Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

15
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan.

Transcript of Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Page 1: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari

menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan.

Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan.

Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.

Page 2: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

RAM SAM SAM

Ram sam sam, Ram sam, sam

Goolie 4 x Ram sam sam 2 X

Aravi , Aravi

Goolie 4 x Ram sam sam

Piza Hut, Piza Hut , KFC and a Piza Hut

Mac Donald, Mac Donald ,KFC and a Piza Hut

Mee Rebus, Mee Rebus , Chow Kuea Theow

and Mee Rebus

Capati , Capati

Chow Kuea Theow and Mee Rebus

Page 3: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

JAPANESE DRUM SONG

Okina tai kong dong ! dong!

Chi sana tai kong tong-tong-tong!

Okina tai kong , Chi sana taikong

Dong! Dong ! , Tong-Tong-Tong!

Page 4: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Bendera Malaysia

KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA MALAYSIA 

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan,

Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, 

Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas 

jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya

 Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang 

Maha Mulia Raja-Raja Melayu 

Page 5: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

LAMBANG MALAYSIA 

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan

bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor,

Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah

kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.

Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan

kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di

sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.

Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi

Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.  Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya

dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.

Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari

Kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan Negeri-negeri, lawatan-lawatan rasmi, di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-upacara rasmi negara (seperti Majlis

Tilawah, SukanNegara). bendera Malaysia berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara lain di hadapan

bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Bendera Malaysia juga telah berkibar dengan megahnya di puncak Gunung Kala Pattar setinggi 5,856 m di Banjaran

Himalaya pada tepat jam 1.00 tengah hari pada 11 Januari, 1984 lalu, apabila serombongan 12 orang rakyat negara Malaysia berjaya mendaki puncak gunung tersebut

dalam satu ekspedisi bersejarah.  Pada 25 Ogos 1985, Syarikat Singer telah mengadakan Promosi Bendera Gergasi Hari

Kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur Plaza. Bendera tersebut berukuran 32.5 m x 16.4 m. Usaha tersebut menunjukkan kerjasama dan interaksi rakyat Malaysia dari

berbagai kaum. Begitu juga bendera terbesar Malaysia yang telah dinaikkan di Bangunan Angkasapuri berukuran 97.5 m x 24.3 untuk menyambut Hari Kebangsaan 1988.

Upacara menaikkan bendera adalah acara kemuncak Semarak pada 21 Ogos1988 di Melaka.

Page 6: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sejajar dengan kempen Setia dan Semarak, Pameran Bulan Bendera telah diadakan di Pasar Budaya. Begitu juga dengan kempen Kibarkan Bendera (Jalur Gemilang) dan

kempen Cinta Negara adalah usaha yang dilaksanakan untuk memupukkan semangat cinta dan setia kepada negara. 

Bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri Malaysia yang mempunyai lambang tersendiri pada keseluruhannya adalah berpegang kepada konsep Rukunegara iaitu: 

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 

Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-Undang  Kesopanan Dan Kesusilaan. 

Page 7: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

REFLEKSI (MINGGU 8)

Minggu ini saya mempelajari lagu- lagu pandu puteri iaitu lagu ‘ram sam sam’

dan lagu ‘japanese drum song’.saya berasa seronok mempelajari lagu –lagu

tersebut kerana ia mengembirakan. Selain itu, saya juga mempelajari tanda- tanda

mengesan yang boleh digunakan apabila kita tersesat dalam hutan atau

perkhemahan. Ini amat membantu saya meluaskan pengetahuan perkhemahan

serba sedikit. Saya juga mempelajari melafazkan mesej kecemasan apabila tersesat

dengan menggunakan tanda –tanda mengesan yang dipelajari. Secara keseluruhan,

perjumpaan minggu ini amat bermakna.

Page 8: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

REFLEKSI (MINGGU 9)

Minggu ini perlantikan kadet pandu puteri telah diadakan. Semua ahli telah

bersiap sedia untuk perlantikan tersebut. Upacara bermula dengan mengambil

kedatangan dan pembentukan Ladam Kuda. Selepas itu, kenaikan panji- panji

pandu puteri dijalankan. Seterusnya , perlantikan kadet pandu puteri dimulakan

dengan lafasan ikrar di hadapan pemimpin- pemimpin. Selepas itu, setelah ikrar

dilafazkan, beberapa soalan berkaitan dengan undang- undang ditanya dan dijawab

oleh ahli. Selepas itu , lencana pandu puteri telah disematkan oleh pemimpin-

pemimpin di atas ‘woggle’. Saya berasa bangga kerana dilantik dan mengambil

ikhtibar akan mematuhi undang- undang pandu puteri dan “TOS” (tolong orang

selalu).

Page 9: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

REFLEKSI (MINGGU 10)

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DI IPDA

Minggu ini kami sepasukan telah dibawa ke IPG Kampus Darul Aman di Jitra

untuk Perkhemahan Badan Beruniform. Pasukan pandu puteri kadet telah diberi

tempat untuk membina perkhemahan. Inilah kali pertama saya membina khemah

dalam kehidupan saya. Ini merupakan pengalaman manis yang tidak boleh

dilupakan dan saya juga belajar membuat khemah sendiri. Malah nilai kerjasama

dan tolong – menolong dapat diaplikasikan dalam aktiviti tersebut.

Teknik – teknik membina khemah dapat dikongsikan bersama ahli –ahli patrol

yang lain.

Selain itu , kebersihan khemah juga dipentingkan. Saya selalu membersihkan

persekitaran khemah dengan menyapu dengan pencakar. Selain itu, pelbagai

aktiviti dijalankan seperti permainan kim , kawad kaki antara badan – badan

beruniform yang lain. Permainan kim menguji kecerdasan deria- deria seperti rasa,

hidu, sentuh dan mendengar. Pengalaman ini memberi pendedahan yang baru

kepada saya.

Seterusnya, pengenalan dengan ahli- ahli yang baru juga member pengalaman

yang manis. Kenalan sahabat handai yang baru membantu saya berkongsi pendapat

antara satu sama lain. Ini memberi saya mempelajari ilmu yang tidak boleh

diperolehi melalui dara yang lain.

Secara keseluruhannya, saya berasa gembira dan belajar berdikari denga

menyertai aktiviti perkhemahan ini.

Page 10: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

AKTIVITI “BACKWOODS COOKING”

Page 11: Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia