanak, orang tua dan orang cacat di seluruh negara. Lain-lain bantuan juga diberikan melalui Tabung Yayasan Kebajikan Negara oleh syarikat­syarikat swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).

Usaha Kerajaan mengadakan kempen kutipan tabung bantuan untuk penduduk di luarnegara, adalah atas rasa tanggungjawab sesama manusia dan simpati terhadap penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan dan penindasan. Bantuan yang di po hon adalah daripada mereka yang berkemampuan dan secara sukarela.

Tuan Haji Shuib bin Shawal: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terdapat juga orang-orang yang sedang menerima bantuan telah dihentikan bantuan. Dan ada setengah-setengahnya pula dikurangkan nilai bantuannya. Apakah ini menjadi satu dasar Kerajaan atau khususnya Kementerian? Bolehkah Kerajaan meneruskan bantuan kepada mereka yang berkenaan?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian say a memberi bantuan mengikut kadar-kadar kemiskinan. Ada satu tahap yang penerima bantuan ini mesti dapat dan kita ikut tahap tersebut.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Soalan saya adakah jumlah

kutipan yang dipungut untuk sesuatu kempen untuk luar negara diserahkan kesemuanya ataupun boleh atau tidak kita kata sebahagian peratusnya disimpan di dalam negeri untuk bantuan kepada orang­orang mis kin yang ada dalam negara. Kerana kita tengok dalam pungutan itu begitu besar. Adakah patut kita serahkan kesemuanya kepada sesuatu pertubuhan? Misalnya seperti kutipan bantuan untuk rakyat di Bosnia begitu besar dan adakah kesemua peruntukan itu diserahkan kepada pihak yang berkenaan?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, ini bergantung kepada kempen tertentu. Kalau tujuan kempen ini untuk mengutip derma kepada satu golongan di luar negara, kesemuanya kena dihantar ke luar negara. Kalau sekiranya ada persetujuan di mana sebahagian yang disimpan di negara ini, kita simpan.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan ada RM35 juta wang yang telah diperuntukkan untuk bantuan kepada penduduk miskin dalam negara ini. Saya ingin tahu oleh kerana di negeri Kelantan, sebuah negeri yang tidak sama dalam sudut pentadbirannya dengan Kerajaan Persekutuan bagaimanakah penyelarasan dibuat dalam pelaksanaan penyampaian bantuan ini. Kerana di negeri Kelantan mempunyai tabung-tabung yang tertentu seperti "Tabung Serambi Mekah" dan sebagainya. Bagaimana cara pihak Kementerian membuat penyelarasan bantuan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Negeri Kelantan?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa bantuan yang kita beri kepada golongan-golongan tertentu dan kepada golongan miskin ini, bantuan ini diserahkan kepada tiap-tiap Kerajaan Negeri, dan ini dibahagikan pula oleh Kerajaan Negeri.

PEMBEDAHAN PENY AKIT KETUMBUHAN OTAK

5. TuanMohd.ZainbinHajiMatDaud minta Menteri Kesihatan menyatakan:

Page 12: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1145 lOJUN 1993 1146

(a) adakah benar atau tidak dakwaan seorang ibu, pembedahan yang dilakukan oleh seorang Doktor Pakar Bedah Otakdi HospitakBesar Kuala Lumpur telah menyebabkan anaknya lumpuh dan sebahagian otaknya tersembul di belakang kepalanya; dan

( b) jika benar, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian supaya peristiwa seperti itu dan seumpamanya tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dakwaan bahawa pembedahan yang dilakukan oleh seorang Pakar Bedah Otak di Hospital Besar Kuala Lumpur telah menyebabkan pesakit Mohd. Isa bin Abdul Malek menjadi lumpuh adalah tidak benar sama sekali. Pesakit berkenaan dirujuk kepada Jabatan Bedah Otak dan Saraf, Hospital Besar Kuala Lumpur, setelah didapati mengalami ketumbuhan di pangkal otaknya pada 31-7-91. Pemeriksaan selanjutnya mendapati bahawa pesakit menunjukkan gejala-gejala tekanan tinggi di dalam otak disebabkan pengaliran cecair di dalam otak tersekat disebabkan ketumbuhan itu.

(b) Memandangkan tekanan di dalam otak adalah terlalu tinggi, dengan izin, "raised intracranial pressure"; satu keputusan telah dibuat untuk menjalankan pembedahan pemintasan di mana keutamaan diberi untuk mengurangkan tekanan di dalam otak pesakit. Pembedahan pemintasan pengaliran cecair di dalam otak telah dijalankan dan kemudiannya, pembedahan "Pos­terior Fossa Craniectomy" telah dilakukan di mana ketumbuhan di otak pesakittelah dibedah walaupun sebahagian dari ketumbuhan itu tidak dapat dibedah dengan sepenuhnya.

(c) Pembedahan kali kedua telah dijalankan dan didapati bahawa ketumbuhan itu telah merebak dengan luasnya, jadi hanya sebahagian sahajadari ketumbuhan itu dapat dibedah.

( d) Pada kesimpulannya, pesakit ini mengidap ketumbuhan di pangkal otak di mana kedudukan ketumbuhan serta kecepatan ketumbuhan itu membesar telah membuat sukar untuk sebarang pembedahan radikal dijalankan.

(e) Sebarang pembedahan radikal ke atas pesakit akan menyebabkan risiko yang tinggi terhadap nyawa pesakit kerana ketumbuhan ini berada di bahagian kritikal yang mengawal sistem pernafasan, pergerakan dan sistem-sistem lain. Kelumpuhan pesakit bukanlah disebabkan oleh pembedahan tetapi disebabkan ketumbuhan itu telah menjalar ke bahagian­bahagian kritikal itu dan menekannya.

(f) Kami berpendapat bahawa rawatan yang sewajarnya telah diberi kepada pesakit dan pihak kami berpuas hati bahawa tidak ada sebarang kecuaian yang dilakukan.

Timbalan Yang di-Pertua: Begitu lengkap jawapan, say a rasa tidak ada soalan tambahan nampaknya. (Ketawa)

SAHAM SYARIKAT­SYARIKAT-KRITERIA

PEMBERIAN

6. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri menyatakan mengenai tentang tawaran-tawaran saham yang diperuntukkan kepada syarikat-syarikat yang didaftarkan di bawah MITI. Apakah kriteria yang ditentukan oleh pihak Kementerian bagi memperuntukkan saham­saham tersebut?

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsadan Industri (Datuk S. S. Subramaniam): Tuan Yang

Page 13: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1147 lOJUN 1993 1148

di-Pertua, Kementerian saya adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan tawaran saham-saham bagi syarikat­syarikatawam yang melibatkan diri di dalam aktiviti perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Oleh itu, syarikat-syarikat bumiputera yang berminat untuk melanggan saham di dalam sektor-sektor yang dinyatakan di atas hendaklah berdaftar dengan Kementerian ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penawaran saham syarikat yang terlibat di dalam aktiviti kewangan, insurans, perjudian dan syarikat Kerajaan yang diswastakan, peruntukannya adalah diuruskan oleh Kementerian Kewangan. Syarikat-syarikat bumiputera yang berminat hendaklah berdaftar dan majukan permohonan kepada Kementerian berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, syarikat yang berminat untuk melanggan saham-saham hendakah berdaftar dengan MITI dan memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pegangan ekuiti syarikat hendaklah 100% dimiliki oleh bumiputera;

(ii) 51 %dariLembagaPengarahterdiri daripada bumiputera;

(iii) 51 % dari pengurusan/profesional terdiri daripada bumiputera;

(iv) 51 % dari kakitangan terdiri daripada bumiputera; dan

(v) Modal berbayar syarikat hendaklah tidak kurang daripada RM25,000.

Setakat ini, sejumlah 2, 171 buah syarikat-syarikat bumiputera telah berdaftar dengan Kementerian kita dan syarikat­syarikatini telah pun diperuntukkan saham­saham berjumlah 56.693 juta saham di antara tahun 1991 hingga 31 hb. Mac, 1993, iaitu saham-saham untuk 7 buah syarikat. Pengagihan saham-saham ini dibuat secara sama rata dan bergilir-gilir untuk memberi peluang kepada para pelabur bagi mendapatkan tawaran daripada Kementerian kita.

Timbalan Yang di-Pertua: ltupun lengkap jawapan Yang Berhormat Datuk S. S. Subramaniam. Tidak ada soalan tambahan, agaknya?

SKIM SARAAN BARU (SSB)­LAPORAN PRESTASI YANG

TIDAKADIL

7. Tuan V. K. Sellappan minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapakah bilangan Ketua-ketua Jabatan yang didapati secara sengaja bersikap tidak adil ketika membuat laporan prestasi anggota bawahnya setelah implementasi Sistem Saraan Baru (SSB); dan

(b) apakah tindakan selanjutnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada Ketua­ketua Jabatan yang didapati secara sengaja bersikap tidak adil ketika membuat Laporan Prestasi anggota bawahannya. Apa yang sebenar berlaku ialah bagi pergerakan gaji tahun 1993 yang menggunakan sistem penilaian prestasi lama terdapat beberapa penilaian yang meragukan berpunca dari tanggapan atau persepsi yang sedikit­sebanyak mengandungi unsur subjektif. Adalah sangat sukar untuk mengelakkan unsur subjektif ini sama sekali dalam mana­mana juga Sistem Penilaian Prestasi. Sungguhpun begitu, Kerajaan percaya bahawamasalah berkaitan dengan penilaian prestasi akan dapat diatasi dengan terlaksananya sistem penilaian prestasi baru di bawah Sistem Saraan Baru mulai tahun 1993 ini.

Sukalah say a maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa bagi memastikan sistem penilaian prestasi yang baik dan objektif, J abatan Perkhidmatan A warn telah dan akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

(i) Memberi nasihat dan peringatan kepada Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Penilai serta pegawai-pegawai yang

Page 14: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1149 lOJUN 1993 1150

menganggotai Panel Pergerakan Gaji supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi masing­masing;

(ii) Mengadakan penyiasatan dan kajian ke atas aduan dan rasa tidak puas hati yang telah dirujuk kepada JP A untuk menentukan kebenaran atau kewujudan masalah yang sebenarnya dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan, jika perlu; dan

(iii) JPA telah dan akan mengadakan sesi taklimat dan maj lis penerangan kepada Jabatan-jabatan Kerajaan untuk menambah kefahaman pihak yang terlibat dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Di dalam proses melakukan penilaian prestasi melalui Sistem Saraan Baru ini, adakah jika Kerajaan pada suatu ketika nanti berhajat untuk memberikan bonus? Bonus yang diberikan ini berdasarkan kepada penilaian prestasi berkenaan atau adakah ianya dibuat secara prorata?

Kedua, adakah tuntutan CUEPACS untuk memperolehi tuntutan bonus sesuai dengan dasar SSB ini?

Ketiga, jika bonus tidak dapat diberikan sekarang sewaktu ekonomi sedang baik, bilakah agaknya bonus akan diberikan kepada kakitangan sektor awam?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang ini tiga soalan dalam satu tambahan. Tetapi tidak mengapalah, sila.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalannya terkeluar daripada soalan asal, saya ingin juga menjawab soalan ini.

Berkenaan dengan bonus, bonus ini ialah tidak kena-mengena dengan penilaian seorang anggota perkhidmatan awam, ini

terpulang kepada prestasi ekonomi negara. Dan itu terpulang kepada Kerajaan, jikalau Kerajaan mampu membayar bonus untuk tahun tersebut, maka bonus akan diberi kepada anggota perkhidmatan awam.

Tuntutan CUEPACS berkenaan dengan bonus, ini terpulanglah kepada kemampuan Kerajaan untuk membayar bonus seperti yang say a sebutkan tadi. Kita tidak melarang CUEPACS membuat tuntutan ini tetapi akhirnya ialah Kerajaan, khasnya Kementerian Kewangan akan membuat keputusan sama ada atau tidak Kerajaan mampu membayar bonus untuk tahun tersebut.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengapakah Kerajaan mengadakan kuota-kuotadi dalam memberi penilaian berkenaan dengan SSB dan kuota­kuota ini begitu kecil? Ini menyebabkan timbulnyarasa tidak puas hati dan rungutan­rungutan daripada pegawai-pegawai yang layak diberi.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, di bawah SSB, prestasi seorang anggota perkhidmatan aw am dinilai dan markah diberi berkenaan valuation yang dibuat itu. Berkenaan dengan markah ini, kebanyakkannya di dalam Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian bahawa pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam akan mendapat markah di antara 50% sampai 79.9%. Ini ialahdikatakan mendatar atau horizontal dan bilangan mereka ramai di dalam golongan ini. Oleh kerana kita memberi markah di bawah SSB ini, penilaian adalah lebih objektif dan adil. Kita memberi markah-markah untuk, misalnya, aspek kegiatan dan sumbangan seperti aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan selaras dengan konsep budaya ikram dan persyarikatan Malaysia. Kita juga mengaitkan sistem ini secara langsung prestasi cernerlang dengan Anugerah Penglibatan Cemerlang serta syor bagi pengurniaan bin tang, pingat atau surat penghargaan.

Page 15: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1151 lOJUN 1993 1152

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, nampaknya Che Pora tidak ........ .

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Soalan saya bukanlah ciri-ciri penilaian ..... .

Timbalan Yang di-Pertua: Nanti Che Pora.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Maaf, soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua: Tambahan sekali lagi. Saya rasa macam ini. Minta penjelasan, ya. Penjelasan yang tidak terang ataupun hendak minta soalan baru. Hendak minta penjelasan kepada soalan tadi ataupun soalan baru?

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Penjelasan.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Penjelasan berkenaan dengan mengapakah kuota-kuota diadakan di Kementerian-kementerian ataupun J abatan­jabatan. Maksud saya bilangan pegawai yang diberikan, bukanlah ciri-ciri pelaksanaan SSB ini dinilaikan.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berapa terang soalan ini. Adakah soalan ini berkenaan kuota bilangan anggota terhad?

. Timbalan Yang di-Pertua: Saya ingat dia maksudkan kenapa sesuatu jumlah itu diberikan kepada sesuatu jabatan berbanding dengan jumlah-jumlah lain di jabatan yang lain.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Oh! Itu terpulang kepada prestasi Jabatan-jabatan tersebut atau Kementerian-kementerian tersebut. Di bawah SSB ini, markah untuk melintang, iaitu 90% ke atas, hanya 2% dari jumlah pegawai dihadkan untuk markah

ini. Oleh kerana kadang-kadang sesebuah Jabatan atau Kementerian tidak dapat anggotanya mencapai prestasi sampai 90% ke atas. Jadi, kadang-kadang Jabatan itu tidak mempunyai markah yang saya sebutkan ini berkenaan dengan melintang. Ini bukan terhad. Tidak ada soalan Jabatan itu menghadkan bilangan anggota perkhidmatan awam untuk satu-satu kelas yang saya sebutkan itu.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Puan Rajah Che Pora. Bukan soalan tambahan. Puan Hajah Che Pora.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan No. 8.

MASALAH DISIPLIN GOLONGAN REMAJA­PROGRAM PEMULIHAN

8. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak Kerajaan untuk membasmi masalah golongan remaja Melayu yang paling ramai tidak mematuhi arahan ibu bapa dan sering melanggar peraturan sekolah.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negaradan Pembangunan Masyarakat telah mengambil langkah untuk membasmikan masalah golongan remaja dengan mengadakan program-program pemulihan dan pencegahan seperti berikut:

(i) ceramah, forum dan bengkel di sekolah-sekolah yang mempunyai masalah disiplin;

(ii) mengadakan kem kesedaran dan motivasi bagi remaja dan murid­murid sekolah yang bermasalah;

(iii) memberi khidmat kaunseling kepada keluargamurid-murid; dan

(iv) ceramah kesedaran kepada ibu bapa dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Page 16: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1153 lOJUN 1993 1154

Kita semua bertanggungjawab menangani masalah-Kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan pemimpin masyarakat termasuk Yang Berhormat Senator sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Datin Wan lntan.

Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah kursus-kursus atau ceramah-ceramah yang diberi ini kepada sekolah yang tertentu ataupun menyeluruh kerana saya difahamkan memang ada sekolah-sekolah yang memberi ceramah­ceramah? Tetapi sepatutnya di masa akan datang ini, hendaklah kita memberi ceramah-ceramah kepada kanak-kanak khasnya Tingkatan Tiga manakala sebelum sekolah bercuti ataupun di dalam sekolah bercuti hendaklah diberi ceramah dengan sempuma. Jika tidak, ini yang menyebabkan berlaku kes-kes juvana yang banyak didapati di dalam mahkamah kanak-kanak.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, kita beri kursus-kursus kepada sekolah-sekolah tertentu.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya boleh lagi satu?

Timbalan Yang di-Pertua: Say a rasa jangan minta tambahan, minta penjelasan.

Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad: Minta maaf. Minta penjelasan mengapa tidak memberi menyeluruh di sekolah-sekolah. Lebih­lebih lagi kita difahamkan sudah 96% anak­anak sekolah yang sudah mula hendak malas dan tidak mahu belajar lagi.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, kita merasakan masalah ini tidak menyeluruh. Sebab itu, tidak perlu kita beri ceramah-ceramah atau kursus kepada semua sekolah. Kita tumpukan kepada sekolah-sekolah yang ada masalah sahaja.

PELARIAN VIETNAM­PENGA WASAN

9. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah bilangan pelarian Vietnam yang telah diterima bekerja di negara ini dan jenis pekerjaan yang mereka lakukan. Apakah Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh kontrak pekerja ini setelah tamat kontrak dua tahun yang diberikan.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini belum ada pelarian Vietnam yang dibenarkan bekerja di negara ini. Oleh yang demikian, soal melanjutkan tempoh kontrak pekerjaan mereka tidak timbul.

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau tidak timbul, memang tidak ada tambahanlah ya.

KENAIKKAN KADAR INFLASI-LANGKAH

MEMBENDUNG

10. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros mintaMenteri Kewangan menyatakan sama ada inflasi menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah dan jika ya, adakah langkah-langkah sudah diambil untuk membendungkan paras inflasi supaya tidak melebihi kadar 4%.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, kadar inflasi negara seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna bagi keseluruhan tahun 1992ialah4.7%.Bagi tempohJanuari hinggaApril 1993, kadar yang lebih rendah sebanyak4.3% telahdicatatkan, berbanding dengan kadar sebanyak 4.4% dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi ini adalah menggalakkan.

Pada masa yang sama, indeks bagi kumpulan makanan telah mencatatkan peningkatan yang berkurangan iaitu sebanyak 2.5% berbanding dengan kenaikan 6.5% pada tempoh yang sama tahun lalu.

Inflasi memang menyusahkan rakyat terutamarakyat yang berpendapatan rendah. Kenaikan harga makanan akan membawa

Page 17: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1155 lOJUN 1993 1156

kesan yang buruk kepada mereka. Oleh itu, Kerajaan mengambil berat masalah ini dan beberapa langkah telah pun dilaksanakan untuk mengurangkan kadarnya. Di antara langkah tersebut termasuklah:

(i) mengekalkan dasar kewangan yang ketat dan dasar fiskal yang berhemat serta bercermat.

(ii) menggalakkan tabungan dalam negeri dan mengawal peningkatan pesat dalam perbelanjaan swasta dengan meneruskan syarat kelayakan yang ketat bagi penggunaan kad kredit.

(iii) meningkatkan latihan kemahiran dan melonggarkan dasar pengambilan tenaga kerja asing dan menambahkan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur yang bertujuan mengurangkan kesesakan infrastruktur, di samping mengembangkan keupayaan pengeluaran.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah tambahan di dalam Belanjawan yang dibentangkan tahun lalu, bagi membendung inflasi. Langkah-langkah tersebut termasuklah:

(i) penubuhan Tabung Industri Pengeluaran Makanan yang mempunyai dana sebanyak RM300 ju ta;

(ii) mengurangkan atau menghapuskan duti import ke atas lebih 600 jenis barangan, termasuklah makanan;

(iii) menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak2% kesemuanya;

(iv) mengeluarkan Bon Simpanan Kerajaan bernilai RMI,000 juta melalui Bank Negara Malaysia untuk dijual kepada individu dan institusi; dan

(v) Kerajaan telah menubuhkan Panel Upah Negara untuk membantu penyelarasan kadar upah yang

munasabah di kalangan sektor swasta berdasarkan produktiviti.

Tuan Yang di-Pertua, langkah-Iangkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membendung inflasi hanya akan berkesan sepenuhnya jika seluruh masyarakat turut membanteras inflasi. Ini termasuklah berbelanja mengikut kemampuan sendiri, menambahkan tabiat menabung dan berusaha meningkatkan produktiviti. Saya percaya, jika setiap lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing, kita akan dapat membendung masalah inflasi ini kepada tahap yang paling rendah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Zainal, sudah puashati ya?

Tuan Haji Zainal bin Md. Deros: (Menganggukkan kepala)

BARANG-BARANG TIRUAN­JUMLAH KILANG DIDAKWA

KEMAHKAMAH

12. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:

(a) berapakah buah kilang telah didakwa ke mahkamah kerana menjalankan kegiatan membuat barang-barang tiruan bagi tahun 1992-1993;dan

(b) adakah Kementerian ini sedar bahawa ramai pengguna-pengguna merungut kerana tertipu membeli barang-barang tiruan yang sukar hendak dikenali dan apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengambil tindakan undang­undang ke atas 9 buah kilang kerana

Page 18: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1157 lOJUN 1993 1158

menjalankan kegiatan membuat atau mengilang barang-barang tiruan dengan nilai rampasan berjumlah RMl,374,580 di sepanjang tahun 1992. Bagi tahun 1993 pula, iaitu sehingga 31 hb. Mei, 1993, tindakan diambil ke atas 2 buah kilang, juga atas kesalahan membuat barang-barang tiruan dengan nilai rampasan barang­barang berjumlah RMl,350,000.

(b) Kementerian memang sedar bahawa terdapatnya para pengguna yang tertipu kerana terbeli barang­barang tiruan disebabkan sukar hendak mengenali antara barang­barang tulen atau barang-barang asli dengan barang-barang tiruan. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian telah, sedang dan akan terus mengambil beberapa tindakan, termasuk:

(i) bekerjasama dengan syarikat-syarikatpengeluar barangan tulen dalam membanteras aktiviti­aktiviti membuat barang­barang tiruan;

(ii) mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat, mengedar atau menjual barang-barang tiruan;

(iii) mengadakanperbincangan atau dialog dengan persatuan-pers atuan perniagaan dan lain-lain pihak yang berkepentingan dengan tujuan supaya mereka sen ti as a mengamalkan budaya niaga yang sihat; dan

(iv) meningkatkan kesedaran pengguna di kalangan rakyat melalui penganjuran seminar, ceramah, dialog dan pameran.

Menerusi- kegiatan-kegiatan ini, pengguna adalah didedahkan kepada maklumat-maklumat terkini mengenai barangan, tempat pembelian yang sesuai serta keaslian barangan. Hal yang demikian, membolehkan para pengguna bertindak dengan lebih bijak dan dapat mengelakkan dirinya dari terbeli barang-barang tiruan.

Timbalan Yang di-Pertua: Untuk makluman bersama, kita melangkau soalan No.11 oleh YangBerhormatTuanSaad bin Haji Man, kerana soalan itu telah dijawab bersama dengan soalan No. 2 oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan Awam sebentar tadi. Jadi, sekarang soalan ke 13.

LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM-FUNGSI

13. Dato' AzumubinTakmintaMenteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar memberitahu apakah fungsi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan berapakah peruntukan kewangan diluluskan untuk kerja-kerja penyelidikan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom telah ditubuhkan pada lhb. Februari, 1985 di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 8 Akta 304, fungsi-fungsi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom adalah seperti berikut:

(i) memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan atas perkara-perkara berhubungan dengan tenaga atom;

(ii) mengawal dan mengawasi pengeluaran, pemakaian dan penggunaan tenaga atom;

(iii) mengadakan kerjasama saintifik dan teknik dengan semua badan, institusi atau organisasi lain berhubung dengan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom; dan

Page 19: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1159 10 JUN 1993 1160

(iv) mengambil tindakan kepada perkara-perkara lain yang timbul dari masa ke semasa yang berkaitan dengan tenaga atom.

Untukmakluman Ahli Yang Berhormat, jumlah peruntukan kewangan di bawah Rancangan Malaysia Keenam yang diluluskan untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan perundangan yang berkaitan dengan perlindungan sinaran adalah sebanyak RMl,282,000.

NELAYAN TEMPATAN PERMOHONAN MENUKAR

ENJINGRT

14. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) berapa permohonan telah diterima dari nelayan tempatan memohon untukmenukar kulit/enjin dari GRT kecil ke GRT besar yang melebihi SOGRT;

( b) berapa permohonan telah diluluskan dan ditolak; dan

(c) sebab-sebab permohonan diluluskan dan ditolak dalam tahun 1991, 1992 dan 1993.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bilangan permohonan yang diterima untuk menukar kulit dan enjin dari GRT kecil ke GRT besar adalah seperti berikut:

Tahun Pennohonan

1991 49

1992 29

1993 (sehingga 25 April)

Jumlah 103

(b) Bilangan permohonan yang telah ditolakdan diluluskan adalahseperti berikut:

Tahun Tolak Lui us

1991 44 5

1992 28

1993 (sehingga 223 3

bulan April)

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelulusan diberi kerana kajian Jabatan Perikanan menunjukkan bahawa di kawasan­kawasan berkenaan masih terdapat sumber-sumberyangmembolehkan GRT vesel ditambah. Sebaliknya pula, permohonan ditolak kerana adanya keperluan bagi mengawal sumber perikanan daripada dimusnahkan oleh penangkapan ikan yang berlebihan, terutamanya di Pantai Barat Semenanjung di mana stok-stok ikan telah berkurangan.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak bertanya soalan tambahan tetapi makna "GRT" ini, tak tahu.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, makna "GRT" ialah "Gross Tonnage".

Timbalan Yang di-Pertua: Oh, itu sahaja. Adakah hendak tanya pula apa dia "Gross Tonnage" itu? (Ketawa)

PEKERJA HARAM­BILANGAN

15. Tuan K. Munisamy minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapakah bilangan pekerja haram di negara ini pada masa ini yang belum memohon permit kerja. Apakah tindakan Kerajaan yang sedang diambil untuk menghadkan atau mengawal kemasukan pekerja­pekerja haram ini; dan

Page 20: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1161 lOJUN 1993 1162

(b) adakah golongan pekerja haram yang belum memohon permit akan diberi peluang untuk bekerja di sini ataupun akan dihantar batik ke negara asal mereka.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bilangan pekerja tanpa izin di negara ini yang belum memohon untukmendapatka11 pas kerja adalah tidak diketahui kerana kebanyakan daripada mereka telah memasuki negaraini tidakmelalui pintumasuk (entry point) yang diwartakan. B agaimanapun, adalah dianggarkan lebih kurang 200,000 orang pekerja tanpa izin yang telah mendaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia masih belum memohon untuk mendapatkan Pas Lawatan (Kerja Sementara).

Bagi mengawal kemasukan pekerja-pekerj a asing secara haram, kawalan telah ditingkatkan di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi pintu masuk dan tempat pendaratan pendatang-pendatang asing seperti di kawasan sempadan dan pesisiran pantai.

(b) Dalam Operasi Pengesahan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada bulan April dan sedang berjalan sekarang, pekerja tanpa izin yang sedang bekerja di negaraini, sama ada telah mendaftar atau belum mendaftar, akan dibenarkan memohon untuk mendapatkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) setelah memenuhi sy arat-sy arat yang tel ah ditetapkan. Mereka yang gagal berbuat demikian, akan dihantar pulang ke negara asal.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, bagaimana pula boleh beratus-ratus ribu

orang-orang asing masuk secara haram ke negeri ini sehingga tidak dapat dikawal?

