Bbm3103

42
05/13/22 1 Kuliah 4A. Bahasa Sastera Prof. Madya Dr Arba’ie Sujud

Transcript of Bbm3103

Page 1: Bbm3103

04/15/23 1

Kuliah 4A. Bahasa Sastera

Prof. Madya Dr Arba’ie Sujud

Page 2: Bbm3103

Justifikasi

• Memahami ciri-ciri bahasa sastera akan membantu untuk mendekati eleman seni bahasa.

• Bahasa sastera bersifat tersendiri dan unik.• Keunikan ini yang menjadikan karya sastera

kaya dengan bahasa, indah dengan makna dan subur dengan interpretasi.

Apr 15, 2023 2

Page 3: Bbm3103

04/15/23 3

Laras Bahasa Sastera

• Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang dipelbagaikan.

• Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi), kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas.

• Bahasa sastera bersifat emotif

Page 4: Bbm3103

Konsep Emotif

• Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai– Sayang– Suka– Duka– Benci

• Diperlihatkan melalui kata, frasa, ayat mahupun wacana.

Apr 15, 2023 4

Page 5: Bbm3103

Contoh

• Emotif sedih– “…Adik. Jangan menangis. Sama sekali jangan

menangis. Itulah satu-satunya permintaan abang yang besar. Beratnya memang berat. Bapa pulang tahun lalu. Kalau ditakdirkan Allah, ibu juga ingin ikut jejak bapa, lepaskan.”

» (Cerpen SN Shahnon Ahmad“Kalau ibu Sampai Takah Tiga”

Apr 15, 2023 5

Page 6: Bbm3103

04/15/23 6

Ciri LB Sastera• Bersifat Imaginatif dan Figuratif• Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.• Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat

melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya.

• Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan • Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara

Shahnon Ahmad.• Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna

daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik, kiasan dan sindiran.

Page 7: Bbm3103

04/15/23 7

Menggunakan Bahasa Hiasan

• Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut.

• Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.• Tujuan lain penggunaan :

– Sebagai hiasan karya – Penyeri jalan terhadap isi cerita. – Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering,

hambar atau menjemukan. • Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan,

peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya.

Page 8: Bbm3103

04/15/23 8

Perlukisan Gambaran yang Jelas

• Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas.

• Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.

• Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa sebagai berikut:

• Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.

Page 9: Bbm3103

04/15/23 9

Penggunaan Bahasa Baku

• Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya.

• Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian.

• Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan masyarakat.

• Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni:– Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa

dan melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi.

Page 10: Bbm3103

04/15/23 10

Bernada Puitis

• Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa yang puitis dan indah.

• Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan puisi begitu memikat serta menghiburkan.

• Karya SN Usman Awang misalnya, banyak memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda.

Page 11: Bbm3103

04/15/23 11

Akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan syurga ilusi ( Kekasih )

KAMI mengunjungi pusara bunda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.

Page 12: Bbm3103

04/15/23 12

Pemilihan Diksi Berkesan

• Memilih perkataan berfungsi memerlukan penyesuaian dengan tema atau persoalan.

• Terdapat beberapa perkataan untuk suatu pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan.

• Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca.

Page 13: Bbm3103

04/15/23 13

Bersifat Komunikatif• Bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan

penulis dengan pembaca. • Penglahiran idea dan plot cerita yang

disampaikan oleh pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang.

• Mewujudkan hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembacan melalui plot penceritaan.

Page 14: Bbm3103

04/15/23 14

Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)

• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan.

• Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas.

• Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang.

• Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan personafikasi.

Page 15: Bbm3103

04/15/23 15

Bersifat Stilistik

• Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca.

• Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa tersendiri sifatnya.

• Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya.

• Pemilihan kata / diksi yang berkesan. • Contohnya, penggunaan perkataan merdu

yang menekankan kepada cita rasa telinga.

Page 16: Bbm3103

04/15/23 16

Bersifat Simbolik• Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan

kepada sesuatu benda. • Simbol bersifat individu, konvensional dan ada

juga yang berunsur sejagat. • Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis

manakala kumbang pula lambang bagi lelaki.• Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan

secara lebih serius bagi menunjukkan maksud

Page 17: Bbm3103

04/15/23 17

Unsur-Unsur Bahasa LS

• Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau penulis kreatif.

• Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain.

• Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya dengan satu karya yang lain.

• Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras sastera atau kreatif, seperti :-

Page 18: Bbm3103

04/15/23 18

Unsur Perbandingan

• Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut :

• Unsur Personifikasi– Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia

daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad.

– menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah,

• Angin yang meraung ….• Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan ….• Kasih yang bersayap ….

Page 19: Bbm3103

04/15/23 19

Unsur Hiperbola

• Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal.

• Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah.

• Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca.

• Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya adalah seperti berikut:-– Pijak semutpun tidak mati ….– Hajat hati hendak memeluk gunung ….

Page 20: Bbm3103

04/15/23 20

Unsur Simile• Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya

sastera. • Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain

yang hampir sama. • Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai

kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai. • Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk

menanggapi maksud pengarang.• Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan

sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. • Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,

– Pipinya laksana pauh dilayang ….– Betisnya bagai bunting padi ….– Giginya seperti mutiara ….

