Basic Math Assignment

download Basic Math Assignment

of 31

description

IPG basic math assignment~

Transcript of Basic Math Assignment

PENGHARGAANPertama sekali, kami bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberkati kami sepanjang kami menjalankan tugasan ini sehingga disiapkan. Dengan adanya Tuhan, barulah kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Seterusnya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Tuan Hishamuddin bin Jaafar. Sepanjang tempoh melengkapkan kerja kursus ini, beliaulah yang sentiasa memberikan tunjuk ajar secara teliti dan menyeluruh dengan penuh kesabaran. Beliau juga tidak pernah marah atas ketidakfahaman kami, malah memberi banyak nasihat kepada kami semua agar kami dapat memahami lalu menyiapkan tugasan dengan lebih lancar. Selepas itu, kami juga ingin berterima kasih kepada rakan rakan. Semasa membuat tugasan ini, kami telahpun mendapat banyak maklumat dan tunjuk ajar daripada mereka agar dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Walaupun ada juga mereka yang berlainan kursus, tetapi mereka sanggup untuk membantu kami dengan sepenuh hati. Bukan begitu sahaja, kami turut ingin mengirimkan ribuan terima kasih kepada keluarga kami. Walaupun ahli keluarga kami tiada berada di sini, namun merekalah yang sentiasa memberi dorongan kepada kami supaya kami mampu membina semangat keberanian dan keyakinan diri agar tidak berputus asa dengan mudah dalam menjalankan tugasan ini.

Bil.Kandunganm/s

1Muka Depan

1

2Biodata

2 4

3Penghargaan

5

4Isi Kandungan

6

5Pengenalan

7 8

6Tugasan(a) Langkah-langkah dan aktiviti yang dijalankan(b) Membuat pengiraan bayaran bulanan(c) Membuat bandingan bagi pilihan yang sesuai

9 29

7Refleksi

30 37

8Rujukan

38

9Lampiran

39 50

PENGENALAN Sebagai guru-guru pelatih yang mengambil Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah, Matematik merupakan mata pelajaran minor yang kami pelajari selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Untuk semester 1, kami dikehendaki untuk belajar matematik asas dan meyiapkan kerja kursus pendek berdasarkan tajuk Literasi Nombor. Dalam menjalankan tugasan ini, kami dapat mengaplikasikan pelbagai ilmu pengetahuan yang dipelajari seperti bagaimana untuk menggunakan pengetahuan nombor literasi dalam situasi kehidupan sebenar. Sebagai contoh, apabila kami mengambil keputusan untuk membeli sebuah kereta, kami perlu membuat keputusan serta memilih skim pinjaman kereta dan perancangan kewangan yang berdasarkan warta bulanan pendapatan dan potongan yang berkaitan. Ini merupakan tajuk kami bagi kerja kursus pendek kali ini. Dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini, kami telah pergi ke premis jualan kereta untuk mendapatkan maklumat dan risalah untuk tiga jenis kereta agar kami dapat memilih kereta yang bersesuaian. Kami juga perlu pergi ke intitusi kewangan seperti Public Bank, Maybank dan Ambank untuk mendapatkan maklumat penting dalam skim pinjaman kereta. Kita boleh memilih untuk mengambil pinjaman bagi 5,6 hingga 7, dan 8 hingga 9 tahun. Di samping itu, kami dapat juga mengintegrasikan kemahiran dan pengetahuan Matematik dalam aplikasi praktikal melalui topik pengenalan Nombor, Nisbah, dan Kadar. Tambahan pula, kita ditugaskan untuk mengumpul maklumat untuk membuat kesimpulan dan pertimbangan yang berdasarkan pengetahuan tentang nisbah, perkadaran, dan peratus secara rasional dan bijaksana. Pada pendapat kami, bahawa kami benar-benar mendapat manfaat dan pengetahuan daripada kerja kursus ini. Kami akan dapat mempelajari lebih lanjut mengenai pengetahuan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan melakukan perancangan kewangan yang berkesan sebelum merancang untuk membayar pinjaman kereta melalui kerja kursus ini. Hal ini amat penting terutamanya sebagai seorang bakal guru, kami memerlukan kenderaan sendiri untuk bergerak ke suatu kawasan khususnya apabila ditempatkan ke sekolah pendalaman yang jauh dari tempat kediaman. Kesimpulannya, kami memerlukan perancangan yang bijaksana dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya kualiti kehidupan dapat dtingkatkan.