Timbalan Yang di-Pertua: Sita.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, pernah saya jawab di Dewan yang mulia ini, bahawa salah satu faktor utama di mana beribu-ribu pendatang asing telah mencari jalan-tidak kira jalan sah atau jalan tidaksah masuk-kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di sini. Dan banyak majikan-majikan di negara ini sanggup mengambil mereka, walaupun secara haram mereka diambil juga untuk bekerja. Itu adalah salah satu faktor, kerana perkembangan ekonomi negara kita. Keadaan kemasukan ini telah pun terkawal bukannya tidak terkawal dan telah berulang kali saya jawab langkah-langkahnya, saya rasa tidak payah saya ulangi di sini.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apabila Kerajaan menghantar balik pekerja haram ke negara asal mereka? Siapakah yang membiayai kos penghantaran balik, iai tu negara as al mereka datang, sindiket, orang yang membawa mereka masuk ataupun Kerajaan Malaysia?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, seboleh-bolehnya Kerajaan Malaysia tidak akan membebankan diri dengan perbelanjaan itu.

Salah satu cara di mana kita menghantar mereka pulang ialah dengan menggalakkan mereka batik secara sukarela iaitu dengan perbelanjaan mereka sendiri.

Untuk mereka yang memang tidak mampu iaitu dia tidak ada wang langsung, kalau masuk dalam depot kita ada perundingan dengan kedutaan mereka. Dan bagi mereka yang benar-benar sudah masuk dengan wang cagaran yang cukup, kalau sekiranya melanggar undang-undang, kita gunakan wang deposit itu untuk membeli tiket kapal terbang atau membeli tiket tambang kapal laut untuk menghantar mereka balik.

Page 21: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1163 lOJUN 1993 1164

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chong Chi Siong.

Tuan Haji Zainal bin Md. Deros: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Soalan No. 16.

ELEKTRIK-KEROSAKAN SELEPAS PUKUL 10.00 MALAM

16. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sebab-sebabpekerja-pekerja TNB berfungsi hanya sampai jam 10.00 malam sahaja. Apakah tindakan pihak Kementerian terhadap kerosakan elektrik selepas pukul 10.00 malam khasnya di kawasan perindustrian. Adakah dalam rancangan Kementerian ingin menubuhkan syarikat TNB kedua supaya mewujudkan saingan dan meningkatkan perkhidmatan awam.

Setiausaha Parlimen Kementerian PerdaganganAntarabangsadan Industri (Datuk S. S Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, sayamohon izin untuk menjawab soalan ini bagi pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, di semua Pej abat Daerah Tenaga Nasional Berhad terdapatnya Pusat Pengurusan Bekalan yang menerima aduan kerosakan dan pasukan senggaraan yang akan mengambil tindakan untuk membaikinya.

Di bandar-bandar besar, Pus at Pengurusan Bekalan ini beroperasi selama 24 jam secara 3 syif, manakala di pekan­pekan kecil ianya beroperasi 2 syif sehingga 11.00 atau 12.00 tengah malam. Di kawasan di mana Pusat Pengurusan Bekalan beroperasi sehingga 11.00 atau 12.00 tengah malam, panggilan selepas waktu tersebut akan diambil oleh pegawai keselamatan yang bertugas dan maklumat-maklumat berkenaan akan disampaikan kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, pengguna­pengguna termasuk pengguna-pengguna industri boleh menghubungi Pusat Pengurusan Bekalan pada bila-bila masa. Dalam kebanyakan kawasan perindustrian, wakil-wakil industri boleh juga menghubungi terus kepada jurutera tunggu­sedia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaaan sama ada Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Syarikat TNB Kedua supaya wujud persaingan kepada TNB. Sukacita dimaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, bahawa selaras dengan dasar Kerajaan untuk menggalakkan persaingan dalam sektor industri elektrik, Kerajaan telah pun memberi kelulusan kepada YTI., Corporation untuk menjanakuasa elektrik dan menjualkannya kepada TNB. YTI., Corporation akan menj ana 1, 170 Mega­watt mulai tahun 1996. Di samping sebuah lagi syarikat iaitu Sikap Power Sendirian Berhad juga telah diberi kebenaran untuk menjana 1,300 Megawatt di Lumut. Sikap sedang berunding dengan TNB untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa. Pihak Sikap Sdn. Bhd. juga sedang berunding dengan PETRONAS untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Gas.

Se lain daripada itu, Kerajaan juga tel ah meminta 2 konsortium mengemukakan cadangan untuk menjana elektrik sebanyak 440 Megawatt di Negeri Sembilan dan 280 Megawatt di Melaka. Baru-baru ini Kerajaan juga memberi persetujuan untuk membenarkan Genting Sanyen Sdn. Bhd. untuk menjana elektriksehingga 720 Mega­watt dan men jualkan kuasa lebihnya kepada TNB, dan dari segi persaingan di sektor pengagihan Kerajaan sedang mempertimbangkannya.

BELIA-PENAMBAHAN PROGRAM DAN AKTIVITI

17. Puan Sri Sarasa Pasamanickam mintaMenteri Beliadan Sukan menyatakan memandangkan penambahan kes jenayah di antara kaum Belia pada masa ini, apakah

Page 22: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1165 lOJUN 1993 1166

langkah-langkah yang akan diambil untuk mengawal keadaan ini dan apakah aktiviti­aktiviti yang dirancangkan oleh Kerajaan supaya menarik penglibatan belia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Cik Teng Gaik Kwan): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan memang sedar tentang penambahan kes jenayah di kalangan golongan belia pada masa ini. Oleh itu, Kementerian ini telah dan akan melaksanakan berbagai program bagi golongan belia. Di antara program yang dijalankan ialah menubuhkan Pusat Komunikasi Belia Bandar bagi memenuhkan masa lapang golongan belia di mana pusat ini akan berfungsi untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai kegiatan-kegiatan belia.

Kementerian ini akan memperkenalkan konsep baru Program Pembangunan Belia yang akan diwujudkan di seluruh negara, yang akan dikenali sebagai Pusat 3K, yang akan menekankan kepada aspek komunikasi, kemahiran dan kaunseling. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memudahkan mengesan belia tcmpatan terutama di luar bandar yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan serta memastikan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada belia tempatan, di samping menyekat penguasaan/perluasan buruh asing di negara ini.

Selain daripada itu, pusat ini juga akan menjalankan pelbagai kegiatan yang berfaedah seperti menganjurkan kursus­kursus dalam bidang komputer, ceramah semasa di samping mengan jurkan berbagai pertandingan seperti pertandingan lukisan, masakan, karangan dan lain-lain.

Kementerian Belia dan Sukan juga menjalankan Program Anugerah Remaja Perdana bertujuan menggalakkan aktiviti­aktiviti sukarela dengan memberi latihan kemahiran supaya belia-belia dapat berdikari, menganjurkan kursus-kursus untuk menanamkan semangat cintakan

agama dan negara, menjalankan Kem Tunas Nasional untuk memenuhkan masa cuti belia-belia, melahir dan membina usahawan ke arah meningkatkan ekonomi golongan belia dan lain-lain program mengikut keperluan semasa.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita dimaklumkan ada program-program baru yang akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan, adakah program-program yang telah dijalankan, sebelum program yang baru ini, tidak begitu mencapai matlamat untuk mengatasi masalah-masalah jenayah di kalangan belia-belia?

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum kita menjalankan pro­gram baru 3K, Kementerian Beliadan Sukan mempunyai berbagai program sebagaimana yang saya sebutkan tadi iaitu mengadakan berbagai kursus-kursus, kegiatan-kegiatan serta aktiviti-aktiviti untuk belia.

Kita tidak boleh mengatakan "tidak berkesan" walaupun memandangkan sejak kebelakangan ini jenayah juvana semakin hari semakin meningkat. Sebab itulah kita menambahkan lagi atau menukar projek baru 3K. Itu bukanlah patut dikatakan kegiatan yang kitajalankan tidak berkesan, kerana masih ada di peringkat daerah, di negeri atau di merata tempat kita mengadakan projek yang baru. Ini maknanya kita menambahkan lagi, jika tidak berapa cukup aktiviti untuk belia-belia kita.

ELEKTRIK-GANGGUAN BEKALAN DI LUAR BANDAR

18. Puan Rajah Rahaiah bin ti Baheran minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan kedudukan bekalan elektrik di luar-luar bandar yang selalu terganggu dan tidak efficient.

Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi memohon izin untuk menjawab soalan ini bagi pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Page 23: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1167 lOJUN 1993 1168

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

. Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang d1-Pertua, penyaluran bekalan elektrik kepada pengguna-pengguna Iuar bandar adalah kebiasaannya melalui sistem talian atas. Sistem ini adakalanya terdedah kepada gangguan dahan-dahan pokok yang patah semasa cuaca buruk yang boleh mengakibatkan sesalur atas putus atau tiang­tiang elektrik tumbang. Gangguan bekalan elektrik juga disebabkan oleh kehadiran haiwan seperti ular, monyetdan sebagainya yang menggugat alat-alat yang terpasang.

Lazimnya di dalam pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar, kesukaran mendapat persetujuan penduduk kampung untuk mencantas pokok adalah di antara masalah yang dialami oleh Tenaga Nasional. Di dalam keadaan di mana projek perlu disiapkan dengan cepat, potongan atau cantasan dahan-dahan pokok hanya dapat dibuat dengan kadar minima sahaja.

Menyedari keadaan ini, salah satu langkah yang akan diambil oleh Tenaga Nasional untuk mengurangkan gangguan di kawasan luar bandar ialah dengan menggunakan pengalir "Aerial Bundle Cable" (ABC) menggantikan pengalir yang tidak bersalut secara berperingkat. Keutamaan akan diberi kepada projek­projek baru. ABC adalah lebih selamat atas sifat-sifatnya yang kurang sensitif kepada geseran dahan-dahan dan masalah sentuhan di antara pengalir dengan yang lain dapat diatasi.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Isli bin Haji Siput.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 19.

GRADUAN LEPASAN FARMASI-TA WARAN "PRE-REGISTRATION

19. Tuan Ding Seling (di bawah S. 0. 23 (2)) minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) sama ada Kementerian menawar­kan graduan lepasan farmasi menjalankan "Pre-Registration" di hospital-hospital Kerajaan atau swasta seperti yang dianjurkan oleh Kementerian terhadap para doktor;

(b) berapa ramaikah pelajar yang sedang menjalani kursus farmasi di luar dan dalam negara;

(c) apakah Kementerian akan juga menawarkan perkhidmatanjawatan Farmasi kepada para graduan terutamanya pelajar tajaan Jabatan Perkhidamtan Awam selepas tamat tempoh "Pre-Registration";

( d) berapa peratuskah tahap kekurangan ahli farmasi di negara kita hingga sekarang dan adakah tahap ini dijangkamenurun pada tahun-tahun akan datang; dan

(e) apakah tindakan yang mungkin boleh diambil terhadap banyak kedai-kedai runcit dan pasaraya biasamenjual ubat-ubatan termasuk ubat-ubat batuk dan ubat-ubat lain yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan umum kerana tidak mendapat pakar Farmasi bagi mengurangkan cara menggunakan ubat-ubat tersebut dengan teratur.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua:

(a) Kementerian Kesihatan menawarkan 75 tempat untuk membolehkan graduan farmasi mengikuti latihan "pre-registration" sebelum mereka dapat didaftarkan untuk mengawal farmasi. Hospital Universiti di kedua-dua Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia juga menampung beberapa tempat latihan. Di sektor swasta, 16 pertubuhan yang terdiri dari kedai farmasi, hospital dan kilang farmaseutikal, juga

Page 24: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1169 lOJUN 1993 1170

menawarkan tempat-tempat latihan. Pertubuhan-pertubuhan ini telah diiktiratkan oleh LembagaFarmasi sebagai pusat latihan "pre-registra­tion" untuk graduan farmasi.

(b) Jumlah pelajar yang sedang menjalani Kursus Farmasi di luar negeri adalah seramai 35 orang dan di dalam negeri adalah seramai 75 orang.

( c) Bagi para graduan farmasi, selepas tamat tempoh "pre-registration", Kementerian Kesihatan ada menawarkan jawatan farmasi di mana urusan latihan diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

( d) Pada masa kini kekurangan Ahli Farmasi di Malaysia adalah pada tahap 15% dan ini dijangka akan meningkat pada tahun-tahun yang akan datang.

(e) Kementerian Kesihatan menilai semua ubat-ubatan yang diketahui dipasarkan untuk kegunaan orang ramai. Penilaian ini dijalankan oleh Lembaga Racun dan juga Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, yang ditubuhkan di bawah undang­undang. Selepas penilaian ini, ubat­ubatan yang dianggap sebagai selamat digunakan tanpa memerlukan nasihat dan penyeliaan pengamal perubatan atau ahli farmasi, boleh dijual oleh kedai runcit, pasaraya dan kedai-kedai lain. Ubat-ubatan ini dijangka selamat dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang mudarat seharusnya tidak menjejaskan kesihatan orang ramai jika ia digunakan menurut arahan yang disebutkan di dalam label kotak. Waiau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan sentiasa mengkaji semula status pengkelasan ubat-ubat ini dengan mengambil maklum kesan advers

dilaporkan. Sekiranya diperlukan, ubat-ubatan yang berkenaan akan dikelaskan semula supaya ia hanya dibekalkan oleh pengamal perubatan atau farmasi.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekianlah pertanyaan­pertanyaan bagi Jawab Mulut pada hari ini.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi PertanyaanNo. 20hingga51 adalahdiberi di bawah ini).

SAHAM-JUMLAH FIRMA BERLESEN

20. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah firma menjual-beli saham yang berlesen yang kini menjalankan perniagaan di negara kita mengikut negeri dan adakah Kerajaan bercadang memberikan lesen untuk bandar-bandar yang belum ada firma berlesen, memandangkan bilangan pelabur dari desa dan kampung yang bertambah besar dan untuk mengelakkan penipuan oleh orang tengah.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Sehingga hari ini sebanyak 57 buah syarikat broker saham yang berlesen menjalankan urusniaga jualbeli saham mengikut pecahan negeri seperti berikut:

Negeri Jumlah

Wilayah Persekutuan 19 (Kuala Lumpur)

Perak 8

Pulau Pinang 7

Selangor 6

Joh or 5

Melaka 3

Negeri Sembilan 2

Kedah

Ke Ian tan

Page 25: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1171 lOJUN 1993 1172

Negeri Jumlah

Terengganu

Pahang

Sarawak I

Sabah 1

Wilayah Persekutuan (Labuan)

Kementerian Kewangan akan memper­timbangkan sebarang permohonan,jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan lesen syarikat broker saham di bandar-bandar yang masih belum ada syarikat tersebut, berdasarkan kehendak dan keadaan setempat.

CUKAI JALAN­MEMANSUHKAN

21. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memansuhkan bayaran Cukai Jalan bagi kenderaan dan kos jalan itu diserapkan pada harga petrol dan diesel bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.

Menteri Pengangkutan (Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik): Kementerian Pengangkutan tidak berhasrat untuk memansuhkan bayaran lesen kenderaan motor atau cukai jalan bagi kenderaan dengan menyerapkannya dalam harga petrol dan diesel.

PELABUHAN KUALA KEDAH­PEMBINAAN

22. Dato' William ChekLin K wai min ta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk membina sebuah pelabuhan di Kuala Kedah untuk dijadikan sebagai pintu laluan ke Langkawi yang sedang mengalami pembangunan yang pesat. Jika ada kemajuan, setakat mana telah tercapai; dan

(b) sila beritahu bilakah Lebuhraya Timur Baral Bahagian Lunas/ Butterworth dapat disiapkan demi menjayakan "Hi-Tech Park" di Kulim.

Menteri Kerja Raya (Datuk Leo Moggie anak Irok):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan kemudahan pelabuhan di negara ini adalah di bawah kendalian Kementerian Pengangkutan. Wal au bagaimanapun saya telah difahamkan oleh Kementerian berkenaan bahawa Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk membina sebuah pelabuhan di Kuala Kedah untuk dijadikan sebagai pintu laluan ke Langkawi. Ini oleh kerana jeti yang ada sekarang masih mampu untuk menampung keperluan pen um pang dan keperluan pengangkutan kargo.

(b) Projek Lebuhraya Timur Barat (bahagian Lunas-Butterworth) adalah di peringkat penilaian tawaran oleh Kerajaan pada masa ini. Projek ini dijadualkan untuk disiapkan pada akhir tahun 1995 atau awal tahun 1996.

EROPAH/PAPUA NEW GUINEA­MISI PERDAGANGAN

23. Tuan Tiong Thai King minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) hasil lawatan misi perdagangan kenegara-negaraEropahdanPapua New Guinea baru-baru ini;

(b) jenis barangan yang mereka memerlui dan berhasrat akan mengimport dari negara kita dan dalam bidang apa mereka berminat melabur di negara kita; dan

( c) reaksi/respons mereka terhadap lawatan misi kita.

Page 26: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1173 IO JUN 1993 1174

Datuk S. S. Subramaniam: Soalan mengenai hasil lawatan rombongan perdagangan dan pelaburan ke negara­negara Eropah telah pun dijawab pada 27 Mei, 1993.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lawatan Rombongan Galakan Perdagangan ke Papua New Guinea yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah diadakan pada 16-21 Mei, 1993. Objektif utama rombongan galakan perdagangan ke Papua New Guinea adalah untuk mengembangkan dan mempertingkatkan lagi hubungan ekonomi di antara kedua buah negara. Dalam hal ini rombongan tersebut adalah untuk meluaskan pasaran barang-barang Malaysia di Papua New Guinea dan juga mengenalpasti peluang-peluang pelaburan di negara tersebut.

Seramai 42 orang peserta menyertai rombongan ini yang terdiri daripada wakil Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Petronas dan pihak swasta.

Hasil pertemuan daripada 166 temujanji yang diaturkan di antara ahli-ahli perniagaan Malaysia dan Papua New Guinea telah menghasilkan jumlah jualan sebanyak RM3.07 juta. Barangan yang terlibat di dalam kontrak jualan ini ialah mesin dan alatan kilang kayu balak, gen­erator elektrik, tayar jentera pengalih tanah dan ubat-ubatan. Selain daripada itu rundingan penjualan barangan dan perkhidmatan bernilai RM37.7 juta telah dirundingkan. Barangan dan perkhidmatan yang terlibat di dalam rundingan ini ialah alatan kilang kayu balak, tayar jentera pengalih tanah, tayar Jori balak, ubat-ubatan, kapal ikan tuna dan perkhidmatan perunding pembinaan jalan raya.

Semasa lawatan misi perdagangan ini juga, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menandatangani Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali bagi pihak Kerajaan Malaysia. Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah

menandatangani "Memorandum Persefahaman Untuk Menggalakkan Perdagangan, Pelaburan dan Perhubungan Perniagaan" dengan pihak Papua New Guinea sebagai langkah untuk meningkatkan perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara.

Lawatan Rombongan Galakan Perdagangan ke Papua New Guinea telah diberikan sambutan yang baik oleh Kerajaan Papua New Guinea dan pihak swasta memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama untuk mempertingkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua buah negara.

Rombongan Galakan Perdagangan ke Papua New Guinea telah mencapai matlamatnya di dalam membuka peluang­peluang bagi para pengeksport Malaysia dan menggalakkan pelaburan di negara tersebut.

SISA-SISA KILANG­PEMBUANGAN

24. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Seki tar menyatakan adakah Kerajaan dan Alam Sekitar menyatakan adakah Kerajaan akan mengambil langkah yang lebih tegas dalam membanteras pembuangan sisa-sisa kilang sedangkan kilang-kilang yang berkenaan telah dihukum oleh mahkamah dengan bayaran denda.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Langkah­l angkah lanjut untuk membanteras pembuangan sisa-sisa kilang sedangkan kilang-kilang yang berkenaan telah dihukum oleh mahkamah dengan bayaran denda adalah seperti berikut:

(a) Bagi kilang-kilang yang dilesenkan oleh J abatan Alam Seki tar di bawah Seksyen 18 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 197 4 seperti kilang kelapa sawit, kilang getah dan pusat pengolahan dan pelupusan buangan terjadual Jabatan Alam Sekitar boleh menarik balik lesen kilang berkenaan;

Page 27: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1175 lOJUN 1993 1176

(b) Sekiranya kilang-kilang tertakluk kepadaPeraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 meneruskan pengoperasian kilang/proses yang menyebabkan gangguan kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang ramai, notis secara bertulis kepada pihak kilang boleh diberikan untuk memberhentikan pengoperasian kilang;

(c) Bagi kes-kes yang mana pihak Jabatan Alam Sekitar tidak mempunyai kuasa untuk menutup operasi kilang, Pihak Berkuasa Tempatan akan dirujuk supaya lesen kilang berkenaan ditarik balik.

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI-TINDAKAN

KE ATAS SULTAN

25. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan mempunyai peruntukan undang­undang bagi mengambil tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada mana-mana Sultan dan keluarga mereka yang menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara.

Tuan Ong Ka Ting: B uat masa ini tidak ada peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi membolehkan Kerajaan mengambil tindakan ke atas mana­m ana Sultan. Waiau bagaimanapun keluarga mereka adalah tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada termasuk ISA sekiranya mereka menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.

MELAKA-BILANGAN PELANCONG ASING

26. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan bilangan para pelancong asing yang telah melawat/mengunjungi Negcri Melaka sepanjang tahun 1992/1993; dan nyatakan,

(a) berapa anggaran kos projek pelancongan "Safari" yang dicadangkan oleh Ncgeri Melaka di Air Keroh, Melaka itu.

(b) bilakah projek hendak dimulakan dan tahun beberapaianya akan siap; dan

(c) adakah Kementerian ini sedar bahawa Pusat Peranginan Auyin Resort di Durian Tunggal, Negeri Mclaka itu dibina tidak mencerminkan budaya Malaysia dan apakah langkah Kementerian untuk menyekat perkembangan yang tidak sihat itu.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Sabbaruddin Chik):

(a) Projek pelancongan "Safari" yang dicadangkan di Air Keroh adalah diuruskan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Oleh itu Kementerian tidak dapat memberi jawapan.

( b) Projek ini dijadual dibuat pada bulan Jun 1993 dan dijangka siap pada bulan Ogos 1994.

(c) Projek Pusat Peranginan Auyin Resort di Durian Tunggal, Melaka adalah dijalankan oleh pihak swasta dan Kementerian ini tidak dirundingi. Pihak Kerajaan Tempatan berkenaan yang meluluskan projek ini seharusnya telah menyemak cadangan projek ini dari aspek-aspek penting seperti yang dibangkitkan dan merujuknya kepada Jabatan yang pakar dalam hal tersebut.

PERUBATAN~BAYARAN TANPARESIT

27. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Kesihatan menyatakan:

Page 28: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1177 10 JUN 1993 1178

(a) adakah Kerajaan sedar apabila pesakit-pesakit membayar harga perubatan tidak diberi resit. Ini tidakkah dapat mengelakkan dari dikenakan cukai pendapatan; dan

(b) apakah tindakan Kementerian Kesihatan untuk mengelak perkara ini berlaku selama-selama.

Dato' K. Kumaran: Satu penal telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini. Ahli-ahli panel terdiri daripada Kementerian Kesihatan, Persatuan Hospi­tal-Hospital Swasta, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persekutuan Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia.

Dalam sektor swasta resit akan diberi kepada pesakit yang min ta. Tiap-tiapdoktor swasta melapor pendapatannya dan terpulanglah kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri sama ada menerima laporan atau tidak.

PEGA WAI PEMBANTU LUAR-KEKOSONGAN

JAWATAN

28. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Penerangan menyatakan berapa jawatan kosong baru Pegawai Pembantu Luar dalam tahun 1991, 1992, 1993 dan sebab-sebab belum dilantik lagi.

Menteri Penerangan (Dato' Mohamed bin Rahmat): Jumlahjawatan Pembantu Luar pada tahun 1991, 1992 dan 1993 adalah sebanyak 463 jawatan. Jawatan-jawatan tersebut adalah mengikut bilangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan di tiap-tiap negeri dan kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan dan Labuan. Jawatan-jawatan yang diisi sehingga bulan Jun 1993 adalah 437 jawatan. Jawatan-jawatan yang dikosongkan pada suatu masa terus diisi melalui temuduga. Pemilihan pegawai dibuat atas kebolehan mereka. Ini mengambil masa. Pengisian jawatan sentiasa dalam proses. Oleh yang demikian, kekosongan tidak boleh ditetapkan mengikut tahun 1991 atau 1992.

JUMLAHJAWATAN PEMBANTU LUAR

PADA JUN 1993

Negeri Jawatan lsi Ko song

Perlis 14 14

Kedah 28 26

Pulau Pinang 33 32

Perak 46 43

Selangor 42 42

Wilayah Persekutuan 8 6

Labuan

Negeri Sembilan 28 27

Melaka 20 17

Joh or 36 35

Pahang 33 30

Terengganu 32 31

Ke Ian tan 39 38

Sabah 48 44

Sarawak 56 51

463 436

ELAUN TINGGAL ATAS PANGGILAN-TUNTUTAN

2

3

2

3

3

4

5

27

29. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) mengapa elaun menunggu panggilan berdasarkan 10 jam lebih masa kepada kakitangan­kakitangan Kementerian seperti Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat dan lain-lain tidak diberi dalam SSB walaupun mereka menjalankan tugas ini seperti dulu; dan

(b) adakah Kementerian berhasrat untuk memberikan semula Elaun ini kepada mereka yang terlibat; jika tidak, mengapa.

Page 29: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1179 IO JUN 1993 1180

Dato' K. Kumaran:

(a) Elaun Tinggal Atas Panggilan tel ah digugurkan dalam SSB kerana bayaran elaun berkenaan telah diambilkira dalam bentuk yang lain seperti berikut:

(i) apabila dipanggil bertugas kumpulan sokongan boleh menuntut elaun Iebih masa;

(ii) bagikumpulanPengurusan dan Profesional, boleh mendapat cu ti gantian; dan

(iii) jika tidak dipanggil, tidak akan mendapat apa-apa dan ini adalah selaras dengan prinsip SSB "kadar upahan untuk kerja".

(b) Pihak yang tidak berpuas hati telah pun mengemukakan rayuan mereka kepada Jabatan Perkhidmatan A warn. Tun tu tan berkenaan masih dalam pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam.

MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA/IBU PEJABAT

POLIS BUKIT AMAN­SIASATAN KEBAKARAN

30. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah Kerajaan bertindak membuat siasatan ke atas kebakaran bangunan Mahkamah Tinggi Malaysia dan Ibu Pejabat Polis B ukit Aman di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu; dan

(b) apakah hasil siasatan-siasatan tersebut.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Kerajaan telahmenjalankan siasatan ke atas kejadian kebakaran yang berlaku di Bangunan Mahkamah

Tinggi Malaysia dan Bangunan Cawangan Bekalan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ahli-ahli Kimiadan Jabatan Bomba membantu pihak polis dalam membuat siasatan ini.

(b) Hasil daripada siasatan adalah didapati bahawa kebakaran ini bukan disebabkan oleh perbuatan khianat atau sabotaj daripada mana-mana pihak.

PELANCONGAN DALAM NEGERI-GALAKAN

31. Dato' Azumu bin Tak minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan apakah rancangan-rancangan Kerajaan untuk menggalakkan rakyat-rakyat desa untuk melancong di dalam negara sendiri.

