BAT 8

18
TOB U19 CEMERLANG. TOB NASIB MALANG? Pasukan Ragbi Ansara Terendak telah menyertai Karnival Ragbi ANSARA Ke-6 bagi tahun 2010 pada 16 Januari 2010 hingga 17 Januari 2010 di Padang Utara, Petaling Jaya. Sebanyak 50 buah pasukan telah mengambil bahagian. ANSARA Terendak telah menghantar dua pasukan iaitu skuad TOB dan skuad U19 (lepasan SPM 2009). Saat yang paling membanggakan apabila skuad U19 telah berjaya menjadi johan kategori U19 dan tempat ketiga keseluruhan (MRSM & SBP) daripada 16 pasukan bertand- ingan dalam kategori U19. Ahli skuad ini telah meraih kejayaan di atas usaha mereka sendiri mengeluarkan wang, logistik dan dengan sokongan moral. Skuad U19 ini telah tewas den- gan pasukan SMS OLD BOYS pada separuh akhir kategori Perdana (kumpulan menang). Pada kategori terbuka pula dengan saingan yang cukup sengit, skuad Ansara Teren- dak (TOB) telah tewas di peringkat separuh akhir kategori Temenggong (kumpulan kalah) dengan pasukan KYSER. BAT mengucapkan tahniah kepada pengurus pasukan, saudara Kamarul dan semua pemain-pemain yang terlibat. Semoga pasukan TOB akan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan. REVOLUSI BERITA ANSARA TERENDAK TAHUN 1 BIL 8/ JAN 2010 KELUARAN RASMI ANSARA TERENDAK 2010 █║▌│ █│ ║▌║│ │ █║▌│ ║▌║ ANSARA TERENDAK ©2010 All Rights Reserved. M E N G I K A T T A L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K RM 1.19 SEMENANJUNG RM 1.69 SABAH/ SARAWAK

description

Buletin Ansara Terendak edisi 8, Januari 2010. Keluaran bulanan oleh Ansara Terendak. www.extdk.net

Transcript of BAT 8

Page 1: BAT 8

TOB U‐19 CEMERLANG. TOB NASIB MALANG? 

Pasukan Ragbi Ansara Terendak telah menyertai Karnival Ragbi ANSARA Ke-6

bagi tahun 2010 pada 16 Januari 2010 hingga 17 Januari 2010 di Padang Utara, Petaling Jaya. Sebanyak 50 buah pasukan telah mengambil bahagian. ANSARA Terendak telah menghantar dua pasukan iaitu skuad TOB dan skuad U19 (lepasan SPM 2009). Saat yang paling membanggakan apabila skuad U19 telah berjaya menjadi johan kategori U19 dan tempat ketiga keseluruhan (MRSM & SBP) daripada 16 pasukan bertand-ingan dalam kategori U19. Ahli skuad ini telah meraih kejayaan di atas usaha mereka sendiri mengeluarkan wang, logistik dan dengan sokongan moral. Skuad U19 ini telah tewas den-gan pasukan SMS OLD BOYS pada separuh akhir kategori Perdana (kumpulan menang). Pada kategori terbuka pula dengan saingan yang cukup sengit, skuad Ansara Teren-dak (TOB) telah tewas di peringkat separuh akhir kategori Temenggong (kumpulan kalah) dengan pasukan KYSER. BAT mengucapkan tahniah kepada pengurus pasukan, saudara Kamarul dan semua pemain-pemain yang terlibat. Semoga pasukan TOB akan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

REVOLUSI BERITA ANSARA TERENDAK 

TAHUN 1 BIL 8/ JAN 2010 

KELUARAN RASMI ANSARA TERENDAK 2010 

 

█║▌│ █│ ║▌║│ │ █║▌│ ║▌║  

ANSARA TERENDAK 

©2010 All Rights Reserved.  

M E N G I K A T T A L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N

P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K

RM 1.19 SEMENANJUNG 

RM 1.69 SABAH/ SARAWAK 

Page 2: BAT 8

Berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang berlangsung pada tahun 2009, para peserta Program Mustika di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, didapati terda-pat perubahan dari segi pencapaian pelajar mengikut subjek.

