Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

352
Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah Penulis Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Disemak Oleh Tuan Hassan Tuan Lah

Transcript of Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

Page 1: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

Beberapa Persoalan

Lazim Tentang

Thaharah

Penulis

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Disemak Oleh

Tuan Hassan Tuan Lah

Page 2: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

2

Judul: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

Penulis: Abu Iqbal Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

[email protected].

H/P: 016-264 0722

Penyemak: Tuan Hassan Tuan Lah

www.al-ahkam.net

Cetakan Pertama: 2008

© Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu. Tidak

dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk

tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis.

Penerbit: Perniagaan Jahabersa

15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,

81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim,

Malaysia.

Tel: 07-235 1602, 235 1605. Fax: 07-235 1603

http://www.jahabersa.com.my

Pencetak: Bin Halabi Press

12/21 Mo.1 Talubo Moung Pattani, Thailand 94000

Tel: 66-73-310296, 310339

Fax: 66-73-334863

Page 3: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

3

Kandungan

Kata-kata aluan Tuan Hasan Tuan Lah 5

Mukadimah 9

1. Pendahuluan berkenaan wuduk 19

2. Apakah keutamaan berwuduk? 23

3. Hal-hal berkaitan wuduk secara ringkas 33

4. Bagaimanakah tatacara wuduk Rasulullah? 51

5. Sucikah air mustakmal digunakan untuk

berwuduk? 117

6. Adakah menyentuh wanita membatalkan

wuduk? 131

7. Adakah memegang kemaluan membatalkan

wuduk? 151

8. Adakah darah dan muntah membatalkan

wuduk? 159

9. Adakah memakan daging unta membatalkan

wuduk? 165

10. Bagaimanakah tidur yang membatalkan

wuduk? 177

11. Perlukah berwuduk untuk memegang

dan membaca al-Qur’an? 187

12. Perlukah berwuduk untuk tawaf

di sekeliling Ka’abah? 203

Page 4: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

4

13. Bagaimana menyapu khuf menurut

sunnah Nabi? 213

14. Bolehkah menyapu jaurab (stoking)? 231

15. Bolehkah menyapu penutup kepala? 237

16. Bolehkah menyapu balutan ketika berwuduk? 245

17. Bagaimanakah tatacara tayamum dan

apakah hukum hakam berkaitannya? 253

18. Bagaimanakah tatacara mandi wajib dan

apakah hukum-hakam berkaitan dengannya? 293

Penutup 341

Rujukan 347

Biodata 351

Page 5: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

5

Kata-Kata Aluan

��� ا���� ا����� ا������

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, selawat dan

salam ke atas Rasulullah, penghulu, imam, qudwah hasanah dan

kekasih kita semua. Juga selawat dan salam kita berikan kepada

kaum keluarga (ahlil bait) baginda, para sahabat, kaum salaf dan

sesiapa yang menjejaki sunnah dan hidayah baginda hingga ke

penghujung usia alam buana ini.

Saya rasa berbesar hati di atas penghargaan saudara saya,

Mohd Yaakub Mohd Yunus yang sudi menjemput saya memberi

sepatah dua kata-kata aluan sempena pelancaran buku beliau yang

terbaru. Saya secara peribadi amat mengkagumi kegigihan penulis.

Walaupun bekerjaya di sektor perbankan yang kita tahu dengan

kesibukannya, tetapi masih mampu menghasilkan buku demi buku

yang berkualiti serta mampu menandingi kitab-kitab agama yang

dihasilkan di Timur Tengah.

Topik buku ini ialah topik yang paling popular dalam

pasaran buku-buku agama di Malaysia, yakni seputar wuduk,

tayamum dan ghusl (mandi). Tetapi kebanyakan buku tersebut

hanyalah mengukuhkan satu mazhab sahaja, misalnya mazhab

resmi Malaysia, manakala penulis membuka semula sempadan fiqih

kepada fiqh yang asli dan original, merentasi mazhab dan Imam

selaras dengan era digital dan internet. Umat Islam semakin celik

komputer dan internet dan mereka semakin terdedah kepada

ledakan maklumat di ruang siber, maka mereka memerlukan fiqih

yang lebih global dan terbuka.

Manhaj buku ini atau metodenya ialah fiqhus sunnah, iaitu

fiqih berasaskan amalan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang

Page 6: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

6

digarap dari pelbagai sumber kedua yang mentafsir amalan sunnah

tersebut dan penulis kemudian melakukan tarjih dan tahqiq

(menimbang semua pendapat dan mengesyorkan apakah pendapat

yang paling hampir kepada kebenaran). Sumber sekunder atau

kitab-kitab khazanah ilmu-ilmu Islam (turath) itu adalah kitab-kitab

tafsir, kitab-kitab hadis, dan syarah kepada kitab hadis, kemudian

kitab-kitab induk mazhab-mazhab fiqh yg muktabar (reliable) dan

kitab-kitab ulamak-ulamak terkini yang dinamakan muhaqqiqin

(yang tekun meneliti dan membuat kajian kepada perselisihan dan

kesamaran dalil-dalil hukum fiqih).

Penulis juga memilih jalan yang sederhana dan

pertengahan. Disamping mengesyorkan pendapat yang paling rajih

(lebih benar), beliau tidak menolak pendapat-pendapat dan

ketetapan-ketetapan dalam mazhab-mazhab sedia ada. Ini berbeda

dengan sesetengah penulis yang mencela pendapat-pendapat Imam

dan madzhab.

Walaupun tiga sub-topik yang dipilih oleh penulis (wuduk,

mandi dan tayamum) sudah terlalu biasa dihidangkan dalam kitab-

kitab fardhu ’ain di pasaran buku tempatan, tetapi penulis

menjanjikan kelainan dan menyegarkan semula topik ini yang

begitu kaku dan beku bahkan praktis berwuduk, bertayamum dan

mandi sudah menjadi amalan turun temurun tanpa dipedulikan

dalil-dalil yang mendokong amalan dan ritual di kamar mandi umat

Islam.

Saya yakin kehadiran buku ini akan memperkayakan

khazanah buku agama berasaskan dalil di tanah air kita dan ia akan

memberi banyak manfaat kepada umat Islam berbanding buku

agama yang biasa kedapatan di pasaran buku tempatan, antara

faedahnya:

1. Menyampaikan hukum-hukum fiqih kepada massa dalam isu-

isu yang sering diperselisihkan.

Page 7: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

7

2. Ia menjadikan fiqh made easy atau menjadikan hukum-hukum

fiqih itu mudah dimengerti hatta oleh orang yang tiada asas al-

Qur’an dan al-Hadis sekalipun.

3. Mendedahkan kepada massa konsep pendapat yang lemah dan

pendapat yang kuat.

4. Mengangkat kejumudan dan kelesuan umat lantaran lamanya

budaya taklid dan bermadzhab.

5. Memberi pendedahan kepada massa bagaimana teknik atau

manhaj yang harus digunakan dalam menganalisa perselisihan

dalam hukum-hukum fiqih yang melibatkan rantingan.

Wuduk, mandi dan tayamum adalah alat thohaarah dan

dengannya umat Islam melakukan ibadah. Kualiti solat bermula

dengan wuduk, maka penulis telah melakukan sebaiknya. Saya

doakan buku ini diterima oleh pencinta ilmu di tanahair dan negara

jiran nusantara dan mudah-mudahan fiqh berasaskan dalil dan

muqarran (perbandingan) mampu memecah kejumudan dan

kesempitan dalam beragama, ini adalah kerana penulis telah

membawa kita kepada wuduk, tayamum dan mandi seperti yang

dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam 1400 tahun

dahulu. Jika masyarakat sebelum ini banyak didedahkan tentang

sifat solat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka kali ini kita

kena ketahui pula tentang wuduk cara Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

.% ی$#" ا���� ! ة أ��آ� إذا أ��ث ���� ی�����

Allah tidak menerima solat salah seorang di antara

Page 8: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

8

kalian yang berhadas hingga dia berwuduk.1

Sekian

Tuan Hassan Tuan Lah

Panel Fiqh al-Ahkam.net (www.al-ahkam.net)

1 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 225.

Page 9: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

9

MUKADIMAH

��� ا���� ا����� ا������

+'��- و+��*�0� و+��/.�- و+*�ذ �(���� أن� ا�'�� ����م ;�ور أ+.0�( وم س�78(ت أ5�(0�( م ی4�- ا���� 3 م1"� �� وم ی1�" 3 ه(دي �� وأ;4� أن % إ�� إ%� ا���� و��- %

.ی@ �� وأن� م'���ا 5#�- ورس���;�

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya

kita memohon dan kepada-Nya jua kita meminta ampun. Kita

memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan diri dan

keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan.

Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat

memberikannya petunjuk kecuali hanya Dia. Saya bersaksi

bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Saya

bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba dan utusan-

Nya.

��������� � ������ ��������� ��������� ����

��⌧ !� ���"�#� $%�� ��#&�#'"( )%*� +-.�/�� 0�☺�3456�

789:;

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu

kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.2

��������� <���=>�� ��������� �+�?@A�B C������

2 Aali-‘Imraan (3) :102

Page 10: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

10

A�?"�D3"E F�G� HIJ'�. KLM��D��� �D3MN�� ���P�� �MQMR�MS TPA�� ��UV�P�� =%�MFB

�☯YZ�[⌧\ ☯���]5�^�� _ ����������� ���� C������ 0��>����]5"� !� *A `�DaB-E���� _ �0*� ����

0�⌧\ a+�?JbD3c ��de���B 78;

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan

kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu

(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya

(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya -

zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan

menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan

(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

3

��������� � ������ ����=���� ��������� ���� ����>�#��� =%a�"� ������Mf

7g9; h⌧�34i�� a+�?"> aA�?D3M☺h��/ aZ�'J4���

a+�?"> a+�?A�.#j ? F��� kl�m�� ���� n�/"��f�B�� h�"�"o MS�"o �Sa�"o �q☺e��� 7g8;

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada

Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam

segala perkara). Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan

amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan

3 al-Nisaa’ (4) : 1

Page 11: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

11

(ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka

sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

4

إن� أ!�ق ا�'�یB آ�(ب ا���� وأ�� ا4��ي ه�ي E5�� F"وآ E5�� EH�'م F"ت4( وآ)H�'م�ر مJا F�;م'��� و

.� E� وآ"K3 E� � F ا��0(رSesungguhnya perkataan yang paling benar adalah

kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad

shallallahu 'alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara

adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah

bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka.5

Penulis ingin memanjat rasa syukur kepada Allah

Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya buku

penulis sebelum ini yang bertajuk Beberapa Persoalan Lazim

Tentang Solat mendapat sambutan yang menggalakkan. Lantas

penulis diajukan satu idea yang bernas daripada sahabat karib,

mentor serta guru penulis iaitu Saudara Hafiz Firdaus Abdullah

agar mengarang sebuah buku berkaitan dengan wuduk kerana

kedua subjek ini iaitu wuduk dan solat adalah saling bertaut di

antara satu sama lain. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

bersabda:

.% ی$#" ا���� ! ة أ��آ� إذا أ��ث ���� ی�����

Allah tidak menerima solat salah seorang di antara kalian yang berhadas hingga dia berwuduk.

6

4 al-Ahzaab (33) : 70-71

5 Hadis riwayat imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab Sholat

al-‘Iedaini, no: 1560. 6 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 225.

Page 12: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

12

Maka lanjutan dari saranan tersebut penulis usahakan

sebuah buku yang membicarakan perihal tatacara wuduk Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam. Namun begitu penulis melihat perlu

juga dibahaskan di dalam buku yang sama ini tentang tatacara

sebenar untuk bertayamum dan mandi wajib mahupun sunat kerana

ianya juga saling berkait rapat dengan ritual menyucikan diri

sebelum mengerjakan solat. Sememangnya terdapat begitu banyak

buku di pasaran yang telah membahaskan tentang perkara-perkara

tersebut. Namun begitu penulis berharap kehadiran buku ini akan

dapat saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Menerusi

buku ini penulis juga telah menerapkan beberapa metodologi

penulisan agar buku ini dapat dipersembahkan dalam format yang

mudah dicerna walaupun perbahasannya berciri ilmiah dan dalam

beberapa topik penulis telah mengupasnya dengan secara

mendalam. Metodologi tersebut adalah seperti berikut :-

1) Penulis sedaya-upaya akan membahaskan topik-topik tersebut

seadil mungkin dengan menggunakan al-Qur’an dan al-Sunnah

sebagai neraca kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah

memberi jaminan bahawa selagimana kita berpegang kepada

keduanya kita tidak akan tersesat. Sabda Nabi shallallahu

'alaihi wasallam :

ت�F�1ا م( ت���L�� 4��( آ�(ب � ت�آL�3 M� أم�ی�8�#+ E�0ا���� وس

Aku telah meninggalkan kepada kamu sekalian dua

perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya,

iaitu Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya.”7

2) Sengaja penulis bahaskan segala topik dalam buku ini merujuk

7 Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwattha’, Kitab al-Jami’,

hadis no. 1395.

Page 13: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

13

kepada kepelbagaian pandangan tanpa menghadkan kepada

mazhab Syafi’i sahaja. Ini secara tidak langsung akan

mendedahkan kepada para pembaca kepada pandangan

mazhab-mazhab lain dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan

dapat memperkayakan ilmu-ilmu fekah masing-masing. Sifat

keterbukaan kepada pandangan-pandangan mazhab lain

diharapkan akan dapat membasmi sikap taksub mazhab8 dalam

8 Membasmi sikap taksub mazhab bukan bermakna memerangi

mazhab-mazhab yang ada dalam Islam. Penulis sentiasa mengiktiraf

kewujudan mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para ulamak Ahlus

Sunnah Wal Jamaah secara keseluruhannya. Menurut Syaikh al-Albani

rahimahullah:

Sesungguhnya penyeru untuk kembali kepada al-Sunnah tidak

bermaksud meninggalkan semua mazhab yang ada baik secara

global mahupun secara rinci, bahkan mereka (yang mengajak

untuk kembali kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam)

senantiasa menghargai mazhab-mazhab tersebut dan

menghormati para imam mazhab sambil bergantung pada

pandangan para imam untuk memahami al-Kitab dan al-Sunnah.

Mereka hanya meninggalkan pendapat para imam apabila jelas

bertentangan dengan al-Kitab dan al-Sunnah.- Syaikh

Muhammad Nashiruddin al-Albani, Risalah Ilmiah Albani, (edisi

terjemahan oleh Abu Musyrifah dan Ummu Afifah, Pustaka

Azzam, Jakarta, 2002), ms. 42.

Sebenarnya tidak ada salah untuk mengikuti mazhab asalkan

pendapat mazhab itu tidak lebih diutamakan dari al-Qur’an dan hadis Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam. Dalam ertikata lain sekiranya di dalam

sesuatu mazhab itu terdapat amalan yang bercanggah dengan al-Qur’an

dan al-Sunnah maka hendaklah ditinggalkan pendapat mazhab tersebut.

Diakibatkan oleh bisikan syaitan, wujud dikalangan umat Islam yang

begitu taksub terhadap mazhab masing-masing sehingga mereka

beranggapan hanya mazhab mereka sahaja yang benar dan wajib ditaati

dalam apa jua keadaan. Menurut Syaikh Muhammad Sulthan al-Maksumi

al-Khajandi rahimahullah:

Page 14: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

14

masyarakat kita dan saling menghargai khazanah fekah yang

telah ditinggalkan oleh ulamak-ulamak silam.

3) Hendaklah para pembaca menyedari bahawa perbahasan

hukum wajib mahupun sunat di dalam buku ini hanyalah

bertujuan ilmiah dan agar dapat dijadikan panduan tentang

adakah tindakan seseorang meninggalkan sesuatu amalan

tersebut dapat menjejaskan keabsahan sesuatu ibadah. Namun

begitu sekiranya sesuatu amalan itu memang sabit datangnya

daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka bagi

Ahlus Sunnah akan sedaya upaya untuk mengerjakannya

walaupun ianya sekadar amalan yang sunat mahupun harus

sahaja.

4) Perbahasan fekah sentiasa akan mendedahkan para pembaca

kepada perbezaan-perbezaan pendapat (ikhtilaf) di antara para

ulamak. Bagi penulis pendedahan tersebut adalah satu sikap

yang baik dan wajar untuk diketengahkan kepada masyarakat

yang semakin dahagakan ilmu. Apatah lagi Qatadah (seorang

imam generasi awal) pernah berkata:

Dari sanalah (sikap fanatik mazhab) munculnya saling membenci, saling meninggalkan, saling menghasut dan takbur,

hingga urusan umat Islam berantakan dan persatuan menjadi

cerai-berai. Jadilah mereka santapan orang-orang Eropah dan

penindas. Bukankah setiap imam Ahl al-Sunnah rahimahumullah itu merupakan imam kita dan kita di barisan mereka? Sangat

disesalkan orang-orang fanatik ini! Ya Allah, tunjukilah kami

dan mereka ke jalan yang lurus. - Syaikh Muhammad Sulthan al-

Ma’shumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab (edisi terjemahan,

Penerbit Aras Sarana Widia, Jakarta, 1999), ms. 86.

Penulis menyarankan para pembaca untuk mendapatkan buku

karangan Saudara Hafiz Firdaus bertajuk Pedoman-Pedoman Bermazhab

Dalam Islam (Edisi Baru) terbitan Perniagaan Jahabersa untuk memahami

lebih lanjut tentang perkara ini.

Page 15: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

15

Barangsiapa yang tidak mengenal ikhtilaf, maka dia

belum mencium fikih (ilmu Fekah) dengan hidungnya.9

Pengarang kitab Shahih Fikih Sunnah ketika mengulas ucapan

Qatadah di atas telah berkata:

Disebabkan tidak tahunya seseorang terhadap ikhtilaf

itu boleh menyebabkan seseorang menolak sebahagian

kebenaran. Kebenaran tidak diungguli oleh sebahagian

individu – di antara sekian banyak ulamak-, namun ia

boleh dimiliki oleh sesiapapun. Kerana itu ada sebuah

riwayat daripada ‘Uthman bin Atha’ daripada bapanya,

dia berkata:

Tidak seharusnya seseorang berfatwa kepada manusia

sebelum dia mengetahui ikhtilaf yang terjadi di kalangan

manusia (ulamak), kerana jika dia melakukan hal itu,

boleh terjadi dia menolak ilmu yang sebenarnya lebih

thiqah (terpercaya kebenarannya) daripada ilmu yang dia

yakini.10

5) Adakalanya ketika berhadapan dengan perkara yang terdapat

perbezaan pendapat di kalangan para ulamak, penulis akan

melakukan tarjih (memilih pendapat yang lebih tepat)

sekiranya telah jelas bagi penulis akan kekukuhan hujahya

berbanding dengan pendapat-pendapat yang lain. Namun begitu

ini tidak bermakna penulis telah memperkecilkan pandangan

para ulamak yang berpegang kepada pendapat yang penulis

9 Dinukil dari buku karya Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim

bertajuk Shahih Fikih Sunnah (edisi terjemahan terbitan Pustaka Azzam,

Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 21. 10 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fikih

Sunnah, jilid 1, ms. 21.

Page 16: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

16

lihat kurang tepat itu. Hanya sahaja sekiranya terdapat sesuatu

perselisihan pendapat samada dalam perkara yang pokok atau

cabang dalam agama, manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah

adalah merujuk semula kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk

mendapatkan kepastian tentang pandangan mana yang lebih

benar dan tepat. Ini selari dengan firman Allah Subhanahu wa

Ta'ala:

��������� � ������ ���������� ����#b��/

���� ����#b��/�� s�fIZ>�� tH��u/�� vaw-E�� 4x�?=�� � 0*y"o

z�{h��C�="� t*� /�4|⌧} D�6e�Z"o tDH*� }���

9s�fIZ>���� 0*� z�{��\ 0��=��"#� }���*A

�~a��bJ>���� Z�N-M�� _ M��>�"j ⌦YaZMN

F]5h �/�� q⌧��o�"� 7*�;

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada

Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada

"Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) daripada

kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah

(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-

Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar

beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.11

Harus juga penulis tekankan di sini bahawa pendapat-pendapat

11

al-Nisaa’ (4) : 59

Page 17: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

17

yang telah penulis tarjih bukan bermaksud menjadi keharusan

bagi orang lain untuk mengikuti pendapat penulis tersebut.

Hanya sahaja penulis telah melakukan tarjih tersebut sesuai

dengan kemampuan dan ilmu yang ada pada diri penulis yang

sememangnya tidak bebas dari melakukan kesilapan. Usaha

penulis ini diharapkan dapat membantu para pembaca untuk

melakukan amalan sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu

'alaihi wasallam, amalan para al-Salafussoleh dan bebas dari

amalan-amalan bid’ah.

6) Adakalanya perkara-perkara yang dikhilafkan itu masing-

masing memiliki hujah-hujah yang kukuh dan dibangunkan

menurut kaedah-kaedah fekah yang benar. Maka dalam

keadaan sebegini penulis tidak melakukan tarjih tetapi penulis

terbuka kepada pendapat-pendapat tersebut. Bagi para pembaca

bolehlah memilih pendapat mana yang mereka yakini lebih

tepat. Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata:

Adalah wajib ketika terjadi ikhtilaf ulamak, agar

mencari dalil dari al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak atau qiyas

berdasarkan pokok-pokok dalil tadi. Apabila dari dalil-

dalil yang ada adalah sama kuat, maka wajib memilih dalil

yang paling mendekati kebenaran menurut al-Qur’an dan

al-Sunnah. Jika langkah tersebut belum menunjukkan

kejelasan, maka wajib untuk bertawaqquf (berhenti

tanpa mentarjih) dan tidak boleh memastikan pada salah

satu pendapat melainkan dengan keyakinan.12

Buku yang berada di tangan para pembaca ini penulis

berikan judul Beberapa Persoalan Lazim Tentang Wuduk,

Tayamum & Mandi. Berbeza dengan buku-buku penulis sebelum

12 Penulis nukil dari buku karya Abu Malik Kamal bin As-Sayyid

Salim bertajuk Shahih Fikih Sunnah jilid 1, ms. 22-23.

Page 18: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

18

ini, buku ini penulis usahakan bersama dengan rakan seperjuangan

dan guru penulis iaitu Saudara Tuan Hassan Tuan Lah, yang

merupakan seorang yang ahli dalam bidang fekah. Beliau

merupakan ahli panel fiqh bagi laman web al-Ahkam.

Semoga buku ini mencapai objektifnya serta mendatangkan

manfaat kepada sesiapa yang membacanya serta dapat menjadikan

kita insan yang bersungguh-sungguh dalam mengamalkan sunnah-

sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam segala perkara

terutamanya dalam bab thohaarah. Penghargaan dan terima kasih

kepada guru-guru yang banyak mengajar penulis tentang Manhaj

Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Setinggi-tinggi penghormatan juga

kepada kedua ibu bapa yang dikasihi, seluruh ahli keluarga yang

disayangi, kepada teman seperjuangan di alFikrah dan al-Ahkam,

rakan-rakan di Affin Bank Berhad yang telah sudi untuk berkongsi

ilmu serta bertukar pandangan dengan penulis. Semoga Allah

membalas jasa mereka dengan ganjaran pahala yang lebih baik di

dunia dan akhirat.

Penulis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Hafiz Firdaus Abdullah, Mohd Khairul

Muhammed, Ummu ‘Izzati, Maryati bte Mat Nasir dan Ainul Yakin

kerana sudi membaca pruf serta membuat sebarang pembetulan

yang perlu terhadap buku ini. Walaubagaimanapun seandainya

terdapat apa-apa kesilapan atau kekurangan dalam buku ini, maka

ia adalah di atas tanggungjawab penulis. Sebarang pembetulan dan

pembaikan dialu-alukan. Ia boleh disampaikan kepada penulis

samada melalui telefon: 016-2640722 atau e-mel:

[email protected]. Semoga amalan yang baik dan ilmu yang

berfaedah ini diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Abu Iqbal Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus Rabiulakhir 1428 / Mei 2007

Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

Page 19: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

19

PENDAHULUAN BERKENAAN WUDUK

Wuduk diambil dari kata dasar ا���(ءة al-wadha’ah yang

bermaksud bersih atau indah. Adapun ا����ء al-Wadhu’ adalah air

yang digunakan untuk berwuduk. Definisi wuduk menurut istilah

hukum Islam adalah penggunaan air yang menyucikan kepada

empat anggota tubuh yang sudah ditentukan dengan cara-cara yang

sudah ditetapkan syari’at untuk menghilangkan sesuatu yang

menghalangi sahnya solat.

Wuduk ini telah disyari’atkan berdasarkan al-Qur’an dan

al-Sunnah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*� ;��d#"?J>�� _ 0*���

a+�=�\ ��d�=�R ����ZTQ���"o _ 0*���

Page 20: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

20

+���\ �|M�4vTw ��/ _tD�� �Z⌧'Mf ��/ ����MF |�D�/ +�?��G� NF�G�

�����4J>�� ��/ ���45M☺">

����]5�G�>�� a+D3"o �����Q�� ☯����

���☺T☺�b-"o ���b�#]� ��d�e" ���"]5J���"o

a+�d����R<�*A +�?�����/�� ��G� _ ��

��Z�� ���� $�M#h��e�> +�dJbD3c hF�G� ���Z⌧ F�?">�� ��Z��

a+�\�Z*�Q"m�e�> I+���e�>�� n �M☺#�. a+�?JbD3c a+�d�3M#">

����Z�?h�D� 7�;

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah

kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub

(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam

perjalanan, atau salah seorang daripada kamu datang

dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan,

sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan

mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan

tanah, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu

menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan

(kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan

Page 21: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

21

(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.13

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.#" ا���� ! ة أ��آ� إذا أ��ث ���� ی�����% ی$

Allah tidak menerima solat salah seorang di antara kalian yang berhadas hingga dia berwuduk.14

Daripada Abu Sa’id radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

م.�(ح ا��P ة ا��4FOر وت'�ی�4( ا���L#�� وت'4���( . ا�������

Kunci solat adalah bersuci (wuduk) dan permulaan

pengharamannya (melakukan perbuatan-perbuatan

selain dari yang disyari’atkan dalam solat) adalah takbiratul ihram serta penghalalannya adalah salam.15

13

Al-Maaidah (5) : 6 14 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 225. 15 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 3.

Page 22: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

22

Page 23: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

23

APAKAH KEUTAMAAN BERWUDUK?

Ibadah wuduk memiliki kedudukan yang tersendiri di sisi

Allah 'Azza wa Jalla. Ianya merupakan kunci permulaan bagi satu

ibadah yang paling mulia di dalam Islam iaitu solat. Sewajarnya

sebelum seseorang mendirikan solat, hendaklah jiwanya

dikosongkan dari memikirkan apa jua perkara berkaitan dengan

kehidupan seharian yang telah dan bakal dilaluinya. Wuduk di sini

dapat berperanan untuk menenangkan jiwa seseorang agar dapat

membantunya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap

ibadah solat. Air yang dipergunakan untuk berwuduk bukan

sekadar akan menyegarkan tubuh badan seseorang tetapi ianya juga

dapat mengembalikan tenaganya sehingga membolehkannya

melakukan ibadah solat sesempurna mungkin. Wuduk juga dapat

membersihkan anggota-anggota badan yang sentiasa terdedah

Page 24: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

24

kerana tidak ditutupi pakaian. Lazimnya sebelum seseorang itu

bertemu dengan orang-orang kenamaan, tentu dia akan

membersihkan dirinya agar nampak segar dan bertenaga. Solat pada

hakikatnya merupakan satu ibadah di mana seseorang sedang

bermunajat16 kepada Allah 'Azza wa Jalla secara langsung. Oleh

itu adalah lebih wajar bagi seseorang itu untuk membersihkan

anggota badannya melalui wuduk sebelum bertemu dengan Allah

'Azza wa Jalla ketika bersolat. Di sini kita dapat melihat bahawa

ibadah wuduk ini mempunyai peranan yang positif bukan sahaja

dari segi spiritual malah juga dari segi fizikal.

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah

menyatakan17 bahawa sunnah Rasulullah datang dengan

membawa ajaran menghindari kekotoran fizik dan

membersihkan tubuh darinya. Sebagaimana dia juga

datang dengan membawa ajaran menghindari kekotoran

rohani dan membersihkannya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

)H H �R0����3 �����3 �م0(م إذا اس��$S أرا- أ��آ� م .V3ن� ا�O��T(ن ی#��T�U ��5 Mم�

Ketika salah seorang daripada kalian bangun dari tidur maka hendaklah menghirup air ke hidung dan mengeluarkannya kembali sebanyak tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di batang

16

Mendampingi, mendekati dan bergaul dengan Allah Subhanahu

wa Ta'ala menerusi amal ibadah. 17

Penulis nukil dari kitab Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-

Bassam, Syarah Bulughul Maram, (edisi terjemahan oleh Thahirin

Suparta, M. Faisal dan Adlis Aldizar, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid

1, ms. 206-207.

Page 25: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

25

hidungnya.18

Baginda shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

إذا اس��$S أ��آ� م +�م� 3 ی/�X ی�- K3 اW+(ء . ي أی �(تM ی�-���� ی/V3 )H H )4��+�� % ی�ر

Ketika salah seorang daripada kalian bangun dari tidur malamnya maka janganlah dia memasukkan tangannya ke tempat air sehingga dia membasuhnya sebanyak tiga kali. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu di mana tangannya semalam.19 Seterusnya mari kita lihat beberapa kelebihan ibadah

wuduk ini sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam:

1) Anggota-anggota wuduk bercahaya.

Ternyata bagi mereka yang sentiasa berwuduk sesuai dengan

sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka anggota-

anggota wuduk tersebut akan bercahaya di hari akhirat nanti.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

م HY(ر ���Z'ا م[�\ Eی5��ن ی�م ا�$�(م K�إن� أم� .ا����ء

Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat

dengan cahaya di wajah, tangan dan kaki kerana bekas

18 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab Bada

al-Khalik, no: 3295. 19 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 278.

Page 26: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

26

wuduk.20

Melalui cahaya di anggota-anggota wuduk tersebut Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam akan dapat mengenali umatnya.

Apabila para sahabat radhiallahu 'anhum bertanya kepada

baginda bagaimana kelak baginda dapat mengenali umatnya

yang belum pernah diketemui setelah wafatnya baginda,

baginda menjawab:

_4�ي أر"�� E��Z'م �\ "�U �� أن� رج �� Mأی "U�" ده� 4�� أ% ی*�ف U���؟

Tahukah kamu seandainya seseorang mempunyai kuda

yang belang putih di kening dan kakinya yang berada di antara kuda-kuda yang hitam kelam, bukankah dia dapat

mengenali kudanya?

."��� ی( رس�ل ا����: "d(��ا

Para sahabat menjawab: “Tentu wahai Rasulullah!”

م ا����ء وأ+( : "d(ل���Z'4� ی�ت�ن \�]ا م�+V3 4i�3K���� 5�� ا�'�ض أ% g��ادن� رج(ل 5".

Baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka

sesungguhnya mereka (umat Nabi Muhammad

shallallahu 'alaihi wasallam) akan datang kepada ku

dalam keadaan putih bercahaya di kening dan kakinya kerana cahaya wuduk dan aku menanti mereka di sebuah telaga.21

20 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 136. 21 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 249.

Page 27: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

27

2) Dapat menghapuskan dosa-dosa lalu

Ibadah wuduk dapat menghilangkan dosa-dosa kita di masa

lampau selagi mana ia tidak termasuk di dalam kategori dosa-

dosa besar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

� ا��lم U k�1��3�جM اOj�(ی( إذا ت���� ا�*#م V3 ��3ذا اسU �R0��جM اOj�(ی( م أ+.� V3ذا \�" وجU �4�جM اOj�(ی( م وج4� ���� تj�ج م

اOj�(ی( م V3ذا \�" ی�ی� U�جM. ت'M أ;.(ر 0�5��

ی�ی� ���� تj�ج م ت'M أ_.(ر ی�ی� V3ذا مn� ��أس� V3ذا . U�جM اOj�(ی( م رأس� ���� تj�ج م أذ+��

\�" رج��� U�جM اOj�(ی( م رج��� ���� تj�ج M أ_.(ر رج��� ��H آ(ن مT�� إ�� ا��Z�� م ت'

E�3)+ �و! ت.

Bila seorang hamba berwuduk lalu berkumur-kumur,

keluarlah dosa-dosa dari mulutnya; jika dia

membersihkan hidung, dosa-dosa akan keluar pula dari hidungnya; begitu juga tatkala dia membasuh muka,

dosa-dosa akan keluar dari mukanya sampai dari bawah

pinggir kelopak matanya. Jika dia membasuh kedua tangan, dosa-dosanya akan turut keluar sampai dari

bawah kukunya, demikian pula halnya bila dia menyapu

kepala, dosa-dosanya akan keluar dari kepala bahkan dari kedua telinganya. Begitupun tatkala dia membasuh

kedua kaki, keluarlah pula dosa-dosa tersebut dari

dalamnya, sampai bawah kuku-kuku jari kakinya.

Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan

Page 28: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

28

solatnya menjadi pahala yang bersih baginya.22

3) Dapat meningkatkan darjat seseorang

Ibadah wuduk bukan sekadar dapat menghapuskan dosa-dosa

seseorang, bahkan ianya dapat meninggikan darjat seseorang di

sisi Allah 'Azza wa Jalla.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

% أد�LF� 5�� م( ی�'� ا���� �� اOj�(ی( ویo3� �� أ" "ا���رج(ت؟

Mahukah saya tunjukkan kepadamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-

dosamu serta mengangkatkan darjatmu?

"��� ی( رس�ل ا����: "d(��ا

Mereka (yakni para sahabat radhiallahu 'anhum)

berkata: Mahu Ya Rasulullah,”

إس#(غ ا����ء 5�� ا��L(ر- وآR�ة اOj�( إ�� : "d(ل ."ا���(ج� وا+q�(ر ا��P ة �*� ا��P ة

Menyempurnakan wuduk ketika menghadapi segala

kesusahan, dan sering melangkah mengunjungi masjid, serta menunggu solat demi solat.

23

4) Dapat ganjaran syurga

22 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 102. 23 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 251.

Page 29: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

29

Bagi mereka yang menyempurnakan wuduk lalu mengerjakan

solat sunat wuduk sebanyak dua rakaat maka akan diberi

ganjaran syurga.

ة رK� ا���� 05� أن� ا��K#�0 !��� ا���� 5��� 5 أK� ه�ی��Z.�ل �# ل 05� ! ة ا)d �وس��" : K0H8�� ی( � ل

��رج� K3 ����5 "�5 اWس م K8+V3 س�*M دف� +*��@ E�0Z�ا K3 ی�ي� ��.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh daripada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bersabda kepada Bilal ketika hendak solat Subuh: “Wahai Bilal,

katakanlah kepada ku, amalan apakah yang telah engkau

lakukan dalam Islam yang paling engkau harapkan? Sesungguhnya aku mendengar bunyi terompahmu di

hadapanku di dalam syurga?”

م( M��5 5� أرج� 05�ي أ+K8 �� أتd" : ��4O(ل�4iرا K3 س(E5 ��" أو +4(ر إ%� !��g� M��@ ا��4FOر

K8�!أن أ K� r�م( آ".

Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan

yang paling aku harapkan, hanya sahaja setiap kali aku bersuci [berwuduk], samada pada waktu malam ataupun

siang hari, aku sering mengerjakan solat setelah berwuduk.”

24

5) Bersuci adalah sebahagian dari iman

Berwuduk adalah termasuk dalam bab bersuci [al-Thohaarah]

24 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jama’ah, no: 1149.

Page 30: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

30

dan bersuci itu adalah sebahagian dari iman sebagaimana sabda

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

.ا��4FOر ;O� اWی�(ن

Bersuci itu adalah separuh dari keimanan.25

Demikianlah beberapa keutamaan ibadah wuduk yang

sempat penulis perturunkan untuk manfaat para pembaca semua.

Namun begitu keutamaan-keutamaan di atas hanya akan dapat kita

kecapi apabila kita memperbaguskan atau menyempurnakan ibadah

wuduk tersebut. Hal ini dapat kita perhatikan melalui banyak hadis

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menekankan perkara

tersebut dengan lafaz baginda “Barangsiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya”. Mari kita lihat beberapa contoh

hadis-hadis tersebut:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

م ت���� 3��� ا����ء U�جOU M(ی(- م ج��- .���� تj�ج م ت'M أ_.(ر-

Barangsiapa yang berwuduk, kemudian dia

menyempurnakan wuduknya, maka keluarlah dosa-

dosanya dari jasadnya hingga keluar dari kuku-kukunya.26

ت���� 3��� ا����ء ��H !��� رآ*�� ی$#" مE�0Z�ا �� M#4��5�( �$�#� ووج4� وج.

25 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 223. 26 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 245.

Page 31: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

31

Barangsiapa yang berwuduk dan dia menyempurnakan

wuduknya, kemudian dia solat dua rakaat dan dia

lakukan kedua rakaat itu dengan sepenuh hati dan wajahnya, maka wajib baginya masuk ke syurga.27

Ternyata kesempurnaan wuduk hanya akan dapat dicapai

sekiranya seseorang itu mencontohi sifat wuduk Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam yang merupakan contoh ikutan atau

teladan yang paling sempurna. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

�"��> 0�⌧\ a+�?"> t*� 9s�f�B }��� �L��4fu/

���=]5⌧ FM☺��> 0�⌧\ ����RaZ� ����

`a��bJ>���� �Z�N-M�� �Z⌧\"j�� ���� �☯YZ��⌧\

7:8;

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri

Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang

yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan

(balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan

mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan

senang).28

Oleh itu penulis berpendapat perlu untuk memperjelaskan

beberapa persoalan berkaitan dengan ibadah wuduk ini bersesuaian

dengan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sabit agar

ianya mendatangkan manfaat kepada kita semua di dunia dan juga

di akhirat.

27

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 151. 28

al-Ahzaab (33) :21

Page 32: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

32

Page 33: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

33

HAL-HAL BERKAITAN WUDUK SECARA RINGKAS

Penulis tidak bercadang untuk membahaskan setiap perkara

berkaitan wuduk secara mendalam kerana telah terdapat banyak

kitab fekah yang telah membicarakannya dijual di pasaran. Buku ini

hanya akan menumpukan beberapa perkara berkaitan wuduk yang

sering menjadi tanda-tanya di kalangan masyarakat di Malaysia dan

juga beberapa sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

berkaitan wuduk yang jarang-jarang diamalkan. Namun begitu

penulis akan mengetengahkan juga hukum-hakam berkaitan dengan

wuduk di dalam bab ini dengan seringkas mungkin.

Rukun-Rukun Wuduk

Ibadah wuduk mempunyai rukun-rukun yang mana

sekiranya ianya tidak dilakukan akan menyebabkan wuduk

seseorang itu tidak sah iaitu:

Page 34: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

34

1) Membasuh muka dengan mengalirkan air dari puncak dahi di

anak rambut sehingga ke dagu dan dari pinggir telinga kiri

hingga ke pinggir telinga kanan

2) Membasuh kedua tangan sampai ke siku.

3) Mengusap seluruh kepala dengan air.

4) Membasuh kedua kaki sehingga ke paras mata kaki atau buku

lali.

Terdapat juga beberapa perkara yang dianggap rukun tetapi

masih diperselisihkan di kalangan para ulamak:

1) Niat di dalam hati dan dimulai dengan membaca sا ���. 2) Berkumur-kumur dan membersihkan hidung dengan air

(istinsyaq & istintsar).

* Penulis akan membentangkan kesemua perkara di atas berserta

dengan dalil dalam bab “Bagaimanakah Tatacara Wuduk

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?”.

Perkara Yang Digalakkan Semasa Berwuduk

Perkara yang disunatkan ketika berwuduk bersesuaian

dengan tatacara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad shallallahu

'alaihi wasallam ialah:

1) Menggosok gigi (bersiwak).

2) Membasuh tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

3) Menyilang-nyilangi janggut

4) Membasuh kedua cuping telinga.

5) Menyela jemari tangan dan jemari kaki.

6) Tayamun iaitu mendahulukan basuhan anggota yang sebelah

kanan.

7) Muwalat iaitu berturut-turut membasuh anggota demi anggota.

Page 35: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

35

8) Meratakan air ke anggota wuduk dengan melebihi sedikit dari

paras yang disyari’atkan. Contohnya apabila membasuh tangan

dilebihkan sedikit melepasi paras siku dan apabila membasuh

kaki dengan melepasi di atas buku lali.

9) Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga (3) kali dan dilarang

lebih dari bilangan tersebut.

10) Tertib atau berurutan.

11) Tidak boros menggunakan air.

12) Membaca doa sesudah berwuduk.

13) Menunaikan solat sunat dua rakaat setelah berwuduk

* Penulis akan membentangkan kesemua perkara di atas berserta

dengan dalil dalam bab “Bagaimanakah Tatacara Wuduk

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?”.

Perkara Yang Membatalkan Wuduk

1) Apa juga yang keluar dari salah satu dari kedua jalan (qubul

dan dubur). Termasuk yang disebutkan di bawah ini:

a) Buang air kecil (kencing).

b) Buang air besar (berak).

Dalil untuk kedua perkara di atas adalah keumuman lafaz

...atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air… dalam surah al-Maaidah ayat ke 6:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

Page 36: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

36

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*� ;��d#"?J>�� _ 0*���

a+�=�\ ��d�=�R ����ZTQ���"o _ 0*���

+���\ �|M�4vTw ��/ _tD�� �Z⌧'Mf ��/ ����MF |�D�/ +�?��G� NF�G�

�����4J>�� ��/ ���45M☺">

����]5�G�>�� a+D3"o �����Q�� ☯����

���☺T☺�b-"o ���b�#]� ��d�e" ���"]5J���"o

a+�d����R<�*A +�?�����/�� ��G� _ ��

��Z�� ���� $�M#h��e�> +�dJbD3c hF�G� ���Z⌧ F�?">�� ��Z��

a+�\�Z*�Q"m�e�> I+���e�>�� n �M☺#�. a+�?JbD3c a+�d�3M#">

����Z�?h�D� 7�;

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua

belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah

kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub

(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada kamu datang

Page 37: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

37

dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan,

sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan

mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah

tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu

menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan

(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

29

c) Buang angin (kentut)

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, dia berkata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.% ت$#" ! ة م أ��ث ���� ی�����

Allah tidak akan menerima solat seseorang apabila dia

berhadas sehingga dia kembali wuduk.

1��م�ت م( ا�'�ث ی( أ�( ه�ی�ة؟d(ل رج" م

Seorang lelaki dari Hadramaut bertanya: Apakah yang

dimaksudkan dengan hadas wahai Abu Hurairah?

3�(ء أو ��اط: d(ل

Jawabnya: Angin (kentut) yang mendesis mahupun yang keluar dengan suara yang deras.30

2) Keluar mani iaitu air putih pekat yang terpancut selepas

terangsang.

29

Al-Maaidah (5) : 6 30 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, No: 135.

Page 38: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

38

Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata:

Mani, wadi dan mazi, adapun mani maka wajib mandi,

sedangkan wadi dan mazi, maka cucilah kemaluanmu -

atau kemaluan-kemaluanmu- dan berwuduklah seperti wuduk untuk solat.

31

3) Keluar mazi iaitu air jernih pekat yang keluar semasa

terangsang.

Ali bin Abu Talib radhiallahu 'anh berkata:

Aku adalah lelaki yang paling banyak keluar air mazi

lalu aku perintahkan seorang lelaki bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menggunakan nama

anak perempuannya (Fathimah). Lalu dia bertanya

kepada baginda lantas beginda menjawab:

ت���� وا\�" ذآ�ك

Berwuduklah dan basuhlah kemaluanmu.32

4) Keluar wadi iaitu air kekuningan cair yang keluar selepas

membuang air kecil tanpa terangsang disebabkan kepenatan.

Hukum air wadi adalah sama seperti mazi, wajib dibasuh

kemaluannya lalu berwuduk. Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh

berkata:

31

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Sunannya dan menurut

Syaikh Kamal as-Sayyid Salim sanadnya sahih. Penulis nukil dari Shahih

Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 196. 32 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, No: 269.

Page 39: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

39

Mani, wadi dan mazi, adapun mani maka wajib mandi,

sedangkan wadi dan mazi, maka cucilah kemaluanmu -atau kemaluan-kemaluanmu- dan berwuduklah seperti wuduk untuk solat.33

5) Tidur nyenyak. (Akan dibahaskan secara berasingan)

Berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh dia

berkata:

آ(ن رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی�م�+( إذا آ�0( س.�ا أن % +w0ع EH H )03).U أی�(م و��(4��� إ%� م

م \(ئx و��ل و+�مL�و E�)0ج.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan

apabila sedang berada dalam perjalanan supaya kami

tidak membuka sepatu selama tiga hari hingga malam

kecuali bila berjunub, tetapi agar membukanya apabila membuang air besar atau kecil dan jika tidur.34

6) Hilang akal kerana gila, pengsan, pitam, mabuk samada

disebabkan arak atau ubat.

Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah radhiallahu 'anh,

dia berkata:

م�ض 5 K0�H8�'أ% ت M�$3 ET5�� 5(ئ M�Uد 33

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Sunannya dan menurut

Syaikh Kamal as-Sayyid Salim sanadnya Shahih. Penulis nukil dari

Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, 196. 34 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 89.

Page 40: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

40

M�)d :��� ! "$H. رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس���: أ!��� ا��0(س؟ 0�d(: ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� 3$(ل

. *�ا K� م(ء K3 ا��d :�r1j(ل. % ه� یq�0�و+@M�)d :أ3(ق ��H ���5 K�\�3 �0��ء rهg3 "��\)3 )0�*.3.

% ه� : أ!��� ا��0(س؟ 0�d(: 3$(ل !��� ا���� 5��� وس���(ء K3 �*�ا K� م: d(ل. یq�0�و+@ ی( رس�ل ا����

r1j��ا .M�)d : K�\�3 �0��ء rذه ��H "��\)3 �*$3 . ��H ���5 أ3(ق

% ه� یq�0�و+@ ی( رس�ل : أ!��� ا��0(س؟ 0�d(: 3$(ل �*�ا K� م(ء K3 ا��r1j 3$*� 3(\��": 3$(ل. ا����

. ��H ذهr �0��ء ��H ���5 K�\�3 أ3(ق

"Saya pernah masuk ke rumah Aisyah dan bertanya

kepadanya: Bolehkah kamu ceritakan kepadaku tentang

sakit yang dideritai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam? Aisyah menjawab: Tentu! Ketika sakitnya

semakin berat, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

bertanya: Apakah orang ramai sudah mengerjakan solat?

Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu

engkau. Lantas baginda berkata: Letakkan air ke dalam

bekas. Lalu kami lakukan perintah baginda itu. Baginda mandi seterusnya cuba bangun untuk menunaikan solat

berjemaah lalu pengsan.

Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang

ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka

sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Letakkan air ke

dalam bekas. Aisyah berkata lagi: Baginda duduk dan

mandi, kemudian cuba bangun untuk menunaikan solat

Page 41: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

41

berjemaah lalu pengsan.

Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka

sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Letakkan air ke dalam bekas lalu baginda duduk dan mandi, kemudian

cuba bangun untuk menunaikan solat berjemaah lalu pengsan.

35

7) Menyentuh kemaluan tanpa berlapik jika disertai syahwat.

(Akan dibahaskan secara berasingan)

Busrah binti Shofwan radhiallahu 'anha mendengar Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.م م�X ذآ�- 3�������

Sesiapa yang menyentuh zakarnya maka berwuduklah dia.36

8) Makan daging unta. (Akan dibahaskan secara berasingan)

Daripada Jabir bin Samurah bahawa seseorang bertanya

kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

أأت���� م �'�م ا�/0�؟

Apakah kita harus berwuduk kerana makan daging

kambing?

. إن ;M7 3����� وإن ;M7 3 ت����: d(ل

35 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Azan, no: 687. 36 Hadis riwayat Imam Abu Dawud, di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, No: 154.

Page 42: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

42

Baginda menjawab: Jika kamu mahu berwuduklah, dan

jika kamu mahu, kau tidak perlu berwuduk.

أت���� م �'�م اW�"؟: d(ل

Orang tersebut bertanya lagi: Apakah kami harus

berwuduk kerana makan daging unta?

. 3����� م �'�م اd :�*+ ,"�W(ل

Baginda menjawab: Ya, berwuduklah kerana memakan daging unta.37

9) Menyentuh wanita dengan tujuan berseronok-seronok atau

merasai keghairahan ketika bersentuhan hingga merangsang

syahwatnya dan mengeluarkan air mani atau mazi. (Akan

dibahaskan secara berasingan)

Perkara yang tidak membatalkan wuduk

Terdapat beberapa perkara yang tidak membatalkan wuduk

tetapi dianggap oleh sesetengah pihak sebagai membatalkan,

antaranya seperti berikut:

1) Menyentuh perempuan tanpa beralas. (Akan dibahaskan secara

berasingan)

2) Keluar darah dari jalan yang bukan kebiasaannya, seperti

terluka kerana berbekam, hidung berdarah, kudis berdarah atau

terkena sesuatu yang tajam semasa bersolat seperti panah, paku

dan sebagainya. (Akan dibahaskan secara berasingan)

37 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haidh, no: 360.

Page 43: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

43

3) Muntah. (Akan dibahaskan secara berasingan)

4) Orang yang berwuduk tetapi ragu-ragu samada ia sudah batal

atau belum.

Bagi seseorang yang telah berwuduk lalu dia was-was samada

dia telah berhadas (terbatal wuduknya) maka dia tetap berada

dalam keadaan asalnya iaitu suci dari hadas (tidak batal

wuduknya). Sekiranya keraguan itu timbul ketika sedang

bersolat maka hendaklah dia tetap meneruskan solatnya

sehinggalah dia benar-benar yakin bahawa wuduknya telah

batal.

Daripada ‘Abdullah bin Zaid bahawasanya dia mengadu

tentang seorang lelaki yang merasakan sesuatu (terkentut)

dalam solat. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

�Z�ت( أو ی! o���ف ���� یP0ی0.�" أو % ی % .ری'(

Janganlah dia berpaling ( menghentikan solatnya) sehingga dia mendengar bunyi atau mencium bau.

38

5) Ketawa terbahak-bahak sewaktu solat.

Telah sepakat para ulamak bahawa tertawa dalam apa jua

keadaan pun di luar solat tidak membatalkan wuduk. Namun

mereka berbeza pendapat tentang ketawa dengan terbahak-

bahak ketika bersolat. Namun yang lebih tepat ianya

membatalkan solat tetapi tidak membatalkan wuduk. Dalil yang

sabit tentang hal ini adalah hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah

radhiallahu 'anh secara mauquf bahawa dia ditanya tentang

seseorang yang tertawa dalam solat lalu dia berkata:

38 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 137.

Page 44: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

44

Hendaklah dia mengulangi solat dan tidak mengulangi wuduk.39

Inilah juga pendapat bagi mazhab Syafi’i, Maliki, Ahmad,

Ishak dan Abu Tsaur.

6) Menyentuh kemaluan tanpa syahwat. (Akan dibahaskan secara

berasingan)

Daripada Thalqi bin ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

ی( رس�ل ا���� م( ت�ى K3 : "ج(ء رج" آ�+�� ��وي 3$(لوه" ه� إ%� : "d(ل" رج" م�X ذآ�- K3 ا��P ة؟

"@ أو E*1� م0@؟مE/1 م0

Telah datang seorang lelaki dari pedalaman (Arab

Badwi) lalu dia bertanyakan kepada Nabi shallallahu

'alaihi wasallam: “Wahai Nabi Allah, bagaimana

pandanganmu tentang seseorang yang menyentuh

kemaluannya setelah dia berwuduk?” Nabi menjawab:

“Bukankah kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat (sebahagian) dari daging (tubuh) orang itu?”40

7) Memandikan serta mengusungkan jenazah.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

\��" ا���M8 3��/��" وم ���� 3�������م.

39 Hadis riwayat Imam al-Bukhari secara ta’liq, al-Baihaqi serta al-

Daraquthni. 40 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 165

Page 45: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

45

Barangsiapa memandikan mayat maka hendaklah dia

mandi, dan barangsiapa (hanya) membawanya maka hendaklah dia berwuduk.

41

Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim:

Barangsiapa memandikan mayat atau mengusungnya maka

wuduknya tidak batal menurut pendapat yang lebih tepat

(rajih). Hanya sahaja sebahagian ulamak menganjurkan

orang yang memandikan mayat untuk mandi dan orang

yang membawanya untuk berwuduk berdasarkan hadis

daripada Abu Hurairah (di atas).42

Perkara Yang Diwajibkan Berwuduk

Diwajibkan berwuduk untuk melakukan dua perkara ini

iaitu:

1) Solat

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

...% ت$#" ! ة �/�� �4iر

41

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Jana’iz, no: 2749. 42

Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 216.

Page 46: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

46

Allah tidak menerima solat tanpa bersuci…43

2) Tawaf di sekeliling Kaabah. (Akan dibahaskan secara

berasingan)

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

... ا��O�اف �(�#M� ! ة

Tawaf di Ka’abah adalah solat...44

Perkara Yang Disunatkan Berwuduk.

1) Ketika berzikir, membaca al-Qur’an atau menyebut nama Allah

Subhanahu wa Ta'ala. Temasuklah di dalam hal ini apabila

membaca kitab-kitab hadis, buku-buku agama atau menghadiri

majlis-majlis ilmu. Dalilnya:

Daripada Muhajir bin Qunfaz radhiallahu 'anh,

sesungguhnya beliau pernah datang kepada Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda sedang

membuang air kecil, lalu dia memberi salam kepada

baginda, akan tetapi baginda tidak menjawabnya

sehinggalah baginda berwuduk. Kemudian baginda

meminta keuzuran (beralasan) dan kemudian bersabda:

�4i ��5 �%وج"� إ �w5 �أن أذآ� ا��� Mآ�ه K8+أو . إ 4i ��5(رة: d(ل

Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Nama Allah

43 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 224. 44 Hadis riwayat al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab Manasik al-

Hajj, no: 2873.

Page 47: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

47

kecuali di dalam keadaan suci (tidak berhadas).45

2) Ketika hendak tidur

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu 'anh dia berkata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

...إذا أتM� مZ1*@ 3����� و��ءك �P�� ة

Apabila kamu hendak tidur, maka berwuduklah sebagaimana wuduk ketika hendak solat…

46

3) Bagi orang yang berjunub (hadas besar) disunatkan berwuduk

ketika hendak makan, minum dan mengulangi jimak

(persetubuhan).

Daripada Abi Sa’id, daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam bersabda:

...أت� أ��آ� أه�� ��H أراد أن ی*�د 3�������إذا

Jika salah seorang daripada kalian mendatangi

(menyetubuhi) isterinya, lalu ingin mengulanginya maka hendaklah dia berwuduk.

47

4) Sebelum memulakan mandi wajib (junub) atau mandi sunat

maka disunatkan untuk memulakannya dengan berwuduk.

45 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 16. 46 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 247. 47 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haidh, no: 308.

Page 48: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

48

�K#�08 !��� ا���� 5��� وس��� أن� ا�K#�0زوج ا� ET5(ئ 5!��� ا���� 5��� وس��� آ(ن إذا ا\��" م اE�)0Z� ��أ

( ی����� �P�� ة ��H یU�" 3/�" ی�ی� ��H ی����� آ� FrPی ��H -�*; 8" 4�( أ!�ل�j�3 ا��(ء K3 �*�)!أ5�� رأس� H ث \�ف ���ی� ��H ی.�k ا��(ء 5��

.ج��- آ�8�

Daripada ‘Aishah, isteri Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam bahawa apabila baginda mandi junub, baginda

memulainya dengan mencuci kedua tangannya kemudian

berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian

baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air,

setelah itu menggosokkannya di sela-sela rambutnya, kemudian baginda menyiram kepalanya sebanyak tiga

kali cedokan, setelah itu meratakan air ke seluruh tubuhnya.

48

5) Setelah memakan apa yang telah disentuh oleh api.

Daripada Zaid bin Tsabit radhiallahu 'anh, dia mendengar

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ا����ء م��( م��M ا��0(ر

Berwuduklah setelah menjamah makanan yang tersentuh oleh api (dimasak).49

6) Memperbaharui wuduk untuk setiap solat walaupun wuduk

pada solat sebelumnya belum batal.

48 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusul, no: 248 49 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haidh, no: 351.

Page 49: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

49

Daripada Buraidah, dia berkata:

... FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ی����� L�"8 ! ةآ(ن ا�

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk setiap kali hendak solat…

50

7) Bersegera untuk berwuduk setiap kali berhadas kecil.

Dalilnya adalah dari hadis Bilal bahawa Nabi shallallahu

'alaihi wasallam mendengar suara sandal Bilal di Syurga lalu

baginda bertanya kepada Bilal:

�P$�ا اgه ��

Dengan amalan apa kamu mendahuluiku sampai

kepadanya (syurga)?

Bilal berkata:

آ*�� وم( ی( رس�ل ا���� م( أذ�+Fxd M إ%� !��M� ر .أ!(K0� ��ث Fxd إ%� ت����ت

Wahai Rasulullah, tidaklah saya mengumandangkan

azan kecuali dengan disertai solat dua rakaat dan tidak pernah aku berhadas kecuali aku terus berwuduk.

Lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

)�4�

50 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 56.

Page 50: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

50

Kerana itulah..51

8) Berwuduk kerana muntah.

Daripada Ma’dan bin Abu Thalhah daripada Abu Darda’, dia

berkata:

�����3 �O3�3 ء)d �أن� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��

Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah muntah lalu baginda berbuka dan berwuduk.

52

51 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab Al-

Manaaqib, no: 3622. 52 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 80.

Page 51: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

51

BAGAIMANAKAH TATACARA WUDUK

RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM?

Sebagaimana yang kita semua telah maklum ibadah wuduk

memiliki banyak kelebihannya dan untuk seseorang itu

memperolehi kelebihan-kelebihan tersebut maka dia perlu terlebih

dahulu menyempurnakan tatacara wuduknya. Kesempurnaan dalam

berwuduk hanya akan dapat dicapai sekiranya seseorang itu

bersungguh-sungguh mencontohi sunnah Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam. Di dalam bab ini penulis akan cuba membentangkan satu

persatu secara mendalam tentang tatacara berwuduk sebagaimana

yang terdapat di dalam hadis-hadis baginda yang sabit. Perbahasan

di dalam bab ini merangkumi perkara yang fardhu dan sunat

tentang wuduk. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Seorang Muslim selayaknya mematuhi syari’at tanpa

Page 52: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

52

memandang apakah perkara itu fardhu ataupun sunat.

