BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta...

8
1 TEKS UCAPAN ALUAN YBHG DATO’ PUASA BIN MD TAIB YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR DAN RENDAH KARBON CYBERJAYA Anjuran MAJLIS PERBANDARAN SEPANG Dengan Kerjasama LOW CARBON CITIES & SUSTAINABILITY CENTRE, MALAYSIAN INSTITUTE OF PLANNERS 22 DISEMBER 2016 (KHAMIS) CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

Transcript of BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta...

Page 1: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

1

TEKS UCAPAN ALUAN

YBHG DATO’ PUASA BIN MD TAIB YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN

TINDAKAN BANDAR PINTAR DAN RENDAH KARBON CYBERJAYA

Anjuran

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Dengan Kerjasama LOW CARBON CITIES & SUSTAINABILITY CENTRE,

MALAYSIAN INSTITUTE OF PLANNERS

22 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

Page 2: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

2

Assalamualaikum wr. Wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berusaha saudari pengerusi majlis,

Y.D.M Tengku Dato‘ Dr. Jamaluddin bin Tengku

Mahmud Shah Al-Haj, Tengku Orang Kaya Maha Bijaya

Sepang, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perunding

Penduduk Zon Cyberjaya

Yang Berbahagia, Puan Norliza Hashim, Pengarah

LCCSC, Malaysian Institute of Planners (MIP)

Yang Dihormati, Agensi Kerajaan dan Swasta di

Peringkat Persekutuan dan Negeri Selangor serta

‘Stakeholder’ daripada Cyberjaya, Ketua-Ketua Jabatan

dan Pegawai-Pegawai, Majlis Perbandaran Sepang

Page 3: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

3

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada semua pihak yang dapat hadir sesi Bengkel

Penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah

Karbon Cyberjaya ini. Menyedari kesan pemanasan

global dan komited bagi memerangi fenomena global

serta mewujudkan komuniti pintar di Cyberjaya, Pihak

Majlis secara dasarnya telah bersetuju untuk

menyediakan kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar dan

Rendah Karbon Cyberjaya atau “Smart & Low Carbon

City Blueprint’ (SLCC) khususnya untuk Bandar

Cyberjaya’

Kajian atau penyediaan Pelan Tindakan ini dilihat

signifikan dan penting untuk memastikan semua agensi

sama ada dari sektor kerajaan dan juga sektor swasta

Page 4: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

4

khususnya pemaju dapat mematuhi Pelan Tindakan

yang disediakan.

Di Cyberjaya, pihak MPSepang telah mengambil

pendekatan untuk memfokuskan dan menggalakan

pihak pemaju untuk membina lebih banyak bangunan

yang mempunyai ciri-ciri teknologi hijau. Galakkan ini

dibuat melalui Skim Rebat Cukai Taksiran sebanyak 5

peratus bagi bangunan komersil yang mendapat

akreditasi bangunan hijau.

Pelan Tindakan ini juga akan mengambilkira

pendekatan Kerajaan Negeri melalui ‘Blueprint Smart

State’ atau ‘Smart Selangor’ yang memberikan

penekanan terhadap ‘Internet of Thing’ (IOT) yang mana

penggunaannya bukan setakat IT dan ICT tetapi

Page 5: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

5

merentasi pelbagai agensi untuk kemudahan orang

awam.

Justeru itu, bagi memastikan Pelan Tindakan ini

dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, maka adalah

penting untuk semua pihak berkepentingan mengetahui

apa itu Smart City dan ‘Low carbon Cities’ serta cara

mengaplikasikan.

Harapan saya semoga kajian ini dapat memenuhi

aspirasi warga bandar Cyberjaya ke arah sebuah

Bandar pintar dan rendah karbon menjelang tahun

2025.

Pihak Majlis Perbandaran Sepang berharap

Bengkel ini akan dijadikan input awal bagi memberikan

hebahan kepada pihak pemaju, kontraktor-kontraktor

Page 6: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

6

pembinaan, perunding profesional yang terdiri daripada

perancang bandar, jurutera, arkitek, arkitek landskap,

syarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan

teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai

kepentingan pelaksanaan Bandar pintar khususnya

untuk mengurangkan pengeluaran intensiti karbon untuk

kepentingan generasi masa akan datang.

Para hadirin sekalian,

Justeru itu, Bengkel Siri 1 pada hari ini merupakan

komitmen pihak Majlis untuk melaksanakan dan

mengaplikasi ‘carbon calculator’ sebagai salah satu

prasyarat untuk kelulusan pelan pembangunan. Pihak

Majlis dengan kerjasama KETTHA, MGTC, MIP, CIDB

dan lain-lain agensi yang berkaitan akan melaksanakan

pengaplikasian teknologi hijau tersebut untuk

Page 7: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

7

menambah baik pelbagai aspek teknikal dan

perundangan dan seterusnya mewajibkan kepada

semua pihak yang berkepentingan untuk mematuhi

elemen dan kriteria yang telah ditetapkan.

Para hadirin sekalian,

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

semua pihak yang menjayakan bengkel ini dan berharap

supaya rumusan dan hala tuju Bandar Cyberjaya ini

dapat memberikan manfaat jangka masa panjang

kepada semua pihak. Untuk menjadikan Bandar

Cyberjaya ini menjadi tarikan seperti Bandar

Amsterdam, Barcelona, Denmark dan lain-lain, usaha-

usaha untuk menjadikan Cyberjaya sebuah Bandar

pintar daan rendah karbon untuk generasi akan datang,

ia perlulah bermula daripada sekarang.

Page 8: BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR · PDF filesyarikat-syarikat di Cyberjaya serta jabatan-jabatan teknikal di peringkat daerah dan juga negeri mengenai kepentingan pelaksanaan

8

Saya dengan lafaz ‘bismillahhirahmanirahim’

merasmikan Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan

Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya .

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.