Biro Pendidikan Ansara Terendak mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua suka-

relawan yang menjayakan Program Mustika ini. Kejayaan para peserta program ini adalah hasil dari keikhlasan anda semua untuk berbakti kepada masyarakat. Semoga usaha kita diberkati.

      Md Ridzuan bin Md Hamid           Mohamad Qaisyfullah bin Jaslenda  

                    Ketua                   Naib Ketua Biro  

Biro Pendidikan  & Profesionalisme           Biro Pendidikan  & Profesionalisme 

ANALISIS MUSTIKA 2009

MATEMATIK Dari 29 orang pelajar, 28 pelajar

telah lulus manakala seorang pelajar sahaja yang mendapat Gred D. Pada permulaan semester 2, hanya 15 orang pelajar yang lulus. Secara am nya, 6 orang telah berjaya mendapat gred A dari purata 70 markah, 6 orang telah berjaya mendapat Gred B dari purata 58 markah dan yang selebihnya telah berjaya lulus dari purata 40 markah.

Peningkatan ini dipercayai ber-

punca dari keberkesanan teknik ‘coaching’ yang di praktik kan para sukarelawan, serta latihan sifir yang di buat setiap penghujung kelas. Sukare-lawan yang berpengalaman serta kon-sisten dalam menggunakan teknik mengajar yang selari dengan guru disekolah juga memastikan para pela-jar memahami setiap konsep yang di ajar serta teknik menjawab yang efisien.

BAHASA INGGERIS Secara keseluruhannya, penca-

paian dalam subjek Bahasa Inggeris agak mengecewakan. Tiada pelajar berjaya mendapat Gred A manakala 8 pelajar mendapat Gred D. Pada per-mulaan semester, prestasi pelajar amat memberansangkan dengan hampir ke-semuanya boleh memahami dengan baik dan bertutur dalam Bahasa Ing-geris dengan sederhana. 4 pelajar yang dijangka mendapat Gred A juga hanya mendapat Gred B dan Gred C.

Selain faktor ‘over confident’

pelajar, kami menjangkakan penu-runan ini disebabkan oleh perbezaan antara latihtubi serta ujian percubaan yang dibuat dengan soalan UPSR se-benar. Kehadiran sukarelawan yang mahir khususnya di dalam pengajaran bahasa Inggeris di masa hadapan di-harapkan dapat memperbaiki masalah ini.

