Bbm Dekak Dekak

35
1.0 Pendahuluan. Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari, Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya. Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini. Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu

description

bbm dekak-dekak

Transcript of Bbm Dekak Dekak

Page 1: Bbm Dekak Dekak

1.0 Pendahuluan.

Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan

masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru

perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai

dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan

pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan

kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep

pelajaran yang dipelajari,

Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan

bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan

pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai

contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting

untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu

pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos

itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya.

Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh

digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih

bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang

kian berkembang pada zaman kini.

Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke

dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan

menghadapi praktikum. Oleh itu dengan  bimbingan yang diberikan sebelum, semasa

dan selepas akan dipraktikkan agar pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan

baik. 

Posted by nurfadhillah ghazali at 23:53 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Esei Pendek - Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan

2.0 Esei Pendek

Page 2: Bbm Dekak Dekak

2.1  Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan  dan Menghasilkan    PdP yang berkesan

Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif sangat

digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para

guru dapat menarik perhatian murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran

berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik,

seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos

sebagai alat untuk menjayakan proses PdP.

Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan

suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif

merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-

murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan.

Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka

dapat belajar dengan baik

Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus

tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan

bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan

dan pandangan seseorang pelajar.

Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar

ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid

yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran

diberi nama ‘alat bantu mengajar’.

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan

pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman

maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan  berinteraksi

dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang

Page 3: Bbm Dekak Dekak

dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap

masalah yang diberi. 

Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran

dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalah Alat bantu

mengajar (resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan

elektronik adalah Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan

buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta,

grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi,

boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata,

patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan   seperti keadaan 

sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).

Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan

mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud

kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan

mereka sendiri. Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan

warna sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.

Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan

semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian

berpesat dengan teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang

teknologi perlu seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki

sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer untuk membuat

resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem

slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang

atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah software

Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat

bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik ,

Page 4: Bbm Dekak Dekak

guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid

atau video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu

yang baru dalam pembelajaran seharian.

Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi

yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan

lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh

menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi

dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru.

Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya interaksi

dua hala di dalam kelas.

Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis

resos yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar

berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resos bercorak

pengalaman dan bahan sebenar. Apa yang dikatakan dengan resos bercorak

pengalaman dan bahan sebenar adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek

pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu

merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan

dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-

tumbuhan dan benda hidup.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos

iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat

penting kerana resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara

keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami

sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai

contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info

tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk yang

dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang.

Page 5: Bbm Dekak Dekak

Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak

digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun

impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan

kesan yang positif terhadap pembelajaran murid tersebut

Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang

baik untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas

diperolehi semasa menggunakan resos adalah Menyediakan satu asas yang kuat untuk

sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.  Klien seseorang

guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun.

 Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang menarik,

berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat menguasai

konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan

resos tersebut dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran

dengan lancar.

Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu

menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik

dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang

berlainan, apabila guru menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih

terangsang dan bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap

akan membuatkan murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru

sedang mengajar.

Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalah Menghasilkan pembelajaran

yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan pembelajaran yang lebih

kekal adalah, kita sering didedahkan dengan pepatah dari Confucius bahawa ‘i hear i

forget i see i remember i do i understand’. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi

penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung.

Page 6: Bbm Dekak Dekak

Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu,

murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di

fikiran murid kerana jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami

dengan sepenuhnya. Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan

menggunakan papan hitam dan kapur atau papan putih dan ‘pen marker’, pengajaran

juga tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan ingat

tanpa memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran yang dipelajari. Namun, jika

guru yang cemerlang menggunakan resos bahan maujud, elektronik dan sebagainya

untuk proses pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih memahami konsep

pelajaran yang ingin ditekankan oleh guru.

Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat dimana akan

memberikan murid pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di

kalangan pelajar. Resos yang berbentuk maujud akan membuat murid untuk

memegang dan mencuba sendiri untuk memahami pembelajaran dengan bantuan guru

dan alat itu sendiri. Kaedah kooperatif  boleh digunakan  semasa menggunakan resos

dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ murid dapat berbincang

dengan rakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos yang telah

disediakan oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing

murid sahaja.

Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan

pembelajaran berlaku dengan menggunakan resos adalah resos dapat menyediakan

pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan

menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Sebagai contoh, buku rujukan

atau buku teks tidak dapat membantu secara menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu

digunakan dan penggunaan resos perlulah bersistematik dan senang diuruskan serta

beragam. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan guru dan murid menggunakan

resos yang dibuat.

Page 7: Bbm Dekak Dekak

Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi pembelajaran dan

pembelajaran kerana memudahkan murid untuk lebih fahami konsep. Sekiranya guru

hanya mengajar secara lisan tanpa menunjuk contoh maujud pada murid, murid hanya

akan faham tanpa memahami secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu,

dengan penggunaan resos murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami

pengalaman sendiri untuk memahami konsep dan merasai apa yang ingin

diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar.

Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan

pengajaran adalah cara penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai sempoa.

Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada murid pada

peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan penggunaan abakus

adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan

masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas,

meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama

murid ketika mengendalikan abakus.

 Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid

tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul

Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan telah disusun daripada tahap

pengenalan sehingga peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya

kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan abakus.

Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan sebaiknya. Pada

permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerangkan kepada

murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan abakus dalam kehidupan harian.

Seterusnya, murid akan diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang

nombor menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid

dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin membawa pendekatan

pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru menunjukkan demosntrasi

menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.

Page 8: Bbm Dekak Dekak

Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara

iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan aktiviti yang kami telah

hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah

tersebut. Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan

terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka.

Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui abakus murid

dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik.

 Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan

nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh membanding-beza yang mana

satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat

menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu

menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang

dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan

setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai

menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk

menumpukan dengan penuh perhatian.

Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana ringan dan

boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara pembuatannya juga

mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh

dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid

yang sedikit. Hal ini demikian kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu

kumpulan, setiap murid berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan

dekak-dekak tersebut.

Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan mengikut

kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama dengan

penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara penggunaan

Page 9: Bbm Dekak Dekak

boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar

mendapat cara baru untuk mengajar murid-murid di sekolah.

Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan jumlah dekak-

dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah terbukti

keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja, tugas juga juga kian

mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh digunakan pada bila-bila masa.

Penggunaan dekak-dekak juga boleh digunakan tanpa pengawasan guru secara

terperinci kerana, dekak-dekak tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak

merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar memudahkan

murid-murid memahami konsep penambahan  Bahan-bahan yang dapat dipegang

dandilihat membolehkan murid-murid melakukan aktiviti. Seterusnya, mereka dapat

mengaplikasikannya dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.

Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan kesan yang

mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim dengan blok

Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk pengajaran nilai

tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok logik, yang menggunakan kontemporari bahan

manipulasi dalampengajaran matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang

pendidikan matematik kerana terdapat teori-teori tentang bagaimana struktur matematik

boleh diajar. Gred awal menggunakan penjelmaan pelbagai melalui manipulatif,

permainan, cerita dan tarian.

Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok Dienes. Blok

dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi

konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi. Alat bantuan ini cukup

berkesan untuk pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen dan mencari

sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi

Page 10: Bbm Dekak Dekak

kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di

sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan selesa.

Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk belajar konsep-

konsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira.

Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara yangberbeza untuk menyatakan nombor

dan corak. Blok 3-dimensi an dibuat bahan-bahan yang terpakai dan sebagainya.

Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat membezakan

kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah kiub, mankala jila

nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum serta bentuknya

menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika

murid sudah dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk

menjalankan pergiraan.

Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam pengajaran

matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam bilik darjah dan guru-

guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan

kefahaman merekasendiri tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain

itu, murid-murid apabila menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk

memanipulasi objek - satu teknik penting dalampembelajaran prinsip-prinsip asas

matematik,terutama di peringkat awal perkembangan kognitif. Kajian telah

menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa

merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini pelajar

menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka "membina"

dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa dengan istilah lebih besar, lebih

kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada yang paling dekat nilai,digit tempat.

Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru

terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka

mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang

Page 11: Bbm Dekak Dekak

sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu

melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku.

Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak

guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan

total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah tercipta kerana dengan

setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai  kebaikan

dan kelebihan tersendiri. 

Posted by nurfadhillah ghazali at 22:00 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

3.0 Membina Resos - DEKAK-DEKAK

3.0 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN RESOSMemandangkan topik yang kami pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam

lingkungan 10000 tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina

dekak-dekak. Dekak-dekak merupakan resos utama kami bagi menyokong

pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang akan kami jalankan

melalui pengajaran mikro. Idea pembinaan dekak-dekak ini tercetus setelah kami

berkolaborasi bersama-sama dengan Encik Norhawan bin Misiran dan menyatakan

kepada beliau tentang apa yang kami ingin lakukan. Selain itu, kami juga turut membina

sampul surat, kad nombor, lembaran kerja dan juga video bagi menjayakan lagi proses

PdP.

     3.1 Penghasilan Dekak-dekak

Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan

polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan

oleh murid-murid sekolah rendah. Resos yang ringan juga memudahkan guru-guru

untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu juga, tapak tersebut boleh dibina

mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan ianya begitu mudah untuk

dibentuk dan juga dipotong.

Page 12: Bbm Dekak Dekak

Rajah 3.1.1 : Tapak Dekak-Dekak

Seterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut

daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. Tiang

ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. Memandangkan topik kami

ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan

ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang

tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak.

Page 14: Bbm Dekak Dekak

Rajah 3.1.3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak

           Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada polisterin dan

boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan menarik perhatian murid-murid, tetapi

bentuk kesemua bentuk buah tersebut mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang

dipilih, maka kesemua buah tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di bahagian

tengah pula, ianya ditebuk sebesar saiz batang paip yang digunakan untuk dijadikan

tiang bagi tujuan untuk memasukkan buah tersebut ke dalam tiang. Buah tersebut

digunakan untuk mewakili nilai bagi setiap rumah. Contohnya, 232. Ini bermakna, dua

buah akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke dalam rumah puluh dan dua buah ke

dalam rumah ratus.

Page 16: Bbm Dekak Dekak

Rajah 3.1.5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang

Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan

kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga

mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.

Page 18: Bbm Dekak Dekak

Rajah 3.1.7 : Label rumah dan warna tiang adalah seragam

3.2 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah

            Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022, gunakan

buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor

yang kedua seperti rajah di bawah. Nombor 2311 menggunakan buah berwarna pink

dan nombor 2022 menggunakan buah berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke

dalam rumah mengikut angka yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah

kedua-dua nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah.

Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3  buah di rumah ratus, puluh

Page 19: Bbm Dekak Dekak

dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022 ialah 4333. Begitu mudah melakukan

operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak.

Add caption

Posted by nurfadhillah ghazali at 20:30 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

4.0 Rancangan Pelajaran Harian – Tugasan Berkumpulan

Page 23: Bbm Dekak Dekak

Posted by nurfadhillah ghazali at 19:00 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

5.0 Refleksi Pengajaran Mikro

5.0 Refleksi Microteaching.

Oleh : Nur Fadhillah Binti Ghazali

Unit : PISMP 5.11 (MATEMATIK)

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dan

pasangan saya selesai menjalani micro teaching MTE 3110. Kami mendapat tajuk

Operasi dan kami memilih operasi tambah sebagai topic pengajaran kami. Saya dan

pasangan saya Nur Amalina Syamimi telah berbincang beberapa kali untuk merancang

bagi memilih tahun yang sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam micro

teaching. Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tahun 3 dan topiknya adalah

operasi tambah dalam lingkungan 10000.