Dato' Sabaruddin Chik: Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah pun mengenalpasti pelancongan tempatan, sebagai satu sumber pertumbuhan ekonomi negara. Dengan demikian, Kementerian ini sedang/akan mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan rakyat Malaysia melancong di dalam negara sendiri. Di antaranyaialah:

(i) menyediakan kemudahan-kemudahan penginapan kos rendah, tapak-tapak perkhemahan, rumah-rumah rehat, motel dan program tinggal bersama di seluruh negara. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, peruntukan sebanyak RM163 juta telah pun disediakan bagi maksud tersebut.

(ii) mewujudkan kesedaran mengenai tarikh dan kemudahan pelancongan tempatan melalui dokumentari, risalah, pertandingan di dalam me­dia massa, papantanda, semi­nar, pameran dan sebagainya.

(iii) mempelbagaikan tarikan-tarikan pelancongan dengan membangunkan "agro/eco

Page 30: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1181 lOJUN 1993 1182

tourism", "sports tourism", "health tourism" dan "adventKre tourism" bagi penyertaan dan tontonan pelancong-pelancong domestik serta antarabangsa.

(iv) mengadakan acara-acara seperti Pesta Malaysia, Pesta Flora, Kempen Membeli-belah, perkhemahan dalam cuti, acara­acara sukan dan sebagainya untuk menarik minat pelancong.

(v) menggalakkan agensi-agensi pengembaraan dan pelancongan untuk menyediakan lebih banyak pakej-pakej pelancongan yang istimewa, "creative" serta juga berharga berpatutan.

(vi) menggalakkan sektor Kerajaan dan swasta untuk mengutamakan destinasi tempatan sebagai lokasi untuk mereka menganjurkan mesyuarat, seminar dan aktiviti pameran.

INSURANS NY A WA­GALAKAN

32. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Kewangan menyatakan apakah sokongan Kerajaan bagi menggalakkan rakyat untukmemiliki polisi insurans nyawa sebagai suatu tabiat suka menabung dan budaya sihat untuk kestabilan ekonomi masa depan rakyat.

Tuan Mu.stapba bin Mohamad: Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam usaha menggalakkan pembelian insurans nyawa di negara ini adalah dengan meluaskan pelepasan cukai sebanyak RM3,500 untuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan premium insurans kepada semua pembayarcukai tanpamengambil kirasama ada bujang atau telah berkahwin seperti yang diumurnkan dalam pembentangan Belanjawan 1991pada14 Disember 1990. Sebelum ini, pasangan yang berkahwin terpaksa berkongsi pelepasan cukai terse but tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM3,500 sahaja.

Di samping itu, Bank Negara Malaysia sebagai pengawal industri insurans telah

menjalankan pelbagai langkah yang secara tak langsung akan menggalakkan pembelian insurans nyawa oleh orang ramai. Di antara langkah-langkah itu, termasuklah langkah­langkah untuk rnengawal kos industri insurans bagi mengawal kenaikan premium dan memberikan nilaian wang atau dengan izin "value for money" yang lebih tinggi bagi premium yang dibayar oleh pemegang polisi. Garis panduan untuk maksud ini dijadualkan akan dilaksanakan pada 1 Januari 1994.

Bank Negara juga telah menggesa Persatuan lnsurans Nyawa Malaysia (LIAM), iaitu sebuah pertubuhan berkanun agar memainkan peranan yang lebih berkesan terutamanya dalam membantu Kerajaan menarik lebih ramai rakyat membeli polisi perlindungan insurans nyawa. Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh LIAM termasuklah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai insurans nyawa melalui forum dan ceramah kerjaya yang diadakan, menerbit serta mengedarkan lebih ban yak bahan bercetak mengenai hal­hal berkaitan dengan insurans nyawa dan mengadakan Hari lnsurans Nyawa pada setiap tahun semenjak tahun 1991.

PENDATANG TANPA IZIN-TANGKAPAN

33. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setakat ini berapakah jumlah pendatang tanpa izin yang ditangkap selepas tempoh pengeluaran pasport semcntara ditamatkan.

Tuan Ona Ka Ting: Kerajaan tidak mempunyai rekod tangkapan pendatang

. asing setelah pengeluaran pasport sementara tarnat kerana dokumen berkenaan tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara ini.

KAD PENGENALAN DI SIBU, SARA WAK-PEMBAHARUAN

34. Tuan Tiong Thai King minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilangan permohonan untuk pembaharuan kad pengenalan di terima dalam tahun 1992 dan tahun 1993 dari Januari hingga sekarang, di Sarawak dan di Sahagian Sibu khususnya;

Page 31: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

--------

1183 10JUN1993 1184

(b) bilangan permohonan untuk kad pengenalan bu at pertama kali dalam tahun 1992 dan tahun 1993 dari Januari hingga sekarang, di Sarawak dan di Bahagian Sibu khususnya;

(c) bilangan kad pengenalan terbaharu telah dikeluarkan bagi menggantikan kad pengenalan lama dan bagi pemohon baru (yang memohonbuatpertamakali)selama ini di Sarawak dan di Bahagian Si bu; dan

(d) memandangkan terdapat banyak kad pengenalan palsu atau pasport Malaysia yang palsu di kalangan rakyat kita atau orang asing, apakah langkah telah diambil untuk mencegah hal ini.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Permohonan KPT yang telah diterimadiSarawakdari tahun 1992 hingga Mac 1993 sebanyak 297, 796. Daripada jumlah tersebut sebanyak 48,557 permohonan datangnya dari Bahagian Sibu.

(b) Bilangan permohonan KPT bagi kali pertama di Sarawak dalam jangka masa tersebut ialah 44,789 dan bagi Bahagian Sibu sahaja sebanyak 7 ,354 permohonan diterima.

(c) Bilangan KPT yang telah dikeluarkan bagi permohonan keluaran pertama dan mengganti kad pengenalan lama di seluruh Sarawak sebanyak 14,780 kad dan bagi Bahagian Sibu sebanyak 9,488 kad.

(d) Langkah-Iangkah yang telah diam bi! bagi mencegah penyelewengan tersebut ialah dengan menangkap, mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat, mengetatkan syarat kepada mereka yang kehilangan dokumen-dokumen berkenaan, meningkatkan ciri-ciri keselamatan sijil kelahiran dan memberi kesedaran kepada orang ramai supayamenjagakeselamatan dokumennya agar tidak disalah-

gunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

PENGEMIS KANAK-KANAK­LANGKAH MENGATASI

35. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:

(a) adakah Kementerian sedar bahawa masalah pengemis kanak-kanak makin lama makin berleluasa walaupun Kementerian telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini; dan

(b) apakah rancangan dan tindakan lanjut yang lain akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: (a) Kementerian saya sedar bahawa

masalah pengemis kanak-kanak semakin berleluasa dan dari rekod yang terdapat di J abatan Kebajikan Masyarakat, kanak-kanak yang mengemis ini terdiri daripada warganegara asing.

(b) Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan-tindakan berikut:

membuat serbuan dan menahan mereka di beberapa kem tahanan,

menghantar pulang orang­orang dewasadan kanak-kanak berkenaan ke negara asal mereka,

dari masa ke semasa, menghebahkan menerusi me­dia massa kepada masyarakat supaya tidak memberi derma kepada pengemis. Semua derma wajarlah ditujukan kepadapertubuhan-pertubuhan sukarela yang bertanggung­jawab terhadap pembangunan sosial yang berhubungan dengan kanak-kanak, orang tua, orang cacat, orang miskin dan pengemis.

Page 32: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1185 IOJUN 1993 1186

DRAMA/FILEM-FILEM CINA TEMPATAN-TIDAK

MEMPUNYAI NILAI DAN BUDAY A MALAYSIA

36. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Penerangan menyatakan, apakah Kementerian ini bercadang untuk menggantung terus drama­dr am a Cina tempatan yang tidak mencerminkan budaya Malaysia, dan;

(a) kenapa drama import dari negara China begitu kerap ditayangkan dalam TV;

(b) adakah negara China menjadi sebagai sumberuntuk mendapatkan filem-filem Cina; dan

( c) adakah konsep/matlamat Kementerian mengenai perkara tersebut.

Dato' Mohamed bin Rahmat: Pada dasarnya Kementerian Penerangan memberi panduan dan nasihat kepada penerbit-penerbit drama tempatan supaya drama pengeluaran mereka lebih mencerminkan budaya Malaysia dan nilai­nilai ketimuran.

RTM tidak akan menggantungkan drama-drama Cina tempatan secara bulat­bulatnya jika ianya tidak mencerminkan budaya Malaysia, malah akan memberi kerjasama supaya drama-drama tersebut diperbaiki dan dapat mencerminkan budaya dan aspirasi Malaysia danjuga mempunyai kualiti sekarang dengan drama-drama antarabangsa.

(a) Kementerian ini belum lagi menyiarkan drama-drama yang diimport dari negara China. Pada masa ini drama-drama yang disiarkan adalah dari Hong Kong Taiwan dan Singapura.

(b) Mengikut persefahaman yang ditandatangani baru-baru ini di antara Kementerian ini dengan Radio, TV dan Filem Negara China, jika ada bahan-bahan yang sesuai ditayangkan untuk para penonton Malaysia, Kementerian ini akan menimbangkannya.

(c) Pada dasarnya pada tahun 2020, 80% daripada siaran RTM adalah rancangan-rancangan tempatan dan 20% rancangan-rancangan yang diimport. Dengan matlamat ini, adalah diharapkan industri perfileman kita akan berkembang dan mencapai taraf antarabangsa. Di samping itu juga, diharapkan industri filem-filem sampingan turut berkembang.

PASPORT DUA NEGARA­TINDAKAN KE ATAS

WARGANEGARA ASING

37. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan kepada rakyat asing yang mempunyai pasport negara asal mereka dan ada mempunyai pasport negara Malaysia:

(a) adakah kerajaan sedar ada rakyat asing yang memegang pasport 2 negara, apabila hendak bersalin datang bersalin di Malaysia untuk mendapat kerakyatan Malaysia;

(b) apakah bentuk tindakan perlu diambil segera oleh sebab orang­orang ini dapat mengundi di Malaysia dan tidak menyokong Barisan Nasional; dan

(c) kenapa tidak ditetapkan negara mana yangmerekahendak menetap kerana mereka boleh dengan sesuka hati melakukan jenayah di Malaysia oleh sebab mereka dapat melarikan diri ke negara asal mereka.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Anak kepada rakyat asing yang dilahirkan di negara ini tidak mempunyai tuntutan sebagai warganegara.

(b) Warganegara asing tidak layak mengundi di negara ini. Waiau bagaimanapun jika mereka pada asalnya adalah warganegara Malaysia maka mereka bebas menyokong mana-mana pihak yang disukainya.

Page 33: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1187 IO JUN 1993 1188

(c) Kerajaan tidak mempunyai hak untuk menentukan mereka menetap di mana-mana negara yang dikehendakinya.

FELCRA-KEJAYAAN MENINGKATKAN

PENDAPATAN SOSIO­EKONOMI ORANG ASLI

38. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan bahawa sejauh manakah perkhidmatan FELCRA berjaya meningkatkan pendapatan sosio ekonomi Orang Asli yang mengendalikan pembangunan tanah mereka di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS).

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (Tuan Abdul Ghafar bin Baba): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FELCRA adalah dipertanggungjawabkan mem­bangunkan kawasan Rezab masyarkat Orang Asli untuk dijadikan kawasan Pertanian. Sehingga kini FELCRA telah berjaya memajlikan tanah pertanian di sembilan buah Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) yang melibatkan kawasan seluas 4,693 hektar. Seluas 1993 hektar telah dimajukan dengan tanaman Kelapa Sawit dan seluas 2,700 hektar ditanami dengan Getah. Pada masa ini lima buah rancangan RPS telah mengeluarkan hasil di peringkat awal, dan hasil yang diperolehi masih belum dapat menampung kos pembangunan.

ANGGOTA PERKHIDMATAN A WAM DI LABUAN

39. Tuan Isli bin Haji Siput minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapakahjumlah kakitangan yang berasal dari Labuan yang berkhidmat dengan jabatan Kerajaan di Labuan Sejak tahun 1984 hingga sekarang dalam Kumpulan A, B, C dan D;

(b) berapakah pula kakitangan yang berasal di Semenanjung dan dalam kumpulan apa.

( c) berapakah bilangan jawatan yang telah diwujudkan oleh Kerajaan dalam setiap Jabatan sejak tahun 1984 dan berapakah pulajawatan­jawatan tersebut yang telah diisi oleh anak Labuan dibanding yang telah diisi oleh pegawai-pegawai Semenanjung sama ada melalui lantikan terus atau melalui pertukaran Jabatan.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru, Perkhidmatan Awam sekarang hanya terbahagi kepada 3 kumpulan Perkhidmatan, iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Tff "C" dan ke atas ), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan "A'', T!T "D" ke bawah) dan Kumpulan Sokongan (Kumpulan "B", "C" dan "D").

(a) Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat itu, ingin saya maklum­kan, pada masa ini, terdapat seramai 917 orang kakitangan yang berasal dari Labuan sedang berkhidmat dengan Jabatan-jabatan Kerajaan di Labuan, iai tu 18 orang dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 899 orang dalam Kumpulan Sokongan.

(b) Kakitangan yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan di Labuan pula adalah seramai 215 orang, iaitu 55 orang dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 157 orang dalam Kumpulan Sokongan.

( c) Bilangan jawatan di setiap Jabatan Kerajaan di Labuan adalah sebanyak 1,514 jawatan. Dari jumlah ini, sebanyak 1, 132 jawatan telah diisi, manakala 382 jawatan lagi masih kosong. Darijumlah 1,132jawatan yang diisi, 917 jawatan adalah diisi oleh kakitangan yang berasal dari Labuan, manakala 215 jawatan lagi diisi oleh kakitangan yang berasal dari Semenanjung Malaysia.

Page 34: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1189 lOJUN 1993 1190

KAPAL TERBANG­INDUSTRI MEMBUAT

DI MALAYSIA

40. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah Kerajaan bercadang hendak membuat kapal terbang sendiri di Malaysia:

(a) bilakah dapat dimulakan industri tersebut di Malaysia;

(b) adakah Kerajaan sudah membuat kajian terperinci buruk baiknya, membeli 50% ekuiti syarikat apabila ia menghadapi masalah kewangan kemudian Kerajaan menguasaisepenuhnya;dan

(c) adakah Kerajaan sedar projek pembuat dan pengeluar kapal terbang melibatkan wang berjuta­juta RM. Apabila ada negara­negara barat atau negara-negara yang kurang senang dengan kejayaan Kerajaan Malaysia tidak mahu membeli kapal terbang tersebut, tidakkah menjadi beban kewangan kepada negara.

Datuk S. S. Subramaniam: Sebagai menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong berhubung dengan industri membuat kapal terbang di Malaysia, sukacita saya memberi penjelasan-penjelasan seperti berikut:

"Malaysia sememangnya bercadang untuk menceburi bidang pembuatan kapal terbang. Waiau bagaimanapun, ianya bukanlah bertujuan untuk hanya menjadi "assembler" sahaja malah tujuan kita ialah untuk membuat penyelidikan dan pembangunan keluaran dan akhirnya membuat, memasang dan menjual kapal terbang. Di peringkat awal Malaysia bercadang untuk menceburi bi dang ini pada tahap "low-end" dengan izin iaitu bagi pengeluaranjenis "two (2) seate~ a!r~ra~t": Industri pembuatan yang d1p1hh 101 menggunakan bahan canggih iaitu "advanced composite material". Program ini melibatkan kemasukan Malaysia ke dalam dua bidang baru iaitu:

(i) "Composite Technology"

(ii) Industri "aerospace" (pengeluaran "two seater air craft")

Kemasukan Malaysia di dalam industri ini adalah secara beransur-ansur dengan kos yang berpatutan".

(a)

(b)

Aktiviti membuat kapal terbang telah bermuladua tahun lalu di Perth, Australia dalam mana jurutera dan juruteknik Australia dan Malaysia bersama-sama membuat penyelidikan dan membina kapal terbang yang dipanggil "Eagle XTS". Malaysia berharap akan memulakan aktiviti membuat kapal terbang pada tahun 1994 atau selewat-lewatnya pada tahun 1995.

Tawaran asal oleh syarikat pembuat kapal terbang yang beribu pejabat di Australia (Eagle Aircraft International) kepada Malaysia ialah dengan memperuntukkan sebanyak 50% ekuitinya kepada syarikat Malaysia (Eagle Aircraft Malaysia Sdn. Bhd.) sebagai sebuah projek usahasama. Pada masa tersebut Malaysia menerima cadanganitu. Walaubagaimanapun, pada masa ini syarikat Eagle Aircraft Malaysia sudah pun mengambilalih kesemua saham­saham syarikat berkenaan. Sebelum keputusan dibuat untuk mengambilalih syarikat berkenaan, kajian yang diperlukan telah pun dijalankan oleh syarikat Eagle Aircraft Malaysia Sdn. Bhd.

( c) Kerajaan sememangnyamenyedari akan hakikat bahawa projek membuat dan mengeluar kapal terbang ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi. W alau bagaimanapun kemasukan Malaysia di dalam industri ini adalah secara beransur­an s ur iaitu untuk permulaan mengeluarkan kapal terbang kecil dengan kos yang sederhana.

Berhubung dengan pasaran, Kerajaan berpendapat ianya adalah bergantung kepada daya usaha

Page 35: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1191 lOJUN 1993 1192

syarikat Eagle Aircraft International untuk memasarkan keluarannya. Dalam membantu usaha pemasaran dan keupayaan syarikat iti.I kepakaran dari luar negeri termasuklah rancangan usahasama akan didapati. Pada masa ini usahasama tel ah pun dijalin dengan salah sebuah syarikat yang beribu pejabat di United Kingdom iaitu Short Brothers, Belfast U.K. mengenai teknologi pembuatan dan usahasama pemasaran.

LAMPU JALAN KE KAMPUNG-KAMPUNG

41. PuanHajahRahaiahbintiBaheran minta Menteri Pembangunan Luar Bandar memberi penerangan di atas program menyediakan lampu jalan di kampung­kampung tradisional di seluruh negara. Hingga kini berapa buah kampung yang telah diberi perkhidmatan ini dan rancangan yang akan datang.

Tuan Abdul Ghafar bin Baba: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini tidak ada program di bawah Kementerian ini untuk menyediakan lampu jalan di kampung-kampung tradisional. Pemasangan lampu-lampu jalan di kampung-kampung tradisional adalah terletak di bawah bidangkuasa Majlis Daerah/Majlis Perbandaran.

AL-ARQAM-ANCAMAN PENYELEWENGAN AQIDAH

42. Tuan Haji Wan Hamid Edruse bin Tuanku Haji Mohamad minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan tegas yang akan diambil untuk mengatasi ancaman penyelewengan aqidah dan gangguan ketenteraman sosial yang dilakukan oleh pihak Al-Arqam.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar AbangHajiMustapha: Al-Arqam adalah satu pergerakan agama yang tidak didaftarkan. Matlamat asal penubuhannya adalah untuk menjalankan aktiviti Islam di Malaysia, tetapi ternyata kemudiannya Al­Arqam menjadi kegiatan dan aktiviti yang menyimpang dari aliran utama Islam di negara ini.

Pihak pimpinan Al-Arqam kurang mendapat pendidikan Islam yang cukup. Identiti golongan ini dikenali dengan cara mereka berpakaian yang menunjukkan merekalah orang Islam yang kononnya paling banyak beramal. Kerajaan sedang mengawasi pergerakan ajaran ini dan menganjurkan beberapa siri majlis penerangan mengenai kekeliruan fahaman Al-Arqam kepada orang ramai dan juga ahli-ahli Al-Arqam. Tindakan lain yang sedang/akan dijalankan ialah program pemulihan terhadap bekas ahli-ahli Al­Arqam di samping menerbitkan buku-buku dan risalah penjelasan untuk disebarkan kepada masyarakat umum.

PEMBORONG BINAAN BUMIPUTERA

43. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah Pemborong-pemborong Binaan Bumiputera tidak dapat bersaing dengan Pemborong-pemborong Binaan Bukan Bumiputera yang telah hebat dalam lapangan kontrak dengan apa cara sahaja. Sekarang ramai daripada Pemborong­pemborong Bumiputera telah bekerjasama dan bergabung dengan Pemborong Bukan Bumiputera. Tetapi tidaklah begitu hebat seperti yang diharap-harapkan. Tidakah Kementerian Kerja Raya sedar bahawa Pemborong-pemborong B umiputera masih lagi mundur dalam lapangan ini dan apakah langkah alternatif yang diatur oleh Kementerian supaya pemborong­pemborong Bumiputera tidak ketinggalan langsung dalam lapangan kontrak?

Datuk Leo Moggie anak Irok: Dari rekod-rekod yang ada di Kementerian ini menunjukkan bahawa pemborong­pemborong Binaan Bumiputera mampu untuk bersaing dengan pemborong­pemborong bukan bumiputera. Memang ada syarikat-syarikat bumiputera yang mempunyai kriteria-kriteria sebagai kontraktor yang baik seperti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan pengurusan syarikat yang baik. Kriteria­kriteria ini menunjukkan mereka telah pun mempunyai asas-asas untuk bersaing. Ada di antara mereka ini yang memperolehi kontrak-kontrak yang besar-besar dan kontrak-kontrak tersebut telah dapat disempurnakan tanpa masalah. Waiau bagaimanapun,jumlah syarikat bumiputera

Page 36: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1193 lOJUN 1993 1194

yang tergolong di dalam kategori ini tidaklah besar. Kerajaan memang menyedari hakikat ini dan Kemente~ian Kerja Raya, khususnya, akan sentiasa berusaha untuk menambahkan bilangan kontraktor bumiputera yang mempunyai daya saing.

Kerajaan memang menggalakkan kontraktor bumiputera untuk bergabung atau bekerjasama dengan kontraktor bukan bumiputera dan memang telah ada kejayaan-kejayaan yang dicapai setakat ini. Kerajaan tidak menafikan adanya masalah di dalam melaksanakan idea ini sepenuhnya. Ini adalah merupakan satu perkara biasa kerana ianya masih lagi diperingkat permulaan. Waiau bagaimanapun, Kerajaan akan sentiasa berusaha untuk memastikan konsep ini dapat dijayakan sepenuhnya.

Terdapat beberapa program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya, Kementerian KerjaRaya, untuk memajukan kontraktor bumiputera. Di antaranya ialah:

(a) menyediakan kursus-kursus seperti Kursus Khas, Kursus Asas, Kursus Lanjutan serta Kursus Pendek Teknikal di samping memberi khidmat nasihat kepada kontraktor bumiputera;

(b) menyediakan pinjaman pendahuluan Kumpulan Wang Amanah Kontraktor;

( c) memperuntukkan projek-projek yang ditawarkan khas kepada kontraktor bumiputera sahaja; serta,

(d) memberi peluang seluas-luasnya untuk kontraktor yang mempunyai prestasi kerja yang baik untuk memasuki tawaran-tawaran dikeluarkan secara terpilih atau secara rundingan terus.

Selain dari itu, Kementerian ini berharap kontraktor-kontraktor bumiputera sendiri mestilah menunjukkan kesungguhan untuk mengembangkan perniagaan mereka

dengan cara meningkatkan prestasi terutamanya dari segi pengurusan.

LAWATANMISI PERDAGANGAN DAN

PELABURAN KE LUARNEGERI

44. Puan Hajah Habshah binti Haji Osman minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri menjelaskan:

(a) jumlah lawatan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Besardan Menteri-menteri ke luar negeri dengan tujuan untuk membawa pelabur-pelabur ke negara kita sehingga tahun ini; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian ini bagi menentukan pelabur-pelabur di dalam negeri juga mendapat maklumat yang terkini mengenai peluang pelaburan di dalam negeri.

Datuk S. S. Subramaniam:

(a) Untuk mendapatkan pasaran bagi keluaran Malaysia dan mendapatkan pelaburan asing melabur di Malaysia beberapa misi galakan perdagangan dan pelaburan telah dianjurkan sama ada diketuai oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Menteri Kabinet. Misi galakan perdagangan dan pelaburan ini ditumpukan ke negara-negara pengeksport modal dan teknologi tinggi yang mempunyai keupayaan untuk melabur di negeri ini. Bagi tempoh tahun 1992-Mei 1993, jumlah lawatan yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri adalah seperti berikut:

Page 37: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1195 IO JUN 1993 1196

Bilangan mengadakan beberapa seminar di beberapa negeri di Malaysia

Y.A.B. Perdana Menteri 2 termasuk Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuantan dan Kuching.

Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri

Y.B. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri

Menteri-Menteri Besar:

Johor 4

Mel aka JO

Pulau Pinang 5

Perak

Sarawak

Perlis

Selangor

Negeri Sembilan

Kedah

7

2

2

2

II

Pa hang 2 35

Jumlah 50

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian ini bagi menentukan pelabur-pelabur domestik mendapat maklumat­maklumat terkini tentang peluang­peluang pelaburan yang ada, MITI dalam setiap tahun mengadakan sesi-sesi dialog dengan pertubuhan­pertu bu h an perniagaan dan perindustrian tempatan. MITI serta agensi-agensi di bawahnya juga telah mengadakan beberapa seminar pelaburan di dalam negeri bertujuan untuk memberitahu para pelabur tempatan mengenai peluang-peluangpelaburandidalam negeri. Umpamanya bagi tahun 1993, MIDA bercadang untuk

Sementara itu Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya juga telah menyediakan beberaparisalah mengenai galakan-galakan pelaburan, bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya serta menentukan peluang pelaburan di sektor-sektor tertentu untuk makluman dan pengetahuan para pelabur tempatan.

Di samping itu, Kerajaan dalam sediki t mas a lagi akan melancarkan Dasar Meningkatkan Pelaburan Domestik bertujuan untuk mempergiatkan pelaburan oleh pelabur tempatan dan juga untuk memastikan pembangunan perindustrian diterajui oleh pelabur­pelabur tempatan selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2020.

PENDATANG TANPA IZIN­JUMLAH DI TANGKAP

45. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan pendatang tanpa izin tidak bekerja di sektor yang tidak dibenarkan kecuali di sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah; dan

(b) berapakah jumlah operasi menangkap pendatang tanpa izin yang bekerja di sektor yang tidak dibenarkan. Jika ada sila berikan jumlah mereka yang ditangkap dan di sektor apakah paling ramai mereka bekerja.

Page 38: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1197 IO JUN 1993 1198

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Kerajaan sentiasa memastikan supaya pendatang tanpa izin tidak bekerja di sektor yang tidak dibenarkan kecuali di sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan dengan cara:

(i) penguatkuasaan peraturan imigresen.

(ii) mendapatkan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat jika terdapat majikan atau pekerja yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

(b) Seramai 35,899 orang pendatang tanpa izin telah ditangkap dalam Operasi Ops Nyah II yang dilancarkan dari 1-7-1992 hingga 31-5-1993 kerana bekerja di sektor yang tidak dibenarkan.

DOKTOR/JURURA WAT ASING-PENGAMBILAN

46. Puan Hajah Habshah binti Haji Osman minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) sebab-sebab mengambil doktor dan jururawat asing terutamanya dari negara jiran seperti Myanmar, Vietnam dan Filipina;

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menentukan kelayakan dan pengalaman mereka sehingga membolehkan mereka berkhidmat di klinik swasta tanpa menjalani perkhidmatan yang diwajibkan selama 3 tahun di Hospital-hospital Kerajaan; dan

(c) adakah pengagihan doktor-doktor dan jururawat dilakukan dengan sempurna di hospital-hospital daerah.

