belajar ms access dengan aplikasi

37
MICROSOFT ACCESS : LANGKAH DEMI LANGKAH NOROLIZAH ABU HASSAN NORMAZLINA OTHMAN NORASHIKIN SAMAH

description

Belajar Ms Access

Transcript of belajar ms access dengan aplikasi

  • MICROSOFT

    ACCESS :

    LANGKAH DEMI

    LANGKAH

    NOROLIZAH ABU HASSAN NORMAZLINA OTHMAN NORASHIKIN SAMAH

  • ISI KANDUNGAN

    BAB 1 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

    1

    BAB 2 OBJEK JADUAL (TABLE)

    5

    BAB 3 OBJEK QUERIES

    20

    BAB 4 OBJEK BORANG (FORM)

    25

    BAB 5 OBJEK LAPORAN (REPORT) 30

  • BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

    Objektif : Di akhir amali pelajar akan dapat :

    1. Mengenalpasti persekitaran Ms Access 2. Membuka dan menutup fail pangkalan data

    Peralatan : 1. Komputer 2. Perisian Ms Access

    Langkah Kerja :

    Rujuk nota di bawah sebelum memulakan explorasi anda menggunakan perisian Ms Access.

    1. Apabila anda membuka Ms Access, kotak dialog seperti berikut akan dipaparkan.

    Pilih Sample Templates. Anda akan ditunjukkan cara memulakan perisian Ms Access

    menggunakan templates yang telah disediakan oleh perisian Ms Access 2010.

    N

    O

    T

    A

    a. Blank Database dengan pilihan ini, anda boleh membina sebuah pangkalan data

    baru tanpa sebarang pertolongan. Cara ini lebih fleksibel dan anda boleh membina

    pangkalan data mengikut kehendak diri sendiri.

    b. Blank Web Database dengan pilihan ini, anda boleh membina sebuah pangkalan

    data baru tanpa sebarang pertolongan terus ke laman web. Cara ini lebih fleksibel dan

    anda boleh membina pangkalan data mengikut kehendak diri sendiri.

    c. Recent Template memaparkan template yang pernah digunakan.

    d. Sample Template memaparkan template yang terdapat di dalam microsoft access

    terdiri daripada jenis pangkalan data yang berbeza.

    e. My Template memaparkan simpanan template yang telah digunakan di dalam

    folder sample template.

  • 2. Pilih Students; Sistem akan mengarahkan pangkalan data di namakan dan disimpan

    terlebih dahulu di dalam folder yang dihekendaki.

    3. Namakan fail anda sebagai Students, save di dalam folder anda dengan klik pada butang

    create.

    4. Antaramuka di bawah akan terpapar.

  • 5. Klik pada pilihan New Student, isi data di borang tersebut. Setelah borang diisi klik

    butang Save and New

    6. Masukkan maklumat seperti di bawah. Masukkan data rakan-rakan anda di dalam kelas.

  • 7. Klik butang pilihan untuk memaparkan report.

    8. Pilih butang preview report untuk memaparkan report. Pilih Preview the alphabtical contact

    listing. Laporan anda akan dicetak seperti rajah dibawah.

  • BAB 2: OBJEK JADUAL (TABLE)

    Objektif : Di akhir amali pelajar akan dapat :

    1. Dapat membina jadual dan memasukkan data dengan menggunakan kaedah Design View.

    2. Mengenalpasti kegunaan properties setiap jenis data.

    3. Mengenalpasti kegunaan Primary key.

    Peralatan : 1. Komputer 2. Perisian Ms Access

    Langkah Kerja :

    Membina Datasheet

    1. Mulakan program Ms Access dengan klik pada ikon yang terdapat pada Desktop atau pada Start

    menu program.

    2. Untuk menghasilkan sebuah pangkalan data yang baru, pilih pilihan BLANK DATABASE, tulis

    nama fail KELAS SKS2 NOV 2013 dan klik Create.

    3. Kotak dialog seperti berikut akan dipaparkan: Klik Ribbon Home dan klik View.

  • 4. Klik View dan pilih Design View.

    5. Antaramuka seperti berikut akan terpapar dan memasukkan nama Table dengan Maklumat

    Pelajar.

    Antaramuka ini akan terpapar. Taip NAMA pada ruangan FIELD NAME .

    6. Untuk memilih DATA TYPE, tekan TAB atau kekunci arah kanan.

    Pada ruangan tersebut terdapat anak panah ke bawah dan anda boleh membuat pilihan dengan klik anak panah tersebut.

