Bbm 3110 Sintasis
-
Upload
violett-viel -
Category
Documents
-
view
176 -
download
2
description
Transcript of Bbm 3110 Sintasis
BBM 3110 SINTASIS 2013
PENGENALAN
Menurut Nik Safiah Karim (2004), secara umumnya, tatabahasa dalam
bahasa Melayu mencakupi dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi
ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Sintaksis
pula merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah bidang tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Sintaksis memberi
tumpuan kepada aspek-aspek berikut:
i. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta permbahagian subjek dan predikat;
ii. Jenis ayat, iaitu ayat ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan;
iii. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
iv. Susunan ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
v. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan susunan songsang;
vi. Binaan dan proses penerbitan ayat;
vii. Ayat dasar;
viii. Ayat tunggal; dan
ix. Ayat terbitan dan ayat majmuk.
Sintaksis berasas dari perkataan Yunani iaitu sun yang bermaksud “dengan”
dan tattein yang bermaksud “menempatkan bersama-sama”. Oleh yang demikian,
secara etimologi sintaksis dapatlah ditafsirkan sebagai menempatkan bersama-
sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
Binaan sintaksis dikaji daripada dua aspek iaitu proses unsur-unsur sintaksis
bergabung menjadi frasa dan ayat dan proses struktur ayat yang dibina serta fungsi-
fungsinya. Ini dilakukan dengan melihat pola-pola sintaksis yang dibina dan
fungsinya. Hubungan sintaksis itu ialah hubungan antara kata dengan kata dalam
membina frasa dan ayat. Khususnya, hubungan sintaksis melihat proses pembinaan
BBM 3110 SINTASIS 2013
unsur-unsur sintaksis iaitu kata, frasa,, klausa dan ayat berhubung membentuk
binaan sintaksis.
BBM 3110 SINTASIS 2013
ANALISIS KOMPONEN SINTAKSIS
BBM 3110 SINTASIS 2013
1.0 FRASA
1.1 KONSEP FRASA
Frasa ialah unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan,
dan berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Menurut kamus
dewan Edisi Keempat, frasa merupakan kumpulan kata yang membentuk unit
sintaksis sesuatu klausa. Frasa ialah unit tatabahasa dalam tatatingkat suatu frasa
dan seterusnya menjadi unit terpenting dalam sintaksis. Ini disebabkan oleh frasa
memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat.
Za’ba (1965) berpendapat bahawa frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang
ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek
semantik. In juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Menurut Bloomfield
(1964), frasa merupakan satu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk
bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan. Namun begitu, tafsiran yang
dicadangkan oleh Bllomfield ini kurang sempurna apabila digunakan untuk
menganalisis frasa dengan kaedah transformasi.
Menurut tatabahasa transformasi generatif pula, frasa mungkin juga terdiri
sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja
dan kata adjektif. Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sebagai
satu frasa.
Komponen Sintaksis
Frasa
Klausa
Ayat
Jenis-jenis ayat
Proses penerbitan ayat
BBM 3110 SINTASIS 2013
Frasa terbahagi kepada dua komponen utama iaitu frasa endosentrik dan
frasa eksosentrik. Frasa endosentrik terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan
frasa adjektif, manakala frasa eksosentrik pula terdiri daripada satu jenis frasa
sahaja iaitu frasa sendi nama.
1.2 KOMPONEN FRASA
a) Frasa endosentrik
Frasa endosentrik merupakan frasa yang sekurang-kurangnya salah satu
unsurnya mempunyai distribusi dalam ayat yang sama dengan distribusi seluruh
frasa berkenaan. Dengan distribusi dimaksudkan tempat tempat yang dimasuki oleh
frasa yang berkenaan menganggotai sistem yang sama oleh seluruh frasa.
Contoh:
rumah besar
Frasa ini mempunyai dua unsur iaitu rumah dan besar. Di antara dua unsur
itu, rumah memasuki sistem yang sama dengan rumah besar.
Contoh ayat :
i. Rumah besar itu kepunyaan jutawan kampung ini.
ii. Rumah itu kepunyaan jutawan kampung ini.
