Batik

27
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS INDUK, 11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG. Praktis Studio Kraf ( MSK 3135 ) TAJUK TUGASAN 2 Hasilkan satu buku skrap yang mengandungi gambar jenis-jenis kraf tradisional berserta penerangan yang padat tentang kraf tersebut. NAMA : ANBARASI A/P MUNUSAMY K/PENGENALAN : 821103-08-5720 NO. MATRIK : PPG/20792/11 ( SEMESTER 8 ) PENGAJIAN : PENGAJIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK PENSYARAH : DR. IZMER TARIKH SERAHAN : 06 DISEMBER 2014

description

tugasan

Transcript of Batik

Page 1: Batik

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KAMPUS INDUK,

11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,

PULAU PINANG.

Praktis Studio Kraf ( MSK 3135 )

TAJUK TUGASAN 2Hasilkan satu buku skrap yang mengandungi gambar jenis-jenis kraf tradisional berserta penerangan yang padat tentang kraf tersebut.

NAMA : ANBARASI A/P MUNUSAMY

K/PENGENALAN : 821103-08-5720

NO. MATRIK : PPG/20792/11 ( SEMESTER 8 )

PENGAJIAN : PENGAJIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK –

KANAK

PENSYARAH : DR. IZMER TARIKH SERAHAN : 06 DISEMBER 2014

Page 2: Batik

PENGENALAN :

Kraf tradisional adalah salah satu kraf yang berunsurkan seni yang melibatkan

kemahiran – kemahiran tangan yang kreatif.Ia selalunya salah satu kraf yang biasanya

diwarisi secara turun temurun mengikut kaum masing – masing.Walaupun begitu ia tidak

menjadi salah jika kaum lain mempelajari kraf tradisional kaum lain.Contoh – contoh kraf

tradisional yang dipilih oleh saya adalah :

Alat permainan

Batik

Tembikar

Seni anyaman

Seni ukiran kayu

Page 3: Batik

1.0 ALAT PERMAINAN

Pada zaman dahulu alat permainan tradisi yang kebiasaannya dimainkan oleh

nenek moyang kita untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.

Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu

bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh

kanak-kanak sehingga hari ini.

1.1 Contoh – contoh alat permainan tradisional

CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering

dimainkan sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang setelah tamat kerja –

kerja menuai ataupun sebagai pertandingan.Kebiasaanya ia menggunakan

papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan menggunakan buah

congkak , biji getah atau guli.Papan congkak berbentuk boleh diperbuat

daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang

dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu

Page 4: Batik

yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya

sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm

1.2 Gasing

GASING

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada

paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan

tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas

musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang

dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.Gasing dibuat daripada

kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut

akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing

dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada

tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan

seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk

melicinkan pergerakan tali gasing.

Page 5: Batik

1.3 Wau

WAU BULAN

Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia.

Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa

bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan

yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.Dari segi saiznya, wau bulan

dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah

sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.Ini untuk memastikan corak yang

terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan

daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih

besar menjadi pilihan.

Page 6: Batik

2.0 Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf

tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan

coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang

ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu

di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri

Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan

perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam

sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap

persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi

corak atau ragam hias yang menarik.

            Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup,   putik,akar

menjalar,  daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain  batik ela.Setiap

Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada

kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara

realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

            Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan

sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama

Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi,

cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan

dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.

Page 7: Batik

2.1Batik Blok

BATIK BLOK

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah

satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia

dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Di Malaysia, teknik

terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam perkembangan

membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap

sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun

1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat

batik di pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan

keluli mula digantikan dengan acuan kayu sebelumnya. Corak-corak acuan ini lebih

kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di

bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.

Page 8: Batik

2.2 Batik Tulis

BATIK TULIS

komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan

memuncak pada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada

Kelantan dan Terengganu, malah telah berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala

Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di Pahang dan Sabah.

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan

menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-

ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.

Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada

pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri

daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya

juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.Pengeluaran Batik

Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembaga kecil

bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang

dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan.

Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke

atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang

Page 9: Batik

dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan

direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.

Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk,

canting bola dan canting pelbagai mata.

2.3 Batik Skrin

BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan

berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung

kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak

satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil

gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan

filem di atas plastik.Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring

yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di

atasnya.

Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok

skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang

Page 10: Batik

dikehendaki di atas meja skrin. Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan

warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula. Percetakan kain boleh

diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang dikehendaki.

