bengkel bm pmr

download bengkel bm pmr

of 29

Transcript of bengkel bm pmr

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    1/29

    Belajar Bahasa Melayu PMR dan SPM

    Tuesday, August 28, 2007Strategi Menjawab Soalan Tatabahasa SPMJenis-Jenis Soalan Membina Ayat.

    Peringatan Kepada Pelajar.

    1. Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan sebaik-baiknya ialahayat berlapis iaitu sesuai dengan peringkat kematangan pelajar Tingkatan 4 dan 5.2. Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.3. Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas.4. Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan bahasa atau nama khas.5. Jangan bina lebih daripada satu ayat.6. Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah imbuhan pada perkataan yang diberi.7. Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap ajuk).

    l. Membina ayat daripada kata ganda.

    Kata ganda penuh

    Contoh soalan:

    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akanpenggunaan dan maksudnya.

    i. jari-jariii. suka-sukaiii. tinggi-tinggi

    iv. angan-angan

    Contoh jawapan:

    i. Jari-jariJari-jari pada jendela di rumah usang itu telah rosak dimakan anai-anai..

    ii. Suka-suka.Saya hanya suka-suka pergi ke pantai tersebut untuk mencari ketenangan.

    iii. Tinggi-tinggi.Bangunan yang terdapat di ibu kota kebanyakannya tinggi-tinggi belaka.

    iv. Angan-angan.Kita hendaklah menjadikan angan-angan kita sebagai satu kenyataan dalam hidup.

    Kata ganda separa/ sesuku

    Contoh soalan:

    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akanpenggunaan dan maksudnya.

    i. cecairii. kekuda

    iii. dedaluiv. jejari

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    2/29

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    3/29

    ii. Bolak-balik.Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah kata Ali kepadaadiknya.

    iii. Mandi-manda.Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana kata hulubalangkepada baginda sultan.

    iv. Lalu-lalang.Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut.

    Contoh soalan, (Kata ganda berentak bebas)

    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akanpenggunaan dan maksudnya.i. anak-pinakii. lintang-pukangiii. ramah-tamah.

    iv. kusut-masai

    Contoh jawapan,i. Anak-pinak. Hampir semua anak-pinak Pak Sulung hadir bersama bagi meraikan majlis harijadinya yang keseratus lapan semalam kata Hajah Siti Hajar kepada emaksaudaranya.

    ii. Lintang-pukang.Penagih-penagih dadah di belakang rumah besar itu lari lintang-pukang apabilamereka diserbu oleh pihak polis.

    iii. Ramah-tamah.

    Sikap ramah-tamah yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya menyebabkankeluarga kami suka mengunjungi rumahnya.

    iv. Kusut-masai.Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.

    2. Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainanmaksud.

    Contoh soalan:

    Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud.

    i. deklarasi - deklamasiii. suram - suam

    Contoh jawapan:

    i. (a). Deklarasi.Satu deklarasi mengenai penjagaan alam sekitar telah dibuat di Kuala Lumpuroleh ketua-ketua negara ASEAN.

    (b). Deklamasi.Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Kebangsaan Peringkat DaerahSegamat telah diadakan pada bulan lepas.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    4/29

    ii. (a). Suram.Kabus yang tebal menyebabkan cahaya lampu di atas bukit itu kelihatan suram.

    (b). Suam.Pak Abu menggunakan air suam untuk melembutkan kerak nasi yang terdapat di dalamperiuk itu.

    3. Membina ayat daripada perkataan tunggal atau kata dasar dan perkataanberganda.

    Contoh soalan:

    Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambah sebarang imbuhan.

    i. tupai - tupai-tupaiii. senang - senang-senang

    Contoh jawapan:

    i. (a). Tupai.Beberapa ekor tupai telah terperangkap dalam jebak yang dipasang di atas pokokdurian di dusun Pak Leman.

    (b). Tupai-tupai.Tupai-tupai dipasang pada tiang bumbung rumah itu supaya kedudukan bumbungrumah itu terus kukuh.

    ii. (a). Senang. Asmah, bukan senang aku nak dapat kebenaran daripada ayah kata Aminah kepadaadiknya.

    (b). Senang-senang. Ketika senang-senang, datanglah ke rumah saya, kata ibu kepada rakannya.

