Belilah Barangan Buatan Malaysia

38
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung- agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan? Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak

description

Belilah Barangan Buatan Malaysia

Transcript of Belilah Barangan Buatan Malaysia

Page 1: Belilah Barangan Buatan Malaysia

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat sekali gus meningkatkan imej negara. Di samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia.

Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap sering mengagung-aguungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bak senipis kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya “Malaysia Boleh” yang

Page 2: Belilah Barangan Buatan Malaysia

dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiara “kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi.” Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri.” Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi negara industri.

Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata masyarakat bak peribahasa “bagai serampang dua mata” dan “bagai makan menanak nasi.” Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!

Page 3: Belilah Barangan Buatan Malaysia

KEBAIKAN MEMBACA KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT TERUTAMANYA GOLONGAN REMAJA.

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan, seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Halini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara

Page 4: Belilah Barangan Buatan Malaysia

eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.

Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

Page 5: Belilah Barangan Buatan Malaysia

USAHA-USAHA MENGGALAKKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA

Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi sesebuah negara.Hal ini demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, jumlah pelancong ke Malaysia dari Januari hingga Disenber 2010 ialah 24.6 juta orang.  Pelancong Asia Barat menunjukkan peningkatan pada tahun 2006 berbanding tahun 2005.  Jumlah pelancong yang melawat ke Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun tersebut meningkat 44 peratus kepada 7.23 juta berbanding 5.02 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya meskipun keadaan ekonomi serantau yang kurang memuaskan kini. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia.

    Sebagai kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Kerajaan hendaklah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan di Arab Saudi. Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang tepat mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong. Hal ini demikian juga mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati. Natijahnya, industri pelancongan negara kita dapat bersinar dan terserlah ke seluruh dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

        Selain itu, pihak swasta haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan membuka pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia agar industri pelancongan negara kita dapat bersaing dengan negara-negara lain di dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong . Sebagai analoginya, tindakan yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut. Bagi membuktikan perkara ini, perangkaan yang boleh diketengahkan ialah pertambahan ketibaan pelancong antarabangsa dan pertumbuhan pelancongan domestik yang kukuh telah menyumbang kepada peningkatan kadar penginapan hotel purata daripada 59.2 peratus pada tahun 2000 kepada 63.5 peratus pada tahun 2005. Pendek kata, sekiranya langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik dijalankan secara berterusan sudah tentu kedatangan pelancong ke Malaysia bagaikan di mana ada gula di situ ada semut.

Page 6: Belilah Barangan Buatan Malaysia

       Selain itu, seharusnya kita tidak mengetepikan peranan sekolah dan peranan ibu bapa dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Memang diakui bahawa peranan sekolah dan ibu bapa amat penting dalam pendidikan anak. Ibu bapa yang menjadi guru di rumah haruslah mengasuh anak dengan sikap melentur buluh biarlah dari rebungnya tidak harus kita ketepikan kerana api tatkala kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan. Hal ini supaya anak mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti vandalisme yang menjatuhkan imej negara kita semasa pelancong dari luar negara datang ke negara kita. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah berperanan dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Oleh itu, subjek yang memperkenalkan Malaysia seperti Geografi dan Sejarah harus banyak diperkenalkan oleh guru Sejarah. Kelab Pelancongan boleh ditubuhkan bagi memupuk minat pelajar untuk melancong. Seterusnya, pihak sekolah juga bolah manganjurkan aktiviti seperti lawatan sambil belajar dan pertandingan membuat folio tentang tempat pelancongan untuk mendalami ilmu pengetahuan pelajar tentang tempat pelancongan tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menampilkan filem tentang adat resam dan keistimewaan berkaitan tempat pelancongan seperti di Sabah dan di Sarawak. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membawa anak mereka melancong supaya mereka tidak menjadi katak di bawah tempurung. Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara keluarga tetapi juga dapat merehatkan minda sekeluarga. Oleh itu, peranan ibu bapa dan sekolah penting dalam menggalakkan pelancongan di Malaysia.

       Ketika negara dan rakyat sedang rakus dan ghairah memburu kemajuan, kita sebagai masyarakat terlupa menjimatkan pengaliran keluar wang negara. Apabila melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk pelancongan diperolah semula oleh kerajaan melalui cukai yang dikenakan. Sekiranya melancong ke luar negara, segala perbelanjaan diperoleh oleh rakyat dan kerajaan negara asing. Perkara ini akan merugikan diri sendiri serta negara. Di samping itu, melancong dalam negara dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Dengan mengunjungi tempat-tempat yang belum pernah dilawati, kita dapat menambahkan pengetahuan dan mengenali secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan khazanah warisan bangsa di tanah air kita. Tambahan pula, kita dapat mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti melancong di dalam negara, kita akan mengetahui apa-apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat berkenan berbanding dengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk pembangunan negara. Kita harus melancong di negara sendiri demi menghayati warisan khazanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati.

