Belajar-Cara-Belajar[2].ppt

90
BELAJAR CARA BELAJAR Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Julai 2001

Transcript of Belajar-Cara-Belajar[2].ppt

  • BELAJAR CARA BELAJAR

    Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaJulai 2001

  • KANDUNGANPengenalanObjektif Modul Rasional Belajar Cara BelajarApakah Belajar Cara Belajar ?Peranan Guru dan MuridKemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran MaklumatStrategi MetakognitifPengurusan MasaPersediaan PeperiksaanContoh Rancangan Pelajaran

  • 1. OBJEKTIF MODULMenjelaskan konsep BCB.

    Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

    Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran.

    Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p

    Membantu guru melatih guru lain BCB

    Menyediakan contoh rancangan p & p

  • Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

    Melatih murid memperoleh maklumat tambahan di luar waktu sekolah.

    Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.

    2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

  • Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.

    Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.

    Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

  • Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

  • Kemahiran BelajarKemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

  • Kemahiran Belajar Kemahiran MendengarKemahiran MembacaKemahiran MenulisKemahiran Mengambil NotaKemahiran Mengingat

  • a. Kemahiran Mendengar

    Apa yang didengar ..........pelbagai teksseperti:Arahan LakonanPuisi BeritaUcapan SyarahanLagu TaklimatPengumuman Penerangan

  • Mengapa perlu didengar.... untuk mendapatkan:

    Maklumat Fakta Data Pengetahuan Penjelasan Penghayatan muzik, puisi, bunyi

  • Siapa yang didengar .Sesiapa sahaja yang memberi maklumat memberi penjelasan membuat pertanyaan memberi pendapat

  • b. Kemahiran Membaca Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

    Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data

  • Bacaan Intensif

    Untuk Maklumat Terperinci strategi : SQ3R Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question tajuk jadi soalan jawab Read baca perenggan untuk maklumat Recite ringkaskan, refrasakan perenggan Review lihat nota semula, pastikan ingat isi

  • Baca LajuBoleh baca laju dan faham kandunganTumpuan sepenuhnya masa membacaKesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota

  • Menulis CepatMenulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiranmenulis dengan kepantasan yang tinggi dantulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Olehitu, menulis cepat memerlukan unsur:Kelajuan menulisTulisan yang boleh dibaca

  • Mencatat NotaMencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

  • MengingatMengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik.Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

  • Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengarMotivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis Memandang ke arah guru.

  • KEMAHIRAN MAKLUMAT

  • KEMAHIRAN MAKLUMAT

    Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.

  • Definisi Maklumat

    Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang

  • Definisi Kemahiran Maklumat

    Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

  • Kemahiran maklumat terdiri daripada:

    Kemahiran perpustakaan Kemahiran belajar Kemahiran penyelidikan Kemahiran komunikasi dan penyampaian

  • SUMBER MAKLUMAT Bahan bercetakBahan audiovisualSumber berasaskan komputer Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan. Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetikContohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.Sumber berasaskan manusia SUMBER MAKLUMAT

  • JENIS SUMBER/BAHANJurnal Laporan /StatistikKertas KerjaPatenStandard/PiawaianTesis/DisertasiKatalog PerdaganganEnsiklopediaKamusTesaurusAtlas/PetaGazetiarBrosur/risalahAkhbarMajalah/BuletinBuku teks/rujukan

    17. Buku Tahunan18. Monograf19. Buku log/diari20. Kitab suci/Hadith21. Almanak22. Indeks23. Abstrak24. Bibliografi25. Ulasan/Resensi26. Direktori27. Biografi28. Buku Panduan /Manual29. Pangkalan Data Dalam Talian30. Internet31. CD-ROM

  • MENGENAL PASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Memahami tugasan Menggunakan pelbagai sumber rujukan Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat Membina soalan asas Menentukan maklumat yang diperlukan Mengenal pasti skop sumber Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah

  • MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT Gunakan teknik imbasan dan luncuran Pilih bahan, baca, dengar dan tonton Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dan pandangan.

