Batu Caves

10
Pengenalan Assalammualaikum….salam bahagia kepada anda semua yang setia mendengar radio Pilihan Tepat anda…..Bagaimana dengan percutian minggu lepas??pastinya destinasi anda memberikan keseronokan berganda kan??Bersesuaian pula dengan cuti sekolah….jadi bolehlah anak-anak anda bercerita tentang pengalaman bercuti mereka sekembalinya ke sekolah….Pasti mereka melalui hari yang menyeronokan….untuk minggu ini ke mana pula ya??? Saya ingin memperkenalkan anda kepada tempat yang merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam yang telah memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong pada hari tersebut…..dah tahu dimana???ya….semestinya Batu Caves yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara…..mungkin kerana struktur guanya ataupun kerana ia merupakan satu-satunya gua yang terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan….Namun…apa yang menyebabkan peminat-peminatnya datang kesini…hanya mereka yang telah merasai kehebatannya yang dapat bercerita…. Batu Caves merupakan sebuah gua batu kapur yang telah wujud lebih 100 tahun dahulu. Terdapat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit di dalam gua ini, antaranya tirai gua, batu aliran dan mutiara gua. Stalaktit ialah batu kapur yang meruncing ke bawah manakala stalagmit ialah batu kapur yang berceracak di dalam gua di mana terhasil daripada titisan air mengandungi sebatian kalsium.

Transcript of Batu Caves

Page 1: Batu Caves

Pengenalan

Assalammualaikum….salam bahagia kepada anda semua yang setia mendengar radio Pilihan

Tepat anda…..Bagaimana dengan percutian minggu lepas??pastinya destinasi anda memberikan

keseronokan berganda kan??Bersesuaian pula dengan cuti sekolah….jadi bolehlah anak-anak

anda bercerita tentang pengalaman bercuti mereka sekembalinya ke sekolah….Pasti mereka

melalui hari yang menyeronokan….untuk minggu ini ke mana pula ya???

Saya ingin memperkenalkan anda kepada tempat yang merupakan salah satu daripada destinasi

pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam yang telah

memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong pada hari tersebut…..dah tahu

dimana???ya….semestinya Batu Caves yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar

Negara…..mungkin kerana struktur guanya ataupun kerana ia merupakan satu-satunya gua yang

terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan….Namun…apa yang menyebabkan peminat-

peminatnya datang kesini…hanya mereka yang telah merasai kehebatannya yang dapat

bercerita…. Batu Caves merupakan sebuah gua batu kapur yang telah wujud lebih 100 tahun

dahulu. Terdapat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit di dalam gua ini, antaranya tirai gua,

batu aliran dan mutiara gua. Stalaktit ialah batu kapur yang meruncing ke bawah manakala

stalagmit ialah batu kapur yang berceracak di dalam gua di mana terhasil daripada titisan air

mengandungi sebatian kalsium.

Untuk makluman anda....tempat ini juga sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak.…untuk

anda yang ingin meningkatkan stamina diri juga sesuai….kenapa???Teruskan bersama

saya….Hani Hafiza di Destinasi Pilihan Anda….Selangor fm….100.9~Pilihan Tepat….

Teaser segmen pengenalan lokasi 30 sec

Hmm….terdapat mitos mengatakan kewujudan Batu Caves berasal daripada satu sumpahan

seorang ibu kepada anaknya yang derhaka bernama Si Tanggang….Mesti anda kenal dengan Si

Tanggang kan??dia telah disumpah menjadi batu oleh ibunya yang kecewa dengan sikap derhaka

dan tamak haloba yang tiba-tiba wujud dalam diri Tanggang setelah lama mengembara….

Hmm..namun sejauh mana kebenarannya???Saya sendiri tidak pasti….ada juga yang

mengatakan bahawa orang yang mula-mula menemui gua besar ini ialah orang asli…..dan

Page 2: Batu Caves

seterusnya orang Melayu yang berhijrah ke sini memanggil kawasan ini dengan nama Gua

Batu…

Seterunya…ada juga yang percaya bahawa sebenarnya Batu Caves telah ditemui pada tahun

1878 oleh seorang Pengkaji Haiwan dan tumbuhan Dari Amerika iaitu William Hornaby, ketika

sedang berburu bersama-sama seorang penguasa polis. Sejak itulah kewujudan Batu Caves

disedari…..

Batu Caves yang terletak di dalam sebuah bukit batu kapur 15 km di utara Kuala Lumpur adalah

sebuah tarikan pelancongan yang terkenal di Selangor. Destinasi terkenal ini dikunjungi pelawat

dari serata dunia sewaktu sambutan perayaan tahunan penganut Hindu - Thaipusam. Batu Caves

sememangnya popular di kalangan masyarakat India yang menganut agama Hindu. Ini kerana di

tempat inilah penganut beragama Hindu merayakan sambutan Thaipusam pada setiap tahun.