Deduksinya, pelbagai usaha dan kempen perlu diteruskan dan dipergiat untuk menarik lebih banyak pelancong agar melancong ke negara kita. Rentetan itu, sinergi daripada semua pihak sangat penting bagi memajukan industri pelancongan di negara kita. Pihak kerajaan, pihak swasta, agensi pelancongan dan rakyat negara kita perlu berganding bahu bagi meningkatkan martabat industri pelancongan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu iaitu hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Sekiranya rakyat dan pelbagai pihak tidak bekerjasama, sudah tentulah matlamat untuk memajukan ekonomi negara kita tidak akan tercapai. Oleh itu, kejayaan dalam sektor pelacongan di negara kita dapat direalisasikan sekiranya semua pihak berusaha memajukan industri pelancongan kerana peribahasa ada mengatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Page 7: Belilah Barangan Buatan Malaysia

KELEBIHAN-KELEBIHAN PENGANGKUTAN AWAM

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda telah menyumbang kepada faktor perubahan sistem pengangkutan awam secara drastik.  Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.  Pada zaman yang serba canggih ini, sistem pengangkutan moden kian mempengaruhi kehidupan masyarakat. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati bahawa kenderaan awam tidak terhad dalam sistem perhubungan di darat malah di udara juga di laut.  Apakah kepentingan pengangkutan awam kepada pengguna dan persekitaran negara kita?  Antara tamsilan pengangkutan awam yang selalu digunakan oleh pengguna ialah bas, teksi, LRT, monorel dan kapal terbang.  Umum mengetahui bahawa bas awam merupakan kemudahan awam yang paling meluas digunakan di seluruh negara termasuklah di bandar dan di kawasan pedalaman.  Oleh itu, kelebihan-kelebihan pengangkutan awam yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada semua.  Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos perjalanan.  Sebagai contohnya, jika dahulu perjalanan  ke   Ipoh dengan memandu kereta mungkin memakan masa hingga tiga jam dan kadangkala meletihkan kerana terpaksa menempuh kesesakan yang tidak diduga sepanjang perjalanan. Namun, pada hari  ini   anda   boleh menikmati kopi panas dan membaca buku kegemaran  anda dengan  menaiki kereta api elektrik (ETS) yang hanya mengambil masa dua jam lima minit sahaja perjalanan pada kadar tambang yang berpatutan. Sudah jelas di sini bahawa penggunaan ETS dapat menjimatkan masa seseorang lebih kurang 50 minit berbanding penggunaan kereta persendirian. Impaknya, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan dengan tambang yang berpatutan seperti juga pengangkutan awam yang lain iaitu LRT (Light Rail Transit) dan MRT(Mass Rail Transit) yang menjadi pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan di kawasan bandar. Malahan kita boleh pergi ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan kos petrol yang semakin meningkat dan pengguna tidak perlu memikirkan bayaran tol serta bayaran tempat meletak kenderaan.    Seterusnya, kos yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli barang keperluan yang lebih penting. Peribahasa yang bertepatan dengan situasi di atas ialah Ingat Sementara Belum Kena, Jimat Sebelum Habis dan Masa Itu Ibarat Emas.  Sudah Terang Lagi Bersuluh, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan seseorang.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat perlu menggunakan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.  Perkhidmatan bas telah lama menerima persepsi negatif umum sebagai pengangkutan bagi golongan miskin. Perkhidmatan bas semasa tidak mampu menandingi kelajuan, keupayaan dan kekerapan perkhidmatan rel yang tinggi kerana bas perlu meredah kesesakan lalu lintas bersama-sama

