bengkel mesin2

18
ISI KANDUNGAN * Pengenalan Langkah keselamatan Mesin dan peralatan yang digunakan Prosedur kerja Gambar rajah projek Kesimpulan

Transcript of bengkel mesin2

Page 1: bengkel mesin2

ISI KANDUNGAN *

Pengenalan

Langkah keselamatan

Mesin dan peralatan yang digunakan

Prosedur kerja

Gambar rajah projek

Kesimpulan

Page 2: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PENGENALAN

Bengkel mesin adalah tempat di mana para pelajar di dedahkan dengan mesin larik, mesin pencanai serta peralatan yang berkaitan. Selain itu, pelajar juga akan di dedahkan mengenai fungsi-fungsi setiap bahagian mesin dan prosedur mengendalikannya.

Objektif Bengkel Mesin

Mengenali,mengunakan serta mempraktikan pengetahuan teori dalam proses pembelajaran

Menerapkan aspek keselamatan diri pelajar dan peralatan semasa berada di dalam bengkel mesin

Menyediakan diri pelajar dan memberi pengalaman kepada pelajar mengenai teknologi benkel mesin secara teori dan amali

1

Page 3: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

!Langkah-langkahKeselamatan

KESELAMATAN DIRI : *Pelajar adalah dilarang bermain semasa berada di dalam bengkel.

*Pelajar adalah di wajibkan mengunakan peralatan keselamatan.

*Pelajar perlulah berhati-hati semasa melakukan kerja.

KSELAMATAN TEMPAT KERJA :

*Tempat kerja yang bersih.

*Pengudaraan yang cukup.

*Pencahayaan yang cukup.

KESELAMATAN PERALATAN :

Pelajar perlulah memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Pelajar di nasihatkan agar mengunakan gogal semasa melakukan kerja-kerja melarik bagi melidungi diri daripada terkena serpihan tatal.

2

Page 4: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

MATA ALAT :

RAJAH 1.1

* Mata alat merupakan mata pemotong yang dipasangkan pada mesin larik elepas dicanai bagi menjalankan kerja-kerja melarik logam. Rajah 1.1 menunjukan mata alat yang dicanai.

a)Mata alat sebelum di asah. b)Mata alat setelah diasah.

3

Page 5: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

MESIN CANAI KAKI :

*Mesin canai kaki merupakan mesin yang lazimnya terdapat di dalam bengkel mekanikal. Mesin ini digunakan untuk membuang bahan logam secara melelas dengan mengunakan roda canai.

Rajah 1.2 Rajah 1.2

* Rajah 1.2 menunjukan binaan sebuah mesin canai kaki dan cara mencanai mata alat…

4

Page 6: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

MESIN LARIK :

Mesin larik adalah peralatan utama yang digunakan dalam menyiapkan projek ini. Mesin larik merupakan satu-satunya mesin yang paling versatile dalam bengkel kejuruteraan. Mesin larik digunakan untuk memesin secara menyerpih lilitan bahan logam bagi menghasilkan bentuk silinder. Kerja melarik yang dilakukan ini dikenali dengan melarik selari dan menampang. Selain itu, mesin larik juga digunakan untuk melakukan kerja mengerat,melurah,membenang,membunga dan menirus.

Rajah 1.3 (Binaan sebuah mesin larik)

a) Kaedah melarik selari b) Kaedah melarik menampang

*Produk yang menghasilkan pelbagai hasil kerja operasi melarik

Rajah 1.4

5

Page 7: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

BAHAGIAN UTAMA MESIN LARIK :

-Alatan hadapan-Pelana -Landasan -Alatan belakang

ALATAN HADAPAN

Pada bahagian ini, terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk melaraskan pilihan kelajuan pelarik. Pada bahagian ini juga di pasangkan alatan tambahan,iaitu bindu. Tujuanya adalah untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik. Terdapat 2jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis 3 rahang dan bindu jenis 4 rahang.

ALATAN BELAKANG

*Alatan belakang terletak di sebelah kanan mesin larik. Kedudukan alatan belakang boleh digerakan sepanjang landasan mesin pelarik. Alat ini berfungsi untuk menyokong bahan kerja yang panjang semasa kerja melarik dan menempatkan alat tambahan seperti tetengah dan bindu untuk disesuaikan dengan kerja yang akan dibuat di mesin larik.

[Tetengah dan mata gerudi yang di pasangkan pada alatan belakang]

Rajah 1.5 (tetengah dan mata gerudi)

6

Page 8: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LANGKAH-LANGKAH KERJA.

1. Langkah pertama yang diambil dalam kerja melarik ialah mencanai mata alat terlebih dahulu.

2. Sebelum pelajar mencanai mata alat yang sebenar, pelajar akan diberikan sebatang keluli yang serupa dengan saiz dan bentuk mata alat.

3. Ini bertujuan melatih pelajar dalam mendapatkan sudut dan ketajaman mata alat tersebut sebelum mencanai mata alat yang sebenar.

4. Selepas itu, mata alat yang sebenar akan di canai sebelum di pasangkan pada mesin larik.

5. Setelah semua kerja-kerja mencanai selesai di lakukan, mata alat akan di pasang kan pada mesin larik.

6. Pelajar akan diberikan sebatang keluli berbentuk silinder yang berlinanan panjang.

7. keluli tersebut akan di pasangkan pada rahang mesin larik dan dikunci agar benda kerja tersebut berada di dalam keadaan yang pegun.

8. Kerja-kerja melarik akan dilakukan iaitu melarik mengunakan kaedah melarik menampang sehingga memperolehi panjang yang di tetapkan iaitu 10MM.

7

Page 9: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LANGKAH KERJA.

9. selepas itu, kaedah melarik selari akan digunakan bagi menentukan diameter yang di inginkan.

10. Semasa melarik benda kerja, pastikan air dipasangkan bagi mengawal tahap kepanasan benda kerja dan mata alat,pastikan juga bekalan air mencukupi

.11. Pelajar adalah dinasihatkan memakai alat keselamatan seperti gogal bagi

melindungi diri daripada terkena serpihan tatal semasa melarik benda kerja.12. langkah seterusnya ialah alatan belakang akan di pasangkan alatan tambahan

iaitu mata gerudi bagi membuat lubang pada benda kerja.

8

Page 10: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LANGKAH KERJA.

13. setelah semua kerja melarik selesai dilakukan, benda kerja tersebut akan dibersihkan dan dikemaskan sebelum dihantar kepda pensyarah untuk di nilai.

14. Mesin yang digunakan mestilah dibersihkan setelah kerja-kerja melarik selesai dilakukan, persekitaran tempat kerja yang terlibat juga di bersihkan.

9

Page 11: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

GAMBARAJAH PROJEK.

>> PANJANG : 10mm

>:> DIAMETER : Bebas

10

Page 12: bengkel mesin2

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KESIMPULAN.

Kesimpulan yang dapat di buat disini ialah, saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menimba pengalaman serta pengetahuan di dalam bengkel mesin ini. Secara tidak langsung bengkel mesin ini telah melatih dan mendidik diri saya dalam mengunakan mesin serta fungsinya yang tidak pernah saya gunakan sebelun ini seperti mesin larik,mesin canai dan sebagainya. Selain itu, aspek keselamatan juga dapat di terapkan di dalam diri pelajar melalui bengkel mesin ini. Secara keseluruhannya, bengkel mesin ini telah mencapai objektif yang tetapkan.

LAPORAN TAMAT

11