Yang terpenting dia melakukan kerana mematuhi syari’at

Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana mengikuti Nabi-Nya

dan mencari pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya

diperlukan saat ingin meninggalkannya, apakah yang akan

ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau sunat.

Demikian kewajipan seorang hamba yang serius

beribadah. Adapun dalam kajian ilmiah dan mengetahui

hukum-hukumnya maka perlu mengetahui antara yang

fardhu dan yang sunat.53

1) Bersiwak (Menggosok Gigi)

Siwak adalah sebatang kayu kecil (kayu sugi) dari pokok Araak

yang dipergunakan untuk menggosok gigi. Syaikh Fahd al-

Syuwayyib berkata:

Bersiwak itu disunnatkan sekerap mungkin berdasarkan

keterangan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,

bahawasanya baginda bersiwak setiap kali hendak

mengerjakan solat, ketika hendak membaca al-Qur’an,

ketika hendak tidur dan bangun tidur, ketika mulut

berubah bau baik dalam keadaan tidak berpuasa atau

sedang berpuasa, atau di awal siang (pagi) atau pada

petang hari.54

53

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, (edisi terjemahan oleh Thahirin Suparta, M. Faisal dan Adlis

Aldizar, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 217. 54

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Page 53: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

53

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

��% أن أ;�� 5�� أم�J K�م�ت4� �(��8�اك 05� آ"8 . ! ة

Kalau sekiranya tidak memberatkan umatku maka aku

akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali berwuduk.55

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Dari hadis ini dapat diketahui bahawa bersiwak tidak

wajib dan hanya berbentuk pilihan (sunnah). Ini adalah

kerana jika bersiwak itu wajib, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam akan memerintahkan umatnya untuk

bersiwak, baik dalam keadaan sulit mahupun senang.56

Ada yang menimbulkan persoalan adakah bersiwak itu boleh

digantikan dengan berus dan ubat gigi sebagaimana yang lazim

digunakan pada zaman ini. Dr. Yusuf Qaradhawi berkata:

Saya melihat bahawa menggunakan berus gigi moden

yang disertai ubat gigi, telah cukup untuk menggantikan

siwak. Bahkan siwak secara moden, itu mengandungi

banyak bahan yang membantu membersihkan gigi lebih

Berwuduk, (edisi terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah,

Jakarta, 2005), ms. 69. 55

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 22. 56

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, (edisi terjemahan

oleh Mohammad Yassir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005)

jilid 1, ms. 34.

Page 54: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

54

baik dari siwak model lama. Tambahan pula Islam sangat

menumpukan perhatiannya kepada maksud syari’at

(maqasid syari’ah) walaupun sarananya berbeza.

Lebih khusus lagi, sangat tidak mungkin bagi kita

mengharuskan penduduk bumi agar memakai pohon Araak

dalam bersiwak dan membersihkan mulut bagi mendapat

keredhaan Tuhan kita. Ini adalah kerana pohon-pohon itu

tidak mungkin untuk diperolehi di sesetengah negara.57

Oleh itu sewajarnya kita untuk berusaha untuk bersiwak

mahupun memberus gigi sebelum kita berwuduk kerana

perbuatan ini dicintai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam.

2) Hadirkan niat untuk berwuduk di dalam hati

Dalil wajibnya niat adalah hadis daripada ‘Alqamah bin

Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anh, dia berkata:

ا�Oj�(ب رK� ا���� 05� 5�� ا��#0� � ��5 M*�سd(ل س�*M رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی$�ل إ+��(

ا5J�(ل �(���80(ت وإ+��( L�"8 ام�ئ م( +�ى

Aku mendengar Umar bin Khattab radhiallahu 'anh

berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tiap-tiap amal

perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”

58

57 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 145-146. 58

Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Bada’

al-Wahyu, hadis no. 1.

Page 55: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

55

Niat adalah keinginan atau azam untuk mengerjakan

ibadah (dalam konteks ini ibadah wuduk) semata-mata untuk

mendekatkan diri kepada Allah. Niat ini tempatnya di hati dan

tidak perlu dilafazkan.59

Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani:

Niat tidak boleh dilafazkan dengan lisan kerana Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah melakukannya.

Di samping itu, Allah mengetahui apa yang dibisikkan

oleh hati seseorang, sehingga tidak perlu niat itu

dilafazkan.60

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata:

Tempat niat itu di dalam hati, bukan diucapkan dengan

lidah, sesuai kesepakatan para imam Muslimin dalam

semua urusan ibadah seperti wuduk, solat, zakat, puasa,

haji, membebaskan hamba atau tawanan, berjihad di

jalan Allah dan ibadah-ibadah lainnya.

Jika sekiranya lidahnya mengucapkan sesuatu yang

59

Sila rujuk buku penulis bertajuk Beberapa Persoalan Lazim

Tentang Solat di dalam bab Tidak Melafazkan Niat Sebelum Memulakan

Solat. Penulis telah membahaskan dengan panjang lebar tentang isu niat

ini bersertakan dalil-dalil dan keterangan-keterangan daripada para ulamak

Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Walaupun perbincangan di dalam buku

tersebut berkisar tentang amalan melafazkan niat ketika solat namun ianya

berkaitan dengan ibadah-ibadah lain termasuk berniat sebelum berwuduk. 60

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, (Edisi terjemahan oleh Abu

Shafiya, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004) ms. 67.

Page 56: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

56

berbeza dengan isi hatinya, maka yang diterima adalah

apa yang diniatkan oleh hatinya, bukan apa yang

diucapkan. Dan sekiranya dia melafazkan niatnya tetapi

di dalam hati tidak terjadi niat, maka yang demikian itu

belum mencukupi menurut kesepakatan para Imam

Muslimin. Kerana niat itu adalah sejenis maksud dan

kesungguhan kehendak.61

Oleh itu lafaz niat seperti ��*ت +�یM ا����ء ���� (Sengaja aku

berwuduk kerana Allah Ta’ala) atau selainnya sebagaimana

yang lazim diamalkan di Malaysia sewajarnya tidak dilafazkan

apatah lagi lafaz-lafaz tersebut tidak pernah wujud di dalam

mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sabit

mahupun dari kitab-kitab Imam al-Syafi’i rahimahullah

sendiri. Memadailah kita menghadirkan azam di dalam hati kita

bahawa kita sedang berwuduk kerana Allah 'Azza wa Jalla

tanpa dilafazkan.

3) Membaca ��� �ا saat berwuduk

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memerintahkan

kita untuk memulakan wuduk dengan membaca sا ��� sebagaimana sabdanya:

.% و��ء �� �� یgآ� اس� ا���� 5���

Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya.

62

61 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, (edisi terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah,

Jakarta, 2005), ms. 34-35. 62

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab

al-Thohaarah, no: 25 dan Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Page 57: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

57

k*� r�i أ!'(ب ا�8K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ه" : "و��ءا 3$(ل رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس���

: o��3 ی�- K3 ا��(ء وی$�ل." مo أ�� مL0� م(ء ." ��� ا����ت�7���ا "

Beberapa sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

mencari air wuduk, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam bertanya: “Apakah salah seorang daripada kalian ada mempunyai air?” Kemudian baginda

meletakkan tangannya di dalam air itu dan bersabda: “Berwuduklah kalian dengan menyebut nama Allah.”

63

Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum membaca sا ��� semasa memulakan wuduk samada wajib atau sunat. Menurut

Imam al-Syafi’i rahimahullah ianya hanyalah sunat. Beliau

berkata:

Saya menyukai seseorang memulai wuduknya dengan

membaca sا ���. Namun jika terlupa, dia boleh

membacanya apabila dia teringat walaupun wuduk itu

hampir selesai. Apabila dia meninggalkan membaca sا ���, baik terlupa atau sengaja, maka wuduknya tidak rosak,

Thaharah, no: 92. Ulamak berbeza pendapat tentang status hadis ini.

Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dan pengarang kitab Shahih Fikih Sunnah

mendha’ifkannya. Namun begitu Syaikh al-Albani rahimahullah di dalam

kitabnya Irwa’ al-Ghalil (jilid 1, ms. 122) telah menetapkan hadis ini

berstatus hassan. Perbezaan pendapat di kalangan ulamak hadis tentang

status hadis ini menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat tentang wajib

atau sunat membaca ��� sا ketika hendak berwuduk. 63 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 77.

Page 58: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

58

insya Allah.64

Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim juga sependapat dengan

Imam al-Syafi’i dalam hal ini. Beliau berkata:

Membaca sا ��� secara umum merupakan perkara ibadah

yang baik dan dianjurkan. Dalam masalah wuduk ada

beberapa hadis dha’if (walaupun disahihkan oleh

sebahagian ulamak). Di antaranya adalah hadis yang

menyatakan:

.% و��ء �� �� یgآ� اس� ا���� 5���

Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya.65

Hadis-hadis lainnya sangat lemah, sehingga tidak layak

untuk dijadikan hujah. Oleh kerananya Imam Ahmad

berkata: “Aku tidak mengetahui ada hadis yang sanadnya

bagus dalam bab ini”.

Saya katakan tidak diwajibkan bacaan sا ��� diperkuatkan

oleh perawi yang meriwayatkan sifat wuduk Rasulullah,

mereka tidak menyebut adanya membaca sا ���. Ini

adalah pendapat al-Thauri, Malik, Syafi’i, Ashabu ra’yi dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad.66

64 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 45. 65

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab

al-Thohaarah, no: 25 dan Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thaharah, no: 92. 66 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah

(edisi terjemahan terbitan Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 187.

Page 59: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

59

Namun begitu terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad

rahimahullah yang menyatakan membaca sا ��� ketika

berwuduk, mandi wajib dan tayamum hukumnya wajib.

Perbezaan pendapat ini wujud kerana bagi mereka yang

menyatakan ianya sunat menganggap hadis tentang membaca

sا ��� ketika hendak memulakan wuduk itu dha’if (lemah)

sedangkan bagi mereka yang menyatakan ianya wajib melihat

hadis tersebut berstatus sahih. Syaikh Fahd al-Syuwayyib

berkata:

Adapun yang memperkuat pendapat kami di atas, ialah

perintah baginda “Berwuduklah kalian dengan menyebut

nama Allah”. Sedangkan golongan yang menyatakan

hukumnya sunnah muakkadah, beralasan bahawa hadis

yang berkaitan dengan masalah ini adalah dha’if (iaitu

hadis: Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama

Allah padanya). Namun kerana hadis tersebut adalah

sahih, sebagaimana yang telah kami jelaskan, maka alasan

mereka itu tidak berlaku dan alasan kamilah yang dapat

dipegang. Wallahu A’lam. Maka hukum membaca sا ��� itu

menjadi wajib. Adapun orang yang lupa membacanya,

maka hendaklah dia membacanya ketika teringat.67

Syaikh al-Albani rahimahullah juga berpendapat membaca ���sا ketika hendak memulakan wuduk hukumnya wajib kerana

hadis ... و��ء % tersebut berstatus sahih. Ianya mempunyai tiga

jalur periwayatan dan banyak hadis pendukung lain yang telah

beliau sentuh dalam Shahih Sunannya (hadis no: 90). Menurut

Syaikh al-Albani sewajarnya kita mengambil hukum tentang

hal ini menurut zahir hadis tersebut iaitu wajib membaca ���

67

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 38.

Page 60: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

60

sا. Menurut beliau:

Ini adalah kerana tidak ada dalil yang membenarkan

keluar dari makna zahir ini kepada pernyataan bahawa

perintah ini hanyalah suatu anjuran (sunat). Hukum wajib

ini juga adalah pendapat golongan zahiriyah, Ishaq, salah

satu dari dua riwayat Imam Ahmad dan pilihan Shadiq

Khan dan al-Syaukani. Itulah yang benar, insya Allah.68

Apapun jua penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat.

Namun begitu membaca sا ��� bukan satu perkara yang

menyukarkan bagi sesiapapun hatta untuk kanak-kanak yang

masih bersekolah tadika. Oleh itu usahakanlah untuk membaca

sا ��� ketika hendak berwuduk kerana ianya adalah amalan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan akan diberikan

ganjaran kepada sesiapa jua yang ingin mencontohi baginda

walaupun perkara itu nampak seperti kecil. Firman Allah

Subhanahu wa Ta'ala:

FM☺"o a�M☺#� s�"�[�� �LIB"j ��ZJbMN nD�Z� 7g; F��� a�M☺#� s�"�[�� KLIB"j ��Z⌧� nD�Z� 7;

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa

berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

69

68

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said,

Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 1, ms. 96. 69

al-Zalzalah (99) : 7-8

Page 61: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

61

4) Jumlah Basuhan Untuk Anggota Wuduk

Disunnatkan untuk membasuh setiap anggota wuduk (kecuali

kepala) sebanyak tiga kali. Ini sebagaimana sebuah riwayat

daripada Humran dia berkata:

أ+�� رأى R5�(ن � 5.�(ن د5( ����ء 3�3�غ 5�� ی�ی� Uأد ��H ث م��ات H )�4��/3 �إ+(ئ " ی��K3 �0 م

"�\ ��H �R0�واس �T0�واس k�1�ت ��H ا����ء ��H ���أس n�م ��H )H H وجH H �4( وی�ی� إ�� ا��$3��

رأیM ا��K#�0 !��� ا���� : "\�" آ"� رج" d ��H )H H(ل5Kوس��� ی����� +'� و��ئ ��� ".

Bahawa aku melihat ‘Uthman bin ‘Affan pernah

meminta air (dalam bejana) untuk berwuduk. Lalu

menuang air dari bejana itu ke tapak tangannya dan

mencuci ke duanya 3 kali. Kemudian dia memasukkan

tangan kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana)

lalu berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung

(untuk membersihkannya) dan mengeluarkannya.

Kemudian membasuh muka 3 kali. Kemudian membasuh

tangan kanannya sehingga ke siku sebanyak 3 kali, lalu tangan kirinya begitu juga. Kemudian mengusap

kepalanya. Kemudian membasuh kaki kanannya hingga

mata kaki (buku lali) sebanyak 3 kali, lalu kaki kirinya begitu juga. Kemudian dia berkata: “Aku melihat

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk seperti wuduk ku ini.”

70

Namun begitu terdapat juga riwayat yang menunjukkan

70 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 164.

Page 62: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

62

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya membasuh

anggota wuduknya sebanyak 1 kali dan 2 kali. Imam Bukhari

rahimahullah berkata:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah menjelaskan

bahawa fardhu wuduk itu adalah satu kali-satu kali,

namun baginda shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah

berwuduk (membasuh anggota wuduk) dua kali-dua kali

dan tiga kali tetapi baginda shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah melakukan lebih dari tiga kali. Di samping

itu para ulamak tidak menyukai berlebihan dalam wuduk

dan melebihi apa yang dilakukan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.71

Dalil yang menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam pernah membasuh anggota wuduk sebanyak 1 kali

dan 2 kali adalah seperti berikut:

ت���� ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� : "5 ا� 5#�(س d(ل ."وس��� م��ة م��ة

Daripada Ibnu ‘Abbas (radhiallahu 'anh), dia berkata:

“Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah berwuduk satu kali-satu kali.”

72

ی� أن� ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� 5 5#� ا���� � ز ت���� م��ت� م��ت�

71 Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu

Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 2. 72 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 157.

Page 63: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

63

Telah diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Zaid

(radhiallahu 'anh), bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah berwuduk dua kali-dua kali.

73

Tentang perbezaan jumlah basuhan anggota wuduk ini al-

Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

Sesungguhnya fardhu atau kewajipan dalam berwuduk

adalah mencuci anggota wuduk sebanyak 1

kali...sedangkan selebihnya adalah sunat.74

Oleh itu tidaklah semestinya anggota-anggota wuduk itu

dibasuh sebanyak 3 kali. Sekiranya dengan hanya membasuh 1

kali dan diyakini air tersebut telah diratakan keseluruh anggota

wuduk terbabit maka ianya dianggap sudah memadai.75

5) Berhemat menggunakan air ketika berwuduk

Terdapat sesetengah pihak yang begitu boros menggunakan air

ketika berwuduk sehingga basah kuyup baju mereka. Sabda

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إ+�� س�L�ن K3 هg- اJم�d E�م ی*��ون K3 ا��4�Oر .وا��5F(ء

Nanti akan muncul di kalangan umat ini satu golongan

73

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 158. 74

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 6. 75 Sewajarnya hal ini diberi perhatian kepada seluruh umat Islam

terutamanya ketika mereka berwuduk di masjid-masjid yang mana ketika

itu terdapat begitu ramai ahli jemaah lain yang sedang beratur. Sekiranya

dengan berwuduk sebanyak sekali telah memadai untuk meratakan air ke

anggota-anggota wuduk, maka cukuplah dengan berwuduk hanya sekali

demi untuk keselesaan pera jemaah yang lain. Wallahu a’lam.

Page 64: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

64

yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa.76

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya

menggunakan 1 mud air (540 gram / 0.7 liter atau air yang

berada di dalam bekas sebesar 40 cm persegi) untuk berwuduk.

Daripada Anas radhiallahu 'anh, dia berkata:

آ(ن ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ی/�" أو آ(ن ی/��" .�(��P(ع إ�� E��U أم�اد وی����� �(���8

Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam biasa mandi dengan satu sha’77 (empat mud) sampai lima mud air dan

berwuduk dengan satu mud.78

Oleh itu hendaklah kita menjimatkan penggunaan air ketika

berwuduk walaupun kita sedang berwuduk di tepi sungai yang

mengalir.

6) � ا��� (mendahulukan bahagian kanan) ketika berwuduk.

Disunatkan mendahulukan bahagian kanan anggota wuduk

ketika berwuduk. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam:

�L0إذا ت����ت� 3(��ءوا ���(م .

Ketika kalian berwuduk maka mulailah dengan sebelah

76 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 88. 77 Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi 1 sha’ bersamaan dengan

2.156kg atau 2.75 liter air. Sila rujuk Fikih Thaharah, ms. 204. 78 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 201.

Page 65: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

65

kanan kalian.79

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

��F*0ت K3 F��ا��� �#Z*ا���� 5��� وس��� ی ���! FK#�0آ(ن ا� .وت�جF�� و�4iر- وK3 ;�+� آ�8�

Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sangat suka

mendahulukan bahagian kanan ketika memakai kasut,

menyikat rambut, bersuci dan dalam semua urusan baginda.80

Walaubagaimanapun bagi mereka yang mendahulukan anggota

kiri ketika berwuduk, wuduk tersebut tidak batal. Imam al-

Nawawi rahimahullah berkata:

Semua ulamak bersepakat bahawa mendahulukan

bahagian kanan ketika berwuduk adalah sunat. Siapa

yang meninggalkannya maka dia telah kehilangan

keutamaannya meskipun wuduknya tetap sah.81

Anjuran untuk mendahulukan bahagian kanan hanya khusus

untuk anggota wuduk tangan dan kaki. Menurut Syaikh

‘Abdullah al-Bassam:

Anjuran mendahulukan bahagian kanan dilakukan saat

membasuh kedua tangan dan kedua kaki. Berbeza dengan

muka kerana anggota wuduk yang hanya satu harus

dibasuh seluruhnya bersamaan. Demikian juga bahagian

79

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 396. 80

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 168. 81

Dinukil daripada kitab Fathul Baari, jilid 2, ms. 118.

Page 66: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

66

kepala, ia dibasuh seluruhnya secara bersamaan.82

7) Hendaklah menggosok anggota wuduk.

Anggota-anggota wuduk itu hendaklah digosok yakni dengan

menjalankan tangan untuk mencuci anggota wuduk. Sekiranya

hanya dilalukan air ke atas anggota wuduk, maka wuduk

tersebut tetap sah namun begitu tidak mendapat keutamaan

dalam mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Dalil menggosok anggota wuduk adalah seperti berikut:

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Zaid (radhiallahu 'anh),

dia berkata:

3���� أن� ا�K#�0 !��� اs 5��� وس��� أتB�R� K م�8 .Z3*" ی��@ ذرا5��

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dibawakan sepertiga mud air, kemudian berwuduk, lalu menggosok kedua lengannya.83

: أن� ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ت���� Z3*" ی$�ل ."ی��@ هgLا"

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk,

kemudian baginda bersabda: “Beginilah cara menggosok.”

84

82

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 249. 83

Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah di dalam Shahih Ibnu

Khuzaimah, no: 118. 84

Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 15846.

Page 67: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

67

8) Membasuh kedua pergelangan tangan sebanyak tiga kali.

Adalah disunnatkan membasuh tapak tangan sehingga ke

pergelangan tangan ketika berwuduk.

إذا اس��$S أ��آ� م +�م� 3 ی/�X ی�- K3 اW+(ء . ���� ی/V3 )H H )4��+�� % ی�ري أی �(تM ی�-

Ketika salah seorang daripada kalian bangun dari tidur

malamnya maka janganlah dia memasukkan tangannya

ke tempat air sehingga dia membasuhnya sebanyak tiga

kali. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu di mana tangannya semalam.85

أن� ���ان م��� R5�(ن أU#�- أ+�� رأى R5�(ن ��� H ث م�ار 5.�(ن دV� )5+(ء 3�3�غ 5�� آ.�

)�4��/3...

Humran (hamba ‘Uthman radhiallahu 'anh yang telah dimerdekakan), mengkhabarkan bahawa dia telah

melihat ‘Uthman bin ‘Affan meminta dibawakan sebuah

bejana (berisi air), lalu dia menuangkan air ke telapak

tangannya seraya membasuh kedua telapak tangannya tiga kali...86

85

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 278. 86

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 159. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:

Hadis ini merupakan keterangan mencuci kedua tangan sebelum

memasukkannya ke dalam bejana (bekas air untuk berwuduk),

meskipun bukan kerana bangun tidur sebagai tindakan berhati-hati. (al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 82)

Page 68: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

68

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam, istilah ���.آ menunjukkan:

Batasnya adalah dari hujung jari sehingga pergelangan

tangan.87

Membasuh telapak tangan sebelum berwuduk adalah bertujuan

untuk memastikan bahawa tangan yang akan dipergunakan

untuk menggosok angota wuduk yang lain itu bersih dari apa

jua bentuk kekotoran. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Sunnah ini sangat sesuai dengan fitrah dan akal. Ini

adalah kerana kebiasaannya tangan itu ada debu atau

yang serupa dengan debu. Maka sudah seharusnya kalau

dimulai dengan membersihkannya sehingga kemudian

ianya boleh dipergunakan untuk mencuci muka dan

anggota lainnya. Dan yang sangat ditekankan untuk

melakukan itu adalah saat bangun tidur.88

9) Berkumur-kumur, memasukkan air ke hidung dan

dihembuskan semula. (3 kali).

Antara sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang

semakin dilupakan di Malaysia adalah berkumur-kumur dan

memasukkan air ke hidung secara serentak. Sebenarnya hal ini

juga dianjurkan oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah. Beliau

berkata:

Saya lebih menyukai orang berwuduk yang memulainya

dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke

87

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 214. 88

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 200.

Page 69: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

69

hidungnya tiga kali setelah membasuh kedua (telapak)

tangannya, iaitu dengan cara mengambil air dengan

telapak tangannya untuk mulut dan hidungnya, kemudian

memasukkan air itu ke dalam hidungnya sampai batas

yang terlihat bahawa air itu masuk ke bahagian dalam

hidungnya. Namun apabila dia berpuasa, hendaklah dia

memasukkan air ke dalam hidung dengan lembut, agar air

itu tidak masuk ke bahagian kepalanya. Berkumur-kumur

dan memasukkan air ke dalam hidung adalah sunnah

kerana dengannya bau mulut dan hidung akan hilang.89

Dalil-dalil berkaitan dengan berkumur-kumur seraya

memasukkan air ke hidung adalah seperti berikut:

���ان م��� R5�(ن � 5.�(ن أ+�� رأى R5�(ن �55.�(ن د5( ����ء 3�3�غ 5�� ی�ی� م إ+(ئ� 3/4���( k�1�ت ��H ا����ء K3 �0��ی "Uأد ��H ث م��ات H

: d ��H(ل... ��H �R0� \�" وجH H �4(واسT0�� واسرأیM ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ی����� +'� "

Kو��ئ ".

Bahawa aku melihat ‘Uthman pernah meminta air

(dalam bejana) untuk berwuduk. Lalu menuang air dari

bejana itu ke tapak tangannya dan mencuci ke duanya 3

kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke

dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumur

seraya memasukkan air ke hidung (untuk membersihkannya) dan mengeluarkannya. Setelah itu

dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudian dia

(‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihat Rasulullah

89

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 35.

Page 70: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

70

berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”90

5#� ا���� � زی� أ+�� أ3�غ م اW+(ء 5�� ی�ی� 5آ.�E وا��ة ��H )�4��/3 \�" أو مk�1 واسT0�� م

)H H @�ا و��ء رس�ل ا���� ... 3.*" ذgLل ه)d ��H س���!��� ا���� 5��� و

Daripada ‘Abdullah bin Zaid bahawa dia menuangkan

air dari bejana ke atas kedua tangannya lalu membasuh

keduanya. Kemudian membasuh atau berkumur-kumur dan mengeluarkan air dari hidung dari satu telapak

tangan, dia lakukan hal ini sebanyak tiga kali… lalu

berkata: “Demikianlah wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.91

أK� ه�ی�ة أن� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� 5�R0���� ��H أ+.� م(ء K3 "*Z��3 �ل إذا ت���� أ��آ)d

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, dia berkata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Apabila salah seorang dari kalian berwuduk maka

hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya, kemudian mengeluarkan semula air tersebut.92

Daripada Laqith bin Shabirah, dia bertanya:

ا����ء"5 K+�#Uی( رس�ل ا���� أ ".

90 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab

al-Wuduk, no: 164. 91 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab

al-Wuduk, no: 191. 92 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 85.

Page 71: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

71

“Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang

berwuduk.”

اo�)!J و�(�� d" : K3(ل�� "8�Uأس#� ا����ء و ."ا%سT0�(ق إ%� أن ت�Lن !(ئ�(

Rasulullah menjawab: “Sempurnakan wuduk dan

selang-selangilah antara jari-jemarimu dan bersungguh-

sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali ketika kamu sedang berpuasa.93

و+' ج��س +q0� إ��� : ... "d ��U �#5 K0H���(ل� k�1�3 ��3 ��3 واسT0�� و+R� 3�دU" ی�- ا���0

م س��- : "���- ا����ى 3*" هgا H ث م��ات d ��H(لأن یq0� إ�� �4iر رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس���

." g43ا �4iر-

Diriwayatkan daripada ‘Abdu Khair, dia berkata: “Kami

duduk memperhatikan ‘Ali (radhiallahu 'anh) sedang

berwuduk, maka dia memasukkan tangannya yang kanan

ke dalam bejana, dia memenuhi mulutnya dengan air

kemudian berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke

dalam hidung) dan menggerak-gerakkan hujung

hidungnya dengan tangan kirinya. Dia melakukannya tiga kali, kemudian berkata: “Barangsiapa yang merasa

senang memperhatikan wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka inilah cara baginda berwuduk.”

94

Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat kita rumuskan seperti

93 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Shaum, hadis no 718. 94 Hadis riwayat Imam al-Darimi di dalam Sunan al-Darimi, Kitab

al-Thohaarah, no: 696.

Page 72: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

72

berikut:

1) k�1م adalah berkumur-kumur dengan menggerak-

gerakkan air di dalam mulut bertujuan untuk mencucinya. �T0�اس adalah memasukkan air ke dalam hidung dengan

menghirupnya bersama nafas hingga ke bahagian hidung

yang paling dalam. �R0�اس pula adalah mengeluarkan air

tersebut setelah melakukan �T0�اس.

2) Adalah disunnahkan berkumur-kumur dilakukan serentak

dengan memasukkan air ke dalam hidung lalu

mengeluarkannya dan diulang sebanyak tiga kali.

3) Hendaklah bersungguh-sungguh memasukkan air ke dalam

hidung kecuali apabila sedang berpuasa.

4) Hendaklah memasukkan air ke dalam hidung dengan

menggunakan tangan kanan dan mengeluarkan air tersebut

menggunakan tangan kiri.

Tentang hukum berkumur-kumur serta memasukkan air ke

dalam hidung lalu mengeluarkannya maka ulamak berbeza

pendapat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa hukumnya

adalah sunat, mereka menyatakan bahawa perbuatan tersebut

tidak termasuk di dalam perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala

berkaitan wuduk iaitu:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*�

Page 73: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

73

;��d#"?J>�� _

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua

belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…95

Bagi mereka yang menyatakan ianya wajib maka mereka juga

menggunakan dalil yang sama seperti di atas namun mereka

beranggapan bahawa mulut dan hidung adalah termasuk di

dalam anggota yang disebut muka. Menurut Syaikh ‘Abdullah

al-Bassam:

Mereka (yang menyatakan wajib) beralasan seperti

berikut:

1) Ketekunan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam

melakukan kedua perbuatan tersebut merupakan bukti

kewajipannya. Jika keduanya hanya sunat tentu

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah

meninggalkannya meskipun sekali sahaja, untuk

memperjelaskan kepada umatnya bahawa kedua

pekerjaan itu boleh (ditinggalkan yakni tidak wajib).

Suatu pekerjaan yang disertai dengan perintah memberi

pemahaman bahawa pekerjaan itu wajib. Allah telah

memerintahkan kedua pekerjaan tersebut dalam firman-

Nya “basuhlah muka kamu” di mana mulut dan hidung

termasuk bahagian muka.

2) Hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah

95

Al-Maaidah (5) : 6

Page 74: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

74

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ا��E1�1 وا%سT0�(ق م ا����ء ا��gي %��� م0�

Berkumur dan menghirup air ke dalam hidung termasuk (pekerjaan) wuduk yang wajib. (Hadis ini

diriwayatkan oleh Abu Bakar di dalam kitab al-Syafi)

3) Hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah

radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

��H ا��(ء إذا ت���� أ��آ� j0�� �T0����3�ی� م�R�0��.

Jika salah satu di antara kalian berwuduk maka hendaklah menghirup air ke dalam hidung melalui kedua hidungnya kemudian mengeluarkannya.96

4) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Daruquthni

daripada Laqith bin Shabirah bahawa Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

k�1�3 إذا ت����ت.

Jika kamu berwuduk maka berkumurlah.97

5) Perintah membasuh muka atau wajah dalam ayat

96 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 237. 97 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 123.

Page 75: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

75

“basuhlah muka kamu” adalah juga untuk berkumur dan

menghirup air ke dalam hidung. Ini kerana mulut dan

hidung merupakan sebahagian dari wajah. Keduanya

adalah anggota tubuh luar yang termasuk dalam kategori

wajah. Yang paling kuat adalah pendapat mazhab yang

terakhir (iaitu wajib) kerana kekuatan dalil-dalilnya dan

tidak ada yang menentangnya.98

Di atas dasar sabitnya dalil serta kesungguhan Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam serta para sahabat radhiallahu

'anhum dalam mengerjakan berkumur-kumur dan memasukkan

air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya, maka sewajarnya

bagi mereka yang tidak menganggap ianya wajib agar tetap

berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam ini. Dr Yusuf al-Qaradhawi

berkata:

Bagi mereka yang mengatakan bahawa itu adalah tidak

wajib dan menganggapnya sebahagian dari wajah, sangat

dianjurkan untuk melakukannya dengan bersungguh-

sungguh kecuali bagi orang yang berpuasa. Dan sangat

dianjurkan untuk mengeluarkan yang ada di hidung

setelah dihirup. Demikian banyak hadis yang

menunjukkan sifat wuduk Nabi bahawa baginda selalu

berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung…99

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah memperjelaskan tentang

hikmah disyari’atkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke

dalam hidung. Menurut beliau:

98

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 218. 99

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 198-199.

Page 76: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

76

Lalu para ulamak menyebutkan hikmah perbuatan ini

adalah untuk mengetahui sifat air yang akan digunakan

untuk berwuduk. Sebab warna dapat diketahui dengan

penglihatan, rasa dapat diketahui melalui lidah (mulut)

dan bau dapat diketahui melalui penciuman (hidung).100

10) Membasuh muka dengan sempurna

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� ...

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu …101

���ان م��� R5�(ن � 5.�(ن أ+�� رأى R5�(ن �55.�(ن د5( ����ء 3�3�غ 5�� ی�ی� م إ+(ئ� 3/4���( k�1�ت ��H ا����ء K3 �0��ی "Uأد ��H ث م��ات H

�R0�واس �T0�واس )H H �4وج "�\ ��H ...ل)d ��H :رأیM ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ی����� +'� "

Kو��ئ ". Telah diriwayatkan daripada Humran (hamba abdi

‘Uthman), bahawasanya dia melihat ‘Uthman bin Affan

100

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 83 101

Al-Maaidah (5) : 6

Page 77: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

77

minta dibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air

dari bejana itu ke telapak tangannya dan mencuci

keduanya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu

berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung serta

mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudian dia (‘Uthman bin Affan) berkata:

“Aku melihat Rasulullah berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”

102

Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sunnah

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di atas telah sepakat para

ulamak akan kefardhuan membasuh muka atau wajah ketika

berwuduk.

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah tentang muka atau

wajah adalah:

Tempat tumbuhnya rambut kepala (yakni anak rambut)

sampai kepada dua telinga, tulang rahang dan dagu.

Bukanlah dinamakan muka apabila melewati tempat

tumbuh rambut kepala (di dahi) dan dua tepi dahi itu

termasuk bahagian kepala. Demikian halnya bahagian

yang botak dari kepala, botak itu bukanlah bahagian dari

muka.103

Bagi mereka yang memiliki janggut pada wajah mereka maka

adalah sunnah untuk menyela-nyela janggutnya dengan air.

Dalilnya adalah seperti berikut:

102

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab

al-Wuduk, no: 164. 103

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms 35-36.

Page 78: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

78

Daripada ‘Uthman radhiallahu 'anh, dia berkata:

���'� "8�jا���� 5��� وس��� آ(ن ی ���! �K#�0أن� ا� .

Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyela-nyela janggutnya.104

Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh, dia berkata:

gUأن� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� آ(ن إذا ت���� أdو ���'� �� "��j3 �L0� M'ت ��Uم(ء 3�د : (لآ.]( م

". هgLا أم�+K ر��w5 K8 وج"�"

Bahawasanya apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam berwuduk, baginda mengambil secedok air

dengan telapak tangannya, kemudian baginda memasukkannya di bawah rahangnya, lalu menyela-

nyela janggutnya kemudian bersabda: “Beginilah Tuhanku 'Azza wa Jalla memerintahkanku.”

105

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam menyela-nyela janggut

ketika berwuduk adalah:

Dengan menyisir janggut (dengan jari-jari tangan) dan

mengalirkan air di celah-celahnya agar air dapat masuk

ke tengah-tengah rambut (janggut yang tumbuh di dagu)

dan sampat ke kulit.106

104 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 29. 105 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 124. 106 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 249.

Page 79: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

79

Ulamak membezakan di antara janggut yang nipis dan janggut

yang tebal. Bagi janggut yang nipis maka hendaklah

menyelanya dengan air sehingga terkena kulit. Apabila janggut

lebat dan bahagian kulit tidak kelihatan dan tertutup maka

memadailah dengan mengusap-usap air sehingga ke hujung

janggut.

Menurut Imam al-Syafi’i107

rahimahullah:

Apabila janggut yang tumbuh pada diri seseorang tidak

lebat dan menutup sedikit mukanya, maka dia harus

membasuh mukanya seperti ketika janggut belum tumbuh

(iaitu dengan mengenakan air ke kulit). Namun apabila

janggut itu lebat sehingga mengambil tempat pada

wajahnya, maka tindakan yang lebih berhati-hati (al-Ihtiyath) ialah dengan membasuh semuanya.108

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Hukum menyela-nyela janggut ini ada dua, wajib dan

sunnah

Menyela-nyela janggut yang wajib adalah ketika rambut

janggut nipis sehingga kulitnya kelihatan. Kulit dan

rambut janggut yang tumbuh di sini dihukumi sebagai

bahagian luar sehingga wajib dibasuh sambil disela-sela.

Menyela-nyela janggut yang sunnah adalah ketika

107

Imam al-Syafi’i rahimahullah menganggap perbuatan menyela-

nyela janggut ini hanyalah sunat sahaja. Wallahu A’lam 108

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms 36.

Page 80: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

80

janggut tebal sehingga bahagian kulitnya tidak kelihatan

dan tertutup. Dalam keadaan ini menyela-nyela bahagian

dalam rambut (janggut) dan bahagian dasarnya (terkena

kulit) adalah sunat kerana dianggap bahagian dalam.

Adapun hukum membasuh bahagian rambut janggut yang

luar adalah wajib sebagai kepanjangan dari mengusap

wajah.

Perincian di atas dan penjelasannya didasarkan pada

hasil penelitian terhadap cara wuduk yang di syari’atkan.

Hasilnya menunjukkan bahawa bahagian wajah yang

nampak wajib dibasuh, termasuk kulit dan rambut

janggut yang nipis. Adapun bahagian wajah yang tertutup

kerana ketebalan janggut, seperti janggut rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam maka yang disyariatkan

adalah menyela-nyelanya.109

Oleh itu sewajarnya kita tetap untuk mengamalkan sunnah

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam menyela-nyela

janggut ketika berwuduk walaupun majoriti umat Islam di

Malaysia beranggapan ianya hanyalah amalan sunat. Ini adalah

kerana telah sabit perintah daripada Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam akan kesunnahan amalan tersebut dan tentu

sekali mengamalkannya tidak akan merugikan kita walau

sedikitpun.

11) Membasuh tangan hingga ke siku dengan memulakan

tangan kanan (3 kali).

Telah sepakat para ulamak akan kefardhuan membasuh tangan

ketika berwuduk. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

109 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 249.

Page 81: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

81

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ...

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku…

110

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Saya tidak mengetahui bahawa ada perbezaan pendapat

tentang membasuh siku, seolah-olah mereka memahami

bahawa makna ayat ini adalah: “Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai kalian membasuh siku.”

Jadi tidak cukup sekadar membasuh kedua tangan tanpa

membasuh di celah-celah jari-jemari sehingga siku pun

turut dibasuh, dan hendaknya dimulai dari sebelah kanan

lalu pindah ke sebelah kiri. Saya memandang makruh

apabila memulai membasuh anggota wuduk yang sebelah

kiri namun dia tidak harus mengulanginya apabila telah

melakukannya.111

Tentang termasuknya siku sebagai anggota yang perlu dibasuh,

Na’im bin ‘Abdullah al-Mujmar telah berkata:

110

Al-Maaidah (5) : 6 111

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 36-37.

Page 82: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

82

��H \�" ی�- ا����0 ���� ... رأیM أ�( ه�ی�ة ی����� ���ى ���� أ;�ع K3 أ;�ع K3 ا�*��H �1 ی�- ا�

هgLا رأیM رس�ل ا���� !��� ا���� : "d ��H(ل... ا�*1� ."5��� وس��� ی�����

Aku melihat Abu Hurairah radhiallahu 'anh berwuduk…

kemudian dia membasuh tangan kanannya hingga masuk

ke bahagian lengan bahagian atas, lalu membasuh

tangan kirinya hingga masuk ke lengan bahagian atas… Abu Hurairah berkata: “Seperti inilah aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk.”112

Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim:

Tambahan pula perkataan tDH*� dalam firman Allah

Subhanahu wa Ta'ala:

�"j*� 4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ...

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku…

113

112

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 246. Hadis ini juga dipergunakan sebagai dalil disunatkan

untuk meratakan air ke anggota wuduk dengan melebihi sedikit dari paras

yang disyari’atkan. Contohnya apabila membasuh tangan dilebihkan

sedikit melepasi paras siku dan apabila membasuh kaki melepasi di paras

buku lali. 113

Al-Maaidah (5) : 6

Page 83: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

83

Bererti “bersama dengan” seperti dalam firman Allah

Subhanahu wa Ta'ala:

$%�� ����#3�\o�"� a+� K���J��/ �tDH*� a+�?�>���J��/

dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) bersama harta kamu.

114

dan

a+��heC��� qLI�#� _tDH*� a+�?��I�#�

serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada

115

ertinya bersama kekuatan kamu. Al-Mubarrid berkata:

Jika batasan termasuk dari bahagian yang dibatasi maka

itu termasuk di dalamnya.116

Maka dari penjelasan di atas jelaslah bagi kita bahawa siku

termasuk bahagian yang perlu dibasuh ketika berwuduk.

Disunatkan juga bagi kita untuk membasuh di celah jari-jemari

tangan serta memastikan air mengenai celah-celah cincin atau

jam yang dipakai.

Daripada Laqith bin Shabirah, dia bertanya:

ا����ء"5 K+�#Uی( رس�ل ا���� أ ". 114

al-Nisaa’ (4) : 2 115

Hud (11) : 52 116 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 178.

Page 84: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

84

“Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang

berwuduk.”

اd" : o�)!J(ل�� "8�Uأس#� ا����ء و...

Rasulullah menjawab: “Sempurnakan wuduk dan selang-selangilah antara jari-jemari mu …117

Tentang maksud o�)!Jا �� "8�Uو Menurut Syaikh ‘Abdullah al-

Bassam:

Renggangkanlah jari-jari dan alirkan air di antara celah-

celahnya. Yang dimaksudkan dengan jari di sini adalah

jari tangan dan jari kaki. Keterangan ini didasarkan

menerusi riwayat Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh:

إذا ت����ت : "أن� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� d(ل أ!(o� ی�ی@ ورج��@�� "8�j3".

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

bersabda: Jika kamu berwuduk maka renggangkanlah dan basuhlah celah-celah antara jari kedua tanganmu dan kedua kakimu.118

Walaupun kita telah membasuh telapak tangan pada permulaan

berwuduk tadi, namun apabila membasuh tangan kita tetap

wajib sekali lagi membasuh telapak tangan tersebut secara

sempurna. Ketahuilah bahawa membasuh kedua telapak tangan

pada peringkat awal berwuduk hukumnya hanyalah sunat

sedangkan menyempurnakan membasuh tangan adalah wajib

117 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Shaum, hadis no 718. 118 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 37.

Page 85: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

85

dan anggota tangan di dalam berwuduk adalah di mulai dari

kuku sehingga siku yang mana telapak tangan termasuk di

dalamnya. Hendaklah juga kita memastikan bahagian kulit

yang terlindung kerana memakai cincin, gelang, jam tangan

dan lain-lain juga dibasahi air ketika berwuduk.

Syaikh Wahid ‘Abdussalam Bali berkata:

Di antara kesalahan yang mereka lakukan (ketika berwuduk) ialah tidak menggerak-gerakkan cincin ketika

membasuh telapak tangan dan tidak menggerak-gerakkan

jam tangan ketika membasuh tangan sehingga kulit di

kedua tempat tersebut kering.

Oleh kerana itu wajib menggerakkan keduanya sehingga

terbasuh kulit yang berada di bawah keduanya. Imam al-

Bukhari rahimahullah menyatakan:

.وآ(ن ا� س��ی ی/�" مo�� اj�(ت� إذا ت����

Ibnu Sirin biasa membasuh tempat cincin saat wuduk.119

Dan sanadnya disahihkan oleh al-Hafidz120 (Ibnu Hajar

al-‘Asqalani rahimahullah) seraya menyatakan: “Kerana

adakalanya air tidak sampai kepadanya jika sempit.121

119 Diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya,

Bab Membasuh Mata Kaki. 120 Sila rujuk Fathul Baari, jilid 2, ms. 107. 121

Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah

& Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan oleh Ahmad Syaikhu,

Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 105.

Page 86: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

86

12) Menyapu seluruh kepala dari hadapan ke belakang

bersekali dengan kedua telinga menggunakan dua tangan.

Kepala adalah anggota wuduk yang telah disepakati oleh para

ulamak sebagai bahagian yang fardhu ketika berwuduk. Ini

berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A ...

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua

belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah kepala kamu…122

Namun mereka berbeza pendapat samada yang perlu disapu

adalah sebahagian dari kepala atau seluruh kepala. Ini adalah

kerana +�?�f�<��Z*A boleh ditafsirkan sebagai

sebahagian mahupun keseluruhan. Bagi Imam al-Syafi’i dan

Abu Hanifah rahimahumallah ayat di atas menunjukkan

bahawa menyapu sebahagian kepala dengan air sudah

memadai. Imam al-Syafi’i berkata:

Adalah masuk akal bahawa pada ayat ini dijelaskan

tentang barangsiapa telah menyapu sedikit dari

kepalanya, maka sesungguhnya dia dianggap telah

122

Al-Maaidah (5) : 6

Page 87: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

87

menyapu kepala. Ayat ini juga tidak memiliki

kemungkinan arti lain selain dari yang telah disebutkan,

yang mana hal itu merupakan makna yang terkuat. Makna

yang tidak dianggap kuat adalah menyapu kepala

seluruhnya.123

Imam al-Syafi’i rahimahullah menguatkan pendapatnya

dengan riwayat daripada Mughirah bin Syu’bah:

���!)0� n��3 ����ا���� 5��� وس��� ت ���! �K#�0أن� ا���.j�و5�� ا Eو5�� ا�*�(م.

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu ubun-ubunnya dan juga di atas serbannya serta di atas khuf.124

Namun begitu menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam pula:

Huruf ب di dalam ayat ini tidak menunjukkan bahawa

yang disapu hanya sebahagian. Kerana fungsi huruf ب

tersebut adalah ilshaaq (menunjukkan keseluruhan).

Siapa yang beranggapan bahawa ب tersebut berfungsi

tab’iidh (sebahagian) maka dia sama sahaja seperti telah

menyalahkan para pakar bahasa arab.125

Selanjutnya Syaikh Fahd al-Syuwayyib pula berkata:

123

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 37. 124 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 274. 125 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 225.

Page 88: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

88

Al-Syaukani rahimahullah dalam Nail al-Authar

mengatakan, bahawa huruf ب tidak terbukti

dipergunakan untuk menyatakan sebahagian dan

Sibawaih (ulamak pakar bahasa) telah membantahnya

dalam 15 tempat di dalam kitabnya.126

Pendapat menyapu seluruh kepala ini juga merupakan pendapat

Imam Malik dan Imam Ahmad rahimahumallah. Menurut

Imam al-Bukhari rahimahullah:

Imam Malik rahimahullah pernah ditanya: “Apakah

mencukupi jika menyapu sebahagian kepala sahaja?”

Maka beliau (Imam Malik) berhujah dengan hadis

‘Abdullah bin Zaid radhiallahu 'anh:

n رأس� ���ی� d�3#" 4��( وأد�� ��أ ��$��م ��H م�...رأس� ���� ذهr 4��( إ�� ��H -).d رد�ه�( إ�� ا��L(ن

...ا��gي ��أ م0�

… lalu (baginda) mengusap kepalanya dengan kedua

tangannya. Baginda menggerakkan kedua tangannya ke arah hadapan dan ke belakang; dimulai daripada

bahagian depan kepalanya kemudian menggerakkan

kedua tangannya sampai ke belakang (tengkuknya), lalu

mengembalikan keduanya ke tempat baginda memulainya…127

126

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 38. 127 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 185.

Page 89: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

89

Inilah sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam

menyapu kepalanya yakni setelah membasahkan tapak

tangannya baginda meletakkan kedua tangannya di atas

bahagian hadapan kepala dengan tangan tersebut melitupi

seluruh kepala lalu menyapunya ke arah belakang sehingga

kebatasan terakhir rambut di tengkuk lalu menyapunya semula

ke arah hadapan dan berhenti di tempat pemulaan baginda

meletakkan kedua tangannya.

Berkenaan hadis Mughirah iaitu hadis yang menunjukkan

baginda hanya menyapu bahagian ubun-ubun yang dijadikan

dalil untuk menyapu sebahagian kepala ianya sebenarnya

khusus untuk mereka yang memakai serban dan kemudian

hendaklah dia menyempurnakannya dengan menyapu serban

sebagaimana zahir hadis tersebut. Syaikh ‘Abdul ‘Aziz

‘Abdullah bin Baz rahimahullah berkata:

Tidak ada dalam hadis Mughirah keterangan yang

menyatakan bahawa menyapu kepala secara keseluruhan

saat berwuduk bukanlah fardhu apabila seseorang tidak

memakai serban. Akan tetapi sesungguhnya hadis itu

hanya memberi keterangan bolehnya menyapu bahagian

kepala yang nampak dan melanjutkan dengan menyapu

serban di saat memakainya. Adapun di saat seseorang

tidak memakai serban, maka yang wajib dilakukannya

adalah dengan menyapu kepala secara keseluruhannya

sebagai pengamalan hadis ‘Abdullah bin Zaid.128

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pula berkata di dalam

Zaadul Ma’ad (jilid 1, ms. 193):

128 Sebagaimana komentar beliau terhadap kitab Fathul Baari, jilid

2, ms. 179.

Page 90: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

90

Tidak ada satu hadis yang sahih bahawa baginda

(shallallahu 'alaihi wasallam) hanya menyapu sebahagian

kepalanya sahaja. Tetapi jika (baginda) menyapu ubun-

ubunnya, maka baginda menyempurnakan pada

serbannya.129

Selanjutnya mari kita melihat beberapa hadis lain yang

menjelaskan tentang tatacara menyapu kepala:

a) Menyapu Kepala Hanya Satu Kali

Imam al-Bukhari memperuntukkan satu bab khusus

bertajuk Menyapu Kelapa Sekali di dalam Shahih al-

Bukhari dan di bawah bab itu terdapat sebuah hadis dimana

‘Abdullah bin Zaid menceritakan tentang wuduk Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam:

مn� رأس� : "0H���( م�س� d(ل 0H���( وهd r�(ل ".م��ة

Musa telah menceritakan kepada kami, dia berkata telah

menceritakan kepada kami Wuhaib, dia berkata:

“Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) menyapu kepalanya sekali.”130

129

Penulis nukil daripada kitab Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474

Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan

oleh Ahmad Syaikhu, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 106. Boleh juga

dirujuk pendapat Imam Ibnul Qayyim ini di dalam Mukhtasar Zaadul

Ma’ad Bekal Menuju Akhirat, Peringkas Muhammad Abdul Wahhab at-

Tamimi, (edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi, Pustaka Azzam, 1999)

ms. 17. 130 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 192.

Page 91: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

91

أd ���� K�(ل رأیM 5��]( رK� ا���� 05� ت����� 5#� ا�����5 ... d ��H(ل هgLا ت���� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ومn� ��أس� وا��ة

Daripada ‘Abdul Rahman bin Abi Laila, dia berkata: Aku melihat ‘Ali radhiallahu 'anh berwuduk… dan beliau

menyapu kepalanya sekali lalu (‘Ali) berkata: Inilah cara wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

131

Hadis daripada ‘Ali radhiallahu 'anh ini merupakan dalil

ke atas sunnahnya menyapu kepala hanya sekali dan

menurut pengarang kitab Tuhfat al-‘Ahwadzi bi Sharh

Jami’ al-Tirmidzi ianya merupakan pendapat jumhur.

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Hadis ‘Ali radhiallahu 'anh di atas menunjukkan bahawa

mengusap kepala hanya dilakukan sekali, tidak berulang-

ulang sebagaimana saat membasuh anggota wuduk yang

lain.132

131

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 100. Hadis yang senada juga diriwayatkan daripada Abi

Hayyah oleh Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-Thohaarah,

no: 45, dan daripada ‘Abdi Khair oleh Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya,

Kitab al-Thohaarah, no: 91 yang mana kedua-dua riwayat tersebut juga

berpunca dari Saidina ‘Ali radhiallahu 'anh. Manakala satu lagi riwayat

daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh yang diriwayatkan oleh Imam al-

Nasa’i di dalam Sunannya no: 100 dengan lafaz (��أس� وأذ+�� م��ة n�وم) yang

menunjukkan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyapu

kepalanya berserta kedua telinganya sebanyak satu kali. 132

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 249. Namun begitu menurut Syaikh al-Albani

rahimahullah di dalam Tamamul Minnah (Jilid 1, ms 98) terdapat hadis

yang bersanad hasan menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

pernah juga menyapu kepala sebanyak tiga kali. Menurut beliau walaupun

terdapat banyak hadis yang lebih kuat yang menunjukkan sapuan hanya

Page 92: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

92

b) Menyapu Kedua Telinga

Adalah disunnahkan untuk menyapu telinga sesudah

menyapu kepala tanpa mengambil air yang baru. Ini adalah

satu kali tetapi penambahan dari perawi yang terpercaya dapat diterima.

Hadis menyapu kepala sekali tersebut bagi beliau tidak bercanggah

dengan hadis mengusap tiga kali tetapi menurut beliau pembicaraan di sini

adalah bersangkutan masalah sunnah iaitu lazim dikerjakan dan kadang-

kadang ditinggalkan.

Namun menurut Syaikh Ben Bazz rahimahullah ketika memberi komentar

terhadap kitab Fathul Baari (jilid 2, ms. 206) hadis yang menunjukkan

sapuan kepala lebih dari sekali adalah syadz kerana tambahan tersebut

menyalahi riwayat perawi yang lebih thiqah (kuat) sehingga tidak dapat

dijadikan pegangan.

Untuk mengkompromikan hadis menyapu kepala sekali dan tiga kali al-

Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

Dalil terkuat yang menunjukkan tidak ada pengulangan dalam

menyapu kepala adalah hadis masyhur yang disahihkan oleh Ibnu

Khuzaimah dari selainnya dari jalur periwayatan ‘Abdullah bin Amru

bin al-Ash mengenai sifat wuduk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, di mana baginda bersabda setelah selesai berwuduk:

.م زاد 5�� هgا 3$� أس(ء و_��

“Barangsiapa yang menambahkan dari yang demikian ini, sungguh dia telah berlaku buruk lagi zalim.”

Sementara dalam riwayat Sa’id bin Manshur terhadap hadis di atas

terdapat ketegasan, bahawa baginda shallallahu 'alaihi wasallam

menyapu kepalanya satu kali. Hal ini menunjukkan bahawa menyapu kepala lebih dari satu kali tidaklah disukai. Adapun riwayat-riwayat

yang menerangkan adanya pengulangan dalam menyapu kepala –

apabila terbukti kebenarannya- maka harus difahami bahawa maksudnya adalah meratakan sapuan, di mana pemahaman seperti

itu untuk mengompromikan dengan riwayat-riwayat yang

menyatakan tidak adanya pengulangan dalam menyapu kepala. (Ibnu

Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 207)

Page 93: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

93

kerana telinga termasuk dalam bahagian kepala. Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

. اJذ+(ن م ا���أس

Kedua telinga adalah sebahagian daripada kepala.133

Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyapu

telinganya dengan menggunakan air yang sama ketika

baginda menyapu kepalanya dengan memasukkan jari

telunjuknya ke bahagian dalam telinga untuk menyapu

bahagian dalam serta ibu jarinya pula dipergunakan

baginda untuk meyapu bahagian luar telinga baginda.

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radhiallahu

'anhuma tentang wuduk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

��H مn� ��أس� 3�دU" إ!#*�� ا���#�(��� K3 أذ+�� ... ... وم4�V� n�(م�� 5�� _(ه� أذ+��

…kemudian baginda menyapu kepalanya dan

memasukkan kedua jari telunjuknya ke dalam telinga

baginda dan menyapu bahagian luar kedua telinganya dengan kedua ibu jarinya…134

Ternyata Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak

menggunakan air yang baru untuk mengusap telinganya.

Inilah tatacara yang sah daripada Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam.135

133

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 35. 134

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no:116. 135

Tentang sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin Zaid radhiallahu

'anh yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah yang

Page 94: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

94

Secara ringkasnya tatacara yang sahih daripada Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan menyapu

kepala menurut Syaikh Sa’id al-Qahthani:

Membasuh kepala sekali dimulai dengan membasahi

kedua tapak tangan dengan air, lalu membasahi kepala

bahagian depan, kemudian menarik tangan ke belakang

hingga kepala bahagian belakang, kemudian menariknya

kembali ke kepala bahagian depan. Setelah itu

dilanjutkan dengan memasukkan jari telunjuk ke lubang

telinga, sedangkan ibu jari menggosok telinga bahagian

luar.136

13) Membasuh kaki hingga ke buku lali dengan memulakan

dari kaki kanan (3 kali).

Sebagaimana kepala, kaki juga merupakan anggota wuduk

yang telah disepakati oleh para ulamak sebagai bahagian yang

fardhu ketika berwuduk. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R��

menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menggunakan air

untuk mengusap kedua telinganya bukan dari air yang digunakannya

untuk menyapu kepala; ianya telah dinilaikan syadz oleh al-Hafidz Ibnu

Hajar rahimahullah di dalam Bulughul Maram (Sila rujuk no:39 di dalam

Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram [edisi terjemahan: Syarah

Bulughul Maram] karya Syaikh ‘Abdullah al-Bassam). 136 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 69-70.

Page 95: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

95

a+�?�����/�� tDH*� ;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*� ;��d#"?J>�� _ ...

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua

belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi kedua mata kaki (buku lali)…

137

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Saya tidak mendengar adanya perbezaan pendapat

tentang ��d#"?J>�� (kedua mata kaki) yang

disebut Allah 'Azza wa Jalla pada wuduk, iaitu bahawa

kedua mata kaki yang dimaksudkan ialah (tulang) yang

menonjol, dan keduanya merupakan tempat bertemunya

pergelangan betis dan kaki (iaitu buku lali). Kedua (buku

lali) harus disapu (diratakan dengan air), seolah-olah

maknanya menjadi, “Basuhlah kakimu sehingga membasuh kedua mata kakimu.” Tidak cukup bagi seseorang apabila

dia membasuh kedua tapak kakinya, baik bahagian atas

mahupun bahagian bawah, pinggiran (bahagian tepi kaki)

dan kedua mata kakinya (yakni buku lali), kecuali hingga

merata (iaitu air) ke setiap bahagian berdekatan dengan

mata kaki dan berhubungan dengan pangkal betis.138

137

Al-Maaidah (5) : 6 138

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 39.

Page 96: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

96

Jelas Imam al-Syafi’i amat menitik beratkan agar bahagian

buku lali dan sekitarnya diratakan dengan air kerana

sememangnya ramai yang melalaikannya. Apatah lagi terdapat

ancaman daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bagi

mereka yang tidak meratakan air sehingga ke seluruh kaki.