Page 3: BAT 8

ANALISIS MUSTIKA 2009 

NO  NAMA 

Matematik    Bahasa Inggeris 

Awal Sem 2  UPSR 

  Awal Sem 2  UPSR 

1  Bakhtiar Aliff Nur Hayqqal bin Bakhtiar Kasuma Indra  C  A    C  C 

2  Muhammadd Amirul Amin b Romadza  D  C    B  D 

3  Muhammad Azmirul Afzanee b Iasaazhar  C  C    B  C 

4  Muhamad Kammil Haqimmin b Aminuddin  C  B    C  C 

5  Mohamad Fariq bin Abdul Ghani  B  B    B  B 

6  Muhammad Sufi bin Ansari  B  A    C  C 

7  Nur Amira binti Mohamad Razali  B  A    B  B 

8  Nurfarhah Wafa' binti Mohammad Ali  C  C    C  C 

9  Nur Sa'adah binti Mohd Saidfudin  D  C    C  B 

10  Nurainani binti Asari  D  B    C  D 

11  Nur Amirah Nabilah binti Ramlan  C  C    C  D 

12  Megat Syahmmie b Shahrin  C  A    C  C 

13  Muhammad Shahrizan Ashraf bin Tajudin  B  A    B  B 

14  Afiq bin Azri  D  D    C  C 

15  Muhammad Dzulfiqar Rahman bin Erwan  C  B    B  B 

16  Wan Zharif b Abdul Manaf  D  C    A  C 

17  Muhammad Haziq bin Md Izhar  C  C    C  D 

18  Muhammad Syafiq bin Muhamad  C  B    C  C 

19  Nurfatin Najiha binti Abdul Rahim  C  B    C  C 

20  Nor Anis Musfirah binti Zakaria  C  C    D  B 

21  Norfatihatul Izzati binti Mat Nawi  B  C    C  C 

22  Muhammad Radhi bin Rohaizat  D  C    A  C 

23  Abdul Matin bin Zulkiflee  C  C    C  D 

24  Amirah binti Mohamed Ikbal  C  C    C  C 

25  Nur Farah Izzati binti Zuhairi  C  C    C  D 

26  Aina Syahirah binti Mohd Sidik  C  A    B  C 

27  Nur Amirasahira binti Romadza  B  C    C  D 

28  Nur Rafhana binti Roslan  C  C    C  B 

29  Afiq Amiruddin bin Muhammad Farid  B  C    B  D 

Page 4: BAT 8

S alam Dari Perantauan kali ini terbang ke Calgary, Ka-nada untuk menemubual Azmi Mahamad, bekas pela-jar MRSM Terendak batch SPM 87 dan ahli home-

room Betelgeuse yang kini bertugas di sana. BAT: Boleh abg Azmi ceritakan mengenai tempat bertugas sekarang dan apa tugas abang Azmi disana.

AZMI: Saya sekarang berada Canada. Bertugas di bahagian Drill-ing and Completions, North American Operations, Supply Man-agement di ibupejabat Talisman Energy Inc. Kerja saya adalah lebih kepada onshore shales unconventional gas development di Canada (Alberta, British Columbia dan Quebec) dan US (Pennsylvania, New York state dan Montana) sejak Oktober 2008 dan dijangkakan berada di sini untuk tempoh tugasan awal selama dua tahun. Pengalaman kerja di sini adalah berbeza berbanding di Malaysia/Vietnam disebabkan operasi onshore dan unconven-tional shale. Tempoh mengerudi (drilling) boleh berbeza dari sem-inggu (Prairie plains) hingga tiga bulan (foothills) per well. BAT: Selain Kanada, negara mana lagi yang pernah dijejaki?

AZMI: Sebelum ini pernah tinggal di West Midlands, England selama setahun. Selain Canada, saya pernah melawat beberapa negara lain - Singapore, Indonesia, Vietnam (project oil & gas di Na Thrang dan Vung Tau), Thailand, Filipina, China, Japan, Hong Kong, Korea Selatan, India, Timur Tengah, Itali, US dan Mexico. Kebanyakkannya atas urusan kerja. Saya mengambil kesempatan tinggal di sini untuk melawat bahagian lain di Canada dan US. Terlalu banyak tempat menarik un-tuk dilawati. Jika ada kesempatan, saya bercita-cita untuk melawat Machu Pichu di Peru. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar lanskap tempat-tempat yang dilawati. BAT: Bagaimana perasaan pertama kali menjejakkan kaki di negara tersebut? Apa persediaan yg dibuat sebelum berangkat ke sana? AZMI: Saya pernah melawat Calgary sebelum ini dan mempunyai ramai kenalan yang berasal dari sana. Jadi, kita boleh men-jangkakan situasi yang bakal ditempuhi sama ada untuk kehidupan harian di rumah mahupun di tempat kerja dari maklum balas yang saya terima. Syarikat tempat saya bekerja juga menyediakan pakar psikologi dan pakar "cultural" untuk menangani masalah tekanan semasa perpindahan dan perbezaan budaya dan gaya hidup di tempat asing.

Seperti yang dijangkakan, Calgary (dan keseluruhan Canada) adalah se-buah negara yang amat luas (negara kedua terbesar di dunia selepas Rusia termasuk Siberia, 30 kali ganda lebih besar dari Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dengan lima time zone) dan jarak Victoria (pantai lautan Pasifik) ke St John's (pantai lautan Atlantik di Newfoundland) adalah 7,500 Km. Dari segi perbezaan budaya, Calgary adalah dalam mid Western - budaya cowboy. Setiap awal bulan Julai, terdapat pesta besar dinamakan Calgary's Stempede (greatest show on earth) selama 10 hari dengan acara rodeo, wagon race, ratu cantik ternakan, pesta lagu country dan pesta pertanian.

