Belanja Hasil Dan Belanja Modal

8
Belanja Hasil dan Belanja Modal Disediakan oleh: F.H. Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA(UK) Belanja Hasil dan Belanja Modal Perbelanjaan yang berlaku bukan untuk menambahkan nilai aset bukan semasa, tetapi berlaku disebabkan oleh kendalian urus niaga harian dikenali sebagai Belanja Hasil. Contohnya: Penggunaan van dalam urus niaga. Pembelian van untuk operasi perniagaan ialah Belanja Modal kerana van boleh digunakan untuk beberapa tempoh perakaunan, maka van ialah aset bukan semasa. Manakala, perbelanjaan petrol untuk van tersebut merupakan Belanja Hasil kerana petrol digunakan untuk tempoh yang singkat sahaja dan tidak meningkatkan nilai aset bukan semasa. Perbezaan Belanja Modal dengan Belanja Hasil. Latihan klasifikasi Belanja Modal dan Belanja Hasil Belanja Jenis Perbelanjaan 1. membeli van 2. membeli petrol untuk van 3. kos pembaikan atau penyelenggaraan van 4. memasang lampu tambahan pada van 5. membeli mesin 6. kos eletrik untuk menjalankan mesin 7. membelanja RM1,500 atas mesin: RM1,000 untuk menambah nilai mesin, manakala RM500 untuk pembaikan mesin 8. mengecat bangunan baharu yang dibeli 9. mengecat bangunan tersebut selepas 3 tahun kemudian Catatan Jurnal dan kesan simpan kira-kira Latihan: 1

Transcript of Belanja Hasil Dan Belanja Modal

Page 1: Belanja Hasil Dan Belanja Modal

Belanja Hasil dan Belanja ModalDisediakan oleh: F.H. Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA(UK)

Belanja Hasil dan Belanja Modal

Perbelanjaan yang berlaku bukan untuk menambahkan nilai aset bukan semasa, tetapi berlaku disebabkan oleh kendalian urus niaga harian dikenali sebagai Belanja Hasil.

Contohnya: Penggunaan van dalam urus niaga. Pembelian van untuk operasi perniagaan ialah Belanja Modal kerana van boleh digunakan untuk beberapa tempoh perakaunan, maka van ialah aset bukan semasa. Manakala, perbelanjaan petrol untuk van tersebut merupakan Belanja Hasil kerana petrol digunakan untuk tempoh yang singkat sahaja dan tidak meningkatkan nilai aset bukan semasa.

Perbezaan Belanja Modal dengan Belanja Hasil.

Latihan klasifikasi Belanja Modal dan Belanja Hasil

Belanja Jenis Perbelanjaan1. membeli van2. membeli petrol untuk van3. kos pembaikan atau penyelenggaraan van4. memasang lampu tambahan pada van5. membeli mesin6. kos eletrik untuk menjalankan mesin7. membelanja RM1,500 atas mesin: RM1,000 untuk menambah nilai mesin, manakala RM500 untuk pembaikan mesin8. mengecat bangunan baharu yang dibeli9. mengecat bangunan tersebut selepas 3 tahun kemudian

Catatan Jurnal dan kesan simpan kira-kira

Latihan:

Kontraktor binaan telah disuruh untuk membuat kerja pada premis anda, jumlah bil sebanyak RM3,000. Kalau 1/3 belanja tersebut adalah untuk pembaikan dan bakinya untuk menambahkan nilai premis tersebut. Bagaimanakah anda merekod transaksi tersebut dalam akaun dan kesannya dalam penyata pendapatan?

Kesan bunga atas pinjaman untuk pembiayaan aset bukan semasa

FRS123 Borrowing Costs (Kos Pinjaman)

Kos pinjaman merupakan bunga dan belanja lain atas peminjaman dana. Kos pinjaman berlaku atas pembinaan atau pembangunan sesuatu aset. Pembinaan PPE (Property, Plant and Equipment) atau kontrak jangka masa panjang dalam pembinaan melibatkan dana yang besar, maka entiti akan membuat pinjaman untuk membiayai pembinaan atau

1

Page 2: Belanja Hasil Dan Belanja Modal

Belanja Hasil dan Belanja ModalDisediakan oleh: F.H. Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA(UK)

pembangunan aset tersebut. Dalam simpan kira-kira, perkara melibatkan pengkelasan kos pinjaman sentiasa didebatkan antara akauntan. Isu yang terlibat adalah sama ada kos pinjaman harus dipermodalkan atau dibelanjakan?

Pencadang untuk merekodkan kos peminjaman sebagai Belanja Modal

Kos peminjaman adalah sebahagian daripada kos pembinaan seperti kos bahan mentah, buruh dan overhed. Bunga dan belanja berkaitan dengan peminjaman secara langsung merupakan sebahagian besar perbelanjaan pembinaan. Tanpa dana yang mencukupi, pembinaan tidak dapat dijalankan.

Kos pembelian sesuatu aset telah merangkumi kos peminjaman penjual. Penjual telah memasukkan segala kos dan untung sebelum menentukan harga jualan. Dengan ini, merekodkan kos peminjaman sebagai sebahagian kos pembinaan adalah wajar dan membolehkan perbandingan dengan harga belian aset yang telah siap.

