BelllsungkllwlI Perginya arkitek Singapura ....

1
+ 1Z 0 NASIONAL ', ' LEE KUAN YEW MENINGGAL DUNIA BelllsungkllwlI Perginya arkitek Singapura . moden » Negarawan Singapura berjaya bangunkan kota metropolis sejak tahun - 1959 A Pabila Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman, melon- tar cadangan pembentukan se- buah Persekutuan membabitkan Ma- laya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1961, Lee Kuan Yew ber- kempen menyokong penggabungan itu bagi menamatkan pemerintahan Bri- tish. Hasil kesungguhan Perdana Menteri Singapura itu, pungutan suara pada 1 September 1962 dengan sokongan 70 peratus menjadi asas persetujuan bagi Singapura bersama membentuk Ma- laysia pada 16 September 1963. Penyertaan Singapura dibayangi ke- bimbangan pembabitan majoriti kaum Cina dan cabaran politik Parti Tinda- kan Rakyat (PAP) yang diasaskan Kuan Yew pada 12 November 1954. Kemenangan besar PAP yang me- nguasai 43 daripada 51 kerusi pada pilihan raya umum 30 Mei 1959, mem- buka laluan bagi Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama Singapura pada 3 Jun 1959. Tubuh Republik Singapura 1965 Kegagalan menyelesaikan beberapa masalah membawa kepada pemisahan . Singapura daripada Malaysia dan Tun- ku Abdul Rahman memilih untuk me- mutuskan segala hubungan. Susulan kegagalan rundingan, Kuan Yew menandatangani perjanjian per- pisahan pada 7 Ogos 1965 dan dua hari selepas itu, Parlimen Malaysia melu- luskan undang-undang berpisah de- ngan Singapura yang membawa ke- pada penuJ:mhan Republik Singapura pada 9 Ogos 1965. Kuan Yew menitiskan air mata ketika berucap pada hari bersejarah itu yang disifatkannya sebagai detik memilukan kerana meyakini pembentukan Malay- sia sebagai. sebuah negara berbilang kaum, selain menyedari tanggungja- wab besar dan cabaran yang menanti untuk membangunkan Singapirra. Perlahan-lahan, pelbagai permasala- han asas diatasi seperti memindahkan penduduk setinggan ke perumahan mampu milik, membina semula eko- nomi susulan pengunduran tentera Bri- tish dan kejatuhan harga minyak pa- saran dunia pada 1970-an serta keme- lesetan ekonomi pada pertengahan 1980-an. Kuan Yew meniup semangat dalam kalangan rakyat Singapura supaya be- rani cabaran dan ucapan- nya pada majlis bersama rakyat di Sem- bawang pada September 1965, men- cerminkan tekadnya. "Negara ini adalah milik semua. Ber- mula dari rumah setinggan lebih 100 tahun lalu, kita bina Singapura menjadi negara moden. Yakinlah dalam 10 ta- hun akan datang, Singapura menjadi kota metropolitan. Jangan gentar!" Segala janjinya itu dikotakan dan ha- silnya, Kuan Yew mendapat keperca- yaan rakyat yang menyaksikan PAP terus memerintah, .manakala beliau menjadi Perdana Menteri selama 31 tahun iaitu dari 1959 hingga 1990. Oleh kerana Singapura tidak mem- punyai budaya dominan, Kuan Yew cu- ba membentuk identiti unik Singapura pada 1970-an aan 1980-an yang meng- iktiraf perbezaan kaum, selain menga- rahkan semua rakyat lelaki Singapura berusia 18 tahun ke atas berkhidmat dengan angkatan tentera, polis atau pasukan pertahanan awam. Dalam usaha menangani masalah ra- suah, beliau memperkenalkan undang- undang yang memberikan Biro Siasa- tan Amalan Rasuah (CPIB) kuasa lebih besar untuk menahan, memeriksa, me- manggil saksi, memeriksa akaun bank dan cukai pendapatan suspek kes ra- suah. Baiki hubungan era Mahathir Tindakan beliau mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad (Timbalan Perda- na Menteri ketika itu) melawat Singa- pura pada tahun 1978 berjaya mem- perbaiki hubungan peribadi dan dip- lomatik kedua-dua pemimpin. Selepas memimpin PAP memenangi tujuh pilihan raya antara 1959 hingga 1990, Kuan Yew meletak jawatan se- bagai Perdana Menteri pada 28 No- vember 1990 dan menyerahkanjqwatan kepada Goh Chok Tong, iaitu peralihan kuasa pertama sejak kemerdekaan. Pentadbiran Chok Tong menyaksikan TUnku Abdul Rahman dan Kuan Yew ketika sidang media bersama pada tahun 1966. Kuan Yew kekal sebagai Menteri Kanan bukan eksekutif dan berperanan se- ,bagai penasihat. Pemilihan Lee Hsien Loong sebagai Perdana Menteri ketiga pada Ogos 2004 menyaksikan Kuan Yew dilantik oleh anaknya itu sebagai Menteri Mentor. Kuan Yew berkhidmat sebagai men- teri selama kira-kira 52 tahun sebelum mengumumkan persaraan pada 14 Mei 2011. Pernah ditanya jika berpeluang me- lakukan segala-galanya dalam cara ber- beza, Kuan Yew menjawab: "Apa yang saya boleh katakan ialah saya sudah lakukan yang terbaik. Saya menerima tanggungjawab ini, saya buat apa yang perlu dan tidak mungkin dapat mem- beri lebih daripada itu. "Saya serahkan kepada umum untuk menilainya.· Apa yang penting, saya sudah berikan yang terbaik." Dr Mahathir dan Kuan Yew bertukar dokumen pada majlis memeterai memorandum persefahaman di Kuala Lumpur pada bulan Jun tahun 1988. '