SALAM DARI PERANTAUAN

Page 5: BAT 8

BAT: Di negara tersebut abg Azmi ting-gal dimana? Bagaimana keadaan kawa-sannya, bandar atau kampung? AZMI: Saya tinggal di Springbank, Cal-gary - kawasan kelas sederhana seband-ing Damansara di Malaysia. Ia meru-pakan kawasan perumahan di pinggir bandaraya (city limit) tapi hanya 20 minit dari pusat bandar (downtown). Kawasan ini merupakan kawasan "foothills" - 1,000m aras laut, 30 minit dari Rockies Mountains dan 30 minit dari Prairie (tanah rata). Pemandangan di Rockies adalah sangat cantik dengan puncak gunung-gunung diselaputi salji (snow capped mountains) sepanjang masa seperti Alps di Eropah. Calgary adalah bandar baru (dimajukan selepas penemuan petroleum tahun 40-an) dan kaya (jelas sekali disebabkan petroleum). Jadi, bandarnya amat moden, terancang (well planned) dan teratur. Majalah Forbes menganugerahkan Calgary sebagai bandaraya terbersih di dunia. BAT: Bagaimana berinteraksi dengan penduduk tempatan? Apa beza budaya di negara tersebut berbanding dengan Malaysia? AZMI: Seingat saya, saya mendapat pendedahan awal mengenai budaya di Canada dari arwah Cikgu Sallehudin Hasbullah (Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat) semasa di maktab lagi. Cuma sebelum ini, saya menjangkakan budaya Canada adalah sama dengan US di mana budaya Amerika bercampur-aduk (melting pot) dan satu budaya sendiri dicipta. Tapi sebenarnya bu-daya Canada adalah "live and let live" (mosaic concept). Setiap kaum mengamalkan budaya tersendiri - Scottish, French, Chi-nese, Indian, Ukrainian dll. Masing-masing mengamalkan budaya dan agama tersendiri.

BAT: Bagaimana kos hidup disana? Adakah lebih tinggi atau rendah berbanding Malaysia? Apakah jenis matawang yg diguna-kan? AZMI: Matawang Canada adalah Canadian dollars (CAD 1.00 = USD 0.97 = MYR 3.30). Selain dari harga kereta dan rumah, segalanya lebih mahal berbanding Malaysia. Malah, lebih tinggi berbanding bandar-bandar besar di US. Pendapatan purata di Calgary adalah dalam CAD80K setahun atau MYR22,000 sebulan (tertinggi di Canada, jelas sekali disebabkan petroleum) den-gan cukai pendapatan purata 40%. Kos sara hidup Calgary adalah yang ketiga tertinggi di Canada selepas Toronto dan Vancou-ver. Sewa tempat letak kereta dalam bangunan pejabat saya saja dalam CAD700 (MYR2,310) sebulan! Kos buruh di sini amat tinggi dengan minimum wages CAD9.00 (MYR29.70 sejam = MYR300 sehari = MYR7,000 sebulan). Itu baru minimum wages! BAT: Bagaimana cuaca disana? Adakah mudah mendapatkan sumber makanan halal? Apakah makanan tempatan yang terkenal disana?

SALAM DARI PERANTAUAN

Page 6: BAT 8

 

SALAM DARI PERANTAUAN

AZMI: Iklim di Calgary adalah Steppe (nak kena rujuk balik Geografi yang diajar Cikgu Rosnah Isam, Cikgu Liew dan Cikgu Selvarajah!). Terdapat empat musim seperti Iklim Sederhana tapi musim bunga dan musim luruh adalah tidak jelas. Hanya musim dingin dan musim panas yang ketara. Cuacanya amat dingin (semasa kemuncak musin dingin, suhu Calgary boleh mencecah -45C windchill). Berapa agaknya suhu terendah di bahagian utara yang termasuk dalam Artic Circle yang hanya di-huni oleh orang Eskimo (Inuit adalah panggilan rasmi kerana Eskimo bermaksud "orang yang makan daging mentah)? Cuaca adalah masalah utama kerana selain suhu yang terlalu rendah, salji setebal paras lutut sepanjang masa dan jalan licin disebabkan ais menyukarkan. Disebabkan kedudukan Calgary yang berhampiran Rockies Mountains, kadang-kadang terdapat angin chinook ("snow eater" dalam bahasa Red Indians) semasa musim dingin yang menyebabkan suhu boleh naik hingga +20C. Aktiviti luaran yang biasa kita lihat di Malaysia (outdoor seperti bolasepak, golf dan camping) hanya untuk masa terhad (hujung April hingga awal Oktober). Kemudian, semuanya bertukar kepada aktiviti musim dingin - skii, ice skating, curling (sukan yang menggunakan penyapu) dan ice hockey. Tiada serangga semasa musim dingin. Makanan halal tidak menjadi masalah di sini. Populasi besar Muslim menyediakan market share untuk halal meat dan halal res-taurants (kebanyakkannya India dan Mediterranean). Makanan mentah dari Asia turut mudah didapati kerana terdapat populasi Cina dan Filipino yang besar di sini. Makanan paling popular di sini ialah Albertan Beef. BAT: Bagaimanakah penerimaan penduduk tempatan terhadap orang luar? Ramaikah orang Malaysia disana? AZMI: Tahap toleransi kaum/agama yang tinggi di Canada. Bayangkan Quebec City dibuka pada tahun 1607 dan penduduk sana masih mengamalkan budaya dan bahasa French walaupun bahagian lain di Canada berbahasa Inggeris. Di Calgary sahaja, terdapat 25,000 muslim. Gereja United berhampiran pejabat saya dijadikan masjid sementara untuk solat setiap Jumaat. Tapi masyarakat Malaysia di sini terlalu kecil. Hanya terdapat tujuh keluarga (hampir semuanya dalam bidang petroleum) dan 20 orang pelajar undergarduate (bidang sains perubatan) Melayu Malaysia di sini. Aktiviti bersama kami di sini adalah terhad. BAT: Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman hidup di Kanada bersama Terendakian yang lain.