Berdasarkan ayat tersebut, kita melihat bahawa rumah besar merupakan
frasa endosentrik. Dalam masa yang sama, pada ayat kedua, kita dapat melihat
kedudukan rumah sebagai unsur utama kepada rumah besar. Unsur utama ini
dikenali sebagai inti frasa manakala, unsur yang bukan unsur utama dikenal sebagai
keterangan. Dalam contoh ayat di atas, unsur keterangannya ialah besar.
Berdasarkan huraian tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa sistem yang
dimasuki oleh kata inti itulah yang menentukan sistem keseluruhan frasa. Ini
bermakna bahawa jika kata inti itu kata nama, maka frasa yang dianggotainya
adalah frasa nama dan demikian juga seterusnya.
b) Frasa eksosentrik
Frasa eksosentrik merupakan frasa yang tidak satu pun unsur di dalamnya
memasuki sistem yang sama dengan keseluruhan frasa, frasa-frasa adverb
yang dibentuk dengan partikel merupakan frasa eksosentrik, kerana tidak ada
unsur yang dapat diambil sebagai inti dan juga keterangan.
Contohnya, adverb-adverba seperti di rumah (adverba tempat),
dengan kapal terbang (adverba alat). Jika rumah dan kapal terbang
BBM 3110 SINTASIS 2013
dipisahkan daripada partikel yang bergabung dengan masing-masingnya,
maka kata-kata ini tidak dapat berfungsi lagi sebagai adverba, sedangkan
partikel-partikel berkenaan memang tidak dapat berdiri sendiri.
Selain frasa endosentrik dan frasa eksosentrik, terdapat juga beberapa frasa
lain seperti:
a) Frasa selapis
Frasa baik endosentrik mahupun eksosentrik, yang tidak dapat
dipisahkan lagi kepada frasa yang lebih kecil. Contoh-contoh yang
diberi ialah bahagian sebelum ini merupakan frasa selapis.
b) Frasa kompleks
Frasa kompleks merupakan frasa yang terdiri daripada gabungan dua
frasa atau lebih. Gabungan itu boleh merupakan gabungan setaraatau
juga gabungan berlapis.
c) Frasa kompleks setara
Gabungan setara merupakan kata penghubung dan. Gabungan jenis
ini melibatkan sistem atau subsistem yang sama. Misalnya, kebun
kelapa dan sawah padi, pelajar universiti dan pensyarah mereka, ibu
mertua dan menantu perempuannya.
Sesuatu frasa dalam jenis ini boleh juga terdiri daripada gabungan kata
nama dengan kata nama dengan kata nama (KN+KN), kata kerja
dengan kata kerja (KK+KK) dan kata adjektif dengan kata adjektif
(KA+KA).
Syarat bagi gabungan ini ialah setiap gabungan itu hendaklah
memasuki sistem yang sama. Syarat kedua pula ialah unsur-unsur itu
hendaklah merupakan sinonim atau antonim satu sama lain. Dengan
itu, kita dapat menghasilkan frasa setara sinonim dan frasa setara
antonim. Frasa yang tidak memenuhi syarat yang kedua ini disebut
sebagai frasa setara pelengkap.
Frasa setara sinonim
Contoh : sahabat handai, ribut taufan, tingkah laku dan seiring
sejalan.
Frasa setara antonim
BBM 3110 SINTASIS 2013
Contoh : ibu bapa, suami isteri, dosa pahala dan naik turun.
Frasa setara pelengkap
Contoh : sawah ladang, sirih pinang, makan minum dan kecil
molek.
Dalam jenis ini terdapat juga frasa yang lebih luas seperti kain
songket baju kebaya, nasi lemak sambal udang, nasi ulam
sayur keladi.
Gabungan setara yang menghasilkan frasa sinonim, antonim dan
pelengkap ini tidak memerlukan kata penghubung setara, tetapi jika
kita hendak menjadikannya lebih jelas bolehlah digunakan dan.
d) Frasa kompleks berlapis
Frasa kompleks berlapis lebih mudah dilihat berdasarkan konstruksinya,
sama ada endosentrik atau eksosentrik. Penggabungan yang menghasilkan
frasa kompleks jenis ini boleh merupakan gabungan konstruksi yang sama,
atau juga gabungan konstruksi yang berlainan.
