bengkel penyaman udara
-
Upload
mohd-taufik-bin-abd-rashid -
Category
Documents
-
view
183 -
download
7
description
Transcript of bengkel penyaman udara
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju amat
bergantung kepada kewujudan modal insan yang mempunyai kemahiran,
kreativiti dan inovasi yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi abad
ke-21. Transformasi ekonomi negara yang menjurus kepada industri
teknologi dan perkhidmatan menyaksikan permintaan tinggi terhadap
sumber tenaga kerja separa mahir dan mahir. Pendidikan dan pengajian
berasaskan teknik dan vokasional menyumbang kepada usaha peningkatan
permintaan yang tinggi terhadap sumber tenaga ini (Berita Harian, Jan 03
2010).
Selaras juga dengan itu, banyak institusi pengajian telah ditubuhkan di
Negara kita bagi melahirkan generasi yang dapat menyumbang kepada
modal insan Negara. Menurut Hassan (2010), menyatakan penekanan
terhadap pembangunan modal insan bagi setiap masyarakat supaya mereka
boleh bersaing dengan masyarakat luar. Antara institusi pengajian yang
ditubuhkan bagi peningkatan belia atau masyarakat yang mempunyai
kemahiran dalam bidang teknikal dan kemahiran adalah Institut Kemahiran
Mara (IKM).
IKM diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera
yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi
melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan
perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Pada awalnya IKM diwujudkan dengan objektif berorientasikan sosial
iaitu untuk membanteras masalah keciciran di dalam bidang pendidikan di
kalangan remaja dan belia Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar.
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Apabila negara mula mempelbagaikan sistem ekonominya dari bidang
pertanian ke bidang perusahaan dan perindustrian, keperluan pekerja
separuh mahir untuk bekerja di kilang-kilang yang ditubuhkan mula ketara.
Mulai tahun 70an, bidang-bidang kemahiran telah diperbanyakkan dan
jumlah IKM telah ditambah. IKM memberi peluang kepada remaja dan belia
yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan, mendapatkan kelulusan dan
kemahiran untuk melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan syarikat-
syarikat swasta
Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai
kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan. Setiap kursus yang
ditawarkan memerlukan ruang khas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Ruang khas ini dinamakan ‘bengkel’. Bengkel ini perlu
dilengkapi dengan keperluan asas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan industri. Maksud atau takrifan bengkel ialah
ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran serta ruang-ruang
khas ini hendaklah dilengkapi dengan keperluan minima pengajaran dan
pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 1989).
Bagi kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara di IKM
juga memerlukan beberapa bengkel bagi setiap subjek dalam kursus ini.
Salah satu bengkel yang digunakan adalah bengkel pemasangan penyaman
udara domestik. Bengkel yang lengkap membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Ini adalah penting bagi
memastikan para pelajar minat dan suka terhadap mata pelajaran yang
dipelajari. Menurut Fadzli (2008), menyatakan pelajar pada masa kini lebih
cenderung ke arah bidang-bidang kemahiran serta praktik. Oleh itu, pihak
institusi seharusnya memastikan segala kelengkapan di dalam bengkel
diuruskan dengan selengkapnya. Bidang pengurusan adalah merupakan satu
bidang yang ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh
mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada pelaksana dan pengguna.
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Aktiviti-aktiviti pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang, menyusun,
mengarah, mengkoordinasi dan mengawal (Yahya abd. Hamid 1989).
Menurut Fong (2000) dalam Hayati (2000), masalah keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang melibatkan orang lain seperti kemalangan yang
melibatkan pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian kemahiran juga
merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian yang teliti dan tindakan
yang berkesan pelu diambil. Menurut Spielman (1979) dalam Hayati (2000),
fungsi bengkel adalah menyerupai fungsi sesebuah industri kecil. Lascoe
(1973) dalam Hayati (2000) juga menyatakan aspek kemalangan industri
mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah
atau institusi pengajian, di mana bengkel ini seakan-akan seperti sebuah
industri kecil yang mempunyai fungsi operasi yang sama dengan industri
sebenar.
Keselamatan di bengkel amat penting bagi mengelakkan sesi
pengajaran dan pembelajaran terganggu dan mengurangkan
keberkesanannya dan ini menuntut kerjasama dari pihak institusi dan juga
pelajar. Tanggungjawab pihak institusi dan tenaga pengajar amat diperlukan
bagi memastikan pengurusan di bengkel dikendalikan dengan betul.
Keadaan ini bagi memastikan prestasi pelajar-pelajar di institusi meningkat
selaras dengan kehendak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah
Negara perindustrian selaras Wawasan 2020 (Berita Harian, Jun 11 2010)
1.2 Latar Belakang Masalah
Peluang pekerjaan kepada lepasan pelatih kursus Teknologi
Penyejukbekuan dan Penyaman Udara ini adalah sangat menggalakkan.