AZMI: Sama-sama.

Page 7: BAT 8
Page 8: BAT 8

BERITA DARI MAKTAB

M RSM Terendak telah melancarkan Program Gemilang pada 5 Januari 2010 yang lalu semasa perhimpunan kali pertama bagi tahun ini diadakan. Majlis dimulakan dengan

bacaan ikrar oleh pelajar. Dalam majlis ini juga, para pelajar telah menyanyikan lagu Gemilang ha-sil ciptaan composer Andi Merican yang merupakan bekas pelajar MRSM Terendak batch SPM 2000.

Program Gemilang ini diketuali oleh Ketua Jabatan Bahasa iaitu Puan Zuraidah Zulkefflee. Ahli jawatankuasa Program Gemilang terdiri daripada semua Ketua Kecemelangan Akademik Tingka-tan 1 – Tingkatan 5, penyelaras SEM, Ketua Guru Asrama, pengurusan HR, JK Pembangunan Sahsiah, penasihat BWP, Kaunselor 1 dan Penolong Pegawai Tadbir (Kanan).

Page 9: BAT 8

BERITA DARI MAKTAB

M RSM Terendak dijangka akan menerima pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4 pada 17 Februari 2010 ini. Jumlah pelajar yang akan mendaftar masih belum diketahui tetapi dijangkakan kehadiran pelajar baru tingkatan 4 adalah lebih rendah pada tahun ini kerana ramai pelajar lepasan PMR yang meneruskan pengajian ke

tingkatan 4 di MRSM Terendak.

Pada 22 Januari 2010 hingga 23 Januari 2010 yang lalu, Bengkel Bahasa Melayu PMR telah diken-dalikan oleh guru-guru subjek Bahasa Melayu bertempat di Pusat Sumber Pembelajaran, MRSM Terendak.

Pada 29 Januari 2010, kursus Kepimpinan Pelajar telah diadakan dimana semua BWP, LDP dan yang seangkatan dengannya telah dijalankan semasa 2 hari.

Berita disediakan oleh:

