BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan...

16
TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG JUN 2017 BERITA BERITA PASIR GUDANG Breakfast Run 2017 SAMBUTAN Aidilfitri MENTERI BESAR JOHOR M/s12 Journey To Jannah dan Journey To Jannah dan DI MASJID AN-NUR PASIR GUDANG BERBUKA PUASA & TARAWIKH - M/s6 M/s4 PROGRAM BERSEMPENA ULANGTAHUN PENGISYTIHARAN MPPG TAHUN KE-8 www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera

Transcript of BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan...

Page 1: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGJUN 2017

2017

EKSA

BERITABERITA

PASIR GUDANG

Breakfast Run2017

SAMBUTAN AidilfitriMENTERI BESAR JOHORM/s12

Journey To Jannah danJourney To Jannah dan DI MASJID AN-NUR PASIR GUDANG

BERBUKA PUASA & TARAWIKH - M/s6

M/s4

PROGRAM BERSEMPENA ULANGTAHUN PENGISYTIHARAN MPPG TAHUN KE-8

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

Page 2: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. sekali lagi kita

dapat berjumpa lagi dalam edisi Berita Pasir Gudang (BPG) bagi bulan Jun 2017. Mudah-mudahan pertemuan ini akan banyak memberi manfaat kepada kita semua dalam bulan penuh keberkatan kerana dalam bulan ini kita berpuasa dalam Ramadan Al-Mubarak dan menyambut lebaran Aidilfitri pada minggu ke empat bulan ini. Selaku pentadbir kepada MPPG, warga MPPG sentiasa bersama-sama dengan warga Pasir Gudang agar terus bergerak memacu pembangunan dalam kawasan pentadbirannya supaya dapat terus bersaing dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Pasir Gudang selaras dengan tema “Pasir Gudang Milik Bersama”. MPPG dengan kerjasama Jawatankuasa Zon (JKZ) dan Yayasan Pasir Gudang telah menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat khususnya kepada golongan yang kurang bernasib baik apabila memberikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri berbentuk barangan dapur dan sumbangan tunai. Lebih 850 asnaf sekitar Pasir Gudang telah menerima manfaat ini. Bantuan ini belum termasuk sumbangan yang diterima dari individu-individu yang bermurah hati untuk menderma pada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit-pesakit kronik yang terdapat di sini. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat menggembirakan mereka menyambut lebaran nanti. Dalam meraikan golongan yang kurang berkemampuan MPPG tidak

lupa tanggungjawabnya terhadap membangunkan beberapa kemudahan untuk orang ramai. Antaranya seperti penambahbaikan terhadap kemudahan-kemudahan awam dalam kawasan MPPG seperti menyediakan dewan serbaguna adalah salah satu perancangan MPPG untuk memperkasakan aktiviiti komuniti supaya lebih teratur. Dengan adanya dewan sudah tentu jawatankuasa zon dapat merancang mengadakan berbagai aktiviti kemasyarakatan yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti gotong royong, sukaneka, sukan dalaman, program-program motivasi pelajar, mesyuarat dan banyak lagi. Ini semua adalah bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang berwawasan dalam memajukan Johor sebagai sebuah negeri yang maju setanding dengan negeri lain. Oleh yang demikian saya menyeru supaya terus memberikan komitmen seratus peratus dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada orang awam. Dalam Ramadan yang mulia juga beberapa peristiwa penting berlaku di sini dengan pelancaran imCoop di Desa Rakyat Perdana, Penyerahan 9 kunci bengkel kepada usahawan Desa Rakyat Perdana dan pelancaran pusat Niaga ERA Bengkel usahawan Muafakat Johor yang ditujangi oleh EDC oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Minggu ke empat bulan ini Syawal yang diraikan setelah berpuasa sebulan mengajar kita erti syukur dan kita digalakkan sentiasa bersederhana dalam meraikannya. Sejajar dengan semangat Aidilfitri marilah kita semua meningkatkan lagi

Perhimpunan Pagi Bulanan: JunEdaran Kurma di Kompleks Pusat Bandar

‘Journey To Jannah’ dan Majlis Halaqah & Iftar di Masjid An-Nur Pasir Gudang

Program Solat Tarawikh, Moreh dan Sumbangan Hari Raya Sekitar Ramadan

Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawikh Bersama YAB Menteri Besar