TugasanANGGARAN BULANANPENDAPATANKami merupakan guru-guru pelatih yang sedang menuntut ilmu di IPG Kampus Darulaman, Kedah. Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang, maka pendapatan bulanan kami iaitu elaun akan didarabkan tiga untuk mendapatkan jumlah kasar pendapatan. Selain itu, sebagai guru pelatih baru, kami masih memerlukan sokongan kewangan daripada keluarga masing-masing dalam menjalankan kehidupan seharian.PENDAPATAN = ELAUN BULANAN + SOKONGAN KELUARGA BULANAN

Ahli KumpulanElaun BulananSokongan Keluarga

Lim Peng ChongRM430.00RM200.00

Ling Chuan JianRM430.00RM150.00

Pua Shwu TyngRM430.00RM300.00

JUMLAHRM 1940.00

PEMBELANJAAN BULANAN

Kami dapat membahagikan pembelanjaan bulanan kami kepada beberapa bahagian. Untuk merancang membeli kereta, maka kami perlu membayar pinjaman kereta setipa bulan mengikut kadar faedah yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Selain itu, kos pembelanjaan untuk minyak kereta perlu diambil kira begitu juga dengan insurans kereta. Sebagai guru-guru pelatih, kami juga akan mengeluarkan pembelanjaan bagi keperluan harian di asrama dan keperluan untuk pembelajaran kami, termasuklah ketiga-tiga ahli kumpulan ini. Pembelanjaan tersebut dikategorikan dalam LAIN-LAIN. Manakala baki yang selebihnya itu akan kami simpan dalam bank sebagai simpanan semasa untuk sebarang kecemasan yang mungkin berlaku. Justeru, pembelanjaan bulanan disimpulkan seperti dalam rajah di bawah.Pembayaran Pinjaman Kereta

Pembelanjaan Bulanan

Minyak KeretaInsurans

Lain-lain

Simpanan

Jadual di bawah menunjukkan anggaran peratus pembelanjaan bulanan kepada pendapatan bersih kami.SubjectRMPeratusan dari Pendapatan

Pendapatan1940-

Pembayaran Pinjaman Kereta38619.90%

Minyak Kereta20010.31%

Insurans804.12%

Lain-lain90046.39%

Simpanan37419.28%

Jumlah Peratusan19.90% + 10.31% + 4.12% + 46.39% + 19.28% = 100%

Carta pai di bawah menunjukkan anggaran pendapatan dan pembelanjaan bulanan kami.

Cara-cara untuk mengetahui kadar peruntukan

Jumlah Peratus= 80.72%Pendapatan Bulanan = RM1940.00Kadar peruntukan= (80.72/100) RM1940.00= RM1565.968 = RM1566.00

Baki Bulanan= Pendapatan Bulanan Kadar peruntukan= RM1940.00 RM1566.00= RM374.00

Gambar Rajah Pembelanjaan Bulanan

Pembayaran Pinjaman Kereta

Elaun

Minyak Kereta

Pendapatan

Insurans

Lain-lain

Sokongan Keluarga

PEMBELANJAAN TAHUNAN

Pendapatan Bulanan : RM 1940.00Pendapatan Tahunan : RM 1940.00 x 12 bulan : RM 23280.00