Mdm Sara,

MRSM Terendak

Page 10: BAT 8

BAT berpeluang menemubual Leftenan Komander Nasrul Hadi Abdul Rahman TLDM yang kini berkursus di Sepanyol. Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Teren-dak SPM 1996 ini lebih dikenali dengan gelaran Con-corde dikalangan rakan Terendakian. BAT: Boleh ceritakan latar belakang pendidikan saudara Concorde? Concorde: Boleh. Sebaik sahaja tamat SPM, saya men-yertai Kolej Tentera Laut Diraja Malaysia (KTLD) seba-gai Pegawai Kadet pada Julai 1997. Saya mengambil kur-sus Diploma Pengurusan Teknologi (Pertahanan Mari-tim) dari UTM Skudai. UTM mempunyai program ber-sama dengan KTLD. Saya telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM pada Julai 1999 dan graduasi dari-pada UTM pada tahun 2000. BAT: Apakah pengalaman kerja yang saudara ada sebe-lum menjawat jawatan sekarang? Concorde: Sebelum menyertai Angkatan Kapal Selam, saya mempunyai pengalaman selama 6 tahun di beberapa buah kapal perang TLDM antaranya KD MAHAMIRU, KD SRI INDERAPURA dan KD JERAI dgn jawatan se-bagai Pegawai Navigasi dan yang tertinggi sebagai Pega-wai Laksana (2nd in command) sebelum terpilih untuk mengikuti kursus kapal selam di Brest, Perancis pada Mac 2005 hingga Julai 2009. Seterusnya saya telah terpilih untuk menjalani latihan bersama krew kapal selam kedua di Cartagena, Spain pada Sep 2009 dan kini menjalani kursus lanjutan kapal selam di Brest bermula 6 Jan 2010 sehingga sekarang. Insya’ Allah kursus ini dijangka tamat

pada Jun 2010. BAT: Mengapa saudara memilih untuk berkhidmat den-gan Tentera Laut Diraja Malaysia? Concode: Saya memilih untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia khususnya Angkatan Kapal Selam ker-ana ianya sesuatu yang baru dan amat mencabar. Sebe-lum ini saya telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Navigasi dan telah mengetahui selok belok bagaimana mengemudi kapal di lautan, jadi untuk mengemudi kapal selam di dalam lautan sudah tentulah memerlukan kema-hiran yang amat tinggi. BAT: Apakah tugas anda dan bagaimana anda mem-bantu organisasi anda? Concorde: Tugas saya apabila pulang kelak adalah seba-gai Submarine's Principle Warfare Officer (SubPWO atau dikenali sebagai Pegawai Peperangan Kapal Selam) di Markas Angkatan Kapal Selam, Kota Kinabalu. Me-mandangkan servis kapal selam adalah sesuatu yang baru di dalam TLDM, adalah menjadi tugas saya untuk me-wujudkan persefahaman di antara kapal-kapal perang yang lain dengan submarine melalui latihan-latihan peperangan yang akan dirancangkan kelak.

TERENDAKIAN @ WORK

Page 11: BAT 8

BAT: Apakah kriteria untuk seseorang menyertai bidang kerjaya yang anda ceburi? Concorde: Bagi yang berminat bolehlah memohon untuk menyertai Universiti Pertahanan Nasional Ma-laysia (UPNM) yang dulunya dikenali sebagai ATMA. Graduan dengan ijazah akan ditauliahkan sebagai Leftenan TLDM ataupun menyertai KTLD dimana graduan diploma akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM BAT: Apakah cabaran dan pengalaman manis dan pa-hit dalam tugas anda? Concorde: Banyak pengalaman pahit manis sebelum bergelar 'submariner' di antaranya terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk tempoh jangkamasa yang lama semasa menjalani latihan, terpaksa bertugas didalam kedaan yang amat sempit di dalam kapal selam, ter-paksa mengharungi lautan Atlantik yang amat ber-gelora, pernah berhari raya di bawah lautan Atlantik and to live on a very high expectation from everyone back in Malaysia. Namun segala penat lelah itu ter-bayar apabila telah dianugerahkan lencana kepakaran kapal selam (Dolphin Insignia) serta melihat kapal se-lam yang pertama tiba di malaysia pada September 2009.

BAT: Terima kasih kerana sudi berkongsi pengeta-huan dan pengalaman bersama Terendakian yang lain. Concorde: Sama-sama.

TERENDAKIAN @ WORK

Page 12: BAT 8

BIZZ NEWS

B AT berpeluang menemuramah Aizima Abd Rahman, bekas pelajar MRSM Terendak batch SPM 97 yang kini telah menjalankan perniagaan pusat tuisyen.

BAT: Sejak bila Aizima mula berkecimpung dalam perniagaan?

Aizima: Sejak tahun 2002, ketika masih belajar di Universiti Malaya. Saya mengendalikan kelas tuisyen ber-sama – sama ahli Kelab UMRC. Selepas habis belajar pada tahun 2003, saya terus berkecimpung dalam men-guruskan pusat tuisyen sekali gus membangunkan portal mytuisyen.com dan mymarket2u.com bersama-sama suami.

BAT: Apakah jenis perniagaan yang anda pilih dan mengapa memilihnya?

Aizima: Saya memilih bidang pendidikan, e-pendidikan dan pusat tuisyen serta bidang latihan & motivasi pe-lajar. Ini kerana saya meminati sepenuhnya bidang pendidikan dan berhasrat membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan secara percuma di kawasan Kota Damansara.

BAT: Boleh anda ceritakan mengenai latarbelakang pendidikan anda?

Aizima: Saya merupakan graduan Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti Malaya di tahun penga-jian 1999-2002. Saya juga merupakan graduan Sarjana Sains Komputer daripada UiTM Shah Alam di tahun pengajian 2007-2008.

BAT: Adakah ini perniagaan pertama anda? Bagaimanakah anda menimba pengalaman?

Aizima: Pengalaman saya adalah selama 8 tahun dalam bidang latihan motivasi pelajar bermula ketika saya masih menuntut di Universiti Malaya iaitu melibatkan diri dalam Kelab Motor UM. Saya telah mengajar se-lama 7 tahun di pusat tuisyen, 2 tahun dalam bidang e-pendidikan dan berpengalaman membangunkan portal www.cikgu2u.com iaitu online learning untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Page 13: BAT 8

BIZZ NEWS BAT: Bagaimana anda mendapatkan modal? Adakah ia usahasama atau milik persendirian?

Aizima: Saya memulakannya dengan menggunakan modal sendiri, hasil daripada simpanan. Kemudian saya membuat pinhaman dengan Bank Pembangunan melalui skim Tabung Usahawan Siswazah dan saya juga telah berjaya mendapatkan bantuan melalui skin Technopreneurs Acquisation Fund yang dikendalikan oleh MDEC-MSC.

BAT: Bagaimana anda menguruskan perniagaan anda dan dimana lokasi perniagaan anda?

Aizima: Saya memberikan keutamaan dalam pengam-bilan guru-guru sekolah sebagai tenaga pengajar. Saya juga bertanggungjawab menyediakan jadual pelajar dan guru. Kini saya mempuyai 5 orang pekerja untuk membantu dalam menguruskan pusat tuisyen. Mereka adalah graduan muda. Pusat tuisyen ini juga mempunyai lebih kurang 18 orang guru yang mengajar secara sambilan.

BAT: Bagaimana anda menghadapi persaingan dlm perniagaan anda?

Aizima: Saya sentiasa menjalankan kajian mengenai keperluan pasaran semasa serta meningkatkan mutu perkhidma-tan kepada pelanggan.

BAT: Apakah pengalaman pahit/manis sepanjang menceburi bidang perniagaan?

Aizima: Pengalaman manis ialah apabila 10 orang pelajar mendapat 8A didalam peperiksaan PMR 2007 dan apabila saya mendapat kelulusan geran MDEC pada tahun 2009. Pengalaman pahit pula ialah apabila minat saya ini tidak mendapat galakkan daripada ibu bapa saya yang mahukan saya bekerja dengan kerajaan. Tetapi apabila perniagaan saya semakin maju, mereka dapat menerimanya.

BAT: Apakah perancangan anda dimasa hadapan?

Aizima: Saya hendak mewujudkan menjadi pusat penyelidikan dan R&D pendidikan terunggul di Malaysia.

BAT: Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan Terendakian.

Aizima: Sama-sama

PUSAT TUISYEN GRADUAN MUDA

No 1A Jln Nuri 7A

Seksyen 7

Kota Damansara

47810 Petaling Jata

Tel: 013-693 5509

Page 14: BAT 8

K elab Ragbi Ansara dan Jasa Sukan Ansara ingin merakamkan terima kasih kepada seluruh warga An-sara atas sokongan mereka dalam menjayakan Karnival Ragbi 10s Ansara Ke VI 2010 yang berlang-sung pada 16 & 17hb Januari 2010 di Padang Utara Petaling Jaya.