Program Bubur Lambuk Komuniti Zon Cahaya Baru - Tg Langsat

Lensa MPPG Jun 2017

Program Memasak & Agihan Bubur Lambuk

Semarak Aidilfitri 2.0

Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri BesarJohorPerkhidmatan Kepada Masyarakat

Kejohanan Tenpin Boling Piala Pusingan Yang Dipertua MPPG 2017

Yayasan Pasir Gudang

Keroncong MPPG & Pasir Gudang School Band (PGSB)

3114

5

6

7

10

12

1413

1516

8&9

hubungan silaturrahim sesama insan melalui amalan kunjung mengunjung dan bermaaf-maafan antara satu sama lain dan sudah pasti kita ingin menterjemahkannya dalam pekerjaan kita sehari-hari di pejabat supaya keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti dapat dilaksanakan kepada masyarakat khususnya warga Pasir Gudang. Jangan sesekali kita semua lupa segala nikmat yang kita perolehi pada hari ini adalah hasil usaha kita yang tidak pernah kenal erti putus asa. Marilah kita berdoa agar Syawal ini akan menjadikan kita semua bertambah baik dari segi hubungan kemanusiaan dan kita berdoa agar diberikan kurniaan kesihatan yang baik bagi kita semua khususnya warga kerja MPPG. Justeru, saya sekali lagi mengingatkan diri saya sendiri dan juga kepada semua warga kerja MPPG untuk menggembleng tenaga memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat Pasir Gudang. Sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang.

Sekian.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

Page 3: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

PERHIMPUNANPAGI BULANAN

Seramai 40 orang penyewa di ruang atrium Kompleks Pusat Bandar

Pasir Gudang (KPBPG) telah menerima edaran kurma oleh Yang Dipertua MPPG sendiri. Sepanjang Ramadan saban tahun kemeriahan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dapat dirasai di KPBPG. Antara keperluan yang dijual di bazar termasuklah, aneka biskut raya, baju raya wanita, kanak-kanak dan lelaki serta songkok pelbagai saiz.

.............................................

JuNMerupakan program bulanan

yang dianjurkan oleh MPPG untuk meningkatkan lagi motivasi dan sahsiah warga kerja MPPG. Selain membincangkan mengenai program yang dijalankan sepanjang bulan jun 2017,Tuan Yang Dipertua juga menekankan mengenai disiplin warga kerja yang perlu diterapkan dan dijadikan budaya kerja di MPPG. Selain daripada itu, perhimpunan bagi bulan Jun juga turut meraikan hari lahir warga kerja yang lahir pada bulan Jun seramai 35 orang.

EDARAN KURMADI KOMPLEKS PUSAT BANDAR

Antara penerima hadiah hari lahir bagi bulan Jun.

Tuan YDP memberi ucapan dan amanat bagi bulan Jun 2017.

Page 4: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

Bersempena tarikh 1 Julai, merupakan tarikh pengisytiharan

Majlis Perbandaran Pasir Gudang, MPPG telah mengadakan Program ‘Journey to Jannah’ pada 16 Jun 2017 bersamaan dengan 21 Ramadan 1438H dan Majlis Halaqah dan Iftar bersama-sama warga kerja pada 21 Jun 2017 bersamaan dengan 26 Ramadan 1438H.

Majlis ‘Journey to Jannah’ ini bermula seawal 3.00 pagi yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Khuzairi bin Hussien, Penyelaras Al-Quran Daerah Kulai bersama-sama dengan Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG, dan disertai bersama masyarakat Pasir Gudang tidak kurang 350 orang telah hadir dengan pengisian program dipenuhi dengan solat Tahajjud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat dan solat sunat Tasbih. Seterusnya, program ditangguhkan sementara bagi program Sahur dan disusuli dengan solat Subuh berjemaah dan tazkirah.

Sementara majlis Halaqah dan Iftar

pula lebih bermakna dengan kehadiran YBhg Muhammad Shafiq bin Rosli, Imam Masjid An-Nur Pasir Gudang yang mengetuai Tahlil dan Doa Selamat bersempena MPPG menyambut Ulangtahun Pengisytiharan kali ke-8. Seterusnya, warga kerja menunaikan solat Asar berjemaah dan Majlis Halaqah bermula pada pukul 5.00 petang.