Ini merupakan microteaching subjek matematik saya yang pertama. Saya berasa

amat gementar untuk sebelum menghadapi microteaching. Saya dan pasangan

menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menyiapkan bahan untuk

microteaching. Pada bulan ini, jadual semester 5 agak padat dengan pelbagai aktiviti

yang perlu dijalankan sebelum pelajar semester 5 ke praktikum pada 1 April 2013. Kami

Page 24: Bbm Dekak Dekak

perlu membahagikan masa sebijaknya untuk menyiapkan bahan bantu mengajar untuk

microteaching kali ini.

Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk meminta

pandangan dan pendapat untuk isi pengajaran kami untuk mincroteaching. Kami sangat

berterima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk kami dan

memberikan nasihat, pandangan, rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan

microteaching.

 Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya cuba kawal

perasaan saya di hadapan pensyarah pembimbing. Saya telah mengambil bahagian

Langkah 1, langkah 2 dan penutup dalam rancangan pengajaran harian yang telah

kami siapkan. Kelemahan yang saya rasa ada pada diri saya semasa microteaching

adalah saya tidak bersedia dengan secukupnya dan penggunaan kata-kata saya tidak

teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak faham akan arahan.

Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan semasa di hadapan

dan mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan itu sahaja, saya merasakan saya

sangat kalut semasa mengajar sambil menggunakan bahan bantu mengajar. Semasa

saya menggunakan manila kad yang perlu digantung pada paku, paku itu telah tercabut

dan memakan masa saya untuk mengajar serta kelas tidak terkawal pada masa itu

kerana saya sibuk membetulkan manila kad tersebut.

Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching adalah saya dapat

mengawal suara saya yang gementar kepada suara saya yang normal dan saya masih

boleh senyum semasa berhadapan dengan para pelajar. Saya juga merasakan lontaran

suara saya jelas dan boleh didengar oleh satu kelas. Bukan itu sahaja, saya juga

merasakan bahan bantu mengajar kami agak menarik kerana bahan itu adalah bahan

maujud dan boleh digunakan oleh murid itu sendiri untuk lebih memahami konsep

operasi tambah dengan lebih berkesan.

Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk microteaching akan

datang adalah saya perlu memperbaiki tutur kata dan kosa kata semasa saya

Page 25: Bbm Dekak Dekak

mengajar. Selain itu, saya juga perlu menanamkan dalam diri saya agar menjadi lebih

tegas tetapi mesra dengan pelajar.

  

Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik, guru perlu mempunyai unsur

kecindan pada diri agar kelas lebih ceria dan bermaya serta tidak dingin. Bukan itu

sahaja, saya juga merasakan saya perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan

menggunakan sebaik mungkin bahan bantu mengajar supaya memberikan kesan

kepada yang positif kepada para pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih

memahami konsep yang guru ingin pelajari.

Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika di praktikum

kelak kerana sebagai seorang guru, guru perlu menjadi seorang yang kreatif untuk

mempelbagaikan cara sewaktu mengajar dan perlu bijak mengawal kelas tanpa

menggunakan suara yang lantang dan garang agar murid lebih mesra dan lebih dekat

dengan guru.

Posted by nurfadhillah ghazali at 17:30 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

7.0 Refleksi Individu

7.0 REFLEKSI 

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

dan kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang

ditetapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing saya

Datin Zaitun bt Othman kerana sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang

tugasan ini dijalankan. Selain itu, beliau sering memberikan kata-kata rangsangan dan

buah fikiran yang bernas kepada saya agar menyempurnakan tugasan ini dengan baik.

