Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

24
PERCUMA UM Ramadan - Syawal 1437H M Misi Perkhidmatan Pelanggan KUALITI KEUTAMAAN KAMI adan - awal 1437H wal 1437H 7H 7H 437H H yaw Sy - S H H an - - MA A A A A A A ma Ram JULAI 2016 05 07 11 MOU KERJASAMA PJ CITY (FOOD BANK) MBPJ TERIMA PENGHARGAAN KERJASAMA DI KLAF 2016 PROGRAM SKIM REBAT CUKAI TAKSIRAN Datuk Bandar Tuan Mohd Azizi Mohd Zain bersama-sama pengurusan tertinggi Majlis menunjukkan isyarat bagus sewaktu majlis pelancaran motosikal berkuasa elektrik di dataran ibu pejabat MBPJ

Transcript of Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

Page 1: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

PERCUMAUMRamadan - Syawal 1437H

M

Misi Perkhidmatan Pelanggan

KUALITI KEUTAMAAN KAMI

adan - awal 1437Hwal 1437H7H7H437HHyawSy- S HHan - -MAAAAAAA

maRamJULAI 2016

05 07 11MOU KERJASAMA PJ CITY (FOOD BANK)

MBPJ TERIMA PENGHARGAAN KERJASAMA DI KLAF 2016

PROGRAM SKIM REBAT CUKAI TAKSIRAN

Datuk Bandar Tuan Mohd Azizi Mohd Zain bersama-sama pengurusan tertinggi Majlis menunjukkan isyarat bagus sewaktu majlis pelancaran motosikal berkuasa elektrik di dataran ibu pejabat MBPJ

Page 2: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

02 BERITABERITA PETALING JAYA

Sidang REDAKSIPENAUNG : Tuan Mohd Azizi bin Mohd Zain

PENASIHAT : Tuan Johary bin Anuar

KETUA PENGARANG : Abdul Hakim bin Khairuddin

WARTAWAN : Muhamed Azmi bin Yusoff Ahmad Iskandar bin Muhamad Mukhtar Hasbullah bin Juyahir

JURU GAMBAR : Rusdi bin Muhammed Halik Intan Khairani binti Md. Zali Salimey bin Abu Bakar Muhammad Fikrihatta bin Jamal

PEREKA GRAFIK : Shamsul Bahrin bin Abdul Mutalib Badrul Hisham bin A Bakar Ihfaznur Ashikin binti Arifin

MAKLUM BALAS DANCADANGANHANTARKAN KEPADA

Unit Komunikasi KorporatMajlis Bandaraya Petaling Jaya

: Haniza binti Abdul Hamid

: 03-7956 3544 samb. 203 / 205 / 206: 03-7958 2695 : [email protected]

Majlis Bandaraya Petaling Jayawww.mbpj.gov.my

pjcitycouncil pjcitycouncil

Nor Shabani JohariPengarah,Unit Pesuruhjaya Bangunan(COB)

Samsul Bahari NonchiPengarah,Unit Teknologi Maklumat

Haniza Abdul HamidPengarah,Unit Komunikasi Korporat

Lee Lih ShyanPengarah,Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DanPembersihan Awam

Zuraidah SainanPengarah,Jabatan Landskap

Aznan HassanPengarah,Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan

Datin Sr. Amreeta Kaur A/p Pretham SinghPengarah,Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

Ir. Ismail ShafiePengarah,Jabatan Kejuruteraan

Hjh. Sa’diyah KhasimanPengarah,Jabatan Perbendaharaan

Johary AnuarTimbalan Datuk Bandar

Tn. Mohd Azizi Mohd ZainDatuk Bandar

Hj. Ahmat Mohayen Hj. SaidTimbalan Setiausaha / Pengarah,Jabatan Khidmat Pengurusan

Hjh. Sharipah Marhaini Syed AliPengarah,Jabatan Perancang Pembangunan

Dr. Chitradavi A/p N. VadivelluPengarah,Jabatan Perkhidmatan KesihatanDan Persekitaran

Hamidah Hj. AriffinPengarah,Jabatan Kawalan Bangunan

Mohd Fauzi MaaropPengarah,Jabatan, Penguatkuasaan

Hjh. Sharinaz Hj. ShamsudinPengarah,Jabatan Pelesenan

Norzita MokhtarPengarah,Unit Perundangan

Norlida Mohd IsaPengarah,Unit Audit Dalam Dan Integriti

Hairulliza Abdul RahmanPengarah,Unit Pusat Setempat (Osc)