ITEMPEMBELANJAAN BULANANPEMBELANJAAN TAHUNAN

Pinjaman Bayaran KeretaRM 386.00RM 386.00 x 12 bulanRM 4632.00

Minyak KeretaRM 200.00RM 200.00 x 12 bulanRM 2400.00

InsuransRM 80.00RM 80.00 x 12 bulanRM 960.00

Lain-lainRM 900.00RM 900.00 x 12 bulanRM 10800.00

JUMLAHRM 18792.00

Perancangan Strategik Untuk Membeli Sebuah KeretaSebelum membeli kereta sendiri, kami telah merancang dengan betul mengikut anggaran kami sendiri kerana pendapatan bulanan kami adalah lebih kurang RM1940.00. Kami perlu membelanjakan pendapatan kami pada bayaran pinjaman kereta, minyak kereta, insurans, dan perbelanjaan lain. Perbelanjaan lain adalah lebih banyak kerana kami merupakan guru-guru pelatih yang tinggal di kolej kediaman IPG sendiri, maka kami memperuntukkan jumlah yang lebih banyak bagi keperluan harian.Kami sebagai guru pelatih sebenarnya amat memerlukan kenderaan sendiri terutamanya apabila memasuki PISMP selepas 3 semesta kerana kami akan berpindah keluar dari kolej kediaman dan menyewa rumah di luar kawasan sekolah. Pada masa itulah, kami perlu datang ke kampus untuk menghadiri kuliah dengan kenderaan sendiri. Selain itu, kereta merupakan satu kemudahan kepada kami jika ingin keluar ke pusat beli-belah untuk membeli barang keperluan seharian. Bahagian yang paling menarik ialah kami sudah mempunyai tiga kereta impian di dalam minda kami, iaitu Perodua Myvi Extreme 1.5L, Perodua Viva 660 EX dan Proton Prev 1.6 Executive. Apabila menyebut tentang membeli kereta, soalan pertama yang muncul di dalam minda kami ialah Adakah kami mempunyai wang tunai yang cukup untuk membayar kereta? Jadi, kami perlu mempunyai perancangan yang strategik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebelum membeli kereta, kami akan memberitahu ibu bapa tentang rancangan kami dan berbincang dengan mereka. Setelah perbincangan dengan mereka, mereka menyokong idea kami untuk membeli kereta. Untuk makluman, kesemua ahli kumpulan kami berasal dari keluarga yang berpendapatan sederhana, malahan kami merupakan pelajar yang baru menjejaki langkah ke institut pengajian tinggi yang masih tidak mempunyai kemampuan dalam kewangan. Untuk meringankan beban kewangan kami, ibu bapa kami berjanji akan mengeluarkan sedikit wang untuk menyokong kami. Mereka telah merancang untuk membayar bayaran muka kereta. Kami akan membayar bayaran lain untuk kereta itu dalam pinjaman, untuk minimum tujuh atau sembilan tahun. Jadi, untuk memastikan perancangan kami berjalan dengan lancar, kami haruslah merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Spesifikasi Kereta dan Pinjaman BankPEMILIHAN BANKBankJenis KeretaKadar Faedah(7 tahun)Kadar Faedah(9 tahun)

Public BankPerodua Myvi3.20%3.30%

Perodua Viva3.75%3.95%

Proton Prev3.20%3.30%

BankJenis KeretaKadar Faedah(7 tahun)Kadar Faedah(9 tahun)

MaybankPerodua Myvi3.60%3.75%

Perodua Viva3.80%3.95%

Proton Prev3.50%3.75%

BankJenis KeretaKadar Faedah(7 tahun)Kadar Faedah(9 tahun)

Ambank Perodua Myvi3.65%3.80%

Perodua Viva3.80%4.00%

Proton Prev3.60%3.80%

Untuk mendapat maklumat tentang kadar faedah bagi pinjaman kereta, kami telah menghantar wakil kumpulan untuk melawati beberapa buah bank yang terletak berhampiran di kolej kediaman kami. Antara bank yang telah kami kunjungi termasuklah Public Bank, Maybank dan Ambank. Kami memilih kadar faedah pinjaman kereta bagi 7 tahun dan 9 tahun untuk membeli pilihan kereta kami. Selepas menyoal selidik dengan pihak bank, kami mendapati Public Bank adalah antara bank yang menawarkan kadar faedah pinjaman kereta yang paling rendah bagi semua jenis kereta berbanding dengan Maybank dan Ambank. Jika kami meminjam wang dari Public Bank selama 7 tahun, kadar faedahnya ialah 3.75% bagi kereta jenis Perodua Viva manakala 3.20% bagi kereta Perodua Myvi dan Proton Prev. Bagi pinjaman kereta selama 9 tahun, kereta Perodua Myvi dan Proton Prev adalah sama kadar faedahnya, iaitu 3.30% dan kereta Perodua Viva sebanyak 3.95%. Selain itu, kadar faedah bagi 7 tahun dan 9 tahun di Maybank dan Ambank adalah lebih kurang sama sahaja. Maybank menawarkan kadar faedah pinjaman kereta bagi 7 tahun, antaranya 3.60% untuk kereta Perodua Myvi, 3.80% untuk kereta Perodua Viva dan 3.50% untuk kereta Proton Prev. 3.75% bagi kereta Perodua Myvi dan Proton Prev serta 3.95% bagi kereta Perodua Viva dalam kadar faedah pinjaman kereta 9 tahun. Bagi kadar faedah pinjaman kereta selama 7 tahun di Ambank, kereta Perodua Myvi sebanyak 3.65%, kereta Perodua Viva sebanyak 3.80% dan kereta Proton Prev sebanyak 3.60%. Di samping itu, jika kami meminjam daripada Ambank selama 9 tahun, kadar faedahnya adalah 4.00% untuk kereta Perodua Viva manakala kadar faedah yang sama bagi kereta Perodua Myvi dan Proton Prev iaitu 3.80%. Sejak hari ini faedah adalah konsisten di semua bank. Jadi, selepas kajian, kami telah membuat keputusan untuk mendapat pinjaman dari Public Bank kerana kami sudah mempunyai akaun simpanan di Public Bank serta kadar faedah pinjamannya juga lebih rendah. Ia juga menyenangkan kami untuk membayar bayaran pinjaman kereta kerana lokasinya yang berhampiran dengan IPG kami.PEMILIHAN KERETA