Page 26: Bbm Dekak Dekak

Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang

tidak sangat bermakna pada diri saya. Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari

satu topic pengajaran dalam silibus dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH)

selama satu jam. Saya dan pasangan telah berpakat untuk memilih tajuk operasi

tambah dalam lingkungan 10 000 tahun 3. Kami telah berbincang beberapa kali untuk

mendapatkan hasil RPH yang baik dan berkualiti. Selain itu, kami juga telah berbincang

dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan panduan bagi menyiapkan

rancangan pengajaran harian yang baik. 

Seperti yang sedia maklum, Rancangan Pengajaran Harian adalah sangat

sinonim dengan kerjaya seorang guru. Sebagai seorang guru, mereka perlu mahir

dalam pembikinan RPH dengan lengkap dan teliti untuk memudahkan kelancaran

semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlaku. RPH yang baik adalah RPH

yang mengandungi spesifikasi yang telah ditetapkan dan senang dibaca serta dirujuk.

Saya mengalami kesulitan semasa menyiapkan RPH kerana kadangkala saya terlepas

pandang dengan perkara-perkara seperti nilai yang dipupuk, strategi dan teknik yang

ditekankan dalam RPH. Oleh itu, RPH yang dihasilkan pada oleh saya pada kali

pertama telah dikritik dan telah dimurnikan oleh pensyarah pembimbing. Namun

demikian, saya telah memurnikan RPH yang dibuat oleh saya dan pasangan setelah

mendapat bimbingan oleh pensyarah pembimbing. Saya kini lebih yakin untuk ke

praktikum kerana kini saya lebih mahir untuk membuat RPH berbanding semester

sebelum-sebelum ini yang dulunya terkial-kial untuk membuat RPH.

Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya untuk mencipta resos untuk

digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah

dilakukan. Saya dan pasangan telah berjumpa dengan En Hawan untuk meminta buah

fikiran selain meminta bantuan Datin untuk memberikan idea untuk mencipta resos.

Akhirnya setelah beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk

membuat dekak-dekak bersaiz gergasi. En Hawan telah sarankan kami untuk membuat

dua buah dekak-dekak dan penggunaannya untuk guru dan murid. 

Page 27: Bbm Dekak Dekak

Pada mula pembikinan resos dekak-dekak tersebut, jujur saya katakan, saya

tidak begitu kreatif dalam pemilihan warna-warna dan bercorak. Oleh itu, saya meminta

nasihat rakan-rakan lain untuk membantu saya dalam pemilihan warna. Selain itu, kami

telah membeli barang-barang yang diperlukan untuk mencipta resos dekak-dekak

tersebut seperti polystyrene, mountain board, sugar paper,dan beberapa helai kertas

berwarna. Cabaran yang saya hadapi adalah kelalaian saya dengan penggunaan

benda tajam. Saya tidak sedar saya menggunting tangan saya sendiri semasa

menggunting kertas. Saya hanya sedar apabila darah menitik di atas kertas. Punca

saya cuai semasa melakukan kerja adalah mungkin kerana masa yang suntuk kerana

semester ini kami sangat penuh dengan tugas-tugas lain selain tugasan kerja kursus.

Namun demikian, Alhamdulillah, saya akhirnya dapat siapkan resos yang dikehendaki

pada masa yang telah ditetapkan. Saya dapat membahagikan masa yang singkat

dengan baik untuk menyiapkan semua tugasan yang tarikh hantarnya hampir sama.

Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk melakukan ‘microteaching’ di

hadapan pensyarah pembimbing dan di hadapan kelas. Microteaching ini perlu

dilakukan mengikut RPH yang telah disiapkan. Bukan itu sahaja, microteaching ini juga

dilakukan secara berpasangan dan kami telah membahagikan beberapa langkah untuk

seorang. Saya mengambil langkah 1, langkah 3 dan penutup. Saya berasa amat

gemuruh semasa menjalani microteaching. Hal ini demikian kerana, ini bukannya

perkara yang sering dilakukan, lebih-lebih lagi dihadapan Datin Zaitun. Baju saya

hampir basah kerana hormone adrenaline yang membuak-buak kerana gementar.

Namun saya masih dapat mengawal suara agar tidak keluar suara yang bergetar. Hal

ini demikian, jika suara bergetar, saya tidak dapat meneruskan proses microteaching

kerana akan tersangkut-sangkut.

Namun, setelah beberapa saya mula mendapat rentak dan menarik nafas

panjang untuk menghilangkan ketakutan. Saya juga membuat beberapa kesalah

semasa microteaching kerana saya mempunyai masalah dengan resos yang

digunakan. Oleh itu, dari situ saya telah membuat dalam 3 minit. Masa yang diberikan

hanyalah 20 minit setiap kumpulan. Namun, saya begitu bersyukur kerana berpeluang

Page 28: Bbm Dekak Dekak

untuk melakukan microteaching kerana bagi saya, microteaching adalah satu medium

yang bagus bagi saya untuk menyediakan diri saya untuk berpraktikum pada awal April

kelak. Setelah video yang telah direkod ditayangkan, datin telah memberikan komen

yang membina agar meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan

datang. Oleh itu, saya dapat belajar dari kesilapan setelah menonton video tersebut.

Selain itu, setelah kerja telah siap dilakukan, setiap orang dikehendaki untuk

membina satu blog untuk diletakkan di dalamnya semua tugasan matematik MTE 3109.

Capaian yang di dalam blog tersebut perlulah mudah. Datin telah member cadangan

untuk menggunakan perisian blogspot. Pada mulanya saya berasa risau kerana saya

tidak begitu mahir dengan teknologi terutamanya menulis blog. Namun dengan bantuan

rakan-rakan saya dapat menghasilkan blog yang menarik untuk dibaca dan dilihat oleh

pensyarah pembimbing, Saya mengambil masa juga untuk mempelajari perlahan-lahan

dalam penggunaan pembuatan blog. Blog adalah satu medium berteknologi yang kita

dapat berkongsi dengan orang ramai tentang ilmu yang kita ada.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan kerja

kursus ini dijalankan. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ilmu

dunia penuh manfaat yang akan membawa saya ke akhirat kelak. Saya berharap agar

saya mendapat markah yang baik dan mendapat keputusan yang baik untuk

mengekalkan atau meningkatkan CGPA saya. Sekian terima kasih.

Posted by nurfadhillah ghazali at 15:30 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

8.0 Penutup

8.0 Penutup

Secara kesimpulannya, pelajar yang menyiapkna tugas ini secara tidak langsung

dapat menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran

kanak-kanak dengan nombor melalui pengajaran mikro. Selain itu, pelajar juga dapat

Page 29: Bbm Dekak Dekak

mengesan cara bagaimana untuk mengukuhkan konsep Matematik yang perlu ditanam

pada diri murid-murid melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh

kerana tugasan ini memerlukan pelajar mencipta resos, pelajar telah mengkaji dan

berbincang untuk mencipta resos yang terbaik untuk digunakan.

Kerjasama yang baik dalam satu pasukan akan mengeratkan lagi hubungan

silaturahim sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk berbaik-baik semasa

insane Selain itu, kerja yang dilakukan akan lancar dan dan tidak mengalami kesulitan

sepanjang tugasan dijalankan kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan bertolak

ansur sesama sendiri.

Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif disamping dunia yang

kian maju kerana jika di lihat statistic penggunaan teknologi dari zaman dulu hingga

kini, jumlah pengguna teknologi mengalami kenaikan yang sangat tinggi. Oleh itu,

wajarlah pelajar menggunakan teknologi sebagai satu medium cara menyampaikan

ilmu pengetahuan Matematik.

Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik boleh digunakan dengan pelbagai

medium mengikut kreativiti seseorang guru bagaimana untuk mendidik anak bangsa.

Sebagai guru yang cemerlang dan baik, guru itu sendiri perlu memahamikan akar

pelajaran tersebut iaitu konsep sesuatu topik, barulah ilmu itu akan berkembang.