Bayaran Permohonan Laporan Perubatanhsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/pamplet-lp-hsb.pdf · kepada...

2
Bayaran Permohonan Laporan Perubatan Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 – Bagi warganegara asing. Jenis Laporan Jadual Caj Bayaran Warganegara RM Warga Asing RM Laporan ringkas/ pendapat disediakan oleh Pegawai Perubatan 40 80 Laporan ringkas/ pendapat disediakan oleh Pakar 80 160 Pendapat lengkap disediakan oleh Pakar *200 -1000 *400 - 2000 * Bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan perubatan. Catitan : Caj bagi Orang Asing adalah dua kali ganda daripada caj warganegara mengikut Perkara 3.4. Caj Pelbagai (Jadual H Bahagian 2 , 3 dan 4) di bawah Peruntukan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 Caj Baru Bagi Pesakit Orang Asing. Visi Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sungai Buloh berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Kesihatan Pesakit untuk memenuhi keperluan perancangan, perlaksanaan, pengawasan dan penilaian rancangan, perkhidmatan dan program hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Misi Ke arah menyediakan maklumat kesihatan pesakit di hospital yang berkualiti dengan menggunakan teknologi bersesuaian untuk kegunaan semua peringkat dengan cepat, tepat dan berkesan. Nilai Kualiti, Profesional, Kerja Berkumpulan dan memberikan Perkhidmatan Mesra Pelanggan. PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN JABATAN REKOD PERUBATAN HOSPITAL SUNGAI BULOH Aras 3, Hospital Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh, Selangor 03-61454333 ext : 4360 / 4363 / 4366

Transcript of Bayaran Permohonan Laporan Perubatanhsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/pamplet-lp-hsb.pdf · kepada...

Page 1: Bayaran Permohonan Laporan Perubatanhsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/pamplet-lp-hsb.pdf · kepada wakil untuk ... membawa surat kebenaran dari waris terdekat tersebut dan salinan surat

Bayaran Permohonan Laporan Perubatan

Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 – Bagi warganegara asing.

Jenis Laporan

Jadual Caj Bayaran

Warganegara RM

Warga Asing RM

Laporan ringkas/ pendapat disediakan oleh Pegawai Perubatan

40

80

Laporan ringkas/ pendapat disediakan oleh Pakar

80

160

Pendapat lengkap disediakan oleh Pakar

*200 -1000

*400 - 2000

* Bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan perubatan. Catitan : Caj bagi Orang Asing adalah dua kali ganda daripada caj warganegara mengikut Perkara 3.4. Caj Pelbagai (Jadual H Bahagian 2 , 3 dan 4) di bawah Peruntukan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 Caj Baru Bagi Pesakit Orang Asing.

Visi Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sungai Buloh berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Kesihatan Pesakit untuk memenuhi keperluan perancangan, perlaksanaan, pengawasan dan penilaian rancangan, perkhidmatan dan program hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Misi Ke arah menyediakan maklumat kesihatan pesakit di hospital yang berkualiti dengan menggunakan teknologi bersesuaian untuk kegunaan semua peringkat dengan cepat, tepat dan berkesan. Nilai Kualiti, Profesional, Kerja Berkumpulan dan memberikan Perkhidmatan Mesra Pelanggan.

PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

JABATAN REKOD PERUBATAN

HOSPITAL SUNGAI BULOH

Aras 3, Hospital Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh, Selangor

03-61454333 ext : 4360 / 4363 / 4366

Page 2: Bayaran Permohonan Laporan Perubatanhsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/pamplet-lp-hsb.pdf · kepada wakil untuk ... membawa surat kebenaran dari waris terdekat tersebut dan salinan surat

Jenis Laporan Perubatan 1) Laporan Perubatan Biasa. 2) Laporan Perubatan Pakar Terperinci. 3) Laporan Bedah Siasat. 4) Borang PERKESO 5) Borang Buruh 90 (Perakuan Perubatan

Ordinan Pampasan Pekerja, 1952). 6) Borang Tuntutan Insuran. 7) Borang KWSP. 8) Lain-lain borang yang berkaitan. Cara Memohon Melalui Pos. Dokumen yang perlu dilampirkan bersama : 1. Surat permohonan dan Surat kebenaran

mengeluarkan laporan daripada pesakit atau waris terdekat sekiranya pesakit telah meninggal dunia.