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radhiallahu 'anh,

dia berkata:

ت��j� ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� K3 )�05 س.�ة �����+ )0�*Z3 �P*�أره$0( ا �dس(3�+(ه( 3�درآ0( و

وی" : "0�( 03(دى 5���� !�ت�و+�n� 5�� أرج .م��ت� أو H H(." 5��$(ب م ا��0(ر

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sengaja tertinggal di

belakang kami dalam satu perjalanan yang pernah kami lakukan. Lalu baginda pun menyusul kami sementara

waktu Asar mendapati kami (telah tiba). Saat itu kami

berwuduk seraya menyapu kaki-kaki kami. Maka baginda menyeru dengan suara keras: “Wail139 bagi tumit-tumit

dari api neraka.” Baginda menyatakannya dua atau tiga kali.”

140

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ziyad, dia berkata:

س�*M أ�( ه�ی�ة وآ(ن ی��F 0�( وا��0(س ی�7����ن مأس#/�ا ا����ء V3ن� أ�( ا�$(س� !��� : "ا��4O�ة d(ل

."وی" 5��$(ب م ا��0(ر: "ا���� 5��� وس��� d(ل

Aku mendengar Abu Hurairah –yang pada saat itu

139

Wail adalah sebuah lembah di neraka jahannam. 140 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 163.

Page 97: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

97

bersama kami melewati orang-orang yang sedang

berwuduk dari satu bejana- mengatakan:

“Sempurnakanlah wuduk kerana sesungguhnya Abu Qassim (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) bersabda: “Wail bagi tumit-tumit dari neraka.”141

Sebagaimana yang pernah penulis perjelaskan sebelum ini,

celah-celah jari-jemari kaki juga hendaklah dibersihkan ketika

berwuduk. Diriwayatkan daripada al-Mustaurid radhiallahu

'anh, dia berkata:

رأیM ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� إذا ت���� د�@ -�P0j� ���رج o�)!أ .

Aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apabila

berwuduk baginda menggosok jari-jari kakinya dengan (jari) kelingkingnya.

142

14) Berwuduk mengikut tertib.

Jumhur ulamak berpendapat bahawa berwuduk secara tertib

merupakan suatu perkara yang wajib. Ini adalah kerana dalil-

dalil daripada hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

sentiasa menunjukkan baginda menuruti tertib iaitu membasuh

muka, tangan, kepala dan kaki. Hal ini diperkuatkan lagi

dengan keumuman lafaz sabda baginda shallallahu 'alaihi

wasallam:

ا��ءوا ��( ��أ ا���� �w5 وج"� ��

141 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 165. 142 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 38.

Page 98: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

98

Mulailah (kalian) dari yang Allah 'Azza wa Jalla mulai.143

Oleh itu berwuduk juga hendaklah dikerjakan secara tertib

sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*� ;��d#"?J>�� _ 0*���

a+�=�\ ��d�=�R ����ZTQ���"o _ 0*���

+���\ �|M�4vTw ��/ _tD�� �Z⌧'Mf ��/ ����MF |�D�/ +�?��G� NF�G�

�����4J>�� ��/ ���45M☺">

����]5�G�>�� a+D3"o �����Q�� ☯����

���☺T☺�b-"o ���b�#]� ��d�e" ���"]5J���"o

a+�d����R<�*A +�?�����/�� ��G� _ ��

��Z�� ���� $�M#h��e�> +�dJbD3c hF�G� ���Z⌧ F�?">�� ��Z��

143

Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 14707.

Page 99: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

99

a+�\�Z*�Q"m�e�> I+���e�>�� n �M☺#�. a+�?JbD3c a+�d�3M#">

����Z�?h�D� 7�;

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua

belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah

kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub

(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam

perjalanan, atau salah seorang dari kamu datang dari

tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),

maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu

yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu

menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan

(kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan

(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.144

Dengan berdalilkan ayat di atas Imam al-Syafi’i rahimahullah

berkata:

Rasul shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk sebagaimana

yang diperintahkan kepadanya, dan memulai dengan apa

yang dimulai (diperintahkan) oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dengan demikian –Wallahu A’lam- orang yang

berwuduk hendaknya memperhatikan dua perkara iaitu:

Memulai dengan apa yang dimulai (diperintahkan) oleh

144

Al-Maaidah (5) : 6

Page 100: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

100

Allah Subhanahu wa Ta'ala, kemudian yang dimulai oleh

Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam, dan hendaknya

menyempurnakan apa yang diperintahkan kepadanya.

Barangsiapa memulai dengan tangannya sebelum muka,

atau kepalanya sebelum kedua tangannya, atau kedua

kakinya sebelum kepalanya, maka menurut saya

hendaklah dia mengulang wuduknya sehingga dia

membasuh sesuai dengan urutan (tertib). Wuduknya

tidak sah –menurut saya- kecuali bila dikerjakan sesuai

urutannya (tertib).145

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Menerusi ayat ini Allah membuat urutan pertama kali

dengan membasuh wajah, kedua tangan, mengusap muka

dan membasuh kaki. Dengan begitu urutan yang dilakukan

ketika berwuduk hendaklah disesuaikan dengan urutan

pada ayat tersebut.

Urutan yang dijelaskan ayat tersebut adalah wajib

dilakukan. Jika dilakukan tidak sesuai urutan tersebut

maka wuduknya dinilai tidak sah meskipun ada yang

menilainya sah.146

Wajibnya berwuduk mengikut tertib ini juga merupakan

mazhab Imam al-Syafi’i dan mazhab yang masyhur daripada

Imam Ahmad. Pendapat ini diambil daripada ‘Uthman, Ibnu

‘Abbas daripada para sahabat, dan dalam sebuah riwayat

daripada ‘Ali. Pendapat ini juga dikatakan oleh Qatadah, Abu

145

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 43. 146 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 252.

Page 101: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

101

Tsaur, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih.147

Namun begitu para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah

sebenarnya tidak sepakat tentang wajibnya wuduk dilakukan

secara tertib. Menurut Dr. Yusuf Qaradhawi:

Sedangkan (ulamak) yang lain mengatakan bahawa tidak

ada kewajipan untuk tertib. Ini dikatakan oleh al-

Baghawi dengan mengutip sekian banyak pendapat

ulamak. Sebagaimana hal ini disebutkan oleh Ibnul

Mundzir daripada ‘Ali dan Ibnu Mas’ud. Pendapat ini juga

merupakan pendapat Said bin al-Musayyab, al-Hassan,

Atha’, Makhul, al-Nakha’i, al-Zuhri, Rabiah, al-Auza’i,

Abu Hanifah dan Malik serta sahabat dan murid

keduanya. Pendapat ini juga merupakan pendapat al-

Muzanni dan Abu Dawud. Pendapat ini pulalah yang

menjadi pilihan Ibnul Mundzir.148

Hujah yang dipergunakan oleh para ulamak yang menyatakan

tertib itu tidak wajib adalah:

1) Hadis yang diriwayatkan daripada Miqdam bin Ma’di

Karib al-Kindi radhiallahu 'anh, dia berkata:

أتK رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ����ء 3����� 3/�" آ.��� ��H )H H \�" وج��H )H H �4 \�" ذرا5�� ��H )H H )H H مk�1 واسH H �T0�( ومn� ��أس�

.�ه�( و�(40i�( و\�" رج��� H H )H H(وأذ+�� _(ه

Dibawakan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi

147

Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 193. 148

Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 193.

Page 102: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

102

wasallam air untuk berwuduk, maka baginda berwuduk:

membasuh kedua telapak tangannya tiga kali, kemudian

membasuh wajahnya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangannya tiga kali-tiga kali, kemudian berkumur

dan istinsyaq tiga kali, dan membasuh kepala serta

telinga bahagian luar dan dalamnya dan membasuh kedua kakinya tiga kali-tiga kali.

149 150

Jelas di dalam hadis di atas berkumur dan istinsyaq yang

sepatutnya urutannya sebelum membasuh wajah telah

dikerjakan oleh baginda setelah membasuh kedua

tangannya. Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah hadis

ini menunjukkan tidak wajibnya tertib.151

2) Tentang surah al-Maaidah ayat ke 6, menurut Dr Yusuf al-

149

Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16558 150

Bagi mereka yang berpegang kepada pendapat pertama mereka

tidak melihat hadis ini sebagai dalil yang dapat menghilangkan kewajipan

tertib. Dr. Muhammad bin Umar berkata:

Hadis Miqdam tidak menunjukkan hukum apa pun selain

membolehkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung setelah

membasuh tangan dan sebelum menyapu kepala. Jadi ianya bukan dalil

yang membolehkan dilakukan urutan yang berbeza dengan urutan yang

tertera dalam al-Qur’an. Tidakkah anda lihat dalam hadis tersebut

tertera membasuh telapak tangan tiga kali, lantas membasuh wajah tiga

kali, lantas membasuh kedua tangan tiga kali, kemudian menyapu kepala

serta telinga, dan terakhir membasuh kedua kaki. Inilah tertib yang

tertera dalam teks ayat (al-Qur’an) tanpa diselingi apa pun. Lantas

bagaimana mungkin ada hadis yang menunjukkan tidak wajib berwuduk

dengan tertib tersebut? – Rujuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah

dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul (edisi

terjemahan oleh Ali Nur, Darus Sunnah Press, 2007 Jalarta), ms. 79. 151

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 94-95.

Page 103: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

103

Qaradhawi:

Sedangkan mereka yang menyatakan tertib itu tidak

wajib, mereka berdalil dengan menggunakan ayat wuduk

itu sendiri (al-Maaidah (5) : 6), yakni athaf (sambungan

urutan anggota wuduk) dengan huruf waw (و = dan) tidak

menunjukkan bahawa adanya keharusan untuk mengikut

urutan tersebut (tertib).152 Sebagaimana jika seseorang

mengatakan kepada seseorang pembantunya: “Jika

engkau pergi pasar belilah roti dan kurma” maka ini tidak

bermaksud bahawa pembantu itu mesti membeli roti

terlebih dahulu kemudian disusuli dengan kurma. Apapun

yang dia beli terlebih dahulu maka dia bererti telah

memenuhi perintah tuannya.

152

Hal ini telah dibantah oleh Dr. Muhammad bin Umar yang

berkata:

Huruf ‘athaf waw (و = dan) dalam bahasa Arab tidak

menunjukkan tertib tetapi menunjukkan muthlaqul jam’u.

Namun begitu kita juga beriman bahawa al-Qur’an al-Karim

memiliki keistimewaan-keistimewaan dan al-Qur’an merupakan firman Allah yang Maha Halus, Maha Bijaksana lagi Maha

Mengetahui tidak akan mencantumkan sesuatu terlebih dahulu

kecuali untuk suatu hikmah yang terkandung di dalamnya. Jadi

makna waw ‘athaf (و) di sini tidak menunjukkan tertib urutan, tetapi maknanya menunjukkan keistimewaan dan peraturan al-

Qur’an. Sehingga makna ‘athaf di sini dapat difahami jika kita

perhatikan nas tersebut beserta nas sebelum dan sesudahnya. Dengan demikian perhatian tidak hanya terfokus kepada makna

yang ditunjukkan oleh huruf ‘athaf dari sisi ilmu nahu dan

balaghah sahaja. – Rujuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah

dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul,

ms. 80.

Page 104: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

104

Demikian juga dengan berwuduk, kerana ia sifatnya

adalah bersuci. Maka tidak ada kewajipan tertib di sana,

sebagaimana orang mandi junub, juga mendahulukan yang

kanan atas yang kiri, atau siku atas mata kaki. Sebab

apabila seseorang yang sedang hadas maka membasuh

semua anggota tubuhnya sekaligus maka hadasnya akan

hilang.153

Apapun jua pendapat yang dipegang, bagi penulis

mencontohi apa yang lazimnya dikerjakan oleh Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam iaitu mengikuti tertib sesuai

dengan dalil dari al-Qur’an adalah lebih wajar untuk kita

amalkan. Ini adalah kerana hadis yang menunjukkan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dengan

tidak menurut tertib jarang-jarang dikemukakan berbanding

dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan tertib yang lebih

banyak dan masyhur.

15) Al-Muwalah )����ا�( iaitu berturut-turut membasuh anggota

wuduk.

Al-Muwalah adalah bergilir-gilir membasuh dan mengusap

anggota wuduk dengan tidak memisahkannya dalam tempoh

waktu yang lama. Rata-rata umat Islam di Malaysia

beranggapan bahawa al-Muwalah ini hukumnya wajib. Dalil

bagi mereka yang mewajibkan al-Muwalah adalah:

�*k أ!'(ب ا�8K#�0 !��� ا���5 ��)U 5 ���5 � 8"Pا���� 5��� وس��� رأى رج ی ���! �K#�0وس��� أن� ا�وd �4_ K3�م� ��*d E�ر ا��8ره� �� یP#4( ا��(ء

153

Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 193. Sila juga rujuk

pendapat Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam al-

Majmu’ Fatawa, jilid 1, ms. 441-451.

Page 105: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

105

3�م�- ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� أن ی*�� ا����ء �Pةوا� .

Daripada Khalid daripada sebahagian sahabat bahawa

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melihat seorang lelaki sedang solat, namun baginda mendapati bahawa di

bahagian tepi kakinya ada yang tidak terkena air lalu

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan mengulangi solatnya.154

Menerusi hadis ini mereka berhujah bahawa sekiranya al-

Muwalah itu tidak wajib nescaya Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam akan hanya menyuruh sahabat tersebut membasuh

kakinya dan tidak mengulangi wuduk sepenuhnya. Namun

begitu menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi,155 Imam al-Nawawi

rahimahullah telah menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis

dha’if dan tidak boleh dijadikan hujah.

Seterusnya mereka juga berhujah dengan sebuah hadis daripada

‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh:

-�P��3 ��مd ��5 �._ o��أن� رج ت���� 3��ك م : "ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� 3$(ل���3 oارج

." و��ءك

Sesungguhnya seorang lelaki berwuduk kemudian beliau

meninggalkan kawasan yang kecil sebesar kuku di

kakinya (tidak terkena air). Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam melihatnya dan bersabda: “Ulangi dan perbaiki

154

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 149. 155

Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 195.

Page 106: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

106

wudukmu.”156

Menerusi hadis ini mereka beranggapan bahawa perintah

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk mengulangi

wuduk menunjukkan bahawa al-Muwalah itu wajib kerana

sekiranya tidak wajib tentu baginda akan hanya menyuruh

lelaki tersebut membasuh bahagian kaki sahaja. Namun

demikian menurut Dr. Yusuf Qaradhawi157 hadis ini juga tidak

menunjukkan dengan jelas tentang wajibnya berturut-turut

membasuh atau mengusap anggota wuduk. Apatah lagi terdapat

riwayat yang lain menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam hanya memerintahkan untuk membasuh apa yang

tertinggal sahaja. Menurut Imam al-Nawawi hadis yang

menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

mengarahkan untuk mengulangi wuduk menunjukkan hal

tersebut adalah sunat (mustahab) dan hadis yang menunjukkan

perintah baginda hanyalah untuk membasuh apa yang tidak

sempurna menunjukkan ianya diperbolehkan dan tidak

diwajibkan.

Imam al-Syafi’i rahimahullah juga berpegang kepada pendapat

al-Muwalah itu tidak wajib. Menurut beliau:

Tidak jelas bagi saya dalil yang mewajibkan mengulangi

wuduk dari awal, walaupun ianya (wuduk yang tidak

dihabiskan tersebut) diputuskan dalam waktu lama

selama tidak terjadi kepadanya hadas…Sesungguhnya

saya tidak menemukan dalil yang mengharuskan wuduk

dengan berturutan (al-Muwalah), sebagaimana dalil yang

saya temui dalam hal mendahulukan sebahagian anggota

156

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 243. 157

Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 195.

Page 107: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

107

wuduk yang lain atas sebahagian yang lain.158

Tentang pendapat bahawa al-Muwalah ini tidak wajib

dikuatkan lagi dengan sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin

‘Umar radhiallahu 'anh:

n�ت���� 3/�" وج4� وی�ی� وم ��H ق�Fا�� K3 ل)���H �رأس �Z���ا "Uد �� )4��5 K8�P�� 0(زةZ� K5د

)4��5 ���! ��H ���.U ��5 n��3.

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

membuang air kecil di pasar, kemudian baginda berwuduk maka baginda membasuh wajahnya, kemudian

kedua tangannya, kemudian mengusap kepalanya. Lalu

baginda dipanggil untuk mensolatkan jenazah, maka

ketika baginda shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke

masjid kemudian baru mengusap ke dua khufnya, lalu mensolatkan (jenazah tersebut).”159

Imam al-Syafi’i rahimahullah juga telah membawa satu

riwayat bahawa Ibnu ‘Umar juga pernah melakukan perkara

yang sama dengan hadis di atas. Melalui riwayat tersebut Imam

al-Syafi’i berkata:

Perbuatan ini menunjukkan tidak adanya kesinambungan

dalam berwuduk dan mungkin sahaja air wuduknya telah

kering. Bahkan air wuduk itu boleh kering pada jarak

lebih dekat daripada jarak antara masjid dan pasar itu.

Saya dapati bahawa ketika dia meninggalkan tempat

158

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 44. 159 Hadis riwayat Imam Malik di dalam al-Muwatta’, Kitab

Thohaarah, no: 66.

Page 108: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

108

wuduknya untuk menuju ke masjid, dia telah

mengerjakan perbuatan selain wuduk dan memutuskan

kesinambungan wuduk itu sendiri.160

Bagi penulis walaupun al-Muwalah itu hanyalah sunat, namun

hendaklah kita sentiasa menjaganya kerana tatacara sebeginilah

yang lazimnya dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam. Namun begitu ianya bukanlah perkara yang wajib

sehinggakan sekiranya ianya ditinggalkan akan menjadikan

wuduk kita terbatal. Wallahu A’lam.

16) Membaca doa sebaik sahaja selesai berwuduk.

Adalah disunatkan untuk membaca doa sebaik sahaja selesai

berwuduk. Di antara doa-doa yang sabit daripada Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut:

Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh

daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk lalu

menyempurnakan wuduknya lalu dia mengucapkan:

"أ;4� أن % إ�� إ%� ا���� وأن� م'���ا 5#� ا���� ورس���"

(Saya bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hamba dan

rasul-Nya) kecuali akan dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dia boleh masuk dari mana saja dia suka.

161

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

160

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 44. 161 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 234.

Page 109: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

109

Barangsiapa yang berwuduk dan menyempurnakan

wuduknya lalu dia mengucapkan:

� و��- % ;�ی@ �� وأ;4� أن� أ;4� أن % إ�� إ%� ا���"م ا�����ا�� ا�����4 اج*K0�. م'���ا 5#�- ورس��� "واج*K0� م ا��84O��ی

(Saya bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah

melainkan Allah tidak ada sekutu bagi-Nya dan Nabi

Muhammad itu hamba dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikan

aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikan

aku termasuk orang-orang yang selalu bersuci) kecuali

akan dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dia boleh masuk dari mana saja dia suka.

162

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Barangsiapa yang berwuduk kemudian ketika selesai dari

wuduknya dia membaca:

"س#'(+@ ا�����4 وأت�ب إ��@"

(Maha suci Engkau ya Allah dan aku bertaubat kepada-

Mu) maka akan ditulis doanya tersebut pada kepingan yang nipis dan ditatah, sehingga tidak akan rosak pada hari kiamat.163

162

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 50. 163

Hadis riwayat al-Sunni di dalam bab Amalul Yaum Wal Lailah,

no: 30 dan Syaikh al-Albani mengsahihkannya di dalam Shahih al-Jami’,

no: 6046.

Page 110: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

110

Di dalam sebuah kitab bertajuk Panduan Fardhu ‘Ain tulisan

seorang tokoh agama yang terkenal di Malaysia beliau telah

mengajar beberapa doa yang perlu dibaca apabila membasuh

atau menyapu setiap anggota wuduk seperti muka, tangan,

kepala dan kaki. Sebagai contohnya ketika membasuh muka

menurut beliau disunatkan membaca:

Ya Tuhan kami putihlanlah mukaku dengan cahayamu

pada hari putihnya muka-muka wali-wali Engkau dan

janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan

pada hari hitamnya muka musuh-musuh engkau.164

Sebenarnya terdapat beberapa variasi dalam bacaan doa ketika

membasuh anggota-anggota wuduk namun begitu kesemuanya

tidak sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Menurut pengarang kitab al-Sunan wa al-Mubtada’aat al-

Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa al-Sholawaat, Syaikh

Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry rahimahullah:

Setiap hadis yang menjelaskan bacaan (doa) ketika

berwuduk adalah dusta, hanyalah rekaan dan tidak

pernah diucapkan oleh rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan semuanya bukan hadis sahih.165

Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah:

Semua doa-doa ini dan yang semisalnya (yakni doa ketika

berwuduk) telah disebut sebahagian ulamak yang datang

kemudian (ulamak khalaf yang bukan daripada generasi

164

Panduan Fardhu ‘Ain, At-Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur 1997,

ms. 27. 165

Syaikh Muhammad ‘Abdussalam, Bid’ah Bid’ah Yang Dianggap

Sunnah, (edisi terjemahan oleh Achmad Munir Awood Badjeber & Imam

Sulaiman, Qisthi Press, 2004, Jakarta) ms. 20.

Page 111: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

111

al-Salafussoleh) khususnya daripada kalangan al-

Syafi’iyah seperti al-Syairazi dalam al-Muhadzdzab. Al-

Nawawi berkata: “Tidak berdasar! Dan tidak pernah

disebutkan oleh para ulamak terdahulu.”166

Menurut Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pula:

Adapun zikir (doa) yang dibaca oleh orang awam saat

berwuduk, maka yang demikian itu sama sekali tidak ada

dasarnya daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

tidak pula daripada sahabat dan tabi’in ataupun imam

yang empat. Di dalamnya ada hadis palsu yang

dinisbahkan kepada Rasulullah.167

Oleh itu sewajarnya kita meninggalkan amalan-amalan bid’ah

sebegini demi menjaga ketulenan ibadah kita apatah lagi telah

terdapat perintah daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam

supaya menolak segala bentuk amalan bid’ah.

Ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam:

V3ن� U�� ا�'�یB آ�(ب ا���� وU�� ا4��ى ه�ى م'��� E� � E5�� F"ت4( وآ)H�'م�ر مJا F�;و.

Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-

Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk

Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara

adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan

166 Ibnu Taymiyyah, al-Majmu’ al-Fatawa, jilid 1 ms 462 dan 465.

Penulis nukil dari Fikih Thaharah, ms 213. 167 Lihat kitab al-Inshaf Ma’a Syarh al-Kabir ‘ala al-Muqni’, jilid 1,

ms. 292. Penulis nukil daripada kitab Fikih Thaharah, ms 213.

Page 112: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

112

(bid’ah) adalah sesat.168

Ternyata semua amalan yang tidak ada contohnya daripada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka ianya terbatal.

Ini sebagaimana sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

. م أ��ث K3 أم�+( هgا م( X�� �3� 43� ردBarangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan

kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.169

.+( 43� ردم X�� �5 "�5 5��� أم�Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari

suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia.170

Mungkin ada yang berkata apa salahnya perbuatan tersebut

kerana ianya nampak baik. Jawapan kami kepada mereka

adalah setiap bid’ah itu tetap sesat walaupun nampak seperti

baik.

Daripada ‘Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma:

E0�� ه( ا��0(سYوان ر E� � E5�� F"آ. “Setiap bid’ah itu sesat, walaupun manusia

memandangnya (perbuatan bid’ah tersebut) hasanah

168 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jama’ah, no: 867. 169 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Sulh, no: 2697. 170 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Aqdhiyah, no: 1718.

Page 113: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

113

(baik).”171

Imam al-Syafi’i rahimahullah pernah berkata:

.م اس�'� 3$� ;�ع وم ;�ع 3$� آ.�

Sesiapa yang menganggap baik (apa yang diciptakan

dalam agama), dia telah mencipta syarak, sesiapa yang

mencipta syarak, maka dia telah kafir.172

Kesimpulannya tidak ada istilah bid’ah hasanah (bid’ah yang

baik atau terpuji) di dalam perkara bersangkutan dengan ibadah

kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: ... F"وآE� � E5��. “dan setiap yang diada-adakan (bid’ah) adalah

sesat”173. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyempurnakan

segala bentuk amal ibadah yang Dia inginkan hamba-hamba-

Nya persembahkan kepada-Nya sebelum Dia mewafatkan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini sebagaimana

firman-Nya:

`a��bJ>�� ��o3M☺J\�/ a+�?"> a+�?"���e

��h☺L'J(�/�� a+�?JbD3c |9zM☺#�. ��e�8�B��

�+�?"> N+D34f���� �����e _

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama

171

Diriwayatkan oleh Imam al-Lalaka’i di dalam Syarah Usul

I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Ibnu Nashir di dalam al-Sunnah dan

oleh Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah. 172

Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i, al-Risalah, ms. 507.

Penulis nukil daripada kitab Bid’ah dan Percanggahannya karya Ustaz

Rasul Dahri, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 1998, ms. 75. 173 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jama’ah, no: 867.

Page 114: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

114

kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu,

dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

174

Telah berkata Imam al-Syaukani rahimahullah:

Jika sekiranya Allah telah menyempurnakan agama-Nya

sebelum diambil (nyawa) Nabi-Nya apa perlunya

seseorang itu mengada-adakan lagi suatu amalan yang

baru (amalan bid’ah) sedangkan Allah telah

menyempurnakan agama-Nya? Jika yang diada-adakan itu

bukan kerana agama, maka apa perlunya bersibuk-sibuk

dengan amalan yang bukan urusan agama? 175

17) Mengerjakan Solat Sunat setelah berwuduk

Adalah disunatkan bagi seseorang untuk mengerjakan solat

sunat dua rakaat setelah berwuduk. Diriwayatkan daripada Abu

Hurairah radhiallahu 'anh:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Bilal ketika waktu solat Subuh:

" K8+V3 س مWا K3 ����5 "�5 ��رج� K0H8�� ی( � ل ."ف� +*��@ �� ی�ي� K3 اE�0Z�س�*M د

“Ya Bilal, katakanlah kepada ku pekerjaan apa yang amat engkau pentingkan sekali selama dalam Islam,

kerana saya dengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku

dalam syurga.”

174 al-Maaidah (5) : 3 175

Imam al-Syaukani, al-Qaul al-Mufid, ms. 38. Penulis nukil

daripada kitab Bid’ah & Percanggahannya karya Ustaz Rasul Dahri ms.

53.

Page 115: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

115

0�ي أ+K8 �� أت�4i ��4Oرا م( M��5 5� أرج� d" :5(ل K� r��4ر م( آFOا� @�g� M���! �%أو +4(ر إ "�� E5)س K3

K8�!أن أ".

Jawab Bilal: “Tidak satu pun pekerjaan yang lebih saya

utamakan hanyalah setiap kali saya melakukan wuduk,

baik di waktu siang mahupun malam, maka saya solat

dengan wuduk tersebut sebelum aku melakukan solat yang lain.”176

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir, telah bersabda Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam:

K8�P�3 م( م م��� ی����� 3�'� و��ء- ��H ی$�م E�0Z�ا �� M#م$#" 4��5�( �$�#� ووج4� إ%� وج .رآ*��

“Sesiapa daripada kalangan orang Islam yang berwuduk

dan melakukannya dengan sempurna lalu solat dua

rakaat dengan segenap hati dan wajahnya, wajiblah (pastilah) syurga baginya.”177

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

م ت���� +'� و��ئK هgا ��H !��� رآ*�� % ی'�8ث . 4�3�( +.�� \.� �� م( ت$��م م ذ+#�

Sesiapa yang wuduk seperti wudukku ini, kemudian dia solat dua rakaat dengan khusyuk, diampuni dosa-

176 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jama’ah, no: 1149. 177 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 234.

Page 116: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

116

dosanya yang terdahulu.178

Demikianlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam dalam berwuduk yang sewajarnya kita contohi kerana

bagindalah contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat Islam. Ini

sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

h�"��> 0�⌧\ a+�?"> t*� 9s�f�B }��� �L��4fu/

���=]5⌧ FM☺��> 0�⌧\ ����RaZ� ����

`a��bJ>���� �Z�N-M�� �Z⌧\"j�� ���� �☯YZ��⌧\

7:8;

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri

Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang

yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan

mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

179

178

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 160. 179

al-Ahzaab (33) :21

Page 117: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

117

SUCIKAH AIR MUSTAKMAL DIGUNAKAN UNTUK

BERWUDUK?

Sebagaimana yang lazim kita pelajari daripada ustaz-ustaz

atau buku-buku tentang Fardhu ‘Ain, air mustakmal itu tidak boleh

dibuat bersuci. Sekiranya air mustakmal itu digunakan untuk

berwuduk nescaya wuduk kita itu dianggap terbatal. Wuduk yang

batal akan menjejaskan keabsahan solat seseorang. Oleh sebab itu

permasalahan air mustakmal harus kita perhatikan dengan serius

kerana solat adalah perkara yang pokok di dalam Islam. Ini

sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

روة س0(م� رأس اJم� اWس م و5��د- ا��P ة وذ .ا4Z�(د

Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan

tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad.

180

180 Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi di dalam Sunan Tirmidhi, kitab

al-Iman, no: 2541.

Page 118: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

118

DEFINISI AIR MUSTAKMAL.

Air mustakmal adalah air yang suci tetapi tidak menyucikan. Ustaz

Ismail Kamus menyatakan bahawa air mustakmal:

Iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas

samada hadas yang kecil (berwuduk) atau hadas besar

(mandi wajib). Ini bermakna air yang telah dibasuhkan

kepada anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan

air itu tidak sampai dua kolah, maka air itu dikira sebagai

air mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci. Ia hanya

boleh dibuat minum atau makan sahaja atau membasuh

benda-benda yang bukan najis. Begitu juga sekiranya air

basuhan wajib tertitik ke dalam air yang tidak sampai

dua kolah, ia dikira mustakmal.181

Dalam Ensiklopidi Hukum Islam, Bab Air, air mustakmal

didefinasikan sebagai:

Air yang kurang dari dua kolah (216 liter) yang terpisah

atau mengalir dari atau pada anggota tubuh seseorang

yang berwuduk atau mandi wajib. Contohnya ialah

terjatuhnya semula air yang sedang digunakan bagi

berwuduk ke dalam bekas simpanan air yang digunakan

sebagai sumber air wuduk atau air yang sama (tidak

mengalir dari sumber yang baru) yang digunakan bagi

mengulang-basuh keseluruhan anggota wuduk.182

181 Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus, Panduan Fardhu ‘Ain, At-

Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur 1997, ms. 20. 182 Hafiz Firdaus Abdullah, Panduan Ibadah Dalam Musafir

Penerbangan, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000, ms. 29.

Page 119: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

119

Dalam ertikata lain sekiranya kita sedang berwuduk atau

mandi maka percikan air dari anggota badan kita termasuk dalam

bekas air seperti kolah, baldi, tong dan bekas takungan air yang lain

yang kandungan airnya kurang dari dua kolah, maka air di dalam

bekas tersebut dihukumkan sebagai mustakmal. Maka tidak sah

berwuduk dengan air tersebut. Benarkah dakwaan ini? Mari kita

lihat perbahasan seterusnya.

ADAKAH TUBUH SEORANG MUKMIN ITU NAJIS?

Kebiasaannya yang menyebabkan air itu tidak suci dan

tidak boleh berwuduk dengannya adalah disebabkan ianya telah

tercampur dengan unsur-unsur najis. Maka adakah tubuh seorang

mukmin itu dianggap sebagai najis sehingga sekiranya terpercik air

dari anggota tubuhnya ia boleh menjejaskan kesucian sumber air

untuk berwuduk? Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat

sebuah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh:

أن� ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� �$�� i k*� K3�ی� r0وه� ج E0ا���ی . ��H "��\)3 rهg3 �0م M�0j+)3

آM0 جd" : )#0(ل." أی آM0 ی( أ�( ه�ی�ة: "ج(ء 3$(ل: 3$(ل." @ وأ+( 4i ��\ ��5(رةL3�هM أن أج(��

"XZ0س#'(ن ا���� إن� ا����� % ی". Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjumpa

dengannya di salah satu jalan kota Madinah, sedangkan

waktu itu dia di dalam keadaan junub. Maka dia pun

menyelinap pergi daripada Rasulullah lalu mandi,

kemudian datang kembali. Ditanyakan oleh Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam ke mana dia tadi lalu

dijawabnya bahawa dia sedang di dalam keadaan junub

dan tidak hendak menemani baginda di dalam keadaan

Page 120: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

120

tidak suci itu. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam: “Maha Suci Allah, orang mukmin itu tidak mungkin najis.”

183

Imam al-Bukhari rahimahullah memasukkan hadis ini di

dalam bab “Keringat Orang Junub dan Seorang Muslim Tidak

Najis.” Jelas melalui hadis di atas, ia membuktikan tubuh seorang

mukmin itu bukanlah najis walaupun di dalam keadaan berjunub.

Oleh itu tidak ada alasan untuk menyatakan bahawa sekiranya

terpercik air daripada tubuh seorang mukmin lalu jatuh ke dalam

bekas air ianya akan menghilangkan kesucian air tersebut. Jelas

apabila barang yang suci bertemu barang yang suci ianya tidak akan

memberi pengaruh apa-apa.184

Tambahan lagi menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani

rahimahullah:

Ibnu Hibban (rahimahullah) telah menyebutkan hal ini di

dalam satu bab yang tersendiri di dalam kitabnya,

sebagai bantahan terhadap orang yang berpendapat

bahawa orang yang junub dan berniat mandi wajib, lalu

air percikan mandi wajibnya itu jatuh ke dalam bekas

maka airnya menjadi najis.185

RASULULLAH TIDAK MENGHARAMKAN

PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL UNTUK BERWUDUK

183

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab

al-Ghusl, no: 283. 184

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur

1990, Jilid 1, ms. 37. 185

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari Penjelasan

Kitab Shahihnya, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz,

Pustaka Azzam, Jakarta 1997, Jilid 2, ms. 469.

Page 121: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

121

Terdapat beberapa riwayat yang sabit daripada Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bahawa air mustakmal itu adalah suci

dan boleh digunakan untuk berwuduk.

���ان م��� R5�(ن � 5.�(ن أ+�� رأى R5�(ن 5 5.�(ن د5( ����ء 3�3�غ 5�� ی�ی� م إ+(ئ� � ��H ا����ء K3 �0��ی "Uأد ��H ث م��ات H )�4��/3

�R0�واس �T0�واس k�1�ت )H H �4وج "�\ ��H ...رأیM ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ی����� : "d ��H(ل

Kو��ئ �'+ ".

Telah diriwayatkan daripada Humran (hamba abdi

‘Uthman), bahawasanya dia melihat ‘Uthman bin Affan minta dibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air

dari bejana itu ke telapak tangannya dan mencuci

keduanya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan

kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu

berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung serta

mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya

tiga kali…Kemudian dia (‘Uthman bin Affan) berkata:

“Aku melihat Rasulullah berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”

186

Dari hadis ini jelas kita melihat bahawa ‘Uthman al-Affan

radhiallahu 'anh telah mencelup tangannya ke dalam sebuah bejana

berisi air dan terus menggunakan air tersebut untuk membasuh

anggota wuduk yang lain. Sekiranya air mustakmal itu tidak suci

untuk berwuduk pasti dia akan menyuruh Humran untuk

menggantikan air di dalam bejana tersebut kerana ianya tidak sah

lagi untuk digunakan untuk berwuduk. Lantas ‘Uthman radhiallahu

186 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab

al-Wuduk, no: 164.

Page 122: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

122

'anh mensabitkan perbuatannya kepada ajaran Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam.

Mرأی M�)d ��ت#U5.�اء أ أن� رM0� o8�� م*�8ذ ا�M�)d �����رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی" : n��3

."رأس� ومn� م( أd#" م0�Rubaiyi’ binti Mu’awwidz mengkhabarkan bahawa dia

melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

berwuduk. Katanya: “Baginda menyapukan kepalanya dengan air yang tersisa dari kedua belah tangannya.”

187

Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam membasuh kepalanya dengan lebihan

air yang ada ditangannya tanpa mengambil sumber air yang baru.

Jika air mustakmal itu tidak menyucikan tentu baginda shallallahu

'alaihi wasallam akan mengambil air yang baru untuk menyapu

kepalanya.

5(ئM�)d ET آM0 أ\��" أ+( وا�FK#�0 !��� ا���� 5 .5��� وس��� م إ+(ء وا�� تj��� أی�ی0( ��3

Daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Aku

pernah mandi janabah bersama Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam dari satu bejana dan tangan kami bergiliran memasuki bejana itu.

188

Ukuran jumlah air dalam bejana ini diterangkan oleh

‘Aisyah radhiallahu 'anha melalui sebuah riwayat yang lain.

187 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thaharah, no: 110. 188 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, no: 261.

Page 123: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

123

��! FK#�0أ\��" أ+( وا� M0آ M�)d ET5(ئ � ا���� 5 5��� وس��� م إ+(ء وا�� م d�ح ی$(ل �� ا�.�ق

Daripada ‘Aisyah dia berkata: Aku mandi bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari satu bejana dari sebuah bejana yang disebut al-Faraq.189

Ulamak berbeza pendapat tentang ukuran al-Faraq. Ada

yang menyatakan ianya 16 rithil atau 3 sha’ (lebih kurang 6.5kg

atau 8.25 liter) air dan lain-lain.190

Apapun jua ukuran tersebut

ianya tetap kurang dari ukuran dua kolah. Apa yang jelas bagi kita

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mandi wajib bersama

‘Aisyah191

dan mereka berdua telah mencelupkan tangan mereka ke

dalam bejana atau al-Faraq tersebut tanpa menggantikannya

dengan air yang baru. Ini menunjukkan air mustakmal tetap suci

untuk digunakan untuk bersuci.

189

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, no: 250. 190

Sila rujuk perbahasan al-Hafidz Ibnu Hajar ketika mensyarah no:

250 di dalam Fathul Baari, jilid 2, ms. 399-400. 191

Hadis ‘Aisyah ini (no: 261) menunjukkan bolehnya suami isteri

mandi bersama ketika mandi wajib dan juga boleh saling melihat tubuh

masing-masing. Menurut al-Hafidz:

Al-Dawudi berhujah dengan hadis ini untuk membolehkan

seorang suami melihat aurat isterinya demikian juga sebaliknya.

Ini diperkuatkan lagi dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu

Hibban melalui Sulaiman bin Musa ketika ditanya tentang

seorang suami melihat kemaluan isterinya, maka dia berkata:

Aku bertanyakan hal ini kepada ‘Aisyah kemudian dia

menyebutkan hadis ini dengan maknanya. Ini merupakan nas

dalam masalah tersebut. Wallahu A’lam. – Ibnu Hajar al-

‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 400.

Page 124: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

124

Selanjutnya Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan

sebuah athar secara mu’allaq192:

وأم� ج�ی� � 5#� ا���� أه�� أن ی�7����ا �.1" .س�اآ�

“Jarir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh memerintahkan

keluarganya untuk berwuduk dengan sisa air yang dia

gunakan untuk bersiwak (membersihkan gigi dengan kayu sugi)”193

Mengikut amalan kebiasaan di Malaysia ternyata sisa air

yang dipakai untuk mencelupkan kayu siwak/sugi194 adalah

termasuk dalam jenis air mustakmal yang tidak boleh lagi

digunakan untuk berwuduk. Ternyata Jarir bin ‘Abdullah

radhiallahu 'anh seorang sahabat yang hidup sezaman dengan Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam telah menyelisihi amalan yang lazim

diamalkan di Malaysia ini.

192

Hadis yang diriwayatkan secara mu’allaq adalah hadis yang

terputus dari awal-awal sanadnya seorang perawi atau lebih. Melalui athar

ini Imam al-Bukhari rahimahullah tidak menunjukkan sanad athar

tersebut melainkan secara terus meriwayatkannya daripada Jarir bin

‘Abdullah radhiallahu 'anh. Namun begitu menurut al-Hafidz Ibnu Hajar

al-‘Asqalani rahimahullah sanad athar tersebut telah diriwayatkan juga

oleh Imam-Imam yang lain:

Riwayat dan silsilahnya (sanad athar tersebut – pen) disebutkan

oleh Ibnu Abu Syaibah dan al-Daruquthni serta lainnya dari jalur Qais bin Abu Hazim dari Jarir bin ‘Abdullah. (Fathul Baari

Penjelasan Kitab Shahihnya, tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah

bin Baz, Pustaka Azzam, Jakarta 1997, Jilid 2, ms. 196. Selepas ini

kitab ini hanya akan disebut sebagai Fathul Baari sahaja) 193

Athar Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, Bab “Mempergunakan Sisa Air Wuduk Orang Lain.” 194

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah menunjukkan bahawa

Jarir bin ‘Abdullah telah membenamkan hujung kayu suginya tersebut.

Sila rujuk Fathul Baari Jilid 2, ms. 196.

Page 125: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

125

أ�( ج'�.E ی$�ل U�ج 0��5( رس�ل ا���� !��� ا���� "*Z3 �����3 ����ء K5��� وس��� �(4�(ج�ة 3�ت

. ا��0(س یgU�ون م 13" و��ئ� 3�����'�ن ��

Abu Juhaifah berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam keluar menemui kami waktu tengahari, lalu

dibawakan air kepada beliau untuk berwuduk maka

manusia mengambil sisa air wuduknya, kemudian menyapukan ke badan mereka..”195

Berkenaan dengan hadis ini al-Hafidz Ibnu Hajar

rahimahullah berkata: “Di sini terdapat keterangan yang sangat

jelas mengenai sucinya air mustakmal.”196

Apa yang dapat kita simpulkan dari riwayat-riwayat di atas

adalah air mustakmal itu suci lagi menyucikan tanpa timbulnya

keraguan. Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

Hukumnya (air mustakmal) suci lagi menyucikan

sebagaimana halnya air mutlak tanpa berbeza sedikitpun.

Hal itu adalah disebabkan asalnya yang suci, sedangkan

tidak dijumpai satu alasan pun yang mengeluarkannya

dari kesucian itu.197

BENARKAH IMAM AL-SYAFI’I MENOLAK

195

Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 187 196

Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, Jilid 2, ms. 196. 197 Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur

1990, Jilid 1, ms. 36.

Page 126: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

126

PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL DALAM WUDUK?

Setelah penulis merujuk kitab al-Umm karangan Imam al-

Syafi’i rahimahullah tentang al-Thohaarah (bersuci) jilid 1,

halaman 32 hingga 44, ketika beliau membicarakan hukum

penggunaan air yang kurang dari dua kolah198

, ternyata

198

Pengkhususan ukuran dua kolah sebagai ukuran untuk

memastikan kesucian air adalah bersandarkan kepada sebuah hadis yang

diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar, dia berkata:

“Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam ditanya tentang air yang bertakung di tengah padang pasir

tenpat minum haiwan buas dan haiwan ternak. Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam menjawab:

B#j�ی'�" ا �� ����d إذا آ(ن ا��(ء .

“Air yang mencapai dua koleh tidak boleh dinajiskan oleh apa

pun.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 67.

Daripada hadis ini ada yang berpendapat bahawa air yang tidak mencapai

ukuran dua kolah sekiranya sesuatu unsur najis terjatuh ke dalamnya, air

tersebut tetap dianggap najis walupun tidak terjadi perubahan terhadap air

tersebut dari segi warna, bau dan rasanya. Namun begitu hal ini telah di

bantah oleh Dr. Muhammad bin Umar yang berpendapat:

Penyebutan dua kolah (dalam hadis tersebut) secara khusus

demi menyesuaikan dengan pertanyaan, bukan demi pengkhususan

hukum. Ini adalah kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak

menyebutkan ukuran tersebut pada permulaan sabda baginda, tetapi baginda menyebutkannnya ketika ada sahabat yang bertanya tentang

air yang bertakung di tempat minum binatang-binatang buas. Apabila

pengkhusususan itu disebutkan sebagai jawapan atas sesuatu

pertanyaan, maka pengkhususan tersebut tidak dapat dijadikan hujah.

Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata: “Menurut majoriti ulamak,

Page 127: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

127

perbincangan beliau lebih berkisar tentang air yang kurang dari dua

kolah tersebut bercampur dengan najis. Maka di dalam keadaan ini

hukum air tersebut adalah tidak menyucikan dan tidak sah

digunakan untuk berwuduk. Sedangkan bagi air yang umat Islam di

Malaysia definasikan sebagai mustakmal maka beliau menganggap

ianya suci lagi menyucikan. Telah tertulis di dalam kitab al-Umm:

Al-Rabi’ berkata: “Peluh orang Kristian, orang berjunub

dan wanita yang sedang haid itu suci. Demikian juga

peluh orang majusi dan peluh setiap binatang ternak itu

apabila pengkhususan bukan disebabkan pengkhususan hukum maka tidak dapat dijadikan hujah. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

$%�� ����#3�J�"� a+�\M�">��/ "��bh�MN >�D3J�*� �

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. – al-Israa’ (17) : 31

Pengkhususan takutkan kepapaan adalah sebab larangan,

kerana sebab inilah yang banyak terjadi. Bukan bererti hukum haram

membunuh anak hanya pada saat takut kepapaan. – Rujuk Ensiklopedi

Tarjih Masalah Thaharah dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin

Salim Bazamul, ms. 51.

Beliau menambah lagi:

Sekiranya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ingin membezakan antara

ukuran air yang menjadi najis, jika terkena najis, dan ukuran yang tidak

ternajis kecuali jika berubah sifatnya tentu baginda akan bersabda:

“Jika air tidak mencapai dua kolah maka akan dinajisi dan apabila

mencapai dua koleh maka air tersebut tidak akan dinajisi kecuali jika

sifatnya berubah” atau dengan lafaz lain yang mempunyai maksud yang

sama. – Rujuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah dan Shalat karya Dr

Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul, ms. 53.

Page 128: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

128

suci. Air sisa minuman binatang ternak dan binatang buas

seluruhnya itu suci kecuali anjing dan babi.

Al-Rabi’ berkata dan itu adalah kata al-Syafi’i bahawa:

“Apabila seorang meletakkan air, lalu dia mengerjakan

perbuatan sunat dengan bersugi dan dia membenamkan

sugi itu di dalam air, kemudian dia mengeluarkannya,

nescaya dia dapat berwuduk dengan air itu. Kerana yang

terdapat pada sugi itu adalah air liurnya. Dan kalau dia

meludah atau berkahak atau berhingus dalam air,

nescaya tidak menajiskan air itu. Binatang ternak itu

sendiri minum di dalam air dan kadang-kadang

bercampuran air liur dengan air maka tidaklah

menajiskan air kecuali binatang itu anjing dan babi.

Begitu juga kalau berpeluh, lalu peluhnya jatuh dalam air,

nescaya tidak menajiskan. Kerana keringat manusia dan

binatang ternak itu tidak najis. Dan sama sahaja dari

tempat manapun peluh itu, dari bawah bahu atau

lainnya.199

Selarilah pandangan Imam al-Syafi’i rahimahullah dengan

hadis-hadis yang sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam tentang keabsahannya menggunakan air mustakmal untuk

berwuduk.

Berkenaan dengan hukum penggunaan air mustakmal ini

Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata:

199

Al-Imam al-Syafi’i rahimahullah, Al-Umm (Kitab Induk) (Edisi

Terjemahan oleh Prof TK. H. Ismail Yakub, Victorie Agencie, Kuala

Lumpur 1989), jilid 1, ms. 38.

Page 129: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

129

Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa di sana ada air

yang suci namun tidak menyucikan yang mereka sebutkan

sebagai air mustakmal…Namun tidak ada dalil manapun

yang menunjukkan akan kebenaran pendapat ini bahkan

dalil sebaliknya (sucinya air mustakmal) ditunjukkan

dengan sangat jelas.200

Pengarang Kitab Shahih Fikih Sunnah pula berkata:

Dalam hal ini (penggunaan air mustakmal) para ulamak

berbeza pendapat, apakah ia tetap suci atau tidak?

Pendapat yang paling kuat menyatakan bahawa ia masih

tetap dianggap air yang dapat menyucikan selagi tidak

keluar dari nama air mutlak dan tidak bercampur dengan

suatu najis yang sampai mempengaruhi salah satu

sifatnya (iaitu warna, bau dan rasa). Ini adalah pendapat

Ali bin Abu Thalib, Ibnu ‘Umar, Ibnu Umamah,

segolongan ulamak salaf, yang masyhur dari mazhab

Malik, salah satu riwayat daripada Syafi’i dan Ahmad,

pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Mundzir dan pendapat yang

dipilih oleh Syaikh al-Islam (Ibnu Taymiyyah).201

Adalah harapan penulis dengan penjelasan yang serba

ringkas ini akan dapat menghilangkan keraguan tentang kesucian

air mustakmal untuk digunakan ketika berwuduk. Maka air yang di

dalam baldi, tong drum, kolah dan sebagainya yang biasa kita

gunakan di rumah untuk menyimpan air adalah dibenarkan untuk

dipergunakan untuk berwuduk walaupun telah terpercik dengan air

dari badan kita. Air di dalam bekas tersebut adalah sama hukumnya

200

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms.52. 201 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 160.

Page 130: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

130

dengan air mutlak selagi tidak bercampur dengan najis atau berubah

bau, warna dan rasanya.

Page 131: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

131

ADAKAH MENYENTUH WANITA

MEMBATALKAN WUDUK?

Ulamak berbeza pendapat tentang adakah menyentuh

wanita membatalkan wuduk. Menurut Syaikh Kamal bin As-Sayyid

Salim:

Dalam masalah ini ada tiga pendapat di kalangan para

ulamak:

Pertama: Lelaki menyentuh perempuan secara mutlak

membatalkan wuduk. Ini adalah pendapat Syafi’i yang

disepakati oleh Ibnu Hazm dan merupakan perkataan

Ibnu Mas’ud serta Ibnu ‘Umar.

Kedua: Tidak membatalkan wuduk secara mutlak menurut

mazhab Abu Hanifah, Muhammad bin Hassan al-Syaibani

dan merupakan perkataan Ibnu ‘Abbas, Thawus, al-

Hassan, Atha’ dan dipilih oleh Ibnu Taymiyyah. Inilah

pendapat yang kuat.

Ketiga: Menyentuh perempuan dapat membatalkan wuduk

jika disertai syahwat. Ini adalah pendapat Malik dan

Ahmad pada riwayat yang masyhur darinya.202

Apapun jua rata-rata umat Islam di Malaysia berpegang

202 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 210-211.

Page 132: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

132

kepada pendapat yang pertama iaitu pendapat yang dipegang oleh

Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Imam al-

Syafi’i berkata:

Apabila seseorang lelaki menyentuhkan tangan isterinya,

atau bersentuhan sebahagian tubuhnya kepada

sebahagian tubuh isterinya di mana tidak ada pembatas

antara dia dan isterinya, baik dengan nafsu berahi atau

tidak, maka wajib atas keduanya berwuduk.203

Dalil yang telah dipergunakan oleh Imam al-Syafi’

rahimahullah adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*� ;��d#"?J>�� _ 0*���

a+�=�\ ��d�=�R ����ZTQ���"o _ 0*���

+���\ �|M�4vTw ��/ _tD�� �Z⌧'Mf ��/ ����MF |�D�/ +�?��G� NF�G�

�����4J>�� ��/

203

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, (edisi terjemahan

oleh Mohammad Yassir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005)

jilid 1, ms. 25.

Page 133: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

133

���45M☺"> ����]5�G�>�� a+D3"o

�����Q�� ☯���� ���☺T☺�b-"o ���b�#]�

��d�e" ���"]5J���"o a+�d����R<�*A +�?�����/�� ��G� _ ��

��Z�� ���� $�M#h��e�> +�dJbD3c hF�G� ���Z⌧ F�?">�� ��Z��

a+�\�Z*�Q"m�e�> I+���e�>�� n �M☺#�. a+�?JbD3c a+�d�3M#">

����Z�?h�D� 7�;

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua

belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah

kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub

(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam

perjalanan, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang

kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),

maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu

yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah

tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu

menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan

(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

204

204

Al-Maaidah (5) : 6

Page 134: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

134

��������� � ������ ��������� $% ���A�ZJ�"�

DL_�D3�i>�� 4x-.�/�� ?C�Z"?f _| z⌧

���☺D3#"� �� 0��>���"� $%�� �����R )%*� CZ*A��

��b*dMf _| z⌧ ���#3�5-J4"� _ 0*���

z�{��\ �|M�4vTw ��/ _tD�� �Z⌧'Mf ��/ ����MR |�D�/ +�?��G� NF�G�

�����4J>�� ��/ �z�{45M☺">

����]5�G�>�� a+D3"o �����Q�� ☯����

���☺T☺�b-"o ���b�#]� ����e" ���"]5J���"o

a+�?����R<�*A a+�?�����/�� ? �0*� ����

0�⌧\ �¡��'� �B��'⌧� 7�;

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu

hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam

keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula

(hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub

(berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja -

hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau

sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara

kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh

dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air

(untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu

bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu

Page 135: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

135

sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.

Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

205

Bagi Imam al-Syafi’i rahimahullah ayat “atau kamu

sentuh wanita” menjadi bukti bahawa tersentuh kulit di antara

lelaki dan wanita itu membatalkan wuduk. Sebelum kita

meneruskan perbincangan ini ada baiknya sekiranya kita

memahami bagaimanakah manhaj atau pegangan Imam al-Syafi’i

yang juga di kenali dengan gelaran al-Nashir al-Sunnah (Seorang

Pembela Sunnah) dan hal-hal yang bersangkutan ibadah. Imam al-

Syafi’i berkata:

Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah daripada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan

Ahlul Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku

akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun

setelah aku mati.206

Selanjutnya Imam al-Syafi’i rahimahullah juga berkata:

Setiap hadis yang datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bererti itulah pendapatku, sekalipun

kalian tidak mendengarnya sendiri dari aku.207

205

al-Nisaa’ (4) : 43 206 Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah, al-Harawi,

Ibnul Qayyim di dalam al-I’lam dan al-Fullani. Penulis nukil daripada

buku Sifat Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam oleh Syaikh

Muhammad Nashiruddin al-Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad

Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 59. Di mukasurat yang

seterusnya buku ini hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi. 207 Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam Adabu Asy-Syafi’i,

ms. 93-94. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 58.

Page 136: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

136

Masih terdapat banyak lagi kata-kata Imam al-Syafi’i

rahimahullah yang senada dengan apa yang telah penulis turunkan

di atas. Oleh itu melalui risalah ringkas ini penulis akan sedaya

upaya mengupas isu ini dengan merujuk kepada dalil-dalil yang

sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

TAKRIFAN SEBENAR BERSENTUH DENGAN

PEREMPUAN.

Bersentuh di dalam kedua ayat al-Qur’an di atas

sebenarnya bukan merujuk kepada bersentuh antara kulit tetapi

ianya sebenarnya merujuk kepada jimak (persetubuhan). Terdapat

beberapa ayat di dalam al-Qur’an yang juga menggunakan istilah

bersentuh tetapi ianya hanya mengarahkan kepada makna jimak.

0*��� TF#��☺-J��3" F�� ;�ad"� 0�/ TF#��¢5M☺"� h�"��� 4x-h8�Z"o TF� K

=�$��Z"o �4i��"o �� z�{h8�Z"o £%*� 0�/ ����'#� ��/

�����'#� C������ !�D���b*A �LM�J���

7M�"?�G=>�� _ 0�/�� �����'#"� ¤�ZJ��/ ?C��J�@�3�> _ $%�� ��<�]5�"� $�h�⌧'J>�� a+�?�=¢A _ �0*� ����

�M☺*A 0�#3M☺#"� YZ�iA 7:�g;

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh

(jimak) dengan mereka, padahal kamu sudah

menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka

Page 137: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

137

mereka berhak mendapat separuh daripada maskahwin

yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka

memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan

maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan

kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa

berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya

Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

208

h�">�"� _t�¦�/ �0��?� tH ⌦+D3�� a+">�� |9R45]5h☺� ⌦Y]§L¨ a+">�� ���/

�%b94A 7:9;

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku

akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh (dijimak) oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"209

Jelas kedua-dua ayat di atas merujuk bersentuh sebagai

berjimak. Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh yang merupakan pakar

tafsir al-Qur’an di kalangan para sahabat juga mentafsirkan

bersentuh di dalam surah al-Nisaa’ dan al-Maaidah yang telah

dipergunakan oleh Imam al-Syafi’i sebagai dalil untuk menguatkan

hujahnya sebagai jimak. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:

Sedangkan makna menyentuh yang kemudian dijadikan

dalil bahawa itu adalah hubungan badan (jimak) di dalam

ayat di atas (iaitu di dalam surah al-Nisaa’ dan al-

Maaidah), adalah seperti yang ditafsirkan oleh Ibnu

208

Al-Baqarah (2) : 237 209

Maryam (19) : 20

Page 138: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

138

‘Abbas (radhiallahu 'anh).210

Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah memiliki penjelasan

yang begitu baik tentang surah al-Maaidah ayat ke 6 dan beliau

telah membuktikan bahawa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala

“kamu sentuh perempuan” itu bermaksud jimak. Ayat tersebut

dimulakan dengan pembahagian thohaarah asli kepada dua iaitu

berwuduk untuk hadas kecil dan mandi wajib untuk hadas besar.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: “…apabila kamu

hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah

tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” menetapkan tentang diwajibkan berwuduk apabila berhadas

kecil untuk bersolat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: “…dan jika kamu

junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…” menerangkan bahawa apabila kita berhadas besar diwajibkan mandi

wajib.

Selanjutnya ayat tersebut menceritakan tentang thohaarah

pengganti apabila tidak ada air yakni dengan bertayamum. Jika di

awal ayat tersebut Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membahagi

thohaarah asli untuk hadas besar dan hadas kecil, tentu sekali

thohaarah pengganti yakni tayamum juga akan meliputi perbahasan

untuk hadas besar dan hadas kecil agar ianya sesuai dengan

balaghah (sastera bahasa) al-Qur’an. Antara contoh-contoh yang

Allah 'Azza wa Jalla pamerkan untuk thohaarah pengganti adalah:

1) dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),

2) atau dalam perjalanan,

210 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, (edisi terjemahan oleh

Samson Rahman, Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2004) ms. 239.