Page 8: Belilah Barangan Buatan Malaysia

ribuan kenderaan lain. Bagi mengatasi masalah ini, tiga usaha utama merentasi 12 koridor menuju ke bandar utama iaitu Bus Expressway Transit (BET), Bus Rapid Transit (BRT), dan Lorong Bas telah disediakan. Perkhidmatan BET akan dilancarkan di empat lebuh raya di Lembah Klang yang tidak digunakan sepenuhnya. Pengguna akan menikmati pengurangan kesesakan lalu lintas daripada perkhidmatan ini kerana pengangkutan awam ini mempunyai jumlah hentian yang terhad dan laluan khas di kawasan tol bagi melancarkan perjalanan.  Selain itu, pengguna yang mengutamakan perkhidmatan pengangkutan awam dan tidak mementingkan diri sendiri, Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.  Kekurangan kenderaan persendirian di jalan raya secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kronik.  Secara implisitnya, kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus. Dengan ini, diharapkan masyarakat sedar akan kelebihan pengangkutan awam yang dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Pengangkutan Awam sebenarnya mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pembinaan bandar lestari atau bandar hijau malah mengurangkan pencemaran alam. Mahu atau tidak, pengangkutan awam akan menjadi nadi penting dalam memperkasakan bandar yang bersih atau mampu mengurangkan karbon atau gas beracun di kawasan bandar. Kawasan bandar yang kurang kenderaan persendirian bermaksud akan bertambah kurangnya karbon dilepaskan. Tambahan pula, LRT, MRT dan Monorel digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Pembinaan pengangkutan awam yang efisyen membolehkan bandar raya dibangunkan dengan sempurna. Kajian masa depan perlu dilakukan untuk memikirkan kesesakan bandaraya pada masa akan datang. Walaupun adanya bandar satelit yang membantu mengurangkan kesesakan bandar utama, perancangan pengangkutan awam yang sempurna perlu difikirkan. Kenderaan  bermotor yang padat  di kawasan bandar menyumbang kepada pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Dari satu segi, fenomena ini menunjukkan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Manakala dari sisi alam sekitar pula, hal ini menunjukkan kemerosotan alam sekitar. Keadaan yang bercanggah inilah yang sepatutnya diselarikan supaya kenderaan bermotor bukan sahaja boleh digunakan sebagai petunjuk kemajuan ekonomi negara, bahkan turut menyumbang kepada  kelestarian alam sekitar. Bagaimanakah kedua-duanya dapat diselarikan? Jawapannya adalah dengan memperkenalkan ‘Sistem Pengangkutan Hijau’ yakni satu sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekiranya sistem pengangkutan hijau berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya di kawasan bandar tanpa gangguan daripada kenderaan persendirian dan motosikal sudah pasti matlamat untuk meningkatkan kualiti  hidup penduduk di bandar akan tercapai. Hal ini kerana gangguan dari segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan jadual perjalanan, kesesakan lalu lintas telah berjaya diatasi.  Keselesaan dan kesejahteraan penduduk dalam berinteraksi di jalan raya juga merupakan sumbangan kepada peningkatan kualiti hidup penduduk.  Izharlah bahawa sistem pengangkutan awam yang moden di negara kita mampu melestarikan alam sekitar seterusnya pencemaran udara tidak akan menjadi masalah lagi

Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan pengangkutan awam moden dapat memudahkan perjalanan.  Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan kapal terbang sebagai pengangkutan utama bagi masyarakat Islam yang ingin menunaikan haji.  Penggunaan kapal

Page 9: Belilah Barangan Buatan Malaysia

terbang dapat mempercepat perjalanan di samping memudahkan jemaah haji yang ingin menunaikan tuntutan rukun Islam yang kelima.  Jika dibandingkan pada tahun 1950-an, jemaah haji yang menunaikan haji akan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk sampai ke destinasinya.  Hal ini amat menyusahkan, berbanding sekarang hanya 8 jam sahaja, seseorang itu telah sampai ke Mekah.  Situasi ini jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam moden telah memudahkan perjalanan bagi jarak yang amat jauh melangkaui sempadan antarabangsa. Selain itu, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas.  Hal ini disebabkan pengangkutan awam ini mempunyai laluan atau rel yang tersendiri. Selain itu, keistimewaan pengangkutan awam ini juga memudahkan perjalanan kerana mempunyai jadual perjalanan yang telah ditetapkan.  Sekali gus, orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dan membuat persediaan awal seperti peribahasa Sediakan Payung Sebelum Hujan. Tegasnya, perjalanan akan menjadi lebih mudah bagi pengguna apabila pengangkutan awam ini tidak dipinggirkan.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya maka sebagai akhirulkalam, pengangkutan awam banyak mendatangkan manfaat dalam memudahkan manusia menjalani urusan seharian.  Semua lapisan masyarakat Malaysia digalakkan menggunakan pengangkutan awam.  Sekiranya langkah yang drastik dan efektif ini tidak diikuti, sudah tentu banyak masalah akan timbul dalam kehidupan kita di bumi yang fana ini.  Jika dikaji sehingga ke akar umbi, masalah ini berpunca daripada asap kenderaan.  Oleh itu, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang lain bak peribahasa Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan  yang berstrategi serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

Page 10: Belilah Barangan Buatan Malaysia

PERANAN MENANGANI GEJALA BULI

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Gejala buli merupakan jenayah yang acapkali dilakukan oleh remaja sehingga sering menjadi bahan perbincangan  melalui media elektronik, media cetak mahupun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif kepada pembuli dan pemangsa. Mungkinkah ini salah satu cara pergaulan remaja sekarang? Dan saya sebagai anak jati bumi merdeka ini bertanggungjawab membantu kerajaan menghalang fenomena ini daripada terus menjadi bisul dan bernanah dalam masyarakat.  

