Berdasarkan Kepada Pengiraan Nisbah

download Berdasarkan Kepada Pengiraan Nisbah

of 2

Transcript of Berdasarkan Kepada Pengiraan Nisbah

  • 7/29/2019 Berdasarkan Kepada Pengiraan Nisbah

    1/2

    Berdasarkan kepada pengiraan nisbah - nisbah kewangan yang dilakukan

    terhadap penyata kewangan Syarikat Cendikia Sdn.Bhd. pada tahun 2009 dan 2010.

    Syarikat Cendikia Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kadar

    kecekapan pengurusan dan kemajuan dalam perniagaan pada tahap yang amat baik.

    Dari segi nisbah kecairan mencatatkan kemampuan syarikat untuk membayar

    hutang yang sedia ada. Pertama, nisbah semasa pada tahun 2009 dan 2010 terdapat

    peningkatan iaitu nisbahnya dari 2.4 ke 2.47.Ini menunjukkan syarikat ini mampu

    membayar pada jangka masa pendek. Ini bermaksud nisbah kecairan syarikat ini

    menunjukkan kecairan yang tinggi. Kedua, nisbah cepat juga terdapat peningkatan

    iaitu dari nisbah 0.69 ke 0.82. Ini bermaksud petanda positif di dalam kemampuan

    syarikat membayar hutang dalam kadar jangka panjang pendek.

    Seterusnya, bagi nisbah pengurusan aset pula menunjukkan kemampuan

    syarikat ini untuk menjana keuntungan daripada setiap ringgit yang dilaburkan. Pertama

    dari segi tempoh kutipan purata, syarikat mengambil masa selama 23 hari pada tahun

    2009 dan 22 hari pada tahun 2010 bagi memungut akaun-akaun belum terima. Ini

    menunjukkan tempoh kutipan purata lebih cepat dan sistem kawalan kredit syarikat

    semakin cekap. Kedua, dari segi pusing ganti inventori pula menunjukkan kecekapan

    syarikat di dalam menguruskan inventori iaitu pada tahun 2009 sebanyak 2.75 kali dan

    2010 sebanyak 2.86 kali. Syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing ganti inventori

    semakin meningkat.Ini bermaksud penjualan produk syarikat yang laris atau syarikat

    tidak menyimpan banyak inventori. Ketiga, dari segi pusing ganti aset tetap, syarikat

    ini dapat menguruskan aset dengan cekap iaitu pada tahun 2009 sebanyak 2.9 kali dan

    pada tahun 2010 sebanyak 3.2 kali.Ini menunjukkan syarikat mempunyai pusing ganti

    aset tetap semakin meningkat dan jualan dapat dijanakan. Keempat ialah pusing ganti

    jumlah aset syarikat juga dapat menunjukkan peningkatan iaitu pada tahun 2009

    sebanyak 1.5 kali dan pada tahun 2010 sebanyak 1.6 kali.Ini bermaksud syarikat dapat

    menguruskan semua aset dengan cekap.Secara amnya,syarikat Cendikia lebih cekap

    menggunakan asetnya bagi menghasilkan keuntungan.

  • 7/29/2019 Berdasarkan Kepada Pengiraan Nisbah

    2/2

    Bagi nisbah keberuntungan syarikat pula, syarikat ini mampu menjana

    keuntungan daripada setiap ringgit yang dilaburkan. Pertama, nisbah margin untung

    bersih meningkat dari tahun 2009 hingga 2010 iaitu 2.5% ke 5.7%. Ini menunjukkan

    syarikat mendapat keuntungan bersih yang banyak dan cekap menjalankan syarikat.

    Kedua, nisbah pulangan atas aset iaitu syarikat mempunyai 3.95% pada tahun 2009

    dan 9.63% pada tahun 2010.Ini bermaksud pulangan atas aset meningkat dan syarikat

    lebih cekap menggunakan aset untuk menjana untung. Ketiga, nisbah pulangan atas

    ekuiti iaitu syarikat cekap menguruskan ekuiti dan pulangan atas ekuiti meningkat dari

    tahun 2009 hingga 2010 iaitu 7.7% ke 16.5%. Secara amnya syarikat mendapat

    peningkatan dari segi keuntungan dan cekap menjalankan syarikat.

    Keseluruhannya, syarikat ini mempunyai prestasi pengurusan yang cemerlang,

    mampu untuk terus bersaing dengan syarikat lain dan mencatatkan keuntungan yang

    lebih tinggi dari tahun ke tahun, dan menarik lebih ramai pelabur bagi meningkatkan

    modal syarikat.