2. Salinan Kad Pengenalan Pesakit 3. Salinan Kad Rawatan Pesakit 4. Salinan Sijil Cuti Sakit 5. Salinan Kad Pengenalan

Ibu/Bapa/Penjaga yang sah (bagi pesakit yang berumur 18 tahun ke bawah)

6. Surat keizinan asal dari pesakit/waris (bagi permohonan melalui Agen/Wakil

Insurans,Peguam dan lain-lain) 7. Surat kebenaran kepada wakil untuk

mengambil / menerima laporan perubatan yang telah siap sekiranya penerima laporan adalah bukan pesakit.

8. Borang yang berkaitan misalnya borang insuran, Buruh 90, PERKESO, BAT 117 dan sebagainya.

9. Bayaran dalam bentuk Cek / Kiriman Wang / Kiriman Wang Pos hendaklah dialamatkan ke atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh (Sila rujuk jadual caj bayaran)

10. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengarah Hospital Hospital Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan (U/P : Ketua Jabatan Rekod Perubatan)

Laporan perubatan akan disiapkan oleh

Pegawai Perubatan yang berkenaan dalam

tempoh 4 minggu tidak termasuk Laporan

Perubatan Pakar Terperinci.

Cara Memohon Laporan Di Kaunter 1. Pemohon / wakil perlu hadir di Jabatan

Rekod Perubatan. 2. Dokumen yang perlu dibawa bersama:-

i. Borang permohonan yang lengkap. (borang disediakan di kaunter)

ii. Salinan Kad Pengenalan Pesakit iii. Salinan Kad Rawatan Pesakit iv. Salinan Sijil Cuti Sakit

v. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga yang sah (bagi pesakit yang berumur 18 tahun ke bawah)

vi. Salinan Sijil Kelahiran Pesakit (bagi pesakit yang berumur 18 tahun ke bawah)

vii. Surat keizinan asal dari pesakit/waris (bagi permohonan melalui Agen/Wakil Insurans,Peguam dan lain-lain)

viii. Surat kebenaran daripada pesakit atau waris terdekat sekiranya pesakit telah meninggal dunia.

ix. Surat kebenaran kepada wakil untuk mengambil laporan perubatan yang telah siap sekiranya tidak dapat hadir.

x. Borang berkaitan misalnya borang insuran, buruh 90, PERKESO, KWSP, BAT 117.

xi. Bayaran (Sila rujuk jadual caj bayaran)

3. Permohonan laporan perubatan oleh waris terdekat bagi pesakit yang meninggal dunia hendaklah disertakan salinan surat pengebumian / sijil daftar kematian. Jika pemohon mewakili waris terdekat, mestilah membawa surat kebenaran dari waris terdekat tersebut dan salinan surat pengebumian.

4. Permohonan laporan perubatan bagi pesakit bukan warganegara yang hidup atau meninggal dunia mestilah disertakan surat kebenaran pesakit atau waris terdekat. Sekiranya pesakit tiada waris atau waris tidak dapat dikesan, surat pengesahan dari kedutaan dan surat akuan sumpah dari pesuruhjaya sumpah diperlukan.

Nota: Surat kebenaran dalam bentuk fotokopi atau melalui fax tidak akan di terima.

Permohonan Laporan Perubatan

Waktu Pendaftaran Permohonan Laporan

Isnin – Khamis 8.00 pagi – 1.00 tengahari 2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat 8.00 pagi − 12.15 tengahari 2.45 petang − 5.00 petang