Belajar cara satu

2

Click here to load reader

Transcript of Belajar cara satu

Page 1: Belajar cara satu

  Salah satu daripada cara belajar atau membuat ulang kaji ialah dengan cara S.A.T.U.

      Cara ini mudah untuk dilaksanakan dan boleh diamalkan oleh adik-adik.

      Bagi memulakan belajar cara ini, peralatan dan keperluan untuk belajar perlu disediakan dulu. Oleh itu, pastikan dahulu, adik-adik telah bersedia dengan buku yang hendak dibaca, alat tulis yang sepatutnya, dan kertas untuk ditulis.

      Belajar cara ini tidaklah membebankan sangat dan boleh dilakukan dengan tenang.

      Ikutilah langkah-langkah yang diberikan di bawah ini:

S    Selak muka surat yang hendak dibaca, tidak terlalu laju tetapi cukup untuk menangkap tajuk utama dalam bab yang ingin dibaca.

A    Awasi tajuk-tajuk, gambar rajah, huruf yang ditebalkan, kata kunci, graf, dan ilustrasi yang ada dalam tajuk yang hendak dibaca.

T    Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas anda dan pecahkan menjadi peta minda, iaitu tajuk-tajuk kecil yang lain sebagai dahan-dahan kepada tajuk utama. Usah fikirkan kekemasan atau kecantikan peta minda. Sebaliknya, utamakanlah pecahannya dulu.

U   Ulang sekali lagi dengan membaca keseluruhan kandungan yang dipilih untuk dibaca dan diulang kaji tadi.

      Namun, kali ini dengan melengkapkan isi kepada dahan-dahan yang telah dibina di atas kertas tadi.

      Tulislah secara bebas dengan tidak takut untuk melakukan kesilapan.

      Adik-adik boleh kemaskan nota anda.

      Kemudian setelah selesai, buatlah bacaan sepenuhnya.

Page 2: Belajar cara satu

      Nota yang terbaik adalah nota yang adik-adik fahami. Oleh itu, ikutlah cara adik-adik kerana adik-adik sendiri yang akan menggunakannya.