  • N

    O

    T

    A

    JENIS DATA (DATA TYPE)

    Terdapat 12 jenis data:

    TEXT teks atau kombinasi teks dengan nombor, saiz maksima sepanjang 255 aksara

    atau seperti yang ditetapkan oleh property fieldSize. Data boleh diisih dan diindex.

    MEMO teks yang panjang atau kombinasi teks dengan nombor, dengan panjang

    maksima ialah 65,535 aksara. Data jenis ini tidak bleh diisih atau diindex.

    NUMBER nombor yang boleh menjalankan operasi aritmetik. Saiz boleh ditentukan

    dalam Property- Field Size.

    DATE/TIME Jenis nombor yang khas untuk tarikh dan masa. Format properties jenis

    data ini akan menetapkan bagaimana tarikh/masa itu hendak dipaparkan.

    CURRENCY Jenis nombor yang mewakili matawang yang boleh diguna dalam

    aritmetik.

    AUTONUMBER Satu nombor berturutan yang unik ( bertambah dengan nilai 1) yang

    diberikan oleh Access dengan setiap tambahan rekod ke dalam jadual. Anda hanya

    boleh gunakan satu jenis data AutoNumber dalam satu jadual (selalunya menjadi

    Primary Key).

    YES/NO Ini adalah medan logikal yang menyimpan nilai Yes/No dan medan-medan

    yang hanya mempunyai dua pilihan nilai sahaja (yes/No, True/False, atau On/Off) Anda

    juga boleh gunakan format properties untuk setkan nilai lain bagi menunjukkan

    True/False.

    ATTACHMENT Melampirkan sebarang jenis fail (pembentangan, spreeadsheet,

    dokumen) untuk dilampirkan di dalam pangkalan data. Data yang dilampirkan tidak

    melebihi 2 gigabait.

    CALCULATED Membolehkan untuk membuat pengiraan terus dari pangkalan data.

    OLE/OBJECT Ini adalah objek (seperti dokumen Word, Excel, workbook, bitmap files,

    sound/video files) yang link/embedded dalam jadual Access.

    HYPERLINK Biasanya melibatkan kemasukan alamat-alamat URL.

    LOOKUP WIZARD Membina satu medan yang membolehkan anda memilih nilai

    daripada jadual lain menggunakan combo box ataupun list box.

    NOTA

  • PROPERTIES MEDAN ( FIELD PROPERTIES)

    Setiap medan mempunyai properties dan setiap jenis data mempunyai properties yang

    berbeza. Properties medan menetapkan ciri bagi setiap jenis data dalam medan. Berikut

    adalah properties am yang wujud ( tidak semua jenis data mempunyai semua properties

    ini).

    PROPERTIES KEGUNAAN

    Field Size Menentukan kepanjangan sesuatu medan.

    Format Merujuk kepada format atau bentuk paparan sesuatu medan. Sebagai

    contoh bentuk paparan bagi tarikh adalah seperti dd-mm-yy, dd-mm-

    yyyy dan sebagainya.

    Input Mask Menyediakan acuan untuk kemasukan data. Dalam hal ini boleh

    disetkan jenis data yang diperlukan.

    Decimal Places Menetapkan bilangan titik perpuluhan ( Number/Currency sahaja).

    Caption Label yang digunakan dalam medan-medan form dan report

    (menukarkan nama medan).

    Default Value Nilai medan yang wujud secara automatik apabila rekod baru hendak

    dimasukan.

    Validation Rule Mengesahkan data berdasarkan kepada syarat yang ditetapkan dalam

    expressions atau macros.

    Validation Text Paparkan utusan tertentu apabila nilai medan tidak memenuhi syarat

    di dalam Validation Rule.

    Reqiured Menentukan samada nilai mesti diisikan ke dalam medan.

    Allow Zero Length Medan berkenaan samada dibiarkan kosong atau tidak boleh dibiarkan

    kosong.

    Indexed Mengindex data untuk mempercepatkan proses carian.

  • PROPERTY SAIZ MEDAN (FIELD SIZE PROPERTY)

    Untuk jenis data Text, Number, AutoNumber.

    Text 1 hingga 255 aksara Number Julat nombor dalam Access adalah seperti berikut:

    SETTING SAIZ

    MEDAN

    JULAT BIL. PERPULUHAN

    Byte 0 Hingga 255 Tiada

    Integer -32,768 hingga 32,767 Tiada

    Long Integer -2,147,483,648 hingga 2,147,483,647 Tiada

    Single -3.402823E38 hingga 3.402823E38 15

    Double - 1.797E308 hingga 1.797E308 7

    Replicatin ID Globally Unique Identifier (GUID)

    diguna bersama AutoNumber

    Tiada

    Decimal Untuk memaparkan nombor bulat

    sahaja

  • PROPERTY FORMAT

    Property format terdapt pada semua jenis data kecuali OLE Object.

    Format mengawal bentuk paparan data.

    Setiap definisi format akan memeberi kesan selepas data dimasukan ke dala jadual/form. PROPERTY FORMAT UNTUK JENIS DATA TEXT & MEMO:

    FORMAT CATATAN

    @ Memerlukan bentuk teks ( Aksara atau ruang kosong)

    & Aksara teks tidak dikehendaki

    < Semua aksara menjadi huruf kecil

    > Semua aksara menjadi huruf besar

    PROPERTY FORMAT UNTUK JENIS DATA NUMBER & CURRENCY

    CONTOH FORMAT NUMBER

    JENIS FORMAT INPUT PAPARAN DEFINISI FORMAT

    General 987654.321 987654.321 ######.###

    Currency 987654.321 $987,654.321 $###,##0.00

    Fixed 987654.321 987654.321 ######.###

    Standard 987654.321 987,654.321 ###,###.###

    Percent .987 98.7% ###.##%

    Scientific 987654.321 987654321E+03 #.####E+00

  • PROPERTY INPUT MASK

    Property ini dipunyai oleh data jenis Text, Number, Date/Time, dan Currency.

    Anda boleh mencipta Input Mask dengan menggunakan aksara-aksara berikut:

    AKSARA KESANNYA

    0 Digit 0 9, kemasukan perlu, tanda [+] dan [-] tidak dibenarkan

    9 Digit atau ruang kosong, kemasukan tidak perlu, tanda [+] dan [-] tidak

    dibenarkan.

    # Digit atau ruang kosong, ruang kosong dipaparkan sebagai blanks , tetapi

    blanks dibuang apabila data di save, tanda [+] dan [-]dibenarkan.

    L Huruf A Z, kemasukan perlu

    ? Huruf A Z, kemasukan tidak perlu

    A Huruf atau digit, kemasukan perlu

    A Huruf atau digit, kemasukan tidak perlu

    & Aksara atau ruang kosong, kemasukan perlu

    C Aksara atau ruang kosong, kemasukan tidak perlu

    < Aksara menjadi huruf kecil

    > Aksara menjadi huruf besar

    ! Nilai input dimasukkan dari kanan ke kiri

    \ Aksara selepas tanda \ akan dipaparkan seperti yang ditaipkan. Contoh: \A

    dipapar sebagai A.

    8. Langkah berikutnya; Pilih jenis TEXT dan

    pada tetingkap General di bawah, setkan

    FIELD SIZE kepada 15.

  • 9. Pada bahagian Description (penerangan) taipkan Nama pelajar SKS 2.

    10. Tekan kekunci Tab untuk bergerak ke sel Field Name ke-2. Taip NO KAD PENGENALAN

    11. Pilih Data Type jenis Text kerana anda boleh setkan ruangan NO KAD PENGENALANyang

    dikehendaki.

    12. Jadikan data No. Kad Pengenalan sebagai

    primary Key dengan highlight pada

    barisan tersebut dan klik ikon kunci pada Table

    Design Toolbar.

    13. Untuk setkan ruangan NO KAD

    PENGENALAN klik pada anak panah input

    mask dan paparan seperti rajah sebelah akan

    dipaparkan. Jika perisian Ms Access di makmal

    komputer anda tidak dilengkapkan dengan

    kemudahan input mask.

  • 14. Klik pada pilihan Edit List dan isikan

    nilai seperti paparan di rajah sebelah.

    15. Klik CLOSE apabila sudah menentukan

    nilai yang diingini.

    16. Perhatikan pilihan NO KAD

    PENGENALAN telah disetkan kemudian klik

    NEXT dan paparan berikut dipaparkan.

    17. Pada bahagian Try It : taipkan no kad

    pengenalan untuk memastikan ianya disetkan

    dengan betul. Kemudian Klik NEXT dan

    seterusnya FINISH.

    18. Pastikan pada bahagian Reqiured, anda pilih YES untuk memastikan pengguna memasukkan

    maklumat tersebut.

    19. Pada Field Name ke-3 taipkan ALAMAT dan pilih jenis Memo supaya data boleh dimasukkan

    dalam banyak barisan.

    20. Kemudian masukkan pula pada field Name ke 4 POSKOD dan cipta input mask poskod

    dengan memasukkan format 00000.

    21. Hasilkan sebuah jadual seperti di berikut.

    22. Klik save dan klik pada ikon untuk ke tetingkap View Table. Namakan table anda sebagai

    Maklumat Pelajar.

  • 23. Pastikan field saiz data pelajar adalah seperti dibawah:

    24. Isikan 20 maklumat kawan-kawan anda mengikut jadual yang anda buat.

    Double click pada table Data Pelajar dan paparan seperti di bawah akan dipaparkan. Taip maklumat

    tersebut di dalam ruangan yang sesuai.

    Field Name Data Type Field Size

    NAMA Text 15

    NO KAD PENGENALAN Text (Input Mask) 14

    ALAMAT Memo

    POSKOD Text (Input Mask) 5

    BANDAR Text 20

    NEGERI Text 20

    JANTINA Text 9

    TARIKH LAHIR Date/Time Medium Date

    NO TELEFON Text (Input Mask) 11

    NAMA PENJAGA Text 150

    HUBUNGAN Text 10

  • 25. Apalah masalah yang anda hadapi semasa memasukkan maklumat kawan anda? Nama terlalu

    panjang? Tetapi tidak dapat terus menaip?

    26. Hal ini berlaku disebabkan anda telah menetapkan field saiz nama sebagai 15, jadi hanya 15

    aksara sahaja yang dapat di masukkan.

    27. Anda masih boleh mengubah table anda dengan memilih butang selepas highlight

    pada table data pelajar atau anda juga boleh;

    28. Klik kanan pada table Maklumat Pelajar dan pilih design view. Klik pada Data Type Nama dan

    tukar Field Size menjadi 150.

    29. Setelah selesai. Save maklumat yang telah dimasukkan.

    Menggunakan Datasheet

    1. Buka fail MAKLUMAT PELAJAR yang telah anda save sebelum ini. Double click pada table

    DATA PELAJAR.

  • 2. Perhatikan butang-butang kemudi yang terletak di bawah paparan window.

    3. Di atas Table Datasheet anda boleh mengedit data/rekod.

    Memformat Datasheet 1. Terdapat beberapa teknik dalam menukar paparan datasheet.

    i. Menukar font.

    Pilih Ribbon Home -> Text Formatting

    Satu rekod sebelum

    Rekod pertama

    Rekod pertama

    Rekod terakhir

    Satu rekod selepas

    Jumlah rekod

    Rekod semasa

  • ii. Menukar bentuk paparan lajur.

    Untuk menukar susunan lajur semasa view datasheet, anda hanya perlu klik dan heret lajur-lajur

    berkenaan:

    Klik dan hold pada nama lajur yang dipilih Drag mouse ke lokasi baru untuk letakkan lajur yang dipilih itu. Lepaskan butang pada mouse.

    iii. Menambah lajur. Satu lajur telah ditambah selepas column no telefon.

    Klik kanan pada lajur dan pilih insert column

  • iv. Menukar nama lajur.

    Hitamkan ruangan filed1 dan namakan field sebagai HUBUNGAN Pindahan field HUBUNGAN selepas column NAMA PENJAGA

  • Hasilkan sebuah jadual baru yang dinamakan dengan MARKAH PELAJAR di dalam fail yang

    sama. Dalam jadual tersebut perlulah mempunyai medan-medan seperti di bawah:

    FIELD NAME DATA TYPE

    NoKadPengenalan Teks (14)

    Markah SKS 2053 Number

    Markah SKS 2064 Number

    Markah SKS 2074 Number

    Markah sks 2084 Number

    LATIHAN

  • BAB 3 : OBJEK QUERIES

    Objektif : Di akhir amali pelajar akan dapat :

    1. Pelajar dapat menghubungkan field di dalam table yang berlainan. 2. Menghasilkan query ringkas berdasarkan table yang telah di

    hasilkan dengan menggunakan wizard dan design view. Peralatan : 1. Komputer

    2. Perisian Ms Access Langkah Kerja :

    Table Relationships

    Untuk mengelakkan pertindihan data dan mengulangan data dalam medan lebih di dalam lebih

    dari satu table, kemudahan relationships boleh digunakan.

    1. Klik pada ribbon Database Tools dan klik butang relationships.

    2. Windows seperti rajah disebelah akan dipaparkan klik pada Maklumat Pelajar, kemudian

    butang add. Seterusnya klik pada Markah Pelajar dan butang Add. Apabila telah add

    table yang dikehendaki, klik pula butang

    Close.

  • 3. Klik Ribbon Design, kemudian pilih Edit Relationships dari menu Relationships untuk

    mendapatkan tetingkap Edit Relationships. Klik pada butang Create New menetapkan

    relationships hanya dengan memilih nama table dan nama column. Pilih NO KAD

    PENGENALAN pelajar sahaja pada kedua-dua table Maklumat Pelajar dan Markah

    Pelajar.

    4. Klik butang Create setelah selesai menetapkan relationships antara kedua-dua table.

    Save relationships yang telah dibuat apabila pop up menu memberi pilihan.

    5. Untuk menyemak, buka table Maklumat Pelajar, Pilih ribbon Home >More> Subdatasheet

    >Expand All atau Collapse All. Anda akan mendapat hasil seperti dibawah.

  • Queries

    Memilih rekod daripada beberapa table yang berlainan di dalam pangkalan data supaya data ini

    boleh di papar, di anallisa dan di sisih di dalam datasheet. Ini akan menghasilkan dynaset

    (dynamic dataset) yang akan disimpan sebagai objek di dalam pangkalan data dan boleh

    digunakan kemudian.

    1. Klik ribbon Create klik Query Design

    2. Paparan di sebelah akan dipaparkan.

    3. Pilih Table Maklumat Pelajar dan kemudian klik

    butang Add, dan seterusnya Pilih Table MARKAH

    PELAJAR dan klik butang Add.

    4. Tentukan queries anda seperti di jadual di

    sebelah.

    5. Namakan queris anda sebagai Query

    Maklumat Pelajar. Klik pada ribbon File >

    Save Object As.

  • N

    O

    T

    A

  • Menghasilkan Query Baru

    Hasilkan sebuah jadual query baru yang dinamakan dengan Query MARKAH PELAJAR di

    dalam fail yang sama. Dengan menggunakan Query Wizards. Query Tersebut haruslah

    mempunyai medan berikut.

    Table Maklumat Pelajar Table MARKAH PELAJAR

    NamaPelajar No Kad Pengenalan Pelajar

    No. Kad Pengenalan MarkahSKS2053

    Alamat Pelajar MarkahSKS2064

    MarkahSKS2074

    MarkahSKS2084

    LATIHAN

  • BAB 4: OBJEK BORANG (FORM)

    Objektif : Di akhir amali pelajar akan dapat :

    1. Menggunakan Objek form. 2. Menghasilkan form dengan menggunakan wizards dan secara design view. 3. Mengubahsuai form yang telah di buat.

    Peralatan : 1. Komputer 2. Perisian Ms Access

    Langkah Kerja :

    Membina Borang

    N

    O

    T

    A

    Borang (forms) digunakan untuk memapar, menyunting, dan memasukkan data secara sistematik, cepat dan mudah. Dengan menggunakan borang, grafik seperti gambar, foto, lukisan dan sebagainya boleh ditambah dan dipaparkan bersama-sama dengan data dari jadual. Tambahan pula objek-objek dalam sebuah borang seperti teks, petak ataupun medan boleh diformat sesuka hati. Dengan cara ini, data yang tersimpan dalam jadual boleh dikerjakan dan dipaparkan secara menarik. Borang-borang Access tersimpan dalam folder Forms. Terdapat enam jenis Form yang boleh anda cipta:

    1. Columnar 2. Tabular form 3. Datasheet 4. Main/Subform 5. Pivot table form 6. Graph

    1. Pilih Open untuk fail yang telah sedia ada.

  • 2. Pilih fail Maklumat Pelajar.

    3. Semua Table dan Query akan terpapar.

    4. Pilih Data pelajar: Table.

  • 5. Pilih File dan pilih Create. Akan terpapar Pilihan untuk membuat form.

    6. Klik ikon Form Wizard pada bahagian atas. Dan paparan seperti berikut akan diperolehi:

    7. Klik pada butang >> untuk memilih semua field yang terdapat dalam table data pelajar.

    8. Pilih butang Next untuk langkah yang berikutnya.

    9. Pilih layout untuk bentuk form anda. Anda masih boleh mengubah antaramuka form selepas

    ini jika perlu.

  • 10. Pilih butang Next untuk langkah berikutnya. Paparan berikut akan meminta untuk

    menamakan semula form. Namakan form anda sebagai Data Pelajar1 dan klik butang

    Finish untuk menamatkan proses Form Wizards.