Penggunaan dan pengawasan alat-alat penyejukbekuan dan penyaman
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
udara sangat meluas. Penggunaannya terdapat di bangunan-bangunan
domestik dan perdagangan seperti pejabat, hotel, bank-bank dan di industry.
Kursus penyejukbekuan dan penyaman udara adalah merupakan satu
kursus di mana pelajar-pelajar di dalam kursus ini akan didedahkan
mengenai sistem penyaman udara dan juga penyejukbekuan. Terdapat dua
jenis system penyaman udara yang dipelajari iaitu dalam bidang domestik
dan komersial. Di dalam bidang domestic, pelajar akan di ajar mengenai
system penyejukbekuan untuk perumahan, pejabat, sector industry dan juga
cara untuk memperbaiki system ini. Pelajar juga akan diajar cara untuk
memasang dan mengesan kebocoran pada sistem pepasangan ini. Di dalam
bidang komersial pula, pelajar akan diajar mengenai system penyejukbekuan
untuk kenderaan seperti kereta, lori dan juga bas. Dalam bidang ini, sama
juga seperti domestik di mana pelatih juga akan di ajar cara untuk
mengenalpasti kerosakan dan cara untuk memperbaiki sistem ini.
Oleh sebab itu, bengkel bagi subjek pemasangan penyaman udara
mestilah merangkumi semua aspek keperluan bagi sesebuah bengkel teknik
dan kemahiran. Ini adalah bagi memastikan para pelajar dapat
mengadaptasi pembelajaran ketika berada di tempat kerja yang sebenar.
Mata pelajaran Pemasangan Penyaman Udara Domestik tidak hanya
tertumpu kepada pembelajaran teori sahaja tetapi juga melibatkan
pembelajaran berbentuk amali. Pembelajaran berbentuk amali yang
dijalankan di dalam bengkel memerlukan kelengkapan dan kemudahan yang
lengkap dengan ini dapat membantu pembelajaran secara amali dengan
lebih berkesan. Pembelajaran ini dapat memberikan pengetahuan dan
kemahiran bagi setiap pelajar. Oleh itu pelajar Institut Kemahiran Mara juga
mempunyai kemahiran yang tinggi. Sehubungan dengan kehendak kerajaan
untuk meningkatkan tenaga kerja yang berkemahiran, antaranya memberi
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
penekanan terhadap pembangunan modal insan (Datuk Seri Mohd. Najib,
2010)
Peratusan pelajar lepasan IPT yang menganggur mengalami
peningkatan, ini adalah disebabkan oleh kekurangan kemahiran dalam
sesuatu bidang. Jabatan Statistik Negara mendapati jumlah siswazah yang
menganggur di Malaysia sehingga tahun 2008 adalah dalam sekitar 80,000
orang (Jabatan Satistik Negara, 2008). Pengangguran pelajar adalah
disebabkan mereka tidak dapat melihat nilai pelajaran boleh dikaitkan dalam
kehidupan seharian di kalangan pelajar itu sendiri dan tidak dapat
mengeploitasi pengajaran kepada suasana di tempat kerja yang sebenar.
(Norutul Ilham, 2010).
Bengkel dan kelengkapan dalam bengkel memainkan peranan yang
penting bagi menarik minat pelajar untuk memberi gambaran sebenar
antara aktiviti amali yang dilakukan dengan kehidupan seharian mereka.
Oleh itu, pihak institusi seharusnya memastikan keadaan dan kelengkapan
bengkel sempurna. Tumpuan seharusnya diberikan kepada kelengkapan,
keselamatan dan alatan di dalam bengkel berada dalam keadaan sempurna
dan cukup untuk digunakan semasa proses penyampaian pengajaran dan
pembelajaran.
Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini
bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang
mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di
dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Haslina Yusoff,
2005)
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Menurut Turner (1945) dalam Hayati (2000), walaupun tahap
kemalangan di bengkel adalah tidak setinggi berbanding dengan industri,
namun ia masih perlu diberi perhatian yang serius kerana kemalangan yang
berlaku di bengkel juga boleh membawa maut. Ilmu pengetahuan dan
kemahiran keselamatan yang dipelajari di bengkel adalah amat berguna
apabila seseorang pelajar keluar bekerja pada masa akan datang. Selain itu,
OSHA (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja) meletakkan tanggungjawab
keselamatan dan kesihatan pelajar ke atas pihak institusi terutamanya
bahagian pengurusan.