Sewaktu sambutan perayaan Thaipusam, jumlah penganut agama Hindu yang datang berkumpul

mencecah sehingga sejuta orang. Perayaan ini juga sering mendapat perhatian ramai pelancong

asing yang ingin menyaksikan pelbagai ritual dilakukan sewaktu sambutan diadakan.Ia secara

tidak langsung dapat menarik ramai lagi pelancong luar Negara untuk datang ke Malaysia kerana

disini terdapat pelbagai khazanah yang boleh diterokai dan keindahan yang menakjubkan….

Batu Caves terdiri dari tiga buah gua yang besar termasuk gua utama yang mengandungi kuil

Hindu yang dihiasi dengan ukiran halus. Keunikan yang terdapat di Batu Caves ialah pengunjung

perlu mendaki kira-kira 272 anak tangga untuk sampai ke pintu gua….Malah lebih unik lagi

ialah…anak tangga ini telah dibina sekitar tahun 30-an dan telah beberapa kali diperbaiki selepas

itu….. Berhampiran dengan gua utama ialah Gua Ramayana di mana dinding di dalamnya

terlukis gambaran-gambaran kisah mitos epik India. Bukit batu kapur ini juga merupakan tempat

popular untuk aktiviti memanjat batu…..Ini merupakan salah satu kelebihan yang terdapat di

Batu Caves kerana tanpa disedari….banyak aktiviti yang boleh dijalankan disini seperti…bagi

anda yang gemarkan aktiviti ‘Rock Climbing’….Bukit Damai dan Bukit Nyamuk sentiasa

menanti kehadiran anda….lokasinya??berdekatan sahaja dengan Batu Caves….

Page 3: Batu Caves

Lagu 4 minit

Teaser segmen tips-tips lokasi 30 sec

Lokasi Batu Caves yang terletak di sempadan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan kira kira 43 KM dari bandaraya Shah Alam mungkin menjadi salah satu sebab ia

menjadi tumpuan ramai kerana untuk kesana hanya mengambil masa yang singkat…..Batu

Caves sememangnya terkenal sebagai tempat yang menarik dan unik hanya menanti untuk anda

kunjungi….Sesampainya anda disini….anda bakal terpegun dengan tarikan utamanya…iaitu

sebuah gua batu kapur yang sangat besar…..Malah…ada bahagian gua ini yang bumbungnya

menjulang hingga setinggi 130 meter dari paras lantai gua…..Menarik bukan???

Sedikit tips untuk anda...memandangkan jalan menuju ke pintu gua tidak berbumbung,jadi saya

sarankan anda agar melawat Batu Caves di sebelah awal pagi atau lewat petang semasa cuaca

tidak begitu panas….Anda juga jangan lupa untuk melawat gua-gua yang lebih kecil yang

mengandungi lukisan-lukisan ya….

Untuk kesini juga agak mudah kerana jika anda menaiki kenderaan sendiri,anda hanya perlu

melalui Federal Highway, Lebuhraya PLUS dan NKVE yang hanya memakan masa sebanyak 30

ke 45 minit sahaja…bagi anda yang memilih menaiki pengangkutan awam… Anda boleh

menaiki bas Intrakota No. 11 atau 11D dari Bangkok Bank di Jalan Tun H.S.Lee di tengah-

tengah pusat bandar raya KL…. Namun,saya lebih menyarankan anda supaya mengambil teksi

ke sini kerana menaiki bas mengambil masa yang agak lama….Untuk penginapan juga tidak ada

masalah….kerana anda boleh memilih untuk tinggal di tempat penginapan atau hotel yang

berdekatan sini….anda juga boleh memilih untuk tinggal di Hotel bersekitaran Shah Alam atau

Kuala Lumpur….jadi…jika anda kesini pada waktu pagi dan pulang pada petangnya…anda

bolehlah meneruskan hari indah anda dengan singgah membeli belah di sekitar hotel anda

pula….percutian yang menarik bakal menjadi milik anda…..!!!!

Selain Batu Caves…terdapat juga gua lain juga tidak kurang hebatnya….Di kaki bukit Batu

Caves terdapat Gua Seni yang mempamerkan patung dan lukisan mitologi Hindu….pengunjung

perlu melalui sebuah tasik terlebih dahulu untuk sampai ke gua ini…..Seterusnya…kehebatan

sekitar Batu Caves ini diikuti dengan adanya Gua Kelam….anda boleh melawat gua ini secara

persendirian atau lawatan sambil belajar….kerana harga yang ditawarkan berbeza…..lawatan

Page 4: Batu Caves

anda dimudahkan lagi dengan laluan konkrit yang disediakan….namun,tiada peralatan khas

disediakan…hanyalah kasut keselamatan dan pakaian…..Tips untuk anda yang ingin melawat

gua ini….anda perlu membawa lampu suluh pakaian salinan….Seterusnya….bersedialah untuk

merasai pengalaman yang ekstrim…..

