beda Rabb dan Ilah.pdf

1
Perbezaan Antara Ilah dan Rabb “Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku berlindung dengan Rabb manusia. Pemerintah manusia. Ilah manusia (an-Nas:1-3) Allah swt menyebutkan dalam Al-Qur’an perkataan ar-Rabb pada tempat yang khusus dan juga menyebut pula Al-Ilah pada tempat yang khusus seperti di dalam surah An-Nas. Allah swt menyebut Rabb pada ayat pertama kemudian menyebut pula Malik (yang diterjemahkan sebagai raja). Kemudian menyebut pula perkataan Ilah. Pengertian kalimah Ilah dan Rabb adalah berlainan kerana mempunyai pemahaman yang berbeza dari sudut istilahnya di dalam Al-Qur’an. Memang mustahil menterjemahkan perkataan Ilah dan Rabb ini dalam bahasa Melayu kerana kelemahan pebendaharaan kata Melayu yang tidak sekaya pebendaharaan kata bahasa Arab namun mungkin dari sudut kefahaman kita mampu menghuraikan demi beroleh kemanfaatan dalam memahami usul tauhid. Penggunaan kalimah Rabb kerap di dalam Al-Qur’an misalnya pada firman Allah swt : “Katakanlah siapakah Rabb tujuh petala langit dan Rabb arasy yang agung ? Mereka akan mengatakan Allah” (Al-Mukminun : 86-87). Rabb bermaksud pentadbir atau pengurus dan para ulama mentakrifkan sebagai pendidik. Di antara makna lain pada pemahaman kalimah Ar-Rabb ialah pencipta dan pemilik langit dan bumi, mendidik makhluk dengan kehidupan dengan mengurniakan akal fikiran, fitrah, anggota jasad serta memahamkan pula makhluk itu bagaimana menjalankan fungsinya. Kesimpulannya jika meneliti makna Rabb dalam Al-Qur’an semuanya akan membawa kaitan kepada penciptaan alam, pemberi rezeki dan pemberi nikmat kepada manusia dan jika Allah menyebut kekufuran manusia, maka dikaitkan pada perkataan rabb. Adapun makna Ilah ianya lebih khusus dari makna Ar-Rabb apabila Ilah ini merujuk kepada “yang disembah” dan ianya membentuk kata ilahiyah iaitu pengibadahan dan dalam Al-Qur’an selalu mengaitkan perkataan Ilah ini dengan sembahan dan ibadah dan ini dapat dilihat pada firman Allah swt : “Berkatalah mereka (Anak-anak Ya’qub) kami menyembah Ilah engkau dan Ilah bapa-bapaMu iaitu Ilah Ibrahim, Ismail dan Ishaq iaitu Ilah yang Esa dan pada-Nya kami menyerah” (Al-Baqarah : 133). Demikian Ilah ini ditumpukan pada kalimah khas yang membentuk maksud yang menjadi tujuan ibadah seperti firmanNya : “ Sesungguhnya Alllah itulah Ilah yang satu maha suci Dia dari mempunyai anak” (An-Nisa : 171). Pada ayat di atas menyebutkan Allah itulah Ilah yang satu (Esa) dan bersih dari tuduhan bahawa Allah mempunyai anak dan sekutu dan hal ini menyampaikan pemahaman bahawa kalimah Ilah itu digunakan juga pada setiap yang diambil sebagai tuhan dan tempat sembahan. “Mereka berkata apakah kamu yang melakukan (kerosakkan pada berhala) ini pada Ilah-Ilah kami wahai Ibrahim ?” (Al-Anbiya : 62). Golongan musyrikin pada zaman Nabi Ibrahim mengambil berhala sebagai Ilah selain Allah swt. Demikian juga mereka yang mengambil Isa a.s sebagai Ilah dan mendakwanya sebagai anak Allah. Begitu juga kafir musyrikin mengambil berhala sebagai Ilah dan dalam masa yang sama mendakwa beriman pada Allah swt sebagai Rabb yang menciptakan langit dan bumi. “ Katakanlah siapakah rabb tujuh petala langit dan Rabb arasy yang agung? Mereka akan mengatakan Allah” (Al-Mukminun : 86-87). Golongan musyrikin pada zaman Rasulullah menerima Allah sebagai Rabb - pemberi rezeki. Dalam masa yang sama melakukan syirik kepada Allah sebagai Ilah yang satu dengan mengambil berhala sebagai Ilah-Ilah yang disembah. Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah, Masjid Negeri Sabah. Siri 06/07

Transcript of beda Rabb dan Ilah.pdf

Page 1: beda Rabb dan Ilah.pdf

Perbezaan Antara Ilah dan Rabb “Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku berlindung dengan Rabb manusia. Pemerintah manusia. Ilah manusia (an-Nas:1-3)

Allah swt menyebutkan dalam Al-Qur’an perkataan ar-Rabb pada tempat yang khusus dan juga menyebut pula Al-Ilah pada tempat yang khusus seperti di dalam surah An-Nas.