Oleh itu, tanggungjawab pihak institusi memastikan kelengkapan dan
keadaan bengkel bagi proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu
tugas yang tidak boleh dipandang ringan.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji persepsi pelajar dan tenaga
pengajar terhadap bengkel Pemasangan Penyaman Udara di Institut
Kemahiran Mara, Johor Bahru. Hasil kajian yang diperolehi digunakan bagi
merekabentuk bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik. Persepsi
yang dimaksudkan adalah terhadap kelengkapan yang disediakan di dalam
bengkel dan pelaksanaan pengurusan di dalam bengkel. Pengkaji juga ingin
mengenalpasti keselamatan yang diamalkan di dalam bengkel Pemasangan
penyaman Udara Domestik.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti beberapa perkara seperti
berikut :
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
1.4.1 Mengenalpasti perlaksanaan pengurusan dibengkel pemasangan penyaman udara
domestik.
1.4.2 Mengenalpasti perlaksanaan perancangan ruang bagi bengkel pemasangan
penyaman udara.
1.4.3 Mengenal pasti perlaksanaan perancangan persekitaran bengkel pemasangan
penyaman udara domestik
1.4.4 Mengenalpasti kemudahan yang disediakan di bengkel pemasangan penyaman
udara domestik.
1.4.5 Mengenalpasti pengelolaan bengkel pemasangan penyaman udara domestik
1.4.6 Merekabentuk bengkel pemasangan penyaman udara domestik.
.
1.5 Kepentingan kajian
Diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat mendatangkan faedah
serta dapat membantu pihak IKM dalam menambahbaikkan ruang kerja
serta kemudahan dan kelengkapan di dalam bengkel Pemasangan
Penyaman Udara Domestik. Analisis ini juga diharap dapat membantu
pengkaji dalam merekabentuk bengkel berdasarkan kepada aspek-aspek
yang perlu dipertimbangkan. Di samping itu, memperbaiki keadaan bengkel
yang sedia ada serta dapat mempertingkatkan lagi amalan keselamatan
pelajar semasa kerja-kerja amali dilakukan dibengkel Pemasangan
Penyaman Udara Domestik.
1.6 Skop dan Batasan Kajian
Skop kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar semester tiga kursus
Teknologi Penyaman Udara (Pemasangan Penyaman Udara Domestik).
Kajian ini dilakukan di Institut Kemahiran Mara, Johor Bharu. Selain daripada
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
pelajar, kajian ini turut melibatkan pensyarah dari Kursus Teknologi
Penyaman Udara.
Institut Kemahiran Mara Johor Bharu ini dipilih adalah kerana institute
ini menawarkan kursus bagi Teknologi Penyaman Udara. Pemilihan terhadap
institusi ini adalah kerana pelajar-pelajar didedahkan kepada kemahiran
berdasarkan suasana kerja di industr.
Batasan kajian ini adalah dari segi masa. Di mana, penyelidik perlu
membuat temujanji dengan pihak IKM terlebih dahulu sebelum mendapat
kebenaran memasuki bengkel dan mengedarkan borang soal selidik.
METODOLOGI
2.1 Pengenalan
Secara umumnya, mini kajian juga melibatkan metodologi dalam aspek
perlaksan kajian yang dilakukan. Metodologi ini akan menghuraikan
beberapa aspek yang berkaitan dengan kaedah atau prosedur mini kajian
yang dijalankan untuk mendapatkan data –data serta kaedah
menganalisisnya. Di antara aspek-aspek yang diberi penekanan adalah
berkaitan dengan rekabentuk kajian, populasi dan sampel, tempat, kaedah
pengumpulan data, instrument kajian, dan kaedah analisis data.
2.2 Rekabentuk Kajian
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Rekabentuk kajian adalah kaedah atau teknik penyelidikan yang
digunakan bagi mengumpul data. Menurut Rohana Yusof (2004), rekabentuk
kajian juga bermaksud sebagai salah satu falsafah di dalam proses
penyelidikan. Rekabentuk kajian ini akan menjurus kepada suatu kaedah
untuk mendapatkan maklumat daripada hasil tinjauan, edaran soal selidik
dan temubual terhadap responden.
2.2.1Soal Selidik
Rekabentuk kajian membimbing penyelidik ke arah mendapatkan
maklumat dan data kajian yang dijalankan. Rekabentuk kajian yang sesuai
sekali digunakan di dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif melalui
kaedah tinjauan iaitu menggunakan soalan kaji selidik yang bertujuan untuk
mendapatkan taburan frekuansi (ƒ) dan peratus (%). Soalan kaji selidik akan
di edarkan kepada responden untuk di jawab oleh mereka bagi memudahkan
penyelidik mendapatkan data daripada mereka. Soal selidik digunakan bagi
mengumpul maklumat berkenaan dengan fenomena yang tidak dapat
diperhatikan secara terus oleh penyelidik seperti sikap, kepercayaan,
pandangan, pengalaman, nilai yang di pengang, minat manusia dan
sebagainya (Lim ,2007).
