Bench Mark

8
LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SJK(T) LADANG SUNGAI MUAR, SEGAMAT, JOHOR Pada 15 Februari 2015, seramai 23 orang guru pelatih dari opsyen Reka Bentuk Dan Teknologi 3 semester 5 dan seorang pensyarah pembimbing iaitu En.Paramasivam telah bersama-sama melaksanakan program Bina Insan Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Muar, Segamat Johor.Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan ‘benchmarking’ satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut daripada aspek-aspek seperti infrastruktur, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan amalan budaya sekolah. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ini bertujuan memdedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini, para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan. Disamping itu, para guru pelatih akan mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan, memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2015

description

pismp

Transcript of Bench Mark

Page 1: Bench Mark

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SJK(T) LADANG SUNGAI MUAR,

SEGAMAT, JOHOR

Pada 15 Februari 2015, seramai 23 orang guru pelatih dari opsyen Reka Bentuk

Dan Teknologi 3 semester 5 dan seorang pensyarah pembimbing iaitu

En.Paramasivam telah bersama-sama melaksanakan program Bina Insan Guru di

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Muar, Segamat Johor.Program Bina

Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan ‘benchmarking’ satu sekolah pilihan di

mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut

daripada aspek-aspek seperti infrastruktur, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran dan amalan budaya sekolah.

Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ini bertujuan memdedahkan para

guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana pembentukan iklim dan

budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti

sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Melalui lawatan penanda aras

(benchmarking) ini, para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti

pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat

yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan. Disamping

itu, para guru pelatih akan mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan

dan pekeliling ikhtisas pendidikan, memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi

PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang

pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kami sebulat suara bersetuju untuk mengadakan lawatan ini selama 1 hari sahaja.

Kami telah bertolak ke sana dengan menaiki bas sewa pada pukul 6.30 pagi, 26

Februari 2012. Perjalanan ke segamat telah mengambil masa 3 jam untuk sampai ke

sekolah pilihan kami. Kami sampai di sekolah tersebut pada pukul 11.00 pagi. Setelah

sampai di sekolah tersebut, kami telah disambut dengan hati yang terbuka dan meriah

sekali oleh pihak sekolah. Kami semua diminta dikumpul dewan sekolah. Kami semua

duduk di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang guru di

sekolah tersebut. Selepas doa mentor kami iaitu En.Paramasivam memberi ucapan

yang berkaitan dengan BIG ini. Selepas itu, guru penolong kanan, En. Ganesan A/L

SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2015

Page 2: Bench Mark

Veerappan telah mengendalikan majlis ini kerana guru besar tidak dapat bersama

dengan kami kerana beliau mempunyai urusan pentadbiran di luar tetapi pihak guru di

sekolah telah memberi penerangan yang jelas serta menjaga kami dengan baik. En.

Ganesan telah menerangkan sejarah sekolah secara umum, pencapaian akademik,

kokurikulum serta lain-lain, tanggungjawab setiap guru, pelajar dan ibu bapa dalam

menjayakan sekolah ini untuk mendapatkan nama baik sebagai sekolah kluster serta

usaha-usaha guru yang diambil untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar di

sekolah ini dari segi aspek akademik, kokurikulum, teknologi dan persembahan pelajar.

Selepas sesi ini, Kami semua diberi masa untuk menjalankan tugas kami. Tugas

kami adalah perlu mengambil maklumat tentang infrastrukur sekolah, infostruktur

sekolah, pengurusan sekolah, iklim dan budaya sekolah, dan ciri-ciri kepimpinan. Kami

juga telah membahagikan lima kumpulan di kalangan kami supaya dapat

mengurangkan tugas. Tugas kumpulan kami ialah perlu mendapat maklumat tentang

infrastruktur sekolah. Bagi memudahkan tugas kami En. Ganesan meminta bantuan

guru sekolah. Contohnya setiap kumpulan mempunyai seorang guru bagi memberi

maklumat yang kami perlukan. Guru yang bertugas bagi kumpulan kami ialah Pn.

Lethcumy. Beliau meminta kami berkumpul di kantin sekolah dan kami berbincang di

katin sekolah. Kumpulan lain juga sama seperti kita mendapatkan maklumat daripada

guru bertugas. Selepas mendapat maklumat kami juga diberi kebenaran untuk

mengambil gambar- gambar yang berkaitan.

Ahli kumpulan saya mula bertugas dengan bertanya soalan pertama dengan Pn.

Lethcumy. Soalan yang kami kemukan ialah senaraikan jenis infrastrukur dan

kegunaananya. Beliau pun mula menjawab yang sekolah ini mempunyai bilik komputer,

setiap kelas mengandungi satu set pc.Pusat sumber bagi memudahkan murid untuk

mengumpul bahan bacaan. Sekolah ini juga mempunyai galleri bahasa tamil. Dalam

galleri tersebut terdapat semua article yang berkenaan dengan bahasa tamil. Sekolah

ini juga mempunyai bilik kh, bilik pj.dan padang. Mereka tidak perlu bergantung dengan

orang luar. Sekolah ini juga mempunyai pejabat, dewan yang selesa dan tempat

parking. Sebagai aktiviti kokurikulam terdapat sebuah bilik tarian. Dalam bilik ini murid

akan belajar tentang barathanathiyam.

SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2015

Page 3: Bench Mark

Ahli kumpulan lain juga jalankan tugas mereka sama seperti kami. Kumpulan yang

mencari maklumat tentang Infostruktur sekolah berjumpa dengan En.Thanasilan. Beliau

yang memberi semua maklumat tentang infostruktur sekolah. Soalan pertama yang

dikemukan kepada beliau oleh ahlu kumpulan tersebut ialah dalam sela masa berapa

lamakah maklumat yang dipamerkan di sekolah akan diganti dan diperbaharui

sepanjang setahun persekolahan. Beliau juga memberi jawapan seperti maklumat-

maklumat ataupun gambar-gambar mengenai sesuatu program ataupun aktiviti akan

dipamerkan akan dibuat sebagai album dan akan ditunjukkan melalui persembahan

power point kepada murid-murid dan tetamu yang datang ke sekolah. Selepas soalan

ini ahli kumpulan tersebut mengemukaan tentang bilik-bilik khas dan fungsinya.

Jawapan yang diberi oleh beliau sama seperti jawapan Pn.Lethucumy iaitu tentang

infrastruktur sekolah.

Kumpulan ketiga pula mendapat maklumat tentang pengurusan sekolah dengan

En.Vesavan. Beliau memberi info tentang misi, visi dan lain-lain yang berkaitan. Beliau

mengatakan yang sekolah ini mempunyai pergurusan yang memang sistematik. Setiap

bulan pasti akan mengadakan perhimpunan bulanan dan pada setiap hari mempunyai

perhimpunan biasa. Selain ini pihak sekolah juga menyambut hari jadi murid di sekolah.

Selain ini, pakaian murid dan guru sangat sistematik. Setiap murid perlu memakai baju

berlengan panjang. Murid perempuan berambut panjang perlu mengikat toncang

dengan ribbon bir. Pakaian guru yang formal ialah baju batik dan mereka dikehendaki

memakainya pada setiap perhimpunan khas dan bulanan.

Seterusnya kumpulan Sivakame. Mereka mendapat maklumat tentang iklim dan

budaya sekolah dengan Pn. Lathimi. Beliau menjawab soalan pertama iaitu tentang

landskap sekolah. Landskap sekolah ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti

susunan pertama pejabat, kelas, bilik ICT secara tersusun dan dengan papan tanda

yang bersistematik. Melalui ini bukan sahaja guru sekolah ibu bapa juga dapat

menganal pasti setiap bilik di sekolah. Budaya pembelajaran sekolah ini memang

mengandungi pembelajaran 3M. Pihak sekolah memberi penekanan yang seperti

akademik kepada kokurikulam juga Penglibatan semua murid sekolah ini dalam

kokurikulam sangat memuaskan. Ini kerana salah satu aktiviti yang sangat popular di

SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2015

Page 4: Bench Mark

sekolah ini ialah tarian.Selain beliau juga memberi beberapa cadangan kepada semua

guru supaya murid dapat menikmati proses pembelajaran. Cadangan beliau adalah

guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan setiap murid dan juga guru tidak

boleh duduk semasa proses P&P. Guru juga perlu pastikan yang susunan kerusi meja

dala kelas dalam keadaan teratur dan selasa kepada semua murid. Guru juga perlu

menjalankan tugas mereka dengan penuh kasih sayang.

