BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · solat Asar, Bacaan Yasin Dan Tahlil atas Kemangkatan Bonda...

16
YB PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN, SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI JOHOR KE MPPG www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera TIGA RIBU MANGKUK BUBUR LAMBUK DIEDARKAN MENARIK DI DALAM : CABUTAN BERTUAH BAZAR AIDILFITRI UTC PASIR GUDANG 2018 MAJLIS SERAH KUNCI DEWAN MUAFAKAT KG PASIR PUTIH LAWATAN

Transcript of BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · solat Asar, Bacaan Yasin Dan Tahlil atas Kemangkatan Bonda...

JUN2018

2017

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

06

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

YAB MENTERI BESARRAIKAN PENDUDUK PASIR GUDANG

YB PENGERUSI JAWATANKUASAKERAJAAN TEMPATAN, SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI JOHOR KE MPPG

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

TIGA RIBU MANGKUKBUBUR LAMBUK dIedARKAN

MENARIK DI DALAM :

CABUTAN BeRTUAH BAZAR AIdILFITRI UTC PASIR GUdANG 2018

MAJLIS SeRAH KUNCI deWAN MUAFAKAT KG PASIR PUTIH

LAWATAN

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EdITorEncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoLoNg KETuA EdITorPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENgArANgEncik Nazarul bin Jaafar

PEmbErITA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

......................................................

Diterbitkan olehJAbATAN PEmbANguNAN mASYArAKAT

YAB Menteri Besar Raikan Penduduk Pasir Gudang Berbuka Puasa.

Tiga Ribu Mangkuk Bubur Lambuk Diedarkan.

Lawatan YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor Ke MPPG.

Lensa Edisi Khas : Warna-Warni Aidilfitri Rumah Terbuka MPPG.

Lensa MPPG Jun 2018.

Cabutan Bertuah Bazar Aidilfitri UTC Pasir Gudang.

Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang Dinaik Taraf.

Perhimpunan Bulan Jun.

Majlis Serah Kunci Dewan Muafakat Kg Pasir Putih.

Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MPPG 2018.

Yayasan Pasir Gudang - Program Sepanjang Jun 2018.

Info Terkini : Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang.

3

45 13

121110

14

15168&9

6&7

ALHAmduLILLAH, SYuKur kita ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada bulan Jun di edisi Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang.

Dalam bulan Jun ini, kita masih meneruskan ibadah berpuasa sehingga tibanya sambutan Syawal pada pertengahan bulan ini. Dalam mengimarahkan lagi ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini, satu Majlis Halaqah, Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar bersama YAB Menteri Besar telah diadakan. Majlis yang diadakan di Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan dan warga kerja MPPG.

Seterusnya, beberapa pengisian telah diadakan dalam bulan Ramadan seperti mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk Perdana yang diadakan di perkarangan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Program ini telah mendapat sumbangan dari beberapa agensi swasta. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran para peserta bersedia untuk memulakan aktiviti memasak. Sebanyak 10 periuk yang diwakili oleh 10 tukang masak dari surau dan masjid dalam kawasan Pasir Gudang telah menyertai program ini.

MPPG juga telah menerima kunjungan lawatan rasmi Yang Berhormat Encik Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor pada 10 Jun yang lalu. Lawatan yang diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat ringkas mengenai pembangunan dan perkembangan di bawah pentadbiran MPPG. Turut hadir dalam lawatan ini, YB Ee Chin Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, YB Dato’ Seri Che Zakaria Mohd Salleh, ADUN Permas dan YB S. Gopalakrishnan, ADUN Tiram.

Selain daripada itu, pada bulan Jun ini juga, Majlis Serah Kunci Dewan Muafakat Kg. Pasir

Putih telah diadakan kepada MPPG. Serahan kunci telah dibuat oleh wakil dari Tetuan Mekar Padu Construction Sdn. Bhd. kepada YDP MPPG selaku wakil pihak Pengurusan MPPG. Adalah diharapkan dengan adanya dewan serbaguna ini, ianya dapat menyemarakkan lagi aktiviti di kawasan yang dilaksanakan.