Setelah itu, program disusuli Majlis Khatam Al-Quran, Doa Selamat dan Kesyukuran, majlis diteruskan lagi dengan tazkirah oleh YBhg Ustaz Mohd Azmi bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis MPPG.

Menurut Encik Hasrin Kamal, program seperti ini perlu dikekalkan agar dapat merapatkan hubungan pentadbiran MPPG dengan masyarakat dan bersama-sama membangun komuniti Pasir Gudang.

BERITA PASIR GUDANG4

DI MASJID AN-NURPASIR GUDANG

PROGRAM BERSEMPENA ULANGTAHUN PENGISYTIHARAN MPPG TAHUN KE-8 ‘JOURNEY TO JANNAH’ DAN

Page 5: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

SUMBANGAN HARI RAYA SEKITAR RAMADAN 1438HPROGRAM SOLAT TARAWIKH, MOREH DAN

Bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk umat Islam mencari banyak pahala dengan amalan yang dilipat gandakan. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak qariah,taman-taman perumahan atau zon

dalam Pasir Gudang yang mengadakan pelbagai program untuk mengimarahkan bulan yang penuh dengan kemulian ini.

Justeru MPPG juga tidak terkecuali dengan terlibat sama dalam menjayakan pelbagai program yang membantu masyarakat Islam mendekatkan diri mereka dengan masjid-masjid atau surau-surau setempat.

Bagi meringankan beban penduduk yang memerlukan bantuan, maka terdapat beberapa bentuk sumbangan yang telah disediakan bagi meringankan beban mereka bagi menghadapi kedatangan syawal. Sumbangan yang diberikan juga dapat mengurangkan beban bagi penduduk yang menyambut Ramadan di samping memberi keceriaan kepada mereka. Solat tarawikh dan majlis berbuka puasa yang di sertai oleh penduduk juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak MPPG, badan NGO dan juga penduduk setempat.

SOLAT TARAWIKH DAN MOREH DI SURAU TAMAN MAWAR FASA 5

SOLAT TARAWIKH & SUMBANGAN BANTUANDI SURAU KOTA BISTARI

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN HARI RAYADI MASJID KUALA MASAI

MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN BANTUAN DI MASJIDAL-FIRDAUS, ZON TAMAN PASIR PUTIH

Tuan YDP menyampaikan sumbanganRamadan kepada penduduk yang memerlukan.

YBhg. Datuk Haji Maulizanbin Bujang, ADUN Tiram turut

memeriahkan program yangdianjurkan

Page 6: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

Sambutan bulan Ramadan 1438 Hijrah di Pasir Gudang pada tahun ini dimeriahkan dengan majlis berbuka

puasa, penyampaian sumbangan duit raya, solat tarawikh berjemaah, dan moreh yang dihadiri oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Walaupun berdepan dengan tugas dan jadual yang padat seharian dan letih menjalani ibadah puasa, Y.A.B. Dato’ sudi dan sanggup mencuri masa bagi memenuhi undangan ke majlis yang telah di jemput untuk beliau. Antaranya Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Scientex, di Surau As-Sobirin Serangkai Taman Dahlia dan di Masjid Air Biru.

BERITA PASIR GUDANG6

BERSAMA YAB MENTERI BESAR

MAJLIS BERBUKA PUASA& SOLAT TARAWIKH

SURAU TAMAN SCIENTEX

SOLAT TARAWIKH DAN MOREH DI TAMAN AIR BIRU

MAJLIS SUMBANGAN & BERBUKA PUASA DI MASJID TAMAN RINTING

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU AS-SOBIRIN TAMAN DAHLIA

Jemaah surau Taman Scientexbersalam dengan YAB MB Johor

Dato’ Mohamed Khaled bin Hj Nordin

Moreh selepas tarawikh dan tadarus Al-Quran.

Page 7: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

YDP MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim (lima dari kiri) bergambar kenangan bersamabarisan Ahli Majlis, warga kerja MPPG dan JKZ Cahaya Baru sebelum sesi pengagihan bubur lambuk.

7

Bersatu dan bermuafakat adalah intipati pada kejayaan MPPG, Zon Cahaya Baru dan Tanjung

Langsat mengadakan program memasak bubur lambuk dalam bulan Ramadan ini. Maka, tidak hairanlah sebanyak 3 buah periuk bubur lambuk dimasak untuk diagihkan kepada muslimin dan muslimat sekitar Kompleks Pusat Bandar, penduduk Zon Cahaya Baru dan Tanjung Langsat.