1. Perodua Myvi Extreme 1.5L

Panjang, tinggi, dan lebar keseluruhan: 3775 x 1665 x 1545 mm Manual Gear and solid Jenis enjin: 3SZ-VE Jumlah sesaran: 1495 cc Sistem bahan api: Electronic fuel injection ( EFI ) Kapasiti tangki bahan api: 40000ml Tayar: 175 / 65 R14 Harga: RM58213.50

2. Perodua Viva 660 EX

Panjang, tinggi, dan lebar keseluruhan: 3575 x 1475 x 1530 mm Manual Gear and solid Jenis enjin: EF-VE Jumlah sesaran: 659 cc Sistem bahan api: Electronic fuel injection ( EFI ) Kapasiti tangki bahan api: 36000ml Tayar: 155/70R12 Harga: RM28512.15

3. Proton Prev 1.6 Executive

Panjang, tinggi, dan lebar keseluruhan: 4543 x 1786 x 1524 mm Auto Gear and solid Jenis enjin: CamPro IAFM+ Jumlah sesaran: 1597 cc Sistem bahan api: - Kapasiti tangki bahan api: 50000ml Tayar: 205/55 R16 Alloy Harga: RM59540.00

Jenis KeretaHarga(RM)Bayaran muka(RM)Jumlan pinjaman(RM)Tahun AngsuranJumlah faedahdalam 7 tahun (3.20%)Bayaran Bulanan / (Tahun x 12 bulan)(RM)

Perodua Myvi Extreme 1.5L58213.50583052383.50711733.90763.30

Jenis KeretaHarga(RM)Bayaran muka(RM)Jumlan pinjaman(RM)Tahun AngsuranJumlah faedahdalam 7 tahun (3.75%)

Bayaran Bulanan / (Tahun x 12 bulan)(RM)

Perodua Viva 660 EX28512.15286025652.1576733.70385.60

Jenis KeretaHarga(RM)Bayaran muka(RM)Jumlan pinjaman(RM)Tahun AngsuranJumlah faedahdalam 7 tahun (3.20%)

Bayaran Bulanan / (Tahun x 12 bulan)(RM)

Proton Prev 1.6 Executive59540.00595453586712003.30780.90

PENGIRAAN UNTUK KERETA MYVI EXTREME 1.5L

Harga kereta : RM 58213.50Peratus bayaran muka : 10 %Bayaran muka = 10/100 x RM 58213.50 = RM 5821.35

Tapi, kami membayar RM 5830.00 . Bank yang kami membuat pinjaman ialah Public Bank dengan faedah 3.20 % selama 7 tahun iaitu 84 bulan. Jumlah Pinjaman = Harga Bayaran muka = RM 58213.50 - RM 5830.00 = RM 52383.50Faedah = RM 52383.50 x 3.20 / 100 x 7 tahun = RM 11733.904 RM 11733.90Jumlah pembayaran dalam 7 tahun = Jumlah pinjaman + Faedah = RM 52383.50 + RM 11733.90 = RM 64117.40Bayaran Bulanan = RM 64117.40 84 bulan = RM 763.302381 RM 763.30

Pengiraan Untuk PERODUA VIVA 660 EXHarga kereta : RM 28512.15Peratus bayaran muka : 10 %Bayaran muka = 10/100 x RM 28512.15 = RM 2851.215