Bagi meningkatkan perkhidmatan sosial kepada masyarakat, MPPG telah mengambil inisiatif melaksanakan projek menaik taraf tanah perkuburan Islam Pasir Gudang. Tanah perkuburan Islam yang mendapat perkenan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan nama Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah ini telah memulakan projek menaik taraf kawasan bermula 6 Jun 2017 yang lalu. Projek yang mendapat suntikan dana dari Kerajaan Negeri Johor ini akan dinaik taraf mengikut fasa sehingga berakhir April 2018 kelak. Objektif menaik taraf tanah perkuburan ini adalah untuk membaik pulih kemudahan sedia ada, selain turut bertujuan untuk menaik taraf laman perkuburan yang baru.

MPPG di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) juga turut mengadakan Mesyuarat Agong bagi sesi 2017/2018. Mesyuarat yang dipengerusikan pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan MPPG, En. Saipol Rahman bin Hj Amat berjalan lancar sehingga ke penghujungnya. Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, terbuka kepada semua warga kerja dan ahli kelab KSK MPPG.

Selain daripada itu, pada bulan Jun juga, Majlis sambutan syawal turut berlangsung meriah, Jabatan, Unit dan Bahagian masing-masing tidak ketinggalan menganjurkan rumah terbuka sepanjang bulan Syawal ini. Selain dari menjemput tetamu menjamu selera, sambutan syawal ini dilihat dapat mengeratkan silaturrahim antara warga kerja disamping beramah mesra dan mengunjungi antara satu sama lain. Majlis perhimpunan pagi yang merupakan rutin bulanan MPPG turut diadakan. Dalam majlis kali ini, penyampaian hadiah bagi 19

BERITA PASIR GUDANG2

PEruTuSAN YANg dIPErTuAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sijil Kecemerlangan EKSA kepada semua Jabatan, Unit dan Bahagian turut diadakan. Penyampaian di sampaikan oleh Tuan Yang Dipertua, En. Hasrin Kamal bin Hashim. Selain itu, Anulae cawangan MPPG turut mengambil peluang mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah sempena program ‘Weight Challenge’ yang berlangsung bermula Januari yang lalu.

Saya menggesa supaya semua warga kerja MPPG terus komited menjalankan tugas dan tanggungjawab perkhidmatan yang cemerlang dapat dilaksanakan dan memberikan impak yang positif terhadap komuniti.

Akhir sekali, saya dengan rasa kesyukuran ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Aidilfitiri’ kepada semua warga Pasir Gudang. Sentiasalah berwaspada dan berhati-hati dalam musim perayaan ini.

Sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang. Jumpa lagi.

Sekian,

Hasrin Kamal bin HashimYang dipertua mPPg

KANdUNGAN

Berbuka Puasa

......................................................

YAb mENTErI bESAr rAIKAN PENduduK PASIr gudANg

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

BULAN RAMADAN adalah bulan yang mulia dan umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat. Justeru itu, MPPG telah mengambil langkah dengan mengadakan Majlis Halaqah, Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bersama-sama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Hj Osman bin Sapian.

Majlis dimulai dengan Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang oleh warga kerja MPPG. Selesai solat Asar, Bacaan Yasin Dan Tahlil atas Kemangkatan Bonda DYMM Sultan Johor diadakan di khemah kawasan parkir Hospital Wakaf Pasir Gudang yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua MPPG, En Hasrin Kamal bin Hashim, ADUN Permas, Dato’ Seri Hj Che Zakaria bin Mohd Salleh, Ketua-Ketua Jabatan dan warga kerja MPPG.