Program diadakan di Perkarangan Menara Aqabah, dan dihadiri oleh Komuniti Zon Cahaya Baru dan Jabatan Pembangunan Masyarakat. Objektif program dijalankan adalah bagi mewujudkan hubungan yang baik antara MPPG dan masyarakat setempat dengan aktiviti seperti ini.

Acara ini merupakan inisiatif JKZ Cahaya Baru dan TG Langsat yang diketuai oleh Encik Sabri bin Kadir untuk bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat. Penglibatan komuniti Cahaya Baru dan MPPG mendapat kerjasama sepanjang berlangsungnya program. Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Tuan YDP Encik Hasrin Kamal bin Hashim dan Ahli Majlis MPPG. Pembahagian bubur lambuk kepada warga kerja MPPG dan orang awam telah diketuai oleh Tuan YDP Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

KOMUNITI ZONCAHAYA BARU DAN TG LANGSAT

BUBUR LAMBUK

Tuan YDP di bantu Encik Sabri (Ahli MajlisJKZ Cahaya Baru) untuk pengagihan bubur

kepada orang awam

Staff MPPG ‘mengacau’ bubur lambuk special.

Komuniti JKZ Cahaya Baru danwarga kerja MPPG menyediakan bahan

untuk masakan bubur lambuk.

Encik Teh Kee Sin Timbalan Ketua WHIP MPPG merangkapAhli Majlis Kota Masai 1 turut sama membantu dalam

pembungkusan bubur lambuk.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

GOTONG ROYONG MASAK

Page 8: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

BERITA PASIR GUDANG8

Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017

JUN2017

Majlis Edar Kurma oleh YDP MPPG kepadaPeniaga Bazar KPB Pasir Gudang

Majlis Pecah Tanah Kilang IKS & Berbuka Puasadi Kg. Pasir Putih

Sesi Mesra Industri 1

Page 9: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017

Majlis Pemberian Saguhati Nelayan Pasir Gudang

YDP MPPG melawat ke tapak bazaar Ramadan Jalan Balau

LAWATAN TAPAK BAZAR Ramadan

JUN2017

Sempena Lawatan YAB Menteri Besar Johorsiri yang terakhir ke Parlimen Pasir Gudang

Page 10: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

Zon Taman Pasir Putih

Zon Kota Masai 1

Program ini berlangsung dengan meriah sepanjang bulan ramadan

yang lalu. Ia bukan sahaja melibatkan zon dalam kawasan Pasir Gudang, malahan juga melibatkan NGO setempat di kawasan Pasir Gudang.

Program ini selaras dengan slogan “Pasir Gudang Milik Bersama” yang digariskan dalam Pelan Strategik MPPG 2015-2020.

BERITA PASIR GUDANG10

MEMASAK& AGIHANBUBUR LAMBUK

ProGrAM lA 21MPPG :

SEKITAR RAMADAN 1438H Zon Taman Bukit Dahlia

Zon Rinting

Zon Sierra Perdana

Bazar Taman Cahaya Masai

Zon Nusa Damai

Zon Flora Height

Sekitar aktiviti memasak bubur lambuk di Zon-zon seperti Zon Rinting, Flora Height, Taman Pasir Putih, Kota Masai, Nusa Damai, Cahaya Masai dan Sierra Perdana.

Sebanyak 3 periuk bubur lambuk dimasak oleh Zon Pasir Putih bagi tujuan agihan kepada hamper 3500 penduduk Islam sekitar Taman Pasir Putih.

Tuan Hasrin Kamal mengedarkan bubur lambuk berempah di sekitar Bazar Taman

Cahaya Masai sambil diperhatikan Ahli Majlis Zon Cahaya Masai, Puan Hajah

Ilhazrah binti Mohd Yusof.

Page 11: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Bagi memastikan bulan Ramadan tahun ini meninggalkan kesan

yang mendalam dikalangan penduduk Zon Sungai Tiram, Ahli Majlis Zon berkenaan, Y.Bhg. Datuk Syahrin bin Md Jamaluddin telah mengambil langkah proaktif dengan mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai aktiviti bertempat di Kawasan Perkarangan Balairaya Kampung Sungai Tiram.