Transcript of BelllsungkllwlI Perginya arkitek Singapura ....

Page 1: BelllsungkllwlI Perginya arkitek Singapura . modenmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3859/1/...sejak tahun-1959 APabila Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman, melon tar

+

1Z 0 NASIONAL ', '

LEE KUAN YEW MENINGGAL DUNIA

BelllsungkllwlI

Perginya arkitek Singapura . moden » Negarawan Singapura berjaya bangunkan kota metropolis sejak tahun-1959

A Pabila Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman, melon­tar cadangan pembentukan se­

buah Persekutuan membabitkan Ma­laya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1961, Lee Kuan Yew ber­kempen menyokong penggabungan itu bagi menamatkan pemerintahan Bri­tish.

Hasil kesungguhan Perdana Menteri Singapura itu, pungutan suara pada 1 September 1962 dengan sokongan 70 peratus menjadi asas persetujuan bagi Singapura bersama membentuk Ma­laysia pada 16 September 1963.

Penyertaan Singapura dibayangi ke­bimbangan pembabitan majoriti kaum Cina dan cabaran politik Parti Tinda­kan Rakyat (PAP) yang diasaskan Kuan Yew pada 12 November 1954.

Kemenangan besar PAP yang me­nguasai 43 daripada 51 kerusi pada pilihan raya umum 30 Mei 1959, mem­buka laluan bagi Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama Singapura pada 3 Jun 1959.

Tubuh Republik Singapura 1965 Kegagalan menyelesaikan beberapa masalah membawa kepada pemisahan

. Singapura daripada Malaysia dan Tun­ku Abdul Rahman memilih untuk me­mutuskan segala hubungan.

Susulan kegagalan rundingan, Kuan Yew menandatangani perjanjian per­pisahan pada 7 Ogos 1965 dan dua hari selepas itu, Parlimen Malaysia melu­luskan undang-undang berpisah de­ngan Singapura yang membawa ke­pada penuJ:mhan Republik Singapura pada 9 Ogos 1965.

