BAT July 2009

8
Lebih menggembirakan apa- bila program ini menerima tajaan t-shirt Terendak sum- bangan saudara Nazri Borha- nuddin (SPM96) dan makanan tambahan Omega Plus sumbangan saudari Shazlien Nazliela Hussein (SPM 91). Program Mustika akan terus berjalan sehingga 19 Ogos 2009. Jika anda mahu men- jadi sukarelawan, hubungi Mad Ridzuan di [email protected] Oleh Muhammad Firdaus Mahmud Bin Roslan || Oshie KHAMIS, 22 Julai - Program Mustika yang telah dilancarkan pada 16 Jun 2009 mendapat sam- butan yang cukup hebat daripada peserta program dan sukarelawan. Seramai 24 orang Terendakian dan 9 orang sukarelawan bukan Teren- dakian telah menyertai program ini. Program Mustika dibawah kelolaan Biro Pen- didikan dan Profesionalisme diketuali oleh saudara Mad Ridzuan Md Hamid (SPM97) dan dibantu oleh saudara Qaisyfullah (SPM 2006) dikendalikan 2 kali seminggu,setiap hari Selasa dan Rabu dari jam 8.00 ma- lam sehingga 10.00. Program bimbingan percuma bagi persediaan UPSR ini diadakan untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 yang kurang berkemampuan. Mereka bukan sahaja diberi bantuan dari segi pembela- jaran, malah mereka juga diberikan buku laihan per- cuma sumbangan Ansara Terendak. Oleh Muhammad Firdaus Mahmud Bin Roslan || Oshie KUALA LUMPUR, Julai - Sahabat kita, Suhaimi Bin Alias (SPM96) telah meninggal dunia pada bulan April yg lepas. Menurut saudara Huzairi, beliau dimaklumkan yang arwah telah koma selama setahun akibat kemalangan motosikal. Semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beri- man, Amin. MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN PROGRAM MUSTIKA MENDAPAT SAMBUTAN TAHUKAH ANDA? Pestabola Merdeka merupakan kejo- hanan bola sepak antarabangsa yang tertua di Asia . AL-FATIHAH M E N G I K A T T A L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N REVOLUSI RM 1.19 SEMENANJUNG RM 1.69 SABAH/SARAWAK BIL 2 TAHUN 1 JULAI 2009 P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K KELUARAN RASMI ANSARA TERENDAK 2009 █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║ ANSARA TERENDAK ©2009 All Rights Reserved. PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM CAWANGAN TERENDAK (ppm/mel 366/93-11) No 231, Lorong Maarof . Off Jalan Maarof, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia [email protected] www.extdk.net www.facebook.com/ansaraterendak

description

Buletin Ansara Terendak Edisi 2: Julai 2009. Berita terkini aktiviti kelolaan Ansara Terendak, perkembangan terkini di MRSM Terendak serta cerita-ceriti mengenai Terendakian di seluruh dunia.

Transcript of BAT July 2009

Page 1: BAT July 2009

Lebih menggembirakan apa-bila program ini menerima

tajaan t-shirt Terendak sum-bangan saudara Nazri Borha-

nuddin (SPM96) dan makanan tambahan Omega

Plus sumbangan saudari Shazlien Nazliela Hussein

(SPM 91).

Program Mustika akan terus berjalan sehingga 19 Ogos 2009. Jika anda mahu men-jadi sukarelawan, hubungi

Mad Ridzuan di [email protected]

Oleh Muhammad Firdaus Mahmud Bin Roslan || Oshie KHAMIS, 22 Julai - Program Mustika yang telah dilancarkan pada 16 Jun 2009 mendapat sam-butan yang cukup hebat daripada peserta program dan sukarelawan. Seramai 24 orang Terendakian dan 9 orang sukarelawan bukan Teren-dakian telah menyertai program

ini. Program Mustika dibawah kelolaan Biro Pen-didikan dan Profesionalisme diketuali oleh saudara Mad Ridzuan Md Hamid (SPM97) dan dibantu oleh saudara Qaisyfullah (SPM 2006) dikendalikan 2 kali seminggu,setiap hari Selasa dan Rabu dari jam 8.00 ma-lam sehingga 10.00. Program bimbingan percuma bagi persediaan UPSR ini diadakan untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 yang kurang berkemampuan. Mereka bukan sahaja diberi bantuan dari segi pembela-jaran, malah mereka juga diberikan buku laihan per-cuma sumbangan Ansara Terendak.

Oleh Muhammad Firdaus Mahmud Bin Roslan || Oshie KUALA LUMPUR, Julai - Sahabat kita, Suhaimi Bin Alias (SPM96) telah meninggal dunia pada bulan April yg lepas. Menurut saudara Huzairi, beliau dimaklumkan yang arwah telah koma selama setahun akibat kemalangan motosikal. Semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beri-man, Amin.

■ MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN PROGRAM MUSTIKA MENDAPAT SAMBUTAN

T A H U K A H A N D A ?

Pestabola Merdeka merupakan kejo-hanan bola sepak antarabangsa yang tertua di Asia.

AL-FATIHAH

M E N G I K A T T A L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N

REVOLUSI

■ RM 1.19 SEMENANJUNG ■ RM 1.69 SABAH/SARAWAK ■ BIL 2 TAHUN 1 ■ JULAI 2009

P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K

KELUARAN RASMI ANSARA TERENDAK 2009

█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║

ANSARA TERENDAK ©2009 All Rights Reserved.

PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM CAWANGAN TERENDAK (ppm/mel 366/93-11) No 231, Lorong Maarof . Off Jalan Maarof, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia

[email protected] www.extdk.net www.facebook.com/ansaraterendak

Page 2: BAT July 2009

Oleh Sharifah Sharina Syed Aswad WANGSA MAJU, 20 Julai - Jom Badminton! adalah acara bad-minton mingguan yang dikendalikan oleh saudara Mantoi ter-buka kepada semua Terendakian tanpa mengira umur, batch mahupun jantina. Ianya diadakan setiap hari Isnin jam 9.00 malam – 11.30 ma-lam bertempat di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju (berdekatan dengan Sekolah Sri Utama, jalan masuknya men-gadap Sri Rampai Business Park). Sumbangan akan dikutip di akhir permainan untuk menampung kos penyewaan gelanggang dan pembelian bulu tangkis. Untuk melihat aktiviti terkini, jadual, gelanggang yang ditempah serta gambar setiap minggu, layari Jom Badminton! di forum extdk.net atau anda boleh berhubung dengan saudara Mantoi di [email protected]

JOM BADMINTON!

SUKAN

BANGSAR, 9 Julai 2009 - Pemain pasukan ragbi Ansara Terendak, TOB dan pemain pasukan bola sepak Ansara Terendak kini mampu tersenyum lebar apabila Presiden Ansara Terendak, Dato’ Razali Bin Ibrahim menaja set jersi bagi kedua-dua pasukan tersebut. Jersi tersebut yang disampaikan kepada ketua Biro Sukan & Rek-reasi iaitu saudara Huzairi Zulkefli semasa mesyuarat Ansara Teren-dak di rumah sekretariat Ansara Terendak di Bangsar baru-baru ini. Beliau berharap dengan sumbangan ini, pemain kedua-dua pasukan akan dapat mempamerkan aksi yang lebih cemerlang dalam setiap kejohanan yang disertai. Tahniah, TOB dan pasukan bola sepak Ansara Terendak!

JERSI BARU!

Page 3: BAT July 2009

Oleh Sharifah Sharina Syed Aswad PETALING JAYA, 20 Julai - Seramai 33 orang Terendakian daripada pelbagai batch telah menyertai permainan Paintball yang julung-julung kali diadakan.Ianya telah diadakan pada 7 Februari 2009 di MAPAAC, Petaling Jaya. Program kelolaan saudara Shimi (SPM 97) ini telah mendapat sambutan yang cukup hangat khususnya daripada mereka-mereka yang tak pernah main Paintball. 6 pasukan bertarung selama 3 jam adalah pasukan Bulat Tapi Comel, Gerakan Kiri, Ultraman Togel Tiga, LENJAN!, qui_mark dan Hamas. Pasukan Haluan Kiri telah menjuarai acara Paintball kali ini.

Walaupun hampir semua yang menyertainya berpuas hati dan enjoy sepanjang permainan ini, masih ada yang mahukan pertarungan semula. Untuk menyertai program Paintball akan datang, layari sub-forum Sukan & Rekreasi di forum extdk.net

PAINTBALL 2009

SUKAN

Team 1 : Bulat Tapi Comel 1. mantoi 2. Azmi 3. Is 4. Nur Alia Diana Bt Za-inuddin (SPM08) 5. Sherrina 6. Mulan Team 2: Haluan Kiri 1. Qaisy 2. Oshie 3. Brader Rez @ Jokyu @ Rizal 4. Shimi 5. Kamarul Team 3: Ultraman Togel Tiga 1. Adik Jokyu 2. Ikhwan 3. Adik Md Duan 4. Mad Duan 5. Marissa Aliah Bt Zainal (SPM08)

Team 4: LENJAN! 1-Mohd Fattah 2-Ahmad Nazrul 3-Syamizar Adli 4-Nasrul Naim 5-Carlos Duen 6. Mina

