Bentuk Muka Bumi

19
BENTUK MUKA BUMI

description

q

Transcript of Bentuk Muka Bumi

BENTUK MUKA BUMI

• Tanah Tinggi Dan Kepentingannya• Banjaran, gunung dan bukit tergolong dalam kategori tanah tinggi. Di

bawah ini, disenaraikan maksud bentuk muka bumi tanah tinggi.

1. Banjaran - Banjaran Titiwangsa digelar tulang belakang Semenanjung Malaysia. Banjaran bermaksud rangkaian atau sambungan kawasan gunung.

2. Gunung - Ketinggian gunung melebihi ketinggian kawasan bukit. Ketinggian gunung adalah sekurang-kurangnya 330 meter.

3. Bukit - Kawasan tanah tinggi yang kurang dari 330 meter.

• Beberapa contoh banjaran dan gunung yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut.

1. Banjaran Titiwangsa - Gunung Korbu2. Banjaran Keledang - Gunung Korbu3. Banjaran Bintang - Gunung Bintang4. Banjaran Crocker - Gunung Kinabalu5. Banjaran Kapuas Hulu

• Banjaran Titiwangsa juga dikenali Banjaran Besar dan ianya banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. Di sinilah punca utama sungai-sungai yang mengalir ke lautan di sekeliling Semenanjung Malaysia. Stesen penjana kuasa hidroelektrik juga terdapat di sini. Tempat peranginan yang terkenal juga terletak di sini iaitu Genting Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi (Berjaya Hills), Cameron Highlands dan Bukit Larut (Maxwell Hill)

• Di antara kepentingan tanah tinggi ialah

• 1. Menjana kuasa hidroelektrik• Stesen janakuasa hidroelektrik dibina di

kawasan tanah tinggi yang mempunyai sumber air. Contohnya di Batang Ai, dimana stesen janakuasa Empangan Batang Air membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan Bintulu.

• 2. Pelancongan• Suhu nyaman di tanah tinggi berbanding kawasan bandar

berjaya menarik ramai pelancong luar dan tempatan. Permandangan hijau di persekitaran kawasan kunjungan seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands sungguh indah sekali.

• 3. Pertanian• Sayur-sayuran, bunga serta pelbagai jenis bunga yang

memerlukan suhu yang rendah untuk tumbuh boleh ditanam di tanah tinggi. Oleh itu, terdapat banyak kawasan pertanian di Cameron Highlands (Pahang) and Kundasang (Sabah).

• Tanah Pamah Dan Kepentingannya• Tanah pamah bermaksud kawasan tanah rendah yang mendatar dan

beralun yang mungkin terdapat sungai, tasik, air terjun dan paya. Antara kawasan tanah pamah yang terdapat di Malaysia ialah:

• 1. Dataran Kedah• 2. Dataran Kerian• 3. Lembah Klang• 4. Dataran Johor• 5. Pahang Tenggara• 6. Delta Kelantan• 7. Lembah Rajang• 8. Lembah Kinabatangan

• awasan tanah pamah penting dan sesuai untuk aktiviti seperti

• 1. Pertanian• Banyak jenis tanaman ditanam di kawasan tanah pamah disebabkan kesesuaian jenis tanah,

contohnya padi di Dataran Kedah dan Tanjong Karang, Selangor. Kelapa sawit juga banyak ditanam di Pahang dan Sabah manakala getah di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Perlis pula menanam tumbuhan seperti tebu. Negara Malaysia merupakan pengeksport getah dan kelapa sawit.

• 2. Kawasan Perindustrian• Kawasan tanah pamah yang begitu luas di Malaysia berjaya manarik pelaburan asing untuk

membuka kilang dan melabur di sini.Shah Alam, Pasir Gudang, Bintulu dan Gurun meupakan kawasan perindustrian di Malaysia dan kawasan-kawasan ini terletak di tanah rendah.

• 3. Pengangkutan• Lebuhraya telah banyak membantu dan memudahkan urusan harian rakyat dan kegiatan

ekonomi. Laluan di lebuhraya kebiasaanya dibina di kawasan tanah pamah yang rata.

• Saliran Dan Kepentingannya• Di Malaysia, terdapat beberapa sungai yang penting untuk aktiviti harian semua penduduk.

Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah rendah dan seterusnya menuju ke laut.

• Berikut adalah sungai-sungai dan tasik-tasik yang terkenal di negara Malaysia.• 1. Tasik Timah Tasoh• 2. Sungai Muda• 3. Tasik Temenggor• 4. Sungai Perak • 5. Tasik Cini• 6. Sungai Pahang• 7. Sungai Muar• 8. Tasik Kenyir• 9. Sungai Terengganu• 10. Sungai Rajang• 11. Sungai Baram• 12. Sungai Kinabatangan

• Kepentingan Saliran• 1. Sumber pengairan dan perikanan• Empangan yang dibina di sungai boleh membekalkan bekalan air yang mencukupi

kepada petani untuk menanam padi. Ada juga sungai dan tasik yang dijadikan kawasan ternakan ikan dalam sangkar. Contohnya, Sungai Pahang dan Tasik Timah Tasoh (Perlis).

• 2. Sumber air• Semua penduduk di negara ini mendapat bekalan air daripada empangan. Sumber air

dari sungai ini seterusnya disalurkan ke loji rawatan air sebelum dibekalkan untuk kegunaan harian kita semua.

• 3. Jalan perhubungan• Sungai menjadi lebuhraya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Contohnya Sungai

Rajang di Sarawak. Sungai Kinabatangan di Sabah pula digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang kayu. Di Semenanjung Malaysia pula, Sungai Tembeling menjadi salah satu laluan masuk ke Taman Negara Pahang.

• Pantai, tebing tinggi, teluk dan tanjung adalah beberapa jenis kawasan yang dijumpai di kawasan pinggir laut di Malaysia. Lihat peta di bawah dan teliti kawasan pinggir laut dan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia.

• Pelancongan• Pusat pelancongan yang terkenal di pinggir

laut dan pulau-pulau di negara kita termasuklah Teluk Kemang, Pulau Redang, Pulau Sipadan dan Pantai Cahaya Bulan.

• Pelabuhan• Beberapa lokasi di sepanjang pinggir laut yang mempunyai air

dalam telah dijadikan pelabuhan untuk kapal-kapal besar seperti Pelabuhan Klang di Selangor dan Tanjung Pelepas di Johor. Bolehkah anda namakan beberapa pelabuhan yang lain di Malaysia?

• Perikanan• Penduduk yang tinggal di pinggir laut kebanyakkannya bekerja

sebagai nelayan. Mereka bergantung kepada laut untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan harian.