Kuan Yew menitiskan air mata ketika berucap pada hari bersejarah itu yang disifatkannya sebagai detik memilukan kerana meyakini pembentukan Malay­sia sebagai. sebuah negara berbilang kaum, selain menyedari tanggungja­wab besar dan cabaran yang menanti untuk membangunkan Singapirra.

Perlahan-lahan, pelbagai permasala­han asas diatasi seperti memindahkan penduduk setinggan ke perumahan mampu milik, membina semula eko­nomi susulan pengunduran tentera Bri­tish dan kejatuhan harga minyak pa­saran dunia pada 1970-an serta keme­lesetan ekonomi pada pertengahan 1980-an.

Kuan Yew meniup semangat dalam kalangan rakyat Singapura supaya be­rani mengh~dapi cabaran dan ucapan­nya pada majlis bersama rakyat di Sem­bawang pada September 1965, men­cerminkan tekadnya.

"Negara ini adalah milik semua. Ber-

mula dari rumah setinggan lebih 100 tahun lalu, kita bina Singapura menjadi negara moden. Yakinlah dalam 10 ta­hun akan datang, Singapura menjadi kota metropolitan. Jangan gentar!"

Segala janjinya itu dikotakan dan ha­silnya, Kuan Yew mendapat keperca­yaan rakyat yang menyaksikan PAP terus memerintah, .manakala beliau menjadi Perdana Menteri selama 31 tahun iaitu dari 1959 hingga 1990.

Oleh kerana Singapura tidak mem­punyai budaya dominan, Kuan Yew cu­ba membentuk identiti unik Singapura pada 1970-an aan 1980-an yang meng­iktiraf perbezaan kaum, selain menga­rahkan semua rakyat lelaki Singapura berusia 18 tahun ke atas berkhidmat dengan angkatan tentera, polis atau pasukan pertahanan awam.

Dalam usaha menangani masalah ra­suah, beliau memperkenalkan undang-

undang yang memberikan Biro Siasa­tan Amalan Rasuah (CPIB) kuasa lebih besar untuk menahan, memeriksa, me­manggil saksi, memeriksa akaun bank dan cukai pendapatan suspek kes ra­suah.

Baiki hubungan era Mahathir Tindakan beliau mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad (Timbalan Perda­na Menteri ketika itu) melawat Singa­pura pada tahun 1978 berjaya mem­perbaiki hubungan peribadi dan dip­lomatik kedua-dua pemimpin.

Selepas memimpin PAP memenangi tujuh pilihan raya antara 1959 hingga 1990, Kuan Yew meletak jawatan se­bagai Perdana Menteri pada 28 No­vember 1990 dan menyerahkanjqwatan kepada Goh Chok Tong, iaitu peralihan kuasa pertama sejak kemerdekaan.

Pentadbiran Chok Tong menyaksikan

TUnku Abdul Rahman dan Kuan Yew ketika sidang media bersama pada tahun 1966.

Kuan Yew kekal sebagai Menteri Kanan bukan eksekutif dan berperanan se­,bagai penasihat.

Pemilihan Lee Hsien Loong sebagai Perdana Menteri ketiga pada Ogos 2004 menyaksikan Kuan Yew dilantik oleh anaknya itu sebagai Menteri Mentor.

Kuan Yew berkhidmat sebagai men­teri selama kira-kira 52 tahun sebelum mengumumkan persaraan pada 14 Mei 2011.

Pernah ditanya jika berpeluang me­lakukan segala-galanya dalam cara ber­beza, Kuan Yew menjawab: "Apa yang saya boleh katakan ialah saya sudah lakukan yang terbaik. Saya menerima tanggungjawab ini, saya buat apa yang perlu dan tidak mungkin dapat mem­beri lebih daripada itu.

"Saya serahkan kepada umum untuk menilainya. · Apa yang penting, saya sudah berikan yang terbaik."

Dr Mahathir dan Kuan Yew bertukar dokumen pada majlis memeterai memorandum persefahaman di Kuala Lumpur pada bulan Jun tahun 1988. '