    4. Membina ayat daripada rangkai kata atau ungkapan.

    Contoh soalan:

    Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan atau maksudnya.

    i. hati terbukaii. berputus asaiii. jiwa merdekaiv. serkap jarang

    Contoh jawapan:

    i. Hati terbuka.Cikgu Halimah menerima tetamu pada hari raya dengan hati terbuka.

    ii. Berputus asa.Kita jangan berputus asa walaupun telah lima kali gagal dalam peperiksaan.

    iii. Jiwa merdeka.Mantapkan jiwa merdeka pada diri anda agar anda menjadi seorang warganegara

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    5/29

    yang disegani, nasihat guru kaunseling kepada anak muridnya.

    iv. Serkap jarang.Tuduhan yang dikenakan kepada pegawai itu kurang mempunyai bukti yang kukuhdan tindakan itu hanya sebagai serkap jarang sahaja.

    5. Membina ayat daripada perkataan berimbuhan.

    Contoh soalan:

    Tuliskan ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

    i. penyedap - menyedapkanii. penamaan - kenamaan.

    Contoh jawapan:

    i. (a) Penyedap.Rempah ratus dari India digunakan sebagai penyedap dalam masakan itu.

    (b) Menyedapkan.Udang kering yang dikisar dimasukkan ke dalam makanan itu untuk menyedapkanrasanya.

    ii. (a) Penamaan.Penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kawasan Sepinang akan dilakukan pada hari esok.

    (b) Kenamaan.Beberapa orang kenamaan telah hadir untuk menyerikan majlis perkahwinan tersebut

    .

    Contoh soalan:

    Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

    i. adaii. beradaiii. mengadakaniv. keadaan

    Contoh jawapan:

    i. Ada.Dia ada wang untuk membeli kereta mewah tersebut.

    ii. Berada.Ketika rumahnya runtuh ditiup angin, dia berada di rumah rakannya.

    iii. Mengadakan.Kerajaan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat semenjak dua bulan yang lalu.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    6/29

    iv. Keadaan.Encik Ramasamy berada dalam keadaan tenat setelah diserang penyakit jantung.

    6. Membina ayat daripada kata banyak makna.

    Contoh soalan:

    Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaanmaknanya.i. kuatii. cetek

    Contoh jawapan:

    i. Kuat.1. Walaupun badannya kurus tetapi dia kuat makan.2. Bangunan yang dibina itu sungguh kuat dan teguh.

    ii. Cetek.1. Sungai di belakang rumahnya tidak berbahaya kerana airnya cetek.2. Dia tidak terpilih menjadi ketua kerana ilmu persilatan yang dimiliknya masihcetek.

    7. Membina ayat daripada pasangan perkataan berimbuhan dan pasangan perkataan berganda.

    Contoh soalan:

    Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya.

    i. mengharapkan - harap-harapii. menyenangkan - bersenang-senang

    Contoh jawapan:

    i. (a). Mengharapkan.Encik Hassan terlalu mengharapkan anaknya agar dapat melanjutkan pelajaran keInstitut Pengajian Tinggi Awam pada tahun hadapan.

    (b). Harap-haap.Harap-harap dia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna katapengetua kepada penolong kanannya.

    ii. (a). Menyenangkan.Para guru hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat bagi membantu dan menyenangkan mereka mengajar.

    (b). Senang-senang.Mohamad Zaki memberi tahu gurunya bahawa soalan peperiksaan akhir tahunmata pelajaran Matematik yang dikeluarkan oleh gurunya itu senang-senangbelaka.

    Soalan 3 ( b ) Kemahiran berbahasa [6 markah]

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    7/29

    Contoh-contoh soalan tentang kemahiran bahasa,

    Latihan 1

    Pisahkan ayat-ayat dalam petikan ini kepada enam ayat dasar dengan mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

    Iklan mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi dan memujuk pengguna agar membeli barangan serta perkhidmatan, di samping berperanan memberi maklumat yang betul berkenaan sesuatu produk.

    Jawapan:

    1. Iklan mempunyai peranan yang penting.2. Iklan mempengaruhi pengguna.3. Iklan memujuk pengguna agar membeli barang.

    4. Iklan juga memujuk pengguna membeli perkhidmatan.5. Iklan memberikan maklumat yang betul.6. Maklumat ini berkenaan sesuatu produk.

    Latihan 2

    Petikan berikut mempunyai kata-kata yang salah penggunaan imbuhannya. Cari kata-kata itu dan betulkan imbuhannya.Seberapa isu dan masalah yang timbul turut dijejaskan prestasi. Banyaknya masalah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, mengutamakan kilangan dan khidmatan.