PENGURUSAN TERTINGGI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Tel : 03-7956 3544 samb. 325

Tel : 03-7958 7663

Tel : 03-7956 3544 samb. 252

Tel : 03-7954 1440

Tel : 03-7960 4513

Tel : 03-7958 1764

Tel : 03-7955 2553Tel : 03-7804 8906

Tel : 03-7958 8081 Tel : 03-7957 1319

Tel : 03-7957 8042

Tel : 03-7954 1725

Tel : 03-7960 2055

Tel : 03-7954 7954

Tel : 03-7958 1235

Tel : 03-7955 2428

Tel : 03-7955 2562

Tel : 03-7960 3293

Tel : 03-7956 3544 samb. 323

Tel : 03-7955 0819

PROJEK TAMAN TEMA PJ KITAMBPJ telah membuat satu pembaharuan dan cetusan penjenamaan terbaru bagi komuniti di Petaling Jaya iaitu “PJ KITA” yang akan meletakkan MBPJ selari dengan kehendak komuniti pada masa kini serta memastikan setiap informasi berkaitan aktiviti dan program Majlis dapat disebarluas dan dicapai oleh orang awam dengan mudah dan cepat. PJ KITA juga merupakan satu gerakan komuniti yang bersifat keterbukaan di mana segala implementasi pelan dan program digubal mengikut aliran perkembangan terkini dan selari dengan kehendak dan pandangan komuniti.

Salah satu segmen yang diilhamkan di bawah platform PJKITA ini adalah segmen #PJKitaPark yang mana Majlis telah merancang untuk mewujudkan beberapa buah Taman Tema PJ KITA (series of PJKITA PARK) yang mempunyai ciri-ciri keunikan dan identitinya yang tersendiri.

Pada 25 Julai 2016 yang lalu, Majlis telah menandatangani Memorandum

Persefahaman (MOU) bersama 4 rakan kongsi strategik iaitu Medan Prestasi Sdn. Bhd. (sebuah anak syarikat Kumpulan MK Lands Holding Berhad), Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Malaysia Social Enterprise Development Association (MSeDA) dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 bagi memupuk satu kerjasama dan perkongsian pintar dalam projek Taman Tema Komuniti yang pertama iaitu i-Play Park di Urban Park 1, Damansara Damai.

Projek i-Play Park ini dilaksanakan melalui pendekatan “Community Engagement” iaitu melalui penglibatan segenap peringkat masyarakat yang terdiri daripada pihak swasta, badan korporat, NGO, komuniti setempat dan juga golongan kanak-kanak.

Taman Tema PJ Kita Park bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sebuah taman komuniti yang komprehensif dan kondusif, malah PJ Kita Park akan menjadi satu pusat yang akan mencetuskan aura dan nilai-nilai positif di kalangan komuniti di samping menjadi identiti

baru bagi Bandaraya Petaling Jaya.

Taman tema PJ Kita ini juga akan menjadi sebuah pusat pendidikan, pusat sosial masyarakat, pusat perkembangan minda dan juga pencetus kesedaran sivik di kalangan masyarakat Petaling Jaya khususnya di kalangan komuniti Damansara Damai.

Setiap komponen dan elemen yang akan ada di dalam taman ini adalah merupakan idea dan kehendak daripada komuniti setempat dan seharusnya masyarakat Damansara Damai perlu merasa “ownership” dan “self-belonging” terhadap taman yang akan dibina ini nanti.

Setelah termeterainya ikatan persefahaman ini, Majlis akan bersama-sama dengan 4 rakan kongsi tersebut untuk berbincang dengan lebih lanjut bagi cadangan untuk menubuhkan satu tabung khusus untuk memastikan kelangsungan projek ini terutamanya bagi memastikan setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan akan sentiasa aktif dan berterusan.

Page 3: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

03 BERITABERITA PETALING JAYA

PETALING JAYA TERIMA ANUGERAH Pemenang Kebangsaan Earth Hour City Challenge

SEKSYEN 52, 28 SEPTEMBER - Petaling Jaya telah mencatatkan sejarah baru apabila dinobatkan sebagai pemenang kebangsaan dalam kempen WWF - Earth Hour City Challenge (EHCC) bagi tahun kedua berturut-turut. Pengiktirafan yang diberi ini merupakan hasil usaha sama pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak berkepentingan yang telah menjalankan tanggungjawab cemerlang dalam memperkukuhkan struktur perkhidmatan awam dan pelaksanaan pelan pengurusan karbon rendah di bandar ini.