2.2.2Temubual
Selain itu, dalam kajian ini juga penyelidik menggunakan kaedah
temubual iaitu pengumpulan data secara kualitatif melalui sesi bertanya
secara terus kepada responden bagi mendapatkan maklum balas daripada
mereka. Pengumpulan data secara kualitatif adalah bergantung kepada
pelbagai sumber keterangan daripada responden (Yin ,1994). Kaedah ini
juga banyak digunakan dalam melaksanakan kajian dalam teknik
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
pengumpulan data bagi kajian berbentuk kualitatif. Semasa proses temubual
di jalankan penyelidik akan bertanyakan soalan kepada responden dan
responden akan menjawab pertanyaan tersebut bersama dengan pendapat
mereka.
Disamping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan menggunakan kaedah
temubual secara terus dengan pihak yang telah dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual, kita dapat
memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri serta maklumat-maklumat lain yang
diperlukan. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham
untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Temu bual
bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih mahal kerana ia
mengambil masa yang lama, serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan
responden. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan
mendapatkan maklumat responden secara terperinci.
2.2.3Pemerhatian
Di samping itu, penyelidik juga menggunakan kaedah pemerhatian
untuk mendapatkan data kerana tinjauan boleh mengambil data dalam satu
masa tertentu bersama soal selidik (Mohamad Najib, 1999). Ia sesuai
digunakan dalam kajian ini kerana hasil yang diperolehi daripada dapatan
kajian ini merupakan maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kajian
untuk masa akan datang.
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct
observation) dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah
pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah
pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan
manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari bidang antropologi (kajian
tentang kehidupan masyarakat). Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat
tersebut.
Penyelidikan pemerhatian adalah untuk mengumpul maklumat dengan bertanya satu set
soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji. Persoalan
dalam kajian pemerhatian sering kali mengenai kepercayaan, kegemaran, kesihatan, dan lain lain
tingkah laku individu yang hendak diperhatikan. Topik yang diutarakan mungkin memerlukan
pendapat atau sesuatu yang sensitif.
Ia juga sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan,
personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu kelompok yang besar. Ia
melibatkan pengumpulan maklumat dari responden yang ramai. Kaedah pemerhatian
menggunakan soal selidik secara langsung atau pos, bantuan elektronik, temubual langsung,
temubual melalui telefon dan lain lain untuk mengumpul data. Ia digunakan untuk mendapatkan
satu penjelasan yang tepat terhadap ciri yang terdapat pada individu dalam kumpulan.
Dengan yang demikian, strategi penyelidikan pemerhatian adalah lebih sesuai apabila
kajian bertujuan sebanyak maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi, satu sampel atau
tinjauan yang melibatkan sekumpulan elemen yang kecil. Sampel ini mestilah mempunyai ciri
ciri atau sifat sifat populasi berkenaan. Ini penting supaya maklumat yang dihasilkan melalui satu
sampel yang kecil boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang populasi yang dikaji.
2.2.4Dokumentasi
Dokumentasi adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam
pengumpulan data-data kajian ini. Dakumentasi ini dilakukan dengan
membuat pemerhatian terhadap tempat kajian iaitu di bengkel Teknologi
Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara Domestik) dengan
meneliti kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada bengkel tersebut.
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Segala maklumat dan data-data yang di perolehi akan dianalisis untuk dibuat
penambahbaikan terhadap bengkel tersebut.
Melalui kaedah dokumentasi ini juga penyelidik mendapatkan
maklumat dan data-data melalui sukatan pelajaran yang di perolehi daripada
pihak IKM. Sukatan pelajaran yang di perolehi itu untuk matapelajaran
Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara
Domestik). Berdasarkan kepada sukatan pelajaran ini, pengkaji akan melihat
keperluan yang diperlukan oleh tempat kajian bersesuaian dengan jumlah
pengguna bengkel tersebut.
Oleh yang demikian kesemua kaedah yang digunakan untuk
mendapatkan data ini akan dijalankan bagi mendapatkan data-data dan
seterusnya akan di analisis bagi mengenalpasti keperluan, kelemahan yang
terdapat di tempat kajian. Cadangan akan dibuat bagi menambahbaik
terhadap kelemahan-kelemahan dan keperluan tersebut.
2.3 Populasi Dan Sampel
Populasi kajian adalah terdiri daripada 20 orang pelajar kursus
Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara
Domestik) semester 3 di Institut Kemahiran Mara Johor Bharu. Menurut Mohd
Najib (2003), populasi adalah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri
yang sama.