Dato' K. Kumaran:

(a) Kementerian Kesihatan terpaksa mengambil doktor asing sebagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan doktor yang dihadapi oleh Kementerian ini. Untuk makluman kebanyakan permohonan daripada doktor asing diterima daripada warganegara Myanmar dan India manakala Jururawat asing pula adalah dari negara-negara India, Myanmar dan Vietnam. Jururawat dari negara­ne gara India, Myanmar dan Vietnam. Jururawat dari negara­negara tersebut diambil kerana mereka telah menjalani kursus jururawat dan memiliki sijil kejururawatan yang membolehkan mereka didaftar sebagai Jururawat Terlatih oleh Lembaga Jururawat Malaysia. Di samping ini, Jururawat dari negara-negara tersebut juga sanggup menerima gaji yang ditawarkan.

(b) Pengambilan doktor-doktor warganegara asing dari negara jiran seperti Myanmar, Vietnam dan Filipina adalah tertakluk kepada kelulusan pendaftaran mereka untuk mengamal di negara ini.

Proses Pendaftaran pengamal perubatan di negara ini adalah di bawah Akta Perubatan 1971 dan Akta ini memberi kuasa kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk meluluskan pendaftaran pengamal perubatan yang ingin mengamal di negara ini. Dengan pendaftaran ini maka mereka dikehendaki memberi perkhidmatan awam mengikut seksyen 42 Akta yang berkenaan. Waiau bagaimanapun Menteri Kesihatan mempunyai kuasa di bawah seksyen 42 Akta tersebut untuk mengecualikan atau mengurangkan kehendak seksyen ini.

Page 39: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1199 IOJUN 1993 1200

Kementerian Kesihatan sedang menyediakan garispanduan pengambilan warganegara asing untuk mengamal di sektor swasta dan keutamaan diberi untuk mengamal di hospital swasta dan ditempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan.

( c) Pengagihan doktor dan Jururawat dilakukan melalui Jawatankuasa di peringkat Kementerian dan juga di negeri-negeri. Pengagihan dibuat mengikut keperluan dengan mengutamakan pengisian kepada hospital-hospital yang banyak kekosongan. Pengisian jawatan di hospital-hospital daerah amatlah diutamakan dengan pengagihan sesempurna yang boleh.

RUMAH KERAJAAN­PERUNTUKAN

47. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff minta PerdanaMenteri menyatakan:

(a) Berapa ramai permohonan rumah Kerajaan dari Kumpulan F-1 setakat ini;

( b) Berapa lama secara purata seseorang pemohon itu harus menunggu diperuntukkan rumah Kerajaan; dan

( c) Apakah syarat-syarat keutamaan untuk seseorang itu mendapatrumah Kerajaan.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha,

(a) Setakat ini terdapat 7 ,687 pemohon rumah Kerajaan Ke las F-1 di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang masih belum diperuntukkan rumah;

(b) Secara purata seseorang pemohon rumah Kelas F-1 harus menunggu selama 9-10 tahun sebelum dapat diperuntukkan rumah; dan

(c) Peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perumahan dalam memperuntukkan rumah ialah yang dahulu didahulukan. Dalam keadaan tertentu sahaja

Jawatankuasa menimbangkan hal­hal berikut untuk diberi keutamaan mendapatkan rumah:

(i) Keadaan kesihatan pemohon yang memerlukan beliau tinggal berdekatan dengan tempat kerja atau hospital bagi memudahkan ia berulangalik ke tempat kerja dan mendapatrawatan perubatan. Keadaan kesihatan pemohon hendaklah disahkan sedemikian oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

(ii) Di atas kepentingan perkhidmatan di manajenis tugas harian seseorang pemohon itu memerlukan beliau tinggal berdekatan dengan tempat kerja.

GAJI ANGGOTA ANGKATAN TENTERA

48. Tuan Haji Wan Hamid Edruse bin Tuanku Haji Mohamad minta Menteri Pertahanan menyatakan untukmengadakan perkhidmatan kerahan tenaga sekurang­kurangnya sebagai langkah mengatasi sebarang ancaman kecemasan dan selain dari itu, adalah pihak Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula gaji anggota Angkatan Tentera Malaysia supaya lebih menarik dan men jamin, berbanding dengan gaji-gaji sektor swasta.

Menteri Pertahanan (Dato' Seri Haji Mohd.NajibbinTunHajiAbdulRazak): Buat masa kini kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula gaji anggota Angkatan Tentera Malaysia kerana perlaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB)

Page 40: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1201 10JUN 1993 1202

yang berkuatkuasa pada 1 Jun 92 telah mengambil kira perubahan struktur gaji yang lebih baik, menarik dan menjamin sistem pengurusan personel yang boleh meningkatkan keupayaan serta memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menghadapi perubahan serta cabaran persekitaran masa hadapan. SSB juga mengutamakan dua unsur penting iaitu, fleksibiliti dan galakan untukmeningkatkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan bagi mempercepatkan proses pembangunan negara.

Waiau bagaimanapun kajian terhadap gaji dan jug a elaun-elaun anggota Angkatan Tentera Malaysia adalah satu proses yang berterusan terutamanya apabila ada sesuatu keperluan yang mendesak atau spesifik mengikut perkembangan semasa dan masa hadapan. Misalnya Kementerian Pertahanan sedang mengkaji Imbuhan Tetap Perumahan (Housing Allowance) dan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (Sabah/ Sarawak Allowance) anggota Angkatan Tentera.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA-PENYERTAAN

BELIA BUKAN MELA YU

49. Dato' Haji Azumu bin Tak minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada Kerajaan berpuas hati terhadap bilangan belia-belia bukan Melayu yang ada di dalam Angkatan Tentera Malaysia (A TM) hari ini dan apakah langkah-langkah untuk menambah bilangan tersebut.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Buat masa sekarang jumlah penyertaan bangsa bukan Melayu dalam A TM adalah lebih kurang 1 Operatus. Pecahan terperinci ialah bangsa Cina 2 peratus, bangsa India 3 peratus, dan lain­lain bangsa 5 peratus. Walaupun ada peningkatan dari kalangan bangsa bukan Melayu, namun masih menampakkan jurang perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan penyertaan bangsa Melayu. Kerajaan masih belum berpuas hati dengan keadaan ini kerana kedaulatan

dan keselamatan negara adalah tanggungjawab setiap warganegara Malaysia bukannya terletak kepada sesuatu bangsa.

Menyedari hakikatini, beberapalangkah dan pendekatan telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh A TM seperti mengadakan ceramah mengenai kerjaya dalam A TM di sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai Organisasi ATM, peluang-peluang kerjaya yang boleh diceburi dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh ATM. Selain dari itu program tersebut juga bertujuan menanamkan semangat kesedaran dan patriotik kepada pelajar-pelajar yang bakal meneroka bidang kerjaya ini kelak. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan/J abatan Pendidikan N egeri tel ah diminta memberi galakan dan keutamaan kepada pelajar-pelajar bukan Melayu untuk menyertai ceramah tersebut.

Di samping program ceramah, A TM juga sedang giat mempromosikan kerjaya di dalam A TM dengan mengambil bahagian dalam pameran-pameran kerjaya yang dianjurkan oleh Pusat-Pusat Pengajian Tinggi serta Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela yang lain. Tujuan utama pameran­pameran tersebut ialah untuk mengubah tanggapan orang-orang awam khasnya bukan Melayu bahawa Angkatan Tentera bukannya senantiasa bertugas di dalam hutan sahaja, tetapi sebagai salah satu agensi kcrajaan yang membantu di dalam membangunkan ekonomi dan sosial negara.

Selain dari usaha-usaha di atas, pihak A TMjugasenantiasamembuatpengiklanan di segi pengambilan pegawai dan lain-lain pangkat di dalam media terutama radio dan surat-surat khabar tempatan seperti New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh dan Tamil Nesan.

Page 41: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1203 lOJUN 1993 1204

Pihak ATM berharap dengan adanya langkah dan usaha yang tersebut di atas akan dapat menarik perhatian lebih ramai lagi belia bukan Melayu untuk menceburi bidang ketenteraan.

KAPAL-KAPAL PERONDA PANTAI-PEMBELIAN

50. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Pertahanan menyatakan bolehkah beliau menyatakan bahawa dalam sebanyak mana yang Kerajaan nampaknya berkomitmen untuk membeli kapalterbang pejuang, sama ada memandangkan kepada jumlah perompakan laut yang meningkat dan kejadian-kejadian pukat-pukat haram yang memancing di perairan Malaysia, sama ada kerajaan akan menimbangkan untuk pembelian lebih banyak kapal-kapal perondaan (offshore patrol vessels) persekitaran pantai untuk mengendalikan keselamatan di zon ekonomi ekslusif Malaysia.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Kerajaan sememangnyamenyedari ten tang keperluan untukmengawasi kawasan persisiran pantai dan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) dari aktiviti-aktiviti haram seperti penyeludupan, nelayan asing, kegiatan melanun dan juga ancaman di kawasan strategik negara. Pada masa ini tugas dan peranan ini sedang dijalankan oleh kapal jenis Patrol Craft yang kecil dan yang tel ah Ian jut usia dan oleh kerana itu tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut sepenuhnya. Kerajaan bercadang untuk menggantikan kapal jenis Patrol Craft ini dengan kapal-kapal jenis Patrol Vessel yang lebih besar dan berautonomi tinggi yang mampu menjalankan tu gas terse but. J umlah kapal jenis Patrol Vessel yang akan diperolehi bergantung kepada peruntukan yang akan diluluskan oleh Kerajaan kelak.

SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA­

MENGUBAH TARAF KEDUDUKAN

51. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pendidikan menyatakan mengapa

setengah Sekolah Rendah J enis Kebangsaan Cina yang dahulunya dimasukkan dalam kumpulan sekolah bantuan penuh tetapi tiba-tiba pihak Kementerian mengubahnya kepada sekolah kumpulan bantuan modal, contoh: SRJKBroga, SMJK Chi Wen Bahau dan lain-lain. Apakah kriteria yang digunakan oleh pihak Kementerian sebagai kayu ukurdalam mengubah tarafkedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ini.

Menteri Pendidikan (DatukAmar Dr. Sulaiman bin Haji Daud): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Akta Pelajaran 1961, sebenarnya sekolah yang dimaksudkan adalah sekolah bantuan penuh bukan milik Kerajaan. Sekolah tersebut diberi "grant­in-aid" atau bantuan pengurusan yang sama seperti sekolah lain di bawah Kementerian Pendidikan.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARATDAN PENANGGUHAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang (Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apapun peruntukan­peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini, dan apabila tamat Mesyuarat, Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 42: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1205 lOJUN 1993 1206

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu usu! yang berbunyi:

Bahawa walau apapun peruntukan­peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini dan apabila tamat Mesyuarat, Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

dikemukakan kepada Majlis untuk diputuskan dan disetujukan.

Usu! dikemuka bagi diputuskan, dan dipersetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun peruntukan­peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini dan apabila tamat Mesyuarat, Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UNDANG­

UNDANG ISLAM (WILAYAH­WILAYAH PERSEKUTUAN)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi men yam bung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (9hb. Jun, 1993).

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sayamenjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang­undang menyambung jawapannya.

3.36 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang (Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya sekali Iagi merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Yang BerhormatPuan Hajah Zaleha binti Hussin, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri Abdul Aziz, Yang Berhormat Tuan Rahim Baba, Yang Berhormat Tuan Saidin Mohamad dan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh @ Hassan Ali yang berucap membahaskan Rang U ndang­undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1992.

Bagi menyambung pertanyaan­pertanyaan yang dikemukakan pada hari semalam, saya suka membawa perkara­perkara berikut untukjawapan.

Tuan Yangdi-Pertua, berhubungdengan cadangan oleh Yang Berhormat Hajah Zaleha Hussin supaya fungsi Majlis diperluaskan untuk meliputi institusi pengajian di kampung-kampung mengikut Fasal 4 sehingga Fasal 31, sukalah saya memaklumkan bahawa sekiranya diteliti di dalam peruntukan Rang Undang-undang ini, fungsi Majlis adalah meliputi perkara­perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sebagai contoh, Fasal 7 (2) (f) ada menerangkan mengenai perkara ini.

Mengenai langkah-langkah atau usaha­usaha J abatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mempertingkatkan kualiti Khatib dan Imam yang membaca khutbah, sukalah saya menyatakan bahawa Jabatan Agamalslam Wilayah Persekutuan telah pun mengambil tindakan mempertingkatkan keilmuan dan kemahiran Khatib, Imam dan lain-lain pegawai masjid menerusi seminar, bengkel, kursus dan mesyuarat serta perbincangan dengan para Islam clan Khatib clan lain-lain pegawai masjid dari masa ke semasa. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula akan mengadakan program Imam dan Khatib

Page 43: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1207 10 JUN 1993 1208

dan penulis khutbah jemputan untuk masa­masa tertentu, khususnya apabila wujudnya isu yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat.

Untukmakluman YangBerhormatjuga, Khutbah-khutbah Jumaat telah disediakan lebih awal oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan Imam dan Khatib meneliti dan seterusnya memahami dan menghayati isi kandungannya.

Yang Berhormat Puan Hajah Zaleha Hussinjuga ada membangkitkan mengenai penyelarasan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang tidak seragam. Berkaitan dengan perkara ini, sukalah saya memaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Islam J abatan Perdana Menteri tel ah pun mengambil inisiatif mengkaji hal ini dan usaha-usaha penyelarasan ini sedang dijalankan di dalam semua hal termasuklah di dalam menyelaras undang-undang berkaitan masyarakat Islam.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ada membangkitkan berhubung dengan Fasal 39 (3) iaitu mufti boleh menyelesaikan masalah awam mengikut hemat sendiri jika tidak ada qaul muktamad daripada empat Mazhab. Keputusan yangdibuat oleh mufti mengikut hematnya sendiri tidaklah boleh berlawanan dengan Syarak kerana keputusan ini dibuat adalah keputusan yang diambil setelah mengkaji secara mendalarn. Waiau bagaimanapun, keputusan yang dibuat tidak berdasarkan empat qaul tetapi ianya termasuk di dalam pendapat yang diiktiraf oleh Islam dan juga ianya akan meluaskan lagi bidang siasah, syariah dan kepentingan awam.

Mengenai perlantikan Hakim, Pendakwa dan Peguam Syarie pula, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri mengikut amalan pentadbiran pada masa ini, semua perlantikan Hakim dan Pendakwa yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Syariah adalah dipastikan mereka ini terdiri dari

kalangan mereka yang arif di dalam perundangan Islam. Waiau bagaimanapun, bagi maksud Peguam Syarie, perkara ini akan diteliti dan akan diambil langkah­langkah yang sesuai bagi memenuhi Rang Undang-undang ini.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri supaya penamatan perlantikan hendak ditambahkan. Di dalam Fasal 11, apabila perkhidmatannya ditamatkan sebagai salah satu untuk membatalkan kedudukannya sebagai ahli Majlis, jika Yang Berhormat selidik bawah Fasal 12 Rang Undang­undang ini ada menyatakan apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri.

Yang Berhormat juga ada membangkitkan mengenai Rang Undang­undang yang tidak menyebut syarat Islam. Dalam perlantikan Hakim Syariah, mengikut Akta yang dicadangkan, tidak diperuntukkan ia mestilah seorang Islam. Ini kerana dalam Hukum Syarak sendiri, syarat terkanun untuk jadi Hakim atau Kadhi, seseorang itu mestilah seorang Islam, di samping syarat-syarat yang lain seperti berilmu, mujtahid, adil, berakal, akil baligh dan lain-lainnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba pula ada membangkitkan beberapa perkara berhubung dengan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman. Ini saya anggap adalah satu cadangan yang baik untuk mempertingkatkan Perkhidmatan Kehakiman Syariah. Buat masa ini, sebagai langkah awalan kita tel ah tubuhkan satu sistem kehakiman dengan adanya Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Di dalam sistem Mahkamah Sivil ada dua sistem yangdigunakan. UntukMahkamah Rendah dan Mahkamah Sesyen, perlantikannya adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang telah dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, dan untuk Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, perlantikan mereka

Page 44: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1209 lOJUN 1993 1210

adalah mengikut peruntukan Perlembagaan. Jadi, sistem yang sedang digunakan oleh Mahkamah Sivil ini boleh diberikan perhatian dari masa ke semasa untuk meningkatkan taraf dan darjat kedudukan sistem kehakiman dalam Mahkamah Syariah.

Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba juga telah menimbulkan di dalam Rang Undang-undang ini berkenaan takrif "masjid". Adakah masjid termasuk "surau" atau "madrasah". Di bawah peruntukan takrif "masjid", ia termasuk "sur~u'.' atau "madrasah". Oleh ha! yang dem1kian, sebarang pembinaan surau atau madrasah, sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah dikawal di ?~wah peruntukan Rang Undang-undang !Ill.

Mengenai cadangan pemusatan "muallaf" pula, langkah-langkah mengumpul dan memusatkan Sistem Maklumat Islam termasuklah ha! ehwal muallaf, sedang diusahakan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dengan kerjasamaJ abatan Agama Islam Negeri-negeri.

Cadangan menubuhkan Tabung Khairat Umat Islam Malaysia, sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga adalah satu cadangan yang baik dan akan diambil perhatian yang sewajarnya.

Mengenai cadangan menukar korban yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Rahim bin Baba iaitu menukar korban penyembelihan kepadakorban wang ringgit ataupun barangan untuk tujuan menubuhkan Tabung Kebajikan Umat Islam, seperti yang dibangkitkan tadi, saya suka menyebutkan perkara-perkara yang berikut: Pertamanya, mengikut ajaran Islam, "korban" adalah satu ibadat yang khusus dengan syarat-syarat tertentu. Jika ianya tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, makaianya tidak dipanggil ibadat korban. Waiau bagaimanapun, jika wang ringgit diberikan, maka ianya termasuklah dalam bab sedekah. Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk menubuhkan Tabung Kebajikan Umat

Islam ianya adalah baik dan perkara ini akan dikaji dan diteliti oleh Majlis bagi tujuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan mengganti perkataan "~embahyang" kepada "solat" seperti yang d1cadangkan oleh Yang Berhormat Tuan Saidin bin Mohamad, perkataan "sembahyang" yang bermaksud "solat" adalah Iazim digunakan oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia, dan ianya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan pemahaman mengenai perkataan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Haji Sall eh @ Hassan bin Ali adamenyentuh mengenai Iantikan ahli Majlis hendaklah daripada orang-orang yang berkelayakan. Pada masa ini, perlantikan ahli-ahli Majlis yang dibuat adalah terdiri daripada mereka y~ng berkelayakan yang mengikuti berbagai b1dang dan berkewibawaan dalam masyarakat. Pandangan Yang Berhormat ini sentiasa diambil perhatian di dalam membuat perlantikan ahli-ahli Majlis pada masa akan datang.

Mengenai cadangan peningkatan pengurusan dan penyelenggaraan masjid, cadangan Yang Berhormat adalah baik, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada masa ini sedang mengambil langkah yang sesuai bagi mempertingkatkan perkhidmatan menyelenggara masjid di Wilayah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai ahli­ahli agama yang menyebarkan ajaran yang menyeleweng, untuk makluman Yang Berhormat pelajaran agama adalah dikawal melalui sistem pemberian tauliah. Mana orang yang menyeleweng akan diambil tindakan melalui penguatkuasaan undang­undang.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sukalah say a sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas pemerhatian dan teguran Ahli­ahli Yang Berhormat ke atas Rang U ndang­undang tersebut, dan semua pandangan

Page 45: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

12ll IOJUN 1993 1212

Ahli-ahli Yang Berhormat akan diambil maklum dan perhatian ke arah memperluas dan memantapkan lagi Pentadbiran Undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di seluruh negara amnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sayakemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 103 diperintahkan jadi sebahagian daripadaRang Undang-undang.

Jadual 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagiandaripadaRangUndang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.50 ptg.

Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang­undang Keterangan (Pindaan) 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tujuan Rang Undang-undang ini ialah untuk meminda beberapa peruntukan Akta Keterangan yang sedia ada dan memperuntukan beberapa seksyen yang

baru untuk membolehkan keterimaan keterangan-keterangan dokumentar yang dihasilkan oleh komputer di mahkamah. Pindaan-pindaan dan peruntukan­peruntukan yang dicadangkan adalah perlu kerana dengan perkembangan di bidang teknologi, penggunaan komputer telah meningkat di badan-badan Kerajaan serta swasta. Oleh sebab itu kini terdapat banyak dokumen yang dihasilkan dari penggunaan komputer. Dokumen-dokumen tersebut akan dikemukakan di mahkamah sebagai keterangan dan boleh menimbulkan soal kebolehterimaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada peruntukan-peruntukan kebolehterimaan keterangan komputer, peruntukan kebolehterimaan keterangan-keterangan lain telah dipertimbangkan dan beberapa pindaan telah dibuat kepada seksyen­seksyen yang sedia ada untuk memperluaskan kebolehterimaan keterangan selaras dengan perubahan masa.

Seksyen 3 Akta Keterangan 1950. Tujuan pindaan ini adalah untuk memasukkan tafsiran bagi perkataan­perkataan seperti "komputer", "dokumen", "filem", "mikrofilem" dan sebagainya. Tafsiran "dokumen" telah diperluaskan untukmerangkumi rakaman video dan kaset bagi mengatasi sebarang keraguan tentang kebolehterimaan keterangan seperti ini. Definisi-definisi baru ini telah diadakan selaras dengan pembentukan peruntukan tambahan yang dicadangkan dengan mengadakan undang-undang mengenai dokumen-dokumen yang dihasilkan oleh komputer.

Peruntukan baru Seksyen 3 lA. Kajian di dalam aspek kebolehterimaan kenyataan beramaran tertuduh menunjukkan bahawa kebelakangan ini terdapat percanggahan di antara beberapa keputusan mahkamah dalam memutuskan di peringkat manakah kenyataan beramaran tertuduh boleh

Page 46: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

----- -------

1213 IOJUN 1993 1214

dikemukakan. Peruntukan baru ini adalah perlu untuk mengatasi konflik di antara kes-kes tersebut dan untuk menjelaskan serta memberi kesan kepada keputusan mahkamah yang sahih.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 32 ( i) dan 32 (j) dan seksyen baru 32 (2) juga dipinda. Kebelakangan ini didapati bahawa terdapat ban yak perbicaraan yang tertangguh akibat kegagalan pihak pendakwa dalam mengesan saksi-saksi penting untuk hadir di mahkamah. Peruntukan seksyen 32 (i) yang baru akan membolehkan kenyataan saksi-saksi tersebut dikemukakan di mahkamah sebagai keterangan. Salah satu sebab yang lain mengapa kes-kes di mahkamah tertangguh ialah terdapat keadaan di mana Pegawai Penyiasat berada di luarnegeri kerana berkursus, telah pencen atau telah meninggal dunia. Untuk melicinkan perjalanan perbicaraan di mahkamah, jika timbulnya keadaan sedemikian, peruntukan seksyen 32(j) membolehkan "diary penyiasatan" pegawai penyiasat dikemukakan di mahkamah sebagai keterangan. Seksyen 32(2) menghadkan pemakaian Seksyen 32 (i) dan 32 (j) kepada perbicaraan jenayah kerana keterangan yang terlibat di sini adalah berasal dari siasatan dalam kes-kes jenayah.

Seksyen 60(3). Dengan penggunaan peralatan moden dan sofistikated oleh jabatan dan agensi penyiasatan dan penguatkuasaan, seperti penggunaan senapang radar untuk menentukan had la ju sesebuah kereta, didapati perlu diadakan peruntukan untuk membolehkan keterangan hasil penggunaan alat-alat ini boleh dikemukakan di mahkamah. Pindaan ini adalah selaras dengan perkembangan "common law" di England yang telah mengklasifikasikan keterangan dokumentar seperti ini sebagai, real evidence, dengan izin, dan boleh dikemukakan di mahkamah.

Seksyen 62, Huraian 3. Peruntukan ini adalah untuk membolehkan dokumen yang dihasilkan oleh komputer dikemukakan sebagai keterangan primer (primary evi­dence).

Seksyen 63 ( e). Dengan pindaan kepada definisi "dokumen", sesuatu dokumen sekarang ini bukanlah lagi semestinya sesuatu yang boleh dibaca semata-mata. Sebuah pita audio juga merupakan sebuah dokumen yang hanya boleh didengar dan dokumen "Brail" dibaca dengan tangan. Justeru itu, seksyen 63 ( e) sekarang yang menghadkan keterangan sekunder ataupun secondary evidence, kepada keterangan lisan seseorang terhadap kandungan dokumen yang pernah melihat dokumen itu, tidak lagi sesuai memandangkan perkembangan teknologi dewasa kini, dan dengan itu perlu dipinda seperti yang dicadangkan.

Seksyen 78A baru. Tujuan pindaan ini adalah untuk memperluaskan pemakaian seksyen 90A, 90B dan 90C yang baru kepada rekod-rekod awam yang diproseskan dengan menggunakan komputer.

Seksyen-seksyen baru 90A, 90B dan 90C. Berikutan dengan perkembangan teknologi komputer, berbagai perkara sekarang adalah dikendalikan oleh komputer. Penggunaan komputer masa kini amat meluas termasuk dalam badan-badan Kerajaan. Peruntukan mengenai kebolehterimaan keterangan yang dihasilkan oleh komputer buat masa ini kurang jelas. Kebanyakan negara-negara maju seperti United Kingdom, Australia, Hong Kong dan Singapura telah memperuntukkan di dalam Akta yang berkaitan masing-masing untuk kebolehterimaan keterangan yang dihasilkan oleh komputer. Oleh itu, selaras dengan tindakan negara-negara tersebut dan perkembangan masa, seksyen baru 90A, 90B dan 90C telah dicadangkan.

Dengan peruntukan-peruntukan baru ini, keterangan yang dihasilkan oleh komputer boleh diterima oleh mahkamah tanpa keperluan untuk memanggil orang yang memasukkan maklumat-maklumatdi dalam komputer itu sebagai saksi. Objektif peruntukan tersebut ialah untuk mengatasi masalah mengesan saksi-saksi tersebut.

Kesahihan sesuatu dokumen yang dihasilkan oleh komputer hanya perlu

Page 47: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1215 IO JUN 1993 1216

dibuktikan melalui sijil yang dikeluarkan oleh orang yang bertanggungjawab menyelia komputer itu. Demi menjaga kepentingan seseorang tertuduh, seksyen­seksyen baru ini memberikan budibicara kepada mahkamah untuk menilai keterangan komputeryang dimasukkan oleh pihak pendakwa di mana, dengan izin, weight of evidence, diserahkan kepada budibicara mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan 1950, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya membuka Majlis untuk perbahasan bagi beberapa saatlagi. (Tiada Perbahasan)

Tidak ada perbahasan. Jadi, Menteri tidak perlu menjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan di persetu j ukan.

Rang Undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai J awatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG DUTI TIMBAL BALAS

DAN ANTI-LAMBAKAN

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.58 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (Tuan Chua Jui Meng): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Akta bernama Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Chua Jui Meng: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dibacakan bagi kali yang kedua ini. Tujuan Kerajaan menyediakan undang-undang ini adalah untukmelindungi industri-industri tempatan dari amalan perdagangan yang tidak adil daripada pengeluar-pengeluar asing yang menerima subsidi bagi pengeluaran barangan atau subsidi eksport, serta dari pengeluar-pengeluar asing yang melambakkan keluaran mereka dengan menjual pada harga yang rendah dari harga pasaran atau kos pengeluaran.

Tindakan pengeluar-pengeluar asing itu adalah didorong oleh keadaan kadar duti import yang rendah di Malaysia berikutan dengan tindakan Kerajaan untuk menurunkan kadar duti bagi sesetengah barang tertentu semenjak beberapa tahun yang lalu.

Sejajar dengan komitment Kerajaan kepada Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan atau GA TT, Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan sekatan­sekatan perdagangan sama ada berbentuk tarif atau bukan tarif.