Ahli kumpulan Careline mendapat maklumat daripada En.Ganesan tentang ciri-ciri

kepimpinan. Beliau menerangkan tentang sikap guru besar sekolah ini. Guru besar

sekolah merupakan seorang yang sangat bersistematik. Beliau juga tegas dalam

akademik dan kokurikulam murid. Selain ini beliau juga tegas dengan guru sekolah.

Tetapi beliau di luar sangat mesra dengan semua orang. Selain ini beliau juga

menegaskan yang dalam sekolah ini terdapat banyak aktiviti dijalankan mengikut

kehendak falsafah iaitu JERIS. Selain sukan seolah ini dijalankan dengan pengabungan

2 sekolah tamil yang berdekatan di satu padang. Beliau juga mengatakan budaya yang

dijalankan disekolah ini iaitu budaya kekeluargaan. Guru besar, guru, murid-murid dan

staf sekolah sangat mesra antara satu sama lain. Beliau juga mengatakan yang bukan

sahaja guru besar malah semua guru juga mempunyai kepimpinan yang sangat baik.

Selepas sesi mendapat maklumat dari guru sekolah ini selesai kami semua diminta

kumpul balik di dewan sekolah.Selepas semua kumpulan selesai mendapat maklumat,

kami semua berkumpul di dewan sekolah. Sebagai perasmian penutup majlis ini, ketua

opsyen kami iaitu Sivagami memberi ucapan penutupan. Dia juga mengucapkan ribuan

terima kasih kerana setiap guru memberi layanan yang sangat baik. Selain ini, mereka

juga mesra sangat dengan kami. Selain guru murid sekolah tersebut juga memberi

komitmen yang sangat baik dengan kami. Selepas ucapan sivagami mentor kami juga

memberi ucapan terima kasih. Beliau memberi ucapan tentang pencapaian sekolah ini,

tanggungjawab dan sifat bekerjasama seseorang guru dalam mencapai nama baik

sekolah ini seperti sebuah sekolah kluster kecemerlangan di negeri Johor. Pengetua

sekolah tersebut juga telah sampai. Sebagai ucapan akhir, guru besar SJK(T) Ladang

Sungai Muar, Pn, Vasugi A/P Rathnam telah berucap. Sebelum bermula ucapan,beliau

meminta maaf kepada kami kerana beliau tidak dapat bersama dengan kami pada pagi

SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2015

Page 5: Bench Mark

tadi kerana ada urusan di luar tetapi pada slot akhir dia dapat datang dan bersama

dengan kami. Beliau mengucap bahawa kehadiran anda semua sangat menghargai

serta lawatan ini juga memberi kefahaman yang penting dan berguna tentang

pengurusan sekolah dan pencapaian SJK(T) Ladang Sungai Muar serta beliau juga

menyemangatkan kami kerana profesian ini adalah suatu profesion yang amat

bermulia. Selepas ucapannya, sebagai tanda penghargaan guru besar SJK(T) Ladang

Sungai Muar telah memberi cenderahati kepada semua guru pelatih serta mentor.

Selepas sesi ini kami semua bersedia untuk makan tengahari. Kami telah

membekalkan makanan dari IPG supaya tidak menyusahkan pihak sekolah. Kami

makan makanan yang dibekal di kantin sekolah.Selepas makan kami semua

mengambil gambar dengan guru-guru sekolah di sana sebagai kenangan dan mudah

membuat laporan. Pada pukul 2.00 petang kami balik ke IPG kami dari sekolah itu.

Secara keseluruhannya, bagi saya lawatan penanda aras ini telah memberi banyak

faedah dan input yang sangat berguna. Akhir sekali saya ingin mengucapakan ribuan

terima kasih dan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran BIG ini kerana

kami semua bersusah payah untuk menjadikan BIG ini berjalan dengan lancar dan baik.

Saya juga ingin meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada kesilapan yang saya

lakukan sepanjang program BIG berlangsung. Melalui lawatan ini, saya dapat

mempelajari beberapa perkara yang penting. Input baru ini saya boleh dipraktikkan

dalam kerjaya saya semasa saya menjadi seorang guru yang kelak. Sekian, terima

kasih.

Disediakan oleh, 20 FEBRUARI 2015

SUMITHARA

(SUMITHARA A/P MANUGARAN)

SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2015