Contohnya :
Endosentrik + Endosentrik
Rumah besar berwarna kuning
Eksosentrik + Eksosentrik
Di dapur di atas para
Endosentrik + Eksosentrik
berjalan kaki ke Gunung Tahan
1.3 Jenis-jenis Frasa
Frasa terdiri daripada empat jenis iaitu:
i. Frasa nama
ii. Frasa adjektif
iii. Frasa kerja
iv. Frasa sendi nama
BBM 3110 SINTASIS 2013
Binaan Frasa Nama
Binaan frasa nama (FN) boleh terbentuk daripada satu perkataan
sahaja ataupun sederetan perkataan. jika dibentuk oleh sederetan
perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu.
hubungan pertama ialah jenis yang terdiri daripada inti bagi seluruh
frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain
merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang
kedua
Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili
seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan
unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
Contoh:
bapa budak itu
Dalam frasa tersebut, intinya ialah bapa, manakala budak dan
itu, ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Berikut
merupakan contoh lain bagi binaan inti + penerang.
Frasa Nama Subjek Predikat
Inti Penerang
Askar Melayu Diraja berbaris di padang.
Guru sekolah agama itu guru saya.
Berikut pula merupakan contoh binaan inti + inti.
Frasa Nama Subjek Predikat
Inti Inti
Kerusi meja untuk pelajar-pelajar sahaja.
Ibu bapa tidak perlu datang.
Binaan frasa nama : Inti + Penerang
BBM 3110 SINTASIS 2013
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai
hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis
hubungan berikut:
a) inti + penerang nama
b) inti + penerang bukan nama
a) Inti + penerang nama
Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen ayat terdiri
daripada kata nama, manakala intinya pula terdiri daripada kata nama
dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur
penerang boleh merupakan:
Penerang nama keturunan
Contoh : orang Melayu, askar British
Penerang nama jenis
Contoh : harimau bintang, kelapa sawit
Penerang nama penyambut
Contoh : penjaga stor, pengurus syarikat
Penerang nama kegunaan
Contoh : alat pemadam, sabun pencuci
Penerang nama kelamin
Contoh : ayam jantan, kaum wanita
Penerang nama tempat
Contoh : penduduk bandar, anak Johor
Penerang nama arah
Contoh : kawasan barat, angin timur
Penerang nama anggota badan
Contoh : jam tangan, gelang kaki
Penerang nama tenaga penggerak
Contoh : lampu minyak, dapur gas
Penerang nama hal atau perkara
Contoh : lesen perniagaan, borang pendaftaran
Penerang nama milik
BBM 3110 SINTASIS 2013
Contoh : rumah saya, pekerjaan mereka
Penerang nama khas
Contoh : Republik Indonesia, Gunung Kinabalu
Penerang nama panggilan atau gelaran
Contoh : Haji Ahmad, YB Senator Fatimah
b) Inti + Penerang Bukan Nama
Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima
penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama
terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang
bukan dari kelas kata nama iaitu:
Penerang penentu
Penentu hadapan : lima orang askar, sepuluh buah bangunan
Penentu belakang : orang itu, rumah ini
Penerang kata kerja atau akar kata kerja
Contoh : mesin jahit, meja makan
Penerang kata adjektif
Contoh : anak muda, minyak wangi
Penerang kata adverba
Contoh : masa serentak, cara demikian
Penerang frasa sendi nama
Contoh : rumah di bandar, kehidupan pada masa ini
Penerang bilangan ordinal
Contoh : tempat pertama, tingkat sepuluh
Binaan Frasa Nama : Inti + Inti
Binaan frasa nama inti + inti ini tidak mempunyai unsur penerang,
kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua
kata nama ini. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna
penerang.
Terdapat dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti iaitu
berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan.