Dalam masa yang sama, Malaysia perlu membuka pasarannya kepada negara­negara ASEAN untuk menjayakan Kawasan Perdagangan Be bas ASEAN atau AFT A. Kerajaan berpendapat bahawa bagi menjayakan Program Liberalisasi Pasaran,

Page 48: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1217 lOJUN 1993 1218

Malaysia perlu mempunyai mekanisme yang lengkap untuk melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil yang memudaratkan industri tempatan.

Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang, dengan izin, Customs (Dumping and Subsidies) Act, 1959 (Revised) 1988, undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan kerana peruntukan yang ada memerlukan perubahan-perubahan besar sebelum ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Di samping itu, sebahagian daripada peruntukan di bawahnya tidak sejajar dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada kod-kod GA TT mengenai subsidi dan lambakan. Oleh itu, adalah lebih sesuai jika satu Rang Undang-undang baru digubal bagi menggantikan undang-undang yang sedia ada.

Kerajaan telah menerima petisyen dari pengusaha-pengusaha tempatan yang mendakwa amalan lambakan oleh pengeluar-pengeluar dari negara-negara maju dan juga pengeluar-pengeluar dari negara-negara sedang membangun bagi barangan paip, tanah liat dan bahan-bahan kertas. Walaupun terdapat dakwaan­dakwaan itu, pada masa ini Kerajaan tidak dapat menentukan secara objektif hubungkait atau dengan izin, causal link di antara amalan lambakan dengan kemudaratan atau injury ke atas industri tempatan.

Ini adalah kerana Undang-undang Anti­Lambakan yang sedia ada adalah tidak lengkap untuk membuat penentuan terse but. Setakat ini, tidak ada tindakan dalam bentuk Duti Anti-Lambakan yang pernah diambil oleh Kerajaan ke atas pengusaha-pengusaha asing.

Tuan Yang di-Pertua, GA TT membenarkan penggunaan Duti Timbal Balas atau Du ti Lambakan sebagai langkah untuk menjaga kepentingan industri tempatan dari kesan amalan lambakan dan penggunaan subsidi yang menyebabkan kemudaratan kepada industri tersebut. Kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Ekonomi

Eropah, Australia dan New Zealand mempunyai Undang-undang Duti Timbal Balas dan Duti Anti-Lambakan masing­masing yang diasaskan kepada kod-kod GATT mengenai subsidi dan lambakan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh tunggu sekejap? Menurut Peraturan Mesyuarat yang relevan, saya dengan ini menjemput Dato' Azumu Tak untuk mempengerusikan Majlis Dipersilakan.

(YangBerhormatDato' Azumu bin Tak mempengerusikan Mesyuarat)

Tuan Chua Jui Meng: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung.

Dato' Azumu bin Tak: Sila.

Tuan Chua Jui Meng: Di kalangan negara-negara membangun pula, Brazil, Mexico, Columbia dan Republik Korea didapati turut menggunakan undang­undang tersebut. Sesetengah negara ASEAN juga sedang menimbang untuk mengadakan undang-undang mereka. Perkembangan ini adalah didorong oleh tindakan negara-negara anggota GATT untuk melonggarkan sekatan ke atas perdagangan luar terutamanya halangan tarif.

Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan yang dicadangkan ini akan ditadbirkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Waiau bagaimanapun, undang-undang ini mempunyai hubungkait dengan Akta Kastam 1967 yang ditadbirkan oleh Kementerian Kewangan di mana Duti Timbal Balas dan Duti Lambakan yang akan dikenakan adalah merupakan Duti Kastam yang hanya boleh dikutip melalui Perintah atau Notis Kastam di bawah Akta Kastam 1967 itu.

Kementerian Kewangan sedang mengambil tindakan untuk memindah peruntukan yang bersesuaian dalam Akta Kastam 1967 bagi membolehkan pegawai­pegawai Jabatan Kastam memungut duti­duti berkenaan secara berkesan.

Page 49: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1219 lOJUN 1993 1220

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian I Rang Undang-undang ini memperkatakan perkara-perkara berkaitan dengan mula berkuatkuasanya Akta yang dicadangkan serta penakrifan istilah-istilah yang digunakan. Bahagian II dan III pula, masing­masing memperkatakan tindakan-tindakan yang perlu diambil berkenaan dengan penggunaan subsidi dalam pembuatan barangan yang diimport ke Malaysia dan lambakan barangan di pasaran tempatan. Tindakan-tindakan sedemikian tennasuklah permulaan penyiasatan mengenai amalan lambakan dan pensubsidian, kemudaratan kepada industri tempatan berasaskan kepada petisyen yang dikemukakan setiap penentuan awal dan penentuan muktamad mengenai penyiasatan tersebut.

Bahagian ini juga memperkatakan peruntukan bagi hal-hal di mana penggantungan penyiasatan dibenarkan, kajian semula pentadbiran dan perkara­perkara yang boleh dirayu kepada Tribunal. Satu Tribunal bebas akan ditubuhkan dan akan bersidang sekiranya terdapat rayuan di peringkat penentuan muktamad dan penentuan penyemakan pentadbiran. Waiau bagaimanapun, rayuan hanya akan dipertimbangkan sama ada keputusan di buat berasaskan kepada undang-undang dan peraturan atau tidak. Tribunal bebas ini terdiri daripada tiga orang ahli yang dilantik olehMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tempoh keahlian mereka yang dilantik adalah selama tiga tahun sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV Rang Undang-undang ini memperkatakan perkara-perkara pentadbiran. Di antara lainnya mengenai peruntukan khas bagi zon bebas dan supaya Akta ini ditafsirkan bersekali dengan Akta Kastam 1967.

Bahagian V pula memperkatakan peruntukan-peruntukan am dan prinsip­prinsip yang diterimapakai seperti perkara­perkara berkaitan dengan penyataan palsu, perlindungan maklumat rahsia dan kuasa Menteri untuk membuat peraturan­peraturan bagi maksud Akta yang dicadangkan.

Bagi membolehkan Undang-undang Anti Lambakan dan Duti Timbal Balas dikuatkuasakan, ia akan dilengkapkan dengan peraturan dan panduan dalaman. Peraturan dan panduan tersebut mengandungi penjelasan terperinci mengenai tatacara penyiasatan, pengiraan margin subsidi dan lambakan serta tempoh masa bagi tiap peringkat penyiasatan.

Peraturan dan panduan dalaman terse but sedang disediakan dan akan dilengkapkan sebelum Akta ini dikuatkuasakan. la juga berfungsi sebagai panduan kepada kakitangan awam yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, penggubalan Undang-undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan bukanlah bertujuan sebagai alat untuk mengenakan tindakbalas dalam perdagangan dengan negara-negara lain a tau bertujuan memberi perlindungan ke atas industri tempatan yang tidak cekap.

Langkah-langkah yang diambil menurut Undang-undang Anti-Lambakan perlu mengikuti peraturan-peraturan antarabangsa yang telah ditetapkan. Pentafsiran yang jelas terhadap amalan subsidi dan lambakan serta peraturan yang terperinci yang perlu diambil sebelum syarikat-syarikat asing boleh didakwa menggunakan subsidi atau melakukan lambakan memastikan bahawa syarikat dan pengeluar-pengeluar tempatan tidak boleh mengemukakan petisyen dengan sewenang­wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya undang-undang ini kelak Kerajaan boleh mengenakan duti tambahan yang setimpal dengan subsidi atau margin lambakan.

Duti Timbalbalas atau Duti Lambakan akan dikenakan dari negara bertempatnya syarikat-syarikat yang menggunakan subsidi atau melakukan lambakan sahaja dan tidak dikenakan ke atas import barangan tersebut dari negara-negara lain. Dengan cara ini, Kerajaan akan dapat meneruskan langkah-langkah untuk mewujudkan rejim import yang lebih liberal bagi membantu

Page 50: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1221 lOJUN 1993 1222

mewujudkan industri tempatan yang lebih cekap dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Saya mohon menyokong.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai penyiasatan dan penentuan subsidi yang diberikan pada, dan lambakan, dagangan yang diimport ke dalam Malaysia, pengenaan duti timbal balas dan anti lambakan untuk mengimbangi subsidi atau lambakan itu, dan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tuan Haji Mohamed Nazri, silakan.

4.11 ptg.

Tuan Haji MohamedNazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang ini. Cuma untuk sedikit-sebanyak menjelaskan lagi kepada saya tentang peranan Rang Undang-undang ini; bolehkah selepas ini sebagai jawapan kepada apa yang saya cakapkan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi sedikit contoh kepada Ahli Dewan di sini tentang apakah jenis barangan yang agaknya Kerajaan terpaksa menaikkan du ti sekiranya ada subsidi daripada kerajaan asal daripada mana barangan itu datang? Sebab, kalau Ahli Dewan di sini tidak mendapat tahu jenis barangan seperti manakah yang kemungkinan terpaksa diadakan Rang Undang-undang ini, maka sukar bagi diri saya, untuk cuba memahami ~e~tang keperluan Rang Undang-undang m1.

Sebagai contoh, katakanlah kalau barangan yang dimaksudkan adalah barang merchandise yang merupakan keperluan biasa pengguna-pengguna di dalam negara kita. J adi, kepada say a, kalau sekiranya ada

Akta ini dan Kerajaan menaikkan duti kepada barangan penggunaan biasa oleh pengguna-pengguna dalamnegaraini, maka saya merasa itu tidak adil. Sebab, sudah tentulah Rang Undang-undang ini diwujudkan kerana, daripada saya lihat apa yang tel ah dijelaskan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, bahawa mereka response kepada petisyen yang dibuat oleh mereka yang menjadi pengeluar kepada industri-industri yang hendak dikawal oleh Kerajaan.

Maksud saya di sini, kalau sekiranya barang-barang itu merupakan barang­barang penggunaan biasa yang digunakan oleh pengguna-pengguna, kepada saya, di antara kepentingan pengguna dengan kepentingan pembuat barang itu, yang mana satukah Kerajaan hendak utamakan? Kepada saya, kalau satu barang yang mendapat subsidi daripada Kerajaan, daripada mana barang itu datang, maka apabila ia dilambakkan ke dalam negara kita, maka harga barang itu murah, tetapi itu menguntungkan pengguna. Jadi, kalau sekiranya dalam negara kita juga ada syarikat yang membuat perkara itu dan Kerajaan hendak mengawal harga atau kepentingan barang itu, maka Kerajaan terpaksa menaikkan duti. Maka ini bermakna bahawa Kerajaan menjaga kepentingan syarikat yang membuat barang itu lebih daripada kepentingan pengguna yang mungkin mendapat faedah daripada lambakan barang itu yang merupakan barang yang murah untuk kita beli dalam negara kita.

Jadi, soalan saya di sini ialah, di antara kepentingan pengguna yang akan mendapat faedah daripada harga murah disabitkan oleh kerana lambakan dibuat dalam negara kita, dengan kepentingan hendak mengawal industri supaya pembuat-pembuat ini dapat mempertahankan harga mereka dalam penjualan barang di negara kita, mana Iebih penting; kepentingan pembuat-pembuat ataupun kepentingan pengguna-pengguna yang menggunakan barangan yang merupakan barang lambakan dimasukkan dalam negara kita?

Page 51: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1223 lOJUN 1993 1224

Jadi, itu sahaja yang saya hendak meminta penjelasan daripada Yang Berhonnat dan dengan ini say a menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Silakan, Yang Berhonnat Timbalan Menteri menjawab. 4.14 ptg.

Tuan Chua Jui Meng: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri yang merupakan senator yang tunggal yang telah membahaskan Akta ini. Ini tidak ganjil kerana ini satu Rang Undang-undang yang begitu teknikal dan sebagai seorang bekas peguam, saya pun sukar untuk memahami keseluruhan kandungan di dalam Rang Undang-undang ini.

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri telah mengemukakan dua soalan yang perlu saya jawab pada petang ini. Yang pertama, apakah barang-barangan yang dimaksudkan untuk dikenakan duti timbal balas atau duti anti lambakan kelak. Sukalah saya katakan di sini, kita tidak ada satu list atau satu hit list, itu kita tidak ada. Akta ini akan merangkumi semua subjek dagangan iaitu maksud saya semua dagangan mercantile, atau "mercantile goods" akan tennasuk di dalam bidangkuasa Rang Undang-undang ini.

Mengenai kepentingan consumers dengan kepentingan pembuat-pembuat, itulah satu soalan yang baik yang perlu dijawab di Dewan ini untuk makluman orang ramai. Maksud Kementerian kita (MITI) untuk mengemukakan Rang Undang-undang ini dan bukan untuk memperlindungi pembuat-pembuat yang tidak cekap dalam negara kita. Kita tidak bermaksud untuk mengenakan duti atau penalti ke atas pengeluar-pengeluar daripada luar negeri yang cekap dalam operasi mereka. Mungkin oleh kerana dia cekap dalam proses mengawal production, mengawal kos pekerja dan mengawal kos pentadbiran dan lain-lain, dia boleh mengeluarkan barangan-barangan dengan kos yang lebih rendah daripada yang kita mengeluarkan di negara kita.

Kalau keadaan adalah seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhonnat Tuan Haji Mohamed Nazri, Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan apa-apa du ti tambahan terhadap industri-industri daripada luar yang cekap dan berkesan dalam pengeluaran mereka. Dengan izin, we do not punish those who are cost­efficient. Dan dengan itu, kalau mereka di luar negara lebih cekap daripada pengeluar dalam negara kita, itulah pasaran terbuka yang kita amalkan pada hari ini. This is the market-economy, dengan izin, yang diamalkan oleh Malaysia ini. Tetapi kalau pengeluar-pengeluar daripada luar negara mengeluarkan dengan satu kos-kita katakan-sebagai contoh mungkin kosnya RM 100 untuk mengeluarkan item itu, tetapi dia menjual kepada pasaran Malaysia dengan kos RMSO sahaja. ltulah menimbulkan prima facie case. Kita boleh straightaway kita mengesyaki amalan mereka atau hasrat mereka iaitu untuk membanjirkan pasaran kita dengan barangan-barangan pada kos yang lebih rendah daripada kos pengeluarannya. Itu jelas. Pada kes-kes itu, kita akan mengenakan duti anti-lambakan, iaitu kita ambil kosnya dan kita kenakan duti. Umpamanya, kalau hargajualannya RMSO dan kosnyaRMlOO, kita tambah lagi freight cost, kita tambah lagi satu margin of profit (keuntungan) yang munasabah; dan kalau kita himpunkan semua itu, ia jadi RM 120.

Kita kenakan RM70. Itu perbezaan antara RM120.00 dan kos yang dilambak-kan di Malaysia ini iaitu RMSO. Kita kenakan duti timbal balas sebanyak RM70. Oleh kerana kita hendak menjagakepentingan pengeluar di negara kita juga, iaitu kalau "playing field" itu tidak even dan kalau harga dia tidak munasabah dan tidak adil, ini merupakan persaingan (competition) yang tidak sihat. Ini akan memudaratkan industri negara kita.

Mungkin menguntungkan pada suatu penggal yang pendek (short-term benefit) kepada consumers sahaja. Oleh kerana dia menambahkan kos yang begitu rendah,

Page 52: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1225 IO JUN 1993 1226

tetapi pada suatu hari kelak, industri kita tutup. Dia tidak boleh bersaing lagi dalam pasaran kita oleh kerana persaingan yang tidak sihat oleh pengeluar-pengeluar luar. Dengan itu kita tutup. Bilakita sudah tutup, kita sudah muflis dalam negara kita sendiri, selepas itu, pengeluar-pengeluar luar menaikkan harga sehingga RM200. Itulah amalan-amalan canggih yang diamalkan oleh pengeluar-pengeluar di beberapa negara tertentu di dunia ini. Kita hendak menimbangkan antara kepentingan consumers kita dengan kepentingan pengeluar-pengeluar tempatan.

Tetapi saya hendak menjelaskan lagi bahawa maksud Akta ini bukan untuk mengenakan penalti terhadap pengeluar­pengeluar yang berkesan dan kita tidak bercadang untuk melindungi pengeluar­pengeluar daripada Malaysia yang tidak boleh bersaing dengan pengeluar­pengeluar daripada luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan yang dapat diberikan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Senator itu. Dengan itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Dato' Azumu bin Tak mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 51 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PUSAT JAGAAN

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.26 ptg.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Tuan Yang di-Pertua, sayamohonmencadangkan Rang Undang-undang Pusat Jagaan 1992 dibacakan kali yang kedua. Rang Undang­undang Pusat Jagaan 1992 ialah bertujuan untuk menjamin satu standard minima perkhidmatan yang disediakan di pusat­pusat jagaan agar kepentingan kebajikan dan kesejahteraan penghuni-penghuni terpelihara.

Tuan Yangdi-Pertua, sebagaimanayang sedia maklum bahawa pihak Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negaradan Pembangunan Masyarakat telah menyediakan berbagai perkhidmatan kebajikan masyarakat untuk menampung keperluan golongan yang kurang bernasib baik, khasnya mereka yang cacat, orang­orang tua yang melarat, kanak-kanak yang terbiar, remaja yang terdedah kepada kerosakan akhlak dan juga kalangan keluarga yang ditimpa berbagai masalah sosial.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ada yang berbentuk bantuan kewangan, bantuan modal pelancaran, bantuan alat-alattiruan, kaunselingdanjuga perkhidmatan jagaan dan perlindungan di institusi. Pada masa ini, pihak Kerajaan telah menyediakan sebanyak 47 buah institusi yang boleh menampung seramai 6,742 penghuni yang terdiri dari golongan kanak-kanak, remaja, keluarga tua dan orang-orang cacat. Selain daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan, pihak Kementerian sentiasa menggalakkan perkhidmatan masyarakat melalui pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela untuk mengadakan perkhidmatan

Page 53: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1227 lOJUN 1993 1228

dan kemudahan yang serupa untuk menampung keperluan-keperluan sasaran yang kian meningkat.

Dalam hubungan ini, penglibatan pertubuhan sukarela arnatlah menggalakkan dan terdapat berbagai institusi jagaan dan latiban telab diwujudkan selaras dengan basrat Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Selain dari itu, sejak akbir-akbir ini terdapat juga orang-orang perseorangan dan kalangan swasta yang telab menunjukkan minat telab mengendalikan perkhidmatan seumpama ini, terutama sekali di kalangan golongan sasaran yang berkeupayaan dan mereka beroperasi secara komersil. Fenomena ini amalab menggalakkan kerana ianya selaras dengan basrat Kerajaan untuk melibatkan pibak swasta di dalam memikul tanggungjawab bersama tentang kebajikan abli-abli masyarakatnya.

Waiau bagaimanapun, adalab waj ar bagi Kerajaan di samping menggalakkan penglibatan pertububan sukarela dan swasta, satu mutu kawalan jagaan disediakan bagi menjamin agar pengguna­pengguna perkbidmatan mendapat jagaan dan perlindungan sempuma, terutamasekali dari segi pemakanan, tempat tinggal, rawatan kesibatan dan aktiviti barian semasa beradadi pusat-pusatjagaan tersebut. Pada masa ini, terdapat 328 buab pertububan kebajikan yang memberi perkhidmatan kbusus kepada golongan sasaran seperti kanak-kanak, remaja cacat dan orang tua. Dari bilangan tersebut, sebanyak 102 pertububan adalab di bawab pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menerima geran tabunan. Dengan adanya Rang Undang-undang yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini, ianya akan membolebkan Kerajaan meluaskan kawasannya bukan sabaja kepada pertububan-pertububan sukarela tetapi kepada pusat-pusat jagaan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, denda maksimum RM20 ribu adalab tinggi sangat. Majoriti nelayan kita datangnya dari keluarga yang miskin dan mereka selalu meminjam wang modal dari tauke-tauke atau dari peniaga­peniaga ikan atau majikan mereka untuk membuat bot dan enjin mereka. Oleh sebab

itu, Lembaga MAJUIKAN selalu menggalakkan nelayan kita menjual basil tangkapan mereka kepada pelanggan­pelanggan tanpa melalui tauke-tauke atau, middlemen, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada kes, ini bermakna tauke ini memberi modal tanpa wang bunga dan nelayan menjual tangkapan mereka kepada tauke atau majikan. Ini satu transaksi yang saksama dan adil pada pendapat saya. Kita mesti ingat jikalau bot-bot nelayan melanggar syarat-syarat Akta Perikanan atau dirampas oleb mabkamah, ini bermakna wang yang dipinjam itu tidak dapat diambil balik. Oleh sebab itu, saya barapkan supaya Kerajaan atau Lembaga MAJUIKAN akan mengambil perbatian mengenai mengapa nelayan kita suka menjual tangkapan basil mereka kepada majikan mereka atau tauke-tauke mereka. Waiau bagaimanapun, saya sangat menghargai pindaan yang dibuat oleb Kementerian ini dan mengucapkan ribuan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Fasal 12, seksyen 31, Akta lbu dipinda dengan cara menambabkan lagi satu peluang kepada seseorang nelayan untuk mengkompaunkan kesalaban mereka tanpa di bawa ke mabkamab. Dabulu kita mempunyai dua peluang, dan sekarang ditambah lagi satu peluang. Saya ingin bertanya lagi kepada Kementerian iaitu jikalau seorang nelayan ditangkap dan telah dikompaun-sebanyak dua atau tiga kali-satu kali telab dikenakan kompaun, dua kali telah dikenakan kompaun dan tiga kali telah dikenakan kompaun maka selepas nelayan ini menukar miliknya dengan menjual botnya kepada seorang lain yang telab diberi lesen atau permit bot, adakab ia akan dikira baru atau sudab tamat tiga kali? Diharaplab supaya Kementerian boleb memberi keterangan atau penjelasan bagi kes ini.

Pada masa ini tidak terdapat satu undang-undang yang kbusus untuk mengawal penubuhan dan pentadbiran pusat-pusat jagaan seperti ini. Adalab dirasai masanya sudab tiba supaya satu panduan disediakan.

Page 54: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1229 IO JUN 1993 1230

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang­undang Pusat J agaan 1992 merupakan satu usaha untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih baik dan rapi bagi membolehkan pihak Kerajaan memastikan mereka yakni golongan tertentu yang memerlukan jagaan, perlindungan dan latihan di pusat-pusat jagaan di negara ini, menerima perkhidmatan dan kemudahan yang sepatutnya serta kawalan yang lebih sistematik terhadap penubuhan dan penyelenggaraan pusat-pusat jagaan terse but.

Rang U ndang-undang ini mengandungi sebanyak empat Bahagian dan 24 Fasal. Izinkan saya menyentuh dan menjelaskan beberapa peruntukan yang penting.

Fasal 2, bertujuan memberi definisi yang lebih jelas dan tepat. Di antara lain "pusat jagaan berkediaman" ditakrifkan sebagai mana-mana premis di man a em pat orang atau lebih (bukan saudara) diterima untuk jagaan sebagai penghuni-penghuni di dalamnya.

"Pusat jagaan harian", ditakrifkan sebagai premis di mana empat orang atau lebih (bukan saudara) diterima untuk jagaan bagi satu tempoh yang lebih tiga jam sehari di antara terbit matahari hingga matahari terbenam dan beroperasi selama sekurang-kurangnya tiga hari seminggu.

Fasal 3, menyatakan tempat-tempat yang baginya Rang Undang-undang ini tidak terpakai seperti:

"3 (a) mana-mana hospital Kerajaan, atau mana-mana hospital persendirian yang dilesenkan di bawah Akta Hospital Persendirian 1971 ;

( b) mana-mana institusi atau premis yang tertakluk kepada kawalan di bawah, dan ditubuhkan, didaftarkan, dikendalikan, atau diuruskan dengan sahnya di bawah Akta Pendidikan 1961;

(c) mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984;

(d) mana-mana institusi atau premis bagi rawatan, pemulihan, atau jagaan Ianjutan penagih-penagih dadah, yang ditubuhkan atau dikendalikan dengan sahnya di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;

(e) mana-mana institusi atau premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; atau

(f) mana-mana institusi atau premis yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri bagi perumahan atau jagaan sementara orang-orang apabila berlaku apa-apa kejadian yang menimbulkan darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam.

Sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk mengawal penubuhan pusat-pusat jagaan,maka diwujudkan Fasal 4, mewajibkan pendaftaran pusat-pusat jagaan.

Fasal 5, bertujuan melarang penyelenggaraan pusat-pusat jagaan tidak berdaftar. Waiau bagaimanapun, memberi kelonggaran tempoh dalam masa enam bulan kepada pusat-pusat jagaan yang sedia ada untuk mendaftar.

Di samping itu Fasal 7, memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan syarat-syarat apabila mendaftar sesuatu pusat jagaan bagi menentukan piawaian minimum dipatuhi; untukmelindung kepentingan dan kebajikan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan.

Page 55: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1231 lOJUN 1993 1232

Fasal 7, memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan deposit jaminan di mana quantumnya ditetapkan oleh KetuaPengarah bagi tujuan melindungi dan menjamin kesejahteraan penghuni terpelihara.

Fasal 15, memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memerintah menutup sesuatu pusat jagaan berdaftar yang gagal mematuhi arahan atau kemungkinan menimbulkan bahaya kepada mana-mana orang.

Tuan Yang di -Pertua, say a sedar bahawa beberapa peruntukan yang telah dicadangkan dalam Rang Undang-undang Pusat Jagaan 1992 seperti kewajipan mendaftar; mengenakan syarat-syarat bagi pendaftaran termasuk pembayaran deposit jaminan akan menyekat perkembangan peranan masyarakat di dalam menyokong usaha-usaha Kerajaan.

Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, suka saya mengingatkan bahawa peruntukan­peruntukan tersebut telah diteliti dengan halusnya oleh Kerajaan. Kerajaan berpendapat sudah sampai masanya peruntukan tersebut perlu diadakan bagi memastikan kebajikan dan kepentingan mereka yang memerlukan perkhidmatan ini terjamin. Kesejahteraan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan serta mutu perkhidmatan yang diberikan di pusat­pusat jagaan perlu diutamakan.

Kerajaan sedar dan berterima kasih di atas sokongan individu, masyarakat dan badan korporat dalam menyediakan berbagai perkhidmatan berkaitan dengan penubuhan dan penyelenggaraan pusat­pusat jagaan selama ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya penuh keyakinan dengan adanya Rang Undang­undang ini akan dapat mempertingkatkan lagi usaha kerajaan menggalakkan masyarakat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang mengamalkan budaya ikram. Butir-butir yang lebih lanjut mengenai peruntukan­peruntukan Rang Undang-undang Pusat Jagaan 1992 boleh didapati dalam huraian Rang Undang-undang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan pusat-pusat jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tuan Haji Mohamed Nazri.

4.37 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya pertamanya ingin mengucapkan setinggi­tinggi tahniah kepada Kerajaan yang telah menyediakan Rang Undang-undang ini yang jelas menunjukkan bahawa ada kesungguhan di pihak Kerajaan untuk memastikan bahawa golongan yang kurang bernasib baik ini dapat dibelakan.

Di dalam penghuraian dan penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi iaitu falsafah ataupun rasional di sebalik kita mengadakan Rang Undang-undang yang baik bagi tujuan untuk menjaga pusatjagaan ini, rasionalnya ialah kerana untuk mewujudkan satu masyarakat yang penyayang.

