Belaja belajar

5
Belajar cara D.U.A. ini amat memerlukan kepada persekitaran yang sesuai untuk adik-adik belajar. Kaedah ini tidak menekankan kepada cara ulang kaji secara mendalam. Sebaliknya, lebih kepada persediaan untuk membuat ulang kaji. D Duduk dengan baik di tempat yang adik-adik pilih untuk belajar. Tetapkan niat bahawa adik-adik ingin belajar. Tetapkan jumlah muka surat yang ingin adik-adik baca dan fahami. Pastikan tempat adik-adik duduki itu mempunyai cahaya yang terang dan udara mengalir dengan baik. U Ulang kaji sepenuhnya dengan cara yang sesuai dengan diri adik-adik tanpa gangguan. Sama ada adik-adik membaca dan membuat nota sahaja, menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk yang adik- adik baca, atau adik-adik boleh membayangkan perkara yang adik-adik baca. A Agihkan waktu dengan baik. Pastikan adik-adik membuat bacaan ketika adik-adik segar dan cergas. Sebaliknya, mencabar minda adik-adik dengan membuat latihan atau menjawab soalan ketika otak adik-adik agak

Transcript of Belaja belajar

Page 1: Belaja belajar

Belajar cara D.U.A. ini amat memerlukan kepada persekitaran yang sesuai untuk adik-adik belajar.

Kaedah ini tidak menekankan kepada cara ulang kaji secara mendalam. Sebaliknya, lebih kepada persediaan untuk membuat ulang kaji.

D Duduk dengan baik di tempat yang adik-adik pilih untuk belajar.

Tetapkan niat bahawa adik-adik ingin belajar. Tetapkan jumlah muka surat yang ingin adik-adik baca dan fahami. Pastikan tempat adik-adik duduki itu mempunyai cahaya yang terang dan udara mengalir dengan baik.

U Ulang kaji sepenuhnya dengan cara yang sesuai dengan diri adik-adik tanpa gangguan.

Sama ada adik-adik membaca dan membuat nota sahaja, menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk yang adik-adik baca, atau adik-adik boleh membayangkan perkara yang adik-adik baca.

A Agihkan waktu dengan baik.

Pastikan adik-adik membuat bacaan ketika adik-adik segar dan cergas.

Sebaliknya, mencabar minda adik-adik dengan membuat latihan atau menjawab soalan ketika otak adik-adik agak letih.

Walau apapun tugas adik-adik, sesibuk mana sekalipun dalam sehari, adalah sangat baik sekiranya adik-adik membuat ulang kaji setiap hari, walaupun dalam masa yang singkat. Hanya mereka yang membuat ulang kaji sahaja berkemungkinan besar akan mendapat kecemerlangan.

Page 2: Belaja belajar

Salah satu daripada cara belajar atau membuat ulang kaji ialah dengan cara S.A.T.U.

Cara ini mudah untuk dilaksanakan dan boleh diamalkan oleh adik-adik.

Bagi memulakan belajar cara ini, peralatan dan keperluan untuk belajar perlu disediakan dulu. Oleh itu, pastikan dahulu, adik-adik telah bersedia dengan buku yang hendak dibaca, alat tulis yang sepatutnya, dan kertas untuk ditulis.

Belajar cara ini tidaklah membebankan sangat dan boleh dilakukan dengan tenang.

Ikutilah langkah-langkah yang diberikan di bawah ini:

S Selak muka surat yang hendak dibaca, tidak terlalu laju tetapi cukup untuk menangkap tajuk utama dalam bab yang ingin dibaca.

A Awasi tajuk-tajuk, gambar rajah, huruf yang ditebalkan, kata kunci, graf, dan ilustrasi yang ada dalam tajuk yang hendak dibaca.

T Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas anda dan pecahkan menjadi peta minda, iaitu tajuk-tajuk kecil yang lain sebagai dahan-dahan kepada tajuk utama. Usah fikirkan kekemasan atau kecantikan peta minda. Sebaliknya, utamakanlah pecahannya dulu.

U Ulang sekali lagi dengan membaca keseluruhan kandungan yang dipilih untuk dibaca dan diulang kaji tadi. Namun, kali ini dengan melengkapkan isi kepada dahan-dahan yang telah dibina di atas kertas tadi. Tulislah secara bebas dengan tidak takut untuk melakukan kesilapan. Adik-adik boleh kemaskan nota anda. Kemudian setelah selesai, buatlah bacaan sepenuhnya. Nota yang terbaik adalah nota yang adik-adik fahami. Oleh itu, ikutlah cara adik-adik kerana adik-adik sendiri yang akan menggunakannya.

Page 3: Belaja belajar

Kaedah belajar cara T.I.G.A. ini membantu adik-adik untuk membuat ulang kaji secara sistematik.

T Tinjau bahan yang hendak dibuat ulang kaji.

Dapatkan gambaran keseluruhan bahan yang akan dibaca.

Tinjau tajuk-tajuk utama yang bakal dibaca. Tinjau gambar rajah, peta, graf, ilustrasi, gambar, dan tajuk-tajuk kecil yang ada.

I Ingat apa yang adik-adik baca dengan membuat kata kunci, kod, ungkapan, dan ringkasan tertentu yang boleh membantu ingatan.

Bayangkan perkara yang adik-adik baca seolah-olah adik-adik sedang melihat perkara tersebut secara nyata di hadapan anda.

Gunakan imaginasi adik-adik sepenuhnya.

G Gabungkan imaginasi adik-adik dengan menuliskan semula pemahaman terhadap perkara yang dibaca.

Usah risau, kalau ingatan tadi tidak tersusun. Tuliskan sahaja di atas kertas.

A Atur semula perkara yang telah adik-adik tuliskan di atas kertas yang baru.

Kali ini biar tersusun dengan sebaik mungkin. Buatlah sampai adik-adik berpuas hati dengan nota itu.

Sepanjang proses ini, adik-adik sebenarnya telah membuat ulang kaji sebanyak tiga kali dalam satu masa.

Mudah bukan?