BBM Makanan Seimbang

21
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DISEDIAKAN OLEH :- FARAH FAZRIYANA BINTI BASRI FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM NOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOL NUR AFIFAH BINTI AHMAD

Transcript of BBM Makanan Seimbang

Page 1: BBM Makanan Seimbang

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH :-

FARAH FAZRIYANA BINTI BASRIFITRI NORLIDA BINTI IBRAHIMNOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOLNUR AFIFAH BINTI AHMAD

Page 2: BBM Makanan Seimbang

Teks petikan

Page 3: BBM Makanan Seimbang

TEKS PETIKANSUMBER MAKANAN YANG MEMBEKALKAN TENAGA

Pengambilan makanan mengikut kuantiti yang betul akan membekalkan tenaga yang digunakan seharian. Sebagai murid kita perlulah makan pelbagai jenis makanan. Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga. Kita juga perlu makan bijirin dan kekacang secukupnya. Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirinatau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun. Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protein dan mempunyai kandungan lemak yang rendah.Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal.

Page 4: BBM Makanan Seimbang

TEKS PETIKANSUMBER MAKANAN YANG MEMBEKALKAN TENAGA

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi

lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat

seperti vitamin A,vitamin C,asid folik, zat besi dan kalsium

yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran

dan buah-buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan

makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk

melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu

mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit

usus (diverticular diseases). Serat juga dapat membantu

mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa

jenis kanser.

Page 5: BBM Makanan Seimbang

TEKS PETIKANSUMBER MAKANAN YANG MEMBEKALKAN TENAGA

Pilihlah makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Lemak

adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk

membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu

vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan

dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang

berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam

badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini

akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak

yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung

koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan

yang lain.

Page 6: BBM Makanan Seimbang

TEKS PETIKANSUMBER MAKANAN YANG MEMBEKALKAN TENAGA

Kita perlulah mengurangkan pengambilan garam dan gula. Kebanyakan

makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula

dan lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos,

garam tidak perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih

dahulu sebelum menambah garam. Kurangkan juga penggunaan gula

dalam penyediaan minuman dan kuih muih. Akhir sekali, kita perlu minum

sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari. Air adalah penting

untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan

mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan

cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti

fizikal. Minumlah air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Dan dalam

keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin,

minumlah air dengan banyak walaupun tidak merasa dahaga.

Page 7: BBM Makanan Seimbang

MEMBACA PETIKAN MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN 1VITAMIN

KUMPULAN 4LEMAK

KUMPULAN 2KARBOHIDRAT

KUMPULAN 3PROTEIN

Page 8: BBM Makanan Seimbang

soalan

Page 9: BBM Makanan Seimbang

SOALAN 1

Apakah sumber tenaga yang paling

utama ?

Vitamin

Lemak

Karbohidrat

Protein

Page 10: BBM Makanan Seimbang

MAAF, jawapan

anda salah. Sila cuba

sekali lagi.

Page 11: BBM Makanan Seimbang

Tahniah!!

Jawapan anda tepat

Page 12: BBM Makanan Seimbang

Apakah kepentingan pengambilan

makanan yang tinggi seratnya?

Melawas pembuangan najis

Memudahkan proses kurus

Membuang lemak

Mencantikkan wajah

SOALAN 2

Page 13: BBM Makanan Seimbang

MAAF, jawapan

anda salah. Sila cuba

sekali lagi.

Page 14: BBM Makanan Seimbang

Tahniah!!

Jawapan anda tepat

Page 15: BBM Makanan Seimbang

Berikut merupakan risiko penyakit

disebabkan pengambilan lemak

KECUALI?

Jantung Keronari

Mudah Pitam

Strok

Obesiti

SOALAN 3

Page 16: BBM Makanan Seimbang

MAAF, jawapan

anda salah. Sila cuba

sekali lagi.

Page 17: BBM Makanan Seimbang

Tahniah!!

Jawapan anda tepat

Page 18: BBM Makanan Seimbang

Berapakah jumlah kuantiti air yang

perlu diminum sehari?

7 hingga 10 gelas

3 hingga 5 gelas

2 gelas dan lebih

6 hingga 8 gelas

SOALAN 4

Page 19: BBM Makanan Seimbang

MAAF, jawapan

anda salah. Sila cuba

sekali lagi.

Page 20: BBM Makanan Seimbang

Tahniah!!

Jawapan anda tepat

Page 21: BBM Makanan Seimbang

SEKIAN ,TERIMA KASIH