Saya tidak menafikan keikhlasan Kerajaan untukmengadakan Rang Undang­undang PusatJagaan 1992 ini dengan tujuan untuk mewujudkan satu masyarakat dan menggalakkan masyarakat yang penyayang. Tetapi sebenarnya ia merupakan dengan izin, irony. Ironynya ialah, oleh kerana kita mempunyai pusat jagaan bermakna iaitu bahawa walaupun daripada satu aspek kita lihat ianya boleh menggalakkan pengwujudan satu masyarakat yang penyayang, tetapi sebenarnya ia boleh berlaku di sebaliknya. Kerana, apabila ada satu pusat jagaan yang begitu baik, yang begitu ketnas, maka apa yang mungkin

Page 56: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1233 10JUN 1993 1234

boleh berlaku ialah akan ada kemiripan di kalangan keluarga-keluarga sekarang ini untuk tidak mahu menjaga ibu bapa mereka. Maka dengan begitu mudah akan menghantar ibu bapa merekake pusatjagaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam banyak ucapan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri Malaysia kita, beliau banyakmenekankan betapa perlunya iaitu bahawa extended family yang merupakan satu budaya di kalangan masyarakat timur kita ini, harus dipertahankan dan dikekalkan. Kita tidak mahu masyarakat kita menjadi satu masyarakat yang wujud seperti di negara­negara barat yang mana sampai ketikanya, di sana semua ibu bapa atau orang tua yang telah sampai kepada umur yang diagak boleh dipencenkan, atau yang Iebih daripada 55 tahun adalah dianggapkan "Old Age Pensioners (OAP)".

Bermaknadi negara barat sudah menjadi satu amalan bahawa anak-anak akan menghantar ibu bapa mereka yang telah tua untuk masuk ke Old Folks Home dan ini merupakan satu amalan yang berlaku berleluasa di negara Barat. Oleh kerana itu merupakan satu amalan yang biasa, maka sudah tentulah Old Folks Home yang ada di negara-negaraBaratitu merupakan tempat­tempat yang memang selesa untuk diduduki oleh orang-orang tua ini. Ini ialah kerana amalan mereka, memanglah bila sudah tua,dia hantarlah. Jadi, di sana tidak ada extended family dan tidak digalak pun ex­tended family. Memang menjadi kelaziman dan kebiasaan bagi orang-orang di sebelah Barat sana, memang kalau sudah sampai umur dia 21 tahun, dia mahu keluar, dia tidak mahu ada kena-mengena lagi dengan ibu bapanya. Apatah Iagi kalau ibu bapanya sampai ke umur 50 tahun ke atas, dia sudah tidak mahu lagi bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapanya.

Maka, di sinilah yang saya sebut "irony", iaitu dalam kita hendak menggalakkan satu masyarakat yang penyayang, tetapi dalam masa yang sama kalau rumah/pusat jagaan ini terlalu

senang dan mudah untuk didaftarkan, apa yang akan berlaku ialah bahawa lebih banyak rumah ini ada dan lebih ramailah lagi keluarga-keluarga yang tidak mahu menjaga ibu bapa mereka, akan menghantar ibu bapa mereka ke Rumah-rumah Orang­orang Tuaini. Ini kalaulahdiberitahu kepada umum bahawa Rumah-rumah Orang Tua ini wujud dengan keadaan yang baik, maka kebimbangan saya ialah apa yang akan berlaku bahawa bukan kita akan menggalakkan masyatakat yangpenyayang, malah kita akan menggalak lebih ramai orang-orang muda akan menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua ini. .....

PuanffajahZaleha bintiffussin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam Islam sendiri pun ada menyatakan, dengan izin, Tuan Yang di­Pertua:

"Wabilwalli daini ehsana"

"Dengan ibubapa mu hendaklah kamu berbuat baik."

Dengan ertikata, hendaklah memelihara dan menjaga mereka apabila mereka dalam keuzuran dan tua. Apakah Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri sedar dan dapat mendetailkan sedikit lagi penjelasan mengenai betapa mustahaknya anak-anak menyintai ibu bapadan tidakmenggalakkan meletak ibu bapa mereka di rumah-rumah penjagaan orang tua?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya sedar tentang perkara ini, oleh kerana itulah saya amat bimbang dan takut kalau sekiranya rumah orang tua ini dijadikan sebagai satu perkara yang sudah biasa. Maka apa yang akan berlaku ialah ia akan menghakis perasaan di kalangan anak­anak untuk menyayangi ibu bapa mereka itu, akan lama ia akan terhakis dan akhirnya kita akan melihat bahawa akan wujud satu masyarakat yang seperti juga masyarakat di Barat yang mana masyarakat di sini dengan kesibukan kerjanya, dengan masing­masing tidak ada masa lagi untuk menjaga

Page 57: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1235 lOJUN 1993 1236

ibu bapa mereka, maka dengan sewenang­wenangnyalah mereka akan menghantar ibu bapa mereka ke tempat-tempat seperti ini. Sebab itu saya minta kepada pihak Kementerian supaya mesti ada pertimbangan, iaitu jangan sampai masyarakat yang ada dalam negara kita ini akan mempunyai sikap seperti orang di Barat sana, sampai ketika hantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

Di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut kepada saya bahawa sudah ada 87 rumah/pusat jagaan. Daripada penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di sini, untuk mendaftarkan satu tempat sebagai satu pusat jagaan begitu mudah sekali. Ada4 penghuni, maka cukup untuk didaftarkan sebagai satu tempat yang manaia boleh dijadikan sebagai pusat jagaan. Kemungkinan bila kita daftarkan, maka Kerajaan akan beri wang untuk membiayai rumah ini. Jadi, amat mudah kepada saya. lbu bapa saya pun kedua-duanya telah meninggal dunia. Katalah sebagai contoh, ibu bapa saya ada, saya panggil kawan say a seorang lagi, saya kata, "ibu bapa you ada dua dan ibu bapa I ada dua, jadi 4 orang, kita letak di rumah, kita daftar sebagai pus at jagaan/rumah orang tua". Cukup mudah, 4 orang sahaja.

Jadi, di sini saya merasakan bahawa pihak Kerajaan harus memikirkanjugaiaitu dalam usaha Kerajaan mahu mewujudkan satu masyarakat penyayang, dengan mengadakan satu Akta yang menjaga hal ehwal berkenaan dengan pusat jagaan ini, jangan sampai ianya boleh menyebabkan masyarakat kita menjadi bukan lagi masyarakat penyayang, tetapi masyarakat yang mudah menghantar ibu bapa mereka ke rumah/pusat jagaan.

Saya mahu Kerajaan memikirkan perkara ini, kerana dalam masyarakat ketimuran ki ta, ex tended family adalah satu perkara yang penting dan menghantar ibu bapa ke Old Folks Home adalah satu perkara yang, dengan izin, "alien" kepada kita. Apa niat Kementerian inijangan sampai kepada tahap yang mana Old Folks Home ini ataupun Rumah Orang Cacat, ada adik­adik kita yang cacat pun kita hantar ke sana. Saya ada seorang kakak yang cacat yang

saya bela sampai sekarang. Tidak sanggup untuk saya hantar ke Rumah Orang Cacat. Tetapi kalau nampaknya Rumah Orang Cacat itu banyak, berleluasa dan sudah menjadi biasa, mungkin saya menghantar kakak saya. Ini, kebimbangan saya. Jadi, jangan sampai kita menjadi sepertimana yang berlaku di negara Barat yang mana adik beradik cacat, ibu bapa kita, cukup mudah kita hantar ke rumah/pusat jagaan ini.

Yang kedua dan terakhir, memang baik bagi kita mesti menjaga mereka yang malang, yang betul-betul tidak ada keluarga dan mereka terpaksaduduk di dalam rumah­rumah/pusat jagaan ini. Memang baik diadakan Rang Undang-undang ini untuk menjaga kebajikan mereka dan mengawal pentadbiran rumah-rumah/pusatjagaan ini.

Saya minta kepada Kerajaan yang saya lihat di dalam Rang Undang-undang ini tidak diwujudkan satu Akta berkenaan dengan inspectorate. Saya rasa inspector­ate ini penting. Kalau kitasudah mempunyai 87 pusat jagaan dan sudah tentu ia tidak akan berkurangan, tetapi akan bertambah, maka mesti ada inspectorate. Kita mahu supaya tiap-tiap rumah ini dihantar untuk dinazirkan, dilihat, ditengok dan adakan lawatan mengejut supaya semasa melawat, kita melihat bahawa tidak berlaku di mana seperti yang berlaku di lpoh, yang mana orang-orang tua telah minum air beracun yang menyebabkan kematian yang begitu banyak. lni yang berlaku di lpoh, kalau tidak silap saya, lebih daripada IO orang meninggal dunia. jadi, ini apa akibatnya? Ini akibat daripada apa? Akibat daripada tidak ada sistem inspectorate yang mana orang kita pergi melihat dan menengok keadaan kedudukan rumah-rumah/pusat jagaan ini.

Sebab itu, saya merasakan bahawa mesti ada sistem inspectorate. Kita mesti buat lawatan mengejut untuk melihat keadaannya. Sebab kita tahulah, kita tidak mahu pusat jagaan ini macam satu tempat seperti disebutkan tadi-Akta Anti­Lambakan-jangan pusat jagaan ini menjadi tempat kitalambakkan orang-orang tua yang kita tidak mahu ini dan kita letak diadi situ, dan kita tidak ambil tahu langsung

Page 58: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1237 lOJUN 1993 1238

tentang apa yang berlaku kepada mereka. Saya tidak mahu berlaku lambakan orang-

. orang cacat inipun berlaku di dalam masyarakat kita. Sebab itu, sistem inspec­torate yang mana harus ada lawatan kepada tempat-tempat pusat jagaan yang pada ketika ini ada 87, dan saya percaya akan bertambah. Jadi, mesti ada sistem yang betul supaya dapat lawatan dibuat untuk melihattentang suasana yang ada di tempat­tempat ini.

Maka dengan pandangan itu, say a sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan dan sayamenyokongRang Undang-undang Pusat Jagaan 1992 ini. Terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Sila.

4.49 ptg.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yangdi-Pertua, sayamengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Mohamed Nazri yang memberi pandangan dan juga sokongan terhadap Rang Undang-undang ini.

Saya bagi pihak Kementerian boleh menjaminkan bahawa tujuanRang Undang­undang ini tidak mengakibatkan bahawa sikap warganegara kita atau penduduk­penduduk di Malaysia ini akan bertukar kepada sikap masyarakat Barat, di mana dengan senangnyakitahantaribu bapakita ke Rumah-rumah Orang Tua atau Old Folks Home. Kalau kita lihat sekarang, kurang daripada 4% penduduk-penduduk negara kita yang melebihi umur 60 tahun, dan boleh dipanggil "orang tua", atau lebih kurang 600,000 orang yang berumur lebih 60 tahun ada di negara kita. Tetapi di Rumah-rumah Orang Tuaini hanya terdapat 10,000 orang sahaja. Ini bermakna satu percentage yang kecil sahaja, yang ada sekarang di Rumah-rumah Orang Tua. Tetapi tujuan Rang Undang-undang ini ialah untuk mengawal rumah orang-orang tua yang sekarang ini menjadi satu trend di mana rumah-rumah ini jadi komersil.

Bagi bukan keluarga-keluarga miskin atau sederhana yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua ini, tidak

ada satu Rang Undang-undang yang mengawal rumah-rumah orang tua seperti ini. Angapan sesetengah pihak ini bukan sahaja menggalakkan tetapi menyenangkan banyak penubuhan rumah orang-orang tua-tujuannya bukanlah ini. Tujuan sebenarnya ialah untuk mengawal rumah­rumah orang tua yang menjadi komersil di mana ia mengeluarkan iklan serta bermacam-macam, tetapi tidak mengikutinya dan ini menjaminkan bahawa apa yang dikatakan oleh promoters rumah­rumah orang tua ini dilakukan.

Berkenaan dengan inspectorate. Kita ada peruntukan dalam Undang-undang ini, di mana fasal 16 yang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah ataupun pegawai-pegawai tertentu untuk masuk dan memeriksa mana-mana premis yang digunakan sebagai atau bagi suatu pusat jagaan berdaftar untuk menentukan beberapa perkara. Contohnya kesihatan, rekod-rekod, kelengkapan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita rasa kuasa yang cukup ada diberikan kepada Ketua Pengarah untuk mengawal pusat­pusat jagaan ini.

ltulah jawapan saya kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dan saya lagi sekali mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat, yang memberi pandangan kepada kita. Sekian, terima kasih.

Dato' Azumu bin tak: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

Masai ah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa

Page 59: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1239 lOJUN 1993 1240

(Dato' Azumu bin Tak mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 24 diperintahkan jadi sebahagian daripadaRang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERIKANAN (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.56 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pertanian, saya mohon membentangkan Rang Undang-undang cadangan pindaan Akta Perikanan 1985.

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang yang bernama Suatu Akta untukmemindaAktaPerikanan 1985 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada hujah-hujah dan cadangan­cadangan yang dikemukakan dalam 32 memorandum yang diterima oleh Kementerian Pertanian, cadangan­cadangan pindaan yang difikirkan positif telah dirangka dan dimasukkan ke dalam Rang U ndang-undang Perikanan (Pindaan) 1985. 20 daripada 62 Seksyen telah dipinda, pindaan-pindaan adalah berdasarkan kepada beberapa prinsip seperti berikut:

(a) Pengurusan berkesan mesti wujud kerana sumber perikanan adalah sumberyang digunakan oleh semua, dengan izin, common user resource. Tiap-tiap pengusaha akan cuba memaksimumkan keuntungan diri. Jika penerokaan tidak dikawal nescaya sumber-sumber ini akan pupus dan akan mengulangi tragedi di mana nelayan menjadi susah kerana tindakan kita sendiri. Pengurusan berkesan akan menjamin kegunaan sumber secara

optimum dan pemuliharaan alam sekitar.

(b) Memastikan keadilan sosio­ekonomi untuk melindungi pihak­pihak yang tidak berada.

(c) Undang-undang ini mestilah menjadi suatu halangan yang berkesan kepada pencerobohan dari pihak luar yang sentiasa mencuri sumber-sumber negara.

( d) Undang-undang ini mestilah sejajar dengan Undang-undang Laut Antarabangsa (1985).

Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Yang Pertama, dalam Seksyen 2 Akta dicadangkan dipinda takrif "peranti mengumpulikan," "vesel penangkapan ikan tempatan", dan mengadakan takrif baru "peralatan menangkap ikan tradisional".

Pindaan yang dicadangkan kepada takrif "peranti mengumpul ikan" ialah untuk menerangkan dengan lebih jelas pengertiannya dengan tujuan membezakan "peranti mengumpul ikan" yang dibina bagi tujuan mengumpul dan menangkap ikan dengan "peranti mengumpul ikan" yang dibina semata-mata bagi tuj uan pemuliharaan sumber seperti tukun tiruan.

Pindaan yang dicadangkan kepada takrif "vesel penangkapan ikan tempatan" merangkumi vesel-vesel yang mengangkut makanan ikan dalam projek ternakan ikan dalam sangkar dan apa-apa sistem kultur laut di bawah takrif itu. Dengan itu vesel­vesel itu termasuk dalam skop peruntukan­peruntukan pelesenan. Sementara pindaan yang dicadangkan kepada takrif "vesel penangkapan ikan tempatan" bertujuan memasukkan ke dalam pengertian takrif tersebut "vesel penangkapan ikan asing yang dicarter atau disubcarter, dipajak atau disubpajak oleh warganegara asing atau badan lain yang ditubuhkan di Malaysia".

Page 60: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1241 lOJUN 1993 1242

Dengan adanya pindaan ini, perusahaan perikanan laut dalam di negara ini akan berkembang pesat kerana rakyat Malaysia dapat mencarter, mensubcarter, memajak dan mensubpajak mana-mana vesel asing.

(Yang BerhormatDato' S. Subramaniam masuk ke dalam Dewan)

Oleh kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian sudah tiba, maka saya mohon izin, Tuan Yangdi-Pertua, supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian meneruskan ucapan ini.

Dato' Azumu bin Tak: Silakan, Dato' Timbalan Menteri Pertanian.

5.00 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya meneruskan penjelasan mengenai Rang Undang-undang ini.

Pindaan yang dicadangkan kepada takrif "pencemar" bertujuan merangkumi apa­apa bahan yang mungkin mencemarkan bukan sahaja perairan lautan tetapi juga perairan sungai. Ini adalah bertujuan untuk mengawal pembuangan sisa ke dalam perairan sungai serta perairan lautan yang boleh menjejaskan kehidupan akuatik.

Cadangan untukmengadakan takrifbaru "peralatan menangkap ikan tradisional" adalah perlu supaya kesalahan-kesalahan yang melibatkan nelayan-nelayan kecil yang mengusahakan "peralatan menangkap ikan tradisional" boleh dikompaun di bawah seksyen 31.

Tujuan meminda seksyen 8, ialah untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana­mana orang yang tidak dikeluarkan lesen kepadanya di bawah Akta ini, untuk mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan dengan apajuga kaedah, termasuk pengutipan apa-apa spesies ikan.

Seksyen l l dicadang dipinda bagi mengadakan satu anggapan bahawa apa­apa bahagian peralatan menangkap ikan hendaklah ditafsirkan sebagai "peralatan

menangkap ikan" yang lengkap. Pindaan ini dibuat adalah untuk memastikan nelayan-nelayan yang memotong pukat­pukat untuk mengelakkan kes dibawa ke mahkamah danjuga barang-barang kes yang tinggal seperti tali atau papan tunda boleh didakwa di mahkamah.

Pindaan kepada subseks yen ( 4) seksyen 13, dengan melanjutkan tempoh rayuan kepadaMenteri kepada 30 hari adalah untuk memberi tempoh masa yang panjang dan berpatutan kepada nelayan-nelayan membuat rayuan kepada Menteri.

Subseksyen (1) seksyen 14 dicadang dipinda untuk memperuntukkan bahawa tempoh sesuatu lesen itu adalah 12 bulan kalendar dari tarikh ianya dikeluarkan. Di samping itu dimasukkan perenggan baru 14 ( 4)( aa) untuk membenarkan lesen-lesen dipindahmilik dengan kelulusan Ketua Pengarah Perikanan.

Satu seksyen baru 14A dicadang dimasukkan bagi memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang bukan warganegara Malaysia yang dijumpai di atas mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan dalam perairan Malaysia adalah dianggap kru vesel itu.

Memandangkan bilangan warganegara asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan semakin bertambah, adalah wajar supaya satu peruntukan dimasukkan yang membolehkan anggapan dibuat semasa perbicaraan di mahkamah, bahawa mana­mana warganegara asing yang dijumpai di atas mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan sebagai terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan, melainkan dibukti sebaliknya. Warganegara asing diperlukan mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti penangkapan iakan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 10 (1) ( c).

Pindaan kepada subseksyen ( l) Seksyen 15, adalah untukmemudahkan aktiviti yang bercorak penyelidikan oleh vesel penangkapan ikan asing dijalankan kerana cara kelulusannya hanya tertakluk kepada

Page 61: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1243 lOJUN 1993 1244

arahan am Ketua Pengarah Perikanan sahaja dan bukanlah berasaskan perjanjian dua hala di antara Kerajaan Malaysia dengan negara yang berkenaan.

Pindaanjuga dicadangkan dibuat kepada subseksyen (1) seksyen 16, bagi memperuntukkan laluan di perairan Malaysia oleh vesel penangkapan ikan asing mengikut kaedah-kaedah undang-undang antarabangsa berhubung dengan bahagian perairan yang dilalui. Sementara sub­seksyen (3) dicadangkan dipinda untuk memperluaskan kaedah-kaedahkomunikasi di bawah seksyen ini untuk merangkumi jugakomunikasi melalui talex dan faksimili dan untuk menetapkan bahasa yang digunakan adalah bahasa Malaysia dan Inggeris. Ini adalah pen ting, memandangkan buat masa ini tiada ketetapan dibuat mengenai bahasa yang perlu digunakan dan ini menyulitkan kerja-kerja pengawal­seliaan oleh pihak penguatkuasa.

Buat masa ini, pihak pendakwa menghadapi masalah untuk membuktikan di mahkamah bahawa sesebuah vesel penangkapan ikan asing yang ditahan di dalam perairan Malaysia itu adalah sebenarnya vesel penangkapan ikan asing. Dengan adanya satu subseksyen yang baru (3) di bawah seksyen 24 yang mana mengadakan suatu anggapan bahawa beban untuk membuktikan bahawa sesuatu vesel penangkapan ikan asing bukanlah vesel penangkapan ikan asing terletak pada orang yang dituduh. Peruntukan ini akan membantu pendakwaan kes-kes vesel penangkapan ikan asing.

Pindaan dicadangkan dibuat kepada seksyen 25 dengan tujuan untuk mengurangkan denda maksima yang akan dikenakan bagi apa-apa kesalahan berhubung dengan vesel penangkapan ikan tempatan kepada RM20,000. Kementerian Pertanian telah menerima banyak keluhan dan rungutan daripada nelayan tempatan khasnya nelayan-nelayan kecil mengenai denda maksimum yang sedia ada yang dirasakan terlalu tinggi dan membebankan mereka. Ini memandangkan kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada nelayan-nelayan yang tergolong dalam kumpulan yang berpendapatan rendah.

Hasil titik-peluh golongan ini telah membolehkan kita semua menikmati hidangan masakan dari ikan setiap hari. Oleh yang demikian, adalah wajar denda maksimum ke atas mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini dikurangkan.

Pindaan kepada seksyen 31 adalah untuk membenarkan kompaun bagi kesalahan­kesalahan tertentu dengan syaratkesalahan­kesalahan yang dilakukan itu adalah kesalahan pertama, kedua dan ketiga, Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada nelayan yang mana kesalahan-kesalahan melanggar syarat Jesen dibenarkan untuk kompaun sebanyak tiga kali. Kesalahan keempat akan dibawa ke mahkamah. Sementara bagi kesalahan di bawah seksyen 43, iaitu dalam kawasan Taman Laut, kompaun yang boleh dikenakan tidak kurang daripada RMlOO memandangkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan tidak begitu serius.

Tuan Yang di-Pertua, satu peruntukan juga diadakan bagi perlucutan hak basil jualan ikan atau benda yang mudah rosak.

Seksyen 31 juga dipinda dengan membolehkan kesalahan di bawah seksyen 15 (2) dikompaunkan. Seksyen 15 (2) adalah berkenaan dengan pendaratan ikan oleh vesel-vesel asing tanpa permit dari Ketua Pengarah Perikanan. Denda yang ada sekarang adalah terlalu tinggi seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 25. Memandangkan aktiviti pendaratan ikan juga boleh menggalakkan kegiatan ekonomi di kalangan penduduk-penduduk tempatan yang berkenaan, maka adalah difikirkan kurang wajar jika hukuman terhadap kesalahan ini begitu berat sekali. Dalam hubungan ini, satu kadar kompaun yang bersesuaian akan disediakan. Kesalahan ini tidak melibatkan ancaman ke atas sumber perikanan negara.

Bagi tujuan memperkemaskan pendakwaan sesuatu kes di mahkamah, bukti atau faktor-faktor tertentu hendaklah jelas. Oleh yang demikian, subseksyen baru (2) dimasukkan kepada seksyen 35 bagi memperuntukkan bahawa sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi ukur dan pemetaan

Page 62: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1245 lOJUN 1993 1246

atau mana-manaMenteri yang relevan yang menyatakan sesuatu peta, pelan atau carta telah diluluskan oleh Kerajaan, hendaklah menjadi bukti muktamad bagi sesuatu kes itu.

Seksyen 40 dipinda, bertujuan untuk memperluaskan lagi kawasan kawalan pengangkutan ikan hidup termasuk udang ke dan dari antara Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak termasuk import dan eksportnya. Tindakan ini diambil sebagai langkah untuk melindungi kepentingan pembangunan industri akuakultur di negara ini.

Pada masa ini adalah didapati bahawa penyeludupan induk-induk udang masih berlaku kerana kawasan kawalan yang ditetapkan adalah terhad. Kegiatan penyeludupan induk udang yang berleluasa boleh menjejaskan industri akuakultur tempatan yang mempunyai potensi yang besar.

Pengurusan dan penyelarasan pembangunan Taman Laut dan Rezab Laut yang sempurna adalah penting untuk memastikan objektif penubuhannya tercapai. Untuk itu, seksyen 41A dan 41B dicadangkan dimasuk ke dalam Akta. Seksyen 4 IA bertujuan menubuhkanMajlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab Laut yang akan dilantik oleh Menteri, sementara seksyen 4 IB bertujuan mengadakan fungsi-fungsi Majlis itu. Dalam usaha untuk menubuhkan Taman Laut, Kerajaan menghadapi berbagai masalah dan halangan dari berbagai pihak. Sungguhpun begitu, dengan adanya Maj I is Penasihat ini, Kerajaan yakin ia akan dapat mengatasinya, tambah-tambah lagi apabila kerjasama dan sokongan padu dari Kerajaan-kerajaan Negeri. Selain daripada dapat menikmati keindahannya dengan batu-batu karang yang cantik dan ikan­ikan yang berwarna-warni, Taman-taman Laut ini akan menjadi satu tarikan pelancongan ke negara ini, di samping memulihara sumber ikan.

Ketiadaan kuasa siasatan telah menyebabkan pegawai-pcgawai perikanan tidak dapat menjalankan siasatan kes. Ini

menyebabkan keterangan-keterangan daripada mereka yangditangkap tidak dapat diambil dan melemahkan pendakwaan kes­kes perikanan di mahkamah, terutamanya dengan ketiadaan kenyataan yang dirakam daripada saksi atau tertuduh, Oleh kerana itu, Seksyen 47A, 47B, 47C, 47D dan 47E bertujuan membolehkan pegawai-pegawai perikanan menjalankan siasatan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan dengan merekodkan kenyataan tertuduh dan saksi-saksi berkaitan menjalankan pendakwaan, dan membolehkan permohonan mahkamah dibuat untuk melanjutkan tempoh tahanan sekiran ya siasatan kes tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam.

Pindaan yang dicadangkan kepada subseksyen (2), seksyen 50 adalah untuk membolehkan pemulangan sementara waktu vesel penangkapan ikan tempatan dan asing yang disitamelalui cara pengiraan jumlah jaminan mengikut nilai agreget vesel, danjuga untuk mengurangkan be ban Kerajaan dalam penjagaan vesel-vesel terse but. Cara penetapan yang ada sekarang adalah terlalu membebankan tuan punya vesel berkenaan, keranajumlahjaminan itu mengambilkirajumlahdendamaksima yang sememangnya terlalu tinggi. Maka dalam kebanyakan kes vesel yang disita terpaksa dijaga oleh pihak Kerajaan dan ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, bu at masa ini setiap sabitan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini akan menyebabkan mahkamah secara mandatori membuat perintah tambahan supaya vesel dan barang kes yang berkaitan dirampas.

Seksyen 52 dicadang dipinda untuk membolehkan perbezaan dibuat di antara kesalahan-kesalahan yang mana sabitan akan bermakna rampasan. Cadangan ini ialah untuk memastikan hanya kesalahan­kesalahan yang dianggap berat sahaja dikenakan perintah tambahan rampasan olch mahkamah, seperti menjalankan aktiviti-aktiviti tan pa lesen. Manakala bagi kesalahan-kesalahan yang tidak serius tidak dikenakan hukuman rampas oleh mahkamah. Selaras dengan cadangan pi ndaan kepada seksyen 25, denda maksima

Page 63: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1247 lOJUN 1993 1248

yang boleh dikenakan dikurangkan daripada RM50,000 kepada RM20,000. Kerajaan berpendapat jumlah denda mestilah selaras dengan yang diperuntukkan di bawah seksyen 25 (b) seperti yang dicadangkan.

Pengecualian adalah disyorkan diberi kepada vesel penangkapan ikan yang hendak menjalankan kajian feasibiliti ekonomi di perairan perikanan Malaysia tanpa apa-apa perjanjian dua hala antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan negara asing. Perjanjian dua hala akan melibatkan masa yang panjang untuk dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagi mempercepatkan pelaksanaan kajian sedemikian, dicadangkan pindaan dibuat kepada seksyen 58 Akta ini, dengan membenarkan Ketua Pengarah Perikanan mengecualikan mana­mana vesel atau orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini bagi maksud kaji-selidik ke atas kebolehlaksanaan ekonomi apa-apa aktiviti penangkapan ikan.