Page 139: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

139

3) atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air,

4) atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat

air (untuk berwuduk dan mandi), Perkara (1), (2) dan (3) adalah hadas kecil manakala perkara (4)

sebenarnya merujuk kepada perbuatan yang melibatkan terjadinya

hadas besar yakni berjimak.

Oleh itu Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah membuat

kesimpulan:

Yang tepat bahawa ayat ini (al-Maaidah (5) : 6)

menunjukkan bahawa firman-Nya: atau kamu sentuh

perempuan maksudnya jika kamu menyetubuhi (berjimak)

wanita agar ayat ini meliputi dua sebab yang

mengharuskan bersuci (thohaarah) iaitu hadas besar dan

hadas kecil. Dan berwuduk meliputi empat anggota

badan, sedangkan mandi (wajib) meliputi seluruh badan.

Sedangkan thohaarah pengganti iaitu tayamum meliputi

dua anggtota tubuh sahaja baik tayamum untuk hadas

kecil mahupun besar.211

Oleh itu ayat-ayat tersebut sebenarnya hanya menjelaskan

bahawa sekiranya terjadi jimak atau persetubuhan di antara lelaki

dan wanita maka hal tersebut membatalkan wuduk.

PETUNJUK DARI SUNNAH NABI SHALLAllahU 'ALAIHI

211

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa

Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab

Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan

Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 291.

Page 140: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

140

WASALLAM

Terdapat beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

yang menunjukkan sekadar bersentuhan kulit antara lelaki dan

wanita ianya tidak membatalkan wuduk.

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha isteri Nabi shallallahu

'alaihi wasallam dia berkata:

ی�ي رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� آM0 أ+(م ���K�رج M1#$3 K+w�\ �Zذا سV3 ���#d K3 ورج ي.

Aku tidur di hadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,

sedang kakiku di arah kiblatnya. Maka apabila baginda hendak bersujud, baginda mencolekku, maka aku lantas melipat kakiku.212

Menurut Imam Abu Ja’far al-Thobari hadis di atas menjadi

bukti yang kukuh bahawa fiman Allah Subhanahu wa Ta'ala

“kamu sentuh perempuan” itu bermaksud jimak. Menurut beliau:

Pendapat yang paling dekat dengan kebenaran adalah

pendapat yang mengatakan bahawa makna firman Allah

“kamu sentuh perempuan” itu adalah jimak bukan

bermakna bersentuhan. Ini berdasarkan hadis sahih

daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam behawasanya

baginda mencium sebahagian isterinya lalu keluar untuk

melaksanakan solat tanpa mengambil wuduk kembali.213

212

Hadis riwayat Imam Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Sholah, no: 382. 213

Tafsir al-Thobari, jilid 5, ms. 105. Dinukil dari kitab Ensiklopedi

Tarjih Masalah Thaharah dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin

Salim Bazamul, ms. 96.

Page 141: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

141

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha dia berkata:

.�اش 3$�ت رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� E��� م ا� K3 ��م�� وهd O� ��5 ی�ي M*d�3 ������)3

�Z���ا .

Pada suatu malam aku kehilangan Nabi shallallahu

'alaihi wasallam, maka aku mencarinya dengan

tanganku, kemudian tanganku mengenai telapak kaki baginda yang sedang tertegak dalam keadaan bersujud.

214

Maka dari kedua hadis di atas jelaslah bahawa sekadar

bersentuhan kulit sahaja tidaklah membatalkan wuduk. Ada

sesetengah pihak beranggapan bahawa di dalam kedua-dua

peristiwa di atas persentuhan tersebut sebenarnya berlaku di dalam

keadaan berlapik namun ini di sanggah oleh Dr. Yusuf al-

Qaradhawi. Menurut beliau:

Penafsiran bahawa memegangnya dengan menggunakan

pembatas (berlapik) adalah sebuah penafsiran yang jauh

terpesong dari zahir hadis.215

Hal ini akan menjadi semakin jelas apabila kita meneliti

hadis seterusnya. Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

��H �ئ)�+ k*� "�#d �ا���� 5��� وس�� ���! �K#�0أن� ا� . U�ج إ�� ا��P ة و�� ی�����

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mencium

214

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Shalah, no: 486. 215

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 236.

Page 142: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

142

sebahagian isteri-isterinya lalu pergi solat tanpa berwuduk lagi.216

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: “Bahawa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menciumnya sedang

baginda berpuasa.” Kemudian Nabi bersabda:

.#�E % تk$0 ا����ء و% ت.O� ا��P(ئ�إن� ا�$

Ciuman ini tidaklah merosakkan (membatalkan) wuduk dan tidak pula membatalkan puasa.

217

Menerusi hadis-hadis di atas maka terdapat para ulamak

yang menguatkan hujah mereka bahawa menyentuh perempuan

samada disertai dengan syahwat mahupun tidak, ianya tidak

membatalkan wuduk. Ini adalah kerana kebiasaannya bercium itu

disertai dengan syahwat. Sekiranya Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam ingin membezakan bahawa ciuman yang bersyahwat itu

membatalkan wuduk sementara ciuman yang biasa tidak

membatalkan wuduk pasti ada riwayat darinya yang

menggambarkan tentang perbezaan tersebut. Namun hadis di atas

dibiarkan di dalam bentuk yang umum. Menurut Syaikh Sa’id al-

Qahtani:

Menyentuh perempuan berdasarkan pendapat yang kuat

tidak membatalkan wuduk, baik disertai syahwat

216 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab

al-Thohaarah, no: 79, Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 495 dan Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 24584. 217

Menurut Syaikh Sayyid Sabiq hadis ini dikeluarkan oleh Ishak

bin Rahawaih dan al-Bazzar dengan sanad yang cukup baik. Menurut

Abdul Hak, tidak ada cacat untuk tidak mengamalkannya. Penulis nukil

dari kitab Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory

Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1, ms. 113.

Page 143: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

143

mahupun tidak, selama tidak disertai keluarnya mani atau

madzi kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah

suatu ketika mencium sebahagian isterinya, lalu solat

tanpa memperbaharui wuduknya.218

Menurut Fahd al-Syuwayyib, penulis kitab al-Ta’lieqaat

al-Salafiyah’ ala Sunannya berkata:

Perkataan ghomazani (mencolek) atau seperti di dalam

hadis al-Nasai massani bi rijilih (menyentuhku dengan

kakinya), adalah maklum bahawa hal itu bererti

menyentuh tanpa syahwat. Maka pengarang

menjadikannya sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa

syahwat itu tidak membatalkan wuduk. Adapun jika

menyentuh dengan syahwat, maka alasan bahawa tidak

batal kerananya ialah kembali kepada asal, iaitu tidak

ada dalil yang menunjukkan tentang ianya membatalkan,

sehinggalah orang yang berpendapat hal itu membatalkan

dapat menunjukkan dalilnya. Dan ini cukup menjadi alasan

hal itu tidak membatalkan. Bahkan akan tampak dalil

yang mengindikasikan tidak membatal wuduk, iaitu hadis

mengenai qublah (mencium), yang menurut kebiasaan

bahawa mencium itu tidak terbebaskan dari adanya

syahwat.219

218

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, (Edisi terjemahan oleh Abu

Shafiya, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004) ms. 86. 219

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, (edisi terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah,

Jakarta, 2005), ms. 95-96.

Page 144: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

144

Selanjutnya Fahd al-Syuwayyib berkata:

Apabila suami dan isteri merasa aman dari keluarnya

suatu cairan, maka menyentuh itu tidak membatalkan

wuduknya tetapi yang lebih utama adalah mengambil

sikap berhati-hati kerana ada kalanya dia tidak dapat

menjamin tidak keluarnya sesuatu cairan di dalam

keadaan ini (adanya syahwat). Wallahu A’lam.220

Inilah beberapa petunjuk yang dapat kita ambil dari hadis-

hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan

perbahasan samada menyentuh wanita itu membatalkan wuduk

ataupun tidak. Hadis-hadis tersebut jelas menunjukkan ianya tidak

batal malah sebenarnya tidak wujud petunjuk daripada baginda

bahawa hal tersebut boleh membatalkan wuduk. Menurut Syaikh

al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ al-

Fatawa, jilid 21, ms. 235-236:

Adapun wajib wuduk nyata kerana menyentuh wanita

dengan tanpa syahwat maka yang demikian adalah

pendapat yang paling lemah. Pendapat ini tidak dikenal

dari salah seorang sahabat manapun. Tidak pernah

diriwayatkan daripada Nabi bahawa dia memerintahkan

kaum muslim untuk berwuduk kerana disebabkan hal

tersebut. Padahal ini adalah masalah yang sering terjadi

yang hampir-hampir kaum muslim tidak dapat

menghindarkan diri darinya. Sebab seorang lelaki selalu

mengambil sesuatu daripada isterinya dan mengambilnya

220 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 97.

Page 145: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

145

dengan tangannya. Dan yang serupa itu yang terjadi

kepada kebanyakan manusia. Maka andaikata wuduk

diwajibkan disebabkan kerana itu (iaitu bersentuhan

lelaki dan wanita - pen) pastilah Rasulullah

memerintahkan sekali ataupun dua kali dan akan

tersebar luas di tengah para sahabat. Andaikata

Rasulullah melakukan itu maka pasti akan ada hadis yang

ditulis mengenai hal ini walaupun hadis ahad221. Maka

ketika tidak ada satu hadis pun yang memerintahkan

masalah ini dari salah seorang dari kaum muslimin

bahawa Rasulullah memerintahkan seorang dari kaum

muslimin –padahal ini sering kali terjadi- boleh kita

fahami bahawa hal itu tidak wajib.222

KESIMPULAN

Setelah membentang serta membahaskan semua pandangan

bermaksud satu. Hadis ahad ialah hadis yang diriwayatkan ا�� 221

oleh seorang atau dua orang perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama,

yakni tingkatan para sahabat. Ini berbeza dengan hadis mutawatir di mana

ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi (melebihi

4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya. Hadis ahad yang sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

menjadi dasar hukum dalam agama menurut mazhab Ahlus Sunnah Wal

Jamaah. Silalah rujuk artikel-artikel berikut dalam buku Himpunan

Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (buku 1) terbitan Perniagaan

Jahabersa) susunan Saudara Hafiz Firdaus Abdullah:

1) Kedudukan Hadis Ahad: Dari zaman awal Islam sehingga kini oleh

Hafiz Firdaus Abdullah.

2) Mazhab Imam al-Syafi‘i Terhadap Sunnah dan Hadis oleh Mohd

Yaakub bin Mohd Yunus. 222 Dinukil daripada kitab Fikih Thaharah karya Dr Yusuf al-

Qaradhawi, ms. 239.

Page 146: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

146

yang ada di dalam mazhab-mazhab fekah berkaitan isu samada

menyentuh wanita membatalkan wuduk ataupun tidak, Dr Yusuf al-

Qaradhawi membuat kesimpulan seperti berikut223

:

Kami menyatakan bahawa pendapat yang paling kuat

dalam masalah ini adalah tidak batalnya wuduk secara

mutlak. Sebab yang menjadi sandaran orang-orang

mengkritik pandangan ini adalah ayat yang mulia ini.224

Padahal tidak ada dilalah (indikasi) yang menunjukkan hal

itu (yakni menyentuh wanita membatalkan wuduk – pen)

di dalam ayat tersebut. Pandangan ini sama dengan apa

yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas (radhiallahu 'anh), Sang

Tarjuman al-Qur’an (pakar tafsir al-Qur’an) dan orang

yang Rasulullah doakan semoga Allah mengajarkan takwil

(tafsiran). Pandangan ini sangat sesuai dengan penutup

ayat ini:

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.225 Syaikh Shalih Fauzan pula berkata:

Akan tetapi pendapat yang kuat adalah tidak

membatalkan (wuduk apabila menyentuh wanita) secara

mutlak, kecuali bila keluar sesuatu cairan dari orang yang

menyentuh dan disentuh, seperti madzi dan sebagainya.

Di dalam keadaan seperti ini, wuduk orang yang

223

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 240. 224

Iaitu surah al-Nisaa’ ayat ke 43 dan Surah al-Maaidah ayat ke 6. 225

Al-Maaidah (5) : 6

Page 147: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

147

bersangkutan batal disebabkan sesuatu yang keluar

darinya dan bukan kerana memegang.226

Penulis berpendapat sewajarnya kita menangani isu ini

dengan minda yang bersih dari sifat fanatik mazhab. Apatah lagi

Imam al-Syafi’i rahimahullah sendiri menganjurkan kita untuk

lebih mengutamakan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari

pendapat beliau sendiri dan sekiranya terdapat sunnah Nabi yang

bertentangan dengan pandangan beliau maka tolaklah pendapat

beliau. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

��������� � ������ ���������� ����#b��/

���� ����#b��/�� s�fIZ>�� tH��u/�� vaw-E�� 4x�?=�� � 0*y"o

z�{h��C�="� t*� /�4|⌧} D�6e�Z"o tDH*� }���

9s�fIZ>���� 0*� z�{��\ 0��=��"#� }���*A

�~a��bJ>���� Z�N-M�� _ M��>�"j ⌦YaZMN

F]5h �/�� q⌧��o�"� 7*�;

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada

"Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan

kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah

kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-

Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar

226

Syaikh Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, Fatwa-Fatwa

Syaikh al-Fauzan, (edisi terjemahan oleh Ali Murtadho Syahudi, Jakarta,

2004) ms.153.

Page 148: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

148

beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian

adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula

kesudahannya.227

Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala

mewajibkan bagi kita sekiranya terjadi sesuatu perselisihan

pendapat samada dalam perkara yang pokok atau cabang dalam

agama, hendaklah dirujuk semula kepada al-Qur’an dan al-Sunnah

untuk mendapatkan kepastian tentang pandangan mana yang lebih

benar dan tepat. Keengganan mencerminkan sikap seseorang yang

tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan

hari akhirat.

Tambahan pula antara manhaj Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam dalam membuat pilihan ketika memberi

pandangan adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Umm al-

Mukminun ‘Aishah radhiallahu 'anha:

م( 8�U� ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� �� أم�ی إ%� �H�ر أی��ه�( م( �� ی)�Uا .

Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa.228

Penulis melihat hukum batalnya wuduk apabila

bersentuhan di antara lelaki dan wanita agak memberatkan serta

menyukarkan umat Islam terutamanya bagi pasangan suami isteri.

Kesukaran ini akan kelihatan lebih jelas lagi apabila kita terpaksa

berasak-asak di dalam keadaan jumlah orang yang begitu ramai

227

al-Nisaa’ (4): 59 228 Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-

Hudud, hadis no. 6786.

Page 149: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

149

seperti ketika melaksanakan ibadah haji atau umrah. Untuk

meringankan kesukaran ini maka ada pihak yang mengambil

pendirian untuk bertaklid kepada mazhab Imam Ahmad hanya

ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah. Saranan penulis

kenapa tidak kembali sahaja kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam yang sememangnya memudahkan umatnya. Sabda

baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

.R*� )��+V3�� م8���ی و�� ت#*�Rا م*�8�ی

Sesungguhnya kalian diutus untuk memberikan kemudahan dan tidak diutus untuk menyulitkan.229

Baginda juga telah memerintahkan kita untuk

mempermudahkan segala urusan sebagaimana sabdanya:

�8�وا و% ت*�8�وای

Permudahkanlah dan jangan kamu persulitkan.230

Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala

anugerahkan kepada kita semua akan menjadi pilihan kita kerana

mustahil apa yang datangnya dari Allah dan Rasul-Nya serta

menjadi amalan para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum akan

mengandungi unsur-unsur dosa. Sesungguhnya Allah Subhanahu

wa Ta'ala hanya menginginkan kemudahan kepada hamba-hamba-

Nya dan tidak mahu memberati kita semua. Ini sebagaimana

Firman-Nya:

... ��Z�� ���� �+�d*A

229 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, No: 220. 230 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

’Ilm, No: 69.

Page 150: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

150

�Z45�eJ>�� $%�� ��Z��

�+�d*A �YhT�#J>�� ...

…(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak

menghendaki kamu menanggung kesukaran…231

231

al-Baqarah (2) : 185

Page 151: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

151

ADAKAH MEMEGANG KEMALUAN

MEMBATALKAN WUDUK?

Page 152: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

152

Sudah menjadi amalan yang lazim bagi umat Islam di

Malaysia untuk mengulangi wuduk sekiranya tersentuh kemaluan

(termasuk dubur) samada lelaki mahupun wanita dengan tapak

tangan. Ini juga merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam al-

Syafi’i rahimahullah. Beliau berkata:

Apabila seseorang menyentuh kemaluannya dengan tapak

tangannya, di mana tiada pembatas di antara tangan dan

kemaluannya maka wajib ke atasnya berwuduk kembali.

Hukumnya sama sahaja samada sentuhan tersebut

secara sengaja mahupun tidak sengaja… Demikian juga

apabila dia menyentuh dubur atau qubulnya, menyentuh

dubur isterinya atau menyentuh dubur anak kecil, maka

wajib atasnya mengambil wuduk… Apabila kemaluannya

tersentuh oleh punggung telapak tangannya, dengan

lengannya atau sesuatu yang bukan tapak tangan, maka

dia tidak wajib mengulangi wuduk… Semua yang telah

kami katakan tentang wajib berwuduk ke atas lelaki yang

menyentuh kemaluannya, demikian juga berlaku bagi

wanita yang menyentuh kemaluannya; atau seorang

wanita menyentuh kemaluan suaminya atau suami yang

menyentuh kemaluan isterinya, keduanya tidak ada

perbedaan.232

Namun begitu, permasalahan ini sebenarnya banyak

diperbincangkan oleh para ulamak sehingga terdapat tiga pendapat:

1) Menyentuh kemaluan sama sekali tidak membatalkan wuduk.

2) Menyentuh kemaluan membatalkan wuduk dalam apa jua

keadaan.

232

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 29.

Page 153: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

153

3) Hanya sentuhan yang memiliki unsur syahwat sahaja yang

membatalkan wuduk.

Insya-Allah melalui risalah ringkas ini penulis akan

membawa kesemua hujah-hujah yang dipegang oleh ketiga-tiga

golongan.

MENYENTUH KEMALUAN SAMA SEKALI TIDAK

MEMBATALKAN WUDUK

Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Saidina ‘Ali, Ibnu

Mas’ud, Ibnu ‘Abbas, ‘‘Ammar, Hudzaifah, Imran bin al-Hushain

dan Abu al-Darda radhiallahu 'anhum. Ini juga merupakan

pendapat Rabiah, al-Tsauri, Ibnu Mundzir, Imam Abu Hanifah dan

juga salah satu qaul Imam Ahmad rahimahumullah. Hujah utama

yang dipergunakan oleh mereka adalah sebuah hadis yang

diriwayatkan daripada Thalqi bin ‘Ali radhiallahu 'anh, dia

berkata:

ی( رس�ل ا���� م( ت�ى K3 : "ج(ء رج" آ�+�� ��وي 3$(لوه" ه� إ%� : "d(ل" رج" م�X ذآ�- K3 ا��P ة؟ "مE/1 م0@ أو E*1� م0@؟

Telah datang seorang lelaki dari pedalaman (Arab

Badwi) lalu dia bertanyakan kepada Nabi shallallahu

'alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pandanganmu tentang seseorang yang menyentuh

kemaluannya ketika bersolat?” Nabi menjawab:

“Bukankah kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat (sebahagian) dari daging (tubuh) orang itu?”233

233 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 165

Page 154: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

154

Mereka berpendirian hadis ini jauh lebih kuat serta baik

sanadnya jika hendak dibandingkan dengan hadis yang menyatakan

menyentuh kemaluan membatalkan wuduk sebagaimana yang telah

diperkatakan oleh Ibnul Madini. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Mereka (yang berpegang kepada pendapat tidak batal)

berkata: “Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tubuh

manusia maka wuduk tidak batal kerana menyentuhnya

sebagaimana anggota tubuh yang lain.234

Dr Yusuf al-Qaradhawi juga memperkuat pendapat ini

dengan menyatakan:

Kami menguatkan pendapat pertama bahawa memegang

zakar itu tidak membatalkan wuduk walau apapun

alasannya. Jika memegangnya dengan penuh syahwat

maka dianjurkan untuk berwuduk.235

Dr Yusuf al-Qaradhawi berpendapat hadis-hadis yang

menyuruh untuk berwuduk kembali setelah memegang kemaluan

hanyalah suatu anjuran (mustahab) sahaja dan bukan wajib.

Pendapat ini juga selari dengan pendapat Syaikh al-Islam Ibnu

Taymiyyah rahimahullah:

Yang nampak dari semua hadis di atas adalah bahawa

perintah mengulangi wuduk kerana memegang zakar itu

adalah anjuran dan bukan perintah wajib. Demikian Imam

Ahmad menerangkan hal ini dengan jelas di dalam satu

dari dua riwayat daripadanya… Dengan demikian hadis

dan athar boleh diertikan bahawa yang demikian itu 234

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, 241. 235

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, 244.

Page 155: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

155

adalah anjuran. Dan tidak ada nasakh terhadap sabdanya “Bukankah kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat

(sebahagian) dari daging (tubuh) orang itu?”. Menyatakan

bahawa perintah itu adalah anjuran adalah jauh lebih

utama daripada menyatakan bahawa (hadis) itu telah

dinasakh.236

MENYENTUH KEMALUAN MEMBATALKAN WUDUK DI

DALAM APA JUA KEADAAN

Pendapat ini turut dipersetujui oleh ‘Umar al-Khaththab,

Ibnu ‘Umar, Abu Ayyub, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, ‘Aisyah,

Sa’id bin Musayyib, Atha’, Urwah, Sulaiman bin Yasar, al-Zuhri,

al-Awza’i, Imam al-Syafi’i, salah satu dari pendapat Imam Ahmad

dan pendapat yang masyhur dari Imam Malik. Dalil-dalil yang

membelakangi pendapat mereka adalah seperti berikut:

Busrah binti Shofwan (radhiallahu 'anha) mendengar

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.م م�X ذآ�- 3�������

Sesiapa yang menyentuh zakarnya maka berwuduklah dia.237

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anh dia berkata bahawa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

236

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah, Majmu’ Fatawa, jilid 21. ms.

241. Penulis nukil daripada kitab Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih

Thaharah, ms. 244. 237 Hadis riwayat Imam Abu Dawud, di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, No: 154.

Page 156: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

156

X��0��� و40��( إذا أ�13 أ��آ� ���- إ�� 3�ج� و .Z�(ب و% س�� 3$� وجr 5��� ا����ء

Apabila salah seorang dari kalian menyentuh kemaluan

dengan tangannya dan tiada penghalang di antaranya dan tangannya, tidak juga ada kain yang menutupinya, maka dia wajib berwuduk.238

Mereka menetapkan apabila hadis berbentuk larangan

bertembung dengan hadis menetapkan kebolehan, maka hendaklah

hadis yang menetapkan larangan itu diunggulkan di atas sikap

berhati-hati dan merupakan pilihan yang lebih selamat.

Ada juga yang beranggapan hadis daripada Busrah binti

Shofwan ini lebih kuat dari hadis daripada Thalqi bin ‘Ali dan hadis

Busrah ini juga telah memansuhkan hukum yang terdapat di dalam

hadis Thalqi. Menurut Sa’id al-Qahtani:

Ketika membahaskan kitab Bulughul Maram, Syaikh Ben

Bazz rahimahullah telah mengomentar hadis yang

diriwayatkan dari Thalqi yang membolehkan seseorang

menyentuh kemaluannya lalu berkata: “Di awal-awal

munculnya Islam, menyentuh kemaluan tidak

membatalkan wuduk, tetapi kemudian ketentuan

tersebut dimansuhkan oleh hadis yang diriwayatkan

daripada Busrah. Kami berpendapat hadis yang

diriwayatkan dari Busrah lebih kuat dari hadis yang

diriwayatkan daripada Thalqi bin ‘Ali. Ketentuan di dalam

hadis yang diriwayatkan daripada Busrah itulah yang

benar. Oleh itu menyentuh kemaluan membatalkan

238

Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan disahihkan

oleh Syaikh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’ no: 359. Namun begitu

Syaikh Ahmad Muhammad Syakir pula mendha’ifkan hadis ini.

Page 157: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

157

wuduk.239

MENYENTUH KEMALUAN DISERTAI SYAHWAT

MEMBATALKAN WUDUK

Golongan ketiga ini pula berpendapat kedua-dua hadis

Busrah dan Thalqi radhiallahu 'anhuma itu adalah sahih. Maka

mereka menafsirkan memegang kemaluan yang membatalkan

wuduk seperti yang diriwayatkan oleh Busrah radhiallahu 'anha itu

adalah pemegangan yang disertai syahwat. Manakala hadis Thalqi

radhiallahu 'anh pula menunjukkan menyentuh kemaluan tanpa

disertai syahwat tidak membatalkan wuduk. Menurut Syaikh al-

Albani rahimahullah:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam “Bukankah

kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat (sebahagian) dari

daging (tubuh) orang itu?” ada isyarat bahawa menyentuh

yang tidak mewajibkan wuduk ialah menyentuh yang

tidak disertai nafsu. Dalam keadaan seperti ini sentuhan

dapat disamakan dengan menyentuh anggota tubuh yang

lain. Berbeda dengan sentuhan yang disertai nafsu, ini

tidak boleh disamakan dengan menyentuh anggota tubuh

yang lain, yang biasanya tidak disertai nafsu. Ini masalah

yang jelas –sebagaimana anda tahu- maka hadis di atas

(dari Thalqi radhiallahu 'anh) bukan dasar dalil bagi

mazhab Hanafi (pendapat golongan pertama) yang

menyatakan tidak batalnya wuduk kerana menyentuh ini

secara mutlak, tetapi dalil bagi pendapat yang

menyatakan bahawa menyentuh tanpa disertai nafsu

tidak membatalkan. Adapun menyentuh dengan nafsu

239 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 84.

Page 158: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

158

membatalkan berdasar hadis Busrah (radhiallahu 'anha).240

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Kedua hadis (Basrah dan Thalqi) di atas sahih. Selagi

keduanya dapat digabungkan maka itu lebih baik

daripada menggugurkan salah satunya… Penggabungan

kedua hadis itu boleh dilakukan dengan dua cara:

1) Menyentuh zakar membatalkan wuduk jika dilakukan

tanpa penghalang. Jika menyentuhnya dengan

menggunakan penghalang maka tidak membatalkan

wuduk. Pemahaman ini didukung oleh riwayat:

.ا���ج" ی�X ذآ�- K3 ا��P ةSeorang lelaki menyentuh zakarnya ketika solat

Solat bukan waktu (tepat) untuk menyentuh zakar tanpa

penghalang

2) Jika dia menyentuhnya dengan syahwat maka hal itu

membatalkan wuduk. Jika sebaliknya, maka tidak

membatalkan wuduk.

Penggabungan cara kedua ini lebih beralasan dan lebih

mendekati kebenaran. Sebab zakar hanya sepotong

bahagian tubuh. Selama menyentuhnya dengan sentuhan

240

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said,

Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 1, ms. 112-113.

Page 159: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

159

biasa yang tidak disertai dengan syahwat, maka sekadar

menyentuh seperti itu tidak membatalkan wuduk.

Penyebab batalnya wuduk yang sebenarnya adalah

sesuatu yang keluar dari salah satu dua jalan akibat

menyentuh zakar. Tanpa syahwat, sesuatu itu tidak akan

keluar. Berbeza jika menyentuh diiringi dengan syahwat,

maka hal itu menjadikan dugaan kuat keluarnya madzi

yang membatalkan wuduk.241

KESIMPULAN

Pendapat-pendapat di atas memiliki kekuatan hujah

tersendiri dan datangnya daripada para al-Salafussoleh242 serta

ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang muktabar. Maka

sewajarnya kita berlapang dada terhadap ketiga-tiga pendapat

tersebut. Wallahu A’lam.

ADAKAH DARAH DAN MUNTAH MEMBATALKAN

WUDUK?

Majoriti umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa

241

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, (edisi terjemahan oleh Thahirin Suparta, M. Faisal dan Adlis

Aldizar, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 310-311. 242

Al-salafussoleh adalah golongan yang diiktiraf sebagai generasi

terbaik bagi umat Islam. Mereka adalah para sahabat Nabi shallallahu

'alaihi wasallam, para tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in. Ini sebagaimana sabda

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam al-

Bukhari rahimahullah (Shahihnya, Kitab al-Manaqib, no: 3650):

H K+�d K�أم� ��U�4+��ی .�� ا��gی ی��+��H �4 ا��gیSebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian

orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian

orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-Tabi’in).

Page 160: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

160

darah, nanah serta muntah itu membatalkan wuduk. Para ulamak

sebenarnya berbeza pendapat tentang hal ini.

Imam Malik dan al-Syafi’i rahimahumallah berpendapat

bahawa keluarnya perkara-perkara yang disebut di atas sama sekali

tidak membatalkan wuduk meskipun di dalam jumlah yang banyak.

Sementara Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad rahimahumallah

berpendapat bahawa ianya membatalkan wuduk sekiranya keluar di

dalam jumlah yang banyak.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Menurut pandangan kami pendapat yang kuat adalah

tidak batalnya wuduk yang disebabkan oleh masalah-

masalah di atas, baik sedikit ataupun banyak.

Perkara yang menjadi penyebab batalnya wuduk adalah

masalah ta’abbudi yang tidak ditetapkan kecuali oleh

syariat, baik melalui al-Qur’an ataupun hadis sahih,

padahal tidak ada dalil manapun di sana. Dalam hal ini

tidak boleh menggunakan qiyas. Sebab alasan batalnya

sesuatu perkara tidak boleh bergantung kepada akal

semata.243

Pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi ini sebenarnya selari

dengan Imam al-Nawawi rahimahullah yang juga menyatakan

bahawa tidak terbukti ada riwayat sahih yang menjelaskan bahawa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan wuduk kerana

hal-hal tersebut. Tambah al-Nawawi lagi ini adalah pendapat Ibnu

‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Ibnu Abi Aufa, Jabir, Abu Hurairah, ‘Aisyah,

Ibnul Musayyib, Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar, Qasim bin

Muhammad, Thawus, Atha’, Makhul, Rabi’ah, Malik, Abu Tsaur

243

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 250.

Page 161: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

161

dan Dawud. Al-Baghawi berkata: “Ini adalah pendapat majoriti

sahabat dan tabi’in.”244

Imam al-Bukhari rahimahullah telah meriwayatkan:

K3 ا���� 5��� وس��� آ(ن ���! �K#�0ج(�� أن� ا� 5 o3� ا���م 3�آw03 �4�� "رج Kع 3�م)d8وة ذات ا��w\

م( زال : وd(ل ا�'�. وسZ� ومK3 �1 ! ت�وd(ل i(وس وم'��� . �ا������ن ی�F�Pن K3 ج�ا�(ت4. K3 X�� ا���م و��ء: � �K�5 وO5(ء وأه" ا�'Z(ز

. وP5� ا� R� ��5�ة j3�ج م40( ا���م و�� ی�����وd(ل ا� . وw�ق ا� أK� أو�3 دم( K3 �1�3 ! ت�

ی'X�� �Z� 5��� إ%� \�" 5���3 � وا�'� .م'(ج��

Disebutkan dari Jabir bahawasanya Nabi pada perang

Dzat al-Riqa’, saat itu ada seseorang yang di panah

hingga darah keluar dari tubuhnya namun beliau tetap

rukuk, sujud dan meneruskan solatnya. Al-Hassan

berkata: “Kaum Muslimin senantiasa solat di dalam

keadaan luka-luka.” Thawus, Muhammad bin Ali, Atha’

serta ulamak Hijaz berkata: “Darah tidak menyebabkan

batal wuduk.” Ibnu ‘Umar pernah memecahkan bisulnya

hingga keluar darah namun beliau tidak mengulangi

wuduknya. Sementara Ibnu Abu Aufa pernah mengeluarkan ludah yang bercampur darah namun

beliau tetap meneruskan solatnya. Ibnu ‘Umar dan al-

Hassan berkata tentang seseorang berbekam: “Tidak ada

244 Sila rujuk al-Majmu’ Syarh Muhazzab, jilid 2, ms. 54. Penulis

nukil dari Fikih Thaharah, ms. 252

Page 162: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

162

baginya kecuali mencuci di tempat bekam.”245

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:

Imam al-Bukhari memaksudkan riwayat ini sebagai

bantahan bagi ulamak mazhab Hanafi yang menyatakan

bahawa darah dapat membatalkan wuduk.246

Telah diriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdullah

radhiallahu 'anh pada perang Dzat al-Riqa’ Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam singgah di suatu lembah, lalu baginda bertanya:

“Siapa yang bersedia menjaga kita pada malam ini?” Berdirilah seorang lelaki dari kalangan Muhajirin serta

seorang lelaki dari kalangan Anshar. Maka keduanya

berjaga malam di pinggiran seraya membahagi tugas

mengawal. Lelaki dari kalangan Muhajirin tidur terlebih

dahulu, sementara lelaki dari kalangan Anshar berdiri

melakukan solat. Saat itu lelaki dari pihak musuh datang dan melihat lelaki Anshar sedang solat. Tanpa berfikir

panjang lalu dia memanah lelaki Anshar itu dan anak

panah tersebut tepat terbenam di tubuhnya. Lelaki Anshar itu mencabut anak panah tersebut dan terus

mengerjakan solat, lalu lelaki dari pihak musuh kembali

memanah untuk kali yang kedua dan lelaki Anshar kembali mengulangi perbuatannya seperti yang pertama

tadi. Seterusnya dia dipanah lagi untuk kali yang ketiga.

Dia kembali mencabut anak panah itu dari tubuhnya lalu

rukuk kemudian sujud sehingga selesai (solat). Setelah

itu dia membangunkan sahabatnya. Ketika sahabatnya

245 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, Bab Orang Yang Berpendapat Tidak ada Wuduk Kecuali Kerana

Sesuatu Yang Keluar Dari Dua Jalan (Qubul dan Dubur). 246

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 154.

Page 163: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

163

melihat darah yang mengucur dari badannya, dia

berkata: “Mengapa engkau tidak membangunkan aku

pada kali pertama engkau dipanah?” Lelaki Anshar menjawab: “Aku sedang membaca satu surah dan aku tidak mahu memutuskannya (bacaan ayat tersebut).247

Berkenaan dengan hadis ini Imam al-Nawawi rahimahullah

berkata:

Petunjuknya di sini (dari hadis tersebut) adalah bahawa

darah telah keluar dengan banyak dari dia (pemuda

Anshar tersebut), namun dia tetap meneruskan solatnya.

Andaikata keluarnya darah itu membatalkan wuduk tentu

sahaja tidak boleh bagi orang itu untuk rukuk, sujud dan

menyelesaikan solat. Rasulullah mengetahui hal itu dan

tidak mengingkarinya.248

Berkenaan dengan perbincangan samada muntah

membatalkan wuduk, Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim berkata:

Pendapat para ulamak dalam masalah ini sama seperti

pendapat mereka dalam masalah keluarnya darah dan

yang benar adalah tidak membatalkan wuduk kerana

tidak adanya hadis yang sahih yang mewajibkan wuduk

kerana muntah dan juga berpedoman kepada hukum asal

247 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 170. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah hadis ini

juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi melalui jalur periwayatan yang lain dan

dalam riwayat tersebut telah menyatakan nama lelaki Anshar itu sebagai

Abbad bin Bisy dan lelaki Muhajirin tersebut adalah ‘Ammar bin Yassir.

Adapun surah yang dibaca oleh lelaki Anshar tersebut adalah surah al-

Kahfi (Fathul Baari, jilid 2, ms. 154) 248

Dinukil daripada buku Fikih Thaharah, ms. 253.

Page 164: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

164

segala sesuatu adalah suci.

Adapun hadis Ma’adan bin Abi Thalhah dari Abi Darda

�����3 �O3�3 ء)d �أن� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah muntah lalu baginda berbuka dan berwuduk.249

tidak diragukan lagi bahawa riwayat tersebut tidak

menyimpulkan kewajipan berwuduk lantaran muntah,

kerana hal itu hanya sekadar perbuatan dan suatu

perbuatan secara maksimumnya hanya menunjukkan

anjuran (bukan kewajipan). Wallahu A’lam.250

Dengan ini jelas bagi kita bahawa pendapat yang tepat

adalah darah, muntah dan sejenisnya tidak membatalkan wuduk

baik sedikit mahupun banyak kerana tidak ada dalil yang

menunjukkan hal-hal itu membatalkan wuduk. Untuk itu hukum

asalnya adalah tetap dalam keadaan suci iaitu tidak batal. Tentang

wujudnya hadis bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

mengulangi wuduk kerana muntah maka status hadis tersebut masih

diperselisihkan kesahihannya dan sekiranya sahih maka perbuatan

Rasulullah itu tidak menunjukkan hukum wajib tetapi memberi

petunjuk ianya sekadar sunat sahaja. Inilah mazhab sebenar Imam

249

Menurut Syaikh Kamal as-Sayyid Salim hadis ini berstatus

Shahih Mauquf dan di riwayatkan oleh al-Bukhari secara ta’liq, dan

dinyatakan maushul oleh al-Baihaqi serta Daraquthni. Hadis tersebut juga

diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 80. 250 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 215.

Page 165: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

165

al-Syafi’i rahimahullah. Wallahu a’lam.

ADAKAH MEMAKAN DAGING UNTA

MEMBATALKAN WUDUK?

Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum memakan

daging unta adakah ianya membatalkan wuduk ataupun tidak.

Page 166: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

166

Pendapat pertama mengatakan ianya membatalkan wuduk

berdalilkan hadis di bawah:

Daripada Jabir bin Samurah bahawa seseorang bertanya

kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

أأت���� م �'�م ا�/0�؟

Apakah kita harus berwuduk kerana makan daging

kambing?

. إن ;M7 3����� وإن ;M7 3 ت����: d(ل

Baginda menjawab: Jika kamu mahu berwuduklah, dan

jika kamu mahu, kamu tidak perlu berwuduk.

أت���� م �'�م اW�"؟: d(ل

Orang tersebut bertanya lagi: Apakah kami harus

berwuduk kerana makan daging unta?

. 3����� م �'�م اd :�*+ ,"�W(ل

Baginda menjawab: Ya, berwuduklah kerana memakan daging unta.251

س7" رس�ل ا���� !��� ا���� : 5 ا�#�اء � 5(زب d(ل�'� .م اV��"5��� وس��� 5 ا����ء م

Dari al- Barra’ bin ‘Aazib, dia berkata bahawa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya

apakah harus berwuduk kerana memakan daging unta.

251 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haidh, no: 360.

Page 167: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

167

.ت�7���ا م40(: 3$(ل

Baginda menjawab: Berwuduklah kerananya.

'� . �م ا�/0�وس5 "7

Dan baginda ditanya pula tentang memakan daging kambing.

. % ت�7���ا م40(: 3$(ل

Jawab baginda: Tidak berwuduk kerananya.252

Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Ahmad, Ishaq, Abi

Khaitsumah, Ibnu Mundzir, al-Baihaqi, al-Nawawi, Ibnu Hazm,

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, al-Syaukani, para

ulama salaf Najd dan tokoh-tokoh hadis yang lebih mengutamakan

perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari pendapat akal.253

Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:

Imam al-Syafi’i dalam qaul qadiim (pendapat lamanya

ketika menetap di Iraq) berpendapat memakan daging

unta membatalkan wuduk. Pendapat ini yang paling kuat

jika dilihat dari sisi dalil dan ini pendapat yang aku

unggulkan.254

Hikmah hukum batalnya wuduk kerana memakan daging

unta menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam adalah:

252

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 156. 253

Rujuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 319 dan Shahih Fikih

Sunnah, jilid 1, ms. 208. 254

Rujuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 319.

Page 168: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

168

Unta mempunyai kekuatan syaithoniyyah (syaitan)

sebagaimana disinggung oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam sabdanya:

Ia (unta) sebahagian dari jin.

Untuk itu memakannya dapat menimbulkan kekuatan

syaithoniyyah yang hanya dapat dihilangkan dengan

berwuduk.

Hal tersebut diperkuatkan lagi dengan sikap kebiasaan

pengembala unta yang sombong dan tinggi hati. Sikap ini

disebabkan oleh seringnya kebersamaan mereka bersama

unta. Berbeza halnya dengan pengembala kambing yang

cenderung rendah hati dan tenang. Mungkin inilah rahsia

mengapa para Nabi kebiasaannya pernah mengembala

kambing.255

Pendapat kedua pula menyatakan memakan daging unta

sama sekali tidak membatalkan wuduk. Menurut Imam al-Nawawi

rahimahullah:

Ini adalah pendapat jumhur ulamak. Ini dikisahkan dari

Abu Bakar al-Shiddiq, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Ibnu Mas’ud,

Ubay bin Ka’ab, Abu Thalhah, Abu al-Darda’, Ibnu

‘Abbas, Amir bin Rabi’ah, Abu Umamah. Pendapat ini juga

merupakan pendapat jumhur tabi’in, Malik, Abu Hanifah

dan Syafi’i (dalam qaul jadid nya).256

255 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 316-317.

256

Rujuk Fikih Thaharah, ms. 246.

Page 169: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

169

Mereka berpendapat hukum memakan daging unta ini telah

dimansuhkan oleh hadis daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu

'anh yang berkata:

!��� ا���� 5��� وس��� آ(ن UY� اJم�ی م رس�ل ا���� ت�ك ا����ء م��( م��M ا��0(ر

Hukum terakhir di antara dua hal (tersebut) daripada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah

meninggalkan wuduk setelah memakan sesuatu yang disentuh api (dimasak).257

Hadis di atas bersifat umum bagi semua daging yang

dimasak termasuklah daging unta. Bagi mereka perkara-perkara

yang membatalkan wuduk adalah disebabkan sesuatu yang keluar

dari badan (seperti kentut, membuang air kecil mahupun besar,

keluar air mani dan lain-lain) dan bukannya kerana sesuatu yang

masuk (seperti makan daging unta ini).

Mereka juga melihat hadis-hadis yang memerintahkan

untuk berwuduk kerana memakan daging unta sebenarnya

bermaksud membasuh tangan dan mulut. Ini adalah kerana daging

unta adalah lebih berbau berbanding dengan daging-daging yang

lain dan ianya sangat berlemak.

Imam al-Syairazi rahimahullah pula berkata:

Sekiranya memakan daging babi (yang jelas hukumnya

haram) tidak membatalkan wuduk maka makan daging

yang halal pasti lebih tidak membatalkan.258

257

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 185. 258

Rujuk Fikih Thaharah, ms. 247.

Page 170: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

170

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menguatkan pendapat ke dua

ini dan dia berkata:

Di antara dalil jumhur ulamak yang paling menonjol

adalah bahawa pendapat ini (tidak batalnya wuduk kerana

memakan daging unta) adalah kerana ianya merupakan

pandangan al-Khulafa’ al-Rasyideen secara keseluruhan;

Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali dan pendapat para

ulamak di kalangan sahabat bahkan ini juga merupakan

pendapat majoriti sahabat sebagaimana dikatakan oleh

al-Nawawi. Dengan demikian sangat tidak masuk akal jika

memakan daging unta itu membatalkan wuduk, namun

kemudian tidak diketahui oleh mereka padahal mereka

adalah orang-orang yang berdampingan dengan Rasulullah

dan orang yang paling dekat dengannya, mereka adalah

orang-orang yang paling mengerti sunnahnya. Lalu

bagaimana mungkin mereka hidup selama tiga puluh tahun

setelah wafatnya dan mereka tidak mengetahui hukum

yang banyak bersangkutan dengan kehidupan mereka

sehari-hari yakni tentang memakan daging unta. Oleh

sebab itulah Imam al-Nawawi (di dalam al-Majmu’, jilid 2,

ms. 260) berkata; pandangan yang paling menyejukkan

hati adalah pendapat para khulafa’ dan jumhur

sahabat.259

KESIMPULAN

Sebagaimana yang kita sedia maklum hal ini termasuk

dalam perkara yang diperselisihkan oleh para ulamak dan

259

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 247-248.

Page 171: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

171

sebagaimana yang telah sedia maklum adalah manhaj penulis untuk

berlapang dada dalam hal-hal sebegini. Hanya sahaja penulis

melihat hujah batalnya wuduk kerana memakan daging unta adalah

lebih bertepatan dengan perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam sebagaimana yang termaktub dalam hadis Jabir bin

Samurah dan al-Barra’ bin ‘Aazib radhiallahu 'anhuma. Bila

adanya perintah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala serta Rasul-Nya

maka hendaklah kita dengar dan taat. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

�� �������� ����=���� ���#3�☺���

��M"�3�i>�� $% ���3"?. �©5J'. )%*�

��MQM#4f�� M�ª�">��u/ m3�!�/ ���=�Qo¬�� �

a+#� ���Y�o 0����MN 7:;

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh -

(dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana)

Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan)

melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

260

Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak mengutamakan

atau meninggikan logik akal berbanding dengan al-Qur’an dan al-

Sunnah. Ini adalah kerana akal tidak dapat berdiri sendiri untuk

memahami syariah, kerana akal itu lemah dan terbatas.

Sebagaimana pendengaran, penglihatan dan kekuatan manusia itu

terbatas, demikian pula dengan akalnya. Oleh itu akal harus tunduk

kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Selanjutnya penulis bentangkan bantahan terhadap

260

al-A’raaf (7) : 42

Page 172: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

172

pendapat golongan yang menyatakan makan daging unta tidak

membatalkan wuduk. Namun penulis ingin peringatkan tujuan

penulis ini tidak sedikitpun untuk memperkecilkan sesiapa jua yang

berpegang kepada pandangan tersebut. Satu lagi ciri-ciri Ahlus

Sunnah Wal Jamaah adalah tidak mengagungkan mana-mana imam

ataupun ulamak yang mereka ambil seluruh ucapannya kecuali

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Walaubagaimanapun

Ahlus Sunnah tetap menghormati seluruh imam-imam Ahlus

Sunnah Wal Jamaah terutamanya imam-imam mazhab yang empat.

Bagi Ahlus Sunnah pendapat ataupun ucapan selain daripada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah tidak terpelihara

dari kesilapan maka mereka menimbangnya dengan al-Qur'an dan

al-Sunnah. Jika ia sesuai dengan keduanya maka ianya akan

diterima sebagai hujah dan sekiranya tidak maka ianya akan

terbatal.

Berikut adalah bantahannya:

PERTAMA: Tentang dakwaan Imam al-Nawawi bahawa

pendapat memakan daging unta tidak membatalkan wuduk

merupakan pendapat Khulafa’, jumhur sahabat dan tabi’in. Yang

sebenar riwayat-riwayat dari para salaf hanyalah mengkhabarkan

tentang tidak perlunya berwuduk apabila memakan daging yang

dimasak secara umum. Sedangkan daging unta membatalkan

wuduk sekiranya ia dimakan saat ianya mentah mahupun dimasak.

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

Pengakuan ini merupakan kesalahan al-Nawawi. Syaikh al-

Islam (Ibnu Taymiyyah rahimahullah) telah

mengingatkannya di dalam al-Qawa’id al-Nuraniyyah (ms.

9), beliau berkata:

Adapun orang yang menukilkan daripada al-Khulafa’ al-Rasyideen dan majoriti sahabat bahawa mereka tidak

Page 173: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

173

berwuduk kerana (makan) daging unta, telah melakukan

kesalahan. Ini adalah salah faham terhadap apa yang dia

nukilkan. Dia menduga mereka tidak berwuduk kerana

(makan) daging yang sudah disentuh oleh api (dimasak).

Padahal yang dimaksudkan adalah bahawa setiap sesuatu

yang tersentuh api, menurut mereka, tidak menyebabkan

kewajipan wuduk. Perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam agar berwuduk kerana (makan) daging unta

bukan kerana daging itu tersentuh api. Sebagaimana

dinyatakan misalnya: Fulan tidak berwuduk kerana

menyentuh kemaluan, tetapi dia berwuduk kerana keluar

mazi.261

Menurut Syaikh al-Albani athar-athar yang sebenarnya

datang dari para sahabat termasuk al-Khulafa’ al-Rasyideen

sebenarnya sama sekali tidak menyebutkan tentang memakan

daging unta melainkan disebutkan daging secara umum. Menurut

Syaikh al-Albani:

Kerana itu Imam al-Thahawi dan al-Baihaqi

mencantumkan athar-athar ini dalam bab Wuduk Kerana (makan) Sesuatu Terkena Api. Al-Baihaqi tidak

mencantumkan (athar-athar tersebut) pada bab

Berwuduk Kerana (makan) Daging Unta.262

KEDUA: Tentang riwayat dari ‘Ali bin Abi Thalib dan

Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhuma yang telah berkata: Berwuduk

261

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 115. 262

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 116.

Page 174: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

174

kerana sesuatu yang keluar, bukan kerana sesuatu yang masuk,

menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

Keduanya menyatakan hal itu dalam masalah

meninggalkan wuduk kerana sesuatu yang disentuh oleh

api (dimasak).263

Manakala riwayat daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu 'anh

bahawa beliau makan daging unta dan tidak berwuduk. Menurut

Imam al-Baihaqi rahimahullah:

Hadis ini munqati’ (terputus)264 dan mauquf265. Hadis

seperti ini tidak boleh dijadikan alasan untuk

meninggalkan hadis yang sah daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.266

KETIGA: Berkaitan dengan dakwaan hadis Jabir bin

263

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 116. 264 Munqathi’ bermaksud yang memutuskan. Menurut istilah ianya

bermakna hadis yang pada sanadnya gugur seorang rawi sebelum sahabat

atau gugur dua orang rawi di dua tempat dengan syarat tidak berturut-

turut. Hadis munqathi’ tergolong dalam kategori hadis dha’if (lemah) yang

tidak boleh dijadikan hujah. 265

Mauquf bermaksud yang diberhentikan. Menurut istilah ianya

adalah perkataan atau perbuatan sahabat atau taqrir (persetujuan) yang

disandarkan kepada sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Hadis mauquf ini ada yang shahih, hassan dan dha’if. Riwayat mauquf ini

tidak dijadikan dasar hukum bagi agama kecuali terdapat ijmak dikalangan

para sahabat. 266

Rujuk Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah

Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms.

116.

Page 175: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

175

‘Abdullah radhiallahu 'anh yang telah memansuhkan hukum

batalnya wuduk kerana memakan daging unta, Syaikh Kamal bin

as-Sayyid Salim berkata:

1) Hadis Jabir bersifat umum, adapun (hadis) yang

menyatakan batalnya wuduk kerana makan daging unta

bersifat khusus. Yang umum dibawa pada yang khusus,

dan keumuman tersebut dapat dikecualikan apabila ada

dalil yang mengkhususkannya267 dan tidak dapat

dikatakan nasakh (dalil yang memansuhkan) kerana masih

berkemungkinan (hadis-hadis) ini digabungkan.

2) Perintah yang ada di dalam masalah wuduk kerana makan

daging unta adalah hukum yang khusus berkaitan

dengannya, baik daging (unta) tersebut dimasak dengan

api atau tidak, bukan kerana (daging unta itu) tersentuh

api sahaja yang mengharuskan berwuduk. Hukum ini

(batalnya wuduk kerana makan daging unta) di luar

pembahasan yang ada dalam riwayat-riwayat tersebut

yang mengharuskan berwuduk kerana menyentuh

(memasak daging tersebut) dengan api, juga kerana

hukum wuduk dari hal tersebut telah dinasakh

267

Inilah juga merupakan pandangan Imam al-Nawawi

rahimahullah yang berkata:

Hadis tentang tidak berwuduk dari makanan yang tersentuh

api bersifat umum, dan hadis yang memerintahkan berwuduk

dari (apabila dimakan) daging unta bersifat khusus dan yang

khusus itu didahulukan daripada perkara yang khusus. – Dinukil

dari kitab Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan

Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 123.

Page 176: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

176

(dimansuhkan hukumnya).268

Yang sebenarnya hadis Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh

hanyalah memansuhkan hukum yang terdapat dalam hadis

daripada Zaid bin Tsabit, dia mendengar Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam bersabda:

ا����ء م��( م��M ا��0(ر

Berwuduklah setelah makan-makanan yang tersentuh oleh api (dimasak).269

KEEMPAT: Tentang dakwaan yang menyatakan bahawa

maksud wuduk dalam hadis Jabir bin Samurah dan al-Barra’ bin

‘Aazib radhiallahu 'anhuma hanya perintah untuk membasuh mulut

dan tangan agar hilang bau daging unta yang kurang menyenangkan

adalah dakwaan yang batil. Ini adalah kerana mengertikan lafaz

pada makna syar’i lebih didahulukan dari makna bahasa. Dari segi

bahasa wuduk bermakna kebersihan manakala dari segi syarak

ianya bermakna menggunakan air pada tempat-tempat yang tertentu

(wajah, kedua tangan, kepala dan kedua kaki) untuk menghilangkan

sesuatu yang menghalangi sahnya solat. Oleh itu istilah wuduk

dalam hadis tersebut haruslah dimaknakan dengan takrifan syarak

bagi wuduk.

Sebagai penutup bicara dalam bab ini penulis ingin

mengemukakan kata-kata Imam al-Syafi’i rahimahullah dalam bab

ini: “Jika hadis berkaitan daging unta sahih tentu aku

berpendapat sesuai dengan itu.”270

268

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 209. 269

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haidh, no: 351. 270

Rujuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 318.

Page 177: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

177

Ternyata hadis-hadis daripada Jabir bin Samurah dan al-

Barra’ bin ‘Aazib radhiallahu 'anhuma itu sahih sebagaimana

diperakui oleh ulamak-ulamak hadis termasuk Imam al-Baihaqi dan

Imam al-Nawawi rahimahumallah yang bermazhab Syafi’i271.

BAGAIMANAKAH TIDUR YANG MEMBATALKAN

WUDUK?

Sebelum kita membicarakan hukum tidur yang

271

Ternyata keikhlasan dalam bermazhab yang diperlihatkan oleh

kedua-dua tokoh hadis ini sememangnya patut dipuji. Sebagai contohnya

Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim telah berkata:

Pendapat yang menyatakan wajibnya berwuduk kerana makan

daging unta lebih kuat dalilnya.- Dinukil dari kitab Syaikh Wahid

Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah

Beserta Koreksinya, ms. 124-125.

Walaupun mereka berdua ini bermazhab Syafi’i tetapi ternyata sekiranya

ada dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang menyalahi mazhabnya itu,

mereka akan mengunggulkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah perkara

sebegini sebenarnya telah diperintahkan sendiri oleh Imam Abu ‘Abdillah

Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah pada banyak tempat. Beliau

pernah berkata:

Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah dari Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan ahl al-Hadis,

tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya,

baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati. - Dinukil

daripada buku Sifat Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam oleh

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (edisi terjemahan oleh

Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 59.

Selanjutnya Imam al-Syafi’i rahimahullah juga pernah berkata:

Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan

dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan

tinggalkanlah pendapatku itu. - Dinukil daripada buku Sifat

Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ms. 59.

Page 178: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

178

membatalkan wuduk sewajarnya kita dapat membezakan tidur (ا��0�م) dan mengantuk (X*F0ا�). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar

rahimahullah:

Keduanya (yakni mengantuk dan tidur) itu berbeza, iaitu

barangsiapa yang fungsi inderanya berkurang, di mana

dia mendengar perkataan teman disekitarnya namun

tidak mengerti maknanya maka orang seperti ini

dinamakan mengantuk. Apabila lebih dari keadaan

tersebut maka dinamakan tidur. Di antara tanda-tanda

tidur adalah mimpi baik yang singkat ataupun

berlangsung lama… Ibnu al-Tin berkata: “�.U (anggukan

kepala) adalah X*F0ا� (mengantuk)”.272

Dari sini dapat kita fahami bahawa perasaan mengantuk

sehingga menyebabkan seseorang itu tersengguk-sengguk sampai

mengakibatkan kepalanya menempel ke dada bukanlah tidur yang

membatalkan wuduk.

أ+d X(ل آ(ن أ!'(ب رس�ل ا���� !��� ا���� 5 ���5 ��H �4رءوس �.j�ة ���� تUء ا�)T*��ون اq�0وس��� ی

.ی�F�Pن و% ی�7����ن

Daripada Anas, dia berkata: Suatu ketika para sahabat

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menunggu solat

Isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka

kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk

menunaikan solat, mereka bangun tanpa memperbaharui wuduk.

273

272 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 254. 273

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 172

Page 179: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

179

ا� 5#�(س d(ل5 : M0� E+���م K��)U �05 E��� FM�ا�'(رث M�$3 4�( إذا d(م رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� 3�ی$K0�q 3$(م رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس���

gU�3 ��یJإ�� ج0#� ا M�$3 �8$; ���ي K0�*Z3 مK+أذ E�'T� gU�ی M�.\إذا أ M�*Z3 : d(ل. اJی�

E*�ة رآT5 إ��ى ���P3.

Daripada Ibnu ‘Abbas, dia berkata: Aku bermalam di

rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri Nabi).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk

menunaikan solat malam. Lalu aku bangun berdiri di

sebelah kirinya. Kemudian baginda menarik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebelah kanannya.

Setiap kali kepalaku tersengguk kerana mengantuk,

baginda akan menarik telingaku. Dia (‘Ibnu ‘Abbas)

berkata: Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat.274

Manakala dalil bagi wajibnya berwuduk apabila tidur

adalah berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh,

dia berkata:

آ(ن رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی�م�+( إذا آ�0( س.�ا أن % +w0ع EH H )03).U أی�(م و��(4��� إ%� م

م \(ئx و��ل و+�مL�و E�)0ج.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak

membuka sepatu selama tiga hari hingga malam kecuali

274 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Sholatu al-Musafirni wa Qasruha, no: 763.

Page 180: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

180

bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.275

Jelas melalui hadis ini Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam mengkategorikan tidur bersama-sama dengan buang air

besar atau kecil yang turut membatalkan wuduk. Namun yang

hangat diperbincangkan oleh para ulamak adalah tidur yang

bagaimana sebenarnya dianggap membatalkan wuduk.