Saiz sampel kajian yang di gunakan dalam kajian ini adalah terdiri
daripada 20 orang pelajar kursus Teknologi Penyaman Udara (Sistem
Pemasangan Penyaman Udara Domestik) semester 3 di Institut Kemahiran
Mara Johor Bharu di ambil daripada jumlah populasi pelajar tersebut. Maka
kajian ini akan menggunakan sepenuhnya populasi sebagai saiz sampel
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
kajian. Menurut Mohd Majid (1990), sekiranya seseorang penyelidik itu
menginginkan ketepatan sepenuhnya bagi menganggar populasi pada
keyakinan 100%, maka penyelidik perlu menggunakan seluruh ahli populasi
sebagai saiz sampel kajian. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya ralat persampelan dalam kajian ini.
Oleh yang demikian, penyelidik memutuskan untuk menggunakan
keseluruhan populasi sebagai sampel kajian iaitu terdiri daripada pelajar-
pelajar kursus Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman
Udara Domestik) semester 3 di Institut Kemahiran Mara Johor Bharu.
Jadual 2.1 : Taburan Responden
Bil KursusBilangan Pelajar
1
Teknologi Penyaman Udara (Sistem
Pemasangan Penyaman Udara Domestik)
semester 3
20
Jumlah 20
2.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk mendapatkan
data dan maklumat daripada sempel ataupun responden. Instrumen kajian
yang digunakan adalah berbentuk soal selidik dengan menggunakan kaedah
temuduga berstruktur. Penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan
kerana ianya lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa (Syed Arabi,
1992). Soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk
mendapatkan maklumat dan ianya mempunyai beberapa kelebihan jika di
bandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik untuk
mendapatkan data dan maklumat (Sulaiman,1996). Responden bebas untuk
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
memilih dan menilai mengikut kehendak soal selidik yang diedarkan.
Pemilihan kaedah temuduga berstruktur menggunakan skala Binari iaitu ‘Ya’
dan ‘Tidak’ di dalam soal selidik ini adalah kerana di dapati ianya lebih
mudah untuk dijawab oleh responden. Menurut Najib (1999), menyatakan
bahawa satu set soalan berbentuk binari apabila hanya ada dua pilihan
jawapan Ya atau Tidak. Ia digunakan dalam situasi yang mana tiada pilihan
lain pada item tersebut.
2.5 Analisis Kajian
Data yang di perolehi daripada responden melalui set borang soal
selidik dan akan di analisis manggunakan perisian Statistical Package For
Sosial Science (SPSS 16.0) untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan.
Data yang di perolehi akan di kumpul dan di analisis serta di proses untuk
mendapatkan keputusan. Pemprosesan data bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang berguna dan bermakna. Pemprosesan data merupakan
teknik untuk pengumpulan, pegolahan, penganalisaan, penyimpanan dan
pengeluaran data (Majid, 1993).
2.5.1Analisis Bahagian A
Di dalam borang set soalan kaji selidik di Bahagian A, analisis dibuat
terhadap 3 item yang mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan latar belakang responden. Analisis yang telah diperolehi ditunjukkan
melalui jadual statistik bersama nilai frekuensi (ƒ) dan peratusan (%).
2.5.2Analisis Bahagian B
Manakala di Bahagian B pula, Analisis dibuat berdasarkan dapatan
daripada pilihan jawapan yang merangkumi 30 item. Penyelidik
menggunakan kaedah ‘Ya’ dan ‘Tidak’ dimana jika responden bersetuju
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
dengan jawapan mereka, hanya perlu menandakan pada bahagian ‘Ya’ dan
jika tidak bersetuju, tanda pada bahagian ‘Tidak’.
ANALISIS DATA
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, kami akan memaparkan keputusan analisis data yang
diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada
responden serta maklumat daripada temubual yang di jalankan. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version 16.0
berdasarkan kepada skor bilangan (frekuansi) dan peratus. Data-data ini
akan digunakan untuk perbincangan didalam bahagian yang seterusnya.
3.2 Bahagian A
3.2.1 Jantina
Jadual 3.1 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Jantina Responden
Jantina Bilangan (ƒ) Peratus (%)
Lelaki 18 90
Perempuan 2 10
Jumlah 20 100
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Merujuk kepada jadual 3.1 diatas menunjukan jumlah kekerapan
dan peratusan jantina responden mengikut jantina masing-masing. Di
dapati bahawa 18 orang (90%) adalah lelaki manakala 2 orang (10%)
adalah perempuan. Maka dapat dinyatakan bahawa responden lelaki
adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding responden perempuan.
3.2.2 Umur
Jadual 3.2 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Umur Responden
Jadual 3.2 diatas menunjukan taburan kekerapan dan peratusan
umur responden dalam kajian ini. Didapati bahawa responden yang
berumur 18-20 tahun ialah 11 orang(55%) manakala yang berumur 21-
23 tahun pula 8 orang (40%). Dan bagi responden yang berumur 24-26
tahun ialah 1 orang (5%). Maka, responden yang berumur pada skala
18-20 tahun adalah lebih ramai berbanding dengan umur-umur yang
lain.
Umur (tahun) Bilangan (ƒ) Peratus (%)
18-20 11 55
21-23 8 40
24-26 1 5
Jumlah 20 100
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
3.2.3 Semester
Jadual 3.3 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Semester Responden
Jadual 3.3 diatas menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan
semester responden dalam kajian ini. Respoden adalah terdiri daripada
pelajar semester 5 iaitu berjumlah 20 orang (100%) yang
mennggunakan bengkel tersebut.
3.3 Bahagian B
Pada bahagian ini akan dijalankan analisis bagi item-item atau
penyataan yang ditanya oleh penyelidik kepada responden melalui soal
selidik. Hasil analisis akan dinyatakan dalam bentuk bilangan(frekuensi) dan
peratusan (%). Analisis ini akan dibuat mengikut soalan kajian yang dibina.
3.3.1 Perancangan Ruang
Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian
ketiga. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan perancangan ruang.
Jadual 3.4 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Perancangan Ruang
Semester Bilangan (ƒ) Peratus (%)
1 0 0
2 0 0
3 0 0
4 0 0
5 20 100
Jumlah 20 100
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Bil Item-item Soalan
Responden
Ya Tidak
(ƒ) (%) (ƒ) (%)
1 Keluasan bengkel Pemasangan Penyaman Udara
Domestik dapat menampung bilangan pelajar
19 95 1 5
2 Pelajar selesa dengan ruang yang disediakan
untuk melakukan aktiviti kerja amali di dalam
bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik
16 80 4 20
3 Kedudukan stor berada di dalam bengkel
Pemasangan Penyaman Udara Domestik
5 25 15 75
4 Kedudukan stor yang sedia ada memudahkan
kerja pengambilan dan penyimpanan alatan dan
bahan
16 80 4 20
5 Pengajar memberi penerangan awal secara teori
sebelum kerja amali dimulakan di dalam bengkel
20 100 0 0
6 Susunan stesen kerja memudahkan pergerakan
pelajar
19 95 1 5
7 Pelajar lebih memahami pembelajaran amali
dalam bengkel melalui sesi demontrasi oleh
pengajar sebelum amali dijalankan.
19 95 1 5
Jumlah Kekerapan dan Peratusan 114 579 26 130
Purata Kekerapan dan Peratusan (%) 16 81 4 19
Jadual 3.4 diatas menunjukkan tujuh item soalan yang dibentuk untuk
dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah berdasarkan kepada
persoalan berkaitan dengan perancangan ruang.
Item yang mempunyai nilai kekerapan yang paling tinggi ialah item 5
yang berkaitan pengajar yang member penerangan dahulu sebelum kerja
amali dilakukan di dapati bahawa 20 orang(100%) memilih untuk
menyatakan ya. Tiada responden yang menyatakan tidak.
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Berdasarkan kepada jadual tersebut, item yang mempunyai nilai
kekerapan yang kedua tertinggi ialah item 1 berkaitan dengan keluasan
bengkel yang mampu menampung bilangan pelajar sebanyak 19 orang(95%)
memilih ya dan 1 orang(5%) untuk memilih tidak. Manakala item yang
seterusnya mendapat nilai kekerapan yang sama tinggi ialah item 6 dan 7.
Bagi item 6 berkenaan susunan stesen kerja yang memudahkan laluan
pelajar iaitu sebanyak 19 orang(95%) menyatakan ya dan 1 orang(5%)
menyatakan tidak. Seterusnya bagi item 7 berkenaan kefahaman pelajar
melalui sesi demonstrasi dalam bengkel sebanyak 19 orang(95%) manakala
1 orang(5%).
Item yang seterusnya mendapat nilai kekerapan yang tinggi ialah item
2 dan 4. Item 2 adalah berkaitan dengan keselesaan ruang yang di sediakan
untuk pelajar menjalankan kerja amali di dapai sebanyak 16 orang(80%)
memilih ya manakala 4 orang(20%) pula memilih tidak. Bagi item 4 pula
yang berkaitan dengan kedudukan stor yang memuduhkan pelajar untuk
mengambil perlatan di mana sebanyak 16 orang(80%) memilih ya dan 4
orang(20%) memilih tidak.
Item yang paling rendah nilai kekerapan dan peratusanya ialah item 3
yang berkaitan kedudukan stor peralatan didalam bengkel. Sebanyak 5
orang(25%) memilih ya manakala 15 orang(75%) pula memilih tidak.
Oleh yang demikian dapat di rumuskan bahawa sebanyak 81%
responden telah memilih ya manakala 19% pula memilih tidak terhadap
persoalan berkaitan perancangan ruang.
