Bengkel Kertas Kerja Khidmat Bantu Khas PSS

download Bengkel Kertas Kerja Khidmat Bantu Khas PSS

of 6

Transcript of Bengkel Kertas Kerja Khidmat Bantu Khas PSS

SMK TAMAN RIA, TUARAN

Dengan kerjasamaGuru Perpustakaan dan Media Sekolah-sekolah Zon Mengkabong PKG TuarandanPusat Kegiatan Guru Tuaran

1.0PENDAHULUAN

Program ini diadakan disebabkan penggunaan serta pengurusan Pusat Sumber Sekolah masih ditahap yang kurang memberangsangkan. Di atas kesedaran bahawa Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat rujukan dan pusat memperolehi ilmu pengetahuan maka program ini diadakan untuk membantu pihak sekolah dan juga guru-guru pusat sumber yang kurang mahir agar dapat menguruskan pusat sumber dengan lebih baik dan mampu meningkatkan fungsi dan penggunaannya ketahap yang optimum, sejajar dengan agenda besar pendidikan yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Program Khidmat Bantu Khas Pusat Sumber Sekolah ini merupakan satu inisiatif dan tindakan proaktif Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, dan Pusat Kegiatan Guru untuk memberikan khidmat bimbingan dan panduan pengurusan dan pemprosesan bahan sumber pendidikan serta urusan pengendalian Pusat Sumber Sekolah yang berkesan. Melalui program ini juga diharapkan dapat menyemarakkan pembacaan dan kepimpinan ilmu yang menjadi focus utama dalam perkembangan terkini era ekonomi pengetahuan.Kejayaan serta keberkesanan Program Khidmat Bantu ini bergantung kepada perancangan, pelaksanaan serta sokongan padu daripada pelbagai pihak khasnya daripada pihak pengurusan sekolah dan semua warga sekolah serta guru pusat sumber itu sendiri.

2.0 OBJEKTIFPihak BTP/BTPN/PKG berharap agar khidmat bantu ini dapat mencapai objektif :

2.1Meningkatkanpengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur keceriaan) serta system pentadbiran.2.2Meningkatkan penggunaan PSS dikalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.2.3Meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan halatuju program NILAM.

3.0 ANJURANProgram ini adalah anjuran PKG daerah Tuaran dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media daerah Tuaran dan juga beberapa orang pelajar dari Universiti Malaysia Sabah.

4.0 TARIKH DAN MASA26 dan 27 Mei 2014 ( Isnin dan Selasa )

5.0 TEMPATSekolah yang telah menawarkan diri berdasarkan Kriteria keperluan dan juga permintaan pihak sekolah itu sendiri.

Zon Mengkabong : SMK TAMAN RIA, Tuaran.

6.0 TENTATIF PROGRAM 26 dan 27 Mei 2014 TarikhMasa26.05.2013 ( Isnin )27.05.2014 ( Selasa )

08.00-09.00 amTaklimat, Perancangan & pembahagian tugas

Khidmat Bantu( Koleksi PSS )

09.00-10.00 am1.Susun Atur Keceriaan2. Khidmat Bantu( Menyediakan sudut/ruang bacaan bersama, menyediakan ruang aktiviti murid-murid )

10.00-10.30 amMinum PagiMinum Pagi

10.30-12.30 pmPengurusan Sistem Fail PSSKhidmat Bantu( Koleksi PSS )

12.30-01.30 pmMakan TengahariMakan Tengahari

01.30-04.00 pmPengurusan Bahan( Pengkelasan )Menyusun semula buku-buku dan bahan bacaan ke dalam rak untuk aktiviti Program NILAM

04.00 pmPulangPerjalanan Balik

*Cadangan aktiviti Khidmat Bantu ini boleh diubahsuai mengikut keperluan pihak sekolah/PSS

7.0 JADUAL PELAKSANAAN

1. Perancangan Projek ( Perbincangan kertas kerja ) 2. Mesyuarat JK Pelaksanaan Program Kali Pertama untuk membentangkan jawatankuasa kerja/status persiapan bahan/kewangan ) 3. Khidmat Bantu 1 4. Khidmat Bantu 2

8.0 CADANGAN AGIHAN TUGAS PESERTA KHIDMAT BANTU KHAS

Bil. PesertaFokusTugasCatatan

Kemudahan Fizikal :

Susunatur bilik dan ruang Perabot Koleksi Bahan

Pengurusan dan pengendalian PSS :

Sistem fail

Pemprosesan koleksi PSS :

Memproseskan buku/ koleksi mengikut system pengekodan Dewey

Pengurusan NILAM :

Program Peningkatan PSS

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Makan dan minum ditanggung oleh pihak sekolah yang diberikan Khidmat Bantu Khas.2. Pengangkutan ditanggung oleh GPM sendiri.3. Peralatan disediakan oleh pihak sekolah yang diberikan Khidmat Bantu Khas.

10.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KHIDMAT BANTU KEPAKARAN PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA DAERAH TUARAN 2014 ( Zon Mengkabong )

Penaung: Pn.Tah Nia binti Hj. Jaman ( Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran )Penasihat: En. Junaidy Azamin ( Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Daerah Tuaran )Pengerusi: En. Norjaip Hj. DaipT. Pengerusi: Cik Norhayati ShafieSetiausaha: Pn. Noraidah Hj. AhmadT. Setiausaha: Pn. Haidah Binti MurshidiBendahari: Pn. Noraidah Muparang

AJK KERJA (Zon Mengkabong)

Tempat: SMK Taman Ria, TuaranKetua Kumpulan : Pn. Salimah Kati (GPM SK. Kauluan)

AJK:

1. GPM SK. Mengkabong2. GPM SK. Gayang3. GPM SK. PekanTelipok4. GPM SK. Rugading5. GPM SK. Berungis6. GPM SK. Lok Yuk 7. GPM SK. Tambulaong8. GPM SJK (C)KokWah9. GPM SK. Sg. Damit10. GPM SK. St. John11. GPM SK. Berungis12. GPM SMK Sri Nangka13. GPM SMK St. John 14. GPM SRPK Kota Kinabalu15. GPM SJK (C) Kok WahTalibong, Tuaran

11.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan Pusa Kegiatan Guru Tuaran agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan program ini akan menghasilkan pelajar yang bermaklumat dan mempunyai minda kelas pertama. Dalam jangka panjang program ini juga akan membawa manafaat kepada guru-guru untuk kecemerlangan pelajar.

LAMPIRANAnggaran Perbelanjaan Makan dan Minum

TARIKH26 Mei 2014 (Isnin)27 Mei 2014 (Selasa)

SARAPANRM 2.50 X 65 org = RM 162.50RM 2.50 X 65 org = RM 162.50

MAKAN TENGAHARIRM 4.00 X 65 org = RM 260.00RM 4.00 X 65 org = RM 260.00

MINUM PETANGRM 2.00 X 40 org= RM 80.00RM 2.00 X 40 org = RM 80.00

JUMLAHRM 502.50RM 502.50

JUMLAH KESELURUHANRM 1005.00

Disediakan oleh,Disemak oleh,

(NORASMA MOHAMAD) (TN. HJ SAID ANDONG)Guru Perpustakaan dan Media PengetuaSMK TAMAN RIA, TUARAN SMK TAMAN RIA, TUARAN

Disahkan oleh,

( JUNAIDY AZAMIN )Pegawai Teknologi PendidikanPUSAT KEGIATAN GURU DAERAH TUARAN

2