Berikut penulis akan bentangkan pendapat-pendapat para

ulamak berkaitan dengan tidur dan batalnya wuduk.276

PENDAPAT PERTAMA: Tidur sama sekali tidak

membatalkan wuduk. Pendapat ini dipegang oleh sekelompok

sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Abu Musa al-Asy’ari dan Sa’id bin

Musayyab. Ianya juga merupakan pandangan Sa’id bin jubair,

Makhlul, Ubaidah al-Salmani, al-Auza’i dan lain-lain

م(�@ d(ل� X+أ آ(ن أ!'(ب رس�ل ا���� !��� : 5ا���� 5��� وس��� ی0(م�ن ��H ی$�م�ن �F�P�3ن و%

.ی�7����ن

Daripada Anas bin Malik, dia berkata: Dahulu sahabat-

sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidur lalu solat dengan tidak berwuduk lagi.277

275

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 89. 276

Pendapat-pendapat ini penulis rangkumkan dari kitab Shahih

Fikih Sunnah karya Syaikh Kamal as-Sayyid Salim, Fathul Baari karya

al-Hafidz Ibnu Hajar, Fikih Thaharah karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan

Syarah Bulughul Maram oleh Syaikh ‘Abdullah al-Bassam. 277 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 73.

Page 181: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

181

PENDAPAT KEDUA: Tidur samada sekejap mahupun

lama secara mutlak membatalkan wuduk. Ibnu Mundzir telah

menukilkan pendapat ini dari sebahagian sahabat dan tabi’in dan ini

juga merupakan pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin

Zubair, Atha’, al-Hassan al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, al-

Muzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih. Syaikh

al-Albani juga dalam kitab Tamamul Minnah278 telah menguatkan

pendapat ini. Hujah golongan ini adalah seperti berikut:

Daripada Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh dia

berkata:

آ(ن رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی�م�+( إذا آ�0( س.�ا أن % +w0ع EH H )03).U أی�(م و��(4��� إ%� م

L�و E�)0و��ل و+�مج xئ)\ م.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan

bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak

membuka sepatu selama tiga hari hingga malam kecuali

bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.279

Di sini hukum tidur disamakan dengan membuang air kecil

dan besar. Maksud tidur di sini adalah secara umum dan ianya

termasuk tidur yang panjang mahupun pendek.

PENDAPAT KETIGA: Kelompok ini membezakan tidur

278

Rujuk Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah

Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq,, jilid 1, ms.

110. 279 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 89.

Page 182: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

182

yang sekejap dan lama. Hanya tidur yang lama membatalkan

wuduk. Ini merupakan pendapat Imam Malik, salah satu daripada

riwayat Imam Ahmad, al-Zuhri, Rabi’ah dan al-Auza’i. Hadis yang

diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang dipergunakan oleh

golongan pertama mereka fahami sebagai tidur yang sekejap sahaja.

Oleh itu bagi mereka pendapat bahawa tidur secara mutlak tidak

membatalkan wuduk adalah tidak benar.

PENDAPAT KEEMPAT: Tidur yang hanya

membatalkan wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau

bersandar kepada sesuatu. Tidur dalam posisi lain seperti duduk,

rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya tidak batal baik dia tidur

di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan pandangan Hamad,

Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya,

Imam Daud dan Imam al-Syafi’i.

PENDAPAT KELIMA: Tidur yang membatalkan wuduk

hanyalah tidur orang yang rukuk atau sujud. Ini dikatakan sebagai

pendapat Imam Ahmad.

PENDAPAT KEENAM: Tidur yang membatalkan wuduk

hanyalah tidur orang yang bersujud. Pendapat ini juga diriwayatkan

daripada Imam Ahmad.

PENDAPAT KETUJUH: Tidur ketika berada dalam solat

sama sekali tidak membatalkan wuduk. Tidur di luar solat

membatalkan wuduk. Pendapat ini juga dikatakan pendapat Imam

Abu Hanifah.

PENDAPAT KELAPAN: Apabila seseorang itu tidur di

dalam keadaan punggungnya rata kepada lantai maka ianya tidak

membatalkan solat baik tidurnya itu ketika dalam solat mahupun di

luar solat atau tidur yang lama mahupun seketika sahaja. Ini

Page 183: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

183

merupakan mazhab Imam al-Syafi’i.280 Telah berkata Imam al-

Syafi’i:

Apabila seseorang tidur pada posisi duduk tegak, maka

saya melihat bahawa dia tidak wajib berwuduk, sebab

orang yang tidur dalam posisi terlentang (baring) tidak

sama dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk. Ini

adalah kerana tidur dengan posisi terlentang akan terasa

lebih nyenyak, sehingga akalnya akan terasa lebih tidak

berfungsi jika dibandingkan dengan orang yang tidur

dalam keadaan duduk.

Apabila dia telah tergeser dari posisi duduk tegak saat

tidur, maka dia wajib megulangi wuduknya, kerana orang

280

Ini juga merupakan pendapat lama Syaikh al-Albani

rahimahullah namun beliau telah menarik kembali dari pandangan ini

kerana satu peristiwa yang telah berlaku terhadap dirinya. Beliau berkata:

Saya pernah berfatwa bahawa orang yang tertidur dalam posisi

duduk tidak perlu berwuduk kecuali jika dia bersandar pada

lambung sehingga seorang lelaki (yang duduk di sebelahku) pada

hari Jumaat, lalu dia tertidur kemudian dia mengeluarkan angin

(terkentut).

Saya berkata: Berdiri lalu berwuduklah!

Orang itu menjawab: Saya tidak tidur.

Saya berkata: Benar, tetapi anda telah mengeluarkan angin

yang membatalkan wuduk.

Kemudian dia bersumpah: Demi Allah bahawa angin itu bukan

keluar dari dirinya tetapi dari anda.

Maka saya tinggalkan keyakinan tentang tidurnya orang yang

duduk dan menjaga sampai tertidur atau kacaunya kesedaran

hati. - Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah

Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab

Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 111.

Page 184: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

184

yang tidur dalam keadaan duduk itu menekan dirinya

(bahagian punggungnya) pada lantai dan hampir tidak

terkeluar sesuatu (kentut) kecuali dia akan

menyedarinya.

Tambah Imam al-Syafi’i lagi:

Yang mewajibkan seseorang berwuduk kembali kerana

tidur ialah hilangnya fungsi akal, baik tidur ringan

mahupun tidur nyenyak. Adapun orang yang fungsi

akalnya tidak hilang, baik tidur dengan posisi terlentang,

dengan kepala yang tersengguk-sengguk kerana

mengantuk atau adanya bisikan hati, maka hal itu tidak

mewajibkan berwuduk kembali, sehingga dia yakin

bahawa dia telah berhadas.281

KESIMPULAN

Apabila kita menghimpunkan segala dalil-dalil dan hujah-

hujah di atas lalu kita cuba menyatukan kesemua pendapat-

pendapat ini maka dapatlah kita simpulkan bahawa tidur yang

membatalkan wuduk adalah tidur nyenyak sehingga menghilangkan

kawalan seseorang terhadap pancainderanya dalam apa jua posisi

samada duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain.

Namun perasaan mengantuk sehinggakan kepalanya tersengguk-

sengguk yang mana seseorang itu tidak hilang kawalan

pancainderanya secara total dalam apa jua posisi dia berada samada

duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain tetap

tidak membatalkan wuduk.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz ‘Abdullah bin Baz rahimahullah

berkata:

281

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 24-25.

Page 185: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

185

Pendapat yang benar dalam masalah ini bahawa tidur

merupakan saat umum mengakibatkan hadas, maka rasa

mengantuk dan tidur ringan tidaklah membatalkan

wuduk. Akan tetapi tidur yang membatalkan wuduk

adalah tidur yang dapat meghilangkan rasa (indera)

secara sempurna. Dengan demikian hadis-hadis yang

disebutkan mengenai hal-hal ini dapat dipadukan.

Wallahu A’lam.282

Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim pula berkata:

Tidur yang nyenyak sehingga seseorang itu tidak

sedarkan diri, tidak mendengar suara (di sekelilingnya),

tidak terasa sesuatu jika sesuatu jatuh dari tangannya

atau jika ada air liur keluar dari mulutnya dan lain-lain

adalah tidur yang membatalkan wuduk. Sebab tidur

sebegini menunjukkan (berkemungkinan) terjadinya

hadas, samada dalam posisi berdiri, duduk, berbaring,

rukuk atau sujud, tidak ada bezanya semua posisi itu. …

Tidur ringan yang berupa rasa mengantuk sehingga

apabila seseorang itu masih dapat merasa hal-hal yang

kami sebutkan di atas, maka bagaimanapun keadaan tidur

seperti itu tidak membatalkan wuduk dengan alasan

hadis tertidurnya para sahabat sehingga kepala mereka

tersengguk-sengguk dan hadis Ibnu ‘Abbas ketika solat

bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dengan

demikian terkumpullah seluruh dalil-dalil tersebut dalam

282 Ini merupakan penjelasan beliau dalam kitab Fathul Baari, jilid

2, ms. 256.

Page 186: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

186

bab ini, segala puji dan kurnia hanya milik Allah.283

Bagaimana pula jika seseorang itu berada dalam keraguan

samada tidurnya itu membatalkan wuduk atau tidak. Menurut

pendapat Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam Majmu al-Fatawa

(jilid 21, ms. 230) yang lebih zahir sebagai hukumnya adalah tidak

batal, sebab kesuciannya telah kukuh dengan keyakinan sehingga

tidak dapat dihilangkan dengan keraguan.284

283

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 201-202. 284

Rujuk Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 201-202.

Page 187: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

187

PERLUKAH BERWUDUK UNTUK MEMEGANG DAN

MEMBACA AL-QUR’AN?

Lazimnya rata-rata umat Islam berpendapat bahawa wajib

untuk kita suci dari hadas kecil (yakni dengan berwuduk) mahupun

hadas besar (yakni dengan mandi wajib) sebelum memegang atau

membaca al-Qur’an. Ini juga merupakan pandangan yang dipegang

oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah serta ketiga-tiga Imam mazhab

yang lain dan jumhur (majoriti) para ulamak.

Page 188: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

188

DALIL YANG DIGUNAKAN UNTUK MEWAJIBKAN

BERWUDUK SERTA BANTAHAN TERHADAPNYA

Dalil yang paling utama dipergunakan untuk mewajibkan

berwuduk dan juga menyucikan diri dari hadas besar ketika hendak

memegang al-Qur’an adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

t*� ­3��\ ­0��=?�� 7g; )% 'n ¢5M☺� )%*�

0��ZTQ"m☺J>�� 7g�; ���®¯"� F�G� 90�IB

���£"�M#J>�� 79;

Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu)

itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi

ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh

makhluk-makhluk yang disucikan; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

285

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala ini sebenarnya

menunjukkan bahawa al-Qur’an itu dipelihara oleh Allah

Subhanahu wa Ta'ala di Lauh Mahfuz sebelum diturunkan kepada

umat manusia yang hanya boleh disentuh oleh para malaikat.

Pendapat ini lebih sesuai menurut balagah (gaya bahasa) al-Qur’an

kerana dhamir hu di dalam (la yamassuhu) merujuk kepada

(Kitabin Maknun) yakni bermaksud di langit di Lauh Mahfuz dan

bukan al-Qur’an. Inilah tafsiran Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh. Mari

kita lihat beberapa komentar para ulamak berkaitan ayat di atas.

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi:

285

al-Waqi’ah (56) : 78-80

Page 189: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

189

Makna nash al-Qur’an tadi adalah bahawa Allah telah

menjaga al-Qur’an itu di dalam Lauh Mahfuz di sisi-Nya.

Yang tidak disentuh atau dipegang oleh sesiApapun

kecuali para malaikat yang Allah sucikan dan dekat

kepada Allah yang tidak mungkin disentuh oleh syaitan.

���� |;a�\°� a+� K ���� ����#b�m�45L± 7:88; 4xQ�.*� 7F�

klh☺55>�� 0��>�<C#M☺"> 7:8:;

Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu (al-Qur’an) yang dibawa oleh Malaikat.286

Yang menguatkan pendapat ini adalah bahawa Allah

Ta’ala berfirman al-Muthahharun yang bermaksud

makhluk-makhluk yang disucikan dan tidak menyatakan

al-Mutathahhirin iaitu orang-orang yang membersihkan

diri sebagaimana yang kebiasaannya disebutkan untuk

manusia, sebagaimana yang Allah firmankan tentang

manusia:

�0*� ���� ¢3��² ��*A�I�@�>�� ¢3��²��

�� Z*�Q"m-☺J>�� 7:::;

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang

286

al-Syu’araa’ (26) : 211-212

Page 190: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

190

sentiasa membersihkan diri.287

Dengan demikian, tidak ada petunjuk yang kuat di dalam

ayat tersebut bagi larangan menyentuh al-Qur’an (bagi

yang tidak berwuduk).288

Seterusnya penulis akan membawa pendapat dua orang

ulamak yang berpendapat wajib berwuduk sebelum memegang al-

Qur’an namun mereka menolak penggunaan surah al-Waqi’ah di

atas sebagai dalilnya.

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Maksud dari “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-

makhluk yang disucikan”, Kitabin Maknun itu bermaksud

Lauhul Mahfuz, dan al-Muthahharun bermakna para

malaikat. Sekiranya ayat itu adalah tentang bersuci

tentulah bunyinya Muthahhirun atau Muthathahhirun

sehingga tidak boleh menyatakan dilarang menyentuh al-

Qur’an kecuali dia suci (dari hadas) dengan dalil ayat

tersebut…289

Syaikh Shalih Fauzan pula berkata:

…ayat ini “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-

makhluk yang disucikan” bukan dalilnya (yang mewajibkan

berwuduk ketika menyentuh al-Qur’an), akan tetapi yang

287 al-Baqarah (2) : 222 288

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 222. 289

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa

Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab

Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan

Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 292.

Page 191: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

191

dimaksudkan adalah kitab yang terpelihara (Kitabin Maknun) iaitu di Lauhul Mahfuz, dan yang dimaksudkan

dengan al-Muthahharun adalah para malaikat. Sekiranya

yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang-orang

yang suci (manusia) maka yang akan disebutkan la yamassuhu illal Mutthahhirun atau la yamassuhu illal Muthathahhirun dan bukan hamba-hamba yang disucikan

(malaikat).290

Jelas kedua-dua Syaikh al-‘Utsaimin dan Syaikh Shalih

Fauzan tidak menafsirkan surah al-Waqi’ah sebagaimana tafsiran

sesetengah pihak yang mewajibkan berwuduk ketika hendak

memegang atau membaca al-Qur’an. Kedua mereka sepakat

bahawa dalil yang lebih tepat untuk menyokong hujah mereka

adalah sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Amr bin Hazm

radhiallahu 'anh, dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam bersabda:

.% ی��X ا�$Y�ن و% ا��P'� إ%� i(ه�

Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.

291

Status hadis di atas masih diperbincangkan di kalangan

ulamak hadis.292 Sekiranya hadis tersebut berstatus sahih, perkataan

Thoohirun atau orang yang suci yang terdapat di dalam hadis di

atas boleh mengandungi pelbagai makna. Inilah yang kita namakan

290

Syaikh Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, Fatwa-Fatwa

Syaikh al-Fauzan, (edisi terjemahan oleh Ali Murtadho Syahudi, Jakarta,

2004) ms.153. 291

Hadis riwayat Imam Ibn Hibban, al-Hakim dan Baihaqi. 292

Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah di

dalam al-Irwa’ (jilid 1, ms. 158). Namun begitu menurut pengarang kitab

Shahih Fikih Sunah (jilid 1, ms. 219) hadis ini dha’if kerana memiliki

sanad-sanad yang lemah.

Page 192: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

192

lafaz Musytarak. Thoohirun di dalam hadis di atas boleh ditafsirkan

sebagai suci dari hadas kecil ataupun besar, suci dari najis dan

aqidah yang suci dari syirik, munafik dan kekafiran. Menurut

Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Kalimat Thoohirun (orang yang suci) dalam hadis

merupakan lafaz musytarak yang dapat diertikan dengan

empat makna:

1) Maksud kata tersebut adalah seorang muslim,

sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

�M☺�.*�

����\*Yh§☺J>�� |I�Q%¤ .

Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis.293

Ayat ini menjelaskan bahawa orang Islam itu suci. Yang

dimaksudkan suci di sini adalah kesucian aqidah.

2) Maksud Thoohirun (orang yang suci) di dalam hadis

adalah orang yang suci dari najis. Sebagaimana sabda

Rasulullah dalam masalah kucing bahawa kucing bukan

haiwan najis.

3) Maksud Thoohirun (orang yang suci) di dalam hadis

adalah orang yang suci dari hadas besar. Sebagaimana

diriwayatkan oleh Ahmad dan penyusun kitab sunan

bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

E�)0Z�ا X�� ءK; نY�$�ا 5 -wZ'ی %. 293

Al-Tawbah (9) : 28

Page 193: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

193

Tidak ada apapun yang menghalangi dari al-Qur’an kecuali al-Janabah (berada dalam keadaan junub)294

294 Hadis ini diperselisihkan statusnya. Bagi mereka yang

menganggapnya sahih, hadis tersebut dijadikan sebagai bukti bahawa

mereka yang berada dalam keadaan janabah tidak dibenarkan memegang

atau membaca al-Qur’an sehinggalah dia menyucikan dirinya dengan

mandi wajib. Memang terdapat para ulamak yang membezakan mereka

yang berada dalam keadaan haid dan janabah. Haid adalah satu keadaan

yang mana seseorang tidak ada pilihan melainkan sekiranya putaran waktu

telah cukup maka darah haid pasti akan keluar. Apatah lagi seseorang

yang haid hanya boleh menyucikan diri apabila darah tersebut berhenti

dan ini juga tidak dapat ditentukannya sendiri. Berbeza dengan janabah

yang mana seseorang boleh membuat pilihan samada ingin melakukan

jimak ataupun tidak dan dia juga boleh membuat pilihan samada untuk

segera menyucikan diri ataupun melewatkannya. Wallahu A’lam.

Namun begitu Syaikh al-Albani rahimahullah telah mendhai’fkan hadis

tersebut dalam Tamamul Minnah, jilid 1, ms. 130. Ini adalah kerana

‘Abdullah bin Salimah telah meriwayatkan hadis ini secara bersendirian

dan beliau pada hari-hari terakhir hidupnya telah berubah akalnya seperti

diperakui oleh al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah dalam at-Taqrib.

Menurut Syaikh al-Albani beliau telah meriwayatkan hadis ini setelah

akalnya menjadi lemah.

Terdapat sebuah lagi hadis yang dijadikan hujah untuk mengharamkan

seseorang yang janabah dari membaca al-Qur’an yakni hadis yang

diriwayatkan oleh ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

Saya melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

berwuduk kemudian membaca sedikit dari al-Qur’an dan

bersabda:

EیY %3 و r0Z�3�م�( ا r0Z� X�� .هgا ��Beginilah bagi orang yang tidak junub. Adapun orang yang

sedang junub tidak (melakukannya) dan tidak juga (membaca al-Qur’an walaupun dengan) satu ayat. – Hadis riwayat Imam

Ahmad, no: 830.

Di dalam Tamamul Minnah, jilid 1, ms. 131, Syaikh al-Albani berkata

jalur periwayatan hadis ini memiliki dua kecacatan yakni terdapat perawi

Page 194: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

194

4) Maksud kata Thoohirun (orang yang suci) di dalam hadis

merujuk kepada orang yang sudah berwuduk.

Sebagaimana diriwayatkan di dalam kitab Shahihain

bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.% ی$#" ا���� ! ة أ��آ� إذا أ��ث ���� ی�����

Allah tidak menerima solat salah seorang di antara

kalian yang berhadas hingga dia berwuduk.

Menurut kaedah Usul Fekah sesuatu perkataan yang

memiliki banyak erti (lafaz musytarak) tidak boleh dibataskan

kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat

mendokongi pembatasan tersebut. Ternyata hadis ini tertulis di

dalam sepucuk surat yang ditulis untuk ‘Amr bin Hazm ketika dia

diutus ke Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah negara yang

penduduknya masih terdiri daripada orang Islam dan kafir. Maka

hadis tersebut merujuk kepada larangan al-Qur’an dari disentuh

yang dha’if dan hadis tersebut juga mauquf sehingga tidak layak dijadikan

hujah mahupun penguat bagi hadis ‘Abdullah bin Salimah sebelum ini.

Oleh itu Syaikh al-Albani menguatkan pendapat tidaklah menjadi

kesalahan bagi orang yang berada dalam janabah untuk membaca

mahupun memegang al-Qur’an kerana tidak terdapat dalil yang sabit

daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam yang melarangnya. Apabila

tidak ada dalil yang sabit maka ianya kembali kepada hukum asalnya

yakni diperbolehkan. Penulis juga lebih cenderung kepada pendapat ini.

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

Bara’ah Ashliyah (pembebasan asal) itu bersama orang-orang

yang berpendapat dibolehkan menyentuh al-Qur’an bagi muslim yang junub. Dalam bab ini tidak diterima dalil sahih yang

membolehkan keluar dari bara’ah ashliyah, maka renungkanlah. - Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus

Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 129.

Page 195: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

195

oleh golongan kafir. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Di sini (lafaz Thoohirun) ada qarinah (pentunjuk) kata

yang menunjukkan kepada makna yang sebenarnya di

dalam ayat tersebut, yakni bahawa yang dimaksudkan

dengan orang yang suci adalah orang mukmin. Dengan

dalil dari hadis yang sahih:

XZ0س#'(ن ا���� إن� ا����� % ی.

“Maha Suci Allah, orang mukmin itu tidak mungkin najis.”295

Dan firman Allah yang mengatakan:

�M☺�.*� ����\*Yh§☺J>�� |I�Q%¤ .

Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis.296

Dengan demikian, makna hadis itu adalah; janganlah

seorang yang musyrik diberi peluang untuk menyentuh al-

Qur’an. Ini adalah kerana dia menyentuh tanpa memberi

rasa hormat kepadanya, tidak mengakuinya bahkan

sebaliknya dia merendahkannya. Dan ini sangat sesuai

dengan larangan mengirimkan al-Qur’an ke wilayah musuh

kerana khuatir ianya jatuh ke tangan mereka yang

kemudian diperlakukan dengan tidak sopan dan penuh

permusuhan.297

295

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab

al-Ghusl, no: 283. 296

Al-Tawbah (9) : 28 297

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 224.

Page 196: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

196

Seterusnya terdapat sebuah riwayat daripada ‘Abdullah

ibnu ‘Umar, dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

bersabda:

. $Y�ن% ت$�أ ا�'(ئk و% اr0Z� ;7�( م ا�

Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.

298

Namun begitu hadis di atas adalah dha’if (lemah) dan tidak

boleh dijadikan hujah. Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:

Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa

jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub

atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn

Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang

dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan

selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah

jelas.299

Oleh itu penulis merasakan sudah memadai dengan

bantahan di atas untuk menguatkan bahawa dalil-dalil di atas tidak

selayaknya dipergunakan untuk dijadikan hujah untuk mewajibkan

wuduk mahupun menyucikan diri dari hadas besar sebelum

menyentuh al-Qur’an.

DALIL YANG MENUNJUKKAN TIDAK DIWAJIBKAN

298

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 121 dan oleh Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab

al-Thohaarah wa Sunanuha, no: 588. 299

Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jilid. 2, ms. 123-125.Penulis nukil

dari buku Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa karangan Hafiz

Firdaus Abdullah terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

Page 197: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

197

BERWUDUK UNTUK MEMEGANG DAN MEMBACA AL-

QUR’AN

Memegang atau membaca al-Qur’an merupakan amalan

yang lazimnya dikerjakan oleh generasi sahabat Nabi baik lelaki

mahupun wanita. Generasi mereka yang merupakan generasi

terbaik bagi umat Islam ini juga terkenal dengan gelaran Generasi

al-Qur’an. Dalam erti kata lain al-Qur’an sentiasa dibaca, difahami

dan diamalkan oleh para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum.

Sekiranya sebelum membaca mahupun memegang al-Qur’an wajib

hukumnya untuk menyucikan diri dari hadas besar mahupun kecil,

pasti Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan memperjelaskannya

kepada para sahabat dan pasti riwayat tentang hal ini akan tersebar

kepada orang ramai. Namun tidak ada satu riwayat pun yang sabit

daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang mana baginda

memerintahkan perkara tersebut. Oleh itu tidak diwajibkan untuk

berwuduk tatkala hendak memegang dan membaca al-Qur’an. Di

samping itu terdapat pula beberapa hadis yang sabit dari Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam yang boleh dijadikan dalil tentang

bolehnya membaca al-Qur’an tanpa berwuduk. Menurut Syaikh al-

Albani:

Membaca al-Qur’an tanpa berwuduk adalah satu perkara

yang diperbolehkan, kerana tidak ada suatu nash dalam

al-Kitab ataupun al-Sunnah yang melarang membaca al-

Qur’an tanpa bersuci. Dan tidak ada perbezaannya di

dalam hal ini di antara seorang lelaki yang telah bersuci

atau belum dan perempuan yang sedang haid ataupun

tidak. Sebahagian dalilnya adalah hadis ‘Aishah di dalam

Shahih Muslim bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

berzikir kepada Allah dalam segala keadaan. Yang

dilarang bagi wanita haid adalah solat. Larangan ini

mengandungi hikmah yang sangat dalam, iaitu agar dia

beribadah kepada Allah dalam keadaan suci sebagaimana

sebelum datang haid. Kita tidak boleh mempersempitkan

Page 198: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

198

daerah ibadah yang dulunya (sebelum haid) disyari’atkan

bersama dengan solat. Jika kemudian dia dilarang solat,

ini bukan bererti dia dilarang daripada melakukan ibadah

yang lain. Kita harus melapangkan apa yang telah Allah

lapangkan bagi manusia.300

Mari kita lihat dalil-dalil tersebut.

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

آ(ن ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� یgآ� ا���� 5�� آ"8 .أ��(+�

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sentiasa berzikir kepada Allah dalam segala keadaan.301

Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan berzikir

termasuklah membaca al-Qur’an walaupun di dalam keadaan tidak

berwuduk mahupun tidak suci dari hadas besar.

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

Kami keluar (mengerjakan haji) bersama Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam. Tidaklah ada apa yang kami fikirkan melainkan ibadah haji. Ketika kami tiba di Sarif

aku kedatangan haid. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis.

Maka baginda bertanya: “Apakah yang menyebabkan

kau menangis?” Aku menjawab: “Aku inginkan

300

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Fatwa-Fatwa Albani

(edisi terjemahan oleh Adni Kurniawan, Pustaka At Tauhid, Jakarta,

2002), ms. 69-70. 301 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

No: 373.

Page 199: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

199

sekiranya aku tidak berhaji tahun ini” Baginda bertanya:

“Apakah engkau sedang bernifas (berhaid)?” Aku

menjawab: “Ya!” Baginda bersabda:

Fم( ی.*" ا�'(ج K�*3دم اY ء آ�#� ا���� 5�� 0�(تK; اgه . \�� أن % تM�#�)� K3�O ���� ت4O�ي

Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah

tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh itu

kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yang

sedang menunaikan ibadah haji selain tawaf di bait (Ka’abah) sehinggalah engkau di dalam keadaan suci.302

Di dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam tidak melarang ‘Aishah radhiallahu 'anha memasuki

masjid atau membaca al-Qur’an yang kebiasaannya dilakukan oleh

mereka yang mengerjakan ibadah haji. Jika larangan tersebut

memang benar wujud maka pasti Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam akan memperjelaskan hal itu kepada ‘Aishah radhiallahu

'anha.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah

memerintahkan perempuan haid untuk keluar pergi ke musholla303

302 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Hajj,

No: 1211. 303 Apakah itu musholla dan apakah perbezaanya dengan masjid?

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:

Adapun perbezaan di antara musholla dan masjid adalah

bahawa musholla berada di tempat terbuka (seperti padang-pen) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Sedangkan

masjid berada di dalam sebuah tempat (bangunan-pen) yang

tertutup, sehingga terkadang seorang khatib hanya dapat

melihat sebahagian sahaja para hadirin. Shalat ‘Ied

disunnahkan untuk dilakukan di musholla, dan tidak dilakukan di

Page 200: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

200

semasa solat hari raya.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu 'anha telah berkata:

k��'��ج اj03 �جj+ وا�*�ات� وذوات أم�+( أن" ,ذوات اj��ور أو ا�*�ات�: "d(ل ا� 5�ن. اj��ور

3�م�( ا�'��4T�3 k�ن ج�(E5 ا������ ود5�ت4� م��P(ه��w�*وی.

Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan

wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau

wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid

diperintahkan (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat.304

masjid kecuali apabila di dalam keadaan darurat (seperti hujan,

angin kencang dan lainnya-pen). - Al-Hafidz Ibnu Hajar al-

‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms.282.

Menurut Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam solat Hari Raya

Aidilfitri dan Aidiladha dikerjakan di musholla dan bukan di masjid.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri (radhiallahu 'anh), dia berkata:

�O.��ج ی�م اjآ(ن رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی���P��إ�� ا �'�Jة. وا �Pء ی#�أ �� ا�K; 3�و�ل.

Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di

dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 956. 304 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

‘Iedaini, no: 981.

Page 201: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

201

Wanita-wanita yang sedang haid tersebut berada di

belakang seluruh umat Islam dan mereka bertakbir dan berdoa

bersama-sama. Hal ini menunjukkan perempuan haid boleh

bertakbir dan berzikir mengingati Allah.

Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim:

Dapat diketahui sekarang bahawa tidak ada dalil yang

menunjukkan wajibnya berwuduk untuk menyentuh al-

Qur’an, ini adalah mazhab Abu Hanifah, Daud, Ibnu

Hazm, Ibnu ‘Abbas, sekelompok kaum salaf dan pendapat

ini pula yang dipilih oleh Ibnu Mundziri. Wallahu A’lam.305

Dari sini dapat kita fahami bahawa dakwaan sesetengah

pihak bahawa pendapat tidak wajibnya berwuduk untuk menyentuh

al-Qur’an merupakan satu pendapat yang bertentangan dengan

mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah satu dakwaan yang tidak

benar.

KESIMPULAN

Maka dengan penjelasan ringkas ini penulis lebih

cenderung untuk menyokong pendapat golongan yang menyatakan

tidak diwajibkan berwuduk mahupun menyucikan diri dari hadas

besar sebelum memegang atau membaca al-Qur’an. Hanya sahaja

berwuduk sebelum memegang atau membaca al-Qur’an adalah

bersifat anjuran (mustahab) kerana Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam menyukai sekiranya kita berada di dalam keadaan suci

apabila hendak menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dari Muhajir bin Qunfaz, sesungguhnya beliau pernah

305 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 220.

Page 202: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

202

datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan

baginda sedang membuang air kecil, lalu dia memberi

salam kepada baginda, akan tetapi baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwuduk. Kemudian

baginda meminta keuzuran (beralasan) dan kemudian

bersabda:

�4i ��5 �%وج"� إ �w5 �أن أذآ� ا��� Mآ�ه K8+أو . إ 4i ��5(رة: d(ل

Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Nama Allah kecuali di dalam keadaan suci (tidak berhadas).306

Oleh itu disunatkan untuk kita berwuduk bukan sahaja

ketika membaca al-Qur’an, malah ketika membuka kitab-kitab

hadis, buku-buku agama, menghadiri majlis-majlis ilmu, berdoa,

ketika berzikir atau di dalam apa sahaja aktiviti yang banyak

menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla.

306 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 16.

Page 203: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

203

PERLUKAH BERWUDUK UNTUK TAWAF DI

SEKELILING KA’ABAH?

Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji mahupun

umrah mereka pasti akan melakukan tawaf di sekeliling Ka’abah

yang merupakan salah satu rukun bagi ibadah tersebut sebagaimana

yang telah diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui

Rasul-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

���#oI��m�bJ>�� ��Je�J>��*A ;�e�-M#J>�� 7:�;

… dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".307

307

al-Hajj (22) : 29

Page 204: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

204

Telah terjadi perdebatan di kalangan para ulamak samada

wajibkah berwuduk untuk melakukan tawaf ataupun ianya hanyalah

berbentuk satu anjuran.

PENDAPAT PERTAMA : Wajib berwuduk ketika

hendak tawaf mengelilingi Ka’abah. Kelompok ini berhujahkan

kepada hadis-hadis di bawah:

ا� 5#�(س أن� ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� d(ل5 :ا��O�اف ��ل ا�#M� مR" ا��P ة إ%� أ+�L� ت��L���ن �3�

��j� �%إ ����L��3� 3 ی ���Lت �3 .

Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata: Tawaf mengelilingi Ka’abah adalah

sama seperti perbuatan solat, hanya sahaja dibenarkan

berbicara di dalamnya, bagi sesiapa yang berbicara di

dalamnya maka janganlah berbicara kecuali perkara yang baik-baik.308

Hadis yang pertama menunjukkan ibadah tawaf adalah

menyamai ibadah solat maka bagi sesiapa yang ingin

mengerjakannya hendaklah dia berwuduk kerana ia termasuk dalam

ibadah yang baginya seseorang bertaqarrub (mendekatkan diri)

kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

Kami keluar (mengerjakan haji) bersama Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam. Tidaklah ada apa yang kami

fikirkan melainkan ibadah haji. Ketika kami tiba di Sarif

308 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Hajj, no: 883.

Page 205: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

205

aku kedatangan haid. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis.

Maka baginda bertanya: “Apakah yang menyebabkan kau menangis?” Aku menjawab: “Aku inginkan

sekiranya aku tidak berhaji tahun ini” Baginda bertanya:

“Apakah engkau sedang bernifas (berhaid)?” Aku menjawab: “Ya!” Baginda bersabda:

Fم( ی.*" ا�'(ج K�*3دم اY ء آ�#� ا���� 5�� 0�(تK; اgه . \�� أن % تM�#�)� K3�O ���� ت4O�ي

Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah

tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh itu

kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji selain tawaf di bait (Kaabah) sehinggalah engkau di dalam keadaan suci.309

Hadis kedua ini pula menunjukkan pula seseorang itu perlu

suci dari hadas besar sebelum mengerjakan ibadah tawaf

sebagaimana solat.

Menurut ‘Aisyah radhiallahu 'anha:

أ+�� أو�ل ;Kء ��أ �� �� d�م أ+�� ت���� i ��H(ف M�#�)� .

Bahawa ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sampai

ke Makkah, pertama kali yang baginda lakukan adalah berwuduk kemudian melakukan tawaf.

310

309 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Hajj,

No: 1211. 310 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Hajj, no: 1642.

Page 206: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

206

Hadis ini lalu digabungkan dengan sabda Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam agar mengambil tatacara perlaksanaan

ibadah haji daripada baginda menunjukkan wajibnya untuk

berwuduk sebelum melakukan tawaf.

Pendapat yang menyatakan wajibnya berwuduk ketika

hendak tawaf mengelilingi Ka’abah merupakan pegangan bagi

jumhur (majoriti) ulamak.

PENDAPAT KEDUA: Tidak wajib berwuduk ketika

hendak melakukan tawaf mengelilingi Ka’abah. Syaikh al-Islam

Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata di dalam kitab Majmu

Fatawa (jilid 26, ms. 298):

Sudah jelas menurutku bahawa bersuci dari hadas (kecil)

tidak disyaratkan pada waktu tawaf dan tidak diwajibkan

melainkan dianjurkan bersuci dari hadas kecil (iaitu

dengan berwuduk) kerana dalil-dalil syar’i menunjukkan

tidak diwajibkan padanya. Di dalam syari’at juga tidak

ada dalil yang mewajibkan untuk bersuci dari hadas kecil

pada waktu tawaf.311

Hujah kelompok ini adalah seperti berikut:

1) Tidak ada hadis yang shahih menunjukkan wajibnya

berwuduk ketika hendak tawaf. Mereka menyatakan hadis

Ibnu ‘Abbas itu sebenarnya berstatus mauquf yakni

hanyalah perkataan Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh. Di

antara ulamak yang berpandangan sedemikian rupa adalah

Imam al-Tirmidzi, al-Baihaqi, Ibnu Taymiyyah dan al-

Hafidz Ibnu Hajar.

311

Dinukil dari Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 218.

Page 207: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

207

2) Sekiranya hadis tersebut marfu’ atau shahih, tawaf dan

solat merupakan dua ibadah yang sama sekali berbeza dan

mempunyai struktur hukum yang tersendiri. Solat

sebagaimana yang disabdakan Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam adalah:

م.�(ح ا��P ة ا��4FOر وت'�ی�4( ا���L#�� وت'4���( . ا�������

Kunci solat adalah bersuci (wuduk) dan permulaan

pengharamannya (melakukan perbuatan-perbuatan

selain dari yang disyari’atkan dalam solat) adalah takbiratul ihram serta penghalalannya adalah salam.

312

Sedangkan tawaf tidak ada takbiratul ihram pada awalnya

dan tidak juga diakhiri dengan salam.

3) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya mewajibkan

wuduk ketika hendak solat sahaja.

�K#�05#�(س أن� ا� !��� ا���� 5��� وس��� U�ج 5 ا�Kء 3�ت j�ا . O�*(م g3آ�وا �� ا����ء م

Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menuju tempat pembuangan air atau beliau

makan dalam keadaan berhadas maka diingatkan kepada

baginda tentang berwuduk.

.أری� أن أ!�K8 3�ت����: 3$(ل

Jawab baginda: Sekiranya aku hendak bersolat maka aku

312 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 3.

Page 208: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

208

berwuduk.313

4) Manakala hadis ‘Aisyah radhiallahu 'anha hanya

menunjukkan wanita yang sedang haid tidak dibenarkan

untuk melakukan tawaf. Sebagaimana yang telah kita sedia

maklum bahawa telah sepakat Imam-Imam mazhab yang

empat bahawa dilarang untuk tawaf bagi mereka yang

sedang haid dan junub.

5) Berkaitan dengan hadis ‘Aisyah radhiallahu 'anha yang

berbunyi “…pertama kali yang baginda lakukan adalah

berwuduk kemudian melakukan tawaf.” Ianya merupakan

pendalilan yang tidak begitu tepat kerana ia tidak menyebut

secara pasti baginda berwuduk kerana tawaf. Mungkin

sahaja baginda berwuduk kerana ingin melakukan solat

sunat tawaf.314

313

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haidh, No: 374. 314

Dalil menujukkan disyari’atkan solat sunat Tawaf adalah sebuah

hadis daripada Ibnu ‘Umar r.a, dia berkata:

��H )*#س M�#�)� ف)O3 ��م رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��d: وd(ل. !��� U�� ا��$(م رآ*�� وi(ف �� ا��P.( وا���وة

E0�� رس�ل ا���� إس�ة K3 �L� آ(ن �$�. Rasulullah s.a.w. datang dan thawaf di ka’abah sebanyak

tujuh kali lalu solat dua rakaat di belakang makam Ibrahim

kemudian sa’i di antara Shafa dan Marwah. Lalu dia (Ibnu

‘Umar) berkata: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.(al-Ahzaab (33) :

21) – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab

al-Hajj, no: 1623.

Page 209: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

209

Berkenaan hukum berwuduk sebelum tawaf Syaikh Kamal

as-Sayyid Salim berkata:

Kami tidak menemukan dalil yang shahih yang

mengharuskan berwuduk bagi orang yang tawaf, jumlah

kaum Muslimin yang melaksanakan tawaf pada zaman

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak terhitung

jumlahnya sementara tidak ada keterangan yang

menyatakan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

memerintahkan salah seorang daripada mereka untuk

berwuduk ketika hendak melakukan tawaf, padahal

kemungkinan di antara mereka ada yang batal wuduknya

ketika melaksanakan tawaf, atau kebanyakan dari

mereka memulai tawaf tanpa wuduk khususnya pada saat

hari yang sangat penuh sesak seperti semasa thawaf qudum dan ifadhah. Dengan tidak adanya dalil yang

mewajibkan wuduk untuk orang yang tawaf dan tidak ada

ijmak ulamak mengenai hal itu padahal ianya diperlukan,

maka menunjukkan tidak wajibnya wuduk bagi orang yang

melakukan tawaf.315

KESIMPULAN

Bukanlah menjadi satu perkara yang tersembunyi bagi

sekalian penuntut ilmu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam sentiasa berusaha untuk menyucikan dirinya dari hadas

(yakni dengan berwuduk) sekiranya baginda ingin menyebut nama

Allah 'Azza wa Jalla.

315 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 217.

Page 210: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

210

Daripada Muhajir bin Qunfaz, sesungguhnya beliau

pernah datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

dan baginda sedang membuang air kecil, lalu dia memberi salam kepada baginda, akan tetapi baginda

tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwuduk.

Kemudian baginda meminta keuzuran (beralasan) dan kemudian bersabda:

�4i ��5 �%وج"� إ �w5 �أن أذآ� ا��� Mآ�ه K8+أو . إ 4i ��5(رة: d(ل

Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Nama Allah kecuali di dalam keadaan suci (tidak berhadas).316

Begitu juga tidak tersembunyi bagi sekalian penuntut ilmu

bahawa ibadah tawaf dihiasi dengan zikir-zikir, doa-doa dan juga

bacaan-bacaan ayat al-Qur’an.317

316

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 16. 317

Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

Disunatkan pula memperbanyakkan zikir dan doa dengan

memilih mana-mana yang dirasanya baik tanpa mengikat diri dengan sesuatu doa tertentu atau mengikuti apa yang diajarkan

oleh muthawwif (mereka yang menjadi petunjuk tawaf). Dalam

hal ini tidak ada bentuk zikir tertentu yang diwajibkan oleh

syarak. Mengenai pendapat sesetengah pihak tentang doa dan zikir tertentu yang diharuskan bagi putaran pertama, kemudian

kedua, ketiga dan seterusnya, maka ianya tidak berdasar dan

tidak dihafalkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

(tidak berdasarkan hadis-hadis baginda). Maka orang yang tawaf boleh berdoa apa sahaja yang dirasai baik, berupa

kepentingan dunia dan akhirat, buat diri dan kaum keluarganya. – Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 5, ms. 135.

Seterusnya di dalam kitab Fikih Sunnah, Syaikh Sayyid Sabiq membawa

beberapa zikir-zikir serta doa daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi

Page 211: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

211

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

���وة إ+��( ج*" ا��O�اف �(�#M� و�� ا��P.( وا .ورمK اZ��(ر dW(مE ذآ� ا����

Diadakan tawaf di Ka’abah, sa’i antara Shafa dan

Marwah dan melempar di jumrah-jumrah itu tiada lain hanyalah untuk membangkitkan zikir kepada Allah.318

Oleh itu sewajarnya bagi mereka yang ingin mengerjakan

ibadah tawaf untuk berwuduk sebelum mengerjakannya dalam

rangka untuk mencapai kesempurnaan dalam beribadah walaupun

mereka cenderung kepada pendapat yang tidak mewajibkannya.

Wallahu A’lam.

wasallam yang diamalkan secara umum tanpa batasan menurut putaran

yang tertentu. Sewajarnya peringatan Syaikh Sayyid Sabiq ini diberi

perhatian bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah haji mahupun

umrah. 318 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Manasik, no: 1612

Page 212: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

212

Page 213: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

213

BAGAIMANA MENYAPU KHUF MENURUT

SUNNAH NABI?

8�j�ا adalah sejenis sandal yang diperbuat dari kulit yang

menutupi dua mata kaki. Termasuk dalam istilah khuf adalah kasut

yang dipakai seharian baik yang diperbuat dari kulit, getah, kain

kanvas dan lain-lain. Penulis merasakan perlu untuk

membincangkan tentang hukum-hakam berkaitan dengan menyapu

khuf kerana ianya merupakan pengganti kepada membasuh kedua

kaki ketika berwuduk.

Mungkin ada yang berpendapat isu ini tidak perlu

diperbincangkan di Malaysia kerana umat Islam di sini tidak lagi

memakai khuf atau kasut ketika bersolat. Namun begitu bagi

penulis hukum-hakam menyapu khuf masih penting untuk

diperbincangkan kerana:

1) Memakai kasut dalam bersolat adalah sunnah Nabi shallallahu

'alaihi wasallam.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash, dia berkata:

Page 214: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

214

)�3)� K8�Pرس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی Mرأی .وم0�*

Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

bersolat dengan kaki telanjang (tidak memakai kasut) dan memakai kasut.319

Solat dengan memakai kasut masih dapat dilakukan ketika

bermusafir, ketika bersolat di dalam bilik hotel dan situasi lain

yang mungkin sesuai. Apatah lagi sekiranya kita berada di

tempat yang tidak disediakan tempat berwuduk dan kita perlu

berwuduk dari tempat basuh tangan, maka adalah lebih mudah

sekiranya kita hanya menyapu air di atas kasut dari kita

mengangkat kaki lalu meletakkannya di atas tempat membasuh

tangan tersebut sebagaimana yang lazim dilakukan.

2) Hukum-hakam berkaitan dengan menyapu khuf ini adalah sama

dengan menyapu kaos (al-Jaurab) kaki atau apa yang

dipakaikan di kaki yang bahannya diperbuat dari kain kapas

dan lain-lain yang sesuai. Di Malaysia ini kaos kaki lebih

dikenali sebagai stoking. Tentu sekali menyapu stoking sebagai

pengganti membasuh kaki adalah satu kemudahan yang perlu

diketahui oleh kita semua. Insya-Allah penulis akan

memperuntukkan satu bab khusus berkenaan menyapu stoking

kerana inilah yang lebih mungkin untuk kita semua amalkan

pada banyak situasi.

DALIL DISYARI’ATKAN MENYAPU KHUF

Menyapu khuf ini disyari’atkan berdasarkan dalil dari al-

Qur’an dan al-Sunnah dan telah sepakat (ijmak) seluruh ulamak

319 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Sholah, no: 557.

Page 215: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

215

akan keharusan menyapu khuf samada ketika bermusafir mahupun

bermukim sebagai pengganti membasuh kaki ketika berwuduk.

Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:

Orang-orang yang diakui keahliannya telah ijmak

dibolehkannya menyapu khuf –baik dalam perjalanan

mahupun ketika menetap, disebabkan sesuatu

kepentingan ataupun bukan- bahkan juga bagi perempuan

yang menetap, serta pada waktu seseorang tidak

berpergian.320

Dalil dari al-Qur’an adalah firman Allah Subhanahu wa

Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*� 4x-h☺#�

tDH*� �L_�D3�i>�� ���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*� ;��d#"?J>�� _ ...

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka

(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua

belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…

321

320 Penulis nukil daripada buku Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah,

(edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur,

1990), jilid 1, ms. 129. 321

Al-Maaidah (5) : 6

Page 216: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

216

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Kata �L�وأرج (kedua belah kaki kamu) dalam firman Allah

tersebut memiliki dua macam bacaan yang datang dari

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, di antaranya

dibaca �L�وأرج iaitu dengan fathah huruf ل sebagai athaf

atau mengikuti bacaan dari kata �Lوج�ه (wajah-wajah

kalian). Dengan demikian bererti “kedua kaki” harus

dibasuh, seperti halnya membasuh wajah.

Adapun bacaan kedua adalah dengan dibaca kasrah huruf

ل menjadi �L�وأرج sebagai athaf atau mengikuti bacaan

�Lرءوس (kepala kalian). Maka dengan bacaan seperti ini

bererti kaki dapat disapu.322

Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani:

Pada ayat di atas, kata �L�وأرج (kedua belah kaki kamu), bila

dibaca jar maksudnya kaki yang tertutup, sedangkan bila

dibaca �L�وأرج nashob maksudnya kaki yang terbuka.323

Dalil dari hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pula

begitu banyak dan bertaraf mutawatir. Menurut Muhyiddin

rahimahullah:

Sementara itu sejumlah ahli hadis telah menegaskan

bahawa perbuatan menyapu di atas khuf dinukil melalui

322

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 102-103. 323 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 93.

Page 217: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

217

jalur mutawatir. Sebahagian mereka mengumpulkan para

perawi hadis tersebut sehingga melebihi jumlah lapan

puluh orang, di antaranya sepuluh orang yang dijamin

masuk syurga.324

Di antara hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang

mensyari’atkan penyapuan khuf untuk berwuduk adalah:

رس�ل ا���� !���5 E#*; ا���� 5 أ��� ا��/��ة �5��� وس��� أ+�� U�ج �'(ج�� 3(ت�#*� ا��/��ة V�داوة 4�3( n�ج�� 3����� وم)� 3�غ م�� ���5 �rP3 م(ء

��.j�5�� ا.

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah bahawa Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat,

maka al-Mughirah mengikutinya sambil membawakan

bejana berisi air. Dia menuangkan kepada baginda

shallallahu 'alaihi wasallam setelah selesai buang hajat,

lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.

325

HUKUM-HUKUM BERKAITAN MENYAPU KHUF

Terdapat beberapa hukum-hakam yang berkaitan dengan

menyapu khuf iaitu:

1) Hendaklah memakai khuf ketika berada dalam keadaan suci

324 Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu

Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 230. 325 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 203.

Page 218: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

218

dari hadas.

5�وة � ا��/��ة 5 أ��� d(ل8 : "5K#�0ا� oم M0آ ���.U عw+J Mس.� 3�ه�ی K3 �ا���� 5��� وس�� ���!

."دK8+V3 )�45 أدi )�4��U(ه�ت� n��3 4��5�(: "3$(ل

Daripada Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah

bin Syu’bah), dia berkata: “Aku pernah bersama Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh

(safar). Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf

baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam

bersabda: “Biarkan keduanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”326

Maka hendaklah kita memakai khuf tersebut setelah kita bebas

dari hadas kecil mahupun besar yakni setelah menyempurnakan

wuduk ataupun mandi wajib. Menurut Imam al-Syafi’i

rahimahullah:

Apabila telah menyempurnakan wuduk, maka hendaklah

seseorang itu memasukkan kakinya ke dalam khuf. Bila

dia berhadas setelah itu, maka boleh baginya menyapu

kedua khufnya.327

2) Hendaklah khuf itu itu bersih dari sebarang najis

Khuf yang dipakai itu hendaklah suci dari najis ketika hendak

menyapu bahagian atasnya dengan air. Sekiranya khuf tersebut

bernajis maka ketika mengusapnya dengan air maka ia akan

mengotori bahagian lainnya sehingga tidak selayaknya ianya

326

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 206. 327

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 48.

Page 219: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

219

dianggap menyucikan. Dalilnya adalah sebagaimana yang

dikhabarkan oleh Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh:

��)'!�� K8�P0���( رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی ی�(ر- 3���( رأى ذ�@ ا�$�م 3��*4�( 5 ���*+ o�U إذ

. أ�$�ا +*(4��

Pada suatu hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

menjadi imam bagi kami, tetapi ketika sedang bersolat

baginda membuka sandalnya lalu meletakkanya di

sebelah kiri. Apabila para sahabat melihat kejadian itu,

mereka pun membuka sandal mereka.

."�L�� 5�� إ�$(ء +*(L��م( �: "d(ل

Setelah solat, baginda bersabda: “Mengapa kamu

membuka sandal kamu?”

."رأی0(ك أ�$d" :)0�)*+ )0�$��3 @��*+ M�(��ا

Mereka menjawab: “Kami melihat Tuan membuka

sandal Tuan, lalu kami pun membuka sandal kami.”

إن� ج#�ی" : "3$(ل رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس���!��� ا���� 5��� وس��� أت(+K+�#U�3 K أن� gd )�4�3را أو

إذا ج(ء أ��آ� إ�� ا��q0��3 �Z��: "وd(ل."d(ل أذى 8"P��را أو أذى 3����'� وgd ���*+ K3 ن رأىV3

)�4�3".

Baginda bersabda: “Tadi Jibril shallallahu 'alaihi

wasallam datang kepada ku lalu memberitahukan

kepadaku bahawa pada sandal tersebut ada kotoran lalu aku membuka keduanya. Baginda bersabda lagi: Jika

seseorang di antara kamu datang ke masjid hendaklah

Page 220: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

220

dia memeriksa kedua sandalnya. Jika dia melihat ada

kotoran padanya, hendaklah dia menggosokkannya (ke

tanah) terlebih dahulu, kemudian barulah dia gunakan sandalnya untuk solat.”328

Maka hukum yang sama juga perlu diperhatikan ketika hendak

menyapu khuf. Hendaklah terlebih dahulu dipastikan bahawa

ianya bebas dari sebarang najis.

3) Menyapu Khuf hanya diperbolehkan ketika hadas kecil sahaja.

Tidak boleh menyapu khuf di dalam keadaan hadas besar.

Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Shofwan bin

‘Assaal radhiallahu 'anh, dia berkata:

!.�ان � ��5(ل d(ل آ(ن رس�ل ا���� !��� ا���� 5w0+ % 5��� وس��� ی�م�+( إذا آ�0( س.�ا أن EH H )03).U ع

م \(ئx و��ل و+�مL�و E�)0ج .أی�(م و��(4��� إ%� م

Kami diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam apabila berada di dalam keadaan musafir agar

tidak melepaskan kedua khuf kami selama tiga hari tiga

malam kecuali ketika dalam keadaan janabah (perkara-

perkara) yang menyebabkan perlunya mandi wajib), tetapi tidak melepaskannya meskipun setelah habis buang air besar, air kecil ataupun tidur.329

Apabila telah berada di dalam keadaan hadas besar hendaklah

328

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Sholah, no: 555. 329

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 89 dan juga Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab

al-Thohaarah wa Sunanuha, no: 471.

Page 221: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

221

dibuka kedua khuf tersebut dan tidak boleh menyapu keduanya

lagi sehingga suci dari hadas besar tersebut dengan mandi

wajib (janabah). Setelah itu maka bolehlah memakai khuf

semula dan sekiranya ingin bersuci dari berhadas kecil (yakni

berwuduk) maka bolehlah menyapu khuf semula.

4) Menyapu khuf hendaklah mengikut kadar masa yang ditetapkan

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum menyapu khuf ini

dibenarkan bagi mereka yang bermukim dan bermusafir.330

Ini

adalah berdasarkan hadis dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu

'anh, dia berkata:

وس��� EH H أی�(م ج*" رس�ل ا���� !��� ا���� 5�����$��� E���3� وی�م( و)���� � .و��(4��

330

Penulis masih teringat ketika menghadiri satu Majlis Minum

petang sempena lawatan Yvonne Ridley ke Malaysia anjuran Pertubuhan

al-Khaadem pimpinan Ustaz Hussain Yee di sebuah hotel di Lembah

Kelang. Setelah selesai majlis itu maka para hadirin berpusu-pusu

mengerjakan solat Asar. Keadaan di bilik mandi agak kelam kabut kerana

terlalu ramai yang ingin berwuduk di tempat membasuh tangan. Ramai

yang bersusah payah meletakkan kaki di atas tempat basuh tangan tersebut

dan ini juga melambatkan lagi proses mengambil wuduk tersebut. Maka

seorang saudara kita berbangsa Afrika menganjurkan bagi mereka yang

memakai stoking dalam keadaan suci dari hadas kecil untuk menyapu

bahagian atas stoking tersebut sebagai gantian membasuh kedua kaki.

Maka dengan lantang seorang pemuda Melayu membantah dengan keras

dengan menyatakan: “Kami bermazhab Syafi’i dan dalam mazhab kami

menyapu khuf hanya dibenarkan ketika bermusafir sahaja.” Sekiranya

pemuda yang mengaku bermazhab Syafi’i itu berusaha sedikit untuk

membuka kitab al-Umm tentu beliau akan ketemui bahawa Imam al-

Syafi’i rahimahullah sebenarnya membenarkan penyapuan khuf bagi

mereka yang bermukim dan bermusafir. Insya-Allah penulis akan

perturunkan pendapat Imam al-Syafi’i tersebut.

Page 222: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

222

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan

batasan (yakni dalam mengusap khuf) bagi orang yang

bermusafir adalah tiga hari tiga malam, sedangkan bagi orang-orang yang bermukim selama sehari semalam.331

Imam al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam al-Umm telah

membawa sebuah riwayat dari ‘Abdurrahman bin Abi Bakrah,

dari ayahnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

أ+�� ر�U� ����(3� إذا ت���� و�#��H ���.U X أ��ث و��ءا أن ی�EH H n� أی�(م و��(4��� و���$�� ی�م(

E���و.

Bahawasanya baginda pernah memberi keringanan terhadap orang yang melakukan perjalanan apabila

berwuduk untuk menyapu kedua khuf selama tiga hari

tiga malam dan untuk orang yang mukim selama sehari semalam.

332

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Apabila dia bermukim, boleh baginya menyapu khuf

sampai kepada waktu di mana dia berhadas pada

keesokan harinya, dan itu adalah sehari semalam, tidak

lebih dari itu. Namun apabila dia bermusafir, maka dia

boleh menyapu kedua khufnya untuk tiga hari tiga

malam.333

331

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 276. 332

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 548. 333

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 51-52.

Page 223: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

223

Dari sini dapat kita fahami bahawa sekiranya seseorang yang

bermukim itu memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk

solat subuh pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika

ingin mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka

pada 1.15 petang hari Rabu batas waktu untuk menyapu

khufnya telah tamat. Sekiranya dia ingin mengambil wuduk

untuk solat Zuhur pada jam 1.20 petang hari Rabu maka dia

perlu membuka khufnya dan membasuh kedua kakinya.

Bagi mereka yang bermusafir pula sekiranya seseorang itu

memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk solat subuh

pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika ingin

mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka dia

boleh manyapu khufnya selagi dia suci dari hadas besar

sehingga 1.15 petang pada hari Jumaat. Sekiranya dia ingin

mengambil wuduk untuk solat Jumaat pada jam 1.20 petang

maka dia perlu membuka khufnya dan membasuh kedua

kakinya.

Mungkin timbul persoalan bagaimana sekiranya seseorang itu

bermusafir lalu musafirnya selesai sebelum tamat tempoh tiga

hari dan kini dia dianggap sebagai bermukim, bagaimana

dengan tempoh penyapuan khufnya?

Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim berkata:

Apabila seseorang musafir mengusap khufnya, dan dia

baru satu hari atau lebih dalam perjalanan (lalu tamat

musafirnya), maka dia harus melepaskan khufnya dan

mencuci kedua kakinya ketika berwuduk. Kemudian apa

yang berlaku baginya adalah hukum (memakai khuf) bagi

orang mukim.334

334 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 229

Page 224: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

224

5) Hendaklah menyapu di bahagian atas khuf

Bahagian khuf yang disyari’atkan untuk disapu adalah di

bahagian atasnya.

E#*; أ��� ا��/��ة �5 ...��.j�5�� ا n�وم.

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah… lalu baginda

shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.335

Dari ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

ی �(���أي L�(ن أس." ا8�j� أو�� �(��n� �� آ(ن ا��8أ5 - وd� رأیM رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� م

���.U �5�� _(ه n��ی.

Kalau seandainya agama itu berdasarkan akal, tentulah

bahagian bawah khuf lebih sepatutnya disapu daripada

bahagian atasnya. Sungguh saya telah lihat Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam menyapu pada bahagian atas dari khufnya.

