Belajar cara tiga

2
Kaedah belajar cara T.I.G.A. ini membantu adik-adik untuk membuat ulang kaji secara sistematik. T Tinjau bahan yang hendak dibuat ulang kaji. Dapatkan gambaran keseluruhan bahan yang akan dibaca. Tinjau tajuk-tajuk utama yang bakal dibaca. Tinjau gambar rajah, peta, graf, ilustrasi, gambar, dan tajuk-tajuk kecil yang ada. I Ingat apa yang adik-adik baca dengan membuat kata kunci, kod, ungkapan, dan ringkasan tertentu yang boleh membantu ingatan. Bayangkan perkara yang adik-adik baca seolah-olah adik-adik sedang melihat perkara tersebut secara nyata di hadapan anda. Gunakan imaginasi adik-adik sepenuhnya. G Gabungkan imaginasi adik-adik dengan menuliskan semula pemahaman terhadap perkara yang dibaca. Usah risau, kalau ingatan tadi tidak tersusun. Tuliskan sahaja di atas kertas. A Atur semula perkara yang telah adik-adik tuliskan di atas kertas yang baru. Kali ini biar tersusun dengan sebaik mungkin. Buatlah sampai adik-adik berpuas hati dengan nota itu. Sepanjang proses ini, adik-adik sebenarnya telah membuat ulang kaji sebanyak tiga kali dalam satu masa.

Transcript of Belajar cara tiga

Page 1: Belajar cara tiga

Kaedah belajar cara T.I.G.A. ini membantu adik-adik untuk membuat ulang kaji secara sistematik.

T      Tinjau bahan yang hendak dibuat ulang kaji.

      Dapatkan gambaran keseluruhan bahan yang akan dibaca.

      Tinjau tajuk-tajuk utama yang bakal dibaca. Tinjau gambar rajah, peta, graf, ilustrasi, gambar, dan tajuk-tajuk kecil yang ada.

I      Ingat apa yang adik-adik baca dengan membuat kata kunci, kod, ungkapan, dan ringkasan tertentu yang boleh membantu ingatan.

      Bayangkan perkara yang adik-adik baca seolah-olah adik-adik sedang melihat perkara tersebut secara nyata di hadapan anda.

      Gunakan imaginasi adik-adik sepenuhnya.

G      Gabungkan imaginasi adik-adik dengan menuliskan semula pemahaman terhadap perkara yang dibaca.

      Usah risau, kalau ingatan tadi tidak tersusun. Tuliskan sahaja di atas kertas.

A      Atur semula perkara yang telah adik-adik tuliskan di atas kertas yang baru.

      Kali ini biar tersusun dengan sebaik mungkin. Buatlah sampai adik-adik berpuas hati dengan nota itu.

      Sepanjang proses ini, adik-adik sebenarnya telah membuat ulang kaji sebanyak tiga kali dalam satu masa.

      Mudah bukan?