Team 5: Qui_Mark 1.Edri Azlan @ Atan 2.AD 3.Zahid 4.Payat 5.Akim Mustaqim

Team 6 : Hamas 1. Ruhann 2. Kuchai 3. Kudin 4. Johoe 5. Ezani 6. Adik ipar Ruhann

Page 4: BAT July 2009

tidak memiliki sebarang pengalaman dalam bidang kewangan. Beliau menceburkan diri dalam bidang pen-gurusan kewangan pada tahun 2007 dan menjadi perunding unit amanah berlesen pada bulan Julai tahun yang sama. Bermula daripada bawah, beliau be-lajar dan menimba pengalaman dari-pada perunding-perunding yang te-lah lama berkecimpung dalam indus-tri ini. Semenjak itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan fokus dalam melebarkan sayapnya di bidang yang menawarkan keuntun-gan yang lumayan bagi mereka yang rajin berusaha.

Presiden BWP 1998 ini bernaung di-bawah agensi Champion yang mem-bawa produk kewangan Public Mu-tual. Beliau boleh dihubungi di talian 017-2184 211 atau melalui email di [email protected].

Oleh Muhammad Firdaus Mahmud Bin Roslan || Oshie KUALA LUMPUR, Julai - Nik Azhan Nik Hashim atau lebih dikenali sebagai Pok Nik kini bertugas di Abu Dhabi, UAE. Bekas pelajar MRSM Terendak (SPM 88) ini telah berkhidmat di Syarikat Abu Dhabi Marine Operating Com-pany semenjak tahun 2006. Pengalaman beliau selama 15 tahun sebagai jurutera proses (kimia) di UAE, Shell, Petro-nas dan Exxonmobil telah melayakkan beliau mendapat pengiktirafan sebagai jurutera berpengalaman daripada Insti-tute Chemical Engineers (ICHEME), UK. Beliau turut menjadi ahli Industry Leader, New York dan ahli persatuan pakar ALUMNI dunia (member of Expert Alumni, Worldwide)

Kini saudara Nik Azhan menetap di Abu Dhabi bersama isteri beliau, Norakmarizam Abdullah dan 3 orang anak.

SALAM DARI PERANTAUAN

Graduan Universiti Multimedia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik pengkhususan Telekomunikasi ini tidak pernah bermimpi untuk mence-buri bidang yang sangat asing baginya. Madhi Abdul Hamid, 28 tahun meru-pakan seorang jurutera muda yang

BIZZ NEWS UNIT TRUST CONSULTANT

Page 5: BAT July 2009

LEEDS, 25 Julai 2009 - Usaha selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil apabila saudari Nadiah Yusop (SPM 92) menerima Ijazah

Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Mechanical Engi-neering in Computa-tional Fluid Dynam-ics (CFD) daripada University of Leeds, UK baru-baru ini.

Buletin Ansara Terendak (BAT) men-gucapkan tahniah kepada Nadiah Yu-sop. Semoga kejayaan beliau mem-berikan inspirasi kepada Terendakian yang lain untuk mencipta kejayaan sepertinya.

TAHNIAH! Oleh Muhammad Firdaus Mahmud Bin Roslan || Oshie KUALA LUMPUR, Julai - Muhammad Syafiq Hadi selamat dilahirkan pada 23 Jun 2009 jam 4.39 petang.

Asyimah Afifi (SPM 97) dan pasangannya, Radzi menerima kehadiran cahayamata kedua ini di Hospi-tal Pusrawi, Kuala Lum-pur. Bayi berada dalam keadaan sihat. 30 Jun 2009, Hariz Haikal telah se-lamat dilahirkan. Hariz Haikal meru-pakan anak kedua bagi pasangan Norhafizah Baha-ruddin (SPM 97) dan Yusry.

SYABAS!

TERKINI@MAKTAB ■ HARI ANUGERAH ■ KEM KECEMERLANGAN PMR & SPM

Kem Terendak, 18 Julai 2009— Hari Anugerah 2009 telah diadakan di MRSM Terendak bagi meraikan pela-jar-pelajar dan guru-guru yang beru-saha dengan gigih sepanjang tahun ini. Majlis ini dirasmikan oleh Prof Madya Dr Jamalludin bin Ab Rahman, bekas pelajar MRSM Terendak sendiri (SPM

87)

Dr Jamalludin memberikan ucapan

Untuk pertama kalinya, Anugerah Tokoh Pelajar diperkenalkan pada

tahun ini. Penerima sulung anugerah ini ialah Che Mohd Saiful bin Che

Mahtar.