Manakala Majlis Penyerahan Sumbangan kepada golongan asnaf terdiri daripada penduduk miskin dan anak yatim telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Hj. Osman bin Sapian, Menteri Besar Johor. Majlis diteruskan dengan tazkirah oleh YBhg. Ustaz Hj. Abdul Rashid bin Elias, Naib Kadi Pasir Gudang. Program disudahi dengan berbuka puasa dan solat maghrib dan jamuan.

Majlis tadarus Al-Quran yang disertai oleh warga kerja MPPG.

YAB Menteri Besar bergambarbersama penerima sumbangan.

Berbuka Puasa

DALAM MENGIMARAhkAN lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, MPPG bersama agensi swasta yang lain serta jawatankuasa surau dan masjid sekitar Pasir Gudang telah menganjurkan Program Bubur Lambuk Perdana bertempat di perkarangan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Aktiviti memasak bubur lambuk bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran para peserta bersedia untuk memulakan aktiviti memasak. Sebanyak 10 periuk yang diwakili oleh 10 tukang masak dari surau dan masjid dalam kawasan Pasir Gudang telah menyertai program ini.

Aktiviti memasak diserikan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah untuk peserta dan urusetia program. Tepat jam 11.00 pagi aktiviti memasak bubur lambuk selesai di mana sebanyak hampir 300 bekas bagi seperiuk telah dapat disediakan. Acara kemuncak diteruskan dengan pemberian bubur lambuk kepada agensi dan wakil-wakil komuniti oleh Yang Dipertua MPPG, En Hasrin Kamal bin Hashim dan pemberian bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Antara agensi swasta yang telah sudi menjadi penaja bagi program ini ialah Yayasan Pasir Gudang, Delima

dIEdArKANmANgKuK bubur LAmbuK

BERITA PASIR GUDANG4

Oil Products Sdn. Bhd., Padi Bernas Nasional Berhad, Koperasi Wawasan MPPG, Maslee Wholesales (PG) Sdn. Bhd., Lam Soon Edible Oils Industries Sdn. Bhd, dan ramai lagi. Manakala peserta-peserta bagi program ini terdiri daripada jawatankuasa masjid dan surau sekitar Pasir Gudang. Antaranya, Masjid Al-Munawarah Jalan Ciku, Masjid At-Taqwa Jalan Nenas, Surau An-Nur Taman Cahaya Masai, Masjid Nusa Damai dan banyak lagi.

Seorang tukang masak, En. Muhammad Azman bin Hj Sanip berkata “Program ini sangat sesuai dianjurkan pada bulan Muharram kerana pada hari tersebut,

jarang diadakan program dan boleh diadakan secara perdana seperti ini.” Beliau yang menamakan ‘Bubur Mesra Alam’ sebagai masakan istimewa dari Masjid Al-Munawarah Jalan Ciku Kota Masai ini juga berkongsi rahsia bubur masakannya mengandungi bahan istimewa yang melazatkan lagi bubur yang dimasak. Antaranya, penggunaan santan yang lebih dan kentang bagi mengenakkan lagi hidangan bubur yang dimasak.

TIGA RIBU

Majlis penyerahan sijil penghargaan dan bubur lambuk kepada penyumbang dan peserta program.

Yang Dipertua mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam yang berada di sekitar Kawasan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

MPPG telah menerima kunjungan lawatan rasmi Yang Berhormat Encik Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor pada 10 Jun yang lalu.

Lawatan yang diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan gambaran ringkas mengenai pembangunan dan perkembangan di bawah pentadbiran MPPG. Selain itu sesi soal jawab juga turut diadakan bagi memberi penjelasan mendalam dan jelas mengenai sistem pentadbiran dan isu-isu yang berbangkit. Turut hadir dalam lawatan ini, YB Ee Chin Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, YB Dato’ Seri Che Zakaria Mohd Salleh, ADUN Permas dan YB S. Gopalakrishnan, ADUN Tiram.

YB Encik Tan Hong Pin turut di bawa melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pasir Gudang serta Kedai Cenderamata Kraftangan Pasir Gudang yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (KPBPG).

HOSPITAL PASIR GUdANGdIJANgKA SIAP 2022

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

LAWATANYB PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN, SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI JOHOR KE MPPG.............................................................

YB Tan dibawa melawat kedai kraftangan Pasir Gudangdi Aras di KPBPG.

BERITA PASIR GUDANG6

WARNA-WARNI AIdILFITRIRUMAH TERBUKA MPPG

JAbATAN LANdSKAPJAbATAN PEmbANguNAN mASYArAKAT

JAbATAN KEJuruTErAAN

uNIT AudIT, uNdANg-uNdANgdAN JAbATAN KEWANgAN

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

WARNA-WARNI AIdILFITRIRUMAH TERBUKA MPPG

JAbATAN KESIHATAN AWAm

JAbATAN KAWALAN bANguNAN dANbAHAgIAN TEKNoLogI mAKLumAT

rumAH TErbuKA ANJurANANuLAE CAWANgAN mPPg

JAbATAN PErANCANg bANdAr

BERITA PASIR GUDANG8

jun 2018

KUNJUNGAN HORMAT YB PARLIMEN TEBRAU,adun puteri wangsa dan adun tiram

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MEDIa

LAWATAN YDP KE BAZAR BALAU TAMAN RINTING

Yang Berhormat Ahli Parlimen Tebrau, ADUN Puteri Wangsa dan ADUN Tiram bergambar kenangan selepas sesi kunjungan hormat.

Penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertuakepada rakan media yang hadir.

Yang Dipertua mengunjungi gerai jualan danberamah mesra bersama peniaga-peniaga bazar.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

SESI BERGAMBAR HARI RAYA WARGA KERJA MPPG

SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA BALU WARGA KERJA MPPG

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA DI DEWAN muafakat taman CAHAYA MASAI

Antara barisan warga kerja bergambar bersamaYang Dipertua dan Setiausaha.

Yang dipertua bergambar bersamapenerima-penerima sumbangan.

BERITA PASIR GUDANG1 0 BERITA PASIR GUDANG1 0

SEMPENA SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah, Pengurusan UTC dan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (KPBPG) telah mengadakan satu acara Cabutan Bertuah Aidilfitri. Ini merupakan tahun ketiga KPBPG menganjurkan acara cabutan bertuah aidilfitri. Acara ini terbuka kepada semua pengunjung dan pembeli dengan syarat perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM150.00 dan ke atas di Bazar Aidilfitri UTC Pasir Gudang bagi tempoh pembelian antara 17 Mei hingga 10 Jun 2018.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG, En Hasrin Kamal bin Hashim pada 10 Jun yang lalu. Dianggarkan seramai hampir 1,000 peserta telah menyertai acara cabutan bertuah ini. Sebanyak 20 hadiah cabutan

JALAN CANGGUNG -KOTA MASAI

bertuah telah disediakan, di mana cabutan utama adalah berupa baucer barangan kemas Poh Kong bernilai RM1,000.00 serta baucer membeli-belah UO bernilai RM500.00.

Puan Rokiah binti Sidek berkata, beliau tidak menyangka memenangi cabutan bertuah ini dan akan menggunakan hadiah tersebut bagi persiapan aidilfitri.

Hadiah-hadiah telah disumbangkan oleh pihak pengurusan UTC dan KPBPG sendiri. Jelas terpancar riak keriangan dari wajah-wajah pemenang. Tahniah diucapkan kepada Puan Rokiah binti Sidek yang memenangi hadiah utama dan semua pemenang yang bertuah.

CABUTAN BERTUAH BAZAR AIDILFITRIUTC PASIR GUDANG 2018

Yang Dipertua bergambar bersama kesemua pemenang yang bertuah.

YDP MPPG En. Hasrin Kamal bin Hashim menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Puan Rokiah binti Sidek.

BAGI MENINGkATkAN PERkhIDMATAN SoSIAL kepada masyarakat, MPPG telah mengambil inisiatif melaksanakan projek menaik taraf tanah perkuburan Islam Pasir Gudang. Tanah perkuburan Islam yang mendapat pekenan DYAM Sultan Ibrahim Ibni Alamrhum Sultan Iskandar dengan nama Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah ini telah memulakan projek menaik taraf kawasan bermula 6 Jun 2017 yang lalu. Projek yang mendapat suntikan dana dari Kerajaan Negeri Johor ini akan dinaik taraf secara berperingkat mengikut fasa sehingga berakhir April 2018 kelak.

Objektif menaik taraf tanah perkuburan ini adalah untuk membaik pulih kemudahan sedia ada. Selain itu, ia turut bertujuan menaik taraf laman perkuburan yang baru dan

Antara penerima cenderahati bagi warga kerja yang lahir pada bulan April.

TAPAKPERKUBURAN ISLAM PASIR gUdANg

TANAHPERKUBURAN ISLAM PASIR gUdANg

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

DINAIK TARAF

menyediakan persekitaran yang bersih dan susun atur liang perkuburan yang bersistematik serta dikelilingi oleh landskap yang tersusun bagi meningkatkan kualiti kemudahan awam dan suasana yang sempurna. Keluasan keseluruhan tapak ini dianggarkan seluas 72.3 ekar. Kira-kira 15.3 ekar telah dipenuhi dan baki 57 ekar dicadangkan untuk dinaik taraf, manakala kos keseluruhan projek ini menelan kos berjumlah RM13 juta ringgit.

Projek yang dikendalikan di bawah kontraktor Cemara Engineering Sdn. Bhd. ini merangkumi beberapa kemudahan. Antaranya ; Pintu Masuk Utama, sebuah surau, lot kubur berukuran 3’ x 7’ dan 2’ ruang antara kubur sebanyak 21,705 unit, lot Di Raja sebanyak 20 unit, Lot Kenamaan sebanyak 60 unit, 2 buah jambatan, tempat letak kereta sebanyak 68 unit, serta kerja-kerja infrastruktur dan kerja-kerja elektrikal.

Majlis penyerahan pengurusan tapak perkuburan ini telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang oleh En. Khairul Anuar bin Md Ali, wakil dari Cemara Engineering Sdn. Bhd. kepada Yang Dipertua MPPG, En. Hasrin Kamal bin Hashim.

Penyerahan pengurusan Tapak Perkuburan Islam Mutmainnah kepada Yang Dipertua MPPG.

Barisan pengurusan MPPG dan Ahli Majlis yang diketuai YDP MPPG bergambar beramai-ramai dengan kontraktor di

depan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang Johor.

BERITA PASIR GUDANG1 2

PERhIMPUNAN BULAN JUN bagi sesi 2018 ini menjadi begitu bermakna sekali apabila Pihak Unit Permodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) secara rasminya menganugerahkan 19 sijil EKSA kepada MPPG. Yang Dipertua telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan EKSA ini kepada semua jabatan dan bahagian yang terlibat. Dalam majlis yang sama juga, seluruh warga kerja telah diperkenalkan dengan anggota pekerja baru seramai 6 orang yang baru sahaja dilantik.

Program bulanan yang dianjurkan oleh MPPG ini bertujuan berkongsi aktiviti MPPG sepanjang bulan terlibat disamping menjadi platform kepada Yang Dipertua dalam memberi teguran dan nasihat kepada semua warga kerja atas tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang penjawat awam.

Selain itu, bulan Jun juga turut diadakan sesi penyampaian hadiah bagi ‘Peraduan Weight Challenge’ anjuran Anulae Cawangan MPPG dan penyampaian hadiah warga kerja yang lahir pada bulan Jun.

Penyampaian sijil EKSA oleh Yang Dipertua kepada Setiausaha dalam sesi Majlis Perhimpunan Pagi.

JUN

PErHImPuNANbuLAN

Pemenang-pemenang Peraduan “Weight Challenge” anjuran Anulae Cawangan MPPG bergambar bersama Yang Dipertua.

majlis serah kunciDEWAN MUAFAKAT KG PASIR PUTIH

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Penyerahan kunci dari Yang Dipertua kepada Puan Rahamahbinti Mahmood Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Penyerahan replika kunci dewan Muafakat Kg. Pasir Putih kepada YDP MPPG oleh Kontraktor Mekar Padu Contsruction Sdn. Bhd.

SEBAGAI SEBUAh JABATAN kERAJAAN yang prihatin terhadap keperluan rakyat, penyediaan kemudahan awam kepada masyarakat setempat adalah satu keutamaan. Justeru itu, sebuah lagi dewan muafakat telah siap dibina di Kg. Pasir Putih bagi kegunaan masyarakat setempat. Dewan ini terletak di tapak berkeluasan 1,148 meter persegi dan terletak di Lot 200744, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang Johor dengan kos pembinaan berjumlah RM2.05 juta. Pembinaan dewan ini telah bermula pada 6 Jun 2017 dan telah siap sepenuhnya pada 5 Jun 2018.

Kemudahan utama yang disediakan ialah ruang dewan yang berhawa dingin dengan kapasiti 800 orang tempat duduk, ruang pentas dan 3 buah gelanggang manakala kemudahan asas yang disediakan di dewan ini termasuklah bilik air dan bilik air khas (OKU), pantri, bilik stor, tempat letak kereta, dan tempat letak kereta OKU, surau, bilik mesyuarat/pejabat, pondok pengawal, bilik stor, bilik utiliti dan rumah sampah.

Majlis penyerahan kunci telah diadakan pada 26 Jun yang lalu. Serahan kunci telah dibuat oleh wakil dari Tetuan Mekar Padu Construction Sdn. Bhd. kepada En. Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG selaku wakil pihak Pengurusan MPPG. Hadir sama dalam majlis tersebut Ahli Majlis MPPG Pn. Hajah Norainee binti Dato’ Ibrahim merangkap pengerusi Zon Tanjung Puteri serta Ketua-ketua Jabatan.

Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua MPPG,En Hasrin kamal bin Hashim.

Tuan Setiausaha bersama ahli Jawatankuasa Kelab membentangkan laporan kelab bagi sesi berakhir 2017.

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KSK) MPPG 2018Mesyuarat agong

BERITA PASIR GUDANG1 4

MESyUARAT AGoNG KSK MPPG 2018 telah diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti kelab sepanjang tahun 2017. Setiausaha MPPG, En Saipol Rahman bin Hj Amat, selaku Pengerusi KSK MPPG telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi pembentangan oleh setiap pengerusi biro antaranya Biro Kebajikan, Biro Pendidikan, Biro Wanita, Biro Agama dan Biro Sukan. Laporan kewangan tahunan kelab juga telah dibentangkan oleh akauntan KSK MPPG, En. Abdul Halim bin Nasruddin. Hampir 330 ahli KSK MPPG telah hadir bagi memastikan halatuju kelab dan berkongsi pendapat serta cadangan bagi meningkatkan prestasi dan peningkatan kelab Sukan dan Kebajikan MPPG.

Sesi mesyuarat berakhir dengan acara cabutan bertuah. Cabutan diadakan dengan lebih 30 hadiah-hadiah menarik disediakan untuk ahli yang hadir.