    Jawapan:

    Beberapa isu dan masalah yang timbul turut menjejaskan prestasi. Kebanyakan masalah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, terutamanya perkilangan dan perkhidmatan.

    Latihan 3

    Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

    Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kitatanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

    Jawapan:

    Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam.Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya. Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahanperlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    8/29

    Latihan 4

    Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.

    Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah me

    nyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadanganini supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri di kalangan pelajar. Program ini menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.

    Jawapan:

    1. Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.

    2. Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikanuntuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.3. Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-tentera, pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.

    Latihan 5

    Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif,

    1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.2. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.3. Julia menjahit baju kurung itu.

    4. Salina sedang membancuh kopi di dapur.5. Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.6. Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.

    Jawapan:

    1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.

    Soalan 3 (c) (d)

    KESALAHAN TATABAHASA

    Peringatan kepada pelajar,

    1. Lazimnya terdapat 2 kesalahan dalam satu ayat.2. Salin semula ayat dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat ters

    ebut.3. Garis jawapan yang anda telah betulkan kesalahan4. Jangan ubah struktur ayat berkenaan.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    9/29

    Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan

    1. Kesalahan perkataan atau kosa kata.

    Contoh;

    Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)

    Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)

    Perabut = perabot.(kesalahan ejaan).

    Pergi melancung = sepatutnya melancong(kesalahan penggunaan perkataan)

    Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman (kesalahanpenggunaan perkataan)

    2. Kesalahan frasa mengikut hukum D M.

    Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat

    Contoh;

    Cili sos = sepatutnya sos cili

    Nusantara Restoran = sepatutnya Restoran Nusantara

    Mini bas = sepatutnya bas mini

    Kredit kad = sepatutnya kad kredit

    3. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa.

    Contoh,

    Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (salah)Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (betul)

    Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (salah)Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (betul)

    Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (salah)Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (betul)

    Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (salah)Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (betul)

    Sarawak telah lama didiami oleh Iban (salah)

    Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (betul)

    4. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    10/29

    Contoh;Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-Xuntuk mengkajinya.(salah)Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (betul)

    5. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek.

    Contoh;

    Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlahRM2.00 sekilo (salah)

    Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlahRM2.00 sekilo (betul)

    6. Ayat tergantung.

    Contoh;

    Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim. (salah)Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (betul)

    7. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang.

    Contoh;

    Baginda berucap kepada pembesar negeri (salah)

    Baginda bertitah kepada pembesar negeri (betul)

    8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut(objek).

    Contoh;

    Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (salah)Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (betul)

    9. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.

    Contoh;

    Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (salah)Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (betul)

    10. Kesalahan penggunaan kata jamak.

    Contoh;

    Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (salah)Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (betul)

    11. Kesalahan penggunaan kata ganda.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    11/29

    Contoh;

    Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (salah)Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (betul)

    12. Kesalahan penggunaan kata imbuhan.

    Contohnya;

    Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (salah)Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu (betul)

    Contoh-Contoh

    Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat

    Ada berbagai barang di kedai itu. (salah)

    Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. (betul) Ada pelbagai barang di kedai itu. (betul)

    Ali dihadiahkan sebuah buku harian. (salah) Ali dihadiahi sebuah buku harian. (betul)

    Di antara mereka yang hadir. (salah) Antara mereka yang hadir. (betul)

    Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura (salah) Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura (betul)

    Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim (salah)

    Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim (betul)

    Bangunan itu adalah Daya Bumi (salah) Bangunan itu Daya Bumi. (betul)

    Banyak orang datang. (salah) Banyak orang yang datang. (betul)

    Berbincang masalah. (salah) Berbincang tentang masalah itu. (betul)

    Berdasarkan kepada perkara itu. (salah) Berdasarkan perkara itu. (betul)

    Bergantung kepada. (salah) Bergantung pada. (betul)

    Berhubung itu. (salah) Berhubung dengan itu. (betul)

    Berkait itu. (salah) Berkait dengan itu. (betul)

    Berkaitan itu. (salah) Berkaitan dengan itu. (betul)

    Bersama. (salah) Bersama-sama. (betul)

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    12/29

    Beda. (salah) Beza. (betul)

    Bola itu Ali tendang. (salah) Bola itu ditendang (oleh) Ali. (betul)

    Bola itu ditendang oleh saya. (salah) Bola itu saya menendang. (betul) Bola itu saya tendang. (betul)

    Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. (salah) Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. (betul)

    Buku itu dia hantar ke perpustakaan. .(salah) Buku itu dihantar ke perpustakaan. ( betul )