BBM 3110 SINTASIS 2013
a) Inti + inti dengan maksud sama erti.
b) Inti + inti dengan maksud lawan erti
a) Inti + inti dengan maksud sama erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa
demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semacam
ulangan. Contoh:
Frasa Nama
Inti Inti
tubuh badan
wang ringgit
b) Inti + inti dengan maksud lawan erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa
nama jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya:
Frasa Nama
Inti Inti
kerusi meja
lelaki perempuan
Susunan Konstituen Frasa Nama
Terdapat peraturan tertentu yang menghasilkan susunan kedudukan
konstituen-konstituennya, iaitu yang hadir dahulu dan unsur yang hadir kemudian.
Peraturan D-M (Hukum D-M)
D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (D). Dalam peraturan ini,
unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan
pertama dan unsur pertama menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir
pada kedudukan yang kedua. Contohnya:
Frasa Nama
BBM 3110 SINTASIS 2013
Diterangkan (D) Menerangkan (M)
orang lelaki
kelapa sawit
Mengikut peraturan ini, penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang
bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak diterima. Sebagai
contoh, Aminah Restoran, Gigi Klinik dan Tenggara Asia.
Kekecualian Hukum D-M
Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang
diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dengan penggunaan, terutama pada
nama-nama jawatan. Contohnya :
Frasa Nama
Penerang (M) Yang diterangkan (D)
perdana menteri
timbalan pengerusi
Penerang
Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan
kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti berikut:
a) Penerang adjektif yang menerangkan inti harus hadir sesusah inti itu diikuti
oleh penerang yang lain., manakala penentu belakang hadir di belakang
sekali. Secara aturan, susuannya adalah seperti berikut:
Inti + Penerang adjektif + Penerang + Penerang belakang
BBM 3110 SINTASIS 2013
Contoh :
Frasa Nama
Inti Penerang adjektif Penerang Kata
Nama
Penerang
Belakang
Kereta baharu ayah itu
Pejabat lama pengurus itu
Jika sekiranya kata adjektif bertugas sebagai penerang kepada kata inti yang
berbentuk kata majmuk, maka perkataan itu boleh hadir di belakang kata majmuk.
Misalnya, pasaran sekuriti lengkap.
lengkap ialah kata adjektif yang menerangkan kata majmuk pasaran
sekuriti.
b) Unsur penerang boleh juga merupakan satu binaan frasa tersendiri yang
mengandungi unsur-unsur inti dan penerang. Dalam keadaan demikian, unsur
penerang itu menerangkan unsur inti yang ada pada frasa penerang, dan
bukan menerangkan unsur inti bagi frasa nama. Dalam kehadiran begini, kata
adjektif wujud sesudah inti. Contohnya :
Frasa Nama
Inti Penerang I
(Adjektif)
Penerang II (Frasa) Penentu
belakangInti Penerang
kereta baharu ayah saya itu
pejabat lama pengurus syarikat itu
Hubungan unsur-unsur yang ada pada frasa nama tersebut boleh ditunjukkan
melalui gambar rajah berikut. Garis-garis pada gambar rajah itu menghubungkan
unsur-unsur yang paling rapat dari segi makna.
Kereta baharu ayah saya itu
BBM 3110 SINTASIS 2013
c) Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu dengan unsur yang kedua
dan unur yang pertama merujuk benda yang serupa. Contohnya:
Frasa Nama Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Nama
Seorang wanita melayu pemenang hadiah itu telah tampil ke hadapan.
Sebuah jentera kecil alat pendingin udara terpasang di dinding itu.
Frasa Kerja
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan
atau lebih yang intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata
kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif
boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan
perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek
serta unsur-unsur lain. Berikut adalah contohnya:
Subjek Predikat
1. Ali
2. Mereka
3. Budak itu
menang.
sedang tidur.
sedang membaca buku
Binaan Frasa Kerja
Binaan frasa kerja terdiri daripada dua jenis iaitu:
i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak
perlu disambut oleh seorang frasa nama sebagai obejk untuk
melengkapkannya. Frasa kerja demikian mengandungi frasa kerja tak
transitif.