  • Kemahiran Menemu Ramah

    Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

  • Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat).Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki.Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan.PERSEDIAAN MENEMU RAMAH

  • Tepati janji temu Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih).Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat.Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti. Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu.Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan.Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).

    SEMASA MENEMU RAMAH

  • Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

  • KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS

    menggunakan dengan kad katalog pembaca mikrofis

    dengan komputer OPAC

  • MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG Ada tiga jenis laci kad katalog :

    Laci kad pengarang Laci kad perkara Laci kad judul Anda boleh menggunakan satu daripada lacI tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau judul.

  • Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:000-099Karya Am100-199 Falsafah200-299Agama300-399Sains Kemasyarakatan400-499Bahasa 500-599Sains Tulen600-699Teknologi700-799Kesenian dan Hiburan800-899 Kesusasteraan900-999Geografi, Sejarah dan Biografi

  • Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu .

  • Terdapat dua jilid ensiklopedia:Jilid maklumat umum atau jilid makro Jilid maklumat terperinci jilid mikro Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN. KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA

  • KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS

    Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad. Terdapat dua jenis kamus:

    kamus umum kamus khas atau kamus istilah.

  • MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUSPecahan makna bagi entri dan subentri (literal dan idiomatik)Jenis kataMaklumat etimologiLabel penggunaanRujuk silangVarianEjaanSebutanIstilahPeribahasaContoh ayat

  • MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS

    1. Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.

    2. Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama.

    3. Pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut.

  • 4. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya.Fabulous fabulous wonderful a fabulous dayIt was a fabulous week. Everything went well entrifrasaayatKeterangan makna

  • Senarai enjin pencarian:Infoseek (http://www.go.com)Alta Vista (http://www.altavista.com)Yahoo (http://www.yahoo.com)Google (http://www.google.com)Lycos (http://www.lycos.com)Cari (http://www.cari.com.my)

  • CONTOH ENJIN PENCARIAN

  • 1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netschape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama.

    2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.

    3. Taip kata carian (search word/search term) yang berkait dengan perkara , topik atau tugasan yang dicari.

    4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiadaCARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET

  • pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan.

    4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.

    5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.

    Selamat Mencuba!

  • STRATEGI METAKOGNISIAn intellect is someone whose mind watches itself. - Albert CamusMetakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. (Costa, A.L.:1981)

  • Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.

    Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari .Pengertian Metakognisi

  • STRATEGI METAKOGNISI

    I.Merancang apa yang ingin dipelajari.Ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii Menilai apa yang dipelajari.

    Pelajar mengawal pembelajarannya dengan:

  • KEMAHIRAN MERANCANG Meramal

    Menyediakan diri

    Membuat perancangan

  • KEMAHIRAN MEMANTAU Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya soalan seperti:

    Adakah ini membawa makna kepada saya?Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?Apakah soalan yang harus saya tanyakan?

  • KEMAHIRAN MENILAI

    Murid perlu membuat refleksi:

    Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ?

    Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?

    Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari dengan strategi yang sesuai.

  • CARA MENGAJAR METAKOGNISI

    Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

  • STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISIMERANCANGSebelum aktiviti pembelajaran dimulakan, guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .

  • KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA PERINGKAT METAKOGNISI Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran.

    Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.

  • Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.

    Ini akan membantu pelajar mengikuti proses metakognisi .PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA

  • Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada

    - membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti.

    MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA

  • Bagaimanakahtindakan itu harus diberikan pengiktirafan?Apakah tindakan yang membanggakn diri anda?

    MENGAMBIL KREDITGuru harus meminta pelajarmendapatkan maklum balas daripadarakan dengan mengajukan soalan seperti:

  • Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:

    Apakah informasi yang diperlukan? Apakah alatan yang diperlukan? Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?

    Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan.MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR

  • MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID

    Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya: GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah

    GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya tentang

  • MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU TINDAKANGuru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik. Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik.