Pencadang untuk merekod kos peminjaman sebagai Belanja Hasil

Kos pinjaman merupakan kos tempoh dan seharusnya dibelanjakan mengikut tempoh semasa.

Kos pinjaman tidak semestinya berkaitan secara langsung dengan pembinaan aset tersebut, tetapi merupakan pembiayaan untuk operasi sesebuah entiti. Maka, kos peminjaman dikatakan tidak sesuai untuk dipermodalkan.

Definisi Kos Pinjaman (Borrowing costs)

FRS123 mendefinisikan kos pinjaman sebagai bunga dan belanja lain yang berlaku atas entiti berkaitan dengan peminjaman dana.

Kos pinjaman merangkumi perkara-perkara berikut:

a) Bunga seperti overdraf bank dan peminjaman jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

b) Pelunasan (Amortisation) diskaun atau premium berkaitan dengan peminjaman.

c) Pelunasan kos ancillary berkaitan dengan penyediaan peminjaman.

d) Kos kewangan (Finance charges) berkaitan dengan Finance Leases diiktirafkan mengikut FRS117 Leases

e) Perbezaan daripada pinjaman dengan mata wang asing dan perubahan tersebut dilaraskan sebagai kos bunga.

2

Page 3: Belanja Hasil Dan Belanja Modal

Belanja Hasil dan Belanja ModalDisediakan oleh: F.H. Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA(UK)

Kos pinjaman atas Aset yang layak (Qualifying Asset) dipermodalkan:

FRS mendefinisikan aset yang layak sebagai sesuatu aset yang memerlukan suatu tempoh yang substantial untuk disiapkan untuk digunakan atau dijual. Aset yang layak termasuk pembinaan bangunan, kontrak jangka masa panjang, Pembangunan dan Penyelidikan, pembinaan hartanah, dan pengeluaran inventori yang memerlukan tempoh yang substantial untuk disiapkan sehingga tahap dijual. Bagaimanapun, pengeluaran inventori dalam jangka masa pendek tidak boleh dikelaskan sebagai aset yang layak. Aset yang telah disiapkan untuk tujuan penggunaannya bukan lagi aset yang layak (Qualifying Asset). Maka, kos pinjaman bukan untuk pembangunan dan pembinaan aset tersebut dikelaskan sebagai belanja hasil bagi tempoh semasa.

FRS123 mengehadkan kos pinjaman perkara-perkara tersebut sahaja dikelaskan sebagai Belanja Modal.

1. Dana yang dipinjam khas untuk aset yang layak sahaja.

2. Jumlah yang dibenarkan sebagai Belanja Modal adalah terhad kepada Kos pinjaman sebenar setelah ditolak untung daripada pelaburan sementara dengan menggunakan dana pinjaman tersebut.

3. Belanja Modal atas kos pinjaman bermula dari;

a. Belanja atas aset yang layak berlakub. Kos pinjaman mula berlakuc. Aktiviti untuk tujuan penyediaan dan penyiapan aset yang layak bermulad. Permodalan bunga dihentikan apabila aset yang layak telah disiapkan untuk

tujuan kegunaannya atau siap untuk dijuale. Jumlah belanja modal tidak boleh melebihi manfaat ekonomi masa depan yang dijangka oleh entiti tersebut.

Untung atau Pendapatan daripada Pelaburan SementaraContoh 1:Sebuah entiti meminjam sebanyak RM39juta untuk pembangunan sebuah bangunan yang dijangkakan kosnya RM45juta. Bagaimanapun, setelah pinjaman dilakukan, RM10juta sahaja yang digunakan untuk membiayai pembangunan tersebut, manakala bakinya telah digunakan untuk pelaburan sementara. Untung atas pelaburan telah dilaporkan sebanyak RM400,000, manakala bunga atas pinjaman ialah RM2juta.Bagaimanakah cara perekodan aktiviti di atas dalam akaun? BincangkanJawapan: Jika jumlah RM39juta telah digunakan untuk membiayai projek pembangunan tersebut, maka bunga atas pinjaman RM2juta akan dipermodalkan. Tetapi, sebahagian amaun pinjaman tersebut RM29juta telah dilaburkan dalam pelaburan sementara, maka untung atas pelaburan digunakan untuk mengurangkan kos pinjaman. Bunga yang dibenarkan untuk Belanja Modal (RM2juta tolak RM400,000 = RM1.6juta).