Tapi, kami membayar RM 2860.00. Bank yang kami membuat pinjaman ialah Public Bank dengan faedah 3.75 % selama 7 tahun iaitu 84 bulan. Jumlah Pinjaman = Harga Bayaran muka = RM 28512.15 - RM 2860.00 = RM 25652.15Faedah = RM 25652.15 x 3.75 / 100 x 7 tahun = RM 6733.689375 RM 6733.70Jumlah pembayaran dalam 7 tahun = Jumlah pinjaman + Faedah = RM 25652.15 + RM 6733.70 = RM 32385.85Bayaran Bulanan = RM 32385.85 84 bulan = RM 385.5458333 RM 385.60

PENGIRAAN UNTUK PROTON Prev 1.6 EXECUTIVE

Harga kereta : RM 59540.00Peratus bayaran muka : 10 %Bayaran muka = 10/100 x RM 59540.00 = RM 5954

Kami membayar RM 5954 sebagai bayaran muka. Bank yang kami membuat pinjaman ialah Public Bank dengan faedah 3.20 % selama 7 tahun iaitu 84 bulan. Jumlah Pinjaman = Harga Bayaran muka = RM 59540.00 - RM 5954.00 = RM 53586.00Faedah = RM 53586.00 x 3.20 / 100 x 7 tahun = RM 12003.264 RM 12003.30Jumlah pembayaran dalam 7 tahun = Jumlah pinjaman + Faedah = RM 53586.00 + RM 12003.30 = RM 65589.30Bayaran Bulanan = RM 65589.30 84 bulan = RM 780.825 RM 780.90

Keputusan / JustifikasiRasional untuk memilih kereta Viva

Selepas membandingkan tiga jenis kereta, iaitu Perodua Myvi, Proton Prev dan Perodua Viva, kereta Perodua Viva 660 EX ( MT ) telah kami pilihkan sebagai kereta yang paling sesuai untuk dibeli. Kereta Viva mempunyai beberapa ciri yang sesuai dengan cita rasa kami. Antara ciri-ciri utamanya ialah keselesaan kereta Viva, kemampuan untuk memiliki, kualiti yang baik, pemanduan yang lancar, harga yang berpatutan dan juga penjimatan kos bahan bakar. Memang tidak dinafikan bahawa Viva adalah sebuah kereta yang lebih kecil jika berbanding dengan kereta yang lain, tetapi Viva mudah untuk memandu. Kami sebagai pelajar juga tidak memerlukan kereta yang bersaiz besar. Sebagai contoh, kita boleh membuat U-turn dengan mudah jika anda memandu dalam kesesakan lalulintas. Kereta yang kecil seperti kereta Viva ini juga mudah untuk letak kereta (parking), kerana kita boleh letakkan kereta ini di tempat letak kereta yang lebih sempit. Di samping itu, kereta Viva boleh membantu menjimatkan masa kami terutama semasa kecemasan. Yang paling penting adalah kereta Viva tidak membazirkan bahan bakar, ataupun disebut sebagai petrol. Kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos perbelanjaan petrol, malah juga dapat mengurangkan kegunaan petrol yang terhad serta dapat mengurangkan pencemaran udara. Begitu juga, walaupun saiz kereta Viva kecil, tetapi bahagian dalaman kereta Viva agak luas. Sebagai contoh, ia mempunyai dulang underseat yang membolehkan kami meletakkan kasut kami dengan kemas. Ia juga mempunyai lima tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu. Bilangan ini sama dengan Perodua Myvi dan juga Proton Prev.Di samping itu, harga kereta Viva amat berpatutan. Bagi yang gear manual, harganya hanya lebih kurang RM 28500.00. Berbanding dengan kereta Perodua Myvi dan Proton Prev, kereta Viva merupakan kereta yang paling murah. Tambahan pula, bahagian ganti dan aksesori kereta Viva mudah diperolehi dan hargaya juga berpatutan. Justeru, kami tidak perlu membazirkan wang yang lebih untuk penyelenggaraan kereta. Terdapat juga pelbagai pusat perkhidmatan Perodua di negeri-negeri Malaysia. Seterusnya, kami lebih suka reka bentuk dan gaya kereta Viva ini. Kereta Viva kelihatan lebih bergaya dan elegan. Sebagai contoh, kereta Viva ini mengandungi kaca UV yang dilindungi sebelah pinggir dan pintu krom yang mengendalikannya. Begitu juga, membeli kereta Viva juga dapat menunjukkan semangat patriotik terhadap negara kami kerana Perodua Viva merupakan sebuah kereta pengeluaran negara Malaysia. Kami tidak memilih jenama kereta seperti Honda, Mitsubishi, Hyundai, Mercedes, dan Toyota. Ini disebabkan kami lebih menyokong produk-produk negara Malaysia dan juga menyakin kepadanya. Konklusinya, kami membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta Perodua Viva bukan dengan sesuka hati, malah ia memang mempunyai banyak kelebihan yang sesuai dengan cita rasa kami.Mengapakah kami tidak memilih kereta Perodua Myvi dan Proton Prev? Alasan yang pertama adalah dari segi harga kereta. Jika berbanding dengan kereta Perodua Viva, harga kereta Myvi adalah lebih tinggi daripada kereta Viva walaupun ia hanya kereta tempatan yang dihasilkan oleh syarikat yang sama. Harga kereta Proton Prev juga lebih tinggi jika berbanding dengan kereta Viva. Kami tidak ingin menambah beban ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan mereka. Selain itu, kami juga mendengar khabar daripada rakan mekanik bahawa kerugian jika membeli kereta Myvi. Menurut beliau, penggunaan petrol dan penyelenggaraan kereta Myvi yang tinggi dan juga agak mahal. Di samping itu, kami juga lebih minat dengan reka cipta kereta Viva berbanding dengan Perodua Myvi dan Proton Prev.

