Berita Insentif Dan Sukan

4
Berita insentif dan sukan KUALA LUMPUR: Pencapaian atlet negara pada Sukan SEA Singapura dari 6 hingga 16 Jun depan, menjadi penanda aras pertama untuk dipilih ke Program Podium, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Program Podium diumum pada 12 Februari lalu membabitkan atlet terbaik negara, adalah program pembangunan dan persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, dan program lanjutan kepada projek 'Road to Rio'. "Sukan SEA platform terbaik kepada atlet khususnya atlet pelapis mempamerkan prestasi terbaik masing-masing di peringkat Asia Tenggara. Adalah menjadi kriteria asas, mereka mestilah menjadi terbaik di rantau ini dalam sukan masing-masing. "(Malah) atlet yang akan diserapkan dalam Program Podium juga tidak terhad kepada mereka yang akan ke Sukan SEA sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan web portal dan buku panduan Sukan SEA 2015 di Institut Sukan Negara (ISN), di sini hari ini. Web portal berkenaan hanya boleh dilayari oleh Sekretariat Kontinjen Malaysia, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet, manakala buku panduan itu pula mengandungi maklumat ringkas berkaitan perkhidmatan sains sukan dan sains perubatan yang disediakan ISN semasa Sukan SEA berlangsung. Khairy, bagaimanapun menegaskan bahawa kejayaan di temasya sukan dwitahunan itu bukanlah penanda aras mutlak untuk seseorang atlet diserap ke Program Podium. "Kita kena ambil keputusan tersebut (keputusan yang diperoleh semasa Sukan SEA) dan bandingkan dengan keputusan di peringkat Sukan Asia dan Sukan Komanwel," katanya. Khairy berkata sekiranya catatan masa atau jarak yang direkodkan tidak setanding dengan kedudukan sekurang-kurangnya tempat ketiga di Sukan Asia atau Sukan Komanwel, atlet terbabit tidak akan diserap dalam Program Podium. "Ia akan menjadi insentif kepada atlet itu sendiri sekiranya prestasi mereka amat baik sekali di Sukan SEA dengan memecahkan rekod kebangsaan dan dapat menandingi kedudukan tempat ketiga Asia," kata Khairy. Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Khairy sekali lagi memberi penekanan kepada semua atlet yang akan membawa cabaran negara ke Sukan SEA mengenai penggunaan bahan terlarang dalam sukan. "Tahun lalu sahaja, kita dikejutkan dengan tiga kes berprofil tinggi...satunya melibatkan pingat emas kita ditarik balik...satu lagi membabitkan pemain bertaraf nombor satu dunia...satu lagi melibatkan atlet muda berbasikal. "Kita sanggup mengeluarkan peruntukan untuk ujian doping

description

BERITA

Transcript of Berita Insentif Dan Sukan

Berita insentif dan sukan

KUALA LUMPUR: Pencapaian atlet negara pada Sukan SEA Singapura dari 6 hingga 16 Jun depan, menjadi penanda aras pertama untuk dipilih ke Program Podium, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Program Podium diumum pada 12 Februari lalu membabitkan atlet terbaik negara, adalah program pembangunan dan persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, dan program lanjutan kepada projek 'Road to Rio'. "Sukan SEA platform terbaik kepada atlet khususnya atlet pelapis mempamerkan prestasi terbaik masing-masing di peringkat Asia Tenggara. Adalah menjadi kriteria asas, mereka mestilah menjadi terbaik di rantau ini dalam sukan masing-masing. "(Malah) atlet yang akan diserapkan dalam Program Podium juga tidak terhad kepada mereka yang akan ke Sukan SEA sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan web portal dan buku panduan Sukan SEA 2015 di Institut Sukan Negara (ISN), di sini hari ini. Web portal berkenaan hanya boleh dilayari oleh Sekretariat Kontinjen Malaysia, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet, manakala buku panduan itu pula mengandungi maklumat ringkas berkaitan perkhidmatan sains sukan dan sains perubatan yang disediakan ISN semasa Sukan SEA berlangsung. Khairy, bagaimanapun menegaskan bahawa kejayaan di temasya sukan dwitahunan itu bukanlah penanda aras mutlak untuk seseorang atlet diserap ke Program Podium. "Kita kena ambil keputusan tersebut (keputusan yang diperoleh semasa Sukan SEA) dan bandingkan dengan keputusan di peringkat Sukan Asia dan Sukan Komanwel," katanya. Khairy berkata sekiranya catatan masa atau jarak yang direkodkan tidak setanding dengan kedudukan sekurang-kurangnya tempat ketiga di Sukan Asia atau Sukan Komanwel, atlet terbabit tidak akan diserap dalam Program Podium. "Ia akan menjadi insentif kepada atlet itu sendiri sekiranya prestasi mereka amat baik sekali di Sukan SEA dengan memecahkan rekod kebangsaan dan dapat menandingi kedudukan tempat ketiga Asia," kata Khairy. Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Khairy sekali lagi memberi penekanan kepada semua atlet yang akan membawa cabaran negara ke Sukan SEA mengenai penggunaan bahan terlarang dalam sukan. "Tahun lalu sahaja, kita dikejutkan dengan tiga kes berprofil tinggi...satunya melibatkan pingat emas kita ditarik balik...satu lagi membabitkan pemain bertaraf nombor satu dunia...satu lagi melibatkan atlet muda berbasikal. "Kita sanggup mengeluarkan peruntukan untuk ujian doping kepada atlet kita agar tidak dimalukan sekali lagi. Jangan ambil mudah isu doping. Jangan kata ini kes kecil. Kita tidak akan bertolak ansur dalam doping," katanya. Khairy berkata penekanan ujian saringan awal akan diberikan kepada atlet dalam acara individu, manakala atlet berpasukan akan dilakukan secara rawak. Ujian saringan awal terhadap atlet akan diadakan secara berperingkat sebelum atlet berangkat ke Singapura. - BERNAMA

Selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/node/46455

Kami sedia kaji000Google +0Ferzalfie Fauzi

[email protected]

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) bersedia mengkaji segala cadangan membabitkan pemberian imbuhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada atlet beraksi di Sukan SEA supaya pemberian insentif itu relevan dari masa ke semasa.Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya mengambil kira cadangan supaya SHAKAM turut diberikan kepada pemenang pingat perak dan gangsa di temasya dwi tahunan itu.Kami memang sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak termasuk isu SHAKAM. Apa juga keputusan, perkara ini perlu dirujuk kepada Lembaga Pengurus terlebih dulu, katanya kepada Arena Metro semalam.Jelas Shapawi, insentif SHAKAM untuk atlet Sukan SEA baru saja dinilai semula yang menyaksikan pemenang pingat emas pada temasya sukan itu meraih insentif RM20,000 berbanding RM10,000 bermula Sukan SEA Myanmar.Itu jelasnya, membuktikan MSN tidak pernah meminggirkan cadangan semua pihak termasuk isu terbaru membabitkan pemberian insentif kepada pemenang perak dan gangsa.Penilaian imbuhan (Sukan SEA) baru saja dikaji. Tapi seperti yang saya katakan tadi, kami akan mengambil kira semua pandangan, katanya.Arena Metro sebelum ini melaporkan keluhan atlet serta bekas atlet yang mendesak supaya insentif SHAKAM turut diberikan kepada pemenang perak dan gangsa pada temasya Sukan Asia.Keluhan mereka itu disokong beberapa persatuan sukan kebangsaan turut berpendapat sudah tiba masanya insentif SHAKAM dikaji semula.Semalam, Chef de Mission negara ke Sukan SEA 2011 Palembang Datuk Syed Mustaffa Syed Ali turut bersetuju supaya SHAKAM diberikan juga kepada atlet memenangi perak dan gangsa.Jelas Syed Mustaffa, insentif itu mungkin boleh menaikkan motivasi setiap atlet untuk bekerja lebih keras bagi mendapatkan pingat emas.Beliau juga bersetuju sekiranya jumlah insentif itu lebih rendah berbanding temasya Sukan Komanwel atau Asia kerana sememangnya saingan Sukan SEA lebih rendah.Sementara itu Ketua Kontinjen Sukan SEA 2015 Singapura, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, insentif SHAKAM ini akan dibincangkan dengan Shapawi pada masa akan datang.Sebenarnya susah untuk saya komen perkara ini kerana saya Ketua Kontinjen untuk Sukan SEA tahun ini.Setakat ini Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) menjelaskan temasya kali ini hanya tertumpu kepada atlet pelapis untuk mencari pengalaman, katanya.Ujar Norza, mereka hanya menumpukan terhadap perkara itu setakat ini tanpa membabitkan soal ganjaran.- See more at: http://www1.hmetro.com.my/node/28690#sthash.gmvQfWub.dpuf

Bina landasan sukan remajaPUTRAJAYA - Landasan yang dibina Kementerian Pendidikan dari peringkat akar umbi telah berjaya menghasilkan atlet murid yang cemerlang dan berpotensi tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kejohanan seperti Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) merupakan landasan terbaik untuk menilai prestasi atlet murid melalui bakat yang dicungkil serta diasah sehingga mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.Beliau berkata adalah membanggakan apabila kontinjen Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean kali keenam di Marikina, Filipina dengan kutipan 105 pingat 41 pingat emas, 34 perak dan 30 gangsa - pada Disember tahun lepas.Katanya, imej kemajuan sukan negara juga terserlah apabila Malaysia diberi penghormatan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan Sekolah Asia untuk mengelolakan Kejohanan Hoki Sekolah Asia kali keempat di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Perak pada Ogos tahun lepas dan Malaysia muncul sebagai juara."Kejayaan atlet murid dalam kejohanan sukan berprestij peringkat antarabangsa adalah antara petanda positif dalam anjakan transformasi sistem pendidikan negara," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah MSSM-Milo 2014 di sini hari ini. Muhyiddin berkata, selain mengangkat imej sukan negara, kecemerlangan sedemikian memenuhi anjakan ke-11 transformasi pendidikan iaitu menyediakan masyarakat Malaysia yang berpersonaliti unggul."Anjakan ke-11 juga menuntut personaliti yang mengamalkan nilai-nilai seperti semangat juang dan patriotik yang tinggi," katanya.Mengenai anugerah MSSM, Muhyiddin berkata ia tidak harus dilihat sebagai kejayaan peribadi atlet dan guru semata-mata sebaliknya perlu dianggap sebagai pengiktirafan kepada seluruh warga kementerian dan juga negara.Katanya, atlet-atlet yang diraikan pada majlis itu merupakan manifestasi kepada kejayaan dalam pembangunan dan kecemerlangan sukan yang diusahakan Kementerian Pendidikan.Pada majlis itu, sebanyak 12 individu menerima anugerah sebagai insentif dan pengiktirafan terhadap atlet remaja.Atlet akuatik yang juga merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil Welson Sim Wee Sheng dan Nur Dhabitah Sabri dipilih sebagai Putera dan Puteri Sukan.Anugerah lain adalah Anugerah Tunas Harapan, Anugerah Khas, Anugerah Pendidikan Khas, Anugerah Guru Berjasa dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan. - Bernama