    11. Anda akan mendapat hasil paparan seperti di bawah.

    12. Berikan warna pada latar belakang form anda dan masukkan logo kolej pada form

    tersebut.Tetapi bagaimana?

    13. Tutup form data pelajar dan buka melalui design view. Bagaimana?

    14. Pilih Design View.

  • 15. Pilih butang Toolbox, dan Toolbox Menu akan akan terpapar.

    N

    O

    T

    A

    16. Anda juga boleh klik kanan untuk mendapatkan arahan yang lain. 17. Selamat mewarnai Form anda 18. Bina form baru dengan menggunakan form wizards untuk Query MARKAH PELAJAR yang telah anda buat sebelum ini. Namakan form anda sebagai FORM QUERY MARKAH PELAJAR.

    Select Object, Control Wizards

    Label, Text Box, Option Group

    Toggle Button, Option Button, Check Box

    Combo Box, List Box, Command Button

    Image, Unbound Object Frame, Bound Object Frame

    Page Break, Tab Control, Subform/Subreport

    Line, Rectangle, More Control

  • BAB 5 : OBJEK LAPORAN (REPORT)

    Tajuk : OBJECTS - REPORT

    Objektif : Di akhir amali pelajar akan dapat :

    3. Menggunakan Objek Report. 4. Menghasilkan Form dengan menggunakan Wizards dan secara

    Design View. 5. Mengubahsuai report yang telah di buat.

    Peralatan :

    3. Komputer 4. Perisian Ms Access

    Langkah Kerja :

    Membina Report

    1. Pilih Open untuk fail yang telah sedia ada.

    2. Pilih fail Maklumat Pelajar.

  • 3. Semua Table, Query dan Form akan terpapar.

    4. Pilih Data Pelajar: Table.

    5. Pilih File dan pilih Create. Akan terpapar pilihan untuk membuat Report.

  • 6. Klik ikon Report Wizard pada bahagian atas dan paparan seperti berikut akan diperolehi:

    7. Klik pada butang untuk memilih semua field yang terdapat dalam table data pelajar.

    8. Pilih butang Next untuk langkah yang berikutnya.

    9. Pilih Layout untuk bentuk Report anda. Anda masih boleh mengubah antaramuka Report

    selepas ini jika perlu.

  • 10. Pilih butang Next untuk langkah berikutnya. Paparan berikut akan meminta untuk menamakan

    semula report. Namakan report anda sebagai Data Pelajar dan klik butang Finish untuk

    menamatkan proses Report Wizards.

    11. Anda akan mendapat hasil paparan seperti di bawah.

    12. Berikan warna pada latar belakang report anda dan masukkan logo kolej pada report

    tersebut.Tetapi bagaimana?

    13. Tutup report data pelajar dan buka melalui design view. Bagaimana?

    14. Pilih Design View.

  • 15. Butang toolbox akan terpapar.

    N

    O

    T

    A

    16. Anda juga boleh klik kanan untuk mendapatkan arahan yang lain. 17. Selamat mewarnai form anda 18. Bina report baru dengan menggunakan report wizards untuk Query MARKAH PELAJAR yang telah anda buat sebelum ini. Namakan report anda sebagai REPORT QUERY MARKAH PELAJAR.

    Select Object, Control Wizards

    Label, Text Box, Option Group

    Toggle Button, Option Button, Check Box

    Combo Box, List Box, Command Button

    Image, Unbound Object Frame, Bound Object Frame

    Page Break, Tab Control, Subform/Subreport

    Line, Rectangle, More Control

  • Cetakan Pertama 2014

    MICROSOFT ACCESS: LANGKAH DEMI LANGKAH

    Hakcipta Terpelihara @ Ogos 2014

    Kolej Komuniti Jempol

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian e-buku ini tidak boleh diterbitkan

    semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki atau disiarkan dalam mana-

    mana bentuk atau dengan mana-mana alat elektronik, mekanikal fotokopi,

    perakaman atau sebaliknya, tanpa keizinan dari Kolej Komuniti Jempol, Kementerian

    Pendidikan Malaysia.

    Diterbitkan dan Diedar Oleh : Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan

    Diterbitkan oleh :

    Kolej Komuniti Jempol, KPM

    Taman Industri Mahsan,

    72100 Bahau.

    Tel : 06-4540075

    Fax : 06-4540344

    url:www.kkjns.edu.my