BELA - PNM · 2016. 3. 30. · contohnya industri membuat kuih tradisional seperti kekaras, bahulu,...

2
Warisarn l lndeTra Kayarmgan .. JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS BELA Oleh Machita Otman D i negeri Perl is, industri desa lebih banyak tertumpu kepada industri memproses makanan tradisional contohnya industri membuat kuih tradisional seperti kekaras, bahulu, peneram dan dodol. Salah satu industri makanan yang turut diusahakan di negeri ini ialah industri memproses 'belacan'. Belacan merupakan makanan yang diperbuat daripada adunan udang bersama garam yang ditambah sedikit air. Oi negara Indonesia, belacan dikenali sebagai 'terasi; manakala di Thailand dikenali sebagai 'kapi' dan di Vietnam sebagai 'mam to m'. Mengikut sejarah, para nelayan pada mulanya mel et akka n garam pada udang bertujuan untuk mengelakkan udang terse but menjadi rosak dan busuk. Oengan peredaran masa , udang yang digaul garam itu diproses hingga menj ad i 'doh ' yang dikenali sebagai belacan. Industri memproses belacan di negeri Perl is banyak terdapat di kawasan pesisiran pantai terutamanya di kawasan Kua la Sunga i Baru, Sungai Berembang dan di pesisiran pantai Kuala Perlis. Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Transcript of BELA - PNM · 2016. 3. 30. · contohnya industri membuat kuih tradisional seperti kekaras, bahulu,...

  • Warisarn llndeTra Kayarmgan ,~~~~--~ ----------------------~~--~~ .. ~

    JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS

    BELA Oleh Machita Otman

    D i negeri Perl is, industri desa lebih banyak tertumpu kepada industri memproses makanan tradisional contohnya industri membuat kuih tradisional seperti kekaras, bahulu, peneram dan dodol. Salah satu

    industri makanan yang turut diusahakan di negeri ini ialah industri memproses 'belacan'.

    Belacan merupakan makanan yang diperbuat daripada adunan udang bersama garam yang ditambah sedikit air. Oi negara Indonesia, belacan dikenali sebagai 'terasi; manakala di Thailand dikenali sebagai 'kapi' dan di Vietnam sebagai 'mam tom'.

    Mengikut sejarah, para nelayan pada mulanya meletakka n garam pada udang bertujuan untuk mengelakkan udang terse but menjadi rosak dan busuk. Oengan peredaran masa, udang yang digau l garam itu diproses hingga menjad i 'doh' yang dikenali sebagai belacan.

    Industri memproses belacan di negeri Perl is banyak terdapat di kawasan pesisiran pantai terutamanya d i kawasan Kua la Sunga i Baru, Sungai Berembang dan di pesisi ran pantai Kuala Perlis.

    Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

    Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

  • JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERllS

    Proses Membuat Belacan

    I. Setelah udang ditangkap, udang tersebut dibersihkan dan disejat. Kebiasaannya udang yang digunakan ialah udang kecil yang dikenali sebagai 'Geragau' atau 'Udang Sirin: Kualiti belacan yang dihasilkan bergantung kepada jenis udang yang digunakan. Sekiranya jenis udang yang digunakan berwarna agak gelap, belacan yang dihasilkan juga berwarna gelap sebaliknya udang yang digunakan berwarna sedikit kemerahan, belacan yang dihasilkan menjadi agak cerah warnanya.

    II. Seterusnya udang digaul bersama garam dan dijemur seharian sehingga agak kering.

    III. Udang tersebut kemudian ditumbuk atau dimesin hampir lumat.

    IV. Udang yang ditumbuk atau dimesin dij emur semula untuk mengelakkan daripada terlalu lembap. Udang yang lembap akan menyebabkan belacan menjadi busuk dan tidak tahan disimpan lama.

    V. Seterusnya udang dimesin semula bersama air garam. Air garam ini dimasukkan untuk menambahkan rasa masin dan untuk menjadikan udang tersebut kenyal. Ini memudahkan proses membuat doh belacan. Proses menumbuk dan memesin akan dilakukan berulang kali supaya adunan tersebut menjadi halus dan mudah dibentuk.

    VI. Adunan udang kemudiannya digaul rata dan ditimbang mengikut berat untuk membuat 'doh' (ketu l) belacan. Kebiasaannya 150 gram dan 250 gram.

    VII. Adunan yang telah ditimbang dibentuk menjadi doh yang kental dan ditekap menggunakan acuan mengikut citarasa masing-masing.

    VII I. Doh yang dibentuk kemudiannya dibungkus menggunakan kertas minyak yang dialas dengan plastik.

    IX. Nama pembekal akan dicop pada kertas pembalut untuk memudahkan pengguna atau penjual berhubungan sekiranya memerlukan tempahan.

    Pada masa kini proses membuat belacan menjadi lebih mudah kerana terdapatnya mesin khas untuk memproses bahan tersebut. Mesin ini berharga dalam lingkungan RM 1,500.00 . Di negeri Perlis, pihak Kerajaan Negeri turut memberi subsidi mesin kepada pengusaha belacan. Ini dapat membantu memperkembangkan industri desa di negeri ini.

    Pasaran

    Belacan dari Perlis diedar ke seluruh negeri di Malaysia melalui pemborong dan peraih. Pemborong dan peraih akan datang ke tempat memproses belacan menggunakan lori atau motosikal. Harga yang dijual kepada pemborong ialah RM 2.50 bagi belacan yang beratnya 250 gram dan RM 1.50 bagi belacan yang beratnya 150 gram.

    Kegunaan

    Biasanya belacan digunakan untuk membuat sambal. Sambal belacan dibuat dengan menumbuk atau memesin belacan bersama garam, cili dan sedikit gula setelah lumat (halus), air asam jawa atau asam limau atau asam belimbing dimasukkan ke dalam adunan tersebut. Bagi penduduk Perlis, belacan amat penting untuk adunan membuat kuah laksa. Keenakan kuah laksa bergantung kepada jumlah dan jenis belacan yang digunakan.

    Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

    Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis