BERITA INSENTIF

15
GEORGE TOWN, 8 SEPT: Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David bersama enam atlet Pulau Pinang menerima insentif kerajaan negeri selepas pencapaian cemerlang mereka semasa Sukan Komanwel XX di Glasgow 2014. Nicol yang memenangi pingat emas dalam acara skuasy individu wanita menerima insentif kerajaan Pulau Pinang berjumlah RM40,000, manakala Zulhelmi Md Pisol yang memenangi pingat perak dalam sukan angkat berat kategori 56 kg menerima RM20,000. “Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri yang berbesar hati memberi insentif kepada saya dan atlet Pulau Pinang berikutan pencapaian kami di Sukan Komanwel Glasgow,” kata Nicol dalam satu kenyataan ringkas. Selain beliau, turut menerima insentif berjumlah RM7,500 ialah Chan Peng Soon pemain badminton negara bagi kategori beregu lelaki dan penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sebuah majlis di Komtar, Jumaat lalu.

description

berita

Transcript of BERITA INSENTIF

GEORGE TOWN, 8 SEPT: Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David bersama enam atlet Pulau Pinang menerima insentif kerajaan negeri selepas pencapaian cemerlang mereka semasa Sukan Komanwel XX di Glasgow 2014.Nicol yang memenangi pingat emas dalam acara skuasy individu wanita menerima insentif kerajaan Pulau Pinang berjumlah RM40,000, manakala Zulhelmi Md Pisol yang memenangi pingat perak dalam sukan angkat berat kategori 56 kg menerima RM20,000.Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri yang berbesar hati memberi insentif kepada saya dan atlet Pulau Pinang berikutan pencapaian kami di Sukan Komanwel Glasgow, kata Nicol dalam satu kenyataan ringkas.Selain beliau, turut menerima insentif berjumlah RM7,500 ialah Chan Peng Soon pemain badminton negara bagi kategori beregu lelaki dan penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sebuah majlis di Komtar, Jumaat lalu.Hadir sama dalam majlis penyerahan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama Chong Eng, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti,16 daripada 179 orang atlet yang mewakili negara merupakan atlet negeri Pulau Pinang yang menyertai lapan jenis sukan iaitu Terjun Akuatik, Angkat Berat, Badminton, Berbasikal, Boling Padang, Hoki, Skuasy, dan Menembak.Enam daripada 16 atlet Pulau Pinang berjaya menyumbang tiga butir pingat emas dan tiga butir pingat perak buat Kontinjen Negara semasa Sukan Komanwel XX Glasgow 2014.Kontinjen Negara secara keseluruhannya berjaya memenangi sebanyak enam pingat emas, tujuh perak, dan 6 butir pingat gangsa dari 10 jenis sukan meliputi sukan Badminton, Angkat Berat dan Powerlifting, Akuatik (renang dan terjun), Badminton, Berbasikal, Ping Pong, Boling Padang, Gimrama, Skuasy, dan Menembak. - Roketkini.com

PUTRAJAYA - Pasangan penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama pada Kejohanan Dunia di Barcelona, Sepanyol bulan lalu menerima insentif kemenangan masing-masing bernilai RM5,000.Insentif tersebut disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan di sini, semalam.Kedua-duanya menerima wang tunai RM2,500, alat bantu belajar bernilai RM2,000 dan baucar buku bernilai RM500.Dalam majlis sama seramai lima atlet Malaysia yang telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan badminton Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade Ke-27) di Kazan, Rusia diberikan insentif kemenangan bernilai RM1,500 seorang.Lima atlet tersebut ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Lee Meng Yean, Jagdish Singh dan Loh Wei Sheng.Setiap atlet itu menerima wang tunai RM1,000 dan baucar buku sebanyak RM500.Selain itu, seramai 133 atlet yang beraksi cemerlang dalam Sukan Sekolah Asean (ASG) turut menerima hadiah kemenangan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130822/su_10/Atlet-terima-hadiah-insentif#ixzz3STGYtiAk Utusan Melayu (M) Bhd

Kuala Lumpur: Beberapa pemenang pingat emas Sukan SEA menyokong cadangan supaya atlet negara yang memenangi pingat perak dan gangsa pada temasya dwi tahun iaitu turut diberikan insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).Mereka sependapat sekiranya pemberian insentif diberikan kepada rakan atlet yang meraih pingat selain emas, ia akan menyuntik motivasi kepada atlet berkenaan.Pemenang pingat emas lempar cakera di Sukan SEA Myanmar Muhammad Irfan Shamsuddin berkata, insentif wajar diberi kepada pemenang pingat perak serta gangsa kerana mereka juga mewakili negara.Saya rasa setiap atlet mahu memberikan yang terbaik kepada negara. Jika perak dan gangsa yang terbaik dapat disumbangkan mereka, maka memang wajarlah juga untuk menerima insentif SHAKAM.Saya pernah bertanya mengenai perkara ini kepada beberapa rakan di luar negara dan mereka beritahu pemberian insentif memang diberikan kepada setiap pemenang pingat, katanya kepada Arena Metro semalam.Sementara itu, pemenang lima pingat emas di Sukan SEA, Pandelela Rinong berkata, ada atlet yang sekadar membawa pulang perak dan gangsa mengeluh kepadanya kerana tidak mendapat insentif SHAKAM.Saya rasa mereka juga wajar menerimanya sebab ia dapat meningkatkan motivasi dan memberi ruang kepada atlet muda, katanya yang meraih emas di Sukan SEA 2007 Thailand, 2009 Laos, 2011 Indonesia dan 2013 Myanmar.Bagi pemenang pingat emas beregu wanita Sukan SEA 2013 Myanmar, Vivian Hoo, cadangan supaya pemenang pingat perak dan gangsa turut menerima SHAKAM adalah amat baik sekali.Ia sedikit sebanyak akan memberikan motivasi kepada mereka untuk terus mencuba selepas ini di temasya yang sama pada masa akan datang, katanya.Pemenang pingat emas acara pelayaran di Sukan SEA 2013 Myanmar, Khairulnizam Afendy berkata, kurang wajar jika tidak memberikan atlet yang meraih perak dan gangsa insentif SHAKAM.Mereka juga bertungkus-lumus untuk mengharumkan nama negara. Sepatutnya kita perlu adil dengan kesemua atlet yang meraih pingat mendapat insentif SHAKAM, katanya.- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29198#sthash.9SmkszgT.dpuf

Shabery akan bincang isu insentif paralimpikOleh Rashidi [email protected]

Ini berikutan Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek sentiasa membuka ruang untuk mendengar rintihan atlet berkenaan atau badan berkaitan berhubung pemberian insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) antara atlet Sukan Paralimpik dengan Sukan Olimpik.

Ahmad Shabery berkata, kementerian akan mendapat maklum balas daripada pakar dalam bidang sukan paralimpik selain agensi tertentu seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia, MSN dan profesional sukan.

Hasil perbincangan akan segera dilaksanakan dan jika maklum balas menyatakan atlet paralimpik layak menerima pencen dan insentif setanding atlet lain, kita sedia melaksanakannnya.

Bagaimanapun, sekarang kita menguna pakai peraturan diputuskan Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu membabitkan pemberian insentif kepada golongan berkenaan kekal sebagaimana ditetapkan sebelum ini, katanya ketika ditemui di Padang Besar, Perlis, semalam.

Beliau berkata, isu perbezaan insentif antara atlet paralimpik dengan atlet lain tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia memerlukan kajian terperinci.

Kontroversi timbul apabila atlet paralimpik yang memperoleh pingat emas dan perak dalam Sukan Paralimpik ditawarkan insentif lebih rendah berbanding diterima atlet Sukan Olimpik.

Atlet Sukan Olimpik yang memperoleh pingat ditawarkan ganjaran RM1 juta (emas), RM300,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa), berbanding RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa) untuk atlet Sukan Paralimpik.

Pemenang pingat Sukam Olimpik juga diberikan pencen sepanjang hayat berjumlah RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa) berbanding tiada pencen ditawarkan untuk pemenang pingat Sukan Paralimpik.

Menggulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, pelbagai kreteria ditetapkan untuk bayaran insentif kepada semua atlet termasuk paralimpik dan olimpik termasuk dinilai daripada cabaran dilalui atlet sebelum mara ke pertandingan akhir bagi meraih pingat.

Katanya, Sukan Olimpik tidak mempunyai banyak kategori dalam sesuatu acara berbanding Sukan Paralimpik, tetapi banyak cabaran atau rintangan perlu dilalui atlet sebelum berjaya mendapatkan pingat.

Atlet normal terpaksa melalui banyak lapisan ujian termasuk saringan sebelum layak ke peringkat lebih jauh dalam sesuatu acara, cukup payah kerana menerima saingan sengit daripada peserta handalan.

Tapi, dalam Sukan Paralimpik, sesuatu acara mempunyai banyak kategori yang boleh dipecahkan, lebih mudah untuk atletnya mencatat kemaraan, malah ada juga kategori yang tidak ramai penyertaan sehingga membolehkan seseorang atlet layak ke peringkat seterusnya, katanya.

Menurut Ahmad Shabery, kerajaan menghargai sumbangan atlet paralimpik dengan memberi pelbagai sumbangan dan bantuan termasuk peluang pekerjaan.

]

CARA MNINGKATKAN MUTU SUKAN NGARA

Sukan menjadi semakin penting pada masa kini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didenifisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang. Aktiviti sukan terdapat di mana-mana tempat sahaja. Antara sukan yang terkenal di dunia ialah bola sepak, seni mempertahankan diri, bola keranjang, dan golf. Contoh atlet yang terkenal di seluruh dunia ialah Tiger Wood dan David Beckham. Setiap negara berusaha menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang sukan kerana mendatangkan pelbagai kebaikan serta terdapat pelbagai faktor dalam motivasi sukan. Walau bagaimanapun, prestasi atau mutu sukan negara masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil dalam motivasi sukan.

Antara kepentingan dalam motivasi sukan ialah apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Ini adalah disebabkan apabila mereka bersukan, otak mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Sukan juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, raket, bola, stoking, dan pelbagai produk sukan yang lain. Sukan juga dijadikan alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan, sukan merupakan salah satu wadahnya. Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik.

Antarafaktor motivasi sukan adalah kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki telah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Terdapat juga orang yang menganggap bahawa bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa. Anggapan ini adalah salah kerana sukan mempunyai pelbagai kebaikan. Masyarakat pada masa kini banyak yang makan makanan yang berkolesterol tinggi serta makanan yang berlemak. Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah." Oleh itu, motivasi sukan adalah penting.

Usaha yang telah diambil dalam motivasi sukan ialah penubuhan sekolah sukan. Pelajar-pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang sukan dapat dicungkil dan dikumpulkan untuk diberi latihan yang sistematik. Sekolah sukan mempunyai kemudahan sukan yang canggih dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat menjalani latihan dengan teratur dan terancang yang dapat meningkatkan kecerdasan pelajar. Para pelajar juga dapat dilatih oleh jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing di mana mereka yang pernah menjadi pemain atau atlet di peringkat negeri, negara, atau antarabangsa. Dengan ini, bakat mereka dapat diasah melalui bimbingan duru-guru sukan. Oleh itu, penubuhan sekolah sukan boleh melatih atlet muda yang cemerlang dalam bidang sukan agar menjadi pelapis negara dan seterusnya mengharumkan nama negara di perseda sukan antarabangsa.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam motivasi sukan ialah memberi ganjaran yang setimpal kepada atlet yang berjaya mengharumkan negara dalam sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa seperti sukan SEA, Asia, dan Olimpik. Hal ini berlaku demikian kerana ganjaran yang diberikan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru serta sebagai dorongan kepada atlet untuk lebih berusaha supaya mencapai kejayaan yang lebih baik. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golangan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Oleh itu, ganjaran atau insentif yang diberikan kepada atlet yang cemerlang perlu diwujudkan untuk dijadikan sebagai tanda penghargaan dan satu bentuk motivasi untuk semua agar lebih giat berusaha.

Usaha lain ialah kerajaan boleh mengambil jurulatih dari luar dalam meningkatkan mutu sukan negara. Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman luas. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang terbaik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan negara kita di mana dapat mendedahkan para atlet negara kita dengan prosedur dan teknik-teknik terkini untuk menggondolkan kejuaraan di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa yang merupakan satu bentuk motivasi sukan.

Di samping itu, kemudahan sukan perlu ditingkatkan. Prasarana sukan yang lengkap dan canggih dapat membantu atlet lebih berlatih dengan selesa dan efektif. Sebagai contoh, pembinaan kemudahan sukan seperti gelanggang, kolam renang, gimnasium, stadium, dan sebagainya yang tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan perlu diubahsuaikan supaya masyarakat dapat menggunakan kemudahan tersebut pada bila-bila masa yang dapat motivasi dalam bidang sukan. Oleh itu, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa di mana merupakan satu motivasi dalam bidang sukan.

Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa mutu sukan negara kita masih dapat ditingkatkan sekiranya usaha-usaha tersebut dibuat berterusan. Kerajaan dan masyarakat juga seharusnya berusaha mencari cara dalam motivasi sukan supaya bendera negara kita akan berkibar di kejohanan antarabangsa pada suatu hari kelak bukan sahaja kesihatan masyarakat dijamin. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disipin diri dan bermotivasi tinggi semasa latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu dalam meningkatkan mutu sukan, matlamat motivasi dalam sukan dapat dicapai.