3

Page 4: Belanja Hasil Dan Belanja Modal

Belanja Hasil dan Belanja ModalDisediakan oleh: F.H. Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA(UK)

Contoh 2:Pada 1 Januari 2011, Jamil Bhd telah membuat pinjaman sebanyak RM400,000. Jumlah pinjaman ini telah digunakan untuk pembinaan aset dan modal kerja perniagaannya. Pada 31 Disember 2011, tiada pembayaran balik amaun pinjaman. Jumlah RM300,000 sahaja telah digunakan untuk membiayai pembinaan aset tersebut. Jamil mahu mempermodalkan kos pinjaman atas aset yang layak ini. Maklumat pinjaman seperti berikut pada 31 Disember 2011:12% Saham Biasa RM100,00010% term loan RM220,0008% Saham Utama Boleh Tebus RM 80,000Dikehendaki:Kirakan kadar permodalan (capitalisation rate) dan jumlah bunga yang layak dipermodalkan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.Jawapan:Daripada peminjaman di atas, hanya jumlah RM300,000 sahaja yang dibenarkan untuk belanja modal. Pinjaman tersebut adalah terdiri daripada maklumat di atas dan mempunyai kadar bunga yang berbeza. Maka, purata wajaran digunakan untuk mengira jumlah yang dibenarkan sebagai Belanja Modal.Kadar permodalan (%)

Jenis Pinjaman Nilai Pokok @31/12/2011

Purata Wajaran

(a)

Kadar Bunga(b)

(a) X (b)%

12% saham biasa 100,000 25% 12% 3.010% Term Loan 220,000 55% 10% 5.58% Saham Utama Boleh Tebus

80,000 20% 8% 1.6

400,000 100% 10.1

Jumlah BungaJenis Pinjaman Nilai Pokok

@31/12/2011Kadar Bunga

(b)Jumlah Bunga

RM12% saham biasa 100,000 12% 12,00010% Term Loan 220,000 10% 22,0008% Saham Utama Boleh Tebus

80,000 8% 6,400

400,000 40,400

Jumlah boleh dipermodalkan = RM30,300Bunga atas pinjaman khas untuk aset yang layak RM300,000 X 10.1% RM30,300Bunga atas operasi perniagaan (dibelanjakan) RM100,000 X 10.1% RM10,100

Jumlah RM40,400

4

Page 5: Belanja Hasil Dan Belanja Modal

Belanja Hasil dan Belanja ModalDisediakan oleh: F.H. Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA(UK)

Pengehadan atas Belanja Modal (bunga atas pinjaman)Jika nilai buku aset atau jumlah kos aset termasuk kos pinjaman lebih daripada amaun yang boleh realis (recoverable amount atau net realisable value NRV), amaun aset tersebut haruslah dikurangkan atau dihapuskan. Untuk inventori, amaun NRV digunakan jika nilai buku lebih daripada NRV, manakala untuk PPE pula dinilai semula kepada recoverable amount. Pengurangan nilai ini boleh dipulihkan mengikut piawaian yang sama.Pemberhentian Sementara/ Pemberhentian memodalkan bunga atas pinjamanPemberhentian sementara – dalam tempoh pembangunan atau pembinaan aktif tergendala, kos pembiayaian ini tidak boleh dipermodalkan. Namun begitu, jika pembangunan fizikal diberhentikan sementara, tetapi penyelidikan dan perancangan masih dijalankan tidak akan dianggapkan sebagai pemberhentian sementara.Pemberhentian – permodalkan bunga atas pinjaman akan diberhentikan pada masa aset yang layak telah disiapkan untuk tujuan pembangunannya atau siap untuk dijual. Aset dikatakan telah siap untuk tujuan kegunaannya apabila secara pembangunan atau pembinaan telah siap walaupun kerja pengurusan atau pengubahsuaian masih belum disempurnakan.Contoh 3: Eveready Bhd memulakan pembinaan bangunan pada 1 Januari 2001. Bangunan itu disiapkan pada 31 Disember 2003. Hayat guna bangunan dijangka 50 tahun. Kos pembinaan sahaja ialah RM1.5 juta. Eveready Bhd telah meminjam loan RM1juta daripada RHBB Finance pada 2001 untuk membiayai pembinaan bangunan. Bunga atas pinjaman 10% p.a. Bayaran ansuran pinjaman ini selama 5 tahun. Memandangkan syarikat tidak memerlukan pinjaman itu pada 2001, maka sebanyak RM600,000 dimasukkan ke dalam Simpanan Tetap dengan kadar faedah 8% p.a. yang matang pada 31 Disember 2001.Dikehendaki:a) Kirakan kos bangunan tersebut.

Kos bangunanKos pembinaan (termasuk bunga atas pinjaman) RM1,500,000Kos atas pinjaman (10% X RM1juta X 3 tahun) RM300,000Tolak: Faedah daripada Simpanan Tetap (1 tahun) RM 48,000

RM 252,000Kos bangunan RM1,752,000

b) Tunjukkan petikan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 2001 sehingga 2004

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember2001 2002 2003 2004

Perbelanjaan:Belanja bunga atas pinjaman - - - 100,000Susut nilai 35,040Pendedahan kepada Nota Akaun (Notes to Accounts)

5

Page 6: Belanja Hasil Dan Belanja Modal

Belanja Hasil dan Belanja ModalDisediakan oleh: F.H. Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA(UK)

1. Jumlah kos pinjaman yang telah dipermodalkan dalam tempoh semasa2. Kadar permodalan yang digunakan untuk mengira kos pinjaman yang layak dipermodalkan.

Soalan 1: Bezakan perbelanjaan modal dan perbelanjaan hasil?Soalan 2:

6