3.3.2 Perancangan Persekitaran
Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian
ketiga. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan perancangan persekitaran.
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Jadual 3.5 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Perancangan
Persekitan.
Bil Item-item Soalan
Responden
Ya Tidak
(ƒ) (%) (ƒ) (%)
8 Warna di dinding bengkel merangsang minat
saya untuk membuat kerja amali
20 100 0 0
9 Warna dinding yang digunakan dalam bengkel
adalah sesuai dengan suasana kerja
20 100 0 0
10 Pelajar tidak merasa panas kerana bengkel
dilengkapi sistem penghawa dingin.
17 85 3 15
11 Sistem pencahayaan yang terang dalam bengkel
membantu pelajar menjalankan kerja amali
17 85 3 15
12 Lampu di dalam bengkel berada dalam keadaan
baik.
16 80 4 20
13 Bengkel pemasangan penyaman udara turut
dilengkapi dengan tingkap.
20 100 0 0
14 Terdapat gangguan bunyi semasa kerja amali
dijalankan.
15 75 5 25
Jumlah Kekerapan dan Peratusan 125 625 15 75
Purata Kekerapan dan Peratusan (%) 18 89 2 11
Jadual 3.5 diatas menunjukkan tujuh item soalan yang dibentuk untuk
dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah berdasarkan kepada
persoalan berkaitan dengan perancangan persekitaran.
Item yang mempunyai nilai kekerapan yang tertinggi bagi persoalan ini
ialah item 8, 9 dan 13. Bagi item 8 ianya berkaitan dengan warna dinding
yang boleh merangsang minat dalam melakukan kerja amali di dapati
sebanyak 20 orang(100%) menyatakan ya manakala tiada responden yang
menyatakan tidak. Begitu juga dengan item 9 yang berkaitan dengan warna
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
yang sesuai dengan persekitaran bengkel yang menunjukan 20 orang(100%)
menyatakan ya dan tiada responden yang menyatakan tidak. Disamping itu
bagi item 20 pula yang berkaitan dengan begkel yang dilengkapi dengan
tingkap menunjukan sebayak 20 orang(100%) menyatakan ya dan tiada
yang menyetakan tidak.
Item yang mempunyai nilai kekerapan dan peratusan yang kedua
tinggi pula ialah item 10 dan item 11. Bagi item 10 yang berkaitan dengan
pelajar yang tidak merasa panas semasa kerja amali dijalankan menunjukan
sebanyak 17 orang(85%) menyatakan ya dan 3 orang(15%) pula
menyatakan tidak. Begitu juga dengan item 11 yang mana sebanyak 17
orang(85%) memilih ya manakala 3 orang(25%) pula menyatakan tidak bagi
penyataan sistem pencahayaan di dalam bengkel.
Bagi item yang mempunyai nilai kekerapan dan peratusan yang paling
rendah ialah item yang berkaitan keadaan lampu di dalam bengkel.
Sebanyak 16 orang(80%) memilih untuk menyataka ya manakala 4
orang(20%) pula memilih untuk menyatakan tidak.
Oleh yang demikian maka dapat di rumuskan bahawa 89% responden
memilih untuk menyatakan ya manakala sebanyak 11% pula memilih untuk
menyatakan tidak bagi persoalan berkaitan perancangan persekitaran.
3.3.3 Kemudahan
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian
ketiga. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan kemudahan yang disediakan di bengkel
pemasangan penyaman udara domestik.
Jadual 3.6 : Taburan Purata Kekerapan dan Peratusan Kemudahan
Bil Penyataan
Responden
Ya Tidak
(ƒ) % (ƒ) %
15 Bilangan stesen kerja dalam bengkel Pemasangan
Penyaman Udara Domestik cukup untuk melakukan
aktiviti kerja amali.
17 85 3 15
16 Pengajar menjalankan kelas teori di bilik berasingan
dengan bengkel amali.
19 95 1 5
17 Bengkel pemasangan Penyaman Udara Domestik
dilengkapi dengan stor untuk menyimpan peralatan,
bahan serta projek anda.
17 85 3 15
18 Alatan dan bahan disediakan mencukupi dengan bilangan
pelajar
6 30 14 70
19 Anda selalu menggunakan peralatan secara berkongsi
dengan rakan semasa melakukan kerja amali.
14 70 6 30
20 Terdapat alat pemadam api di dalam bengkel
Pemasangan Penyaman Udara Domestik
20 100 0 0
21 Terdapat kotak pertolongan cemas di dalam bengkel
Pemasangan Penyaman Udara Domestik.
4 20 16 80
22 Bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik
mempunyai dua pintu untuk laluan pelajar.
20 100 0 0
23 Papan tanda keselamatan ditampal di dalam bengkel
Pemasangan Penyaman Udara Domestik di tempat yang
sesuai.