Langkah perdana yang bakal saya lakukan untuk  mengatasi gejala buli dalam kalangan remaja pelajar di sekolah saya adalah dengan melaporkannya  kepada guru disiplin atau pihak pentadbir. Hal ini demikian kerana  guru disiplin, kaunselor dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) boleh bertindak pantas menjejak pelajar yang terlibat dengan buli. Dan jika sabit kesalahan berserta bukti sahih, pembuli-pembuli tersebut akan dikenakan tindakan disiplin. Sebagai contohnya, ibu bapa mereka akan dipanggil ke sekolah dan pelajar tersebut akan digantung persekolahannya.  Tindakan ini bertujuan memberi pengajaran kepada pelajar tersebut dan pelajar lain yang berhasrat melakukan tindakan yang sama. Dalam hal ini, saya  akan berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah. Sebarang perbuatan yang mencurigakan, akan saya laporkan kepada guru disiplin agar mereka dapat membuat pemantauan segera. Sesungguhnya, saya melakukan tanggungjawab ini dengan ikhlas demi menjaga imej sekolah dan penghuninya, bak kata pepatah  takut kerana salah berani kerana benar.

Saya bersedia untuk  menjadi saksi jika kes yang dilaporkan memerlukan saya berbuat demikian. hal ini demikian diperjelas oleh peribahasa yang bermaksud, jika tangan berani   mencincang bahu pula mesti berani memikulnya. Seandainya, pihak sekolah memanggil ibu bapa pelajar yang terlibat dengan buli ke sekolah, dan memerlukan saksi yang melihat kejadian tersebut, saya bersedia untuk tampil  untuk menjelaskan  perkara sebenarnya. Dalam hal ini, jika saya tidak bertindak  sudah pasti peristiwa hitam yang pernah berlaku di SMK Agama Ampangan Seremban, Negeri Sembilan akan terulang sejarahnya. Saya tidak mahu noktah hitam tersebut tercatat di sekolah saya seterusnya pihak sekolah akan dipersalahkan.  Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, saya mesti pantas bertindak agar fenomena ini tidak mencatat tintanya si sekolah saya.  sesungguhnya, saya bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah saya bak kata peribahasa cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Menyedari hakikat ini, saya mesti membantu pihak sekolah  menangani gejala buli dalam kalangan pelajar.

Selain itu, saya akan menghubung pihak polis jika terdapat unsur-unsur keganasan dan jenayah buli dalam kalangan remaja jika kejadian itu berlaku di luar waktu persekolahan.  Seandainya saya bertindak pantas, sudah pasti kejadian ini dapat dielakkan dan pembuli dapat ditangkap oleh pihak polis.  penangkapan ini akan menjadi teladan kepada remaja lain yang bertindak liar tanpa menghiraukan batas-batas kemanusiaan. Sungguhpun begitu, penangkapan ini bukan bertujuan mengaib remaja terbabit tetapi sebagai peringatan

Page 11: Belilah Barangan Buatan Malaysia

bahawa hidup ini ada peraturannya, seperti kata peribahasa hidup dikandung adat mati dikandung tanah.  Tindakan saya membuat aduan kepada pihak polis semata-mata untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat, tegak rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana bangsanya.  Tegasnya,  tindakan saya ini  bertujuan menghalang penularan kegiatan jenayah dalam masyarakat sekali gus membanteras kacang-kacang hantu yang suka membuat onar dan menganggu kedamaian masyarakat setempat.

Serentak dengan itu, saya juga akan bergiat cergas dalam kelab antijenayah sosial di sekolah seperti Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah (SLAD). Saya juga akan mengajak rakan-rakan saya untuk bergerak aktif dalam kelab ini. Semoga penglibatan ini dapat membantu kami menangani gejala buli dalam kalangan rakan-rakan dan tindakan yang akan kami lakukan untuk menghadapinya. Selain itu, kelab ini  boleh melatih kami mengisi masa lapang secara berfaedah melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Sebagai contohnya, kami boleh mengasah bakat dengan  melukis mural sekolah, membersih kawasan persekitaran dan melakukan kerja-kerja kebajikan di rumah orang-orang tua.  pendek kata banyak yang boleh kami pelajari melalui aktiviti yang disusun oleh kelab antijenayah, malahan langkah prakmatik ini mampu menjadi agen  menangani masalah buli dalam kalangan pelajar dan remaja.