Contoh ayatnya ialah:
Ali menang.
Mereka sedang tidur.
Dalam ayat di atas, kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai
objek tetapi terdapat unsur-unsur lain yang hadir bersamanya iaitu kata
bantu dan unsur keterangan.
BBM 3110 SINTASIS 2013
ii) Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya mesti
disambut oleh frasa nama, sebagai objek untuk melengkapkan kata
kerjanya. Frasa kerja yang sedemikian mengandungi kata kerja tak
transitif. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.
Subjek Frasa Kerja
Kata Kerja Objek Keterangan
Kami makan ayam goring itu.
Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada
kata kerja sebelumnya. Sebagaimana dengan frasa kerja tanpa objek,
unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa
kerja dengan objek.
Binaan frasa kerja tanpa objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri
daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja
tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak perlu
disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang
mengikuti frasa kerja transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh
mengalami proses pasif.
Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu
bermaksud kata kerja dalam ayat itu bukan kata kerja transitif dan oleh
itu, tidak memerlukan objek.
Terdapat tiga jenis kata kerja tak transitif seperti yang berikut:
1. Kata kerja tak transitif yang tidak menerima unsur pelengkap.
2. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap
sesudahnya.
3. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai
penerang.
BBM 3110 SINTASIS 2013
a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang tidak memerlukan
apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya:
Semua penonton bangun.
Kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan pelengkap ialah kata
kerja yang mempunyai makna yang sempurna.
b) Kata kerja tak transitif dengan pelengkap ialah kata kerja yang
tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh
unsur pelengkap. Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana
ayatnya tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif
tersebut ialah beransur, tinggal, menjadi, berbuah dan sebagainya.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak
transitif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
1. Kata adjektif dengan pelengkap iaitu hadir sesudah
kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya.
2. Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir
selepas kata kerja tak transitif mendukung makna tempat
sebagai unsur-unsur yang melengkapkan kata kerja tak
transitif.
3. Kata nama sebagai pelengkap iaitu mesti diikuti dengan
pelengkap kata nama. Pelengkap tersebut boleh
dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar
pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat.
Terdapat dua kumpulan kata kerja tak transitif yang
memerlukan pelengkap demikian iaitu:
a. Kata kerja berimbuhan ber-...-kan
b. Boleh diikuti kata nama sebagai pelengkap
(menjadi dan ada).
BBM 3110 SINTASIS 2013
c) Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang
Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif
bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh
dipasifkan. Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata
kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang
boleh digugurkan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja
demikian.
Binaan Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang
dibentuk oleh akta kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang
mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. Frasa kerja dengan satu objek
2. Frasa kerja dengan dua objek
Frasa Kerja dengan Satu Objek
Contoh frasa:
Saya menjawab surat itu.
Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi
membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata
penguat dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan.
Contoh frasa :
Filem itu sungguh menyeramkan (kami).
Frasa Kerja dengan Dua Objek
Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai
intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek
kepada kata kerja itu. Objek-objek itu mempunyai fungsi yang
berbeza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi.
Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara
langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah
BBM 3110 SINTASIS 2013
objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada
kata kerjanya.
Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Dalam ayat, unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata
bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna
yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu:
i) Kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja;
dan
ii) Kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata
kerja.
i) Kata Bantu Aspek
kata bantu aspek menerangkan waktu kerja yang dilakukan iaitu sama
ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum
dilakukan. Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa
berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum
dilakukan. Berikut adalah contohnya:
Kata Bantu Aspek
Sudah Dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan
sudah
telah
pernah
masih
sedang
mula
belum
akan
Dalam bahasa Melayu, kata bantu aspek boleh hadir berderetan
mahupun tidak boleh hadir bersama:
Boleh hadir serentak seperti pada contoh berikut:
belum + pernah
sudah + mula
BBM 3110 SINTASIS 2013
Tidak boleh hadir serentak. Misalnya:
akan + belum
pernah + masih
ii) Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja
ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan
sesuatu perbuatan itu dilankukan, misalnya sama ada seseorang itu
mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan
sesuatu perbuatan itu. Antara kata bantu jenis ini termasuklah:
mungkin harus
hendak enggan
dapat mesti
Antara kata bantu yang boleh hadir bersama ialah:
harus + mahu patut + dapat
mesti + mahu mungkin + dapat
Tidak boleh hadir bersama:
hendak + mahu boleh + harus
hendak + harus enggan + patut
Kata bantu aspek tertentu juga boleh hadir bersama-sama kata bantu
ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya.