19 95 1 5
24 Peraturan keselamatan disediakan dan ditampal di dalam 19 95 1 5
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
bengkel.
25 Pihak pengurusan menyediakan sudut pertolongan cemas. 4 20 16 80
26 Laluan dari kawasan bahaya ke pintu keluar adalah dekat
dengan pintu keluar dan tidak terhalang.
18 90 2 10
Jumlah Kekerapan Dan Peratusan 177 885 66 315
Purata Kekerapan Dan Peratusan (%) 15 74 11 26
Berdasarkan jadual 3.6, di atas menunjukkan 12 item soalan yang dibentuk
untuk dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah berdasarkan
kepada persoalan berkaitan dengan kemudahan yang terdapat di bengkel
penyaman udara
Bagi item 20 dan 22 sebanyak 20 orang (100%) responden memilih ya tentang
terdapatnya alat pemadam api dan mempunyai dua pintu untuk laluan pelajar. Diikuti dengan
item 16, 23 dan 24 sebanyak 19 orang (95%) iaitu pernyataan pengajar menjalankan kelas teori
di bilik berasingan dengan bengkel amali, papan tanda keselamatan ditampal di dalam bengkel
Pemasangan Penyaman Udara Domestik di tempat yang sesuai dan peraturan keselamatan
disediakan dan ditampal di dalam bengkel.
Manakala untuk item 21 dan 25, sebanyak 16 orang (95%) responden tidak bersetuju
setiap satunya. Ia melibatkan penyataan ‘Terdapat kotak pertolongan cemas di dalam bengkel
Pemasangan Penyaman Udara Domestik’ dan ‘pihak pengurusan menyediakan sudut pertolongan
cemas’. Selain itu, item 18 dan 19 iaitu alatan dan bahan disediakan mencukupi dengan bilangan
pelajar dan anda selalu menggunakan peralatan secara berkongsi dengan rakan semasa
melakukan kerja amali.dengan 14 orang (70%).
Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa sebanyak 74% responden telah memilih
untuk menyatakan ya manakala 26% telah memilih untuk menyatakan tidak bagi persoalan
berkaitan kemudahan di bengkel penyaman udara. Ini kerana sesebuah bengkel haruslah
mempunyai kemudahan yang lengkap untuk kemudahan pelajar membuat kerja.
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
3.3.4 Pengelolaan bengkel
Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian
keempat. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan pengelolaan bengkel pemasangan
penyaman udara domestik.
Jadual 3.7: Purata Kekerapan dan Peratusan Pengelolaan Bengkel
Bil Penyataan
Responden
Ya Tidak
(ƒ) % (ƒ) %
27. Bahan dan alatan disimpan di dalam stor dengan
tersusun.
19 95 1 5
28. Pelajar mengamalkan konsep 5S di bengkel. 20 100 0 0
29. Pengajar menggantikan peralatan yang rosak supaya
tidak digunakan oleh pelajar.
19 95 1 5
30. Peralatan di dalam stor bengkel Pemasangan
Penyaman Udara Domestik disusun pada panel alatan.
20 100 0 0
31 Bengkel hendaklah sentiasa dibersihkan setiap kali
kerja amali dijalankan.
11 55 9 45
32 Alatan yang terdapat di dalam stor senang diambil
apabila diperlukan.
7 35 13 65
33 Susun atur peralatan di dalam stor menghalang
pemandangan.
15 75 5 25
Jumlah Kekerapan Dan Peratusan 111 550 29 145
Purata Kekerapan Dan Peratusan (%) 16 79 4 21
Merujuk kepada jadual 3.7, diatas menunjukkan tujuh item soalan yang
dibentuk untuk dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah
berdasarkan kepada persoalan berkaitan dengan pengelolaan di bengkel
penyaman udara
SPL 4052 – ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL
Bagi item 28 dan 30 sebanyak 20 orang (100%) responden menyatakan ya dengan
pengelolaan bengkel yang melibatkan pelajar mengamalkan konsep 5S di bengkel dan menyusun
peralatan pada penal alatan. Diikuti dengan item 27 dan 29 iaitu sebanyak 19 orang (95%)
responden menyatakan ya dengan penyataan bahan dan alatan disimpan di dalam stor dengan
tersusun dan pengajar menggantikan peralatan yang rosak supaya tidak digunakan oleh pelajar.
Bagi item 32 dan 33 sebanyak 13 orang (65%) dan 15 orang (75%) yang tidak sependapat
dengan pernyataan tersebut iaitu alatan yang terdapat di dalam stor senang diambil apabila
diperlukan dan susun atur peralatan di dalam stor menghalang pemandangan.
Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa sebanyak 79% responden menyatakan ya
dengan soalan kajian dan 21% adalah sebaliknya. Ini kerana pengelolaan yang baik memudahkan
kerja.