Satu pendekatan baru yang berkonsep teknologi maklumat yang dirancang oleh

Kraftangan Malaysia, khasnya di Kraftangan Malaysia Cawangan di Kelantan dengan

memperkenalkan System Atex Design iaitu proses perisian menghasilkan rekacorak

batik secara pengendalian komputer yang dijangka akan mempercepat proses

pengeluaran dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.Kelebihan proses Atex

Design berbanding proses rekaan skrin secara manual. Cara ini dapat menghasilkan

rekaan dengan baik dan cepat. Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan

mudah.

Page 11: Batik

3.0 Tembikar

Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah

diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.

Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.Salah

satu tembikar yang terkenal di Malaysia ialah labu-labu yakni alat untuk menyimpan dan

menyejukan air minuman. Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu.Bukti

penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di    Perlis,

Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak. Tembikar

digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di

Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian. Tembikar Sayong, Tembikar Mambong

dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal.

3.1 Tembikar Mambong

TEMBIKAR MAMBONG

Page 12: Batik

Ia terkenal di Kelantan dan dihasilkan untuk kegunaan harian.Pengusaha

menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam proses

pembuatannya.Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia

bertukar menjadi kemerahan-merahan. Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan,

pucuk rebung dan siku keluang

3.2 Tembikar Sarawak

TEMBIKAR SARAWAK

Ia berasal dari China dan diusahakan oleh kaum Cina.Ia berbentuk tempayan

beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga.Banyak digunakan oleh kaum

Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang berharga,atau mengisi arak.Menggunakan

mesin pemutar/ lempar alin dan acuan.

Page 13: Batik

3.3 Labu Sayong

LABU SAYONG

Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak.

Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air.Ia berfungsi sebagai bekas untuk

mengambil dan menyimpan air.Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan

dingin, nyaman dan mempunyai khasiat yang tertentu.Ia dihasilkan oleh kaum wanita

menggunakan teknik picitan dan lingkaran.Corak hiasannya berdasarkan alam

sekeliling dan rupa geometri.

Page 14: Batik

4.0 Seni Anyaman

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.

Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar.

Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah

dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal

digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk

kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-

94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut

dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman

di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,

Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain

yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Page 15: Batik

4.1 Anyaman Mengkuang

ANYAMAN MENGKUANG

Seni anyaman mengkuang dan pandan sering juga disebut sebagai “seni miskin”

kerana dilaksanakan penduduk kampung semata-mata untuk memenuhi keperluan

harian mereka. Walau bagaimanapun, sehingga kini beberapa negeri di Malaysia masih

terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah

Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di

negeri Terengganu. Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka,

Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang juga tidak ketinggalan. Dengan adanya seni anyaman

seperti ini, identiti masyarakat Melayu Pulau Pinang lebih terserlah dan dikenali

ramai.Contohnya adalah tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain.

Page 16: Batik

4.2 Anyaman Pandan

ANYAMAN PANDAN

Contoh – contoh anyaman pandan adalah tikar sembahyang, hiasan

dinding dan lain – lain.

4.3 Anyaman Rotan

Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga

depapanjang supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula

dipotongsetakat yang berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan

perludirebus supaya tisunya mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting

untukmemastikan ketahanan dan mengelakkan serangan serangga seperti bubuk.Rotan

yang siap direbus, dijemur hingga kering. Seterusnya, rotan batang yang ingindijadikan

Page 17: Batik

kerangka perabot diketam dan dipelas kertas pasir sebelum divarnis.Sementara rotan

yang mahu dijadikan bilah anyaman terus divarnis sebelum disepatatau dibelah.

5.0 Seni Ukiran Kayu

Ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan

masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan

Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui

bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan

teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan

sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-

kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan

alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam

bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu,

masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Page 18: Batik

5.1 Ukiran Bunga Timbul

UKIRAN BUNGA TIMBUL

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan

dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang

diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti

ukiran tebuk.

5.2 Ukiran Tebuk Tembus – kayu atau papan ditebuk hingga tembus

UKIRAN BUNGA TEMBUS

Page 19: Batik

5.3 Ukiran Arca – berbentuk 3 dimensi seperti hulu keris & kukuran

UKIRAN ARCA

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala

tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama

seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

Page 20: Batik

PENUTUP :

Secara keseluruhannya kraf – kraf tradisional masih diberikan sambutan yang baik

dikalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong – pelancong.Kita juga sebagai warga

pendidik harus memberikan pendedahan kepada murid – murid mengenai penghasilan kraf –

kraf tradisional yang diwarisi oleh kita sejak turun temurun.