Pindaan adalah perlu dibuat kepada seksyen 61 dengan memasukkan perenggan baru (aj) dan (ak) untuk memberi kuasa kepada Menteri membuat peraturan yang berkaitan dengan pendaftaran nelayan atau orang yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan, seperti mengeluarkan kad pendaftaran nelayan serta menyelia pendaftaran vesel pengangkapan ikan tempatan. Ini adalah perlu bagi menepati kehendak semasa memandangkan perkembangan di dalam sektor perikanan,

Tuan Yang di-Pertua, pada amnyaRang Undang-undang Akta Perikanan (Pindaan) 1992 dapat membantu memastikan lagi pembangunan industri perikanan di negara ini, terutama sekali dalam bidang perikanan laut dalam dan akuakultur, di samping memberi perlindungan yang sewajarnya kepada nelayan-nelayan lautpantai. Semua pindaan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kecekapan dalam pengurusan dan pengawalseliaan sumber perikanan negara demi pembangunan industri perikanan laut dan akuakultur.

Sumber perikanan yang merupakan sumber milik bersama perlu diurus dan dieksploitasi secara rasional. Tanpa

pengurusan yang sempurna, kemungkinan besar sumber tersebut akan pupus dan ini sudah pasti akan menjejaskan bekalan ikan negara. Sehubung dengan ini, sebagai sebuah negara pesisir yang telah menandatangani Konvensyen Bangsa­bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut dan juga telah mengisytiharkan Zon Ekonomi Esklusifnya, Malaysia adalah bertanggungjawab untuk menguruskan sumber perikanan di perairan berkenaan secara saintifik.

Pindaan-pindaan yang dicadangkan ini juga adalah hasil daripada beberapa perbincangan dan pertemuan dengan mereka yang mempunyai kepentingan dalam industri perikanan seperti Persatuan­persatuan Nelayan, Syarikat Kerjasama Nelayan, Persatuan Perusahaan Perikanan, Persatuan Pemborong Ikan, Syarikat Penangkapan lkan, Persatuan Pemilik Bot, Syarikat Pemerosesan Ikan, Persatuan Peniaga lkan, parti-parti politik dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Selain dari itu, pindaan yang dicadangkan ini juga mengambilkira memorandum-memoran­dum yang telah dikemukakan kepada Kementerian Pertanian oleh berbagai pihak.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pindaan-pindaan yang terdapat dalam Rang Undang-undang ini, saya yakin industri perikanan akan dapat membangun dengan lebih pesat dan menjadi satu industri yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Perikanan 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila Tuan Ho Cheng Wang.

Page 64: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1249 lOJUN 1993 1250

5.18 ptg.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang­undang Akta Perikanan (Pindaan) 1992. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Azumu Tak yang menjadi Tuan Yang di-Pertua hari ini­orang Perak j adi Tuan Yang di-Pertua hari ini.

Seorang Ahli: Orang Malaysia!

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diketahui oleh orang ramai, Menteri Pertanian kita telah lama berjanji akan membuat pindaan kepada Akta Perikanan 1985. Walaupun Kementerian mengambil masa yang panjang untuk membuat pindaan ini, di sini, say a juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memberikan tahniah kepada Kementerian.

Tuan Yangdi-Pertua, sayaingin merujuk kepada Seksyen 9 Akta lbu. Seksyen 9 ini mengatakan bahawa KetuaPengarah diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen-lesen atau permit bagi vesel-vesel ataupun bot-bot penangkapan ikan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang diketahui oleh kita bagi lesen pukat tunda, Kementerian atau Jabatan Perikanan juga telah memberhentikan untuk mengeluarkan lesen pukat tunda. Bagi kes ini, saya ingin bertanya kepada Kementerian atau Jabatan Perikanan iaitu adakah lesen-lesen atau permit bagi pukat tunda dikeluarkan untuk menggantikan lesen-lesen yang telah dibatalkan. Saya beri contoh, bagi pemilik-pemilik lesen yang telah melanggarkan syarat-syarat Akta Perikanan atau telah dibatalkan lesen mereka, maka adakah lesen baru digantikan seperti yang telah saya katakan?

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya ceritakan tadi, saya ingin menarik perhatian Kementerian Perikanan bahawa sememangnya lesen pukat tunda yang telah dibatalkan itu adalah digantikan

dengan lesen baru dan dikeluarkan semula kepada orang yang bukan nelayan atau kepada orang yang bukan bergantung kepada kehidupan ke lautan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu saya ingin menarik perhatian bahawa orang-orang yang bukan nelayan yang mendapat lesen ini dan tidak bekerja sebagai nelayan kemudian menjual lesen ini kepada orang yang sebenar yang bekerja sebagai nelayan dengan harga yang tinggi selalunya antara RMl0,000 sampai RM25,000. Oleh sebab itu, saya dengan hati yang jujur merayu pihak Kementerian supaya mengambil berat serta memberi perhatian kepada aduan yang telah saya ceritakan tadi dan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan lesen baru ini dikeluarkan kepada orang yang bergantung hidup sebagai nelayan.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari ini, say a inginjugamerujuk kepada Seksyen 10 ( c) Akta lbu, yang mengatakan, selain dari mematuhi kehendak mana-mana undang­undang bertulis lain yang mungkin terpakai, kehendak yang menyatakan bahawa seseorang yang bukan warganegara Malaysia tidaklah boleh melibatkan diri dalam apa-apa akti viti-akti vi ti penangkapan ikan yang berhubung dengan vesel penangkapan ikan tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah. Sub-seksyen ini menyatakan bahawa jikalau seseorang yang bukan warganegara mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Pengarah, dia boleh bekerja sebagai seorang nelayan. Di sini saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian, jikalau seorang pemilik vesel atau bot penangkapan ikan tempatan menggaji seorang asing seperti orang Indonesia, orang Thailand atau lain-lain orang asing, adakah Ketua Pengarah kita akan mengeluarkan kelulusan seperti ini?

Tuan Yangdi-Pertua,selaindari itusaya juga ingin merujuk kepada Fasal 4 yang berkaitan dengan pindaan Seksyen 11, sub-seksyen (i), (ii), (iii) dan (iv)-saya ingin juga bertanya kepada Kementerian iaitu jikalau kita menangkap ikan seperti cara yang diceritakan di sini, adakah kita

Page 65: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1251 lOJUN 1993 1252

mesti membaharui lesen atau permit dari Kementerian. Saya beri contoh, misalnya, kita menggunakan bidai di tepi sungai untuk menangkap, fighting fish, dengan izin, adakah ini juga mesti memerlukan lesen dari Kementerian? Lagi satu jikalau kita memancing ikan di tepi sungai dengan menggunakan tali dan mata pancing, adakah ini juga memerlukan permit atau lesen dari Kementerian?

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Fasal 5, subseksyen (4), seksyen 13, Akta lbu, telah melanjutkan tempoh rayuan kepada Menteri dari 14 hari sehingga 30 hari. Say a ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian. Pindaan ini memang baik dan wajar sebab sebenarnya 14 hari untuk membuat rayuan adalah satu tempoh yang pendek. Ini mungkin satu pindaan yang baik kepada nelayan kita.

Fasal 11, berkaitan dengan seksyen 25, perenggan (b), telah mengurangkan maksimum denda dari RM50,000 kepada RM20,000 bagi vesel penangkapan ikan tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perikanan bahawa pindaan ini juga wajar, tetapi saya ingin bertanya kepada Kementerian, pada masa Akta lbu itu dijalankan pada tahun 1985, adakah nelayan-nelayan tempatan didenda atau dihukum oleh mahkamah kita sehingga RM50,000? Adakah kes seperti ini berlaku? Jikalau ada, berapakah jumlah kes seperti yang dikatakan?

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 16 seksyen 47 Akta lbu. Saya ingin merujuk kepada seksyen 47A subseksyen (2) dan seksyen 51 Akta lbu. Saya dapati tiap-tiap nelayan yang bekerja di laut diberi satu kad pengenalan atau l/C nelayan. Di dalam kad pengenalan atau l/C ini ada terletak gambar nelayan itu.

Saya ingin menarik perhatian Kementerian bahawa kad pengenalan nelayan ini tidak diterima oleh pihak Polis Marin. Ia dianggap satu identiti Jabatan Perikanan sahaja dan tidak diterima oleh pihak Polis. Oleh sebab itu, sayarasadengan

kes ini, Jabatan Perikanan kita mesti berhubung dengan Polis Marin supaya ditentukan sah l/C nelayan ini sebagaimana sahnya kad pengenalan yang kita pakai sekarang.

Tuan Yangdi-Pertua, sayajugamerujuk kepada Fasal 16, seksyen baru 470, subseksyen (1) dan (2). Saya rasa kedua subseksyen ini tidak beri kelebihan kuasa kepada Pegawai Perikanan kita.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan M esyuarat)

Tuan Yangdi-Pertua, seksyen47D, kita telah beri kuatkuasa kepada Pegawai Perikanan bahawajikalau seorang nelayan ditahan atau ditangkap, mereka ada kuasa menahan nelayan kita untuk tempoh 24 jam. Olehsebabini, saya takutpegawai kita akan salahguna kuasa mereka. Saya beri satu contoh; satu bot ditangkap atau ditahan di laut pukul 2.00 petang. Bila ditarik balik masuk pengkalan, sampai pengkalan kita lebih kurang pukul 5.00 petang. Saya takut pegawai kita mengatakan, "Oh, pejabat sudah tutup kerana sekarang sudah pukul 5.00 petang. Jadi, saya akan tahan nelayan ini sampai besok. Selepas ini, saya akan menyiapkan semua kompaun-kompaun atau kertas kerja pentadbiran ini".

Selain dari itu, seksyen 4 7D, subseksyen (2) juga memberi Pegawai Perikanan kita kuasa untuk mengemukakan nelayan ini ke mahkamah bagi tempoh tidak melebihi 15 hari pada keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, say a ingat nelayan kita bukan melibatkan diri dalam satu jenayah, dia bukan penjahat, dia bukan perompak. Jikalau kita bagi kuasa seperti ditahan selama tempoh tidak melebihi 15 hari, saya ingat ini adalah satu kuasa yang sangat melampau yang kita beri kepada pegawai kita. Oleh sebab itu, diharaplah Kementerian boleh memberi penjelasan yang lebih bagi seksyen ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya saya berpendapat bahawa pindaan Akta Perikanan ini tidak dapat mengatasi atau menyelesaikan masalah-masalah atau

Page 66: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1253 10 JUN 1993 1254

kesusahan-kesusahan yang dihadapi oleh nelayan kita terutamanya kepada nelayan pukat tunda.

Tuan Yang di-Pertua, masalah yang selalu timbul di laut adalah berkaitan dengan sempadan atau zon terhad atau kawasan yang tidak dibenarkan menangkap ikan. Silap faham selalu timbul oleh sebab kita tiada alatan seperti boyar atau pelampung untuk menunjukkan itu kawasan terhad untuk menangkap ikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beri satu contoh, mengenai seorang kawan nelayan yang buat aduan kepada say a. Pada satu hari ketika dia bekerja di laut dan sampailah satu bot Marin. Pegawai bot Marin ini tanya nelayan kita, "Encik ada lesen?" Nelayan kita tunjuk lesen. Selepas dia tengok lesen, pegawai itu cakap dengan nelayan kita, "Bot encik sudah "lalam" zon yang terhad iaitu dalam 5 batu, atau dengan izin, 5 nautical sea mile".

Timbalan Yang di-Pertua: Apa itu "lalam", "laram"?

Tuan Ho Cheng Wang: Dalam zon yang terhad. Dalam zon yang tidak boleh tangkap ikan.

Kemudian, dia minta bot ini ikut dia pergi ke Pengkalan Kuala Kurau. Jadi, nelayan ini dia minta digunakan alat-alat radar system untuk mengukur berapajauh dari pantai. Tetapi pegawai bot Marin ini berkata, "Oh, bot saya tiada alat-alat ini". Nelayan kita menjawab, "Tidak apalah. Saya letakkan sauh atau anchor, dengan izin, ke dalam laut dan tunggu di sini. You panggil bot Marin yang besar sekali ke sini dan ukur berapa jauh dari pantai'. Jadi, pegawai bot Marin ini menjawab. "Saya tidak ada mobil telephone, mana boleh panggil?" Nelayan kita botnya dilengkapi dengan telefon. Nelayan itu kata, "Saya pinjamkan telefon, you telefon sendiri panggil bot yang besar sekali ke sini untuk rriengukur berapa batu dari pantai". Jadi, selepas diukur oleh sebuah bot Marin yang lain, dia mendapati bot nelayan itu tidak berada dalam kawasan terhad. Ini bermakna dia tidak bersalah. Oleh sebab itu, pegawai bot Marin ini pun tiada

alasan melainkan melepaskan nelayan ini. Tetapi selepas 20 minit, bot marin itu berpusing balik untuk memeriksa bot nelayan ini sama ada bot itu ada lampukah; adalampu. Dia tengokada pemadam apikah; ada. Dia tengok ada jaket penyelamatkah; ada. Selepas ini, dia tiada alasan lagi dan lepaskan bot ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya telah ceritakan ini adalah satu cerita yang benar dan hari ini nelayan itu telah berhenti sebagai seorang nelayan sebab dia telah hilang keyakinan, (confidence) kepada pegawai kita. Dia telah berhenti sebagai seorang nelayan dan menjual botnya dan membeli satu van untuk menjual air tebu di tepi jalan. Nelayan ini, seorang Pengerusi Persatuan Pukat Tunda di Pulau Sebatang.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan bermakna semua pegawai-pegawai kita terlibat tetapi pegawai -pegawai dari bot Marin; bukandariJabatanPerikanan. Semua nelayan benci bot Marin sebab bot Marin ini selalu tidak dilengkapkan dengan alat­alat ukur. Pegawai-pegawai bot Marin juga tidak memberi penjelasan kepada nelayan kita bila mereka mengambil tindakan di mana dan berapa jauh bot seseorang nelayan itu dari pantai. Oleh sebab itu, nelayan-nelayan kita selalu benci bot Marin.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari ini, saya ingin juga merujuk kepada perairan sempadan di Pulau Sebatang sampai Kuala Kurau. Pulau Sebatang terletak dalam daerah Larut Matang tetapi Kuala Kurau terletak dalam daerah Kerian di Perak. Oleh sebab pada masa dahulu, nelayan dari Pulau Sebatang dan Kuala Kurau bergaduh dan berlawan sampai orang selalu mati. Ada nelayan kita mati di laut ketika berlaku pergaduhan. Tetapi hari ini pergaduhan itu telah selesai. Salah faham semua telah selesai. Tetapi masalah timbul ialah soal perairan sempadan yang terletak dalam daerah Larut Matang dan daerah Kerian. Oleh sebab ini, bot-bot dari daerah Larut Matang, bila dia hendak balik dari laut ke Pulau Sebatang, dia terpaksa melal ui perairan daerah Kerian. Nelayan ini selalu

Page 67: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1255 lOJUN 1993 1256

ditangkap dan dikompaun oleh bot Marin di Kuala Kurau. Oleh sebab itu, saya hendak minta Kementerian Pertanian, jikalau boleh, membatalkan sempadan ini yang pada ketika ini, di sebelah kiri daerah Manjung, kita masuk perairan Manjung; tiada kesalahan. Tetapi kalau kita masuk ke perairan daerah Kerian, jadi satu kesalahan. Oleh sebab itu, saya hendak minta Kementerian jikalau boleh memberi satu penjelasan, bolehkah sempadan ini dibatalkan.

Selain dari ini, Tuan Yang di-Pertua, yang tadi saya ceritakan iaitu masalah dan salah faham timbul oleh sebab tiada boyar atau pelampung, tiada tanda untuk menunjukkan had zon atau kawasan yang terhad. Oleh sebab itu, saya bagi pihak nelayan-nelayan di daerah Larut Matang meminta Kementerian, bolehkah kita menanam pancang sahaja?

Saya ingat, Yang Berhormat Timbalan Menteri dahulu pun sudah menjawab soalan saya bahawa pelampung atau boya ini akan menjadi satu gangguan kepada pelayaran vessel atau bot kita di laut. Tetapi say a ingat, jikalau boleh, kita tanam pancang sahaja dengan kayu-tanam pancang. Jikalau Kementerian kita setuju, kita akan membekalkan semua pancang­pancang ini, membekalkan semua buluh kita, tetapi pegawai-pegawai dari Jabatan Perikanan patutlah datang sendiri menunjukkan di mana kita menanam pancang ini dan carilah satu tanda atau boya untuk menunjukkan kawasan yang dikhaskan di dalam lingkungan lima batu.

Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali, saya ingin bertanya lagi satu soalan berkaitan pemilik lesen. Apa yang diketahui oleh kita pada masa setakat ini, jikalau seorang bapa sakit dan dia tidak dapat keluar ke laut menggunakan botnya, anaknya yang tidak mempunyai kad pengenalan khas tidak boleh mengganti bapanya mengambil bot ini ke laut untuk menangkap ikan. Adakah ini benar atau tidak? Jikalau ini benar, saya harap Kementerian ambil tindakan, sebab jika bapanya sakit atau abang atau

adiknya sakit mestilah kita beri kebenaran kepada ahli-ahli keluarganya untuk menggantikan tempatnya.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, say a menyokong Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 1992 ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kita. Tuan Yang di­Pertua, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Diminta Timbalan Menteri Pertanian menjawab.

5.42 ptg.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Ho Cheng Wang yang telah membahaskan beberapa peruntukan dalam pindaan yang dibuat bagi Akta Perikanan 1985. Begitu juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang walaupun tidak membahas, tetapi nampaknya bersetuju dengan pindaan-pindaan yang telah dikemukakan oleh Kementerian Pertanian. Say a juga mengucapkan terima kasih.

Pada keseluruhannya, pindaan yang dicadangkan oleh Kementerian telah diterima dengan baik bukan sahaja oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, tetapi juga di Dewan Rakyat. Memang pindaan-pindaan yang dikemukakan ini bukanlah satu pindaan yang boleh memuaskan hati seratus peratus kepada mereka yang terlibat dalam bidang perikanan. Cuma, setakat mana yang dicadangkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang ada minat dalam perikanan, setakat mana boleh, kita telah pinda, tetapi perkara-perkara yang kita fikir tidak patut dipinda dari segi Kementerian dan juga dari segi industri perikanan, masih dikekalkan dalam seksyen-seksyen asal dalam Akta Perikanan 1985.

Ahli Yang Berhormat telah mem­bangkitkan beberapa perkara. Pertama adalah mengenai lesen pukat tunda baru yang tidak dikeluarkan bagi lesen yang telah dibatalkan. Beliau bertanya, apabila

Page 68: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1257 lOJUN 1993 1258

satu lesen dibatalkan, bolehkah dikeluar­kan lesen baru? Ini tidak dikeluarkan bagi lesen yang telah dibatalkan, terutama sekali dalam Zan B dan Zan C. Sementara pengeluaran lesen vesel laut dalam tidak terhad kepada nelayan. Ia terbuka kepada semua termasuk pemodal yang berkemampuan.

Suka saya menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa pada kebiasaannya, nelayan yang terlibat dalam bidang penangkapan ikan telah pun dibekalkan dengan lesen. Satu pendaftaran kepada semua nelayan­nelayan dan kepada mereka yang berusaha dalam bidang ini telah dijalankan dan mereka telah pun diberi Iesen. Selepas satu exercise yang menyeluruh, barulah Kementerian Pertanian mendapati bahawa lesen yang telah dikeluarkan mencukupi untuk menangkap ikan dalam perairan kita. Selepas itu, kalau syarat-syarat dilanggar oleh mana-mana pihak, buat masa sekarang Iesen itu kita tidak akan menggantikan.

Pemilik vesel tempatan yang ingin menggunakan pekerja asing boleh memohon kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan. Itu kita akan beri. Pindaan yang dibuat adalah bagi tujuan tersebut. Kelulusan akan dipertimbangkan kepada pemilik-pemilik vesel laut dalam sahaja, bukan luar daripada laut dalam. Kita ingin memberi peluang kepada warganegara kita untuk menjadi pekerja bagi Zan B dan C, tetapi bagi laut dalam, oleh kerana warganegara kita tidak mencukupi, kita akan memberi pertimbangan. Sebenarnya, buat masa sekarang, lebih kurang 5,700 orang pekerja asing telah pun diberi kebenaran untuk bekerja di bot-bot laut dalam.

Menangkap ikan seperti fighting fish afau memancing ikan sebagai hobi tidak memerlukan lesen di bawah Akta ini. Akta ini adalah terhadap commercial fishing, bukan untuk menyekat hobi seperti memancing ikan dan sebagainya.

Sejak Akta Perikanan 1985 dikuatkuasakan, be! um pernah ada nelayan tempatan yang dikenakan denda hingga RM50,000. Walaupun begitu di dalam memorandum-memorandum yang kita telah terima, ramai telah membuat rayuan untuk mengurangkan denda maksimum itu daripada RM50,000 itu kepada RM20,000. Walaupun ini adalah kuasa Mahkamah dan kita pun fikir pengurangan denda ini perlu dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, nelayan-nelayan yang menangkap ikan di sesuatu kawasan itu lebih arif dan faham tentang sempadan masing-masing. Apabila mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar kawasan atau sempadan, pihak Kementerian tidak pernah bertindak begitu tegas atau rigid, tetapi sebaliknya sentiasa memberi kelonggaran dalam ha! ini. Memang boya atau pancang tidak dapat menyelesaikan masalah ini, tetapi ia akan menjadi halangan kepada pelayaran vesel-vesel.

Ahli Yang Berhormat telah menyebut­kan tenlang Polis Marin. Selain daripada Jabatan Perikanan, Pihak Polis mempunyai kuasa di bawah Akta tertentu untuk menangkap sesiapa bukan sahaja di darat, tetapi juga lautan. Ini adalah kuasa Polis di bawah Kementerian Dalam Negeri . Kita cuma ada kordinasi dan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis Marin dari masa ke semasa dari segi keselamatan. Jadi, kuasa Polis itu, pihak Jabatan Perikanan atau Kementerian saya tidak dapat mempertikaikan, itu adalah kuasa pihak Polis dari segi keselamatan. Apabila mereka mengambil sesuatu tindakan di bawah kuasa yang diberi, hak itu perlu dipatuhi oleh semua pihak. Waiau bagaimanapun, apabila persatuan nelayan kita memancarkan perkara-perkara yang tertentu, kita telah menghubungi pihak Marin Polis supaya masalah-masalah seperti itu dapat diatasi.

Tentang kompaun. Selepas tiga kali kesalahan dikompaun, kita tidak fikir wajar untuk membenarkan lesen itu ditukarkan. lni bermakna sesiapa yang memiliki lesen boleh melanggar syarat

Page 69: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1259 10 JUN 1993 1260

undang-undang ini sebanyak 3 tiga kali, selepas ini bertukar lesen. Kalau itu dibenarkan, kompaun itu tidak akan bermakna. Itu tidak akan menjadi sebagai satu halangan kepada mereka yang memiliki lesen untuk melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta ini.

Kad-kad yang dikeluarkan kepada nelayan sebenarnya bukanlah satu kad yang boleh menggantikan kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Kad pengenalan yang dikeluarkan kepada nelayan atau mereka yang bertugas di dalam bot-bot penangkapan ikan adalah lebih daripada kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, khususnya untuk mendaftar dan mengenalkan pekerja-pekerja asing yang tidak mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Jadi, pihak nelayan perlu menyimpan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada bila-bila masa seperti setiap rakyat Malaysia. Dan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan yang sebenarnya dikeluarkan, khususnya bagi pekerja-pekerja asing yang terdapat dalam bot-bot penangkapan ikan.

Tentang kuasa yang diberikan kepada pegawai-pegawai untuk menjalankan penyiasatan kes-kes kesalahan, ini saya tidak boleh menafikan bahawa kemungkinan anggapan pegawai boleh jadi salah tetapi daripada pengalaman yang kita perolehi, biasanya kalau sesuatu tangkapan telah dibuat dan kalau kesalahan itu boleh dikompaun, kita kompaun. Kalau kesalahan itu didapati tidak begitu serius, kita akan lepaskan mereka yang ditangkap dalam beberapa jam sahaja. Tetapi kalau kesalahan itu dianggap serius, maka barulah pegawai­pega wai berkenaan akan menahan nelayan-nelayan sehingga siasatan di­selesaikan. Kalau siasatan yang sempurna tidak dibuat, kita tidak boleh bawa orang yang buat kesalahan itu ke mahkamah dan pertuduhan kita tidak akan dapat diterima oleh mahkamah.

Tuan Ho Cheng Wang: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Tunggu sekejap. Ada yang bangun.

Dato' S. Subramaniam: Saya akan beri jalan nanti. Saya akan beri.

Timbalan Yang di-Pertua: Akan beri!

Dato' S. Subramaniam: Ya, say a akan beri. Tidak akan diterima oleh mahkamah dan kita pun susah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar syarat.

Tuan Ho Cheng Wang: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat telah mengatakan kuasa dan penyiasatan. Keadaan yang serius ini bermakna nelayan ini boleh berlawan dengan pegawai kita, tikam pegawai kita, tumbuk pegawai kita atau apakah makna kesalahan yang serius ini? (Ketawa)

Dato' S. Subramaniam: Kesalahan­kesalahan yang serius ada berjenis-jenis, termasuk juga perkara-perkara yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat. Selain daripada kesalahan menangkap ikan dan tanpa lesen, jadi kalau nelayan yang menangkap ikan di laut dalam atau di zon-zon mana tanpa lesen, dianggap oleh Kementerian Pertanian sebagai kesalahan serius. Kalau tidak, tidaklah perlu sesuatu Akta Perikanan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dan tidak bermakna kita menyekatkan pihak-pihak yang mempunyai lesen. Jadi, begitu juga tentang pergaduhan dan melarikan diri daripada pihak penguatkuasa yang menangkap mereka apabila mereka melakukan kesalahan-kesalahan dari masa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil perhatian terhadap cadangan Ahli Yang Berhormat tentang masalah

Page 70: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1261 lOJUN 1993 1262

sempadan yang disebutkan itu dari Matang ke daerah Krian. Ini mungkin ada sebab-sebab tertentu bersejarah daripada pergaduhan yang berlaku di dalam beberapa tahun yang lalu. Tetapi saya fikir perkara ini bolehlah dikaji dan kalau didapati perlu, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara itu.