Majlis sentiasa menyokong usaha yang dilakukan oleh

pihak WWF-Malaysia dalam menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai kesan-kesan buruk perubahan iklim yang sememangnya menjejaskan ekosistem bumi ini. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Majlis untuk meningkatkan lagi usaha kempen penggunaan karbon rendah bagi mewujudkan persekitaran bandar raya mampan, hijau dan mesra.

Majlis juga telah melaksanakan pelbagai program - program mampan yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Sustainable PJ 2030. Antara program-programnya adalah memperkenalkan Skim

TABUNG WARISAN ANAK SELANGORYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City i-City,40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5521 8740 / 03-5521 8741Faks : 03-5521 8742 / 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMASRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 , Faks : 03-5510 3455E-mel : [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7385 / 03-5521 2275Faks : 03-5510 4095/ 03-5511 0659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd.Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5518 7735 , Faks : 03-5518 7736E-mel : [email protected] web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri SelangorTingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7306 / 03-5512 3618, Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 / 03-5544 7622, Faks : 03-5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Bhd.Tingkat 16-17, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999, Faks : 03-5510 9977E-mel : [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 , Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar SelangorA23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 2040300 Shah Alam, SelangorTel : 03-5541 3616 , Faks : 03-5541 3617Laman web : www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan SelangorTingkat 2, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7104 / 03-5519 1692/ 03-5521 2312Faks : 03-5510 5829Laman web : www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7480 / 03-5544 7481 / 03-5544 7391Blog : tuisyenrakyat.blogspot.com

PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (M.E.S)

Rebat Cukai Taksiran Bagi Pemilik Rumah Kediaman Mesra Alam Hijau Berkarbon Rendah Petaling Jaya. Ganjaran ini diberikan kepada penduduk yang mengamalkan aktiviti mampan yang terdiri daripada aspek tenaga, air, kepelbagaian biologi, pengurusan sisa buangan, pengangkutan dan inisiatif yang dilihat sebagai mesra hijau. Selain itu, Majlis juga menyediakan perhidmatan bas percuma sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya dan pengeluaran karbon dioksida. Lebih membanggakan Majlis juga telah menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang menyediakan

perkhidmatan bas sekolah secara percuma.

Mengenai Pengiktirafan EHCC ini , Petaling Jaya merupakan antara 153 bandar daripada 20 buah negara menyertai kempen yang dianjurkan oleh pihak WWF. Kemenangan ini

berdasarkan merit yang diterima selepas proses penilltian penilaian yang dilakukan oleh United Nations Habitat programme (UN-Habitat), Local Governments for Sustainability (ICLEI), World Resources Institute (WRI) dan Asian Development Bank (ADB) yang merupakan institusi yang diiktiraf antarabangsa.

Page 4: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

04 BERITABERITA PETALING JAYA

MOTOSIKAL BERKUASA ELEKTRIK (ECO-SCOOTER)Mesra Teknologi Hijau

JALAN YONG SHOOK LIN, 27 JULAI - Majlis sekali lagi mengorak langkah ke arah merealisasikan visi dan misi sebagai Bandaraya Peneraju, Dinamik dan Lestari melalui pengimplimentasian penggunaan teknologi hijau sejajar dengan dasarnya bagi menguruskan alam sekitar berdasarkan prinsip pembangunan mampan.

Perlaksanaan perkara ini adalah sangat tepat melalui aplikasi sains alam sekitar yang amat diperlukan pada masa kini bagi menangani isu-isu fenomena global serta proses urbanisasi yang rancak memberikan impak negatif akibat aktiviti seperti penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pengeluaran asap hitam melalui aktiviti industri serta pelepasan karbon ke udara. Sehubungan itu, penggunaan teknologi hijau iaitu penggunaan teknologi rendah karbon yang lebih mesra alam amat diperlukan kini bagi memelihara dan memulihara alam sekitar.

Majlis telah membeli sebanyak 5 unit motosikal berkuasa elektrik,

untuk digunakan oleh kakitangan Jabatan Penguatkuasaan dalam tugas harian. Motosikal berkuasa elektrik yang akan digunakan ini mampu mencecah kegunaan sehingga 100km selepas dicas penuh pada satu-satu masa.

Penggunaan motosikal ini juga mampu membawa pulangan nilai tambah kepada pihak Majlis seperti mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida, mengawal keseimbangan ekosistem dan meningkatkan kualiti hidup

penduduk Petaling Jaya.