Lagu 4 minit

Teaser segmen petikan berita mengenai lokasi 20 sec

Teaser segmen Vox Pox

Keunikan Batu Caves turut diakui mereka yang tidak menyambut Thaipusam…bagi yang

gemarkan aktiviti lasak…bagi mereka..tempat ini juga sesuai untuk mereka menunjukkan

kehebatan sambil meluangkan masa bersama rakan-rakan yang turut menjalani aktiviti yang

sama……

Page 5: Batu Caves

Lagu 4 minit

Teaser segmen drama destinasi

Hafiz : Assalammualaikum…..jad….lama tak dengar cerita….sihat??

Jad : Waalaikumsalam…sihat…eh…lama tak dengar cerita…tiba-tiba muncul ni….kali

terakhir jumpa pon masa kita sama-sama berkelah di Pantai Morib kan??kenapa hafiz??

nak ajak aku berkelah lagi ke?? Hehe…

Hafiz: biasalah…aku sibuk sikit…itu yang lama tak jumpa kawan-kawan ni….hm…macam tahu

ja.. aku memang nak ajak pegi satu tempat ni…tapi bukan berkelah la….Jom ke Batu

Caves hujung minggu ni….

Jad: Haaa??Batu Caves???buat apa nak kesana??setakat nak panjat anak tangga yang tinggi

tu…malas la nak pegi….

Hafiz: haa…itu la sebabnya aku nak ajak ke sana ni….tahu tak…sebenarnya…kita boleh ‘Rock

Climbing’ di sana…lagipun…tempat tu bukannya terhad untuk bangsa yang

tertentu….kalau kau nak tahu….kawan aku yang masuk marathon bulan lepas tu…dia

berlatih dengan menaiki anak tangga di Batu Caves tau….apa lagi??jom la…

Jad: ok jugak tu…boleh jugak kita berlumba tengok siapa yang berjaya sampai ke puncak

dengan cepat…..aku gerenti mesti aku menang…hehehe….

Hafiz: tak pe….apa-apa….kita jumpa nanti di Batu Caves….

Teaser penutup dan 2 rangkap pantun

Seperti yang kita ketahui….Malaysia dikurniakan dengan gua yang banyak termasuk antara yang

terbesar dan terpanjang di dunia…Kebanyakkannya terselindung di dalam hutan hujan dan paya

bakau yang kaya dan menjadi tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar. Kebanyakan gua di

Malaysia telah dilengkapi dengan laluan bertanda dan platform, namun demikian ada juga yang

hanya boleh dikunjungi dengan menggunakan bot atau memerlukan pelawat bersusah payah

merangkak untuk memasukinya….Namun bagi anda yang berasa susah untuk ke tempat yang

Page 6: Batu Caves

lebih jauh untuk menerokai gua-gua tersebut,di sini ada gua yang begitu mudah untuk anda

kunjungi…..Batu Caves….Jika anda berkunjung kesini…anda juga dapat mengenali dengan

lebih mendalam sejarah dan budaya yang ada disini… Apabila saya melihat disekeliling saya

sekarang….terasa satu ikatan persahabatan yang terjalin apabila pelbagai bangsa dapat dilihat

disini…Jadi bagi anda yang berminat….datang lah ke Batu Caves yang menjadi antara lokasi

utama pelancong jika ke Selangor Darul Ehsan….Temuilah Destinasi Pilihan Anda di

sini….Setia bersama saya untuk Destinasi akan datang…..Selangor fm….100.9~Pilihan Tepat….

Pantun :

i) Pergi kenduri membawa sia,

Sambil berjalan memakan anggur,

Pelbagai gua ada di Malaysia,

Namun hanya satu ada di Selangor,

ii) Bergayanya dia tidak terhingga,

Kasut berkilat ditangannya briefcase,

272 jumlah anak tangga,

Inilah dia keunikan Batu Caves

Page 7: Batu Caves

Jelas menunjukkan bahawa terdapat kehidupan yang tertumpu di dalam gua-gua di Malaysia. Ini

terbukti dengan penemuan bahan artifak yang berusia lebih 40,000 tahun di tapak kaji purba.

Malah terdapat lukisan purba di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini.

Terdapat juga beberapa buah gua yang menyumbang peranan di dalam industri sarang burung.

Pemungut sarang burung akan memanjat tangga buluh hingga ke siling gua untuk mendapatkan

sarang-sarang burung yang terbentuk dari air liur burung tersebut. Sarang burung ini dijual pada

harga yang mahal kerana ianya dipercayai mempunyai khasiat perubatan.