  • Biasanya murid mengeluarkan perkataan sepertitidak adil, tidak baik, sangat tegas. Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan tidak adil, tidak baik, atau sangat tegas kepada murid. MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN

  • MAIN PERANAN DAN SIMULASIDengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut. Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.

  • Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid:

    - Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik. - Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru.

    - Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan.

    - Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.MENULIS JURNAL

  • Contoh teladan oleh guru dan menjadi ikutan oleh murid adalah proses sangat berkesan. Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana guru merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat mencontohinya.MEMBERIKAN TELADAN

  • PENGURUSAN MASA

    Murid yang berjaya biasanya mempunyai: 1. Jadual waktu 2. Perancangan yang tersusun dan sistematik.

  • Apakah jadual waktu dan Perancangan ?Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci dan merangkumi:1. Sesi pembelajaran2. Aktiviti-aktiviti lain.

    PerancanganPandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

  • Bagaimana menghasilkan jadual waktu persendirian?Tentukan masa untuk sesuatu mata pelajaran.Pilih keutamaan.Tumpuan kepada topik sukar.Pembahagian sama rata hari ke hari.Pilih masa yang paling sesuai.Peruntukan masa untuk aktiviti-aktiviti lain.

  • Selain belajar, masa harus diperuntukkan untuk :Berehat.Membuat kerja rumah.Bersukan.Membantu ibu bapaAktiviti yang diminatiKelas tambahan

  • Apakah kelebihan mempunyai jadual waktu?Mengurangkan pembaziran waktu.Fokus pada pelajaran.Teratur.Mengambil kira semua mata pelajaran.Keutamaan.Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja.

  • GAYA PEMBELAJARANMengapa perlu mengenal pasti gaya pembelajaran?Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.Fokus terhadap apa yang diperlajariMemaksimumkan hasil pembelajaran.

  • Apakah Gaya Pembelajaran?Gaya pembelajaran VAKGaya pembelajaran Dunn & Dunn

  • 1. Gaya pembelaran VAKVISUAL

    AUDITORI

    KINESTETIK

  • 2. Gaya Dunn & DunnBerasaskan beberapa aspek :

    Alam SekitarEmosiSosiologiFizikalPsikologi

  • Alam SekitarBunyiCahayaSuhuPola

  • EmosiMotivasiKetabahanTanggung jawabStruktur

  • SosiologiSendiriPasanganRakan SebayaPasukanGuruPelbagai cara

  • FizikalPersepsiMakanWaktuGerakan

  • PsikologiGlobal atau AnalitikOtak Kiri atau Otak KananImpulsive atau Refleksif

  • PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAANPeperiksaan memberikan pelbagai pengalamanRISAUSUKADUKAKECEWAdan sebagainya.

  • SEBELUM PEPERIKSAANBersediaLatihanTidur secukupnyaYakinMakan secukupnyaAwalTenangJangan mengulang kaji pada saat-saat akhir

  • SEMASA PEPERIKSAANBaca arahan dengan telitiAnggarkan masaTeruskan kepada soalan yang lebih mudahJangan panikreleks

  • GURU PERLU:Bantu murid tekun belajar.Tingkatkan minat murid terhadap kerja sekolah.Bantu murid memberi perhatian.Ajar murid teknik belajar yang betul

  • Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa MelayuTingkatan : EmpatMasa : 80 minitTajuk : Berita / Laporan SukanBidang : Maklumat dan InterpersonalHasil pembelajaran:7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks.

  • Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks. (ii)Mengenal pasti dan menyatakan gambaran umum dan idea utama dalam pelbagai bahan. 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila.Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa: Kosa kata

  • Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulisSistem bahasa: Kosa kataIlmu: SukanPeraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur dan patriotismeKemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi) - Kajian Masa Depan

  • Langkah pengajaran dan pembelajaran:1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi)2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)

  • 3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang didengar.4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi)5.Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru.6.Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut. (kemahiran mengenal isi penting)

  • 7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks kemahiran merujuk.8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan.9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog

    **