Ini merupakan kali kedua penganjurannya oleh Zon Sungai Tiram di bawah pentadbiran Ahli Majlis MPPG YBhg. Dato’ Syahrin bin Md Jamaluddin bertempat di Balairaya Kg. Sungai Tiram. Antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program kali ini ialah Ahli Jawatankuasa Zon Sg Tiram, Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Pelajar IPT dan IPTA Bahagian Tebrau. Program ini juga turut melibatkan kerjasama dari 8 buah kampung di bawah pentadbiran Zon Sungai Tiram merangkumi Kg. Sungai Tiram, Kg. Mulia, Kg. Bukit Dagang, Kg. Air Putih, Kg. Batu 20, Kg. Felda Sungai Tiram, Kg. Pasir Salam, dan Kg. Nam Heng.

Objektif penganjuran adalah bagi membuat persiapan awal menyambut kehadiran Hari Raya Aidilfitri selain mengeratkan silaturrahim antara Ahli Majlis dan penduduk kampung di

samping Meraikan pelajar IPTA yang berasal dari Bahagian Tebrau. Terdapat pebagai aktiviti yang dijalankan bagi memastikan ianya memberi manfaat kepada penduduk setempat seperti menyediakan dodol, membakar lemang dan perkhidmatan servis motorsikal secara percuma.

Aktiviti mengacau dodol dimulakan pada jam 3.00 petang. Sebanyak 8 buah kuali yang mewakili 8 buah kampung mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Aktiviti selesai pada jam 9.00 malam dan dodol tersebut diagihkan kepada orang ramai. Aktiviti membakar lemang juga dimulakan pada jam 3.00 petang. Sebanyak 200 batang lemang telah dibakar dan diagihkan mengikut kampung masing-masing.

Servis motorsikal percuma juga telah diberikan kepada 200 buah motorsikal terawal. Perkhidmatan servis telah dijalankan oleh pekerja yang berkemahiran. Tuan Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal Bin Hashim telah merasmikan program tersebut pada jam 4.00 petang.

Jamuan berbuka puasa bersama pelajar IPTA diserikan dengan kehadiran YB Datuk Haji Maulizan Bujang ADUN Tiram.

Ahli Majlis Zon Sungai Tiram, Dato’ Syahrin Md Jamaluddin dan Yang Dipertua juga mengambil bahagian dalam penyediaan

pembakaran lemang.

SEMARAK AIDILFITRI 2.0ZON SUNGAI TIRAM

YDP turut mengacau dodol yang dimasakoleh penduduk kampung Sungai Tiram

Page 12: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

BERITA PASIR GUDANG1 2

LEBIH 15,000 TETAMU MEMERIAHKAN majlisSAMBUTAN AIDILFITRI MENTERI BESAR JOHORDI STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG

Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin diadakan dengan begitu meriah sekali di Stadium Perbandaran Pasir

Gudang pada 5 Syawal yang lalu. Antara tetamu yang hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Hajah Normala binti Abd. Samad, Barisan-barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ahli-ahli Parlimen & Dewan Undangan Negeri serta warga Johor khususnya penduduk Pasir Gudang yang disayangi oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin.

Majlis bermula jam 10.00 pagi dan turut dihiburkan oleh artis tempatan, Akim & The Majistret dan Stacy, persembahan keroncong dan selawat serta marhaban. Program ini merupakan program Hari Raya yang dianjurkan sebagai acara tahunan oleh YAB Menteri Besar Johor selaku ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Permas.

YAB Menteri Besar memberi ucapan salam aidifitri kepada pengunjung yang datang.

Page 13: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

YAB Menteri Besar turut mengambil peluang beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir khususnya penduduk Pasir Gudang sendiri dan turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Selain daripada itu, pengunjung juga turut berpeluang mengambil gambar bersama-sama dengan YAB Menteri Besar pemimpin yang disayangi dan dihormati dan khasnya cucu sulung YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin dan YAD Datin Rosni binti Omar.

MPPG memberikan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk setempat daripada perkhidmatan

penyelenggaraan, lampu jalan, kumbahan, cantasan dahan pokok sehinggalah kepada memberi bantuan kepada golongan miskin melalui Yayasan Pasir Gudang.