Page 21: Bbm3103

04/15/23 21

Unsur Metafora• Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras

sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile.

• Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya.

• Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh:– Perempuan itu burung murai, kuat berleter ….– Perasaannya api yang menyala ….– Kata adalah pedang tajam

Page 22: Bbm3103

04/15/23 22

Unsur Analogi• Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara

atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan.

• Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara.

• Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu,Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zaman

• UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia.

Page 23: Bbm3103

04/15/23 23

Unsur-unsur Sindiran• Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif

seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya.

• Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan orang Melayu.

• Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus.

• Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:-

Page 24: Bbm3103

04/15/23 24

Unsur Ironi• Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai

makna yang tajam. • Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang

disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam sindirannya.

• Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya.

• Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth:– Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi.

Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai.

Page 25: Bbm3103

04/15/23 25

Unsur Sarkastik• Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali

akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau menerima ungkapan tersebut.

• Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang.

• Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh:– Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi….– Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini….– Nyah kamu dari rumah aku….

Page 26: Bbm3103

04/15/23 26

Unsur Sinisme

• Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi.

• Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa sarkastik dan bahasa ironi.

• Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya:– Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya ….– Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya…..

Page 27: Bbm3103

04/15/23 27

Unsur-unsur Penegasan• Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap

kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif. • Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang

beberapa kali. • Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata,

ayat atau seumpamanya.• Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah

seperti berikut;-

Page 28: Bbm3103

04/15/23 28

Unsur Repetisi

• Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.• Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai

estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. • Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara

mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan.

• Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh:– Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga

berjaya….– Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang …..

Page 29: Bbm3103

04/15/23 29

Unsur Klimaks

• Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun penceritaan.

• Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya prosa.

• Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh ungkapan klimaks,

• ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis …..

Page 30: Bbm3103

04/15/23 30

Unsur Antiklimaks• Unsur antiklimaks VS konsep klimaks. • Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya

menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun. • Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada

yang kurang utama atau kurang penting. Cth:– Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan

mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah rendah.

Page 31: Bbm3103

04/15/23 31

Unsur-unsur Pertentangan• Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan

wujudnya pertentangan dalam bahasa tersebut.

• Mewujudkan unsur atau gaya yang bertentangan atau berlawanan dalam ayat-ayat yang dihasilkan.

• Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras sastera iaitu:

Page 32: Bbm3103

04/15/23 32

Unsur Paradoks• Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata

dalam ayat. • Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang

mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada.

• Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana kebenarannya. Cth:– Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala

Lumpur…– Aku kesepian di tengah keramaian….

Page 33: Bbm3103

04/15/23 33

Unsur Antitesis• Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang

menunjukkan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang mengandungi ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth:– Kecantikannya yang mencelakakannya….– Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi

bahasanya yang baik…,– Dia bergembira atas kesedihan orang lain….

Page 34: Bbm3103

04/15/23 34

Unsur Kontradiksi• Unsur yang bertentangan dengan apa yang

telah dinyatakan sebelumnya. • Pernyataan yang dinyatakan pada

permulaannya akan menafikan ataupun membuktikan kata-katanya pada pernyataan berikutnya. Cth:– Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang

kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta daun-daun menampar angin…

Page 35: Bbm3103

04/15/23 35

Sekian, terima kasih

Page 36: Bbm3103

04/15/23 36

Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera

• Pendekatan Stilistik• Pendekatan Analisis Wacana• Teori Semiotik(Buku : Apresiasi Bahasa : Interpretasi dan

Ekspresi)

Page 37: Bbm3103

04/15/23 37

Pendekatan Stilistik

• Konsep – Penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan pemakaian bahasa.

• Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks sastera

• Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah bahasa yang dapat mencerminkan pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik.

Page 38: Bbm3103

04/15/23 38

Prinsip Stilistik• Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.• Stilistik turut membicarakan persoalan dasar sastera

– aspek bahasa• Stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian

penulis.• Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan

yang merentas disiplin linguistik• Membantu memahami makna yang sukar• Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan

karya• Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan

penghargaan pembaca.

Page 39: Bbm3103

04/15/23 39

Penyimpangan dalam Stilistik

• Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa yang terkeluar daripada keadaan yang lazim.

• Apa – morfologi, sentaksis• Kenapa ?

– estetik– tujuan pemikiran– Maksud atau makna

Page 40: Bbm3103

04/15/23 40

Pendekatan Analisis Wacana

• Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran.

• Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut penggunaan.

• Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih mengutamakan aspek pemaknaan.

• Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu berkomunikasi.

Page 41: Bbm3103

04/15/23 41

Teori Semiotik• Kajian yang melihat karya mempunyai sistem

tersendiri.• Kajian tentang sistem tanda dan kod.• Bentuk tanda dalam teori semiotik

– Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan sifat– Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan

alamiah– Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan

bersifat arbitrari.

Page 42: Bbm3103

Terima kasih

04/15/23 42