BBM 3110 SINTASIS 2013
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak
transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku, ayat
yang terbentuk ialah ayat majmuk.
i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen. Contoh ayat:
Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen. Contoh ayatnya
ialah:
Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota.
Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata
adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.
Frasa adjektif boleh memainkan peranan sebagai predikat.
Misalnya:
Subjek (FN) Predikat (FA)
Adiknya sangat pandai.
Markahnya tinggi.
Frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat pula
adalah seperti berikut:
Predikat
Frasa Utama Frasa Adjektif
sebagai Unsur
Keterangan
1. Dia
2. Bayi itu
a) Frasa Kerja
berjalan sangat cepat.
tidur nyenyak sekali.
3. Duta Besar itu
b) Frasa Sendi Nama
Di Beijing paling lama.
BBM 3110 SINTASIS 2013
4. Surat daripada sahabat
penanya
panjang sungguh.
Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri
daripada dua jenis, mengikut binaannya:
i) binaan satu perkataan
ii) binaan dua perkataan
i) Binaan satu perkataan
Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin, tinggi, nakal,
baik dan sebagainya.
Contoh ayat:
Wanita itu sangat baik.
ii) Binaan dua perkataan
Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu:
a) Kata adjektif + Kata adjektif
riang gembira, cantik molek, lemak manis
b) Kata adjektif + kata nama
merah jambu, hijau daun, manis buah
Unsur Penguat dalam Frasa Adjektif
Terdapat tiga jenis unsur penguat iaitu:
a) Penguat hadapan. Contohnya:
terlalu nakal, paling sedap, sangat indah
b) Penguat belakang. Misalnya:
baik sekali, lambat benar, indah nian
c) Penguat bebas. Contoh:
amat indah dan indah amat
sungguh berani dan berani sungguh
BBM 3110 SINTASIS 2013
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Ada tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa,
iaitu:
i) selepas subjek sebagai predikat
Contoh ayat :
Rumah Ali sangat sederhana.
ii) selepas frasa kerja sebagai keterangan
Contoh ayat:
Dia tidur sungguh nyenyak.
iii) selepas frasa nama sebagai penerang
Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya.
Frasa Adjektif dengan Ayat Kompelemen
Ayat Induk dengan Frasa Adjektif Ayat Komplemen
Para peserta amat sedar Bahawa persiapan mereka tidak
mencukupi.
Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri
daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu. kata sendi nama juga
merupakan morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa
nama.
Antara kata sendi nama ialah di, ke, dari, daripada, kepada,
untuk, bagi dan sebagainya.
Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama boleh terbentuk dari salah satu binaan berikut:
i) Kata sendi nama + Frasa Nama
Contoh :
di jambatan
BBM 3110 SINTASIS 2013
untuk pelajar-pelajar baharu
ii) Kata sendi nama + Kata Arah + Frasa Nama
Contoh :
di belakang rumah
dengan belakang parang
iii) Kata sendi nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh :
ke negeri Jepun pada tahun lalu
dari Johor dengan bapanya
iv) Kata sendi nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh :
ke selatan negeri Jerman pada musim panas
di atas pangkuan ibu saban hari
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
i) Predikat frasa sendi nama
Konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai
susunan yang biasa.
Contoh ayat:
Mereka ke sawah setiap pagi.
ii) Frasa sendi nama sebagai keterangan
Wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa nama. Contoh ayat:
Kereta api bertolak pada pukul lima pagi. (FK)
Budak itu kurus seperti galah. (FA)
Kain daripada sutera mahal harganya. (FN)
BBM 3110 SINTASIS 2013