336

Penyapuan di atas khuf disunatkan untuk dilakukan serentak

keduanya iaitu tangan kanan menyapu khuf di sebelah kanan

dan tangan kiri menyapu khuf di sebelah kiri secara bersama.

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Sebab cara seperti inilah yang ditunjukkan oleh sunnah

335 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 203. 336 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 206.

Page 225: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

225

sesuai dengan hadis Mughirah bin Syu’bah radhiallahu 'anh di atas, yang di dalamnya disebutkan:

...)�4��5 n��3

… maka baginda mengusap kedua kakinya (yang sedang memakai khuf).

337

Dan tidak dikatakan: “Baginda memulai dengan yang

kanan” misalnya. Tetapi Mughirah mengatakan “… maka

baginda mengusap kedua kakinya”. Maka dari zahir hadis

ini menyebut seperti ini.338

Tetapi Syaikh ‘Abdullah al-Bassam memiliki pandangan yang

berbeza dengan Syaikh al-‘Utsaimin dalam hal ini. Menurut

Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Pendapat yang kuat adalah mendahulukan yang kanan

(ketika menyapu khuf)…kerana menyapu khuf adalah

gantian hukum dari membasuh kedua kaki, sementara

dalam membasuh disunnahkan mendahulu yang kanan. Di

samping itu kerana hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha

secara eksplisit menerangkan tentang kesukaan

Rasulullah mendahulukan bahagian kanan ketika bersuci.

Perlu diingat bahawa mengusap kedua khuf termasuk

dalam bersuci. Untuk itu disunnahkan mengusap khuf

kanan dengan tangan kanan dan mengusap khuf bahagian

kiri dengan tangan kiri sambil merenggangkan jari-jari

337

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 203. 338

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 118.

Page 226: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

226

tangan. Meskipun begitu bagaimanapun (samada menyapu

serentak kedua khuf ataupun mendahulukan khuf

sebelah kanan) cara mengusap maka itu sudah dianggap

mencukupi. Para ulamak sepakat bahawa menyapu khuf

cukup dilakukan sekali, tidak disunnahkan berulang-

kali.339

6) Membuka khuf menamatkan batas waktu penyapuan

Membuka khuf menyebabkan batas waktu penyapuannya tamat

serta merta. Sekiranya dia berhadas kecil setelah membuka

khufnya dan ingin berwuduk maka dia perlu untuk membasuh

kedua kakinya.

آM0 مo ا�d ���" : 8K#�0(ل5 5�وة � ا��/��ة 5 أ ���.U عw+J Mس.� 3�ه�ی K3 �ا���� 5��� وس�� ���!

."دK8+V3 )�45 أدi )�4��U(ه�ت� n��3 4��5�(: "3$(ل

Dari Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah bin

Syu’bah), dia berkata: “Aku pernah bersama Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh (safar). Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf

baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam

bersabda: “Biarkan ke duanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”

340

Keengganan baginda shallallahu 'alaihi wasallam untuk

membuka khufnya menunjukkan baginda tidak mahu

kehilangan kemudahan (rukhshah) menyapu di atas keduanya

339 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 279. 340 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 206.

Page 227: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

227

ketika berwuduk.

Bagaimana pula bagi seseorang yang mengusap khuf, kemudian

dia membukanya dalam keadaan belum berhadas? Apakah

status wuduknya dan apakah batasan jumlah menyapu khufnya

(iaitu 3 hari bagi musafir dan 1 hari bagi yang bermukim) telah

tamat? Maka para ulama berbeza pendapat kepada empat

golongan.341

PENDAPAT PERTAMA : Hendaklah dia mengulangi wuduk.

Mereka melihat menyapu khuf merupakan pengganti bagi

membasuh kaki ketika berwuduk, jika telah terbuka khuf yang

diusapnya, maka batallah kesucian pada kedua kakinya dan

batal pula seluruhnya (wuduk). Ini merupakan pendapat al-

Nakha’i, al-Auza’i, Ahmad, Ishaq dan Imam al-Syafi’i dalam

pendapat lamanya (Qaul Qadiim).

PENDAPAT KEDUA : Memadai baginya untuk mencuci

kakinya sahaja setelah membuka khuf tersebut. Ini adalah

pendapat al-Thawri, Abu Hanifah dan sahabatnya, Abu Tsaur

dan Imam al-Shafi’i melalui pendapat barunya (Qaul Jadiid).

PENDAPAT KETIGA : Hendaklah dia segera mencuci

kakinya dan jika dia melewatkannya maka dia perlu

mengulangi wuduknya, Ini adalah pendapat Malik dan al-Laits.

PENDAPAT KEEMPAT : Dia tidak perlu berwuduk semula

dan tidak juga perlu membasuh kaki. Ini adalah satu riwayat

daripada al-Nakha’i, dan dipegang oleh al-Hassan al-Bashri,

Atha’, Ibnu Hazam dan dipilih oleh al-Nawawi, ibnu Mundzir

dan Ibnu Taymiyyah. Inilah pendapat yang benar kerana –

sepatu yang ada padanya- dalam keadaan bersih – benar-benar

341

Sila rujuk perbahasan Syaikh Abu Malik Kamal bin As-Sayyid

Salim dalam kitabnya Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 233

Page 228: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

228

bersih- berdasarkan sunnah yang sabit dan tidak batal jika

melepaskan sepatunya kecuali ada keterangan yang jelas dari

al-sunnah atau ijmak.

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Apabila seseorang membuka khufnya dalam keadaan

masih memiliki wuduk (suci dari hadas kecil) dan telah

menyapunya, maka wuduknya tidak batal. Apabila

seseorang menyapu khufnya maka telah sempurnalah

perbuatan bersucinya menurut dalil syarak, dan apabila

dia membuka khufnya maka kesucian yang telah

ditetapkan oleh dalil syarak tidak mungkin dibatalkan

kecuali berdasarkan dalil syarak pula, dan tidak ada dalil

yang menyebutkan bahawa apabila sesuatu diusap baik

khuf atau jaurab akan membatalkan wuduk. Maka dengan

demikian, wuduknya masih ada.342

Maka jelaslah bagi kita semua bahawa membuka khuf dalam

keadaan suci dari hadas tidak membatalkan wuduk. Hanya

sahaja batasan hari yang sah untuk menyapu khuf bermula pada

ketika dia memakai semula khufnya yang dibuka tadi.

7) Menyapu khuf yang koyak

Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu khuf

yang terkoyak serta berlubang.

1) Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah

melarang menyapu khuf yang telah terkoyak meskipun

lubang tersebut kecil sahaja.

342

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 118.

Page 229: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

229

2) Imam Abu Hanifah rahimahullah pula membenarkan

penyapuan khuf yang koyak dilakukan sekiranya lubangnya

kecil yakni tidak sampai ukuran tiga jari.

3) Manakala Imam Malik rahimahullah membenarkan khuf

yang terkoyak itu disapu selagimana koyakkan tersebut

tidak terlalu besar. Nilai ukuran kebesaran koyakan

tersebut bergantung kepada kebiasaan yang berlaku.

4) Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah juga

memiliki pandangan yang seakan sama dengan Imam

Malik. Bagi beliau diperbolehkan menyapu di atas khuf

yang koyak serta berlubang selagimana masyarakat masih

memandang ianya sebagai khuf. Pendapat ini juga adalah

selari dengan pegangan al-Thawri, Ishaq, Ibnu al-Mundziri

dan al-Auza’i.

Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah:

Ini adalah pendapat yang paling sahih. Pendapat ini

sesuai dengan qiyas dalam kaedah Usul Fekah dan teks-

teks Imam Ahmad yang memaafkan terbukanya sedikit

aurat, sedikit najis dan lain-lain, kerana sunnah

membolehkan menyapu khuf secara mutlak. Banyak hadis

dalam kitab sahih yang menjelaskan bahawa Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam menyapu kedua khufnya,

begitu juga para sahabat, berdasarkan apa yang mereka

ketahui dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sehingga

berpendapat tentang bolehnya menyapu khuf. Seperti

yang dimaklumi, biasanya khuf mereka tidak ada yang

tidak berlubang atau terkoyak. Kebanyakan mereka

adalah orang-orang miskin yang tidak mempunyai

Page 230: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

230

kesempatan membeli khuf yang baru.343

Demikianlah perbincangan tentang menyapu khuf

sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi shallallahu

'alaihi wasallam. Semoga kita mengambil kemudahan yang Allah

Subhanahu wa Ta'ala sediakan untuk kita kerana Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

إن� ا���� ی'Fr أن تlت� رPU� آ�( یL�- أن تlت� ���P*م.

Bahawa Allah menyukai jika dilaksanakan sesuatu yang

telah diizinkan-Nya (diberi keringanan) sebagaimana Allah membenci (terhadap seseorang) yang melakukan perlanggaran maksiat (perkara yang dilarang-Nya).344

343 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 286. 344 Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, hadis no. 5600.

Page 231: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

231

BOLEHKAH MENYAPU JAURAB (STOKING)?

Sebagaimana yang telah penulis bahas sebelum ini telah

sepakat di kalangan ulamak Ahlus Sunnah wal Jamaah tentang

pensyari’atan menyapu khuf atau kasut sebagai pengganti

membasuh kaki ketika berwuduk. Namun begitu mungkin ramai

yang belum terdedah dengan hukum-hakam disebalik menyapu

jaurab. Apakah itu jaurab?

adalah sesuatu yang dipakai oleh seseorang pada اZ��رب

kedua kakinya baik yang diperbuat dari bahan kapas, wol, bahan

sintetik, polyster dan lain-lain lagi. Jaurab yang lazimnya dipakai

di Malaysia adalah stoking.

Ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu jaurab

dan ianya terbahagi kepada tiga pendapat.

PENDAPAT PERTAMA: Boleh menyapu jaurab

sebagaimana menyapu khuf secara mutlak. Menurut Dr. Yusuf al-

Qaradhawi:

Ibnu Mundzir berkata kebolehan mengusap jaurab ini

diriwayatkan daripada sembilan sahabat Rasulullah; ‘Ali,

‘‘Ammar, Ibnu Mas’ud, Anas, Ibnu ‘Umar, al-Bara’, Bilal,

Ibnu Abi Awfa dan Sahl bin Sa’ad. Abu Dawud

menambahkan; ‘Amar bin Huraits. Dia berkata;

diriwayatkan dari ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas. Inilah juga

pendapat Atha’, al-Hassan, Said bin al-Musayyab, al-

Page 232: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

232

Thawri, Ibnul Mubarak, Ishaq, Ya’qub dan Muhammad.345

Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim pula berkata:

Ini juga merupakan pendapat Ibnu Hazm, Ibnu

Taymiyyah dan dipilih oleh Ibnu ‘Utsaimin serta al-

Syinqithi dan inilah pendapat yang kuat.346

PENDAPAT KEDUA: Boleh menyapu jaurab tetapi ianya

harus tebal dan menutupi anggota wuduk. Ini merupakan pendapat

al-Hassan, Ibnul Musayyib, Ahmad dan para fuqaha mazhab

Hanafi, Syafi’i dan Hanbali.

PENDAPAT KETIGA: Tidak boleh menyapu jaurab

secara mutlak. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam

Malik dan Imam al-Syafi’i rahimahumullah. Menurut mereka

jaurab adalah berbeza dengan khuf maka tidak boleh menyamakan

hukum menyapu jaurab dengan khuf. Bagi mereka tidak ada hadis

yang mengkhabarkan tentang menyapu jaurab.

Bagi ulamak yang membolehkan menyapu jaurab mereka

berdalilkan kepada sebuah hadis dari al-Mughirah bin Syu’bah

radhiallahu 'anh:

��5 n�ا���� 5��� وس��� وم ���! FK#�0ت���� ا� .اZ��ر�� وا��0*��

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

berwuduk dan menyapu kedua jaurabnya dan

345

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 273. 346 Abu Malik Kamal ibnu Sayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah , jilid

1, ms. 234-235.

Page 233: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

233

sandalnya.347

Mereka juga berpendapat bahawa jaurab dan khuf adalah

sama kerana kedua-duanya ada sesuatu yang dipakai serta menutupi

kaki. Dari al-Azraq bin Qais, dia berkata:

“Aku pernah melihat Anas bin Malik (radhiallahu 'anh)

berhadas maka dia membasuh mukanya, dua tangan

(yakni berwuduk) dan menyapu dua jaurab kakinya yang

diperbuat dari kain benang bulu. Aku bertanya: Engkau

mengusapnya?” Dia (Anas) menjawab: “Keduanya adalah khuf, hanya sahaja diperbuat dari wol.”

348

Setelah membawa pendapat ulamak berkaitan menyapu

jaurab, Dr. Yusuf Qaradhawi lebih cenderung kepada pendapat

yang membolehkan menyapu jaurab secara mutlak. Beliau berkata:

Pada pandangan saya pendapat yang paling kuat adalah

memberi kelapangan dan kemudahan dalam masalah ini.

Sebab tujuan disyari’atkan menyapu kedua khuf dan

kedua jaurab adalah memberi keringanan, kemudahan

dan kelapangan kepada manusia…

Walaupun kebanyakan jaurab pada masa kini nipis, namun

ianya kuat dan bukan menjadi suatu kemestian bahawa

jaurab itu boleh dipakai untuk berjalan di atas tanah.

Sebab umumnya manusia tidak berjalan hanya dengan

347

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 92. 348

Riwayat ini dinukil dari buku Shahih Fiqih Sunnah karya Syaikh

Abu Malik Kamal ibnu Sayyid Salim, jilid 1, ms. 235. Menurut beliau

hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir, Riwayat al-Dulabi dalam

al-Kuni (1/181).

Page 234: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

234

menggunakan jaurab. Sebab mereka sentiasa

memakainya bersama kasut.

Cukuplah bagi kita dalil bahawa sekian banyak sahabat

Rasulullah –sebahagian menghitung jumlah mereka

sehingga mencapai lapan belas orang- memfatwakan

kebolehan menyapu jaurab. Satu hal yang tidak boleh

disangkal bahawa bahan dan bentuk jaurab senantiasa

berkembang sesuai dengan perkembangan zaman.

Walaupun dengan perbezaan ini janganlah sampai ianya

menghapuskan keringanan yang Rasulullah berikan

kepada kita.349

Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah pula menambah:

Seperti halnya jaurab, boleh juga menyapu segala apa

yang menutupi kedua kaki, seperti pembalut dan lain-lain,

yakni apa jua yang dibalutkan kepada kaki kerana

kedinginan atau takut melecet atau kerana luka dan

sebagainya.350

Bagaimana pula bagi seseorang yang telah berwuduk

dengan menyapu jaurab (stoking), lalu cuaca menjadi dingin

sehingga memerlukannya untuk memakai satu lagi stoking di atas

stoking yang awal tadi lalu dia berhadas dan ingin berwuduk

semula, stoking mana yang perlu di sapu? Jawapan yang akan

diberikan adalah dengan memberi beberapa situasi memakai dua

pasang stoking secara umum agar perbahasannya lebih

349

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 273. 350 Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh

Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1, ms. 131.

Page 235: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

235

menyeluruh:351

SITUASI 1: Sekiranya dia berwuduk lalu memakai dua

pasang stoking, maka apabila dia berhadas dan hendak berwuduk

semula, dibenarkan baginya untuk mengusap stoking yang paling

atas dari kedua stoking yang dipakai tersebut. Ini merupakan

pendapat mazhab Hanafi, yang kuat menurut mazhab Maliki,

Hanbali dan Syafi’i dan pendapat lamanya (qaul qadiim).

SITUASI 2: Setelah dia berwuduk lalu dia memakai dua

pasang stoking dan di ketika yang lain setelah dia berhadas dia

telah mengusap stoking pada bahagian atas sekali. Setelah itu dia

membuka stoking pada bahagian atas dan memakai hanya sepasang

sahaja, maka diperbolehkan baginya sekira berhadas untuk

menyapu stoking yang berada di bahagian bawah tadi.

SITUASI 3: Sekiranya telah berwuduk dan memakai

sepasang stoking, tidak berapa lama setelah itu dia memakai

sepasang lagi stoking di atas yang pertama tadi sebelum berhadas,

maka dia dibenarkan mengusap stoking yang mana sahaja yang

mudah baginya.

SITUASI 4: Jika dia telah berwuduk dan memakai stoking

lalu mengusapnya,. Setelah itu dia memakai sepasang lagi stoking

sedangkan pada masa itu dia masih suci dari hadas. Maka sah

baginya mengusap stoking yang berada di atas kerana dia memakai

stoking ke dua dalam keadaan kakinya suci.

SITUASI 5: Namun apabila dia telah berhadas kemudian

dia memakai stoking keduanya maka dia tidak boleh mengusap

stoking yang berada di atas, melainkan dia perlu membuka stoking

ke dua lalu mengusap stoking yang pertama dia pakai. Setelah itu

351 Penulis ringkaskan dari kitab Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms.

236

Page 236: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

236

dia pakai semula stoking kedua dan jika dia berhadas semula maka

kini boleh baginya untuk menyapu stoking pada bahagian atas.

KESIMPULAN

Oleh itu sekiranya seseorang itu memakai stoking dalam

keadaan suci dari hadas besar mahupun kecil maka sekiranya dia

ingin berwuduk semula pada ketika yang lain, maka diperbolehkan

baginya untuk menyapu di atas stoking tersebut sebagai gantian

kepada membasuh kedua kaki. Hukumnya adalah sama

sebagaimana menyapu khuf. Inilah kemudahan yang Allah 'Azza wa

Jalla kurniakan kepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah

Subhanahu wa Ta'ala berkaitan dengan berwuduk:

�� ��Z�� ���� $�M#h��e�> +�dJbD3c hF�G�

���Z⌧ F�?">�� ��Z�� a+�\�Z*�Q"m�e�>

I+���e�>�� n �M☺#�. a+�?JbD3c a+�d�3M#">

����Z�?h�D� 7�;

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu

kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak

membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak

menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

352

352

Al-Maaidah (5) : 6

Page 237: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

237

BOLEHKAH MENYAPU PENUTUP KEPALA?

Terdapat beberapa penutup kepala yang lazimnya dipakai

oleh umat Islam di Malaysia. Di dalam risalah ini penulis akan

membincangkan tiga jenis penutup kepala iaitu:-

1) Serban (Eم)�*�ا atau )ر)�j�ا

2) Kain tudung wanita

3) Kopiah atau Ketayap

Apakah boleh menyapu ketiga-tiga jenis penutup kepala di

atas sebagai pengganti menyapu kepala ketika berwuduk? Insya-

Allah penulis akan membincangkannya satu-persatu.

HUKUM MENYAPU SERBAN

Ulamak berbeza pendapat tentang menyapu serban. Ada

yang membenarkannya dan ada yang melarangnya. Namun

pendapat yang lebih tepat adalah diperbolehkan menyapu serban

sebagai menggantikan menyapu kepala ketika berwuduk. Menurut

Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Page 238: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

238

Di antara mereka yang menyatakan boleh (iaitu menyapu

serban) adalah Abu Bakar, ‘Umar bin al-Khaththab, Anas

dan Abu Umamah. Sebagaimana pandangan ini juga

diriwayatkan dari Sa’ad bin Malik (Ibnu Abi Waqqash)

dan Abu al-Darda’. Pendapat ini juga merupakan

pendapat ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, al-Hassan, Makhul,

Qatadah Ibnul Mundzir dan yang lainnya. Pendapat ini

juga merupakan pendapat fuqaha’ dari pelbagai wilayah

yang antaranya al-Awza’i (dalam sebuah riwayat darinya),

juga Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur, Dawud, al-Thabarani dan

Ibnu Khuzaimah.353

Dalil yang dijadikan hujah bagi mereka adalah hadis

daripada ‘Amr bin Umayyah al-Dhamiri, dia berkata:

رأیM ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ی�n� 5�� 5�(م�� ���.Uو.

Aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sedang mengusap khuf dan serbannya.

354

Daripada Bilal, dia berkata:

أن� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� و��.j�5�� ا n�س��� م .واj��(ر

Bahawa Rasulullah mengusap khuf dan khimarnya.355

353

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 279. 354 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 205. 355 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 275.

Page 239: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

239

Namun begitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam

al-Syafi’i rahimahumullah berpendapat tidak memadai sekadar

menyapu serban sahaja tetapi hendaklah disapu juga bahagian

depan (ubun-ubun) kepala. Malah bagi mereka menyapu ubun-ubun

itu wajib sedangkan menyapu serban hanya sekadar tambahan

(sunat). Mereka berpegang kepada hadis mengusap sebahagian

kepala ketika berwuduk yang datang daripada Mughirah bin

Syu’bah:

���!)0� n��3 ����ا���� 5��� وس��� ت ���! �K#�0أن� ا���.j�و5�� ا Eو5�� ا�*�(م.

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu ubun-ubunnya dan juga di atas serbannya serta di atas khuf.356

Menerusi hadis di atas ada ulamak yang berpendapat

bahawa disunatkan menyapu bahagian kepala yang tidak tertutup

dengan serban dan setelah itu bolehlah disapu ke atas seluruh atau

sebahagian besar serban. Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah

berkata:

Seseorang boleh manyapu semua atau sebahagian besar

daripadanya (yakni serban) dan disunatkan pula menyapu

bahagian kepala yang kelihatan seperti ubun-ubun dan

bahgian tepi kepala dan telinga.357

356 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Thohaarah, no: 274. 357 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 125. Ini juga merupakan pendapat Syaikh Ben Bazz

rahimahullah ketika mengomentar kitab Fathul Baari seperti yang telah

Page 240: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

240

Ternyata kesemua pendapat di atas didirikan berdasar

hujah yang sahih. Maka bolehlah diamalkan mana-mana pendapat

yang dianggap lebih tepat dan sesuai dengan suasana di Malaysia.

Sedangkan pendapat ulamak yang melarang menyapu serban adalah

pendapat yang lemah tanpa dalil yang sabit daripada Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam.

MENYAPU KAIN TUDUNG KEPALA WANITA

Para ulamak juga berbeza pendapat tentang hukum

menyapu tudung kepala bagi para wanita. Namun begitu haruslah

kita fahami bahawa keizinan Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk

menyapu khuf, stoking dan serban adalah bertujuan untuk memberi

rukhshah (kemudahan) demi menghindari kesulitan. Ternyata

sebagaimana sulitnya bagi pihak lelaki untuk membuka serbannya,

ia juga menyulitkan bagi pihak wanita untuk menanggalkan tudung

kepala setiap kali hendak berwuduk. Maka para ulamak

mengqiyaskan hukum menyapu kain tudung kepala ketika

berwuduk sama seperti menyapu serban. Menurut Syaikh ‘Abdullah

al-Bassam:

Kes yang sama dengan khuf adalah serban dan kain

tudung kepala wanita menurut ulamak yang

memperbolehkan menyapu kedua jenis (penutup kepala)

tersebut. Pendapat yang kuat adalah membolehkannya.358

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Adapun untuk para wanita, mereka dibolehkan mengusap

dikemukakan ketika membicara tentang tatacara Nabi menyapu kepalanya

dalam berwuduk. 358 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 283.

Page 241: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

241

kain tudung kepala mereka menurut pendapat yang

masyhur dari mazhab Imam Ahmad apabila kain

tudungnya itu menutupi hingga ke bahagian bawah

lehernya, kerana yang demikian itu telah dilakukan oleh

sebahagian sahabat perempuan radhiallahu 'anhum.359

Sebagaimana disunatkan mengusap di bahagian depan

kepala (ubun-ubun) ketika menyapu serban, maka ada juga ulamak

yang menganjurkan untuk menyapu sedikit dari rambut sebelum

menyapu tudung kepala. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah

rahimahullah berkata:

Jika seorang wanita mengkhuatirkan hawa dingin dan

keadaan lain yang serupa, dia boleh menyapu kain tutup

kepalanya. Sesungguhnya Ummu Salamah radhiallahu 'anha pernah mengusap kain tudung kepalanya.

Sebaiknya, selain mengusap kain tudung kepalanya, dia

juga menyapu sedikit rambutnya. Tetapi jika dia tidak

terdesak untuk melakukannya (untuk menyapu kain

tudung kepala), maka tentang persoalan ini terdapat

perbezaan pendapat di kalangan para ulamak.360

Antara manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

dalam membuat pilihan ketika memberi pandangan adalah

sebagaimana yang dikhabarkan oleh Umm al-Mukminun ‘Aishah

radhiallahu 'anha:

359

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 125. 360

Ibnu Taymiyyah, Majmu al-Fatawa, jilid 21, ms. 218. Penulis

nukil daripada kitab Shahih Fiqih Sunnah karya Syaikh Abu Malik Kamal

Ibnu Sayyid Salim, jilid 1, ms 239.

Page 242: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

242

م( 8�U� ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� �� أم�ی إ��( �H�ر أی��ه�( م( �� ی)�Uا

Tidaklah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa.361

Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala

anugerahkan akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang

datangnya daripada Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para

sahabat Nabi radhiallahu 'anhum mengandungi unsur-unsur dosa.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya menginginkan

kemudahan kepada hamba-hamba-Nya dan tidak mahu memberati

kita semua. Ini sebagaimana Firman-Nya:

��Z�� ���� �+�d*A �Z45�eJ>�� $%�� ��Z��

�+�d*A �YhT�#J>�� . …(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah

menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…362

MENYAPU KOPIAH ATAU KETAYAP

Hendaklah kita fahami bahawa hukum asal yang wajib

dalam berwuduk adalah menyapu kepala. Namun begitu syarak

membenarkan ianya diganti dengan menyapu serban mahupun kain

tudung kepala wanita kerana terdapat unsur kesukaran jika

membukanya. Oleh itu apa jua yang dipakai di atas kepala dan

menyukarkan pemakai untuk membukanya maka diperbolehkan

361

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Hudud, hadis no. 6786. 362

al-Baqarah (2) : 185

Page 243: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

243

untuk menyapunya. Atas dasar ini ada di kalangan para ulamak

yang membenarkan penyapuan dilakukan pada topi yang dipakai di

musim dingin. Namun begitu dalam konteks memakai kopiah atau

ketayap kesukaran tersebut tidak wujud. Maka jumhur ulamak tidak

membenarkan menyapu kopiah, ketayap, songkok, tarbus (topi ala

Mesir) dan lain-lain penutup kepala yang tidak menyulitkan untuk

memakai serta membukanya. Menurut Syaikh al-‘Utsamin

rahimahullah:

Ada pun Simagh (penutup kepala yang biasa dipakai orang

Arab) atau peci (kopiah, ketayap atau songkok) sama

sekali tidak termasuk dalam kriteria serban yang

dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam…

Yang jelas apabila tarbus itu tidak sulit untuk

melepasnya, maka tidak boleh menyapu di atasnya.

Kerana ia sama dengan peci atau kopiah dari beberapa

segi. Hukum asal, adalah wajib menyapu kepala sehingga

jelas bagi seseorang bahawa sesuatu yang dikenakannya

itu boleh disapu di atasnya.363

Namun begitu terdapat juga ulamak yang membenarkannya

seperti Ibnu Hazm dan Ibnu Taymiyyah rahimahumallah dengan

mengqiyaskannya kepada al-‘Imaamah atau serban. Mereka

berpendapat bahawa dalam menyapu kepala ketika berwuduk

adalah tidak wajib untuk air tersebut menyentuh kulit kepala. Yang

terkena hanyalah rambut dan bukan kepala. Rambut posisinya sama

dengan penghalang kepada kepala. Oleh itu apa sahaja yang dipakai

di atas kepala maka dibenarkan untuk menyapunya walaupun tidak

wujud kesukaran untuk melepas dan membukanya.

363

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

Berwuduk, ms. 125-126.

Page 244: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

244

Apa yang lebih patut kita ikuti adalah hukum asal dalam

berwuduk yakni diwajibkan menyapu kepala sekiranya tidak ada

kesukaran yang dihadapi dalam perlaksanaannya. Wallahu A’lam.

Page 245: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

245

BOLEHKAH MENYAPU BALUTAN KETIKA

BERWUDUK?

Apa yang dimaksudkan dengan al-Jabirah adalah sesuatu

yang dijadikan pengikat pada anggota badan yang patah atau

tergeliat mahupun balutan kepada anggota yang luka, melecur dan

lain-lain bentuk kecederaan dan balutan tersebut diperbuat dari

kain, bahan plastik, simen, kayu dan selainnya.

Ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu air di

atas balutan yang menyeliputi anggota wuduk yang perlu dibasuh.

PENDAPAT PERTAMA: Mereka mewajibkan menyapu

di atas balutan tersebut sebagai ganti kepada membasuhnya.

PENDAPAT KEDUA: Golongan ini pula berpendapat

tidak perlu disapu kerana telah gugur hukum wajib membasuh ke

atasnya dalam rangka memberi kemudahan (rukhshah).

PENDAPAT MEREKA YANG MENSYARI’ATKAN

MENYAPU DI ATAS BALUTAN

Terdapat beberapa hadis dha’if yang dijadikan hujah bagi

mereka yang mewajibkan menyapu di atas balutan ketika

Page 246: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

246

berwuduk. Walaupun hadis dha’if tidak boleh dijadikan hujah bagi

menetapkan sesuatu hukum, namun ianya mempunyai jalan

periwayatan yang banyak sehinggakan ianya saling menguatkan di

antara satu sama lain. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah:

Disyari’atkan menyapu balutan atau benda lainnya yang

digunakan untuk mengikat anggota yang sakit

berdasarkan hadis yang diterima berkenaan hal

tersebut. Walaupun hadis-hadis itu dha’if, tetapi ia

mempunyai berbagai sumber yang saling menguatkan

antara satu sama lain dan menyebabkannya boleh

diterima sebagai dalil.364

Di antara hadis-hadis tersebut adalah:

Daripada Jabir radhiallahu 'anh tentang seorang lelaki

yang terluka kepalanya kemudian dia mandi (janabah) lalu meninggal dunia. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam:

�@; rP*أو ی �P*أن ی����� وی ��.Lإ+��( آ(ن یم�س� 5�� ج��� ��H Ed�U ی�n� 4��5( وی/�" س(ئ�

.ج��-

Sesungguhnya dia cukup bertayamum dan mengikat

lukanya dengan sepotong kain kemudian menyapunya dan membasuh sisa badannya yang lain.365

364

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 174. 365

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 284. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani di dalam

Bulughul Maram, no: 115 sanadnya dha’if dan juga didha’ifkan oleh

Syaikh al-Albani di dalam Dha’if Abu Dawud, no: 236.

Page 247: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

247

Daripada Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

ا+L��ت إ��ى ز+�ي� M���3 ا�8K#�0 !��� ا���� 5��� . وس��� 3�م�+K أن أمn� 5�� اZ�#(ئ�

Salah satu bahagian bawah tulang lenganku retak lalu

aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam kemudian baginda memerintahku untuk menyapu pembalutnya sahaja.366

Sebuah athar mauquf367

daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu

'anh:

Barangsiapa yang mempunyai luka yang sudah dibalut dengan kain, maka dia berwuduk dan menyapu balutan

tadi dan membasuh daerah sekitar balutan-balutan tersebut

368

366

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah wa Sunanuha, no: 649. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-

‘Asqalani di dalam Bulughul Maram, no: 114 sanadnya dha’if dan juga

didha’ifkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Tamamul Minnah, jilid 1, ms.

155-156. secara bahasa ertinya yang diberhentikan. Namun begitu مd��ف 367

menurut istilah ianya bermaksud perkataan atau perbuatan atau taqrir

(persetujuan) yang disandarkan kepada seorang sahabat Nabi shallallahu

'alaihi wasallam. Riwayat mauquf tidak boleh dijadikan dasar bagi hukum

agama kecuali terjadi kesepakatan di antara para sahabat. Riwayat mauquf

boleh dihukumkan م3��ع marfu’ (sanadnya bersambung sehingga

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) apabila perkataan para sahabat

itu disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ataupun ianya

mempunyai dasarnya dari agama dan bukan hasil ijtihad sendiri dari

seorang sahabat. 368 Hadis riwayat Imam Ibnu Abi Syaibah dan al-Baihaqi. Menurut

Imam Ibnu Hazm rahimahullah:

Page 248: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

248

Terdapat juga ulamak yang menggunakan kaedah qiyas

dalam mensyari’atkan menyapu balutan. Menurut Syaikh Ben Bazz

rahimahullah hadis-hadis menyapu balutan ini boleh digabungkan

dengan hadis-hadis yang membolehkan menyapu khuf bagi

menunjukkan dibolehkan menyapu balutan. Sekiranya menyapu

khuf dibenarkan bagi mereka yang sihat tentu sekali menyapu

balutan bagi mereka yang tercedera adalah lebih patut dibenarkan

dalam rangka memberi kemudahan.369

Menyapu balutan ini memiliki perbezaan berbanding

dengan menyapu khuf, serban atau kain tudung wanita:

1) Menyapu balutan boleh digunakan untuk bersuci dari hadas

besar dan hadas kecil sedangkan menyapu khuf, serban atau

kain tudung wanita hanya untuk bersuci dari hadas kecil.

Perihal athar Ibnu ‘Umar yang lalu bahawa ini hanya perbuatan dari Ibnu ‘Umar sendiri. Ini bukan jawapan (hujah) bagi

menyapu pembalut. Telah juga diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar

bahawa beliau memasukkan air ke dalam kedua matanya ketika

berwuduk dan mandi, dan itu tidak disyari’atkan apalagi

diwajibkan (Tamaamul Minnah, jilid 1, ms 157) 369

Apa yang perlu diperhatikan qiyas hanya boleh dilakukan apabila

suatu yang far’u (cabang) iaitu peristiwa yang tidak ada nas akan

hukumnya (dalam hal ini menyapu balutan) disamakan dengan ashal

(pokok) iaitu suatu peristiwa yang sudah ada nas tentang hukumnya

(dalam hal ini menyapu khuf) yang jelas (hukum ashal). Apabila far’u dan

ashal memiliki ‘illat yang sama iaitu suatu sifat yang terdapat pada kedua-

dua ashal dan far’u barulah qiyas dapat dilakukan. Ternyata menyapu khuf

dan balutan mempunyai struktur hukum yang berbeza. Menyapu khuf

adalah satu perkara yang optional (berbentuk pilihan) manakala hukum

menyapu balutan menurut jumhur ulamak adalah wajib. Oleh itu tidak

boleh kita menqiyaskan menyapu balutan dengan hadis-hadis menyapu

khuf.

Page 249: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

249

2) Batas waktu menyapu balutan adalah sehingga luka atau patah

itu sembuh sedangkan menyapu khuf dan semisalnya hanya

sehari semalam bagi mereka yang bermukim dan tiga hari tiga

malam bagi mereka yang bermusafir.

3) Mengusap balutan harus mengenai seluruhnya menurut mazhab

Maliki, Syafi’i dan Hanbali. Sedangkan menurut Imam Hanafi

cukup mengusap sebahagian besar balutannya. Berbeza halnya

dengan menyapu khuf, serban dan kain tudung hanya

sebahagian sahaja.

4) Tidak disyaratkan untuk kain balutan tersebut suci. Berbeza

dengan khuf, serban dan kain tudung wanita.

5) Menyapu balutan disebabkan kekhuatiran akan menyebabkan

kecederaan semakin parah manakala menyapu khuf, serban atau

kain tudung wanita boleh dilakukan di dalam keadaan yang

sihat. Mengusap atau menyapu khuf, serban atau kain tudung

wanita berbentuk pilihan manakala menyapu pembalut luka

bersifat terpaksa.370

Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah pula telah menggariskan

beberapa langkah dalam menyucikan anggota wuduk yang

tercedera:

1) Luka yang terbuka (tidak dibalut) dan tidak membahayakan

jika dibasuh, maka pada keadaan ini dia wajib membasuhnya.

2) Luka yang terbuka tetapi membahayakan jika dibasuh tetapi

tidak mengapa jika disapu, maka pada keadaan seperti ini dia

wajib menyapunya, tidak wajib membasuhnya.

370

Penulis gabungkan pendapat Syaikh Abdullah al-Bassam di

dalam Syarah Bulughul Maram dan Dr. Yusuf Qaradhawi di dalam Fikih

Thaharah.

Page 250: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

250

3) Luka yang terbuka dan membahayakan jika dibasuh dan

disapu, maka pada keadaan ini hendaklah dia bertayamum.

4) Luka yang dibalut dengan kain pembalut atau sejenisnya yang

diperlukan, maka pada keadaan ini, dia cukup menyapu balutan

tersebut tanpa harus membasuhnya untuk berwuduk.

Haruslah kita fahami bahawa membuka balutan tersebut

setelah seseorang itu menyapunya untuk bersuci tidaklah

membatalkan wuduk seseorang kerana dia telah melakukannya

secara sempurna sesuai dengan tuntutan syari’ah. Wuduk tersebut

hanya terbatal disebabkan perkara-perkara yang membatalkan

wuduk menurut hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang

sabit.

Demikianlah pendapat serta hukum-hukum berkaitan

menyapu balutan bagi ulamak yang mewajibkannya.

PENDAPAT MEREKA YANG MENOLAK PENSYARI’ATAN

MENYAPU DI ATAS BALUTAN

Bagi para ulamak yang menolak pensyari’atan menyapu

balutan mereka melihat hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh

mereka yang mewajibkannya kesemuanya memiliki kecacatan yang

teruk sehingga tidak boleh saling menguatkan di antara satu sama

lain dan tidak boleh dijadikan hujah dalam menetapkan hukum.

Oleh itu hukum membasuh bahagian yang dibalut kerana

kecederaan itu telah gugur.

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

Hadis-hadis ini -kerana begitu sangat lemahnya- tidak

Page 251: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

251

dapat dikuatkan oleh banyaknya jalur periwayatan.371

Seterusnya Syaikh al-Albani membahaskan secara ringkas

kelemahan hadis-hadis tersebut lalu beliau membawa pendapat

Imam Ibnu Hazm rahimahullah:

Oleh sebab itu, Ibnu Hazm memilih tidak disyari’atkan

menyapu pembalut. Beliau berkata:

Dalilnya adalah firman Allah:

$% ���3"?�� ���� �©5J'. )%*� �MQM#4f�� _

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.372

Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

...��*O���م� 3�ت�ا م0� م( اس �Lوإذا أم�ت.

… dan jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu maka lakukanlah sesuai dengan kemampuanmu.373

Maka berdasarkan dalil al-Qur’an dan al-Sunnah ini,

gugurlah semua perbuatan yang seseorang tidak mampu

melakukannya, sedangkan kompensasi harus sesuai

dengan syari’at dan syari’at hanya ditetapkan oleh al-

371 Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 155. 372

Al-Baqarah (2) : 286 373 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

‘Itishom bil Kitab was Sunnah, no: 7288.

Page 252: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

252

Qur’an dan al-Sunnah, padahal baik al-Qur’an mahupun

al-Sunnah tidak mengganti membasuh anggota yang tidak

mampu dibasuh dengan mengusap pembalut dan ubat.

Dengan ini gugurlah pendapat di atas (yakni wajib

menyapu balutan).374

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah inilah pendapat

yang yang lebih menepati kebenaran dan penulis juga lebih

cenderung kepada pendapat ini kerana ianya lebih mencerminkan

kemudahan dalam bersuci sebagaimana firman Allah Subhanahu

wa Ta'ala:

��Z�� ���� �+�d*A �Z45�eJ>�� $%�� ��Z��

�+�d*A �YhT�#J>�� .

…(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah

menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…375

374 Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 157. 375

al-Baqarah (2) : 185

Page 253: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

253

BAGAIMANAKAH TATACARA TAYAMUM DAN

APAKAH HUKUM HAKAM BERKAITANNYA?

Tayamum adalah menyucikan diri secara simbolik sebagai

ganti kepada mandi dan berwuduk apabila ketiadaan air. Tayamum

menurut bahasa (etimologi) bermaksud al-Qashdu )�P$�ا( atau

sengaja melakukan. Dari segi syarak tayamum bermaksud sengaja

menepuk kedua tapak tangan ke tanah untuk mengusap wajah dan

kedua tapak tangan berdasarkan tatacara yang telah ditentukan

dengan niat untuk menghilangkan hadas kerana ketiadaan air atau

wujud halangan untuk mendapatkan air agar sah melakukan solat

dan ibadah yang serupa.

Tayamum ini telah disyari’atkan berdasarkan al-Qur’an

dan al-Sunnah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��������� �� ������ ���������� �"j*�

4x-h☺#� tDH*� �L_�D3�i>��

���#3�5J���"o a+�?M���R�� a+�?�����/�� tDH*�

;��o��ZM☺J>�� ���"]5J����� a+�?�f�<��Z*A a+�dD3�RaB�/�� tDH*� ;��d#"?J>�� _ 0*���

a+�=�\ ��d�=�R

Page 254: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

254

����ZTQ���"o _ 0*��� +���\ �|M�4vTw ��/ _tD�� �Z⌧'Mf ��/ ����MF |�D�/ +�?��G� NF�G�

�����4J>�� ��/ ���45M☺">

����]5�G�>�� a+D3"o �����Q�� ☯����

���☺T☺�b-"o ���b�#]� ��d�e" ���"]5J���"o

a+�d����R<�*A +�?�����/�� ��G� _ ��

��Z�� ���� $�M#h��e�> +�dJbD3c hF�G� ���Z⌧ F�?">�� ��Z��

a+�\�Z*�Q"m�e�> I+���e�>�� n �M☺#�. a+�?JbD3c a+�d�3M#">

����Z�?h�D� 7�;

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas

kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu,

dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah

sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah

kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub

(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari

tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang

kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang

bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah

tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan

Page 255: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

255

(kepayahan), tetapi dia berkehendak membersihkan

(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

376

Daripada Imran bin Hussain radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kami pernah bermusafir bersama Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam. Waktu itu baginda solat mengimami

kami. Tatkala solat selesai, ada seorang lelaki yang solat

sendirian memisahkan diri dari orang ramai. Baginda

bertanya kepadanya:

ی( 3 ن أن تK8�P مo ا�$�م؟ م( م0*@

Wahai fulan mengapa kamu tidak solat bergabung

dengan orang ramai?

Orang tersebut menjawab:

.أ!(K0�� جE�)0 و% م(ءMalam tadi saya junub tetapi saya tidak mendapatkan air.

Baginda menjawab:

@�.Lی ��+V3 ��*�P�)� @��5. Kamu boleh bersuci dengan tanah dan hal itu sudah cukup bagimu.377

Dari kedua dalil di atas dapat kita fahami bahawa tayamum

376

al-Maaidah (5) : 6 377 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 344.

Page 256: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

256

bukan sekadar dapat menyucikan seseorang dari hadas kecil tetapi

juga hadas besar dan hal ini telah disepakati (ijmak) oleh seluruh

ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Sedangkan ijmak semua mazhab dan semua aliran dalam

Islam sepakat dan para fuqaha kaum Muslimin sejak

zaman sahabat dan tabi’in telah sepakat tentang

diwajibkan tayamum dengan syarat-syaratnya.378

Tayamum juga merupakan satu anugerah istimewa

daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus bagi umat Nabi

Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Diriwayatkan oleh Jabir radhiallahu 'anh bahawa Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

r5F��)� �تP+ K�#d ��أ �4O*ی �� )��U M�O5أ )�F�4را 3�یi�ا وZ�رض مJا K� M�*م���ة ;4� وجK� M���8 وأ"P��3 ة �Pأدرآ�� ا� K�أم� رج" ما��/(+� و�� ت'"� K�#d ��J وأM�O5 ا�E5).�T وآ(ن Eإ�� ا��0(س 5(م� MR*�و E�!)U ��مd ��إ B*#ی FK#�0ا�.

Aku telah diberikan lima perkara yang tidak diberikan

kepada seorang pun sebelumku; aku ditolong dengan

ditimbulkan ketakutan (pada diri musuh) selama satu

bulan perjalanan, dijadikan tanah untukku sebagai

masjid dan sesuatu yang menyucikan; maka sesiapapun

di antara umatku yang bertemu dengan waktu solat

hendaklah dia solat, dihalalkan bagiku binatang ternak

378

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 334.

Page 257: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

257

sedang bagi orang-orang sebelumku tidak dihalalkan,

aku diberi hak untuk memberi syafaat, dan yang kelima

jika Nabi-Nabi lain dikirim kepada kaumnya semata-mata maka aku dikirimkan kepada seluruh umat manusia.379

HIKMAH DISYARI’ATKAN TAYAMUM

Apabila telah sabit perintah daripada Allah Subhanahu wa

Ta'ala tentang sesuatu ibadah maka hendaklah kita patuh kepada

perintah tersebut secara total samada hikmah yang membelakangi

ibadah tersebut diketahui mahupun tidak. Firman Allah Subhanahu

wa Ta'ala:

�M☺�.*� 0�⌧\ sa�"� ���=��"☺J>�� �"j*�

������e tDH*� }��� !�/���f�B�� �A�?4"�b�>

a+Q"�¢A 0�/ ����>���� ��=#�☺Mf ��=#"�/�� _

M�ª�">��u/�� �+#� 0�"�3J'☺J>�� 7*8;

F��� kl�m�� ���� n�/"��f�B�� ]J�"²��

���� � J�@���� M�ª�">��u�"o �+#�

0�<C���⌧'J>�� 7*:;

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-

orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab

Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim

379 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 335.

Page 258: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

258

memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka

berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka

itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut

melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya supaya

tidak terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

380

Ini bukan bermakna kita langsung tidak dibenarkan

mencari hikmah di sebalik perintah Allah 'Azza wa Jalla kerana

terdapat banyak anjuran di dalam al-Qur’an untuk memikirkan

hikmah di sebalik kejadian seluruh alam semesta, akan tetapi kita

tidak perlu untuk memaksa diri untuk mencari hikmah-hikmah

tersebut. Kita tetap perlu menuruti perintah Allah dan Rasul-Nya

walaupun hikmahnya tidak dapat dicapai oleh akal kita.

Namun begitu hikmah utama berkaitan tayamum ini adalah

ianya bertujuan untuk memudahkan hamba-hamba-Nya untuk

menyucikan diri dari hadas kecil mahupun besar apabila hendak

melaksanakan ibadah atau solat ketika ketiadaan air atau air wujud

tetapi timbul kemudaratan apabila digunakan. Allah Subhanahu wa

Ta'ala juga menggantikan air dengan al-Sho’iid )��*P�ا( atau tanah

(akan diperjelaskan perbahasan ulamak tentang al-Sho’iid) yang

merupakan sarana yang paling mudah untuk menghilangkan

kesulitan tersebut kerana ianya tidak sukar didapati. Bertayamum

dengan al-Sho’iid juga dapat membentuk rasa rendah diri apabila

menyapu wajah dengan tanah.

PERBAHASAN TENTANG AL-SHO’IID

Para ulamak berselisih pendapat tentang batasan objek

yang termasuk dalam istilah al-Sho’id. Tentang perbezaan pendapat

380

al-Nuur (24) : 51-52

Page 259: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

259

makna al-Sho’iid ini Dr. Yusuf al-Qaradhawi pula telah berkata:

Namun di sana terjadi perbezaan pendapat mengenai

pengertian al-Sho’iid. Apa maksudnya?

Di antara fuqaha ada yang berkata bahawa yang disebut

dengan al-Sho’iid dalam ayat itu adalah tanah dan tidak

boleh bertayamum kecuali dengannya. Ini adalah

pandangan Imam al-Syafi’i, Ahmad dan Dawud. Ini juga

merupakan pendapat di kalangan ahli bahasa. Ini

diperkuatkan dengan sebuah hadis sahih dalam Shahih Muslim: “Telah dijadikan bagi ku bumi itu masjid dan tanahnya adalah suci.”

Abu Hanifah, Malik dan murid keduanya, Atha’, al-Awza’i

dan al-Thawri berkata yang disebutkan al-Sho’iid adalah

semua jenis bumi berupa tanah, pasir, batu, kapur dan

marmar. Sehinggakan Imam Malik turut menyertakan ais

(sebagai al-Sho’iid).

Sedangkan sesuatu yang meleleh dan rosak kerana api,

atau terbakar sehingga menjadi debu, maka ia tidak

termasuk dari jenis bumi.381

Mazhab Malik membolehkan bertayamum dengan

menggunakan barang-barang yang dilombong kecuali

barang-barang berharga seperti emas, perak dan

permata seperti yaqut dan zamrud. Diperbolehkan (untuk

bertayamum dengan) besi, timah hitam, batu serawak,

alkohol, garam dan serupa dengannya jika tempatnya

381

Al-Ikhtiyar fi Syarh al-Mukhtaar, jilid 1, ms. 20.

Page 260: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

260

berada di dalam bumi dan belum beralih tangan menjadi

milik manusia.382

Mereka mendasarkan pendapatnya ini pada apa yang

dikatakan oleh sebahagian ahli bahasa juga bahawa yang

dimaksudkan dengan al-Sho’iid itu adalah bahagian luar

bumi baik tanah atau bukan. Penggunaan al-Qur’an

perkataan al-Sho’iid mungkin menunjukkan kepada hal ini:

���b�#]� �q�">MS ...tanah yang licin tandus383

dan ���b�#]� �S�Z�R

…tanah yang tandus384 385

Oleh itu secara mudahnya kita dapat bahagikan perbahasan

ulamak tentang al-Sho’iid kepada dua:

PENDAPAT PERTAMA: Al-Sho’iid adalah permukaan

bumi secara mutlak, samada tanah pasir, gunung, kerikil atau debu

tanah. Fairuz Abadi dalam al-Qamus (ms. 266) menyatakan: “Al-Sho’iid adalah tanah, debu atau permukaan bumi.” Ini

merupakan pendapat mazhab Abu Hanifah, Abu Yusuf, Malik,

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Hazm.

PENDAPAT KEDUA: Al-Sho’iid adalah debu dan tidak

boleh diertikan dengan selainnya. Ini adalah pendapat Imam al-

Syafi’i, mazhab Hanbali dan Abu Tsaur. Namun begitu Imam al-

382 Al-Syarh al-Shaghir/Dardir, jilid 1, ms. 195-196 383

al-Kahfi (18) : 40 384

al-Kahfi (18) : 8 385

Dr. Yusuf al-Qaradhwi, Fikih Thaharah, ms. 345.

Page 261: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

261

Syafi’i rahimahullah hanya membataskan al-Sho’iid kepada tanah

yang berdebu. Menurut beliau:

Setiap sesuatu yang dinamakan al-Sho’iid (tanah) yang

tidak bercampur dengan najis, maka ia adalah tanah yang

baik (al-Sho’iid Thoyyiban – ��� � � �� yang boleh dipakai (ا�

untuk bertayamum. Sebaliknya setiap sesuatu yang

terhalang untuk dinamakan tanah, maka ia tidak boleh

dipakai untuk bertayamum, dan lafaz al-Sho’iid tidaklah

digunakan kecuali untuk tanah yang berdebu.386

Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim:

Pendapat yang lebih kuat menurutku adalah yang

pertama, iaitu boleh bertayamum dengan apa sahaja

secara mutlak dinamakan bumi atau yang mengandungi

sesuatu dari bumi seperti debu dan sejenisnya.387

Imam al-Shafi’i rahimahullah juga turut membenarkan

untuk bertayamum dengan debu yang melekat pada dinding.

Menurut beliau:

Apabila seseorang mengambil debu dari dinding, maka dia

boleh bertayamum dengannya.

Apabila dia meletakkan tangannya kepada dinding dan

debu itu melekat pada tangannya, lalu dia bertayamum,

maka tayamumnya dianggap telah memadai.

386

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 72. 387 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 245

Page 262: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

262

Apabila debu itu bercampur dengan kapur, jerami halus,

tepung gandum atau yang lainnya, maka dia tidak boleh

bertayamum dengannya sampai debu itu benar-benar

tidak bercampur dengan sesuatu Apapun.388

Selanjutnya berkaitan bertayamum pada dinding Syaikh al-

‘Utsaimin rahimahullah berkata:

Dinding biasanya diperbuat dari tanah yang bersih. Maka

jika dindingnya diperbuat dari tanah, samada dari batu

mahupun batu bata maka ia boleh digunakan untuk

bertayamum. Jika dindingnya berlapis kayu atau cat tapi

ada debunya maka tidak mengapa bertayamum padanya.

Hukumnya sama dengan bertayamum pada tanah, kerana

debu itu termasuk sebahagian dari tanah. Tetapi jika

dindingnya tidak berdebu maka ia tidak boleh digunakan

sebagai tempat bertayamum.389

Oleh itu kita simpulkan tentang al-Sho’iid menerusi

penjelasan Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah pula berkata:

Boleh tayamum dengan tanah yang suci, begitupun

(diperbolehkan juga untuk bertayamum) dengan segala

yang sejenis seperti pasir, batu dan bata berdasarkan

firman Allah Ta’ala maka hendaklah kamu bertayamum

dengan tanah yang bersih 390

.

388

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 73. 389 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa

Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab

Ibadah, ms. 300-301. 390

al-Maaidah (5) : 6

Page 263: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

263

Sedangkan ahli-ahli bahasa telah sepakat bahawa yang

dimaksudkan dengan al-Sho’iid itu ialah permukaan bumi,

baik ia berupa tanah mahupun yang lainnya.391

Tidak disyaratkan hanya tanah yang berdebu.

Diperbolehkan juga untuk bertayamum di atas tanah yang basah

berdasarkan keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

���☺T☺�b-"o ���b�#]� ��d�e" ���"]5J���"o

a+�d����R<�*A +�?�����/�� ��G�

maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang

bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu.

392

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya

juga pernah melakukan safar ke daerah yang hanya

mengandungi pasir, hujan pun membasahi tempat itu dan

mereka bertayamum sebagaimana yang Allah

perintahkan. Jadi pendapat yang kuat bahawa bila

seseorang bertayamum di atas tanah maka tayamumnya

sah baik tanahnya berdebu ataupun tidak.393

PERKARA-PERKARA YANG MEMBOLEHKAN

TAYAMUM

391

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Jilid 1, ms. 170. 392 al-Maaidah (5) : 6 393

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa

Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab

Ibadah, ms. 300.

Page 264: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

264

Diperbolehkan untuk bertayamum bagi mereka yang

berhadas kecil mahupun berhadas besar, samada ketika bermusafir

ataupun bermukim, sekiranya berhadapan dengan situasi-situasi

seperti yang akan diperjelaskan nanti.

Dalilnya boleh bertayamum bagi musafir adalah

sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

0*��� +���\ �|M�4vTw ��/ _tD�� �Z⌧'Mf ��/

����MF |�D�/ +�?��G� NF�G� �����4J>�� ��/

���45M☺"> ����]5�G�>�� a+D3"o

�����Q�� ☯���� ���☺T☺�b-"o ���b�#]�

��d�e" ���"]5J���"o a+�d����R<�*A +�?�����/�� ��G� _ ��

��Z�� ���� $�M#h��e�> +�dJbD3c hF�G� ���Z⌧ F�?">�� ��Z��

a+�\�Z*�Q"m�e�> I+���e�>�� n �M☺#�. a+�?JbD3c a+�d�3M#">

����Z�?h�D� 7�;

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam

pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari

tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang

kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang

bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah

tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu

Page 265: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

265

menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan

(kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan

(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.394

Berkaitan dengan ayat di atas Imam al-Syafi’i

rahimahullah berkata:

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menunjukkan hukum

diperbolehkan tayamum pada dua keadaan:

Pertama : Dalam perjalanan dan sulit mendapatkan air.

Kedua: Bagi orang yang sakit baik di tempat pemukiman

atau dalam perjalanan. Hal ini menunjukkan bahawa orang

yang musafir wajib berusaha terlebih dahulu untuk

mendapatkan air, berdasarkan firman-Nya:

..sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum...395 Selanjutnya dalil tentang bolehnya tayamum bagi mereka

yang bermukim (tidak musafir) adalah hadis daripada Abul Juhaim

radhiallahu 'anh, dia berkata:

أd#" ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� م +'� 7�� ج�" 3�$�� رج" 3���� 5��� 3�� ی�د� 5��� ا�FK#�0 !��� ا����

�� n��3 �ارZ�5�� ا "#dج4� وی�ی� 5��� وس��� ���� أ .��H رد� 5��� ا��� م

394

al-Maaidah (5) : 6 395 al-Maaidah (5) : 6. Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm,

jilid 1, ms. 66-67.

Page 266: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

266

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang dari Bi’r Jamal

lalu ada seseorang bertemu dengan baginda dan

mengucapkan salam namun baginda tidak membalasnya hingga beliau menghadap ke tembok lalu mengusap

wajah dan kedua tangan baginda (yakni bertayamum) kemudian barulah membalas salam orang tersebut.

396

Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam bab Tayamum

Ketika Mukim (Tidak Bermusafir) Jika Tidak Terdapat Air Dan

Khuatir Waktu solat Habis. Ibnu Qudamah rahimahullah berkata:

Apabila tidak ada air ketika sedang mukim kerana tiada

air dalam lingkungan mereka atau air tertahan pada

suatu tempat maka boleh tayamum dan solat dengan

tayamum tersebut. Ini merupakan pendapatnya Malik,

al-Tsauri, al-Auza’i, dan al-Syafi’i.397

Situasi-situasi yang membenarkan seseorang untuk

bertayamum adalah seperti berikut:

1) Apabila ketiadaan air

Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

...a+D3"o �����Q�� ☯���� ���☺T☺�b-"o ���b�#]�

��d�e"...

… sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan

mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan

396

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 337. 397

Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, jilid 1, ms. 234. Penulis

nukil dari artikel Tayammum tulisan al-Ustadz Abu Ishaq Muslim al-

Atsary di dalam majalah Salafy, edisi 41, ms. 38.

Page 267: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

267

tanah yang bersih …398

Tentang ketiadaan air ini timbul perbincangan para ulamak.

Adakah perlu untuk berusaha mencari air terlebih dahulu atau

memadai sekiranya ketika hendak solat itu air tiada maka terus

bertayamum tanpa perlu mencarinya. Imam al-Syafi’i

rahimahullah bersandarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala

di atas berpendapat perlu terlebih dahulu berusaha mencari

sumber air.

Namun begitu menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Pandangan yang tepat di sini adalah apa yang sesuai

dengan pengertian ketiadaan air yang terikat dengan

upaya mendirikan solat. Jika waktu solat tiba dan

seseorang ingin mendirikan solat tersebut lalu dia dapati

ketiadaan air untuk berwuduk atau untuk mandi (wajib)

di rumahnya atau di masjid atau di tempat yang

berdekatan itu, maka itulah yang menjadikan alasan

baginya untuk bertayamum.