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG JUN 2018

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

13 JUN 2018Nama Program : mAJLIS SumbANgAN AIdILfITrI YPg 2018Masa : 10.00 PagiTempat : BALAIRAYA TAMAN MAWARSenarai VIP : 1) YB HASSAN BIN ABDUL KARIM AHLI PARLIMEN PASIR GUDANGPeserta/ Penerima : 50 orang penerimaButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YB Hassan bin Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang ii. Seramai 50 orang penerima telah menerima sumbangan sempena menyambut kedatangan Aidilfitri 2018. iii. Setiap penerima telah menerima sumbangan bernilai RM 200.00 dari segi barangan keperluan asas dan wang tunai. iv. Mereka yang terpilih bukan di kalangan golongan berkemampuan seperti ibu tunggal yang tidak berkemampuan, pesakit kronik, warga emas dan lain-lain lagi.

08 JUN 2018Nama Program : mAJLIS SumbANgAN AIdILfITrI 2018Masa : 9.00 PagiTempat : Dewan Serbaguna Taman Cahaya MasaiSenarai VIP : 1) YB Tuan Steven Choong Shiou Yoon Ahli Parlimen TebrauPeserta/ Penerima : 200 orang penerimaButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Steven Choong Shiou Yoon ii. Seramai 200 orang penerima telah menerima sumbangan sempena menyambut kedatangan Aidilfitri 2018. iii. Setiap penerima telah menerima sumbangan bernilai RM 200.00 dari segi barangan keperluan asas dan wang tunai. iv. Mereka yang terpilih bukan di kalangan golongan berkemampuan seperti ibu tunggal yang tidak berkemampuan, pesakit kronik, warga emas dan lain-lain lagi.

TANAH PERKUBURAN

ISLAM MUTMAINNAH

TANAH PERKUBURAN ISLAM MUTMAINNAH PASIR GUDANG

gArIS PANduAN KHuSuS PENYErAgAmAN KEPoK dAN bATu NISAN

kATEGoRISPESIFIkASI kUBUR

LELAkI(DEWASA)

SPESIFIkASI kUBUR PEREMPUAN

(DEWASA)

SPESIFIkASI kUBUR LELAkI

(kANAk-kANAk)

SPESIFIkASI kUBUR PEREMPUAN

(kANAk-kANAk)

Jarak Antara kubur

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

Ukuran kepungan

(kepok)

a. Panjang Kepok : 6.5 kaki (233cm) termasuk tapak.

b. Lebar kepok : 3 kaki (100cm) termasuk tapak.

c. Tinggi kepok : Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)

d. Warna kepok : Putih

a. Panjang Kepok : 6.5 kaki (233cm) termasuk tapak.

b. Lebar kepok : 3 kaki (100cm) termasuk tapak.

c. Tinggi kepok : Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)

d. Warna kepok : Putih

a. Panjang Kepok : 3.5 kaki (133.3cm) termasuk tapak.b. Lebar kepok : 2 kaki

(66.6cm) termasuk tapak.c. Tinggi kepok : Tidak lebih

1 kaki (33.3cm)d. Warna kepok : Putih

a. Panjang Kepok : 3.5 kaki (133.3cm) termasuk tapak.b. Lebar kepok : 2 kaki

(66.6cm) termasuk tapak.c. Tinggi kepok : Tidak lebih

1 kaki (33.3cm)d. Warna kepok : Putih

Ukuran Nisan

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

Nisan / kepok**

WAKTU OPERASI : 8.00 pagi - 7.00 malamWAKTU REHAT : 1.00 petang - 2.00 petangBAYARAN URUSAN PENGKEBUMIAN : RM150.00Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 07-254 7777 ATAU pegawai bertugas sebagaimana berikut :En. Mohd Asril Akhmal bin Abd Aziz : - 017-781 1578En. Mohd Azly bin Abd Aziz : - 012-742 6042En. Mohd Zuiki bin Mohd Saidi : - 013-361 6473

* Tertakluk kepada arahan pihak pengurusan Tanah Perkuburan Mutmainnah**Garis panduan berdasarkan saranan Jabatan Agama Islam Negeri Johor