Allah swt menyebut Rabb pada ayat pertama kemudian menyebut pula Malik (yang diterjemahkan sebagai raja). Kemudian menyebut pula perkataan Ilah. Pengertian kalimah Ilah dan Rabb adalah berlainan kerana mempunyai pemahaman yang berbeza dari sudut istilahnya di dalam Al-Qur’an.

Memang mustahil menterjemahkan perkataan Ilah dan Rabb ini dalam bahasa Melayu kerana kelemahan pebendaharaan kata Melayu yang tidak sekaya pebendaharaan kata bahasa Arab namun mungkin dari sudut kefahaman kita mampu menghuraikan demi beroleh kemanfaatan dalam memahami usul tauhid.

Penggunaan kalimah Rabb kerap di dalam Al-Qur’an misalnya pada firman Allah swt : “Katakanlah siapakah Rabb tujuh petala langit dan Rabb arasy yang agung ? Mereka akan mengatakan Allah” (Al-Mukminun : 86-87).

Rabb bermaksud pentadbir atau pengurus dan para ulama mentakrifkan sebagai pendidik. Di antara makna lain pada pemahaman kalimah Ar-Rabb ialah pencipta dan pemilik langit dan bumi, mendidik makhluk dengan kehidupan dengan mengurniakan akal fikiran, fitrah, anggota jasad serta memahamkan pula makhluk itu bagaimana menjalankan fungsinya.

Kesimpulannya jika meneliti makna Rabb dalam Al-Qur’an semuanya akan membawa kaitan kepada penciptaan alam, pemberi rezeki dan pemberi nikmat kepada manusia dan jika Allah menyebut kekufuran manusia, maka dikaitkan pada perkataan rabb.

Adapun makna Ilah ianya lebih khusus dari makna Ar-Rabb apabila Ilah ini merujuk kepada “yang disembah” dan ianya membentuk kata ilahiyah iaitu

pengibadahan dan dalam Al-Qur’an selalu mengaitkan perkataan Ilah ini dengan sembahan dan ibadah dan ini dapat dilihat pada firman Allah swt :

“Berkatalah mereka (Anak-anak Ya’qub) kami menyembah Ilah engkau dan Ilah bapa-bapaMu iaitu Ilah Ibrahim, Ismail dan Ishaq iaitu Ilah yang Esa dan pada-Nya kami menyerah” (Al-Baqarah : 133).

Demikian Ilah ini ditumpukan pada kalimah khas yang membentuk maksud yang menjadi tujuan ibadah seperti firmanNya : “ Sesungguhnya Alllah itulah Ilah yang satu maha suci Dia dari mempunyai anak” (An-Nisa : 171).

Pada ayat di atas menyebutkan Allah itulah Ilah yang satu (Esa) dan bersih dari tuduhan bahawa Allah mempunyai anak dan sekutu dan hal ini menyampaikan pemahaman bahawa kalimah Ilah itu digunakan juga pada setiap yang diambil sebagai tuhan dan tempat sembahan.

“Mereka berkata apakah kamu yang melakukan (kerosakkan pada berhala) ini pada Ilah-Ilah kami wahai Ibrahim ?” (Al-Anbiya : 62).

Golongan musyrikin pada zaman Nabi Ibrahim mengambil berhala sebagai Ilah selain Allah swt. Demikian juga mereka yang mengambil Isa a.s sebagai Ilah dan mendakwanya sebagai anak Allah. Begitu juga kafir musyrikin mengambil berhala sebagai Ilah dan dalam masa yang sama mendakwa beriman pada Allah swt sebagai Rabb yang menciptakan langit dan bumi.

“ Katakanlah siapakah rabb tujuh petala langit dan Rabb arasy yang agung? Mereka akan mengatakan Allah” (Al-Mukminun : 86-87).

Golongan musyrikin pada zaman Rasulullah menerima Allah sebagai Rabb - pemberi rezeki. Dalam masa yang sama melakukan syirik kepada Allah sebagai Ilah yang satu dengan mengambil berhala sebagai Ilah-Ilah yang disembah.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah, Masjid Negeri Sabah. Siri 06/07