HARGA (RM28512.15)Harganya tidak terlalu mahal dan bayaran bulanan juga tidak terlalu banyak. Bayaran bulanannya kira-kira RM385.60 dan perlu dibayar selama 84 bulan.

SAIZ Sesuai dipandu oleh lelaki atau perempuan, kerana bentuknya yang tidak terlalu besar dan kerusi yang selesa.

KUALITIKereta Viva mempunyai prestasi yang tinggi iaitu datang dari generasi baru enjin dengan keadaan teknologi, seni reka bentuk dan bahan-bahan.

WARNAWarnanya begitu menarik kerana ia dilindungi dengan warna yang menyenangkan iaitu warna logam seperti biru lelangit, hitam biru, mutiara perak dan gading putih.

KESELAMATANBantuan kejuruteraan komputer dan alat-alat mereka bentuk yang terkini. Kerangka badan Viva telah dibuat dengan lebih kuat dan tegar.

BAYARAN DEPOSITIbu bapa kami telah membantu kami membayar bayaran deposit sebanyak RM2860.00.

Refleksi Nama : Ling Chuan Jian IC : 940618136445

( Sebelum memulakan tugasan projek )Pada mulanya, saya bersyukur dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyempurnakan tugasan projek ini pada masa yang ditetapkan walaupun dibatasi dengan masa yang terhad dan kesibukan harian. Tuhan juga telah memberi saya kepintasan dan kebijaksanaan semasa saya melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Tuan Hishamuddin bin Jaafar, kerana beliau sudi untuk membimbing kita dan memberikan tugasan yang amat jelas kepada kita. Beliau juga mengajar dengan sepenuh hatinya apabila saya menghadapi masalah. Saya yakin bahawa jika tiada wujudnya bantuan beliau, saya memang tidak akan berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa.Sebelum menerima tugasan projek daripada Tuan Hishamuddin, saya tidak mempunyai satu gambaran ataupun fahaman yang jelas tentang tugasan projek ini. Pada pandangan saya, tugasan projek ini akan sangat menyukarkan dan berasa sangat gelisah tidak mampu menyiapkan tugasan projek ini seperti yang diinginkan oleh pensyarah kami. Walaubagaimanapun, selepas menerima tugasan projek ini, nampaknya tidak begitu susah seperti apa yang saya bayangkan, tugasan ini tidak menyukarkan tetapi sangat mencabarkan.