Karnival tahun ini menyaksikan sebanyak 50 buah pasukan mengambil bahagian terdiri daripada : 24 buah pasukan Ansara 18 pasukan tetamu mewakili persatuan-persatuan alumni sekolah-sekolah Malaysia 4 buah MRSM 4 Buah Sekolah Berasrama penuh. Buat pertama kali sebuah pusingan kelayakan bagi pasukan-pasukan Ansara terpaksa jalankan pada 10hb Januari di padang yang sama. HSKOBA Ostrich yang mewakili Persatuan Murid Tua SMK Tinggi Klang muncul Johan Perdana setelah menewas-kan pasukan Persatuan Alumni SMS Johor Sajoha Vikings. Bagi kategori Ansara pula Ansara Serting berjaya mengekalkan kejuaraan mereka dengan mengenepikan cabaran pasukan pilihan Ansara Pasir Salak. Amat menarik di dalam Kejohanan kali ini kejayaan Ansara Serting menewaskan pasukan pilihan SMS Old Boys di peringkat suku akhir bagi mencipta kejayaan pertama mereka ke atas pasukan tersebut setelah 5 cubaan sejak per-tama kali bertemu dengan mereka di dalam kategori sekolah 5 tahun dahulu. Terima kasih kami kepada Ketua-Ketua Cawangan Balik Pulau, Kota Bharu, dan Kuala Berang dan tidak ketinggalan Setiausaha Agung Ansara yang telah hadir memberikan sokongan serta galakkan kepada mereka yang hadir / men-gambil bahagian khususnya ahli-ahli Ansara pada hari tersebut. Tidak ketinggalan juka terima kasih kepada semua ahli-ahl Ansara yang datang bertandang membantu melaksanakan tugasan-tugasan sekretariat, keraian dan sajian serta lain-lain. Akhir sekali tidak ketinggalan jutaan penghargaan kepada Naib Presiden Ansara YB Norol yang sudi hadir bagi men-yampaikan hadiah kepada para pemenang dan menyempurnakan majlis penutup 10s Ansara 2010 dan melancarkan kempen Karnival Ragbi 10s Ansara Ke VII 2011 yang akan berlangsung pada 15 & 16hb Januari 2011 nanti. Bersyukur kita selari dengan karnival ini seramai 300 lebih lepasan MRSM yang telah mendaftarkan diri mereka se-bagai ahli Ansara. Bersama ini disertakan butiran ringkas mereka yang baru mendaftar sebagai ahli Ansara. Terima kasih Ansara jumpa lagi kita di Karnival Ragbi 10s Ansara Ke VII 2011 pada 15 & 16hb Januari 2011. "Bersama Untuk Semua" Amir Jumaat

Jasa Sukan ANSARA

BERITA ANSARA

Page 15: BAT 8

1 JAN 2010

Dr Halina Mohd Yunos (SPM 97) telah

melangsungkan pertunangan dengan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 1 Januari 2010. Pasangan tersebut memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk melangsungkan majlis perkahwinan. BAT mengucapkan tahniah kepada Dr Halina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

22 JAN 2010

Pada 22 Januari 2010 yang

lalu, pasangan Julie dan Jamalul Hisham (kedua-duanya daripada batch SPM 87) telah menimang cahayamata seberat 2.7kg di Naluri Medical Centre, Wangsa Maju, KL. Bayi perempuan ini telah dinamakan Haifa Raniyya bt Jamalul Hisham.

BAT mengucapkan tahniah kepada kak Julie dan abg Jamalul sekeluarga.

5 JAN 2010

  Mohd Azizul Zaid atau lebih

dikenali dengan panggilan Ajoey (SPM 97) dan isteri telah selamat menimang cahaya-mata pertama pada 5 Januari 2010 jam 6.07pm. Bayi perempuan seberat 2.97kg ini telah selamat dilahirkan di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka. Puteri sulung ini telah dinamakan Adriana Batrisyia bt Mohd Azi-zul Zaid. BAT mengucapkan tahniah kepada Ajoey sekeluarga.

BERITA TERKINI

29 JAN 2010

  Pada 29 Januari 2010 yang lalu, sau-

dara Mohd Huzairi Zulkefli dan isterinya Suraya Binti Jemaari (kedua-duanya dari batch SPM 96) telah dikurniakan cahayamata kedua. Bayi perempuan yang diberi nama Nur Liyana Aqilah telah dilahirkan di Hospital Serdang, Selangor.BAT mengucapkan tahniah kepada saudara Huzairi dan Suraya sekeluarga.

Page 16: BAT 8
Page 17: BAT 8
Page 18: BAT 8

http://fs10.formsite.com/liga-a/GedungAnsara/index.html