Bukan maksud ketiadaan air di sini dengan tidak

menemuinya setelah mencarinya di sekitarnya dan

bertanya ke sana ke mari. Namun maksudnya adalah dia

tidak memiliki pengetahuan atau keyakinan adanya air

pada saat itu dan tidak mungkin baginya untuk

mendapatkannya dengan cara membeli dan yang serupa

dengannya. Ini boleh dikatakan bahawa dia tidak

mendapatkan air dalam pengertian ahli bahasa.

Sedangkan kewajipan kita adalah menempatkan firman

398

al-Maaidah (5) : 6

Page 268: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

268

Allah seperti ini jika tidak ada penjelasan syar’i.399

Pandangan beliau ini dikuatkan dengan perbuatan Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam yang bertayamum di tembok400

ketika berada di Madinah tanpa baginda mencari sumber air

mahupun bertanya ke sana kemari. Selanjutnya ianya disokong

juga dengan sebuah hadis dari Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu

'anh, dia berkata:

Ada dua orang lelaki sedang bermusafir sehingga tiba

waktu solat. Pada saat itu keduanya tidak mendapatkan

air lalu keduanya bertayamum dengan debu yang suci,

kemudian keduanya solat. (Setelah solat) keduanya terjumpa air. Salah satu dari keduanya mengulangi solat

dan berwuduk sedangkan yang seorang lagi tidak

mengulangi solatnya. Setelah itu keduanya bertemu

dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk

menanyakan hal tersebut. Kepada lelaki yang tidak

mengulangi solat dan wuduknya baginda bersabda:

.أ!#M ا��E�0F وأجwأت@ !�(ت@

Kamu telah menjalankan sunnah dan mendapat ganjaran

di atas solatmu.

Sementara kepada yang seorang lagi baginda bersabda:

.�@ اJج� م��ت�

399 Dr, Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 340. 400

Ini sebagaimana sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam

Shahihnya, Kitab al-Tayammum, no: 337 yang telah penulis sertakan

sebelum ini.

Page 269: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

269

Kamu mendapatkan dua ganjaran.401

Ternyata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah

menyatakan bagi sahabat yang tidak mengulangi solatnya

apabila bertemu dengan sumber air telah mengamalkan

sunnahnya. Ini membuktikan bahawa tidak perlu untuk mencari

air ke sana ke mari apabila tiba waktu solat. Justeru itu Imam

al-Syaukani rahimahullah berkata:

Kewajipan untuk mencari air hingga akhir waktu solat

tidak ada dalil apapun yang menunjukkan tentang hal itu

baik dari al-Qur’an, al-Sunnah, Qiyas ataupun ijmak.402

Oleh itu sekiranya tiba waktu solat dan kita tidak menemui

sumber air untuk berwuduk ataupun mandi wajib pada ketika

itu, maka diperbolehkan bagi kita untuk bertayamum.

2) Apabila terdapat bekalan air tetapi ianya tidak mencukupi

Sekiranya bekalan air tidak mencukupi pada masa sekarang

ataupun mungkin pada masa akan datang sekiranya

menggunakan air tersebut untuk berwuduk atau mandi wajib,

maka diperbolehkan seseorang itu bertayamum dan menyimpan

air tersebut untuk kegunaan harian seperti minum, memasak,

menyucikan diri dari najis, memberi haiwan tunggangan

minum dan lain-lain lagi yang dianggap penting bagi seseorang

meneruskan perjalanannya. Syaikh Sayyid Sabiq

rahimahullah403

telah memperkuatkan pandangan ini dengan

berkata:

401

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thoharaah, no: 286 402

Sila rujuk al-Sail al-Jarrar, jilid 1, ms. 128. Penulis nukil dari

kitab Fikih Thaharah karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ms. 340. 403

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 169.

Page 270: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

270

Dari Ali radhiallahu 'anh bahawa dia berfatwa mengenai

seorang lelaki dalam perjalanan yang ditimpa janabat

sedangkan dia hanya membawa sedikit air dan khuatir

akan ditimpa kehausan:

Hendaklah dia bertayamum dan jangan mandi.404

Imam Ibnu Mundzir rahimahullah berkata:

Sejauh pengetahuan saya, para ulamak sepakat bahawa

seorang musafir yang mempunyai air tetapi kalau dia

gunakan air tersebut untuk berwuduk dia khuatir akan

kehausan, maka dia boleh bertayamum.405

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Sebab apa diutamakan minum di atas wuduk sedangkan

menjaga agama itu adalah suatu kewajipan dan menjaga

jiwa dan kehidupan itu juga merupakan kewajipan bahkan

kewajipan menjaga agama didahulukan dari menjaga

kehidupan. Oleh sebab itulah seseorang mengorbankan

jiwanya demi agamanya. Namun di sini ianya sedemikian

rupa kerana wuduk itu terdapat penggantinya yang

berupa tayamum sementara air tidak ada gantinya bagi

orang yang sedang kehausan. Ini merupakan sebuah

bentuk keindahan dalam syari’at. Dan yang serupa dengan

404

Hadis riwayat Imam Daruquthni. 405

Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, jilid 1, ms. 315-316 dan

Ibnu Taymiyyah, Syarah al-‘Umdah, jilid 1, ms. 428. Penulis nukil dari

buku Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 143.

Page 271: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

271

minuman adalah segala sesuatu yang menjadi keperluan

seperti (menggunakan air sebagai) adunan, masakan yang

sangat diperlukan.406

3) Apabila air terlalu dingin sehingga membahayakan diri

seseorang.

Di benarkan bertayamum apabila air terlalu dingin sehingga

menjejaskan kesihatan seseorang. Namun begitu sekiranya dia

mampu untuk memanaskan air tersebut atau mengupah orang

lain untuk memanaskannya maka tidak diperbolehkan bagi dia

untuk bertayamum. Sekiranya waktu untuk solat semakin

hampir tamat dan memanaskan air tersebut menyebabkan dia

gagal untuk solat dalam waktu, maka diperbolehkan baginya

untuk bertayamum. Diperbolehkan untuk bertayamum apabila

air terlalu dingin adalah bersandarkan kepada hadis daripada

‘Amru bin Ash radhiallahu 'anh, dia berkata:

Saya bermimpi basah pada suatu malam yang dingin saat perang Dzatis Salasil. Saya merasakan sekiranya saya

mandi (junub) maka ianya akan membahayakan diriku.

Oleh kerana itu saya bertayamum lalu solat subuh bersama para sahabat yang lain. Tatkala kami pulang

dari perang para sahabat menceritakan kepada Nabi apa

yang telah saya alami itu. Nabi bersabda kepada saya:

ی( 5��و !��M� ��!'(�@ وأ+M جr0؟

Wahai ‘Amru, kamu solat dengan rakan-rakanmu dalam

keadaan junub?

Saya pun menyampaikan alasan yang menyebabkan saya

tidak mandi pada waktu itu. Saya berkata:

406

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 342.

Page 272: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

272

��ا أ+.L�� إن� ا���� آ(ن L�� إ+K8 س�*M ا���� ی$�ل و% ت$� .ر���(

Sesungguhnya saya dengar Allah berfirman: “dan

janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”407

Mendengar jawapan saya Rasulullah tertawa dan tidak berkata sepatah pun.408

4) Apabila terhalang kepada bekalan air yang berhampiran

Seseorang diperbolehkan untuk bertayamum sekiranya

terhalang untuk pergi ke kawasan bekalan air kerana adanya

musuh, kebakaran, perompak atau apa-apa jua perkara yang

boleh menggugat keselamatan diri, harta atau kehormatannya.

Hal yang sama juga dibenarkan bagi mereka yang uzur dan

tidak mampu untuk mengambil air dan tidak ada pula orang

lain yang dapat membantu. Hal ini bersesuaian dengan konsep

di dalam Islam yang mana ia adalah agama yang mudah dan

tidak memberatkan penganutnya. Firman Allah Subhanahu wa

Ta'ala:

⌧��Y��T�e.�� ?C�YhT�bo3�> 7;

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk

(melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

409

Islam juga melarang umatnya untuk sengaja meletakkan diri

407

al-Nisaa’ (4) : 29 408

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 283. 409

al-A’laa (87) : 8

Page 273: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

273

mereka ke dalam posisi yang membahayakan keselamatan diri

masing-masing. Firman-Nya:

... $%�� �����o3#� aA�?������*A tDH*� ��"?#3�@☺>�� 5 ...

… dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …

410

5) Apabila terdapat kecederaan yang akan semakin parah

atau lambat sembuh sekiranya terkena air

Ini bersandarkan kepada hadis daripada Jabir radhiallahu 'anh,

dia berkata:

Suatu hari ketika kami pergi untuk suatu perjalanan

kebetulan salah seorang di antara kami ditimpa sebuah

batu yang melukai kepalanya. Kemudian orang itu

bermimpi (yang mengeluarkan air mani), lalu dia

bertanya kepada para sahabatnya: Apakah ada

keringanan bagi saya untuk bertayamum.

Para sahabatnya menjawab: Tidak ada bagi anda keringanan, kerana anda boleh mendapatkan air.

Maka orang itu pun mandilah dan kebetulan meninggal

dunia. Kemudian setelah kami berada di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kami

sampaikanlah peristiwa tersebut kepadanya. Maka

baginda bersabda:

8K*�ء ا).; )��+V3 4��� ا���� أ% س���ا إذ �� ی*���اd -���d

410

al-Baqarah (2) : 195

Page 274: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

274

...ا��lFال إ+��( آ(ن یL.�� أن ی�����

Mereka telah membunuhnya dan semoga Allah

membunuh mereka! Mengapa mereka tidak mahu bertanya jika mereka tidak tahu? Ubat bagi kebodohan

adalah bertanya! Cukuplah bagi orang tersebut bertayamum…

411

Oleh itu kesimpulannya seseorang diperbolehkan untuk

bertayamum apabila terdapat halangan untuk menggunakan air baik

kerana tidak terdapat bekalan air mahupun kerana terdapat halangan

atau mudarat apabila menggunakan air.

TATACARA BERTAYAMUM

Berkenaan dengan tatacara tayamum Syaikh Sayyid Sabiq

rahimahullah telah berkata:

Hendaklah orang yang bertayamum itu berniat terlebih

dahulu. Mengenai ini telah dibicarakan dalam soal

berwuduk. Kemudian membaca basmallah dan

memukulkan kedua tapak tangan ke tanah yang suci lalu

menyapukannya ke muka, begitu pun kedua belah tapak

tangannya sampai ke pergelangan.412

Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Sa’id bin

‘Abdurrahman bin Abza dari ayahnya, dia berkata: Seseorang

mendatangi ‘Umar bin al-Khaththab dan berkata: Aku berjunub dan

tidak menemukan air.

411

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 284. 412

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms.170.

Page 275: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

275

Maka ‘‘Ammar bin Yaasir berkata kepada ‘Umar bin al-

Khaththab: Apakah anda tidak ingat ketika kita dalam suatu perjalanan (saya dan engkau) maka engkau tidak

solat, adapun aku berguling-guling di tanah kemudian

solat. Kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda shallallahu

'alaihi wasallam bersabda:

Lه @�.Lا���� 5��� إ+��( آ(ن ی ���! FK#�0ا 13�ب ا�gوس��� L�.��� اJرض و+.� ��H )�4�3 مn� 4��( وج4�

وآ.���

Hanya sahaja cukup bagimu begini. Lalu Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan

kedua tapak tangannya dan meniupnya, kemudian

mengusap muka dan kedua tangannya dengan keduanya.413

Penjelasan tentang tatacara untuk bertayamum adalah

seperti berikut:

1) Niat dalam hati Dalil wajibnya niat adalah hadis daripada ‘Alqamah bin

Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anh , dia berkata:

ا�Oj�(ب رK� ا���� 05� 5�� ا��#0� � ��5 M*�سd(ل س�*M رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� ی$�ل إ+��(

ا5���(ل �(���80(ت وإ+��( L�"8 ام�ئ م( +�ى

413 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 338.

Page 276: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

276

Aku mendengar ‘Umar bin al-Khattab berkata di atas

mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam bersabda: “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”414

Niat adalah keinginan atau azam untuk mengerjakan

ibadah (dalam konteks ini ibadah wuduk) semata-mata untuk

mendekatkan diri kepada Allah. Niat ini tempatnya di hati dan

tidak perlu dilafazkan sebagaimana yang telah penulis

bahaskan sebelum ini.

2) Membaca �ا ��� (Bismillah)

Disunnatkan membaca bismillah sebelum bertayamum

sebagaimana berwuduk.

3) Menepuk tangan ke tanah dengan sekali tepukan

Menerusi hadis daripada ‘‘Ammar ini jelas Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam hanya memerintahkan untuk

menepuk kedua tapak tangan dengan sekali tepukan untuk

muka dan kedua tapak tangan sekaligus. Sabda Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam:

Hanya sahaja cukup bagimu begini. Lalu Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan

kedua tapak tangannya dan meniupnya, kemudian mengusap muka dan kedua tangannya dengan keduanya.415

414 Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Bada’

al-Wahyu, hadis no. 1. 415 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 338.

Page 277: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

277

Namun begitu terdapat juga pandangan dari para ulamak

bahawa hendaklah bertayamum dengan dua kali tepukan kedua

tapak tangan ke tanah. Pukulan yang pertama untuk menyapu

wajah dan yang kedua untuk menyapu kedua tapak tangan.

Mereka berhujah dengan sebuah hadis dari Ibnu ‘Umar

radhiallahu 'anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam bersabda:

وE��� ����ی إ�� , E��� ���ج�: ا�����F� ����(ن .ا��$3��

Tayamum itu dua pukulan, yang pertama untuk wajah dan yang kedua untuk kedua tangan sehingga ke siku.416

Namun begitu hadis ini bercanggah dengan hadis ‘‘Ammar

yang telah penulis keluarkan sebelum ini. Mengenai

percanggahan ini Syaikh ‘Abdullah al-Bassam telah memberi

ulasan seperti berikut:

a) Hadis ‘‘Ammar terdapat dalam kitab al-Bukhari dan

Muslim, sedangkan hadis Ibnu ‘Umar hanya terdapat di

dalam kitab Sunan al-Daruquthni di mana penyusunnya

tidak komited dengan hadis-hadis sahih bahkan banyak

sekali terdapat di dalamnya hadis-hadis dha’if, maka

hadis Ibnu ‘Umar tidak boleh dibandingkan dengan hadis

416 Hadis mauquf riwayat Imam al-Daruquthni. Menurut al-Albani

rahimahullah hadis-hadis yang meriwayatkan dua kali tepukan kesemua

terdapat kecacatan dan kelemahan. Berkenaan dengan hadis-hadis tersebut

al-Khallal rahimahullah berkata: “Hadis-Hadis itu sangat dha’if dan tidak terdapat di dalam kitab-kitab sunan kecuali hadis Ibnu ‘Umar.”

Imam Ahmad rahimahullah pula berkata: “Tidak benar bahawa hadis

tersebut berasal daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.”

Page 278: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

278

‘‘Ammar dari segi kesahihannya.

b) Hadis ‘‘Ammar dimarfu’kan417 kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Adapun hadis Ibnu ‘Umar, bukan

perkataan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sekalipun hal

itu tidak perlu diberikan pendapat lagi dan dibezakannya

di antara hadis marfu’ dan mauquf418.

c) Semua riwayat hadis yang menjelaskan sifat tayamum

dengan dua kali pukulan ada yang mauquf, ada yang tidak

sampai kepada Nabi dan ada pula yang dha’if dan tidak

boleh dijadikan dalil dan hujah.

… Oleh kerana itu yang sahih dalam bab ini dan yang

boleh dijadikan pedoman adalah hadis ‘‘Ammar. Hadis ini

(yakni hadis ‘‘Ammar) ditetapkan oleh Bukhari di dalam

kitab Shahihnya, dia berkata bab Tayamum Untuk Muka dan Kedua Tapak Tangan. Ibnu Hajar berpendapat dalam

Fathul Baari bahawa hanya inilah yang wajib dan

mencukupi.419

Oleh itu memadai menepuk kedua tangan hanya sekali untuk

menyapu wajah dan kedua tapak tangan. Syaikh ‘Abdullah al-

417

Hadis marfu’ adalah hadis yang sanadnya bersambung sehingga

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam 418

secara bahasa ertinya yang diberhentikan. Namun begitu مd��ف

menurut istilah ianya bermaksud perkataan atau perbuatan atau taqrir

(persetujuan) yang disandarkan kepada seorang sahabat Nabi shallallahu

'alaihi wasallam. Riwayat mauquf tidak boleh dijadikan dasar bagi hukum

agama kecuali terjadi kesepakatan di antara para sahabat. 419 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 430.

Page 279: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

279

Bassam berkata:

Tayamum dengan satu kali tepukan (ke tanah) mencukupi

untuk wajah dan kedua tangan.420

4) Meniup tapak tangan

Di dalam hadis ‘‘Ammar juga menunjukkan Nabi shallallahu

'alaihi wasallam setelah menepuk kedua tangannya ke tanah

maka baginda meniup kedua tapak tangan tersebut.

…Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan kedua tapak tangannya dan meniupnya…421

Tiupan disini adalah tiupan yang ringan untuk menipiskan debu

tanah yang terdapat di kedua tapak tangan. Menurut al-Hafidz

Ibnu Hajar rahimahullah:

Meniup debu tersebut dijadikan landasan dalil disukainya

menipiskan debu seperti yang diterangkan dan gugurnya

anjuran mengusap anggota tayamum secara berulang-

ulang. Ini adalah kerana mengusap anggota tayamum

berulang-ulang bertentangan dengan usaha menipiskan

debu (dengan meniup).422

5) Menyapu muka dan kedua tapak tangan

Berbeza dengan berwuduk, bertayamum hanya melibatkan dua

420

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 427. 421

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 338. 422

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 6

Page 280: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

280

anggota iaitu wajah dan kedua tangan sehingga ke pergelangan.

Bertayamum juga tidak berulang-ulang seperti wuduk.

Memadai dengan menyapu anggota tayamum sekali sahaja. Ini

adalah sebagaimana sabda-sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam di bawah:

Hanya sahaja cukup bagimu begini. Lalu Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan

kedua tapak tangannya dan meniupnya, kemudian

mengusap muka dan kedua tangannya dengan keduanya.423

E��� �8.L� ا 13�بgLه o0Pأن ت @�.Lإ+��( آ(ن ی5 ��)�T� �8.4��( _4� آ n�م ��H )41.+ ��H رضJا ��

. أو _��H �8.L� ��)�; �4 مn� 4��( وج4�

Cukuplah bagimu melakukan seperti ini. Lalu baginda

menepuk tanah sekali tepukan dengan kedua tapak

tangannya, kemudian mengibaskannya, lalu mengusap

punggung tangannya dengan tangan kirinya atau

punggung tangan kirinya dengan tapak tangan

kanannya, kemudian baginda mengusap wajahnya dengan kedua tangannya.424

Pengajaran yang dapat diambil dari kedua hadis di atas:

a) Perbezaan di antara yang mana didahulukan di antara wajah

dan tapak tangan menunjukkan tidak diwajibkan tertib

ketika bertayamum. Kedua-duanya boleh didahulukan

423 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 338. 424 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 347.

Page 281: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

281

samada wajah mahupun kedua tapak tangan. Ketika

mensyarahkan hadis Shahih al-Bukhari, no : 347, al-Hafidz

Ibnu Hajar berkata:

Lafaz di atas juga memberi keterangan bahawa tertib

(urutan) tidaklah disyaratkan ketika tayamum.425

b) Mengusap tangan memadailah hanya sehingga ke

pergelangan tangan. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam:

.�ج� واL�.�(نیL.�@ ا�Cukup bagi kamu (menyapu) wajah dan kedua tapak tangan.426

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:

Dari lafaz ini dapat difahami, bahawa menyapu lebih dari

kedua tapak tangan hukumnya tidak wajib sebagaimana

yang telah diterangkan.

…Ada pun alasan yang dikemukakan oleh mereka yang

mensyaratkan mengusap sampai kedua siku ketika

tayamum kerana hal itu merupakan syarat dalam wuduk,

maka dijawab dengan menyatakan: “Sesungguhnya qiyas

(analogi) yang demikian itu bertentangan dengan nas

(teks hadis) maka dianggap keliru.”427

425

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 642. 426 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 341. 427 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 616-

617.

Page 282: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

282

Apatah lagi hadis-hadis yang mengisyaratkan bertayamum

sehingga ke siku atau ke ketiak terdapat kelemahan di

dalamnya.428

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

Adapun riwayat yang menyebutkan sampai ke siku serta

pertengahan lengan kebenarannya masih diperdebatkan.

Sedangkan riwayat yang menyebutkan sampai ke ketiak,

maka Imam al-Syafi’i dan ulamak lainnya menjelaskan:

“Jika hal itu ditetapkan berdasarkan perintah Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam, maka setiap tatacara

tayamum yang terbukti berasal merupakan ketentuan

428

Diantara hadis-hadisnya adalah:

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Jauhaim yang diantara lafaznya

adalah:

Sampai baginda berdiri dan menggosok tembok tersebut

dengan tongkatnya, kemudian dia meletakkan kedua

tangannya di atas tembok tersebut lalu manyapu wajah dan kedua lengannya, kemudian menjawab salam orang tersebut –

Hadis munkar (�L0��ا) riwayat Imam al-Syafi’i dalam

Musnadnya dan Imam al-Baihaqi. Hadis munkar adalah hadis yg

diriwayatkan perawi yang dha’if bertentangan dengan riwayat

dari perawi yang thiqah.

Hadis daripada ‘‘Ammar bin Yaasir radhiallahu 'anh bahawa suatu ketika

terjadilah sesuatu, para sahabat menyapu debu (bertayamum) untuk solat

subuh, di saat itu, mereka bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam, maka mereka kembali menepuk debu dengan tapak tangan

mereka lalu mereka menyapu tangan mereka semuanya sampai bahu dan

ketiak bahagian dalam tangan mereka – Hadis mudhtharib (�بO1��ا) riwayat Imam Abu Dawud, Ibnu Majah (564) dan al-Nasa’i di dalam kitab

Sunan mereka. Hadis mudhtharib adalah hadis yang diriwayatkan dari

jalur yang berbeza-beza serta sama dalam tingkat kekauatannya di mana

satu jalur dengan lainnya tidak memungkinkan untuk disatukan atau

digabungkan dan tidak memungkinkan pula untuk dipilih salah satu yang

terkuat. Hadis mudhtharib termasuk dalam kategori hadis dha’if dan tidak

boleh dijadikan hujah dalam menetapkan hukum sesuatu perkara.

Page 283: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

283

yang menghapuskan tatacara sebelumnya. Sedangkan bila

ditetapkan berdasarkan perbuatannya, maka yang harus

diamalkan adalah yang ditetapkan berdasarkan perintah

daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam.429

Menurut Imam Ahmad rahimahullah:

Sesiapa yang menyatakan bahawa tayamum sehingga

kedua siku, maka itu adalah sesuatu yang ditambah

olehnya.430

Ada pun tentang firman Allah Subhanahu wa Ta'ala

…sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu…

431 ianya bukanlah hujah menunjukkan

bahawa bertayamum hendaklah menyapu sehingga ke siku.

Akan tetapi Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh menyatakan

ianya diibaratkan seperti batasan pemotongan tangan bagi

hukuman hudud terhadap pencuri iaitu sehingga ke

pergelangan tangan sahaja.

c) Hendaklah menyapu keseluruhan tapak tangan serta

punggung tapak tangan tersebut sehingga ke bahagian

pergelangan. Namun begitu diperbolehkan juga dengan

hanya menyapu di bahagian punggung tapak tangan kerana

bahagian tapak tangan tersebut telah terkena debu ketika

menepuk serta menyapu wajah. Ini sebagaimana perbuatan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

+.��H )41 مn� 4��( _4� آ.T� �8�(�� أو _4� ...

429

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 615. 430

Penulis nukil dari kitab tulisan Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman

al-Bassam bertajuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 430-431. 431

al-Maaidah (5) : 6

Page 284: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

284

�8.L� ��)�;...

…lalu mengusap punggung tangannya dengan tangan

kirinya atau punggung tangan kirinya dengan tapak tangan kanannya…

432

Demikianlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam dalam bertayamum yang sewajarnya kita contohi kerana

bagindalah contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat Islam. Ini

sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

h�"��> 0�⌧\ a+�?"> t*� 9s�f�B }��� �L��4fu/

���=]5⌧ FM☺��> 0�⌧\ ����RaZ� ����

`a��bJ>���� �Z�N-M�� �Z⌧\"j�� ���� �☯YZ��⌧\

7:8;

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang

yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan

(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan

mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).433

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN

TAYAMUM

Tayamum itu adalah sebagai pengganti berwuduk atau pun

432

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 347. 433

al-Ahzaab (33) :21

Page 285: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

285

mandi wajib ketika tiada air. Oleh itu apa sahaja yang

diperbolehkan bagi seseorang ketika telah berwuduk atau mandi

wajib maka ianya juga diperbolehkan bagi mereka yang telah

bertayamum seperti solat fardhu mahupun sunat, membaca al-

Qur’an, tawaf di Ka’bah, berzikir, membaca kitab-kitab hadis atau

buku-buku agama, menghadiri majlis ilmu dan lain-lain. Dr. Yusuf

al-Qaradhawi berkata:

Tayamum boleh membuat seseorang Muslim boleh

melakukan apa sahaja yang dibolehkan bagi seseorang

yang berwuduk seperti melakukan solat fardhu, solat

sunnah atau solat jenazah.

Sebagaimana boleh baginya untuk melakukan tawaf di

Baitullah, memegang al-Qur’an, membaca al-Qur’an,

berzikir kepada Allah. Hingga bagi mereka yang tidak

mewajibkan perkara-perkara di atas kerana

sesungguhnya disunnahkan untuk mengambil wuduk yang

bererti pula disunnahkan juga untuk bertayamum.434

Selagimana tayamum tersebut tidak batal maka

diperbolehkan untuk melakukan hal-hal tersebut. Sebagai contoh

seseorang solat Maghrib dengan bertayamum. Apabila masuk

waktu solat Isyak ternyata tayamum tersebut belum terbatal, maka

dia boleh mengerjakan solat Isyak tersebut tanpa memperbaharui

tayamum. Syah Waliyullah al-Dahlawi rahimahullah berkata dalam

kitabnya al-Hujjah al-Balighah:

Tidak saya dapatkan dalam hadis sahih yang

menunjukkan bahawa seorang yang bertayamum harus

bertayamum setiap kali akan melakukan solat fardhu.435

434 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 350. 435

Penulis nukil dari kitab Fikih Thaharah, ms. 350.

Page 286: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

286

Hal ini adalah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam telah bersabda:

إن� ا��P*�� ا��4i r8��Oر ا����� وإن �� یZ� ا��(ء ... T5� س�0

Tanah itu mensucikan orang Islam walau dia tidak mendapatkan air selama sepuluh tahun…436

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM

Apa sahaja perbuatan atau perkara yang membatalkan

wuduk maka ianya juga membatalkan tayamum. Ini adalah kerana

tayamum dengan debu hanya merupakan pengganti berwuduk

dengan air. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:

Maka barangsiapa yang menyatakan bahawa ada sesuatu

yang membatalkan (tayamum) selain dari itu (yakni

perkara yang membatalkan wuduk), maka janganlah

diterima kecuali dia boleh mendatangkan dalil. Namun

kami tidak mendapatkan dalil yang boleh dijadikan hujah

untuk itu. Maka kewajipan kita adalah membatasi hanya

pada hal-hal yang membatalkan wuduk.437

Hanya sahaja tayamum tidak boleh dilakukan seseorang

apabila bekalan air itu wujud, mencukupi serta tiada halangan untuk

mempergunakannya untuk berwuduk mahupun mandi wajib. Dr

436 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 115. 437 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 352. Beliau

menukil pendapat ini dari kitab al-Raudhah al-Nadiyah, jilid 1, ms. 61.

Page 287: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

287

Yusuf Qaradhawi berkata:

Boleh kita tambahkan di sini apabila hilangnya sebab

yang membolehkan seseorang bertayamum seperti

menemui bekalan air setelah dia tidak mendapatkannya

sebelum itu, atau dia mampu mempergunakan air setelah

sebelumnya dia tidak sanggup melakukannya, atau bahaya

memakainya telah hilang, atau dia mampu

menghangatkannya dan seterusnya. Oleh sebab itu

seperti ada suatu ungkapan yang tersebar di kalangan

kaum muslimin: “Jika air tiba maka batallah tayamum.”

Sebab tayamum itu sebagai pengganti air. Maka jika yang

digantikan telah ada, gugurlah yang menjadi

penggantinya.438

Namun begitu setelah seseorang itu bertayamum lalu

mengerjakan solat sehingga selesai, setelah itu beliau terjumpa

sumber air sedangkan waktu solat tadi masih ada, maka dia tidak

perlu mengulangi solat tersebut. Hanya sahaja sekiranya dia ingin

mengerjakan solat yang lain samada yang fardhu mahupun sunat

maka hendaklah dia berwuduk dengan air. Namun begitu jika

sekiranya dia menemui sumber air sebelum dia memulakan solat

atau solat belum selesai, maka dia perlu berwuduk ataupun mandi

wajib. Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

Apabila seseorang melakukan solat dengan tayamum

kemudian dia menemukan air, atau bila dia dapat

menggunakannya setelah solat selesai, tidaklah wajib dia

mengulangi (solatnya) walaupun waktu solat masih

ada…Tetapi bila dia menemui sumber bekalan air atau

dapat menggunakannya setelah mulai solat tetapi belum

438

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 352.

Page 288: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

288

mengakhirinya, maka tayamumnya itu terbatal dan dia

harus mengulangi bersuci dengan memakai air.439

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh, dia

berkata:

Ada dua orang lelaki sedang bermusafir sehingga tiba

waktu solat. Pada saat itu keduanya tidak mendapatkan

air lalu keduanya bertayamum dengan debu yang suci,

kemudian keduanya solat. (Setelah solat) keduanya

terjumpa air. Salah satu dari keduanya mengulangi solat dan berwuduk sedangkan yang seorang lagi tidak

mengulangi solatnya. Setelah itu keduanya bertemu

dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk

menanyakan hal tersebut. Kepada lelaki yang tidak

mengulangi solat dan wuduknya baginda bersabda:

.أ!#M ا��E�0F وأجwأت@ !�(ت@

Kamu telah menjalankan sunnah dan mendapat ganjaran

di atas solatmu.

Sementara kepada yang seorang lagi baginda bersabda:

.�@ اJج� م��ت�

Kamu mendapatkan dua ganjaran.440

Daripada Abu Dzar radhiallahu 'anh, bahawa Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

439

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 172. 440 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thoharaah, no: 286.

Page 289: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

289

...��U @�ن� ذV3 ��تT� ������3 ذا وج� ا��(ءV3. …Jika seseorang menemukan air, hendaklah

dibasuhkannya ke kulitnya, kerana demikian lebih baik.

441

Begitu pula bagi orang yang berada di dalam keadaan

junub ataupun wanita yang sedang haid lalu tamat haidnya lantas

ingin mengerjakan solat dengan bertayamum dengan sebab-sebab

yang valid, maka tidak perlu mereka mengulangi solat apabila

bertemu dengan sumber air. Hal ini berdasarkan hadis daripada

Imran bin Hussain radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kami pernah bermusafir bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Waktu itu baginda solat mengimami

kami. Tatkala solat selesai, ada seorang lelaki yang solat

sendirian memisahkan diri dari orang ramai. Baginda bertanya kepadanya:

ی( 3 ن أن تK8�P مo ا�$�م؟ م( م0*@

Wahai fulan mengapa kamu tidak solat bergabung

dengan orang ramai?

Orang tersebut menjawab:

.أ!(K0�� جE�)0 و% م(ءMalam tadi saya junub tetapi saya tidak mendapatkan air.

Baginda menjawab:

441 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 115.

Page 290: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

290

@�.Lی ��+V3 ��*�P�)� @��5. Kamu boleh bersuci dengan tanah dan hal itu sudah cukup bagimu.

442

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TIADA AIR

ATAU AL-SHO’IID

Seseorang itu mungkin akan berhadapan dalam satu

keadaan ketiadaan air mahupun tanah untuk berwuduk atau

tayamum sedangkan dia perlu menunaikan solat yang fardhu maka

hendaklah dia tetap menunaikan solat tersebut tanpa menyucikan

diri dari hadas dan tidak perlu dia mengulangi solat tersebut setelah

terjumpa alat untuk bersuci. Pandangan ini dikuatkan dengan

sebuah hadis daripada Urwah bin Zubair radhiallahu 'anh dia

berkata:

ML�43 دة d أس�(ء 5(ئET أ+�4( اس�*(رت م5وس��� رج 3�ج�ه( B*#3 رس�ل ا���� !��� ا���� 5���

3�درآ4�� ا��P ة وX�� م*4� م(ء ��P3�ا LT3�ا ذ�@ ��� ا���� 5��� وس��� w+�3ل ا���� YیE إ�� رس�ل ا���� !

�F��ا���.

Bahawasanya A'isyah radhiallahu 'anha pernah

meminjam sebentuk kalung dari Asma binti Abu Bakar radhiallahu 'anha lalu kalung itu hilang di perjalanan.

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh

beberapa orang mencari dan akhirnya mereka menemuinya kembali. Di dalam mereka mencari kalung

itu masuklah waktu solat. Oleh kerana di ketika itu tiada

442 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no: 344.

Page 291: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

291

air maka merekapun solat tanpa berwuduk.

Sekembalinya bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam mereka menerangkan hal tersebut. Maka di ketika itu turunlah ayat (mensyari'atkan) tayamum. 443

Hadis di atas menunjukkan bahawa para sahabat tersebut

telah mengerjakan solat tanpa berwuduk dan apabila Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam mengetahui peristiwa tersebut baginda

tidak menyuruh mereka mengulangi solat tersebut. Ini

menunjukkan solat tersebut adalah sah. Berkaitan dengan hadis di

atas Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah menjelaskan:

Kita lihat para sahabat melakukan solat sewaktu mereka

tidak menemukan apa yang dapat dijadikan alat untuk

bersuci. Dan sewaktu mereka laporkan hal itu kepada

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda tidak

menyalahkan mereka dan tidak pula menyuruh mereka

mengulangi (solat tersebut). Berkata al-Nawawi: “Ucapan

itu merupakan alasan yang terkuat.”444

Mungkin ada yang beranggapan peristiwa di dalam hadis

tersebut berlaku sebelum turunnya ayat tentang tayamum sebagai

ganti berwuduk. Namun begitu ianya tetap sah untuk dijadikan

hujah sekiranya seseorang itu berhadapan dengan situasi yang sama

iaitu tidak memiliki alat untuk menyucikan diri dari hadas.

Syaikh Sa’id al-Qahtani pula berkata:

Pada asalnya seseorang wajib bersuci menggunakan air.

Akan tetapi apabila dia terhalang dari menggunakan air

baik kerana sakit mahupun kerana lainnya, dia boleh

443

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Tayammum, no:336. 444

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 176

Page 292: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

292

bertayamum menggunakan tanah. Namun bila

menggunakan tanah juga terdapat halangan, maka dia

boleh mengerjakan solat tanpa bersuci terlebih dahulu.

Allah Ta’ala berfirman:

���������"o ���� �� z�{#"m-4f��...

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu…445

Allah juga berfirman:

...���� $�M#MR aA�?JbD3c t*� ;� ���>�� hF��

���Z⌧ ...

…dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…446

Dalam hal ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

bersabda:

��*O���م� 3�ت�ا م0� م( اس �Lوإذا أم�ت.

Bila aku perintahkan sesuatu kepada kalian, maka lakukan semampu kalian.447

Walaubagaimanapun apa yang ingin penulis tekankan di

445

al-Taghabun (64) : 16 446

al-Hajj (22) : 78 447 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

I’tishom bi al-Kitab wa al-Sunnah, no:7288.

Page 293: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

293

sini adalah bahawa kemaafan hukum ini adalah bagi seseorang

yang benar-benar tidak dapat berwuduk atau bertayamum setelah

segala usaha yang sewajarnya telah dilaksanakan semampu

mungkin dan bukan kerana sikap malas atau perbuatan

mengabaikan perintah agama.

Begitulah perbahasan berkaitan dengan tayamum dan

hukum-hakam berkaitan dengannya menurut al-Qur’an dan al-

Sunnah.

BAGAIMANAKAH TATACARA MANDI WAJIB DAN

APAKAH HUKUM-HAKAM BERKAITAN

DENGANNYA?

Mandi atau al-Ghusl )"�/�ا( secara bahasa bermakna

mengalirkan air kepada sesuatu. Manakala menurut syarak pula al-

Ghusl bermakna mengalirkan air yang suci ke seluruh anggota

tubuh dengan cara yang telah ditetapkan disertai dengan niat, di

mana niat itulah yang membezakan antara mandi untuk ibadah atau

hanya sekadar kebiasaan. Dalil disyari’atkan mandi wajib adalah

firman-firman Allah Subhanahu wa Ta'ala seperti berikut:

Page 294: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

294

...0*��� a+�=�\ ��d�=�R ����ZTQ���"o...

…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…448

M�.�#3}45L±�� 7F� 7´e�"M☺J>�� � a�#� ��#�

CPj�/ ����>®Mµh���"o ����]5�G�>�� t*� 7´e�"M☺J>�� � $%��

TF#��A�ZJ�"� _| z⌧ 0aZQhm� � �"j*y"o 0aZTQ"m"� ¶k#��#�o�"o hF��

PJb⌧ �+�\�Z��/ ���� _ �0*� ���� ¢3��²

��*A�I�@�>�� ¢3��²�� �� Z*�Q"m-☺J>�� 7:::;

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu

satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan

mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan

diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan

isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan

janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh)

sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah

bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang

diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,

dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

449

448

al-Maa-idah (5) : 6 449

al-Baqarah (2) : 222

Page 295: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

295

PERKARA-PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

Di antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang

perlu melakukan mandi wajib adalah seperti berikut:-

1) Keluarnya air mani

Apabila terkeluar atau terpancut air mani dari kemaluan maka

diwajibkan mandi. Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu

'anh, daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda

bersabda:

إ+��( ا��(ء م ا��(ء

Sesungguhnya air itu kerana air.450

Maksud hadis di atas adalah kita wajib mandi apabila keluarnya

air mani bagi lelaki mahupun perempuan. Air mani lelaki itu

likat dan berwarna putih manakala air mani wanita itu cair dan

berwarna kuning.

Daripada Ummu Salamah Ummul Mukminin, dia

berkata: “Telah datang Ummu Sulaim (Isteri Abu

Thalhah) kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak

malu terhadap kebenaran. Apakah wanita harus mandi

jika bermimpi (melakukan persetubuhan)? Maka Rasulullah bersabda:

.ا��(ء +*� إذا رأت

450 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 343.

Page 296: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

296

Ya, jika dia melihat air (mani).451

Dari sini dapat kita fahami bahawa wanita yang bermimpi

melakukan hubungan intim dalam tidurnya memungkinkan

untuk keluarnya cairan (air mani) sebagaimana lelaki. Namun

begitu mimpi yang tidak menyebabkan keluarnya air mani

maka tidak diwajibkan baginya mandi kerana menurut sabda

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas hendaklah

seseorang itu benar-benar melihat bekas air mani tersebut.452

451

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, no: 282. 452

Sekiranya seseorang bermimpi melakukan hubungan intim

namun tiada kesan yang menunjukkan air mani telah terkeluar, maka tidak

perlu baginya mandi wajib. Sekiranya sesorang lelaki mahupun wanita

setelah terjaga dari tidur dan didapatinya terdapat kesan cairan pada badan

mahupun pakaiannya maka terdapat tiga kemungkinan:

1) Cairan tersebut adalah air mani maka hendaklah dia mengerjakan

mandi wajib sekalipun dia tidak pasti bahawa dia bermimpi

melakukan hubungan intim mahupun tidak.

2) Cairan tersebut adalah air mazi maka ianya adalah najis maka

hendaklah dia mencucinya tetapi tidak diwajibkan mandi.

3) Cairan tersebut tidak dikenalpasti samada air mani atau air madzi. Di

dalam situasi sebegini terdapat dua situasi.

a) Sekiranya sebelum tidur, seseorang itu telah melakukan

perbuatan yang menaikkan nafsu, memikirkan sesuatu yang

meransangkan syahwatnya atau perkara-perkara lain yang

sejenisnya maka cairan tersebut adalah air mazi. Maka ianya

najis dan hendaklah dia mencucinya tanpa perlu mandi wajib.

b) Namun sekiranya sebelum tidur seseorang itu tidak melakukan

sebarang aktiviti yang merangsangkan nafsunya maka

diwajibkan baginya mandi wajib dan mencuci apa jua bahagaian

yang terkena cairan tersebut sebagai langkah berhati-hati. Namun

begitu terdapat juga ulamak yang berpandangan bahawa di dalam

keadaan sebegini maka dia tidak perlu mandi wajib dan memadai

baginya untuk mencuci mana-mana bahagian yang terkena cairan

Page 297: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

297

Para ulamak sepakat akan wajibnya mandi setelah keluarnya air

mani yang disertai syahwat baik ketika sedar mahupun tidur.

Namun begitu mereka berbeza pendapat tentang adakah perlu

mandi wajib apabila keluar air mani tanpa syahwat, kerana

sakit atau selainnya.

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:

Barangsiapa melihat air yang memancar baik terasa

nikmat atau tidak, maka wajib baginya mandi.453

Namun begitu menurut pengarang kitab Shahih Fikih Sunnah:

Barangsiapa yang keluar air maninya tanpa syahwat;

kerana sakit, udara dingin atau lainnya, maka tidak

diwajibkan mandi ke atasnya menurut pendapat yang

lebih kuat di antara dua pendapat ini dan inilah

merupakan pendapat majoriti ulamak kecuali Syafi’i dan

Ibnu Hazm.

Para ulamak bersepakat mengenai kewajipan mandi yang

disebabkan oleh keluarnya air mani kerana syahwat pada

saat sedar dan yang disebabkan oleh mimpi.454

Pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga selari dengan

pandangan Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim di atas. Beliau

berkata:

tersebut. Ini adalah pada asalnya dia berada di dalam keadaan

suci. Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan oleh perkara

yang terdapat unsur keraguan. 453

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 55. 454 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 245.

Page 298: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

298

Jika mani keluar tanpa syahwat, baik kerana sakit atau

kerana cuaca dingin atau penyebab lainnya maka tidak

ada kewajipan baginya untuk mandi wajib.455

2) Melakukan Persetubuhan

Mandi wajib juga dikenali sebagai mandi janabah. Ini adalah

kerana seseorang itu diwajibkan mandi sekiranya dia berada di

dalam keadaan janabah. Menurut Imam al-Syafi’i

rahimahullah:

Allah 'Azza wa Jalla mewajibkan mandi yang disebabkan

oleh janabah. Sudah masyhur pula pada lisan orang Arab

bahawa janabah bererti bersetubuh (jimak), walaupun

dalam bersetubuh itu tidak disertai air yang terpancar

(keluar air mani).

Rabi’i berkata: Yang dimaksudkan adalah tidak inzal (tidak keluar air mani). Sunnah menunjukkan bahawa

janabah adalah bersetubuh antara lelaki dan wanita

sehingga zakar lelaki memasuki ke dalam kemaluan

wanita atau terlihat keluarnya air mani walaupun tidak

jimak.456

Dalil-dalil yang menunjukkan persetubuhan itu mewajibkan

seseorang mandi wajib adalah:

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

455

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 295. 456

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 54.

Page 299: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

299

...0*��� a+�=�\ ��d�=�R ����ZTQ���"o...

…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…457

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh daripada Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

;*#4( اJر��H o� ج4�ه( 3$� وجr ا�/�"�� X�إذا ج .

Jika lelaki duduk di antara empat anggota tubuh wanita458 lalu bersungguh-sungguh melakukannya

(hubungan intim) maka wajib atasnya mandi.459

Dan di dalam lafaz Imam Muslim terdapat penambahan:

. وإن �� یw0ل...

Meskipun tidak mengeluarkan air mani.460

457

al-Maaidah (5) : 6 458

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam o�رJ4( ا#*; atau empat

anggota tubuh wanita bermaksud:

Kedua tangan dan kaki wanita. Sedangkan duduknya lelaki di

antara kedua tangan dan kaki wanita saat berhubungan intim

merupakan salah satu sifat hubungan intim yang layak

meskipun dengan sifat lainnya diperbolehkan selama

berhubungan intim pada tempat yang diperbolehkan. (Syaikh

‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram,

jilid 1, ms. 382) 459 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, no: 291. 460 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 348.

Page 300: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

300

Daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha daripada Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

�j�ن ا)�j�ا �Xوم o�رJ4( ا#*; �� X�ن 3$� إذا ج) .وجr ا�/�"

Jika lelaki duduk di antara empat anggota tubuh wanita

lalu kemaluannya bertemu dengan kemaluan isterinya, maka keduanya wajib mandi.461

Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:

Pengertian hadis di atas adalah bahawa wajibnya mandi

tidak harus dengan keluarnya air mani.462

Daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha bahawa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam tentang seorang lelaki yang bersetubuh dengan

isterinya kemudian bermalas-malasan, apakah keduanya

wajib segera mandi? Pada saat itu ‘Aisyah sedang duduk

maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"��/+ ��H -g3*" ذ�@ أ+( وهJ K8+إ.

Sesungguhnya aku pernah melakukan hal itu, aku dan ini (‘Aisyah), kemudian kami mandi.463

Jelas melalui hadis-hadis di atas menunjukkan sekiranya

461 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 349. 462 Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu

Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 480. 463 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 350.

Page 301: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

301

terjadinya persetubuhan di antara lelaki dan pasangan

wanitanya, maka hendaklah dia mengerjakan mandi wajib

meskipun air mani tidak terkeluar.

Namun begitu hal ini tidak disepakati oleh para ulamak.

Terdapat juga di kalangan para ulamak yang beranggapan

bahawa hanya persetubuhan yang menyebabkan terkeluarnya

air mani sahaja yang menyebabkan wajibnya mandi. Jika

persetubuhan tersebut tidak mengeluarkan air mani maka

memadai bagi mereka untuk hanya mencuci kemaluan dan

berwuduk seperti wuduk solat. Dalil-dalil yang dijadikan

sandaran mereka adalah seperti berikut:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh,

daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

إ+��( ا��(ء م ا��(ء

Sesungguhnya air itu kerana air.464

Imam Daud al-Dzahiri rahimahullah berkata:

Tidak wajib (mandi) selama tidak keluar air mani

berdasarkan hadis: “Sesungguhnya air itu kerana air.”465

Sementara itu terdapat juga beberapa hadis lain yang

menunjukkan tidak perlu mandi wajib sekiranya berjimak tanpa

mengeluarkan air mani.

464

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 343. 465

Penulis nukil dari kitab Fikih Thaharah, ms 296 dan Shahih Fikih

Sunnah, ms. 246.

Page 302: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

302

Yahya berkata: Abu Salamah bercerita kepadaku bahawa

Atha’ bin Yasar menyatakan Zaid bin Khalid al-Juhani

memberitahukan kepadanya bahawa dia bertanya kepada ‘Uthman bin Affan:

أرأیM إذا ج(مo ا���ج" ام�أت� 3�� ی�؟

Apa pendapatmu jika seseorang menggauli isterinya dan

tidak sampai mengeluarkan air mani.?

.ی����� آ�( ی����� �P�� ة وی/�" ذآ�-: d(ل R5�(ن

‘Uthman berkata: Dia berwuduk seperti wuduk solat dan

mencuci kemaluannya.

. س�*�� م رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس���: d(ل R5�(ن

‘Uthman berkata: Aku mendengarnya daripada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

� �K�5 @�ذ 5 M���3 K�ا�*��ام أ � ���Fwوا� r�)i آ*r رK� ا���� 405� � �K�5#�� ا���� وأ � E'�iو

@�g� -3�م�و.

Maka aku bertanya-tanya kepada ‘Ali bin Abi Thalib, al-

Zubair bin al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah dan Ubai

bin Ka’ab, mereka memerintahkan melakukan hal itu.

���Fwا� d(ل ی'�� وأK+�#U أ�� س��E أن� 5�وة �أU#�- أن� أ�( أی�Fب أU#�- أ+�� س�o ذ�@ م رس�ل ا����

.!��� ا���� 5��� وس���

Yahya berkata Abu Salamah memberitahuku bahawa

‘Urwah bin al-Zubair memberitahu kepadanya bahawa

Abu Ayub memberitahukan bahawa dia mendengar demikian daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi

Page 303: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

303

wasallam.466

آ*� FK�أ K+�#Uل أ)d ب�Fأ�� أی K+�#Uلأ)d ��+أ r : . ی( رس�ل ا���� إذا ج(مo ا���ج" ا���أة 3�� یw0ل

Diriwayatkan daripada Abu Ayyub, dia berkata: Aku

diberitahukan oleh Ubai bin Ka’ab bahawa dia berkata:

Wahai Rasulullah, (apa hukumnya) jika seorang lelaki

menggauli isterinya dan tidak (sampai) keluar air mani?

. ی/�" م( م�X ا���أة م��H �0 ی����� ویd :K8�P(ل

Baginda berkata: Hendaknya dia mencuci apa yang

menyentuh wanita itu kemudian berwuduk dan solat.

" أ��ط وذاك ا�U� وإ+��( d )�0���(ل أ�� 5#� ا���� ا�/��43 �U%

Abu ‘Abdillah (Imam al-Bukhari) berkata: Mandi lebih

hati-hati dan lebih selamat. Demikian keputusan terakhir,

hanya sahaja kami jelaskan perkara ini kerana perselisihan yang terjadi di antara mereka.

467

Ternyata kedua-dua pandangan ini didirikan di atas dalil-dalil

yang sahih dan bagi penulis ianya termasuk di dalam perkara

khilafiyah (perkara yang diperselisihkan di kalangan para

ulamak). Sewajarnya kita menghormati kedua-dua pandangan

tersebut dan tidak berkeras untuk menetapkan pegangan

masing-masing terhadap pihak lain. Hanya sahaja penulis

466 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, no: 292. 467 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, no: 293.

Page 304: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

304

berpandangan hadis-hadis yang menunjukkan tidak diwajibkan

mandi sekiranya persetubuhan tersebut tidak mengeluarkan air

mani telah dimansuhkan oleh hadis-hadis yang diriwayatkan

daripada Abu Hurairah dan ‘Aishah radhiallahu 'anhuma

seperti yang telah penulis bawakan di atas. Menurut al-Hafidz

Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah:

Jumhur ulamak berpendapat bahawa hubungan badan

yang tidak mengeluarkan air mani yang cukup berwuduk

sahaja (tidak perlu mandi wajib) telah dimansuhkan

dengan hadis Abu Hurairah dan ‘Aisyah yang telah

disebutkan pada bab sebelumnya (Hadis no: 291). Dalil

penghapusannya adalah hadis yang diriwayatkan oleh

Ahmad dan lainnya daripada al-Zuhri daripada Sahal bin

Sa’ad, dia berkata:

Ubai bin Ka’ab berkata kepadaku bahawa fatwa yang

mereka katakan iaitu air (mandi) kerana sebab air

(keluarnya mani) adalah keringanan yang diberikan

Rasulullah pada permulaan Islam, lalu baginda

memerintahkan untuk mandi setelah itu. Riwayat ini

disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. Al-

Isma’ili berkata, “Riwayat ini sahih memenuhi

persyaratan Imam al-Bukhari,”

Seterusnya al-Hafidz mengisyaratkan kelemahan hadis

tersebut namun begitu beliau berkata:

Akan tetapi secara umum jalur periwayatan tersebut

boleh dijadikan dalil dan (riwayat tersebut) jelas-jelas

untuk menghapuskan hukum yang ada dalam hadis

‘Uthman. Di samping itu, hadis yang mewajibkan mandi

meskipun tidak keluar air mani adalah lebih kuat dari

hadis Sesungguhnya air itu kerana air kerana yang pertama

Page 305: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

305

adalah ucapan langsung sedangkan hadis yang tidak

mewajibkan mandi meskipun tidak keluar air mani adalah

hasil pemahaman terhadap hadis itu. Atau kemungkinan

hadis kedua ini mengandungi makna tekstual, namun

konteks hadis yang pertama lebih tegas.

Ibnu Abi Syaibah dan lainnya meriwayatkan daripada

Ibnu ‘Abbas bahawa hadis Sesungguhnya air itu kerana air

khusus untuk orang yang mimpi bersetubuh. Ini adalah

tafsiran yang mengkompromikan di antara kedua hadis

tersebut tanpa ada pertentangan. 468

Imam al-Syafi’i rahimahullah juga telah memberi perbahasan

yang menarik berkaitan perkara ini. Beliau telah menyebutkan

kata junub dalam bahasa Arab bererti jimak (bersetubuh)

meskipun tidak mengeluarkan air mani. Jika dikatakan si fulan

telah junub kerana fulanah, bererti dia telah berhubungan badan

dengannya walaupun tidak sampai keluar air mani. Imam al-

Syafi’i juga berkata:

Para ulamak tidak berbeza pendapat bahawa zina yang

mendapat hukuman adalah hubungan badan walaupun

tidak mengeluarkan air mani.469

Oleh itu penulis lebih cenderung dengan mazhab Syafi’i dalam

hal ini dan wajib mandi setelah melakukan persetubuhan

walaupun tidak mengeluarkan air mani merupakan pandangan

yang lebih berhati-hati. Namun begitu ini sama sekali tidak

468

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 483-

484. 469

Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu

Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 484 dan Fikih Sunnah karya Syaikh Sayyid

Sabiq, jilid 1, ms. 139.

Page 306: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

306

bermakna penulis melihat mereka yang berpandangan bahawa

mandi hanya diwajibkan setelah persetubuhan yang

mengeluarkan air mani itu sebagai golongan yang tidak berhati-

hati. Penulis menghormati pandangan tersebut dan adalah

manhaj penulis untuk menetapkan perkara khilafiyah sebagai

khilafiyah.

3) Terhentinya Haid dan Nifas

Haid secara bahasa bermaksud mengalir. Secara syari’at haid

adalah darah yang berwarna hitam pekat dan berbau busuk,

yang keluar dari kemaluan wanita yang telah baligh mengikut

putaran waktu tertentu.

Nifas pula adalah darah yang keluar dari kemaluan wanita

setelah melahirkan anak. Warna darah nifas adalah sama seperti

haid.

Istihadhah pula adalah darah yang keluar dari kemaluan wanita

yang bukan pada waktu haid mahupun nifas dan warnanya pula

adalah merah bersinar. Darah istihadhah adalah darah penyakit

di mana bagi wanita yang mengalaminya dianggap suci dan

tidak perlu baginya untuk mandi wajib.

Telah sepakat para ulamak bahawa setelah berhentinya darah

haid mahupun nifas maka diwajibkan bagi wanita untuk

menyucikan diri dengan mengerjakan mandi wajib.

Dalil-dalil berkaitan haid adalah seperti berikut:

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

M�.�#3}45L±�� 7F� 7´e�"M☺J>�� � a�#� ��#�

CPj�/ ����>®Mµh���"o

Page 307: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

307

����]5�G�>�� t*� 7´e�"M☺J>�� � $%��

TF#��A�ZJ�"� _| z⌧ 0aZQhm� � �"j*y"o 0aZTQ"m"� ¶k#��#�o�"o hF��

PJb⌧ �+�\�Z��/ ���� _ �0*� ���� ¢3��²

��*A�I�@�>�� ¢3��²�� �� Z*�Q"m-☺J>�� 7:::;

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad),

mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu

satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan

diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan

isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh)

sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah

bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang

diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya

Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,

dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

470

Telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawasanya Fathimah

binti Abi Hubaisy mengalami istihadhah, maka dia bertanya

kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan Nabi bersabda:

E1�'�)� M���ذ�@ 5�ق و. K5�3 E1�'�ا M�#dذا أV3K8�!و K���\)3 ة وإذا أد��ت �Pا�.

Yang demikian itu adalah penyakit dan bukan haid.

Apabila telah datang waktu haid maka tinggalkanlah

470

al-Baqarah (2) : 222

Page 308: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

308

solat; dan apabila telah berlalu (waktu haid tersebut) maka mandilah dan laksanakan solat.471

Sebenarnya darah nifas juga merupakan darah haid hanya

sahaja darah nifas itu keluar setelah sesorang wanita itu

melahirkan anak. Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim:

Secara ijmak hukum nifas adalah sama dengan hukum

haid dan pernah disebutkan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda pernah mengiktibarkan

nifas dengan haid dan sebaliknya.472

Bukti menunjukkan hal tersebut adalah adalah seperti peristiwa

yang diriwayatkan oleh ‘Aishah radhiallahu 'anha:

Kami berangkat tanpa ada maksud selain mengerjakan

ibadah haji. Ketika kami telah berada di suatu tempat

yang bernama Sarif aku mengalami haid, maka

Rasulullah masuk menemuiku sedangkan aku dalam

keadaan menangis.

.م( �@ أ+.d :M�(لBaginda bertanya: Ada apa denganmu? Apakah engkau

sedang nifas?

M�d :�*+ !

Aku menjawab: Benar!473

471

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haid, no: 320. 472

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 249.

473 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haid, no: 294.

Page 309: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

309

Oleh itu bagi wanita yang telah berhentinya darah nifas maka

dia juga perlu menyucikan dirinya dengan mandi wajib.

Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani:

Ijmak ulamak menyebutkan bahawa wanita yang telah

berhenti dari nifas wajib mandi sebagaimana wanita

yang yang telah berhenti dari haid.474

4) Kematian

Orang Islam yang meninggal dunia wajib dimandikan kecuali

mereka yang syahid di medan pertempuran.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

Di antara yang mewajibkan mandi adalah kematian. Ini

adalah sesuatu yang telah disepakati (ijmak) umat

bahawa mayat hendaklah dimandikan baik lelaki mahupun

perempuan, besar ataupun kecil, kecuali seseorang yang

mati syahid di jalan Allah. Orang yang mati syahid

hendaklah dia dibiarkan seperti apa yang sedia ada

padanya dan hendaklah dia dikafankan dengan pakaian

yang dipakainya saat mati syahid.475

Dalilnya adalah seperti berikut:

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh, dia berkata:

Ketika seseorang berdiri bersama Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam di ‘Arafah, tiba-tiba dia terjatuh dari

474

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 114. 475

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 300.