Refleksi ( Semasa menjalankan tugasan projek )Semasa menjalankan tugasan ini, saya menghadapi banyak masalah. Antaranya ialah salah faham dengan kehendak soalan tugasan projek ini. Jadi, saya telah mendapatkan banyak maklumat yang salah. Ini telah membazirkan masa yang terhad saya. Pada masa itu, saya berasa agak kecewa dan marah kerana tidak baca kehendak soalan dengan teliti. Walaubagaimanapun, saya tahu tentang perkara ini memang sering berlaku dalam kalangan pelajar. Saya menganggapnya sebagai satu pengajaran dan ingatan supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa yang akan datang.Selain itu, saya merupakan seorang pemalas. Dalam bulan July dan Ogos, kami mendapatkan banyak tugasan projek yang berbeza berdasarkan subjek-subjek yang berlainan. Walaupun tugasan projek telah diberi sebulan sebelum tarikh hantar, namun saya tetap melaksanakan tugasan pada saat yang terakhir. Bukan tugasan projek yang menyukarkan saya, tetapi pula sikap malas sendiri saya yang menyukar dan memberi beban yang berat kepada saya. Nasib baik wujudnya rakan-rakan saya yang baik hati. Mereka sudi membantu saya dan sentiasa memberi nasihat kepada saya supaya akan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan projek yang diberi oleh Tuan. Dalam tugasan projek Matematik asas ini, kami dikehendaki untuk membuat kajian di kedai kereta dan juga di pelbagai bank yang berdekatan dengan institut kami. Saya kekurangan keyakinan diri kerana tahu bahawa sendiri masih seorang yang muda dan tidak mempunyai kebolehan untuk membeli kereta. Oleh itu, penjual kereta tidak mungkin melayan saya dengan baik. Namun, ini hanya perasaan saya diri sendiri, penjual kereta itu bukan sahaja melayan saya dengan baik, malah juga memberikan informasi yang sepenuhnya untuk memudahkan saya melaksanakan tugasan projek. Hal yang sama juga berlakunya atas kerani dalam bank. Layanan mereka amat baik dan cukup memuaskan hati saya.

Refleksi ( Selepas menyiapkan tugasan projek )Selepas menyelesaikan kajian, saya berasa sangat gembira. Ini disebabkan oleh nampaknya pekerja-pekerja pada masa kini amat berbudi bahasa. Saya sangat bangga kerana mereka adalah warga Malaysia. Ini melambangkan Wawasan 2020 yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri yang ke-empat, iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bukan lagi suatu lagenda. Saya yakin bahawa sasaran yang diinginkan akan dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan kemajuan rakyat dan juga Negara kita. Maklumat-maklumat yang terdapat telah saya memperbaiki dan menyusun semula supaya nampak kemas dan tersusun. Saya tersedar bahawa tugasan projek ini sebenarnya tidak menyusahkan saya jika saya melaksanakannya dengan sepenuh hati. Saya juga mendapatkan banyak bantuan daripada pensyarah, rakan-rakan dan ahli keluarga saya. Jika tidak wujudnya bantuan mereka, sudah tentu tugasan projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa. Di samping itu, ada satu syarat juga yang tidak boleh dikurangkan semasa melaksanakan tugasan projek, iaitu keyakinan diri. Kami sebagai bakal guru haruslah berani dalam apa-apa jua tugasan yang telah diberi.