    Buku itu dimasukkan dalam laci. (salah) Buku itu dimasukkan di dalam laci. (betul)

    Buku itu disimpan dalam laci. (salah) Buku itu disimpan di dalam laci. (betul)

    Di dalam hal itu. (salah) Dalam hal itu. (betul)

    Di dalam peperiksaan itu. (salah) Dalam peperiksaan itu. (betul)

    Dari Kedah hingga Sabah. (salah) Dari Kedah ke Sabah. (betul)

    Dari masa ke semasa. (salah) Dari masa ke masa. (betul)

    Dari semasa ke masa. (salah) Dari semasa ke semasa. (betul)

    Daripada segi. (salah) Dari segi. (betul)

    Dato Sri. (salah) Dato Seri. (betul)

    Datuk Sri. (salah) Datuk Seri. (betul)

    Dengan lain perkataan. (salah) Dengan perkataan lain (betul)

    Dalam bilik itu. (salah) Di dalam bilik itu. (betul)

    Dia belajar dari pengalaman. (salah) Dia belajar daripada pengalaman. (betul)

    Dia datang bila dipanggil. (salah)

    Dia datang apabila dipanggil. (betul)

    Dia memandang pada saya. (salah)

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    13/29

    Dia memandang kepada saya. (betul)

    Dia memandang saya. (salah) Dia berikan anaknya pelajaran.(betul)

    Dia memberi anaknya pelajaran. (salah) Dia berikan saya sebuah buku. (betul)

    Dia memberi saya sebuah buku. (salah) Dia memberi buku kepada saya. (betul)

    Dia memberikan buku kepada saya. (salah) Dia memberi pelajaran kepada anaknya.(betul)

    Dia memberi anaknya pelajaran. (salah) Dia mempelajari daripada pengalamannya. (betul) Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. (betul)

    Dia memperisterikan Aminah. (salah)

    Dia memperisteri Aminah. (betul)

    Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. (salah) Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. (betul)

    Dia menaiki bendera. (salah) Dia menaiki bendera. (betul)

    Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. .(salah) Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. ( betul )

    Dia mengambil apa sahaja. (salah) Dia mengambil apa-apa sahaja. (betul)

    Dia menolehkan pandangannya kepada saya. (salah) Dia menolehkan pandangannya pada saya (betul)

    Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. (salah) Dibincangkan dalam mesyuarat itu. (betul)

    Dia merindukan anaknya. (salah) Dia merindui anaknya. (betul)

    Jangan memijak rumput. (salah) Jangan pijak rumput. (betul)

    Jauhilah daripada dadah. (salah) Jauhilah dadah. (betul)

    Berkesanan. (salah) Keberkesanan. (betul)

    Kedua belah pihak. (salah) Kedua-dua belah pihak. (betul)

    Kepimpinan. (salah) Kepemimpinan. (betul)

    Kereta itu melalui di jalan besar. (salah) Kereta itu melalui jalan besar. (betul)

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    14/29

    Letaklah di mana yang sesuai. (salah) Letaklah di mana-mana yang sesuai. (betul)

    Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (salah) Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (betul)

    Maksudnya yang asalnya. (salah)

    Maksudnya yang asal. (betul)

    Melawat ke Eropah. (salah) Melawat Eropah. (betul)

    Melihat kepada/pada keindahannya. (salah) Melihat keindahan. (betul)

    Membincangkan tentang perkara itu. (salah) Membincangkan perkara itu. (betul)

    Menduduki di tempat kedua. (salah)

    Menduduki tempat kedua. (betul)

    Beg itu mengandung. (salah) Beg itu mengandungi. (betul)

    Mensiakan tanggungjawab. (salah) Mensia-siakan tanggungjawab. (betul)

    Mengunjungi ke Eropah. (salah) Mengunjungi Eropah (betul)

    Mereka memberitahukan saya perkara itu. (salah) Mereka memberitahu saya perkara itu. (betul)

    Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. (salah) Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. (betul)

    Mereka-mereka. (salah) Mereka. (betul)

    Oleh kerana itu.(salah) Oleh sebab itu. (betul)

    Merujuk kepada surat tuan (salah) Merujuk surat tuan (betul)

    Di masa (salah) Pada masa (betul)

    Pada pendapatan saya (salah) Pada pendapat saya (betul)

    Pada satu hari (bilangan) Pada suatu hari (tak tentu harinya)

    Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan (salah) Para wartawan (betul)

    Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (salah) Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri. (betul)

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    15/29

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    16/29

    Melaporkan dari (salah) Melaporkan berita dari (betul)

    Amat pandai (salah) Amat pandai sekali (betul)

    Sangat kukuh (salah)

    sangat kukuh sekali (betul)

    sungguh gagah (salah) sungguh gagah sekali (betul)

    terbesar sekali (salah) terbesar (betul) besar sekali (betul)

    paling kuat sekali (salah) paling kuat (betul) kuat sekali (betul)

    Contoh Soalan Peperiksaan,

    1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.

    ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan nasional di dalamnegara yang berbilang kaum.

    Jawapan,i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.

    ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan nasional di negara yang berbilang kaum.

    2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

    Jawapan,i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh anugerah khaskerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.

    3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti ke

    salahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    17/29

    i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.

    Jawapan,i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagihari raya.

    Latihan 1

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecillagi.

    Latihan 2

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura,Laos, myanmar, dan kemboja.2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.

    Latihan 3

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yangdi kandung.2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkatapensyarah tersebut.

    Latihan 4

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibunya.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    18/29

    2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli persatuanini.

    Latihan 5

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik danperfilemantanahair.

    Latihan 6

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepadaanaknya.2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam kepada lelaki itu.

    Latihan 7

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st

    ruktur dan maksud asalnya.

    1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut.

    Jawapan

    Latihan 1

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu semenjak lapantahun yang lalu.2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa sejak kecil lagi.

    Latihan 2

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st

    ruktur dan maksud asalnya.

    1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietn

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    19/29

    am,Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang yang pintar.

    Latihan 3

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan keselamatanbayiyang dikandung.2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," katapensyarah tersebut.

    Latihan 4

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata Alias kepadaibunya.2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di kalangan ahlipersatuan ini.

    Latihan 5

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan ekonomi negara.2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya industri muzik danperfileman tanah air.

    Latihan 6

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

    1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya Ramzi kepadaanaknya.2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepadalelakiitu.

    Latihan 7

    Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    20/29

    1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan tersebut.2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugastersebut.

    Soalan 3e (Peribahasa)

    Peribahasa

    Soalan jenis ini menguji pengetahuan peribahasa Soalan menguji sama ada dari segi memberi makna atau penggunaannya Empat jenis peribahasao Simpulan Bahasa (anak angkat; batu api; serkap jarang)o Perumpamaan (pucar lesi umpama ayam lengit; seperti bahat dengan penukul)o Pepatah (ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras)o Bidalan (sambil menyelam minum air; ukur baju di badan sendiri)

    A. Memberi Makna dan Membina Ayat daripada Peribahasa

    Beri makna simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut:

    1. hati bugisMakna : seorang yang beraniAyat : Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melayu yang mempunyaihati bugis.

    2. Orang dapurMakna : orang perempuanAyat : Sudah lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang dapur keranasemua anaknya lelaki.

    B. Membina Ayat daripada Peribahasa

    Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.

    1. jauhari juga mengenal manikam

    Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga mengenal manikam

    2. Belakang parang diasah lagikan tajam

    Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Mahani yakin bahawabelakang parang diasah lagikan tajam

    C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan

    Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai.

    1. Ramasami memberikan pelbagai alasan apabila rakan-rakannya mengajaknya pergike perpustakaan(hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih)

    2. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan se

    mua ilmu yang ada padanya itu.(laksana pohon kayu tidak berbuah)

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    21/29

    D. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan

    Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yangmenggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

    Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan pengorbanan dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu

    . Setiap bulan keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank.

    1. lupa daratan / lupa diri2. berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap3. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.Posted by cikgu wan at 9:47 PM 3 commentsStrategi Menjawab Soalan Rumusan SPMPETIKAN 1

    Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-fa

    edah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungandalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

    Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segalaperkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kitaditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang b

    erbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

    Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalamsuasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

    Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi,saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranyahal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yangakhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

    Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang m

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    22/29

    akmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara KekalkanHubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,Utusan Malaysia, Jun 2003)

    A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

    STRATEGI 1

    Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali, Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.(masa dicadangkan 2 minit) Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman(masa dicadangkan 5 minit)

    STRATEGI 2 :

    Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut. Fokus 1 = Isi tersurat Fokus 2 = Isi tersirat

    Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiranmerupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.