Sebagaimana yang kita sedia ketahui, jaringan pengangkutan yang utama dalam kawasan MPPG adalah jalanraya yang menjadi nadi utama pergerakan penduduk Pasir Gudang ke kawasan sekitarnya. Justeru, MPPG telah memperkasakan perkhidmatan memperbaiki jalan-jalan rosak yang memerlukan penurapan. Untuk itu, MPPG mempunyai pasukan UTK (Unit Tindakan Khas) dibawah Unit Industri & Penyelenggaraan Aset yang akan menjalankan tugas-tugas menyelenggara jalan raya yang bermasalah khususnya yang memerlukan tindakan yang segera.

PERKHIDMATANKEPADA MASYARAKAT

Jalan yang telah diturap dan lubang yang telah ditutup.

Pekerja awam MPPG menurap jalan yang berlubang bagi member keselesaan dan kemudahan untuk penduduk

Pasir Gudang.

YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

Page 14: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

KEJOHANAN TENPIN BOLINGPIALA PUSINGAN YANG DIPERTUA MPPG 2017

Kejohanan ini mula diperkenalkan sejak 2015 lagi dan pada tahun ini Ampang Superbowl Kluang, Bandar Kluang menjadi lokasi penganjuran. 3 kategori telah dipertandingkan single, double, trio dan berpasukan.

Penyertaan bagi 2017 melibatkan seramai 117 orang peserta yang mewakili 39 pasukan dari 19 PBT dari seluruh Malaysia. Antara PBT yang mengambil bahagian bagi tahun ini ialah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Kajang (MP Kajang), Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan MPPG sendiri selaku pihak penganjur program.

BERITA PASIR GUDANG14

PBT KEDUDUKANMD KUALA LANGAT A 1MBAS A 2MP KLANG 3DBKL C 4MBI B 5

PBT KEDUDUKANDBKL A 1MPPG A 2MBI B 3MP KAJANG A 4DBKL C 5MBPP B 6MBKT 7

PBT KEDUDUKANMPPG A 1DBKL A 2MBI B 3MD KUALA LANGAT A 4MBKT 5MP KLANG 6MP KAJANG A 7DBKL C 8MBPP B 9MBAS A 10

PBT KEDUDUKANPBT KEDUDUKANMPPG A 1DBKL A 2MD KUALA LANGAT A 3MBKT 4MD KUALA LANGAT B 5MP KLANG 6

i. Kategori Single : Kedudukan Top 5

iii. Kategori Trio : Kedudukan Top 7

v. Hadiah Keseluruhan : Kedudukan Top 10

ii. Kategori Double : Kedudukan Top 6

iv. Hi score :

Lelaki : Encik Samsuni bin Mastor (MP Kajang)

Wanita : Puan Noramalina bini Nordin (MBAS)

Pemain boling MPPG bergambar bersama hadiah kemenangan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan olehPuan Hajah Rahamah binti Mahmood Ketua Jabatan Pembangunan

Masyarakat selaku wakil rasmi Yang Dipertua MPPG. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan pasukan yang bertanding.

Pemain bergambar kenangan selepas tamat program.

Keputusan bagi kategori yang dipertandingkan adalah sebagaimana berikut :

Page 15: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu.

- Riwayat Imam Al Bukhari -

YPG tidak ketinggalan untuk menzahirkan rasa syukur melalui memberi sumbangan kepada yang memerlukan bagi meringankan beban mereka di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sumbangan telah diberi kepada 400 orang penerima bertempat di Tanah Lapang, Taman Cendana. Majlis penyampaian bantuan ini disempurnakan

oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin sambil diiringi oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG. Kesemua penerima sumbangan menerima barangan keperluan asas harian dan wang tunai bernilai RM100.00 bagi persiapan akhir menjelang Hari Raya Aidilfitri 1438H.

2 00 orang penerima sumbangan dikalangan penduduk Tebrau telah diberi bantuan oleh Yayasan Pasir Gudang di bawah Program Penyampaian

Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan yang kurang berkemampuan di Dewan Taman Pasir Putih. Penyampaian telah disempurnakan oleh ADUN Tiram YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YPG sambil diiringi oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG.

Berlangsung di Dewan Taman Cendana yang melibatkan 200 orang penerima sumbangan daripada pelbagai kaum. Sumbangan yang

berbentuk RM100.00 tunai dan RM100.00 berbentuk barangan asas seperti keperluan harian. Lebih bermakna dengan kehadiran YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin yang merupakan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah menyempurnakan majlis penyerahan tersebut. Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Dato’ Hajah Normala binti Abd Samad, Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG, Ahli-ahli Majlis dan masyarakat Pasir Gudang.

