Bercita cita tinggi

2
Adik-adik, cita-cita boleh dianggap sebagai impian. Impian adalah seumpama angan-angan iaitu hasrat untuk mendapatkan sesuatu. Namun, biasanya cita-cita masih boleh dibezakan dengan angan-angan. Cita-cita selalunya dikaitkan sesuatu pekerjaan atau usaha yang sangat penting dan berguna untuk masa depan dalam hidup kita. Misalnya, bercita-cita untuk menjadi pemandu kapal terbang (pilot). Manakala angan-angan pula selalunya lebih bermaksud suatu khayalan kosong semata-mata. Adik-adik tentu pernah mendengar cerita 'Mat Jenin' bukan? Mat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa. Akibat khayalannya itu, dia terjatuh dari pokok kelapa dan mati. Adik-adik, setiap orang pasti mempunyai cita-cita masing-masing. Adik-adik juga sudah tentu memiliki sebuah cita-cita sendiri. Apakah cita-cita adik? Adik-adik, cita-cita adalah sangat penting dalam hidup setiap manusia. Oleh yang demikian, adik-adik usahlah malu untuk memiliki apa sahaja cita-cita. Malah, jika ditanyakan oleh sesiapapun, usahlah malu untuk memberitahu cita-cita adik-adik. Cita-cita bukanlah sesuatu perkara yang mustahil boleh dicapai. Sebagai contoh, katakanlah adik-adik bercita-cita hendak menjadi peguam. Apabila dewasa nanti, bukanlah suatu perkara mustahil adik-adik benar- benar boleh menjadi peguam. Semua cita-cita boleh dicapai, asalkan kita gigih

Transcript of Bercita cita tinggi

Page 1: Bercita cita tinggi

    Adik-adik, cita-cita boleh dianggap sebagai impian. Impian adalah seumpama angan-angan iaitu hasrat untuk mendapatkan sesuatu.

      Namun, biasanya cita-cita masih boleh dibezakan dengan angan-angan.

      Cita-cita selalunya dikaitkan sesuatu pekerjaan atau usaha yang sangat penting dan berguna untuk masa depan dalam hidup kita. Misalnya, bercita-cita untuk menjadi pemandu kapal terbang (pilot).

      Manakala angan-angan pula selalunya lebih bermaksud suatu khayalan kosong semata-mata. Adik-adik tentu pernah mendengar cerita 'Mat Jenin' bukan? Mat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa. Akibat khayalannya itu, dia terjatuh dari pokok kelapa dan mati.

      Adik-adik, setiap orang pasti mempunyai cita-cita masing-masing. Adik-adik juga sudah tentu memiliki sebuah cita-cita sendiri. Apakah cita-cita adik?

      Adik-adik, cita-cita adalah sangat penting dalam hidup setiap manusia. Oleh yang demikian, adik-adik usahlah malu untuk memiliki apa sahaja cita-cita. Malah, jika ditanyakan oleh sesiapapun, usahlah malu untuk memberitahu cita-cita adik-adik.

      Cita-cita bukanlah sesuatu perkara yang mustahil boleh dicapai. Sebagai contoh, katakanlah adik-adik bercita-cita hendak menjadi peguam. Apabila dewasa nanti, bukanlah suatu perkara mustahil adik-adik benar-benar boleh menjadi peguam.

      Semua cita-cita boleh dicapai, asalkan kita gigih berusaha untuk mencapainya. Itulah sebabnya cita-cita sangat penting dalam hidup manusia. Dengan adanya cita-cita, setiap orang akan berjaya dalam hidupnya, asalkan gigih berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut.      

     Adik-adik mungkin pernah mendengar nama Wilbur dan Orville Wright. Kedua-dua orang adik-beradik ini suatu masa dahulu pernah bercita-cita untuk mencipta dan menerbangkan

Page 2: Bercita cita tinggi

kapal terbang.

      Mereka tekun berusaha. Akhirnya, mereka benar-benar berjaya menerbangkan kapal terbang ciptaan mereka. Bukankah ini adalah bukti bahawa setiap cita-cita boleh dicapai, asalkan gigih berusaha untuk mencapainya?

      Oleh yang demikian, adik-adik haruslah memiliki cita-cita yang tinggi dalam hidup ini. Adik-adik boleh memiliki cita-cita berdasarkan minat adik-adik. Mungkin adik-adik bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, jurutera, arkitek, doktor, pengarang, dan sebagainya lagi.

      Usahlah malu untuk memiliki cita-cita tinggi. Cita-cita tinggi boleh mendorong adik-adik untuk gigih belajar. Suatu hari nanti, bukanlah suatu perkara mustahil, adik-adik mungkin benar-benar berjaya mencapai cita-cita tersebut.

      Oleh itu, adik-adik, miliki sebuah cita-cita tinggi mulai sekarang!