Selain itu, saya juga akan bergerak aktif sebagai ahli Rakan Cop dalam usaha membantu pihak polis membanteras  jenayah. Dengan menjadi ahli Rakan Cop, saya bertanggungjawab menjadi mata dan telinga pihak polis. Jika saya mendapat maklumat berhubung kegiatan jenayah sosial seperti buli dan kegiatan jenayah yang lain, saya boleh menghubungi pihak polis  melalui talian Rakan Cop. Informasi ini akan membantu pihak polis menangkap penjenayah-penjenayah tersebut seterusnya menjadikan daerah kediaman saya lebih aman dan harmoni. Tegasnya, saya akan memberi sokongan padu kepada Rakan Cop agar penjenayah yang  beraja di mata bersultan di hati dapat segera dihapuskan.Sebagai konklusi daripada perbincangan ini, saya  sentiasa berharap dapat memberi   bekerjsama yang padu kepada pihak berwajib  demi keamanan tanah air tercinta. Saya berharap  agar lebih ramai remaja yang seangkatan dengan saya sanggup  tampil menghulurkan bantuan kepada pihak berwajib dalam usaha menurunkan statistik penglibatan jenayah buli dalam kalangan remaja. Seandainya lebih ramai remaja yang sanggup memberikan komitmen mereka, saya yakin masalah ini dapat segera diatasi. Natijah daripada penurunan kadar jenayah buli ini akan memberi nafas baru kepada remaja sekali gus menjadikan mereka modal insan dambaan negara.  Dengan itu, slogan “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” akan menjadi   hala tuju  Malaysia menggalas Wawasan 2020

Page 12: Belilah Barangan Buatan Malaysia

KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING DAN LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL KEMASUKAN PENDATANG ASING.

Saban hari kedatangan pekerja asing ke negara kita semakin meningkat bagaikan cendawan

yang tumbuh selepas hujan. Merujuk kamus, pekerja asing bermaksud tenaga kerja yang datang dari

negara lain seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, Thailand, dan sebagainya. Negara kita dianggap

sebagai lombong emas kerana negara kita mempunyai banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor

pekerjaan seperti sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan perladangan. Dasar kerajaan yang

membuka lebih luas peluang pelaburan dan memberi layanan serta kemudahan kepada pelabur asing

untuk membina kilang mereka di negara ini turut merancakkan kedatangan mereka lagi. Walupun

kehadiran mereka dapat membantu membangunkan ekonomi negara, namun terdapat beberapa kesan

negatif apabila pekerja asing masuk ke negara kita secara tidak terkawal. Oleh yang demikian, langkah-

langkah pengawalan harus diambil secara berkesan seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak

terputus manakala tepung tidak berserak memandangkan hal ini melibatkan hubungan diplomatik antara

negara.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan pekerja asing menyebabkan peluang

pekerjaan penduduk tempatan tersekat berikutan dengan sikap majikan di negara ini yang gemar

mengupah pekerja asing kerana kadar upah mereka jauh lebih murah berbanding mengupah pekerja-

pekerja tempatan yang lebih mahal. Sikap tidak memilih pekerja haruslah wujud dalam peribadi pekerja

tempatan. Jika mentaliti sedemikian diteruskan tanpa mengubah sebarang persepsi, hidup penduduk

tempatan tersepit. Sikap majikan yang ibarat peribahasa “kera di hutan disusui, anak di rumah mati

kelaparan” akan memberi impak negatif kepada rakyat tempatan. Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat

tempatan hilang peluang pekerjaan dan kadar pengangguran semakin meningkat dalam kalangan

pekerja tempatan.

Sudah terang lagi bersuluh, kemasukan pekerja asing tanpa kawalan menyebabkan peningkatan kadar

jenayah di negara ini. Pelbagai jenayah akan dilakukan oleh pekerja tempatan berikutan tidak

mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan. Tambahan pula, kos sara hidup pada

era globalisasi ini semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global. Kejadian pecah rumah,

kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain mungkin akan berlaku jika tiada sebarang usaha

diimplementasikan oleh pihak kerajaan. Peningkatan kadar jenayah ini juga melibatkan pekerja asing

yang masuk ke Malaysia tetapi tidak mendapat pekerjaan seperti yang diharapkan sedangkan mereka

memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Buktinya, mantan Ketua polis Negara ( KPN)

Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang

kepada peningkatan kadar jenayah.

Page 13: Belilah Barangan Buatan Malaysia

Di samping itu, kemasukan pekerja asing ini juga turut memberi kesan terhadap ekonomi negara kita.

Pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan bakal merugikan negara

dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini. Sistem transaksi canggih

di bank-bank negara kita menyumbang kepada proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah

dan cepat serta perkhidmatan yang murah. Menurut statistik, sebanyak RM 9.124 juta telah dihantar ke

negara asal pekerja asing antara bulan Januari hingga Jun setiap tahun. Hal ini akan membebankan

kewangan negara. Bukan itu sahaja, sebanyak RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos

untuk penahanan pendatang asing tanpa izin (PATI ) amat merugikan negara sekali gus mengganggu

gugat kerancakan ekonomi di negara kita.