    CONTOH 1

    Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.[ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    STRATEGI 3

    Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

    Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungandalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkanperanan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni).[ISI 1]

    Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

    Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segalaperkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    23/29

    itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara.(Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan(memberikan manfaat yang besar kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin kesela

    matan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

    Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

    (Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapatdicegah)[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejalasosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung)[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannyakepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak meni

    mpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

    Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

    Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, nega

    ra akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangattoleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

    Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

    Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

    STRATEGI 4

    Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.

    Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

    1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]3. Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    24/29

    [ 11 ]AtauDapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]4. Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]5. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]6. Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]

    7. Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [9 ]8. Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]9. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]10. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

    STRATEGI 5

    Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

    PERINGATAN:1. Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkankesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlahperkataan untuk fokus 1 ialah 60 65 patah perkataan2. Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isitersurat.

    CONTOH:Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ]

    B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

    STRATEGI:

    1. Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalampetikanyang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangatkejiranan.

    2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersuratdan fokus 2 dalam arahan soalan.

    3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.

    4. Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.

    STRATEGI 1

    Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    25/29

    CONTOH :

    1. Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia memberipertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

    2. Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil

    berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegursapa /saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]

    3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

    4. Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat .

    5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga /persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

    6. Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

    7. Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidaksombong /berbaik sangka dengan jiran .

    STRATEGI 2

    Membina perenggan isi tersirat.

    CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

    Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-roy

    ong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]

    C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.

    STRATEGI :

    1. Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.2. Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan fokus 1 itulah penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.3. Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri.4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan .

    CONTOH PENDAHULUAN:

    Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

    Pendahulaun:Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.

    atauPetikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    26/29

    D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.

    1. Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.3. Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta

    kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, agar, supaya, demi.5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayattersebut merupakan ayat kesimpulan.Contoh : Kesimpulannya, .Justeru,

    CONTOH KESIMPULAN:

    1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan

    Atau

    2. Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakatdengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

    CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

    Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.

    Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial danmelahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

    Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.

    Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahteradapat diwujudkan.[ 100 patah perkataan]Posted by cikgu wan at 9:37 PM 2 commentsKERTAS SATU : BAHAGIAN B : ULASAN

    Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B:

    a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang ditetapkan.b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat.

    c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk.d. Ejaan dan tanda bacaan.e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    27/29

    f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan.g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai.h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.i. Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea.j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaanungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

    l . Format karangan

    Contoh soalan karangan:

    Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin seriussejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.

    bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk =TUGASAN

    Contoh Perenggan

    Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakanasas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar denga

    n itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

    Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA

    elemen = KOSA KATA MENARIK

    Sehubungan itu = PENANDA WACANA

    ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK

    Selain itu = PENANDA WACANA

    rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK

    Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja =AYAT CONTOH

    Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA

    Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGASPosted by cikgu wan at 9:19 PM 1 comments

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    28/29

    Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPMKERTAS SATU : BAHAGIAN A : ULASAN

    Menulis Karangan

    a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang diberikan.

    b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan, graf,carta, poster dan sebagainya.c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan. Bahagianini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus dan mestiditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan).e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah dengan baik.f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi).

    g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang dibincangkan.

    Ciri-ciri Karangan Yang Baik

    a. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.b. Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat.c. Perenggan mesti kemas dan sesuai.d. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.e. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.

    f. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.g. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.h. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.i. Gunakan penanda wacana yang sesuai.j. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.k. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.l. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.

    Kriteria Pembahagian Markah

    a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang diberikansama ada relevan atau tidak.b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi haruslah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai.c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan keadaan semasa dan mempunyai kematangan fikiran.d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan kemas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat.

    Aspek-aspek Yang Dinilai

    a. Karangan menepati tema bahan rangsangan.

    b. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.c. Ejaan dan struktur ayat.d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.

  • 8/9/2019 bengkel bm pmr

    29/29

    e. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.f. Pendahuluan atau pengenalan.g. Penutup atau kesimpulan karangan.h. Tulisan yang jelas.i. Pemerengganan.j. Kesantunan bahasa.

    Kelemahan Calon

    a. Pengenalan tidak menarik.b. Isi tidak menepati tema.c. Isi tidak dihuraikan.d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.f. Banyak kesalahan ejaan.g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.

    j. Isi yang diulang-ulang.k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.l. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.Posted by cikgu wan at 9:11 PM 1 commentsSubscribe to: Posts (Atom)Blog Archive

    * 2007 (4)o August (4)

    + Strategi Menjawab Soalan Tatabahasa SPM+ Strategi Menjawab Soalan Rumusan SPM+ KERTAS SATU : BAHAGIAN B : ULASAN Aspek Yang D...+ Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM

    About Me

    cikgu wan

    View my complete profile