Telah dianjurkan oleh YPG kerjasama dengan MPPG. Majlis ini meraihkan penerima sumbangan sebanyak 79 buah keluarga di mana

menggabungkan 4 kawasan perkampungan orang asli yang terdiri daripada Kampung Kuala Masai, Kampung Pasir Putih, Kampung Pasir Salam dan Teluk Kabung. 79 buah keluarga menerima RM100.00 berupa wang tunai dan RM50.00 berbentuk barangan keperluan asas harian. Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG dan merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada penerima. Turut hadir sama Ahli-ahli MPPG dan Ketua-ketua Jabatan.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

17 JUN 2017- Program Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

18 JUN 2017- Program Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

4 JUN 2017- Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan Al-Mubarak 1438H

14 JUN 2017- Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Raya Bersama Orang Asli Kuala Masai

YAYASAN PASIR GUDANG

“ “

Page 16: BERITA 2017 PASIR GUDANG bin Ali, Pengurus Operasi, ACL Consultant Sdn Bhd. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan majlis jamuan yang

BIL PERTANDINGAN LOKASI/ ANJURAN KEDUDUKAN1 Pertandingan Anugerah Lagu

Johor 2016Kerajaan Negeri Johor

(Yayasan Warisan Johordan Astro Production)

JOHAN(kategori keroncong

asli)

2 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014.

Kerajaan Negeri Johor (Yayasan Warisan Johor)

JOHAN(kategori keroncong

asli)

3 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

JOHAN & ke-4(kategori nyanyian

solo dewasa)

4 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2014

Universiti Putra Malaysia & Majlis Perbandaran Subang Jaya JOHAN

5 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2013

Universiti Putra Malaysia & Majlis Perbandaran Subang Jaya KEEMPAT

6 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

JOHAN(kategori keroncong

kontemporari)

7 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

KETIGA(kategori keroncong

asli)

Keroncong MPPG ditubuhkan pada 2007 di bawah pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Keroncong MPPG dianggotai oleh 7 orang pemuzik yang terdiri dari anggota kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang ini sendiri.

Keroncong MPPG telah sentuhan didikan dan latihan dari guru profesional keroncong Indonesia, Encik Edhi Kuntoro (Pak Edhi) dan jurulatih muzik dari Yayasan Warisan Johor, Encik Ismail bin Bahari.

Selain membuat persembahan-persembahan dalaman, Keroncong MPPG juga sering mendapat jemputan persembahan dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan antaranya seperti persembahan untuk Majlis Makan Malam Korporat, Program Keraian dan Majlis Perkahwinan sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Keroncong MPPG juga banyak mencipta kejayaan di pertandingan-pertandingan keroncong dan muzik etnik kreatif di antaranya mendapat Johan dalam pertandingan Nyanyian dan Keroncong Terbuka Johor kali ke 8 Yayasan Warisan Johor Kategori Keroncong Asli.

• Tahun penubuhan 11 April 2007• Bermula dengan 3 buah sekolah iaitu SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3 di awal penubuhan. Disusuli oleh SMK Nusa Damai pada tahun 2011.• Juga dikenali sebagai pasukan Pancaragam Sekolah- sekolah Pasir Gudang.• Keanggotaan ahli pasukan Pancaragam Sekolah Pasir Gudang terdiri daripada pelajar perempuan.• Meraih pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan antaranya Anugerah Emas Wind Orchestra Peringkat Kebangsaan 2013, Tempat Kedua Pertandingan Pancaragam Sekolah Negeri Johor 2011 dan banyak lagi.

Menerima tempahan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian: - Encik Mohd Hafiz Mokrey : 07-254 7813 - Cik Nur Lina : 07-254 7735

Untuk tempahan, sila hubungi :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang.

Tel : 07-254 7777Faks : 07-251 5260

Encik Rahman Esa :017-651 3200

Puan Nadztasha Mohd Puad :016-750 1887

PENGENALAN KUMPULAN KERONCONG MPPG

PENCAPAIAN KUMPULAN KERONCONG MPPG

SEJARAH PENUBUHAN

Keroncong

Pasir Gudang School Band

MPPG