Setiap penyakit ada penawarnya, begitu jugalah setiap masalah mempunyai jalan

penyelesaiannya yang tersendiri. Jika masalah kemasukan pendatang asing ini ditangani secara efektif,

pastinya kadar kemasukan pendatang asing ini mampu dikurangkan. Terdapat beberapa langkah yang

dapat diimplementasikan oleh pihak kerajaan serta majikan. Pihak majikan khasnya, perlu mengehadkan

kebergantungan kepada buruh asing kerana mampu menimbulkan pelbagai masalah sosial dan

keselamatan. Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu hendaklah mengikut sumber

negara yang diluluskan kerajaan. Pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan

warga asing di negara ini. Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan

dan pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan

segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh

kerajaan. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat

yang ditetapkan oleh kerajaan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang haruslah dilakukan dengan lebih tegas. Sikap

seperti melepaskan batuk di tangga tidak seharusnya diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal

ini kerana banyak pekerja asing terdiri daripada pendatang haram yang menyusup masuk dengan

menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani

bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka

menyusup melalui jalan laut. Jika semua pihak yang berkenaan memainkan tanggungjawab secara

berkesan, tidak mustahil masalah kemasukan pendatang asing dapat diatasi dari akar umbinya.

Page 14: Belilah Barangan Buatan Malaysia

Tuntas bicara, walaupun kedatangan pekerja asing ini ada kebaikannya namun, pihak kerajaan

haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial demi kesejahteraan dan

pembangunan negara kita selaras dengan wawasan 2020. Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak

pada bahu pihak kerajaan semata-mata sebaliknya menuntut kerjasama dan sokongan semua pihak.

Sesungguhnya, peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni wajar diamalkan oleh semua pihak

waima pihak kerajaan, majikan mahupun rakyat negara ini yang mempunyai peranannya yang tersendiri.

Hal ini sangat penting bagi memastikan implikasi negatif akibat kemasukan pekerjaan asing secara

berleluasa ke negara kita dapat diatasi melalui pelbagai langkah yang dirancang dan diimplementasikan

secara bijak dan berkesan sekali gus dapat mencapai matlamatnya.

Page 15: Belilah Barangan Buatan Malaysia

USAHA MENJAGA KEBERSIHAN SUNGAI (LAUT)

.....Sungai merupakan anugerah daripada Tuhan yang tidak ternilai. Mencemarkan sungai bermaksud kita tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan. Mayapada, sungai di Malaysia semakin tercemar teruk seperti Sungai Tiram, Sungai Klang dan Sungai Perak. Hal ini disebabkan oleh kegiatan perindustrian dan pembangunan yang kian rancak di pinggir sungai ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan bagi menjaga kebersihan sungai di negara kita?

.....Antara usaha perdana adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Kementerian Alam Sekitar perlu membuat pemeriksaan secara mengejut kepada penduduk berhampiran sungai. Disarankan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang menjadi tumpuan penduduk membuang sampah sarap perlu dilakukan. Pihak berkuasa tempatan pula perlu mengenakan denda atau saman kepada kilang yang menyalurkan sisa toksik terus ke dalam sungai. Jika masih ingkar, mereka wajar diberikan pengajaran dengan cara menyita harta syarikat seterusnya melumpuhkan operasi kilang mereka.

.....Selain itu, kempen Cintai Sungai Kita perlu digiatkan ke seluruh pelosok negara. Penyebaran informasi tentang kesan mencemarkan sungai bukan sahaja dilakukan melalui kaca televisyen tetapi juga perlu dilakukan di radio dan media cetak seperti akhbar arus perdana. Ceramah dan pengedaran risalah tentang penjagaan kebersihan sungai dan impak pencemaran sungai juga boleh dilakukan di kawasan perumahan supaya masyarakat sedar akan tabiat buruk membuang sampah sarap ke dalam sungai. Kini, penggunaan internet juga dilihat sebagai senjata baru dalam memastikan kempen yang dicanang berjaya membekas di hati masyarakat.

.....Di samping itu, sekolah juga boleh memainkan peranan melalui pendidikan kesedaran. Guru-guru perlu menyelitkan kepentingan memeliharan kebersihan sungai melalui mata pelajaran yang sesuai seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sains. Realitinya, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah mampu menyemai perasaan cinta akan sungai dalam diri anak-anak. Benarlah kata bijak pandai dahulukala, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika anak-anak ini dapat dipupuk dengan rasa tersebut, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dinoktahkan pada masa hadapan memandangkan merekalah generasi yang akan meneruskan legasi kehidupan.

Seterusnya, penduduk setempat melalui rukun tetangga perlu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Umpamanya, penduduk boleh mengutip plastik, botol dan kayu yang ada di dalam sungai. Malah, sepanjang sungai boleh dibina laluan pejalan kaki dan taman yang dihiasi oleh jajaran pokok bunga. Jadi, secara tidak langsung, sungai menjadi kawasan rekreasi untuk penduduk. Dengan cara ini, penduduk lebih menghargai kewujudan sungai dalam kehidupan mereka.