Sukalah saya menjelaskan di sm1 bahawa kalau sekiranya kesalahan­kesalahan yang dilakukan oleh nelayan­nelayan, kebanyakannya kita anggap serius terhadap bot-bot asing atau bot-bot yang menangkap ikan di laut dalam kita tanpa lesen. Ini yang kita menganggap itu serius lagi. Tetapi daripada bot-bot yang diberikan lesen yang melakukan kesalahan, kita juga fikir kalau melanggar zon pun, kesalahan juga. Kalau melanggar zon sekali, dua kali atau tiga kali yang tidak dianggap serius boleh dikompaun. Tetapi melebihi itu, kita fikir kalau diteruskan kesalahan itu, itu bererti pihak yang memiliki lesen itu tidak ingin mematuhi Akta atau peruntukan dalam Akta. lni bukan bererti pegawai kita begitu tegas dan rigid terhadap nelayan yang menangkap ikan. Sebaliknya, nelayan perlu mematuhi supayakitaadasatu sistem. Kalau bot yang diberi lesen bagi Zon B, kalau sentiasa masuk dalam Zon C, itu akan menimbulkan satu keadaan hum-hara dan boleh jadi pergaduhan di antara mereka yang memiliki lesen bagi satu zon dengan pihak yang memiliki lesen di satu zon lain. Itulah kita mempunyai sistem supaya menentukan pihak yang dibenarkan menangkap ikan mengikut zon masing­masing.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan ini ada kuasa diberikan kepada Ketua Pengarah Perikanan untuk menukar lesen kepada orang lain. Jikalau alasan yang diberikan didapati boleh diterima atau dengan alasan yang baik. Umpamanya, kalau bapa sakit, lesen itu boleh ditukar kepada anak. Kita akan membenarkan. Dan kalau difikirkan dari masa ke semasa kalau bapa itu sudah tua dan selalu uzur, perlulah bapa itu mengemukakan nama anak itu, dimasukkan dalam permit supaya anak juga

boleh membawa bot itu. Kita tidak boleh beri kuasa kepada pegawai-pegawai untuk sendiri buat tafsiran-ini bapa sakit, fasal itu anak bawa bot atau abang sakit, adik bawa bot. Tidak bolehlah jug a buat taf siran sendiri. ltu juga akan menimbilkan keadaan yang tidak begitu memuaskan.

Oleh kerana itu, saya menasihat kalau bapa itu sudah tua, boeh masukkan nama anak dalam lesen itu dan kemukakan kepada Ketua Pengarah dan kita akan memasukkan nama anak. Seperti bawa kereta pun, tiap­tiap orang mesti mempunyai lesen. Kalau nama anak dikemukakan kepada Kementerian, kita akan masukkan.

Tuan Yang di-Pertua, begitu sahajalah penjelasan-penjelasan. Perkara-perkara yang lain kalau tidak dijelaskan dengan mencukupi, telah dicatat oleh pegawai­pegawai daripada Kementerian. Kita akan mengambilkira pandangan-pandangan Ahli Yang Berhormat tentang perkara-perkara yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang say a kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal I hingga 22 diperintahkan jadi sebahagian daripadaRang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Page 71: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

. --

1263 lOJUN 1993 1264

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELABUHAN

PULAU PINANG (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.05 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, say a mo hon mencadangkan suatu Rang Undang-undang yang bernamaAkta SuruhanjayaPelabuhan Pulau Pinang (Pindaan) 1993 bagi bacaan kali yang kedua.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955. Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah dikuatkuasakan sejak tahun 1955. Kementerian saya dan pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah mendapati bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dipinda demi kelicinan pentadbiran dan bersesuaian dengan masa sekarang.

Pada amnya, pindaan yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu permaliman, denda dan pentadbiran. Pada masa ini hanya malim Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang yang boleh memalim kapal dalam kawasan permaliman pelabuhan. Pindaan dibuat bagi membolehkan malim yang bukan pekerja Suruhanjaya Pelabuhan untuk memalimkan kapal dalam kawasan perairan pelabuhan. Untuk berbuat demikian, mereka mesti dilesenkan oleh Jawatankuasa Permaliman Pelabuhan.

Denda itu, segala peruntukan dalam Akta ini yang mengawasi kegiatan dan kelakuan malim Surhanjaya Pelabuhan perlu dipinda untuk membawa ke dalam lingkungannya malim-malim yang dilesenkan.

Denda

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bercadang menaikkan denda untuk

beberapa jenis kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini. Kenaikan ini perlu memandangkan jumlah yang dikenakan sekarang telah lama dibuat dan adalah tidak sesuai lagi. Kebanyakan daripada denda dinaikkan dari RM500 ke RM2,000; dari RMl,000 ke RM2,000dan adajugake RMS,000. Kenaikan denda adalah untuk kesalahan seperti memberi pernyataan palsu mengenai matan, tuntutan dan dokumen tentang kargo; memberi maklumat palsu tentang paras benaman air kapal; kegagalan pemunya kapal menggunakan malim Suruhanjaya Pelabuhan atau malim yang dilesenkan untuk memalim kapal dalam kawasan permaliman wajib; menghalang pekerja Suruhanjaya Pelabuhan menaiki kapal bagi tujuan penyiasatan tentang kesalahan yang dilakukan dan mengendalikan kargo melalui pantai pelabuhan, off-shore, dengan izin, tanpa kebenaran Suruhanjaya Pelabuhan.

Di samping itu, pindaan juga dibuat untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pelabuhan mengenakan denda kepada sesiapa yang melanggar perintah atau arahan dalam mana-mana juga kawasan pelabuhan. Peruntukan yang sedia ada hanya meliputi kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan dermaga sahaja.

Satu lagi pindaan memberi kuasa kepada Pengurus Besar pelabuhan mengenakan kompaun ke atas beberapa kesalahan terhadap peruntukan­peruntukan Akta ini.

Pentadbiran

Pindaan dibuat untuk membolehkan Suruhanjaya Pelabuhan menjalankan aktiviti-aktiviti tambahan yang ada kaitan dengan aktiviti pelabuhan seperti mentadbir pelabuhan kering dan sebagainya; memberi kuasa kepada Pengurus Besar untuk mengarah pemindahan kapal apabila berlakunya kebakaran; membolehkan Suruhanjaya Pelabuhan menubuhkan pasukan keselamatan pelabuhan; memperluaskan skop jenis pinjaman kepada kakitangan pelabuhan; memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pelabuhan menghapuskan

Page 72: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1265 lOJUN 1993 1266

hutang luput ataupun aset yang tidak boleh digunakan lagi.

Selain dari ini, pindaan juga dibuat untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pelabuhan mendapatkan kembali perbelanjaan yang telah dilakukan untuk mengganti atau membaiki kerosakan harta benda yang disebabkan oleh keengganan atau kecuaian mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang diberi menurut Akta ini. Dan memperuntukkan seksyen baru untuk mengawal perbuatan syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang telah saya sebutkan itu adalah perkara-perkara yang akan dipinda dalam Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955. Saya ingin memaklumkan bahawa Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Pindaan) 1993 ini tidak melibatkan perbelajaan wang bagi Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta meminda Akta SuruhanjayaPelabuhan Pulau Pinang 1955 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. (Tiada perbahasan)

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi uiputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 35 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang U ndang-undang.

Rang U ndang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG INSTITUT PIA W AIAN DAN

PENYELIDIKAN PERIN­DUSTRIAN MALAYSIA

(PERBADANAN) (PINDAAN)

Bacaan Kai Yang Kedua dan Ketiga

6.11 ptg.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Seki tar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bemama suatu Akta untuk meminda Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975.

Tuan Yang di-Pertua, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah ditubuhkan di dalam tahun 1975 apabila Institut Piawaian Malaysia (SIM) dan Institut Negara bagi Penyelidikan Sains dan Perusahaan (NISA) dicantumkan. Sejak penubuhan itu, banyak perubahan dan pembangunan di dalam sektor perindustrian telah berlaku yang memerlukan pindaan tertentu kepada Akta 157 itu dilakukan bagi membolehan SIRIM bertindak kepada kehendak­kehendak pembaharuan dan permintaan bagi pembangunan industri.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan atau consolidate, dengan izin, dan memperkuatkan struktur dan fungsi SIRIM sebagai Institusi Standard dan Penyelidikan Perindustrian. Dengan mengadakan definisi-definisi yang baru, peruntukan-peruntukan yang baru dan memansuhkan peruntukan-peruntukan yang difikirkan tidak sesuai dengan perkembangan semasa, adalah diharapkan SIRIM akan dapat bertindak dengan lebih cepat bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian.

Page 73: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1267 IO JUN 1993

Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan bagi SIRIM pada asasnya adalah menyentuh struktur, fungsi dan membuat peruntukan­peruntukan yang baru bagi menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan perkembangan ekonomi dan penerokaan pasaran yang kian menjadi kecil di peringkat antarabangsa. Antara pindaan-pindaan utama yang dicadangkan ialah:

(i) Mengadakan istilah-istilah baru selaras dengan pengwujudan Skim Akreditasi Makmal Malaysia, persijilan, Sistem Pengukuran Kebangsaan dan pendaftaran bagi menggiatkannya dengan sistem pembangunan standard untuk penentuan kualiti. Ini di dalam seksyen 2. Misalan "istilah-istilah baru" yang dicadangkan ialah:

(a) "standard" bagi menggantikan perkataan "piawaian";

(b) "accreditation" 1a1tu proses yang membolehkan pengiktirafan rasmi bagi kebolehan melalui penilaian teknikal bagi semua aspek operasi berbanding dengan kriteria-kriteria yang ditentukannya;

(c) "Board" bagi meng-gantikan perkataan "Council" untuk menyelaraskan dengan panggilan "Lembaga Pengarah" seperti badan­badan berkanun yang lain;

(d) "Certification" bagi menentukan produk proses barangan amalan atau perkhidmatan itu memenuhi standard yang ditetapkan;

(e) "Council" yang baru, iaitu bagi menerajui Majlis baru yang ditubuhkan seperti

1268

Majlis R & D, Akreditasi Standard dan Pengembangan Perindustrian a tau "Industrial Extension", dengan izin;

(f) "Deputy Director-General" iaitu gelaran bagi jawatan baru yang diwujudkan;

(g) "Director-General" bagi menggantikan gelaran jawatan "Pegawal" supaya ianya selaras dengan panggilan "Ke tu a Eksekutif' badan-badan berkanun yang lain;

(h) "National Measurement System" yang bertujuan supaya Sistem Pengukuran Kebangsaan boleh dikesan dapat diadakan; dan

(i) "Registration" ia1tu pengaturan pendaftaran mengesahkan atau disetuju terima oleh SIRIM bagi ciri-ciri yang berkaitan atau yang ada pada produk proses am al an dan perkhidmatan.

(ii) Mengukurkan struktur Lembaga bagi membolehkannya bertindak dengan lebih cepat, cekap dan berkesan, sebagaimanaLembaga Pengarah Syarikat. Tindakan diambil dengan mengurangkan bilangan ahli Lembaga Pengarahnya daripada 24 orang kepada 13.

(iii) Mengemaskinikan struktur organisasi selaras dengan fokus aktiviti yang dijalankan melalui peruntukan yang membolehkan Lembaga mengambil ekuiti atau mengadakan usahasama dengan sesebuah syarikat. Pindaan ini adalah sama seperti yang telah dibuat kepada peruntukan Akta MARDI yang membolehkannya mengambil kepentingan jika ia

Page 74: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1269 lOJUN 1993 1270

hendak memperdagangkan hasil penyelidikan, misalnya.

(iv) Mewujudkan Majlis yang baru bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Akreditasi Standard dan Pengembangan Perindustrian. Aktiviti-aktiviti ini yang akan diberikan penekanan oleh SIRIM pada masa-masa yang akan datang.

(v) Membolehkan institut dengan persetujuan Menteri yang bertanggungjawab baginya dan juga Menteri Kewangan untuk menubuhkan perbadanan ( corpo­ra ti on). Tindakan ini adalah sebagai usaha awalan untuk bersedia bagi menswastakan aktiviti-aktiviti SIRIM yang difikirkan sesuai mengikutjadual yang dirancangkan.

(vi) Memberikan kuasa untuk mengenakan surcaj kepada kakitangannya yang tidak menjalankan tugas mengutip yuran bagi perkhidmatan­perkhidmatan yang telah diberikan oleh Institut.

(vii) Mengadakan peruntukan baru bagi menjelaskan penggunaan cap dagangan Malaysia Stand­ard (MS); dan

(viii) Peruntukan memberikan Sijil akreditasi kepada sesiapa yang ingin "diakreditasi"kan sebagai agen persijilan, agen makmal yang diakreditasikan dan juga sebagai agen bagi penulisan standard.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan yang dicadangkan kepada Akta SIRIM ini pada asasnya adalah bertujuan untuk mengemaskinikan dan mengukuh­kan (consolidate) peruntukan-peruntukan yang ada bagi membolehkan SIRIM bertindak dengan lebih cepat dan cekap selaras dengan misi korporatnya, untuk menjadi rakan kongsi kepada industri.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Dipersilakan Dato' Soong Siew Hoong.

6.22 ptg.

Dato' Soong Siew Hong: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap mengenai Rang Undang-undang meminda Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975, di Dewan yang mulia ini.

Saya ingin memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap pindaan Akta ini. Pertama, pindaan perkataan "PIAWAIAN" kepada "STANDARD" bukan sahaja lebih mudah disebutkan, tetapi perkataan "Standard" juga lebih mudah difahami oleh orang ramai.

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia lebih senang dikenali orang sebagai nama "SIRIM'', iaitu dengan izin, Standards and Industrial Research Institute of Malaysia. Jika dibandingkan dengan "akronim" Bahasa Malaysia "IPPPM". Kalau kita kata IPPPM orang tidak tahu apa maknanya, tetapi kalau kata SIRIM semua orang tahu.

Selain daripada perkara ini, pindaan Akta ini juga membenarkan SIRIM mencebur diri dalam kegiatan-kegiatan perniagaan seperti yang diperuntukkan dalam seksyen baru 7B, seksyen kecil (c), (d) dan (g).

Saya yakin pindaan dalam aspek ini adalah bertujuan menggalakan pihak

Page 75: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1271 10JUN1993 1272

swasta berusahasama dengan SIRIM, dengan memperolehi ekuiti dalam aktiviti-aktiviti seumpama dengan Institut tersebut iaitu dalam usaha menetapkan Standard Penyelidikan Industri dan lain­lain. Langkah ini adalah langkah yang bijak dan patut dipuji demi membekalkan sektor swasta dalam usaha menambah dan mempercepatkan tugas-tugas yang diberi kepada SIRIM dalam memberi perkhidmatan kepada perindustrian.

Waiau bagaimanapun, ingin saya memberi peringatan bahawa SIRIM tidak seharusnya tertarik dalam dunia perniagaan, dengan izin, be obsessed or go about in doing business sehingga melencongkan sumber manusia dan sumber-sumber kewangan mereka kepada dunia perniagaan dan mengabaikan kewajipan kerja yang lebih penting, iaitu penyelidikan.

SIRIM seharusnya diingatkan iaitu ia tidak seharusnya mencebur di dalam perniagaan demi untuk bersaing dengan sektor swasta, in other words,SIRIM should not compete with the private sector. Sebaik sahaja usahasama dengan pihak swasta mu la mencapai keuntungan, dengan izin when you begin to make profit, SIRIM seharusnya menarik balik ikuti mereka dari pemiagaan terse but.

Tuan Yang di-Pertua, SIRIM seharusny a lebih menekankan usaha-usaha membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan khasnya, demi meningkatkan rekabentuk barang-barang mereka dan meningkatkan kualiti dan produktiviti mereka. Ia seharusnya mengadakan lebih banyak pertunjukan video dan mengedar­kan risalah-risalah untuk memberi maklumat-maklumat bahawa SIRIM juga berusaha memberi perkhidmatan kepada lndustri Kecil dan Sederhana (IKS) dan juga kepada industri-industri besar. Langkah ini seharusnya diambil melalui persatuan-persatuan dan kumpulan perindustrian.

Apa yang telah saya lihat melalui video-video, SIRIM hanya memberi perkhidmatannya kepada multi-national industries industri-industri besar sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya mencadangkan juga Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) seharusnya selalu mengadakan pameran R&D hari terbuka, dengan izin "Open Day for R&D", dengan mengada­kan pondok-pondok pameran, ceramah­ceramah, persembahan mengenai hasil-hasil penyelidikan dan kemudahan penubuhan serta keupayaan lnstitut terse but iaitu sekali setahun atau dua tahun sekali. Biar pihak swasta melihat bagaimana untuk mempergunakan hasil-hasil penyelidikan dalam bidang perniagaan atau melanjutkan sesuatu projek penyelidikan yang baru atau memberi peluang kepada lndustri Kecil dan Sederhana (IKS), diberi peluang untuk melihat apakah peluang yang ia boleh bekerjasama dengan SIRIM.

Saya percaya bahawa institusi-institusi penyelidikan di negara ini termasuk SIRIM telah membelanjakan banyak sumber kewangan dan kepakaran manusia dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan. Sepatutnya keputusan pencapaian penyelidikan haruslah sentiasa diumum­kan bukan sahaja melalui risalah-risalah atau buletin tetapi yang lebih berkesan demi mengumumkan pencapaian dan keupayaan penyelidikan mereka pada hari tertentu iaitu dengan izin, "R&D Open Day".

Di sini saya ingin memuji SIRIM kcrana baru-baru ini telah menunjukkan suatu imej tentang adanya "service oriented and user friendly dan bersopan". Misalnya padang letak kereta di hadapan bangunan ibu pejabat SIRIM adalah dikhaskan untuk kegunaan percuma dan kemudahan pelawat-pelawat. Pegawai­pegawai SIRIM juga menunjukkan kecekapan dan kemesraan dalam layanan mereka terhadap orang ramai.

Di setengah-setengah Kementerian atau agensi Kerajaan pelawat menghadapi kesukaran mencari tempat letak kereta kerana kebanyakannya telah dikhas­kan kepada kakitangan Kerajaan. Di mana-mana kita pergi ke agensi Kerajaan semua tempat letak kereta adalah dirizab­kan kepada pegawai Kerajaan. Kita orang

Page 76: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1273 lOJUN 1993 1274

ramai tidak ada peluang untuk menggunakan tempat letak kereta tersebut. Saya berpendapat bahawa agensi-agensi Kerajaan yang lain dan juga setengah-setengah syarikat swasta boleh mengikuti contoh SIRIM dalam cara bagaimana boleh menjadi "friendly user" dan di sini saya ingin memuji Pengawal SIRIM iaitu Dr. Tajuddin Ali. Saya berharap Ketua-ketua Jabatan di agensi­agensi yang Iain juga boleh belajar daripada Dr. Tajuddin, seorang yang berdedikasi dan cekap.

Akhir sekali, saya ingin memberikan sokongan penuh terhadap Rang Undang­undang Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) 1992 di Dewan yang mulia ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ding Seling. Sila.

6.31 ptg.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun dalam Dewan yang mulia ini untuk memberi sokongan penuh kepada Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta untuk meminda Akta lnstitut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975.

Dalam memberi sokongan penuh saya, dan oleh kerana masa kita pun begitu singkat, saya hanya ingin membuat satu cadangan sahaja iaitu Institut atau badan ini hendaklah melihat apakah kekayaan yang ada pada kita di Malaysia ini. Satu daripadanya ialah kita mempunyai banyak punca-punca hutan dan tanah, iaitu dari segi bio-teknologinya.

Saya ingin mencadangkan bahawa Institut ini hendaklah melihat kepada aspek atau bidang ini supaya membuat kajian yang begitu mendalam agar negara kita, dengan izin, boleh produce people of calibre dalam pengetahuan aspek-aspek bio-teknologi supaya mereka yang berkenaan juga boleh dibantu oleh Institut ini untuk menjadi orang yang terkenal di dunia ini dan boleh menggunakan

pengetahuan-pengetahuan mereka itu dalam pembangunan ekonomi kita di dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya memikirkan dalam perkara ini kalaulah kita membuat penyelidikan (research) dalam aspek­aspek yang negara Iainjuga buat, mungkin kita tidak mendapat, dengan izin, law of comparative advantage. Jadi, saya mencadangkan supaya kita adakan research yang lebih mendalam dalam aspek bio-teknologi ini. Dengan itu, saya sekali lagi menyokong pindaan Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Rahim Baba. Silakan.

6.33 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong suatu Akta untuk meminda Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menyokong Akta ini, saya ingin membuat beberapa saranan ataupun pandangan, khasnya kepada SIRIM. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada SIRIM yang sejak ditubuhkan pada tahun 1975 dahulu telah pun banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan ataupun kepada penyelidikan perindustrian di negara kita. Bersesuaian dengan hasrat negara kita untuk menjadi sebuah negara perindustrian dan juga sebuah negara yang maju, saya berharap kepada Kerajaan supaya dapat memperlengkap­kan pihak SIRIM dengan peralatan­peralatan yang canggih serta juga yang lebih terkini dengan tujuan bagi menerokai bidang-bidang teknologi yang baru. Apa yang kita tidak mahu berlaku ialah kemungkinan industri-industri Iain mempunyai peralatan yang lebih canggih daripada apa yang dimiliki oleh SIRIM. ' Kalau keadaan ini berlaku, tentulah pandangan pihak industri kepada SIRIM akan menurun ataupun penghormatan pihak-pihak industri yang hendak menggunakan penyelidikan-penyelidikan yang dilakukan oleh SIRIM akan menurun

Page 77: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1275 lOJUN 1993 1276

dan oleh itu SIRIM hendaklah diperlengkapkan dengan alat-alat yang canggih, yang lebih moden supaya memberikan keyakinan kepada industri­industri di negara kita ini.

Keduanya, saya juga berharap supaya SIRIM memberikan perhatian penyelidikan kepada industri-industri kecil dan juga sederhana, kerana walaupun industri­industri ini kecil dan sederhana tetapi industri-industri ini juga memerlukan kepakaran, memerlukan pandangan­pandangan dan juga memerlukan research yang terkini, untuk menghadapi persaingan­persaingan yang akan dihadapi dalam usaha kita untuk menuju ke arah sebuah negara industri. Dalam Akta ini juga telah pun diperkatakan bahawa SIRIM akan dibolehkan untuk menjalankan kegiatan­kegiatan perniagaan. Sepertimana yang telah pun dinyatakan oleh rakan saya tadi, kita berharap dalam keghairahan SIRIM untuk menjalankan kegiatan perniagaan, ianya janganlah sampai melupakan tugas utama SIRIM ditubuhkan. Kerana mahu tidak mahu, kitamestilah mengakui bahawa SIRIM ditubuhkan dengan tujuan untuk membuat penyelidikan perindustrian dan janganlah dijadikan kegiatan perniagaan sebagai suatu ukuran kepada kejayaan SIRIM. Biarlah SIRIM tidak menjalankan perniagaan ataupun kurang menjalankan perniagaan, tetapi ianya lebih menumpukan kepada bidang-bidang penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada perkembangan perindustrian di negara ini.

Perkara ketiga yang ingin saya sentuh ialah, saya berharap juga supaya SIRIM akan lebih menggalakkan industri-industri supaya dapat menyertai ataupun menggunakan standard antarabangsa, iaitu 1:SO 9000 supaya lebih menimbulkan keyakinan, khasnya kepada pengguna­pengguna di luar negara kita. Apabila

• barang-barang kita yang dieksport telah pun dapat menggunakan standard antarabangsa ISO 9000, ianya boleh memberikan keyakinan kepada pelabur­pelabur ataupun kepada pengguna­pengguna di luar negara. Saya berharap supaya SIRIM akan menggalakkan,

khasnya industri-industri yang banyak membuat barang-barang eksport ke luar negara, agar menggunakan standard antarabangsa ISO 9000 supaya barang­barang kita dengan mudah boleh diperlakukan; dan saya percaya ianya akan dapat membantu kepada perkembangan ekonomi dan perindustrian negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, cuma itulah tiga pandangan saya dalam membahaskan Rang Undang-undang ini dan dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang suatu Akta untuk meminda Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Timbalan Menteri menjawab.

6.39 ptg.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas minat yang ditunjukkan oleh Yang BerhormatDato' SoongSiewHoong, Yang Berhormat Tuan Ding Seling dan Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba.

Saya bagi pihak SIRIM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengucapkan terima kasih di atas pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh mereka masing-masing. Semua pandangan dan teguran yang disuarakan tadi akan diambilkira oleh pihak SIRIM dan juga pihak Kementerian untuk merancangkan aktiviti-aktiviti di masa­masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab sesuatu yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, saya hanya hendak sebut beberapa perkara sahaja, dan tidak dapatlah secara menyeluruh memberi penjelasan atau maklumat atas semua perkara yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan bagi SIRIM untuk tidak menumpukan sebanyak usahanya dalam bidang perniagaan, saya hendak sebutkan di sini bahawa pihak SIRIM pada asasnya

Page 78: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1277 JO JUN 1993 1278

memang menumpukan kepada us aha-usaha penyelidikan. Walaupun usaha pindaan Akta sekarang di dalam Dewan yang mulia ini, ada berkaitan dengan membolehkan SIRIM untuk menceburi dalam bidang perniagaan, usaha-usaha utama dalam SIRIM masih di dalam bidang-bidang penyelidikan. lni tidak akan diabaikan di masa akan datang.

Sukalah saya jelaskan di sini, peruntukan-peruntukan di bawah Akta yang dipinda ini memang memberi panduan kepada pihak SIRIM atau pihak pengurusan SIRIM dan tidak akan membelakangkan tanggungjawab utamanya, iaitu untuk membantu industri keseluruhannya, khasnya bagi industri kecil dan sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, SIRIM telah memainkan peranan yang penting sejauh ini untuk mewujudkan persekitaran yang positif bagi industri kecil dan sederhana. Mela! ui skim-skim incubator peri ndustrian, program amalan meningkatkan kualiti, Program Kualiti Wilayah danpengendalian Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian, semuanya adalah proses atau skim atau program di mana pihak SIRIM telah dalam usahanya untuk membantu industri kecil dan sederhana, dan semua program ini akan dijalankan di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terimakasih kepada YangBerhormatDato' Soong Siew Hoang dan juga Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba atas pandangan mereka atau nasihat mereka supaya SIRIM terus menjadi satu badan Kerajaan yang boleh terus membantu pihak industri, khasnya pihak industri kecil dan sederhana di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan tentang hari pameran basil penyelidikan yang didapati oleh pihak SIRIM dalam satu atau dua tahun sekaJi, saya rasa cadangan ini adalah amat baik, walaupun pihak SIRIM dalam berbagai rancangan dan berbagai programnya Juga telah mempamerkan hasil-hasil penyelidikan

yani dicapai oleh pihak SIRIM, seperti pameran kerapkali diadakan dalam Pamcran MA!NDEK, di mana SIRIM juga ambil bahagian untuk mempamerkan kepada orang ramai hasil-hasil penyelidikan yang telah dicapai.

Daripada Yang Berhormat Tuan Ding Seling, satu cadangan yang amat baik, sukalah saya di sini menyatakan pihak SIRIM telah menceburi dalam bidang penyelidikan bio-technologi buat masa sekarang. SIRIM, umpamanya telah mengadakan hasil dari segi penyelidikan cuka-mendapatkan cuka dari sago. Ini satu pokok yang khusus ada di negeri Sarawak. Perkara ini telah diambil perhatian oleh pihak SIRIM sebagai satu special research area, dengan izin, dalam bidang bio-technology. Pihak SIRIM akan teruskan usaha dalam bidang ini supaya kita dapat hasil daripada bidang yang kita memang ada sumber-sumber yang ]uas.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meng­akhiri jawapan yang singkat ini, saya hendak ucapkan sekali lagi berbanyak terima kasih atas cadangan daripada Ahli­ahli Yang Berhormat tadi. Jikalau ada apa yang saya tidak sempat atau lupa untuk menjawab, semua perkara ini telah diambil perhatian oleh pegawai-pegawai dari pihak SIRIM yang ada di dalam Dewan ini, dan akan diberi tumpuan di dalam perancangan mereka di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemuka­kan masalah kepada Majlis bagi diputus­kan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

• Rang Undang-undang dibacakan kali

yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Page 79: Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 MALAYSIA · Jilid III Bil. 8 MALAYSIA Bari Kharnis lOhb. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth

1279 10 JUN 1993 1280

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang U ndang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

-

DICETAKOLEH

.

PEACETAKAN NASIONAL MALAYSIA BEAHAD ALOR SET AR

PNllB 1997

Timbalan Yang di-Pertua: Nampak­nya semua Rang Undang-undang sudah dibahaskan. Jadi, Dewan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh dan masa yang akan ditentukan kemudiaan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6. 52 petang.