Page 310: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

310

kenderaannya hingga lehernya patah. Maka Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

و% ت'�O80- و% ���H K3 -�08.ا\���- ��(ء وس�ر وآ .تj�8�وا رأس� V3ن� ا���� ی#*R� ی�م ا�$�(مE م8#��(

Mandikanlah dia dengan air dan sidr (daun bidara) dan

kafankanlah dia dengan dua pakaian (ihramnya), dan

janganlah kalian memberinya wangi-wangian serta

jangan pula menutupi kepalanya, kerana sesungguhnya

Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiyah.476

Daripada Ummu ‘Athiyyah al-Anshariyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam masuk menemui kami ketika puterinya

meninggal dunia lalu bersabda:

ا\H H )40��( أو U��( أو أآR� م ذ�@ إن رأی�� ذ�@ . ��(ء وس�ر

Mandikanlah dia tiga kali atau lima kali atau lebih

banyak dari itu jika kamu beranggapan hal itu perlu dengan menggunakan air dan sidr (daun bidara).477

5) Orang Kafir Masuk Islam

Telah sabit dalil-dalil menunjukkan adanya saranan daripada

baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang perlunya bagi

476 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jana’iz, hadis no 1266. 477 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jana’iz, hadis no 1253.

Page 311: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

311

orang kafir yang bertukar agamanya ke agama Islam untuk

mandi wajib.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, dia berkata:

sا ���! FK#�0ل 05� م( أس�� ا�)Hأ � Eم)�H E�Pd K3 .5��� وس��� أن ی/�"

Dalam kisah Tsumamah bin Utsal ketika memeluk Islam,

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkannya untuk mandi.

478

Daripada Qais bin ‘Ashim, dia berkata:

K+�س م 3�مWا���� 5��� وس��� أری� ا ���! �K#�0ا� M�أت أن أ\��" ��(ء وس�ر

Suatu ketika saya datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam untuk masuk Islam lalu baginda

memerintahkan saya mandi dengan air dan daun bidara.479

Tentang hikmah diperintahkan mandi bagi orang kafir yang

memeluk Islam menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani:

Hal itu kerana seseorang yang masuk Islam bererti telah

478

Hadis riwayat Imam Abdur Razaq dan juga al-Hafidz Ibnu Hajar

al-‘Asqalani di dalam Bulughul Maram, no: 98, Bab al-Ghusli wa Hukmul

Junubi, no: 98. Menurut pensyarah kitab Bulughul Maram iaitu Syaikh

‘Abdullah al-Bassam hadis ini sahih, diriwayatkan oleh al-Baihaqi melalui

Abdur Razaq, sanadnya sahih daripada perawi hadis Bukhari-Muslim,

juga berasal dari keduanya. Hadis ini dinilai sahih juga oleh Ibnu

Khuzaimah. 479 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 301.

Page 312: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

312

membersihkan batinnya dari najis syirik, maka hikmah

diperintahkannya mandi adalah agar orang tersebut juga

membersihkan badannya dari najis yang lahir.480

Ada juga yang beranggapan tujuan diperintahkan orang yang

baru memeluk Islam untuk mandi adalah kerana secara

umumnya mereka ketika kafir tidak suci dari janabah.

Namun begitu para ulamak berbeza pendapat tentang

hukumnya samada wajib mahupun sunat dan ianya boleh

dibahagikan kepada tiga pendapat. Menurut Syaikh ‘Abdullah

al-Bassam:

Pendapat Pertama: Imam Malik dan Ahmad berpendapat

wajibnya mandi ketika seseorang masuk Islam, baik pada

masa kufurnya ada sebab lain yang mewajibkannya mandi

ataupun tidak. Pendapat ini adalah mazhab Abu Tsaur

dan Ibnul Mundzir. Mereka berpedoman pada hadis bab

ini (Tsumamah bin Utsal) dan hadis yang diriwayatkan

Ahmad dan al-Tirmidzi bahawa Qais bin Ashim ketika

masuk Islam diperintahkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk mandi dan perintah ini wajib. Syaikh al-

Albani mengatakan bahawa sanad hadisnya sahih.

Pendapat Kedua: Menurut Imam Syafi’i tidak diwajibkan

mandi kecuali jika pada masa kufurnya ada hal yang

menyebabkan wajibnya mandi.

Pendapat Ketiga: Sedangkan Imam Hanafi berpendapat

bahawa orang kafir yang masuk Islam tidak diwajibkan

480 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 110.

Page 313: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

313

mandi, mereka berpedoman bahawa Islam membatalkan

sesuatu yang sebelumnya (ketika kafir) dan seandainya

setiap orang yang masuk Islam diperintahkan untuk

mandi maka pastilah diriwayatkan dengan hadis yang

mutawatir481. Adapun hadis Qais bin Ashim menunjukkan

sunat. Sementara al-Khaththabi menyatakan bahawa ini

adalah pendapat majoriti ulamak.482

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam tentang pendapat kedua:

Ia adalah pendapat yang tidak didukung oleh dalil kerana

tidak ada hadis yang diriwayatkan bahawa Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan tentang orang

yang masuk Islam seperti itu.483

Kini yang tinggal hanya pendapat yang menyatakan wajib serta

sunat secara mutlak. Menurut Syaikh Kamal bin As-Sayyid

Salim:

Pendapat yang paling kuat dalam masalah ini adalah

apabila orang kafir (baik kafir asli mahupun kafir

murtad) hendak masuk Islam, maka diwajibkan mandi

secara mutlak.484

481

bermaksud berturut-turut. Menurut istilah hadis mutawatir م��ات�

adalah hadis yang diriwayatkan oleh ramai orang dan kemudian diterima

pula oleh ramai orang yang semisalnya yang menurut adat mustahil

mereka bersepakat untuk berdusta. 482 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 391-392. 483 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul

Maram, jilid 1, ms. 392. 484 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 251.

Page 314: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

314

Tentang pandangan Islam membatalkan sesuatu yang

sebelumnya (yakni ketika kafir) adalah berlandaskan dalil

berikut:

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

�#� NF�������> ��'��Z⌧'$� 0*� ���Q�°� aZ⌧'J4�� xQ">

��� h�"� M�D3Mf 0*��� ���e��#� h�"�"o h�$��

����f ����>��-E�� 7�;

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang

yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya),

nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu,

dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan

menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah

berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.

485

Hadis ‘Amru bin al-Ash secara marfu’ (sanad bersambung

kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam)

��#d س م ی4�م م( آ(نWا .

Islam menggugurkan apa-apa yang terjadi sebelumnya.486

Pada dasarnya dalil-dalil di atas bersifat mutlak atau umum.

Sedangkan hadis-hadis yang menunjukkan perintah untuk

485

al-Anfaal (8) : 38 486 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Imaan, no: 121,

Page 315: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

315

mandi itu adalah bersifat khusus. Kaedah ushul fiqh

menyatakan lafaz mutlak tetap pada kemutlakannya selama

tidak ada dalil yang mengikatnya baik berupa nas mahupun

petunjuk (dalalah). Penulis berpandangan perintah Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam untuk mandi bagi orang kafir yang

masuk Islam telah mengikat kemutlakan dalil-dalil tersebut.

Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim berkata:

Pengambilan ayat dan hadis di atas sebagai dalil masih

harus diulang kaji kerana yang dimaksudkan melalui ayat

dan hadis tadi adalah pengampunan dosa-dosa. Para

ulamak bersepakat bahawa seorang yang masuk Islam

yang memiliki tanggungan hutang atau qishash, maka

keislamannya tidak dapat menggugurkan tanggungan

tadi.487

Tentang pandangan yang menyatakan seandainya setiap orang

yang masuk Islam diperintahkan untuk mandi maka pastilah

diriwayatkan dengan hadis yang mutawatir, dapat kita sanggahi

dengan menyatakan bahawa perintah Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam kepada satu orang juga berlaku kepada seluruh

manusia. Menurut Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim:

Kewajipan mandi nampak sangat jelas kerana perintah

Rasulullah kepada sebahagian sahabat (tentu) telah

disampaikan kepada sahabat yang lainnya. Oleh kerana

itu anggapan bahawa tidak ada perintah kepada

sebahagian sahabat yang lain tidak boleh dijadikan

487 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 251.

Page 316: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

316

pegangan.488

6) Mandi Pada Hari Jumaat

Hikmah untuk mandi pada hari Jumaat adalah bagi

menyegarkan badan supaya dapat menambah kekhusyukkan

ketika mengerjakan solat Jumaat. Walaupun begitu perintah ini

juga ditujukan kepada kaum wanita. Di samping itu mandi pada

hari Jumaat juga bertujuan untuk menghilangkan bau-bau

badan yang boleh menggangu pihak lain ketika mengerjakan

solat Jumaat. Oleh itu waktu yang paling utama untuk mandi

pada hari Jumaat adalah sebelum berangkat ke masjid untuk

mengerjakan solat Jumaat. Namun begitu menurut Imam al-

Syafi’i rahimahullah ianya boleh dikerjakan setelah terbit fajar

pada hari Jumaat. Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

Imam al-Syafi’i berpendapat bahawa mandi Jumaat akan

mendapat pahala jika dilakukan setelah terbit fajar.489

Tambah al-Hafidz Ibnu Hajar lagi:

Apabila diketahui bahawa hikmah diperintahkan mandi

dan memelihara kebersihan semasa solat Jumaat adalah

demi menjaga ketenangan jamaah agar tidak terganggu

dengan bau yang tidak enak, maka barangsiapa yang

khuatir kebersihan dan keharuman tubuhnya hilang pada

siang hari, dia lebih dianjurkan untuk mengakhirkan

mandinya hingga menjelang berangkat solat Jumaat.490

488

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,

jilid 1, ms. 251. 489

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 43. 490

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 20.

Page 317: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

317

Namun begitu para ulamak berbeza pendapat tentang hukum

mandi pada hari Jumaat ini samada wajib atau sunat.

Bagi mereka yang berpendapat bahawa hukum mandi pada hari

Jumaat ini adalah wajib, mereka memandang meninggalkannya

adalah satu perbuatan yang berdosa. Ini merupakan pendapat

Abu Hurairah, ‘Ammar bin Yasir, Abu Sa’id al-Khudri, al-

Hassan, Imam Malik, Imam Ahmad dan Ibu Hazm. Dalil-dalil

yang dipergunakan oleh mereka adalah seperti berikut:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawa Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam bersabda:

.\�" ی�م اE*�Z� واجr 5�� آ"8 م'���

Mandi hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang bermimpi (sudah akhil baligh).491

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu 'anh, bahawa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ج(ء أ��آ� اE*�Z� 3��/��"إذا

Apabila salah seorang daripada kamu hendak

melaksanakan solat Jumaat maka hendaklah mandi terlebih dahulu.

492

Daripada ‘Amr bin Sulaim, dia berkata: Saya menyaksikan

(mendengarkan) Abu Sa’id, dia berkata: Saya menyaksikan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

491 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jumu’ah, no: 879. 492 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jumu’ah, no: 877.

Page 318: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

318

�ا�/�" ی�م اE*�Z� واجr 5�� آ"8 م'��� وأن ی�� . وأن ی��i �X#( إن وج�

Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi orang yang

sudah baligh, begitu juga menggosok gigi dan memakai wangi-wangian jika memungkinkan.493

Tentang pendapat wajibnya mandi pada hari Jumaat Syaikh

Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah berkata:

Inilah pendapat yang benar yang tidak selayaknya

beralih darinya sebab hadis-hadis sandarannya lebih

kuat sanadnya dan lebih tegas maknanya dari hadis-hadis

yang dijadikan dalil oleh para penentangnya untuk

menetapkan hukum sunat.494

Namun begitu jumhur ulamak termasuk Ibnu Mas’ud dan Ibnu

‘Abbas radhiallahu 'anhuma daripada kalangan para sahabat

berpandangan bahawa hukum mandi pada hari Jumaat hanyalah

sunat dan tidak diwajibkan. Imam kita Muhammad bin Idris al-

Syafi’i rahimahullah berkata:

Adapun mandi Jumaat dalil-dalil yang ada pada kami

menunjukkan bahawa ia diperintahkan atas dasar pilihan

(hukum sunat).495

Pada dasarnya dalil-dalil yang dijadikan landasan oleh

493 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jumu’ah, no: 880. 494 Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul

Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah

Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 135. 495

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 57.

Page 319: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

319

golongan kedua ini adalah sama seperti mereka yang

menyatakan mandi pada hari Jumaat itu wajib. Hanya sahaja

perkataan rواج (diwajibkan) yang terdapat pada hadis Abu

Sa’id496 hanya menunjukkan perintah yang ditekankan (sunah

mu’akkad) dan bukan wajib yang apabila ditinggalkan

seseorang itu berdosa. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar pengarang

kitab al-Ghaniyah iaitu Ibnu Suraj telah berkata:

Imam al-Syafi’i sendiri di dalam kitab al-Risalah (setelah

menyebutkan kedua hadis daripada Ibnu ‘Umar dan Abi

Sa’id) menyatakan: “Kata rواج yang terdapat pada hadis

di atas memiliki dua maksud yang berkemungkinan

Pertama: wajib yang apabila tidak dikerjakan maka

seseorang tidak akan mendapatkan pahala bersuci untuk

solat Jumaat.

Kedua: wajib yang berbentuk anjuran untuk menjaga

kemuliaan akhlak dan kebersihan ketika masuk masjid.497

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar:

Imam al-Syafi’i lebih cenderung kepada maksud yang

kedua berdasarkan cerita ‘Uthman bin ‘Affan dan ‘Umar

al-Khaththab.498

Mari kita lihat riwayat tersebut.

Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu 'anh, bahawa ketika

496

Sila rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 879) yang telah

penulis paparkan sebelum ini. 497

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 29. 498

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 29.

Page 320: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

320

‘Umar al-Khaththab berdiri di atas mimbar untuk

menyampaikan khutbah Jumaat, tiba-tiba seorang

sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam daripada kaum Muhajirin (yakni ‘Uthman al-‘Affan) masuk, maka

‘Umar memanggil (dan bertanya):

أی�E س(E5 هg-؟

Jam berapa ini?

Orang muhajirin itu berkata:

M�/; K8+3�� إ 3�� أ+$r� إ�� أهK� ���� س�*M ا����ذی .أزد أن ت����ت

Aku sangat sibuk sampai ketika pulang ke rumah aku

mendengar azan dan tidak sempat melakukan apa-apa

kecuali hanya berwuduk.

‘Umar berkata:

وM��5 �d أن� رس�ل ا���� !��� ا���� وا����ء أی1( .5��� وس��� آ(ن ی�م� �(�/�"

Hanya wuduk? Tidakkah kamu mengetahui bahawa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk mandi (sebelum melaksanakan solat Jumaat).

499

Menurut Imam al-Syafi’i sekiranya mandi pada hari Jumaat itu

wajib, pasti ‘Umar akan menyuruh ‘Uthman mandi terlebih

dahulu, namun ini tidak berlaku. Hal itu membuktikan bahawa

499 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Jumu’ah, no: 878.

Page 321: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

321

mereka berdua sedia memahami bahawa mandi pada hari

Jumaat itu tidaklah diwajibkan tetapi ianya hanyalah berbentuk

anjuran daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Menerusi hadis ini jugalah timbulnya kesepakatan di kalangan

para ulamak bahawa solat Jumaat tanpa mandi terlebih dahulu

hukumnya sah baik bagi mereka yang menganggapnya wajib

mahupun sunat.

Berkenaan dengan hadis ‘Abdullah ibnu ‘Umar radhiallahu

'anh500

huruf ف pada perkataan "��/��3 membuktikan mandi

pada hari Jumaat hanyalah berbentuk anjuran. Menurut al-

Hafidz Ibnu Hajar:

Makna huruf ف dalam hadis ini sama dengan makna huruf

:dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala ف

��������� � ������ �����=���� �"j*� �z�{JbM�. s�fIZ>��

o"�"�������� A�� ��MCh 4x�?·��JQ%¤ ��"�M�]� ...

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya…501 502

Ternyata perintah untuk bersedekah di dalam ayat di atas

hanyalah bersifat anjuran dan bukan wajib.

500

Sila rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 877) yang telah

penulis paparkan sebelum ini. 501

al-Mujaadalah (58) : 12 502

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 17.

Page 322: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

322

Tambahan pula pada hadis ‘Amr bin Sulaim503 perintah untuk

mandi pada hari Jumaat itu diletakkan sebaris dengan bersiwak

(menggosok gigi) dan memakai minyak wangi yang merupakan

perbuatan yang sunat. Apatah lagi ianya disambungkan dengan

huruf و yang menunjukkan persamaan hukum. Menurut al-

Qurthubi dan Ibnu al-Manayyar rahimahumallah tidak

dibenarkan menyatukan hukum wajib dengan hukum sunat

dalam satu kalimat.504 Oleh itu hukum mandi pada hari Jumaat

adalah sama dengan bersiwak serta memakai minyak wangi

yakni sunat.

Ibnu Daqiq al-‘Ied rahimahullah pula berkata:

Majoriti ulamak berpendapat bahawa mandi Jumaat itu

hukumnya sunat mereka mengertikan bentuk perintah itu

hanya menunjukkan disukai (anjuran) dan bentuk wajib

itu menunjukkan penekanan sebagaimana lahiriah hadis:

Daripada Samurah bin Jundub radhiallahu 'anh bahawa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

م ت���� ی�م اE*�Z� 3#4( و+*�M وم ا\��" . 3(�/�" أ13"

Barangsiapa berwuduk pada hari Jumaat, maka hal itu sudah cukup baginya. Akan tetapi, barangsiapa mandi maka hal itu lebih utama.505

503

Sila rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 880) yang telah

penulis paparkan sebelum ini. 504

Rujuk Fathul Baari, jilid 5, ms. 32. 505

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Jumu’ah, no: 457. Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Abu

Page 323: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

323

Demikianlah perbahasan tentang hukum mandi pada hari

Jumaat. Penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat kerana

ianya didirikan atas hadis-hadis yang sabit dan kaedah-kaedah

fekah yang benar. Hanya sahaja bagi penulis hendaklah kita

berusaha bersungguh-sungguh untuk mandi pada hari Jumaat

agar kita mendapat ganjaran pahala kerana mengerjakannya.

Apatah lagi bagi umat Islam di Malaysia, kita sedikitpun tidak

memiliki sebarang kesulitan untuk mandi pada hari Jumaat

sekurang-kurangnya pada awal pagi sebelum bertolak ke

tempat kerja. Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani:

Syaikh Ben Bazz (rahimahullah) berpendapat mandi pada

hari Jumaat hukumnya sunah mu’akkad (sangat

dianjurkan) dan agar lebih selamat, setiap Muslim

hendaklah selalu mandi pada hari Jumaat agar terlepas

dari pendapat yang menyatakan bahawa mandi jumaat

hukumnya wajib.506

Manakala Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah juga

memiliki pandangan yang sederhana berkaitan hukum mandi

pada hari Jumaat: Beliau berkata:

Mandi itu hukumnya sunat tetapi wajib bagi orang yang

memiliki bau yang tidak sedap dan memiliki keringat yang

menganggu orang-orang yang solat dan para malaikat,

maka orang itu tidak boleh menghadiri (solat) Jumaat

serta berkumpul dengan kaum Muslimin dalam keadaan

demikian (bau tak sedap) sampai dia menghilangkannya

Dawud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad. Syaikh al-Albani menilai hadis ini

hassan di dalam kitab Shahih Abu Dawud. 506 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 129.

Page 324: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

324

dengan cara mandi dan bersih-bersih.507

MANDI-MANDI YANG DISUNATKAN

Berikut adalah secara ringkasnya beberapa perkara yang

disunatkan untuk mandi iaitu apabila dikerjakan mendapat pahala

dan apabila ditinggalkan tidaklah pula ianya berdosa mahupun

tercela.

1) Mandi pada pagi Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Adalah disunnahkan untuk mandi pada pagi Hari Raya iaitu

sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Hari

Raya.

Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang

mandi; apakah harus mandi setiap hari? Maka beliau

menjawab:

Tidak harus. Namun, yang harus mandi ialah pada hari

Jumaat, hari ‘Arafah, hari ‘Ied al-Adha dan ‘Ied al-Fithri.508

Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah di dalam kitab

Majmu’nya (jilid 1, ms. 7):

Imam al-Syafi’i dan rakan-rakannya mengatakan: “Untuk

melaksanakan solat ‘Ied al-Fithri dan ‘Ied al-Adha

dianjurkan mandi. Tidak ada perbezaan pendapat di

507

Penulis nukil dari kitab Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 398. 508 Hadis riwayat Imam al-Syafi’i di dalam Musnad al-Syafi’i, jilid

1, ms.118-119.

Page 325: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

325

dalam masalah ini.”509

2) Setelah Memandikan Jenazah

Setelah memandikan jenazah adalah disunnahkan untuk mandi.

Dalilnya adalah seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

�������3 ���� . م \��" ا���M8 3��/��" وم

Barangsiapa yang memandikan jenazah, hendaklah

mandi sesudahnya dan barangsiapa yang mengusungnya hendaklah berwuduk.510

3) Setelah Menguburkan Mayat Orang Musyrik

Setelah menguburkan mayat orang yang mati dalam keadaan

syirik kepada Allah 'Azza wa Jalla maka disunatkan bagi kita

untuk mandi. Ini adalah berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib

radhiallahu 'anh. Dia datang kepada Nabi dan berkata:

.إن� أ�( r�)i م(تSesungguhnya Abi Thalib telah mati.

Nabi bersabda:

.اذهr 3�ار-

509

Dinukil dari artikel karangan Abu Ihsan al-Atsari bertajuk

Mendulang Sunnah Nabi Pada Hari Raya ‘Iedul Fitri yang diterbitkan

oleh majalah As-Sunnah, edisi 08/VII/1424H/2003M, ms. 23. 510 Hadis riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-Jana’iz,

no: 3161.

Page 326: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

326

Pergilah dan kuburkanlah dia.

Ali berkata lagi:

.إ+�� م(ت مT�آ(Dia meninggal dalam keadaan musyrik.

Nabi kembali menyahut:

.اذهr 3�ار-Pergilah dan kuburkanlah dia.

Setelah menguburkannya, saya kembali kepada baginda. Baginda bersabda kepadaku:

.ا\��"Mandilah.

511

4) Setelah Terjaga Dari Pengsan

Adalah disunatkan untuk mandi setelah tersedar dari pengsan.

Ini adalah sebagaimana diriwayatkan daripada Ubaidillah bin

Abdullah bin Utbah radhiallahu 'anh, dia berkata:

م�ض 5 K0�H8�'أ% ت M�$3 ET5�� 5(ئ M�UدM�)d :��� ! "$H. رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� وس��� :أ!��� ا��0(س؟ 0�d(: ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��� 3$(ل

. �*�ا K� م(ء K3 ا��d :r1j(ل. % ه� یq�0�و+@M�)d :أ3(ق ��H ���5 K�\�3 �0��ء rهg3 "��\)3 )0�*.3.

511

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 190.

Page 327: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

327

% ه� : أ!��� ا��0(س؟ 0�d(: 3$(ل !��� ا���� 5��� وس����*�ا K� م(ء d : K3(ل. س�ل ا����یq�0�و+@ ی( ر

r1j��ا .M�)d : K�\�3 �0��ء rذه ��H "��\)3 �*$3 . ��H ���5 أ3(ق

% ه� یq�0�و+@ ی( رس�ل : أ!��� ا��0(س؟ 0�d(: 3$(لK ا��r1j 3$*� 3(\��" �*�ا K� م(ء 3: 3$(ل. ا����

. ��H ذهr �0��ء ��H ���5 K�\�3 أ3(ق

"Saya pernah masuk ke rumah Aisyah dan bertanya

kepadanya: Bolehkah kamu ceritakan kepadaku tentang sakit yang dideritai oleh Rasulullah s.a.w? Aisyah

menjawab: Tentu! Ketika sakitnya semakin berat, Nabi

s.a.w bertanya: Apakah orang ramai sudah mengerjakan solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang

menunggu engkau. Lantas baginda berkata: Letakkan air

ke dalam bekas. Lalu kami lakukan perintah baginda itu.

Baginda mandi seterusnya cuba bangun untuk

menunaikan solat berjemaah lalu pengsan.

Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang

ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka

sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Letakkan air ke dalam bekas. Aisyah

berkata lagi: Baginda duduk dan mandi, kemudian cuba

bangun untuk menunaikan solat berjemaah lalu pengsan.

Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang

ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah

s.a.w bersabda: Letakkan air ke dalam bekas lalu baginda

duduk dan mandi, kemudian cuba bangun untuk

Page 328: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

328

menunaikan solat berjemaah lalu pengsan. 512

Melalui riwayat di atas kita dapati Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam telah pengsan sebanyak tiga kali dan setiap

kali baginda terjaga maka baginda akan mandi walaupun pada

ketika itu baginda terpaksa bersusah-payah untuk

melakukannya kerana keuzuran.

5) Setelah Berbekam

Adalah disunatkan untuk mandi setelah berbekam. Ini adalah

berlandaskan hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia

berkata:

o�أر أن� ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� آ(ن ی/��" م "�\ م اE�)0Z� وی�م اE*�Z� وم ا�'Z(مE وم

M8���ا.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam biasa mandi

kerana empat perkara iaitu kerana junub, ketika hendak

solat Jumaat, sesudah berbekam dan setelah memandikan jenazah.513

6) Ketika Hendak Mengulangi Persetubuhan

Adalah disunatkan untuk mandi apabila hendak mengulangi

persetubuhan setelah selesai melakukannya pada pertama

kalinya. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan

daripada Abu Rafi’ radhiallahu 'anh, dia berkata:

512 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Azan, no: 687. 513 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 294.

Page 329: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

329

Suatu hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

pernah menggilirkan [melakukan hubungan seks] dengan isteri-isterinya dan baginda mandi setiap kali

hendak mengulangi persetubuhan. Abu Rafi’ berkata:

Aku bertanya:

.ی( رس�ل ا���� أ% تZ*�� \� وا��ا

Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak cukup mandi

sekali sahaja (setelah persetubuhan terakhir)?

Baginda menjawab:

r�iا أزآ� وأgه.

Apa yang aku lakukan itu adalah lebih bersih dan lebih harum.

514

7) Ketika Hendak Ihram Haji Atau Umrah

Disunatkan untuk mandi bagi mereka yang ingin memakai

pakaian untuk ihram. Dalil bagi disyari’atkan hal ini adalah

hadis yang diriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit radhiallahu

'anh, dia berkata:

. أ+�� رأى ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� ت��Zد Wه �� وا\��"

Sesungguhnya aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (ketika hendak ihram) menanggalkan pakaian berjahit dan mandi terlebih dahulu.515

514 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 189. 515 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Hajj, no: 760.

Page 330: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

330

8) Ketika Hendak Masuk Makkah

Adalah disunatkan untuk mandi ketika hendak memasuki kota

Makkah. Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada

Nafi’, dia berkata:

آ(ن ا� 5�� رK� ا���� 405�( إذا دU" أد+� ا�'�م ��H E�#�ا��� ی#�g� Mي i�ى ��H یK8�P �� أم�@ 5

وی'�8ث أن� +#�K ا���� !��� ا���� 5��� . ا�n#FP وی/��" .وس��� آ(ن ی.*" ذ�@

Apabila Ibnu ‘Umar radhiallahu 'anhuma memasuki

daerah yang paling dekat ke wilayah tanah haram dia berhenti mengucapkan talbiyah kemudian bermalam di

Dzi Thuwa lalu solat subuh di sana dan mandi. Dia

menceritakan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah melakukan seperti itu.516

9) Ketika Hendak Wukuf di ‘Arafah

Adalah disunatkan bagi jemaah haji yang hendak wukuf di

‘Arafah untuk mandi terlebih dahulu. Dalilnya adalah:

Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang

mandi; apakah harus mandi setiap hari? Maka beliau

menjawab:

Tidak harus. Namun, yang harus mandi ialah pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari ‘Ied al-Adha dan ‘Ied al-Fithri.517

516 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Hajj, no: 1573. 517 Hadis riwayat Imam al-Syafi’i di dalam Musnad al-Syafi’i, I/118-

119.

Page 331: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

331

10) Bagi Wanita Istihadhah Yang Ingin Mengerjakan Solat

Adalah disunatkan bagi wanita yang istihadhah (mengeluarkan

darah bukan pada hari-hari haid mahupun nifas) mandi setiap

kali ingin mengerjakan solat atau satu kali mandi untuk solat

Zuhur dan Asar, dan satu kali untuk solat Maghrib dan Isyak,

dan sekali lagi untuk solat subuh.

Ini berdasarkan hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

أن� أم� �#�#M0� E ج'� اس�'�K3 M1 45� رس�ل . ا���� !��� ا���� 5��� وس��� 3�م�ه( �(�/�" L�"8 ! ة

Sesungguhnya Ummu Habibah binti Jahsyin

mengeluarkan darah istihadhah pada zaman Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda menyuruhnya mandi pada setiap kali (dia) akan (mendirikan)solat…518

Dalam satu riwayat daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha

disebutkan:

اس�'�M1 ام�أة 5�� 45� رس�ل ا���� !��� ا���� 5��� �ت أن ت*8Z" ا�*P� وت8Ul� ا�4Fq� وت/��" وس��� 3�م

وأن ت8Ul� ا��/�ب وت*8Z" ا�*T(ء , 4��( \� .وت/��" P� ة ا�n#FP \� , وت/��" 4��( \�

Seorang wanita pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengeluarkan darah istihadhah. Lalu

518 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 250.

Page 332: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

332

dia disuruh menyegerakan Asar dan mengakhirkan

Zuhur serta mandi satu kali untuk kedua solat itu,

mengakhirkan Maghrib dan menyegerakan Isyak serta mandi satu kali untuk keduanya dan mandi satu kali untuk solat Subuh.519

TATACARA MANDI MENURUT SUNNAH NABI

Sebagaimana yang sedia maklum segala amal ibadah

diwajibkan bagi kita untuk mencontohi Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam kerana dia merupakan contoh ikutan bagi kita

yang tiada tolok bandingnya. Oleh itu berikutnya penulis akan

menggariskan tatacara mandi menurut hadis-hadis baginda

shallallahu 'alaihi wasallam yang sabit.

�K#�08 !��� ا���� 5��� وس��� أن� ا�K#�0زوج ا� ET5(ئ 5ذا ا\��" م اE�)0Z� ��أ !��� ا���� 5��� وس��� آ(ن إ

"U�ی ��H ة �P�� �����ی����� آ�( ی ��H �3/�" ی�ی FrPی ��H -�*; 8" 4�( أ!�ل�j�3 ا��(ء K3 �*�)!أ

5�� 5�� رأس� H ث \�ف ���ی� ��H ی.�k ا��(ء .ج��- آ�8�

Daripada ‘Aishah, isteri Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam bahawa apabila baginda mandi junub, baginda

memulainya dengan mencuci kedua tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian

baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air,

setelah itu menggosokkannya di sela-sela rambutnya, kemudian baginda menyiram kepalanya sebanyak tiga

kali cedokan, setelah itu meratakan air ke seluruh

519 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

Thohaarah, no: 252.

Page 333: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

333

tubuhnya.520

ا� 5#�(س d(ل5" :E+���م M�)d" :��س M*�ل و�ا���� !��� ا���� 5��� وس��� م(ء ی/��" �� 3�3�غ 5�� ی�ی� 3/4���( م��ت� م��ت� أو ��H )H H أ3�غ ����0� ��H رضJ)� -�د�@ ی ��H -�اآ�g5�� ;�(�� 3/�" م

k�1وج4� وی�ی� و\�" رأس� م "�\ ��H �T0�واس��H )H H أ3�غ 5�� ج��- ��H ت0'�� م م$(م� 3/�"

."d�م��

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas dia berkata:

“Maimunah berkata: “Aku meletakkan air untuk mandi

(junub) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda menuangkannya ke kedua tangannya kemudian

mencucinya dua atau tiga kali, kemudian baginda

menuang (air) dengan tangan kanan ke tangan kiri, lalu

membasuh kemaluannya. Kemudian baginda menggosok

tangannya ke tanah, lalu berkumur-kumur dan

memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya,

kemudian baginda membasuh wajah dan kedua

tangannya, dan membasuh kepalanya tiga kali, kemudian

baginda menyiram seluruh tubuhnya, setelah itu baginda berpindah tempat dan mencuci kedua kakinya.”

521

M�)d E��أم8 س 5 : F�;ام�أة أ K8+ی( رس�ل ا���� إ M�dE�)0Z�3�+$1� �/�" ا Kل. �.� رأس)d : @�.Lإ+��( ی %

520 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusul, no: 248 521 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusul, no: 265

Page 334: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

334

أن ت'KR 5�� رأس@ H ث R��(ت ��H ت.��1.

Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha, dia

berkata: Ya Rasulullah, aku adalah wanita yang suka menyanggul rambut supaya kemas. Adakah aku perlu

menguraikannya setiap kali mandi junub?

Jawab baginda: Tidak, memadai hanya engkau tuangkan ke kepalamu dengan tiga cedokan air.522

Menerusi hadis-hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa

tatacara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mandi wajib

adalah seperti berikut:

a) Berniat dengan berazam di dalam hati bahawa mandian ini

adalah mandi wajib atau mandi sunat yang telah disyari’atkan

oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Niat itu tidak perlu

dilafazkan dan tidak ada lafaz yang tertentu berkaitan dengan

niat yang datang daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam. Ini telah penulis bahaskan ketika memperjelaskan

bab niat ketika wuduk.

b) Mencuci kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan

sebanyak dua atau tiga kali. Ianya bertujuan untuk

membersihkan segala kotoran-kotoran yang mungkin ada

padanya. Tangan juga merupakan alat untuk mengambil air

serta menggosok badan maka sewajarnya ianya dibersihkan

terlebih dahulu.

c) Mencuci kemaluan dari kotoran yang mungkin ada di

sekitarnya dengan menggunakan tangan kiri dan kemudian

hendaklah membersihkan tangan tersebut dengan sabun atau

522 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-

Haidh, no: 330.

Page 335: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

335

yang sejenis dengannya seperti debu, tanah mahupun dengan

menggosokkan tangannya ke dinding atau lantai untuk

menghilangkan sisa-sisa kotoran dari tangannya. Bagi wanita

yang mandi kerana bebas dari haid mahupun nifas maka

dianjurkan baginya untuk membersihkan kemaluannya dengan

sepotong kapas yang dibubuhkan wangian seperti sabun dan

lain-lain untuk menghilangkan bau busuk yang mungkin ada.

d) Berwuduk secara sempurna sebagaimana berwuduk untuk

solat. Di dalam riwayat Maimunah radhiallahu 'anha ketika

berwuduk tersebut kaki dikecualikan dahulu dan hanya dibasuh

setelah membasuh seluruh tubuh. Keduanya samada

mengakhirkan membasuh kaki atau tidak merupakan sunnah

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang boleh diamalkan.523

523

Tentang bilakah mencuci kedua-dua kaki semasa mandi wajib,

menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim ianya terbahagi menjadi

empat pendapat:

1) Dianjurkan mengakhirkan mencuci kedua kaki pada saat mandi,

dalilnya adalah hadis dari Maimunah radhiallahu 'anha dan

inilah pendapat majoriti ulamak

2) Sebelum mandi dianjurkan untuk berwuduk dengan sempurna.

Dalilnya adalah hadis ‘Aisyah radhiallahu 'anha. Ini adalah

kerana hadis ‘Aisyah memberitakan tentang mandi yang biasa

dilakukan oleh Nabi, berbeza dengan hadis Maimunah

radhiallahu 'anha yang memberitakan tentang salah satu cara

mandi baginda shallallahu 'alaihi wasallam. Ini adalah pendapat

Imam al-Syafi’i, Malik dan Ahmad.

3) Pendapat lain daripada Imam Ahmad adalah seseorang boleh

memilih di antara mendahulukan mencuci kedua kaki bersamaan

dengan wuduk atau mengakhirkannya.

4) Pendapat lain dari Imam Malik adalah apabila seseorang mandi

di tempat yang tidak bersih lebih baik dia mengakhirkan

mencuci kedua kakinya dan jika dia madi di tempat yang bersih

lebih baik dia mendahulukannya bersamaan dengan wuduk.

Page 336: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

336

e) Membasahkan jari-jemari dan kemudian menggosokkannya di

celah-celah rambut sehingga basah kulit kepala.

f) Menjirus air ke kepala sebanyak tiga kali cedokan atau bagi

mereka yang memiliki pancuran air (shower) hanya lalukan

kepala di bawahnya sebanyak tiga kali. Manakala bagi wanita

yang berambut panjang dan bersanggul, tidak perlu baginya

untuk membuka sanggulnya.524 Memadai dengan hanya

menjiruskan air ke kepalanya juga sebanyak tiga kali.

g) Meratakan air ke seluruh badan dan meratakannya ke seluruh

celah-celah rambut dan kulit dengan memulakannya pada

Saya (Syaikh Kamal as-Sayyid Salim) katakan: Pendapat yang terakhir adalah pendapat yang lebih rajih (kuat). Wallahu A’lam. - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih

Sunnah, jilid 1, ms. 264-265.

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam membasuh kedua kaki pada akhir

sekali bertujuan:

Kerana setiap kotoran dan sisa endapan yang turun dari badan mengenai kedua kaki, maka kedua kaki harus dibersihkan untuk

menghilangkan sesuatu yang melekat dan turun mengalir pada

keduanya. - Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah

Bulughul Maram, jilid 1, ms. 409. 524

Namun begitu ada juga ulamak yang membezakan mandi kerana

junub dan haid dalam hal ini. Bagi wanita yang mandi ketika suci dari haid

handaklah menguraikan rambut yang bersanggul. Menurut bekas mufti

Arab Saudi, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz rahimahullah:

Yang benar adalah bahawa tidak wajibnya menguraikan rambut

(yang diikat) ketika mandi kerana haid berdasarkan hadis

riwayat Ummu Salamah dalam Shahihnya… Pendapat Majoriti

ulamak adalah jika air sudah sampai ke semua rambut bahagian

luar dan dalamnya tanpa menguraikan rambut maka tidak wajib

diuraikan. - Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah

Bulughul Maram, jilid 1, ms. 412.

Page 337: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

337

bahagian kanan.525

h) Tidak membazirkan air kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam mandi dengan air berukuran lebih kurang 1 sha’

(berukuran 2.156kg atau 2.75 liter) air.526 Namun begitu

525 Dalil untuk memulakan dengan bahagian kanan terlebih dahulu

adalah daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

K3 تF*0�� وت�جF�� آ(ن ا�FK#�0 !��� ا���� 5��� وس��F��ا��� �#Z*ی � .و�4iر- وK3 ;�+� آ�8�

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat suka

mendahulukan bahagian kanan ketika memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan dalam semua urusan baginda. –

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Wuduk, no: 168.

526

Dalil bagi penggunaan air mencupi sekurang-kurangnya 1 sha’

adalah seperti berikut:

�.� d(ل� �L� ��أ : �Uأ+( وأ M�Uی$�ل د E��أ�( س M*�سET8 !��� ا���� 5(ئK#�0ا� "�\ 5�� 5(ئET 4���3( أ�Uه( 5

M�)3وأ M���\)3 ع)! 5��� وس��� V� M5�3+(ء +'�ا م .5�� رأس4( و00��( وZ� )40��(ب

Abu Bakar bin Hafsh berkata, saya mendengar Abu Salamah

berkata: Aku dan saudara ‘Aisyah berkunjung ke rumah

‘Aisyah lalu saudaranya bertanya tentang cara mandi

Rasulullah. Maka dia (‘Aisyah) minta dibawakan bejana (berisi

air) sekitar 1 sha’ kemudian dia mandi dan menyiram kepalanya sementara di antara kami ada hijab. – Hadis riwayat

Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-Ghusl, no: 251.

0H���( أ�� ج*.� أ+�� آ(ن 05� ج(�� � 5#� ا���� ه� وأ��- و05�- .یL.�@ !(ع: 3$(ل. d�م 3����- 5 ا�/�"

Page 338: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

338

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah

menggunakan air yang lebih banyak seperti al-Faraq (3 sha’

iaitu 6.5kg atau 8.25 liter air) dan 5 mud ( 2.7kg atau 3.5liter

air). Namun apa yang ingin penulis tekankan di sini adalah

berpada-pada menggunakan air ketika mandi wajib mahupun

sunat kerana 1 sha’ (2.15kg / 2.75 liter air) sebenarnya sudah

memadai.

Niat dan meratakan air ke seluruh badan merupakan rukun

bagi mandi wajib manakala menggosok-gosok anggota tubuh527

serta perkara-perkara lain yang penulis bentangkan di atas

merupakan perkara yang disunatkan. Inilah tatacara sebenar mandi

wajib mengikut sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang

sepatutnya dijadikan contoh ikutan kita. Bagi mereka yang telah

menyempurnakan mandi wajib ini maka tidaklah perlu baginya

untuk berwuduk sekiranya hendak melaksanakan solat meskipun

jika saat dia mandi dia hanya meratakan air ke seluruh badannya

dan tidak berwuduk. Dalilnya adalah:

5(ئET أن� ا��K#�0 !��� ا���� 5��� وس��� آ(ن % 5

Diriwayatkan daripada Abu Ja’far bahawasanya dia dan

bapanya berada dekat Jabir bin ‘Abdullah, sementara di

hadapan Jabir terdapat sekelompok orang mereka bertanya tentang mandi maka Jabir menjawab: Cukup dengan 1 sha’. –

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Ghusl, no: 252. 527 Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim:

Pendapat yang lebih kuat adalah bahawa menggosok-gosok

badan ketika mandi hukumnya adalah sunnah dan bukan wajib…

Oleh kerana itu apabila seseorang berdiri di bawah pancuran

air (shower) dan air mengenai seluruh tubuhnya, maka mandinya

telah sah… - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih

Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 267-268.

Page 339: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

339

. ی����� �*� ا�/�"

Daripada ‘Aisyah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak berwuduk setelah mandi junub.

528

Begitu juga sekiranya terdapat dua sebab yang memerlukan

seseorang untuk mandi seperti junub dan mandi sunat hari Jumaat,

memadai baginya untuk mandi sekali sahaja. Begitu juga jika

wanita yang junub lalu dia didatangi haid sebelum mandi junub

maka dia hanya perlu mandi sekali sahaja iaitu setelah suci dari

haid.

528 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-

Thoharaah, no: 100.

Page 340: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

340

PENUTUP

Demikianlah perbahasan mengenai wuduk, tayamum serta

Page 341: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

341

mandi wajib mahupun sunat dan hal-hal berkaitan dengannya.

Adalah harapan penulis yang menggunung tinggi agar buku ini

akan dapat meningkatkan keazaman semua pihak untuk

bersungguh-sungguh dalam mencontohi Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam dalam perkara-perkara yang telah penulis

perbincangkan menerusi buku ini dan juga seluruh amal ibadah

yang lain. Mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam

adalah bukti yang jelas bagi menunjukkan kecintaan kita kepada

Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:

a�#� 0*� 4x-=�\ 0�f��"#� ����

B�.��#*�����"o �+�?a�*d4"�� ���� aZ�'J4��� aA�?">

aA�?A�.#j ? ������ ⌦B��'⌧� �xb� IB 7�8;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu

mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah

mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”529

Semoga dengan kesungguhan kita dalam mencontohi atau

berittiba’ kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kita akan

termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan segala

dosa kita diampunkan oleh-Nya.

Apakah itu ittiba’? Ittiba’ dari segi bahasa bermaksud

mengikuti atau mencontohi. Bila dikatakan Ittiba’ al-Rasul ianya

bermakna mencontohi baginda shallallahu 'alaihi wasallam,

mengikuti jejaknya dan menjadikannya sebagai contoh teladan

529

ali ‘Imraan (3): 31

Page 342: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

342

yang baik. Ittiba’ dari segi syari’at bermaksud mencontohi Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam dalam hal-hal berkaitan akidah,

ibadah, akhlak, dakwah, politik, syari’at dan muamalah dengan

beramal seperti amalannya menurut cara yang baginda lakukan baik

dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai wajib, sunat, harus,

makruh mahupun haram dengan disertai niat dan kehendak di

dalamnya untuk mencapai keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Untuk kita lebih memahami konsep ittiba’ mari kita

melihat kaedah-kaedah yang membelakanginya:

a) Agama Islam adalah agama yang ilmiah. Ianya ditegakkan di

atas dasar dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Ianya bukan satu agama yang didirikan menurut rekaan akal

manusia dengan sewenang-wenangnya.

b) Hendaklah kita pastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan

dengan hukum-hukum Islam sebelum kita mengamalkannya.

Oleh itu setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil

yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

م أ��ث K3 أم�+( هgا م( X�� �3� 43� رد

“Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan

kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.”530

م X�� �5 "�5 5��� أم�+( 43� رد

“Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan

dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan

530 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-

Shulh, no: 2697.

Page 343: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

343

agama), maka tertolaklah ia.”531

c) Ittiba’ al-Rasul ialah mengamalkan segala yang dibawa oleh

baginda dan meninggalkan segala larangannya. Jika baginda

shallallahu 'alaihi wasallam telah menetapkan sesuatu hukum

maka tidak boleh sesiapapun yang menentangnya atau

mengutamakan pandangan orang lain melebihi perintah

baginda tersebut.

d) Apa juga bentuk-bentuk peribadatan yang ditinggalkan oleh

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak pernah

dikerjakan oleh baginda padahal ianya boleh diamalkan pada

masa baginda masih hidup, maka mengerjakannya adalah

bid’ah dan meninggalkannya adalah sunnah. Ini adalah kerana

Islam telah sempurna sebelum baginda wafat. Sekiranya

sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam dan ianya dianggap bukan

sebahagian dari agama semasa itu maka sehingga kini ibadah

itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam

Malik rahimahullah berkata:

Sesiapa yang membuat bid’ah dalam Islam dan

menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa

Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam mengkhianati

risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:

`a��bJ>�� ��o3M☺J\�/ a+�?"> a+�?"���e

“Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu.”532

531

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sunannya, Kitab al-

Aqdhiyah, no: 1718. 532

al-Maaidah (5) : 3

Page 344: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

344

Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari

agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama

pada hari ini.533

e) Segala perkara yang diperlukan dalam kehidupan seharian

manusia telah diperjelaskan oleh syari’at. Ini sebagaimana

firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

��=J>�C.�� M�JbD3� ]3��?J>�� ��=�baK��

;¸��?��> /�4|⌧} C��#��� =�M☺h �B�� ?C�Yh§¨��

���☺�345☺o3�> 7�;

“Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-

tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta

membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.”534

f) Syarat-syarat berkaitan ittiba’ adalah seperti berikut:

1) SEBAB: Setiap ibadah yang dihubungkaitkan dengan

sesuatu sebab yang tidak disyari’atkan oleh Allah

Subhanahu wa Ta'ala maka ianya termasuk dalam perkara

bid’ah dan tertolak. Sebagai contohnya berpuasa sempena

dengan Mawlidul Rasul. Puasa pada asalnya adalah ibadah,

namun tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa berpuasa

pada tanggal 12 Rabiulawal itu adalah sunat, maka

mengkhususkan hari tersebut dengan berpuasa adalah

bid’ah.

533

Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I’tishom, jilid 1,

ms. 49. 534

al-Nahl (16) : 89

Page 345: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

345

2) JENIS: Setiap ibadah yang dikerjakan memerlukan untuk

menggunakan sesuatu jenis barang maka hendaklah jenis

barang tersebut bertepatan dengan syarak. Contohnya

menyembelih ayam sebagai haiwan korban pada hari raya

Aidiladha adalah bid’ah. Ini adalah kerana haiwan yang

dibolehkan untuk disembelih sebagai ibadah korban adalah

unta , lembu, kambing dan biri-biri.

3) KADAR: Setiap ibadah yang mempunyai kadar tertentu

yang ditetapkan oleh syarak maka hendaklah kita menepati

kadar tersebut tanpa menambahi mahupun menguranginya.

Sebagai contohnya bilangan rakaat solat subuh adalah 2.

Oleh itu menambahkannya menjadi 3 rakaat adalah bid’ah.

4) TATACARA: Kita juga hendaklah menuruti tatacara yang

telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya bagi sesuatu

ibadah. Sekiranya kita menambahi atau mengurangi

sesuatu perbuatan mahupun bacaan yang tidak dibenarkan

oleh syarak dalam wuduk atau solat secara sengaja maka

solat tersebut terbatal. Sebagai contoh kita menetapkan

doa-doa tertentu yang tiada contohnya daripada Nabi

shallallahu 'alaihi wasallam yang perlu dibaca untuk setiap

anggota wuduk.

5) WAKTU: Kita juga hendaklah menepati waktu yang telah

ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu ibadah. Contohnya

menyembelih haiwan korban sebelum mengerjakan solat

hari raya Aidiladha membatalkan ibadah korban tersebut.

6) TEMPAT: Kita hendaklah mematuhi penetapan tempat

untuk mengerjakan sesuatu ibadah tertentu seperti yang

telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Ibadah

haji hendaklah dikerjakan di tempat-tempat yang telah

ditetapkan iaitu di Makkah dan kawasan sekitarnya. Oleh

Page 346: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

346

itu mengerjakan ibadah haji di Malaysia adalah terbatal.

Ittiba’ al-Rasul ini merupakan agenda utama yang hendak

diterapkan oleh penulis serta rakan-rakan seperjuangan dalam

gerakan Tajdid menerusi buku-buku, risalah-risalah, forum-forum

dan kuliyah-kuliyah kami. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa

Ta'ala memperkenankan permohonan kami dan hanya kepada

Dialah kami memohon pertolongan dan perlindungan sebagaimana

firman-Nya:

a+">�/ a+D3#"� )��/ ���� n�/"� ��o3��

�+���M☺55>�� 7¹aB-E���� ? ���� +�d">

F�G� º��e }��� F�� ­�tH�� $%�� sYZ�i. 789g;

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya

Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?

Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang

dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

535

535

al-Baqarah (2): 107

Page 347: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

347

RUJUKAN

1) ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Taudhih al-Ahkam min

Bulugh al-Maram, (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah

Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006)

2) Abdul Hakim bin Amir Abdat, Al Masaa-il : Masalah-

Masalah Agama, (Darul Qolam, Jakarta, 2001)

3) Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i, Kitab Al-

Umm, (Edisi terjemahan dengan tajuk Al-Umm (Kitab Induk),

Victorie Agencie, Kuala Lumpur 1989)

4) Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i, Mukhtasar

Kitab al-Umm fiil Fiqhi, diringkaskan dan diteliti oleh

Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail (edisi terjemahan

dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam,

Jakarta, 2005)

5) Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fiqh as-

Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah

(edisi terjemahan dengan tajuk Shahih Fikih Sunnah terbitan

Pustaka Azzam, Jakarta, 2006)

6) Abu Ruwais al-Syubrawi @ Mohd Noor bin Tahir, Wuduk &

Solat Menurut Sunnah & Mazhab Syafie, (Karya Bestari Sdn

Bhd, Shah Alam, 2007)

7) Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari Syarah

Shahih al-Bukhari, Tahqiq ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin

Baaz, (edisi terjemahan dengan tajuk Fathul Baari

Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta

1997)

8) Hafiz Firdaus Abdullah, Menelan Air Liur Tidak

Page 348: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

348

Membatalkan Puasa, (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru

2005)

9) Hafiz Firdaus Abdullah, Panduan Ibadah Dalam Musafir

Penerbangan, (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000)

10) Hafiz Firdaus Abdullah, Pedoman-Pedoman Bermazhab

Dalam Islam (edisi baru), (Perniagaan Jahabersa, Johor

Bahru 2004)

11) Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtashar Zaadul Ma’ad,

Peringkas Muhammad ‘Abdul Wahhab al-Tamimi, (edisi

terjemahan dengan tajuk Zaadul Maad Bekal Menuju ke

Akherat, Pustaka Azzam, Jakarta, 1999)

12) Ismail Kamus, Panduan Fardhu ‘Ain, (At-Tafkir Enterprise,

Kuala Lumpur 1997)

13) Majalah As-Sunnah, Edisi 03/IX/1426H/2005M

14) Majalah Salafy, Edisi 41/1423H/2002

15) Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-

Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-

Shalawaat, (edisi terjemahan dengan tajuk Bid’ah Bid’ah

Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta, 2004)

16) Muhammad Nashiruddin al-Albani, Shifatu Shalaati an-

Nabiyyi Shallallahu 'alaihi wasallam min at-Takbiiri at-

Tasliimi Ka-annaka Taraaha, (edisi terjemahan dengan tajuk

Sifat Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Media

Hidayah, Yogyakarata, 2000)

17) Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah fit-

Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah, (edisi terjemahan dengan tajuk

Page 349: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

349

Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah

Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq,

Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002)

18) Muhammad Nashiruddin al-Albani, Majmu’ah Fatawa al-

Madina al-Munawwarah, (edisi terjemahan dengan tajuk

Fatwa-Fatwa Albani, Pustaka At Tauhid, Jakarta, 2002)

19) Muhammad Nashiruddin al-Albani, Maqalaat Albani, (edisi

terjemahan dengan tajuk Risalah Ilmiah Albani Pustaka

Azzam, Jakarta, 2002)

20) Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur

Rahman al-Syuwayyib, Shifat Wuduk an-Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam, (edisi terjemahan dengan tajuk Beginilah

Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, Darus Sunnah,

Jakarta, 2005)

21) Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Arkanil

Islam, (edisi terjemahan dengan tajuk Majmu’ Fatawa Solusi

Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab

Ibadah, Pustaka Arafah, Solo, 2002)

22) Muhammad Sulthan al-Ma’shumi al-Khajandi, Halil Muslim

bi at-Tiba’ Mazhab Mu’ayyan bin Mazahibi al-Arba’ah

(edisi terjemahan dengan tajuk Perlukah Bermazhab,

Penerbit Aras Sarana Widia, Jakarta, 1999)

23) Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul, At-Tarjih fi

Masaa’il at-Thohaarah wal ash-Sholah (edisi terjemahan

dengan tajuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah dab

Shalat, Darus Sunnah Press, Jakarta, 2007)

24) Rasul bin Dahri, Bid’ah dan Percanggahannya, (Perniagaan

Jahabersa, Johor Bahru, 1998)

Page 350: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

350

25) Rasul bin Dahri, Mencontohi Sifat Wuduk Nabi (s.a.w.),

(tanpa nama penerbit dan tanpa tahun)

26) Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thuhur al-Muslim fi

Dhau’i al-Kitab wa al-Sunnah Mafhumun wa Fadha’il wa

Adaabun wa Ahkaamun, (edisi terjemahan dengan tajuk

Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan

Bersuci Lengkap, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004)

27) Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Shalaatul Mariidh: Bab

min Kitaab Shalaatil Mu’min dan ‘Abdul ‘Aziz bin

‘Abdullah bin Baaz, Ahkaamu Shalaatil Mariidh wa

Thohaaratihi, (edisi terjemahan dengan tajuk Panduan

Shalat dan Bersuci Bagi Orang Sakit Menurut Sunnah Yang

Shahih, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, 2005)

28) Sayyid Sabiq, Fiqhu as-Sunnah, (edisi terjemahan dengan

tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990)

29) Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, Fatawaa asy-

Syaikh Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, disusun

oleh Fayiz Musa Abu Syaikhah, (edisi terjemahan dengan

tajuk Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, Jakarta, 2004)

30) Wahid Abdussalam Bali, Al-Kalimat al-Nafi’ah fil Akhtha’

asy-Sya’iah, (edisi terjemahan dengan tajuk 474 Kesalahan

Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, Darul Haq,

Jakarta 2005)

31) Yusuf al-Qaradhawi, Fiqhu al-Thohaarah, (edisi terjemahan

dengan tajuk Fikih Thaharah, Pustaka al-Kautsar, Jakarta

2004)

Page 351: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

351

BIODATA

MOHD YAAKUB BIN MOHD YUNUS dilahirkan di

Bentong, Pahang Darul Makmur pada tahun 1973 tetapi dibesarkan

di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dan kemudian

melanjutkan pelajarannya di Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu

Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM). Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Organizational

Communication. Beliau pernah menjawat jawatan Presiden bagi

Forum Pelajar-Pelajar Komunikasi UIAM dan juga telah terpilih

sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi Jabatan Komunikasi

UIAM pada tahun 1997.

Di UIAM beliau telah terdedah kepada masyarakat Islam

yang datang dari pelbagai negara dan berpegang kepada pelbagai

mazhab. Pensyarah-pensyarah yang datang dari seluruh dunia Islam

sedikit sebanyak telah mencorak pemikiran beliau untuk terbuka

terhadap perbezaan pendapat yang wujud di antara mazhab-mazhab

di dalam Islam. Setelah tamat pengajian di UIAM, beliau telah

menghadiri kelas-kelas agama yang dipimpin oleh para ulamak

Ahlus Sunnah Wal Jamaah di tanah air. Melalui bimbingan serta

tunjuk ajar mereka beliau mendapati bahawa umat Islam bukan

hanya perlu terbuka kepada perbezaan pendapat yang timbul di

antara mazhab-mazhab, tetapi juga harus berusaha untuk berpegang

kepada pendapat yang lebih tepat menurut al-Qur’an dan al-Sunnah

sebagaimana difahami oleh generasi al-Salafussoleh. Ini

mendorong beliau untuk meningkatkan penyelidikan dan

kefahaman tentang agama Islam supaya bertepatan dengan Manhaj

Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Alhamdulillah kini beliau telah berjaya menulis beberapa

buah buku, membentang kertas kerja di seminar serta forum,

menyumbang artikel di majalah-majalah serta akhbar-akhbar di

dalam rangka untuk melakukan amar ma’ruf (mengajak ke arah

kebaikkan) dan nahi mungkar (menjauhkan dari perkara yang

Page 352: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

352

bertentangan dengan syarak). Beliau pada masa ini bertugas di

Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad.

Di antara buku-buku beliau yang telah diterbitkan adalah:

a) Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah,

Jahabersa, 2004.

b) Sembahyang Jamak dan Qasar Adalah Sedekah Allah,

Jahabersa, 2005.

c) Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat, Jahabersa, 2006.

d) Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap

Dakwaan Yang Ditimbulkan oleh Akhbar Utusan Malaysia, Jahabersa, 2006.

e) Menyambut Ramadan dan Aidilfitri Menurut Sunnah

Rasulullah S.A.W., Karya Bestari, 2007.

f) 25 Persoalan Semasa: Huraian & Penyelesaian, Karya

Bestari, 2007

g) Persiapan Menghadapi Kematian, Karya Bestari, 2007