Page 16: Belilah Barangan Buatan Malaysia

.Akhir kalam, usaha menjaga kebersihan sungai menuntut sinergi yang bersepadu daripada segenap lapisan masyarakat. Sekiranya sungai semakin tercemar, hidupan akuatik bukan sahaja terancam tetapi kita juga turut menerima tempias yang sama. Hal ini demikian kerana sumber air bersih semakin berkurang. Kita tidak mahu generasi akan datang tidak dapat menikmati segala keindahan sungai. Ingatlah, alam ini merupakan pinjaman generasi mendatang, dan kita hanya pemegang amanah.

Sekiranya karangan mengajukan langkah memelihara dan memulihara kebersihan laut, isi ini juga boleh digunakan. Cuma, pelajar perlu menukar sungai kepada laut, juga contoh-contoh laut di Malaysia seperti Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Johor.

Page 17: Belilah Barangan Buatan Malaysia

PERANAN MASYARAKAT UNTUK MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

(T) Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini juga dikenali sebagai ‘budaya ikram’. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri. (I) Sayangnya, kehidupan dalam suasana pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, faham-memahami, hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena inilah merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang dihidangkan oleh media massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah, murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan setiap lapisan individu dalam masyarakat. (A) Sebelum bisul menjadi nanah, setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.

(P1) Peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh. (M) Membentuk sebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan pembentukan masyarakat yang mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama mengajar umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang kepada Pencipta, kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang kepada makhluk yang lain di muka bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan keberantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit bawang. (B) Sekiranya kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain seperti kes penganiayaan bayi, kes pembunuhan, perogolan, penindasan dan sebagainya. Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan. (K) Sejajar dengan itu, masyarakat yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Lebih-lebih lagi pembangunan yang lestari dan mapan dapat dipraktikkan disebabkan sifat penyayang telah mulai membenih dalam jiwa masyarakat kita. (P)

Page 18: Belilah Barangan Buatan Malaysia

Maka jelaslah di sini bahawa didikan agama yang mantap mampu melahirkan masyarakat yang penyayang demi kebaikan bersama.

(P2) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, peranan masyarakat yang lain adalah dengan menjadi suri teladan kepada golongan yang masih hijau atau separa matang. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan utama. (M) Hal ini disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha ini dan penggabungan kesemua anak di Malaysia sudah mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. (B) Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak bak kata pepatah, ‘bapa borek, anak rintik’. Pepatah ini membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang. (K) Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang. Akhirnya, masyarakat yang penyayang yang lahir daripada insititusi keluarga yang penyayang dapat dilahirkan. (P) Tegasnya, sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

(P3) Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah juga haruslah memikul obligasi untuk melahirkan masyarakt yang penyayang. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen yang penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang. Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah kedua mereka. (B) Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut. Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Seterusnya pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan. (K) Dengan ini, para pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk melahirkan masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara untuk melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan. (P) Jadi, peranan masyarakat pendidik untuk melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat dipertikaikan lagi.

(P4) Peranan masyarakat yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan diperbanyakkan. (M) Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, setiap anggota masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan persis kata orang tua-tua,

Page 19: Belilah Barangan Buatan Malaysia

“bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Bukan itu sahaja, sifat penyayang akan terserlah melalui amalan tolong-menolong dan bertoleransi dalam aktivti-aktiviti tersebut. (B) Sebagai tamsilannya, amalan rumah terbuka akan menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran tetangga, saudara-mara dan rumah-rumah kebajikan pada hari-hari perayaan. Manakala penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti gotong-royong dan kerja sukarela juga perlulah diperbanyakkan. (K) Aktiviti-aktiviti sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan tenaga untuk golongan yang tidak berkemampuan ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Akhirnya, masyarakat yang berjiwa penyayang dapat dilahirkan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan bertaraf kelas pertama. (P) Deduksinya, penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang banyak merupakan antara elemen yang penting bagi melahirkan masyarakat penyayang.

(P5) Meninjau dari skop yang berbeza, masyarakat yang penyayang juga dapat dilahirkan melalui kempen kesedaran yang efektif. Usaha ini dapat dilaksanakan oleh golongan masyarakat media sama ada media elektronik atau media cetak. (M) Seperti yang diketahui umum bahawa media merupakan wahana yang berkesan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan amalan penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita. Pihak media lebih menitikberatkan aspek sosial iaitu hubungan sesama manusia untuk didedahkan tatapan umum. (B) Oleh itu, pihak media yang merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang prihatin haruslah menggiatkan pelaksanaan kempen ‘Keluarga Bahagia’, ‘Penerapan Nilai-nilai Murni’ dan ‘Cintai Sungai Kita’ untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan masyarakat kita. Kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam. (K) Sehubungan dengan itu, masyarakat sedar akan kepentingan amalan penyayang dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Sikap menganiayai, menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain dapat dihindarkan sekali gus dapat menyemai sikap prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini. (P) Izharlah bahawa peranan masyarakat media melalui kempen-kempen yang diadakan dapat membentuk masyarakat yang penyayang.