KEM KECEMERLANGAN CUTI PMR & SPM 2009

Pada 9 Jun hingga 14 Jun 2009 yang lalu, MRSM Terendak telah mengan-jurkan Kem Kecemerlangan Cuti PMR & SPM 2009 untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Kem yang diadakan di maktab ini

adalah bagi mempersiapkan pelajar yang akan menduduki dua peperiksaan besar tahun ini. Pelajar-pelajar terse-but dipanggil balik semula ke maktab 5 hari lebih awal semasa cuti sekolah untuk menyertai kem ini. Kem ini dihadiri oleh semua pelajar Tingkatan 5 dan 40 orang daripada Tingkatan 3. Semoga adik-adik di maktab yang akan menduduki peperiksaan ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan mengharumkan nama maktab.

Muhammad Syafiq Hadi

Page 6: BAT July 2009

PENGUMUMAN Ruang iklan di Buletin Ansara Terendak dibuka untuk penyewaan: • Full page: RM30 • Half page: RM20 • Quarter page: RM10 Perkhidmatan rekabentuk iklan juga disediakan dengan kadar yang berpatutan atau hantarkan sahaja design anda sendiri. Untuk maklumat lanjut, hubungi Sherrina (013-384 3484 / [email protected]) atau Oshie ([email protected])

• Ada komputer/laptop dan internet? • Berminat dalam bidang penulisan? • Kreatif? Jika jawapan anda adalah YA bagi kesemua soalan diatas, anda yang kami cari. Editorial BAT memerlukan Terendakian yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang menghasilkan Buletin Ansara Terendak ini. Jika bermi-nat, hubungi Sherrina ([email protected])

• Anda ada berita kelahiran? Baru melangsungkan perkahwinan? • Anda baru graduasi? Batch anda buat gathering? • Kejayaan anda mendapat liputan media? • Anda seorang usahawan samada sepenuh masa, separuh masa atau freelance? Apa sahaja berkaitan dengan Terendakian, kami mahukan berita. Hantarkannya melalui email beserta gambar ke [email protected]

• Setiap Isnin, 9.00pm-11.30pm: Jom Badminton! di Pro-One Badminton Centre, Wangsa Maju. (Mantoi: 016-280 5025)

• 16 Jun 2009 – 19 Ogos 2009: Program Mustika di S.K Taman Melawati,

setiap hari Selasa dan Rabu, 8.00pm – 10.00pm (Mad Duan: 012-235 3461) • 8 Ogos 2009: Gempur Menara Gading di MRSM Terendak (Mad Duan:

012-235 3461)

• 14 Ogos 2009 – 16 Ogos 2009: Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan di Jusco Equine, Selangor (Shimi: 016-338 2341)

• 3 Oktober 2009: Majlis Solat Hajat & Doa Restu di MRSM Terendak

(Shimi: 016-338 2341) • 31 Oktober 2009: Rekreasi di Kuala Gandah Elephant Sanctuary (Huzairi: 017-353 2676)

Dikemaskini pada: 28 Julai 2009

KALENDAR PROGRAM ANSARA TERENDAK

Page 7: BAT July 2009

DERMA DARAH PRA-RAMADHAN 2009

U ntuk tahun kedua, Ansara Terendak akan turut serta menjayakan Program Derma Darah Pra-Ramadhan 2009 bersama dengan chapter ANSARA yang lain di 27 lokasi di seluruh negara. Un-tuk tahun ini, Ansara Terendak memilih untuk menjayakannya di Jusco Equine Park, Sri Kembangan, Selangor. Bagaimana anda boleh turut serta? 1. Daftar sebagai sukarelawan membantu Pusat Darah Negara di tempat menderma.Sijil, makan, minum dan t-shirt akan diberikan percuma. Sila berikan nama kepada Shimi (016-338 2341)/ Misz Mastura ([email protected]) 2. Hadir sebagai penderma darah di Jusco Equine pada 14, 15 dan 16 Ogos 2009. 3. Cetak poster dan tampalkan di pejabat/IPT/kolej/komuniti anda.

4. Sebarkan info ini melalui email, Facebook, sms, blog dll 5. Berikan sokongan moral kepada sukarelawan di http://extdk.net/portal2/index.php?topic=3474.0 Semoga dengan sokongan anda, Ansara Terendak akan memenangi tem-pat pertama untuk kutipan pint darah paling banyak tahun ini. Pada tahun

lalu Ansara Terendak hanya menduduki tempat ke-8 daripada 26 pusat derma darah yang dibuka. Chapter yang berjaya mengumpul pint darah paling banyak akan memenangi sumbangan buku yang akan dihantar ke maktab mereka. Dapatkan poster kempen derma darah di: 1. versi berwarna: http://i7.photobucket.com/albums/y289/sherrina/poster1.jpg 2. versi hitam putih: http://i7.photobucket.com/albums/y289/sherrina/posterblackandwhite.jpg Marilah bersama menjayakannya, Terendakian!

Page 8: BAT July 2009