RefleksiLim Peng chongIC :930121-02-5951(Sebelum menerima tugasan)Sebelum menerima tugasan kerja kursus,saya begitu teruja kerana saya bakal menerima suatu tugasan yang mampu membuktikan saya merupakan pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Maklumlah saya begitu teruja kerana saya memang minat untuk menjadi seorang guru. Menurut para senior,tugasan kerja kursus ini amat mencabar dan perlu disiapkan dalam tempoh masa yang begitu singkat.Hal ini menakutkan saya kerana saya bimbang saya tidak mampu untuk melengkapkan kerja kursus ini.Hal ini bertambah serius apabila saya diserang penyakit dan perlu menjalani pembedahan di Hospital dan memerlukan masa yang agak panjang untuk sembuh.Namun,saya berasa bersyukur kerana tugasan kerja kursus Matematik asas ini merupakan tugasan berkumpulan dan ahli kumpulan saya amat membantu saya dalam tugasan ini.Sebelum menerima tugasan,pelbagai tanggapan telah timbul dalam fikiran saya kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menyempurnakan tugasan sedemikian.Tambahan lagi, saya tidak didedahkan dengan konsep tugasan.hal ini membimbangkan saya.sebagai inisiatif,saya cuba mendapatkan konsep kerja kursus dengan senior yang dikenali.Saya amat bersyukur kerana walaupun mereka masing-masing sibuk dengan tugasan sediri,mereka masih sudi untuk memberi tunjuk ajar dan menjelaskan cara-cara untuk menjalakan. Sepanjang tempoh menunggu ketibaan kerja kursus,say telah menyediakan diri saya dari segi mental walaupun fizikal saya kurang bersedia akibat pasca pembedahan. Namun, dengan berbesar hati saya bersedia menempuh cabaran yang bakal dihadapi.Seorang guru wajib menyelesaikan tugasan yang diberi walaupun apa jua keadaannya.Inilah mulianya tugas sebagai seorang guru,termasuk bakal guru.(Semasa menyempurnakan tugasan)Semasa menyempurnakan tugasan kerja kursus,pelbagai cabaran telah saya hadapi bersama dengan ahli kmpulan saya iaitu Pua Shwu Tyng dan Ling Chuan Jian.Cabaran perdana yakni saya tidak berada di IPDA semasa tugasan diberi kerana saya masih dalam cuti sakit. Selepas mereka menerima tugasan,cara kami berhubung adalah dengan menggunakan telefon bimbit dan melalui laman sosial faceook.Tempoh ini amat memenatkan kerana banyak menghabiskan wang dan masa jika berbanding dengan semua hali kumulan berada di dalam IPDA. Namn,mereka tidak meminggirkan saya kerana saya sakit sebaliknya memberi tugasan yang agak remeh kepada saya untuk meringankan beban saya.Segala pengorbanan ahli kumpulan amat saya hargai.Saya juga bersyukur kerana En.Hishamuddin B Jaafar yang merupakan penyelaras kursus telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyelesaikan tugasan.Selain itu,saya juga menghadapi cabaran semasa untuk mendapatkan maklumat untuk tugasan.Sebelum pergi ke pusat jualan Perodua untuk mendapatkan malumat,saya beranggapan mereka tidak akan mempedulikan kami kerana kami masih pelajar dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang tidak mengguntungkan.Bersyukur saya semasa kami berada di sana,ejen jualan pusat jualan Perodua berkenaan melayan kami secara ramah.Cabaran yang lain merangkumi bagaimana kami membuat pilihan daripada jenis kereta dan maklumat yang diperolehi.Hal ini bertambah susah apabila kami perlu membuat pilihan berdasarkan kemampuan kewangan kami masing-masing.Selepas perbincangan kami,kami semua bersetuju untuk memilih kereda berjenama Perodua Viva berdasarkan kemampuan ekonomi kami.Besyukur kerana sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan ini,tiada sebarang perbalahan berlaku antara ahli kumpulan kami.Saya berasa bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang membantu saya dan sokongan moral daripada ibu bapa saya.(Selepas tugasan disempurnakan)Selepas hampir sebulan kami dalam proses menyelesaikan tugasan projek,saya berasa begitu gembira kerana saya telah dibuktikan sabagai seorang pelajar Instittut Pendidikan Guru (IPG).Sepanjang tempoh ini,pelbagai cabaran yang telah kami tempuhi kini masih segar dalam ingatan dan akan menjadi kenangan yang terindah buat diriku dan saya yakin buat ahli kumpulanku juga.Tugasan projek Matematik Asas pertama yang disempurnakan oleh kami secara berkumpulan.Saya berasa banggan dengan diriku dan kumpulanku.Tempoh menyelesaikan tugasan yang memenatkan telah tamat dan saya berasa begitu gembira sekali kerana saya sudah bebas daripada satu beban yang menjadi buah mulut rakan sekelas.Perasaan bangga dalam diriku telah timbul kerana saya telah menyiapkan tugasan projek pertama saya.Saya juga amat terharu dengan kecekalan dan kegigihan ahli kumpulan saya dalam membantu saya bersama-sama menyelesaikan projek ini.Saya juga berasa terharu dengan layanan ramah oleh ejen jualan kereta kerana sudi membantu kami dan memberi penerangan secara teperinci walaupun ini tidak memberi keuntungan kepada beliau.Dengan ini,saya dapat belajar bahawa kita tidak semestinya hanya melakukan perkara yang menguntungkan kepada diri kita.Akhir kata,segala usaha kami telah membuahkan hasil dan membuktikan kemampuan kami dalam menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.Projek ini telah mendekatkan kami dengan profesion guru yang bakal kami terokai.

3