(K) Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang. Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan kasih sayang yang bermaksud, “ Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri”. (C) Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil  inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan matlamat ini kerana

Page 20: Belilah Barangan Buatan Malaysia

bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. (H) Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Tokoh pujangga yang bernama Ahmad Shauqi Bey berkata, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap”. Diharapkan pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 dengan mudahnya.

CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU

Page 21: Belilah Barangan Buatan Malaysia

Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.

Budi bahasa dan adab sopan amalan yang mulia. Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Mereka sewajarnya memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, pelajar perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.

Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara menghargai jasa d guru. Antara ciri-ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin pelajar untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang. Peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”,membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah, mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru.

Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga,kita boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Barang yang murah akan menjadi tanda mata yang sangat berharga jika pemberian tersebut dengan hati penuh ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.

Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai

Page 22: Belilah Barangan Buatan Malaysia

tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa ‘guru, jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.

Selain itu,kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa.

Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru itu sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita perolehi daripadanya mendapat keberkatan daripada tuhan. Renungilah bait puisi di bawah.

Guru,kau ibarat dian yang membakar dirimelahirkan insan yang lestaritanpa mengira waktu dan harisegala ilmu dicurah dan diberikerana kau sedar tanggungjawab yang diberitanpamu negara tak mungkin teguh berdiri

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

Page 23: Belilah Barangan Buatan Malaysia

Warga tua merujuk  kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Mereka merupapan ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.             Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak, kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit.            Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua. Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka. Hal ini demikian kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah  berkorban nyawa. Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.           Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing. Kedua-dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh,  rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka. Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan. Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.             Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internat boleh menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan  dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua. Sebagai contoh,  rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu ’Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.                  Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan,  membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup. 

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Page 24: Belilah Barangan Buatan Malaysia

Orang Kelainan  Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan dalam keadaan cacat.  Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan  untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).               Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU.  Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.              Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.               Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik.  Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai.  Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.                Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi  OKU. Setiap maklumat  mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa  kepada orang ramai. Kempen  Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.          Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.       Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa  pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU.  Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU

Page 25: Belilah Barangan Buatan Malaysia

- KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG .    

     Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba, permasalahan berkaitan dengan wang amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana dengan wanglah kita dapat melakukan segala-galanya walaupun wang tidak dapat membeli segala-galanya. Menabung juga merupakan amalan yang tidak asing lagi dengan konsep kewangan demi mewujudkan masa depan yang terjamin. Oleh itu, anak-anak perlu dididik untuk menabung bagi menjamin keselesaan hidup pada hari mendatang kerana bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan."

    Amalan menabungkan wang sememangnya dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada anak-anak khususnya apabila mereka ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Hal ini demikian kerana kos pendidikan ke IPT semakin meningkat saban tahun akibat faktor ekonomi khususnya kolej-kolej swasta. Amalan menabung juga dapat meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi keluarga yang mempunyai ramai anak. Oleh itu, menabung dapat meringankan beban untuk memasuki IPT khususnya kolej-kolej swasta.

   Di samping itu, amalan yang dituntut agama ini juga dapat digunakan bagi tujuan kecemasan. Hal ini demikian kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana bak kata pepatah "malang tidak berbau". Kos perubatan yang semakin meningkat juga merupakan sebab amalan menabung perlu diamalkan sejak kecil lagi bagi menampung kos perubatan yang mahal. Pada masa yang sama, nilai berdikari dapat ditanam dalam diri seseorang individu.

    Seterusnya, sikap suka berhutang juga dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dengan adanya wang simpanan, kita tidak perlu berhutang dengan orang lain ataupun dengan ceti haram. Jika kita tidak mempunyai hutang, beban hidup kita akan berkurangan. Hal ini kerana kita tidak perlu risau diburu oleh pemiutang ataupun diisytiharkan muflis dalam perniagaan.

    Selain itu, kita juga dapat mempelajari selok-belok dunia perbankan. Perkara sebegini amat penting lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang bercita-cita untuk bekerja dalam agensi perbankan. Kita juga akan menjadi lebih arif akan perkembangan ekonomi dalam negara kita. Penabungan di bank juga dapat menyumbang kepada ekonomi dalam negara kerana wang yang ditabung akan dilaburkan sekali gus menjamin keteguhan ekonomi negara.

   Intihanya, sebagai warga yang sentiasa bersedia menghadapi ujian yang mendatang, amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Walaupun menabung wang dalam kuantiti yang sedikit, lama-kelamaan wang tersebut akan terkumpul menjadi banyak. Bak kata pepatah "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit". Kita juga perlu ingat bahawa penabungan kita akan membawa kepada hasil yang lumayan pada masa akan datang.

Page 26: Belilah Barangan Buatan Malaysia

KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.

Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.

Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

Page 27: Belilah Barangan Buatan Malaysia