Penggunaan motosikal berkuasa elektrik ini adalah meliputi tujuan-tujuan seperti tugas-tugas penguatkuasaan. Menjalankan rondaan dan tugas-tugas penguatkuasaan berhubung pelanggaran kesalahan lalulintas. Ia juga akan memastikan kelancaran aliran lalulintas di sekitar pusat Bandar berkeadaan baik dan lancar.

Selain itu, kawalan dan

bantuan awal akan diberikan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan di Jalan-jalan utama pusat Bandar. Kaedah tugasan ‘multitasking’ seperti pemantauan iklan tanpa kebenaran di jalan-jalan protokol sekitar pusat Bandar, melaporkan aduan terhadap jalan kotor, jalan berlubang, kerosakan harta benda Majlis dan lain-lain aduan yang berkaitan.

Aktiviti ini juga dilihat dapat membantu pihak PDRM dalam melaporkan kejadian seperti jenayah, kecurian atau ragut untuk kesejahteraan orang awam.

Program perintis ini akan dilaksanakan dilokasi rondaan dan pemantauan seperti di Pusat Bandar seksyen 52, Jalan Templer, Jalan Gasing, Jalan Selangor, Jalan Persiaran Timur, Jalan Persiaran Barat dan Seksyen 8.

Majlis sangat komited dalam memastikan aspek penjagaan alam sekitar dititikberatkan di dalam segala dasar atau polisi yang diluluskan sejajar dengan visi dan misi Majlis.

Page 5: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

05 BERITABERITA PETALING JAYA

MBPJ TERIMA PENGHARGAAN KERJASAMA DI KLAF 2016KUALA LUMPUR, 20 JULAI - MBPJ telah menerima penghargaan hasil kerjasama bersama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Architecture Festival (KLAF) 2016

Turut menerima penghargaan yang sama, ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Majlis Penghargaan ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Datuk Bandar bergambar bersama timbalan menteri kerja raya

MoU KERJASAMA “PJ CITY FOOD BANK” BANK RAKYAT DAN MBPJ

KUALA LUMPUR, 24 JUN – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Bank Rakyat telah menandatangani perjanjian strategik penajaan PJ City Food Bank MBPJ.

Perjanjian yang dimeterai ini di antara Pengarah Urusan Bank Rakyat, Dato’ Mustafha Hj. Abd Razak dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohd Azizi Mohd Zain berlangsung di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Dengan termeterai perjanjian ini PJ City Food Bank akan menerima tajaan sebanyak RM1.5 juta bagi penyediaan makanan kepada penduduk Petaling Jaya yang kurang berkemampuan.

Tajaan selama 3 tahun ini untuk menjalankan pelbagai program tanggungjawab sosial

korporat (CSR) seperti Program Dapur Jalanan, Program Sarapan Pagi Percuma di sekolah-sekolah serta pembelian sebuah trak makanan.

Dengan tajaan ini, lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan di Petaling Jaya akan menerima manfaat.

PJ City Food Bank telah beroperasi semenjak Oktober 2012 merupakan bank makanan yang pertama di Malaysia dan ia menjadi peneraju kepada usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Bank makanan ini merupakan julung-julung kali di Malaysia dan MBPJ menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama melalui Local Agenda 21 memperkenalkannya di bawah

pelan tindakan Pembangunan Komuniti.

Pusat operasi PJ City Food Bank di Seksyen 8, Petaling Jaya menjadi pusat pengumpulan makanan dan minuman hasil sumbangan dan tajaan daripada syarikat-syarikat pengeluar makanan, badan korporat, pihak swasta, pasar raya dan juga individu. Semua barangan makanan ini seterusnya akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Petaling Jaya.

Sejak pelaksanaan projek ini, sebanyak 49.71 tan makanan dan minuman telah berjaya disumbangkan kepada 1,733 penghuni rumah-rumah kebajikan di sekitar Petaling Jaya.

Sebanyak 64 organisasi yang telah menerima manfaat daripada projek ini yang terdiri daripada rumah anak-anak yatim, persatuan orang kurang upaya, rumah jagaan warga emas dan

juga persatuan ibu-ibu tunggal.Pada tahun ini, MBPJ

merancang untuk memperluas lagi kumpulan penerima sumbangan kepada keluarga-keluarga miskin tegar di seluruh Petaling Jaya. Berdasarkan rekod Majlis, terdapat 974 buah keluarga miskin tegar di Petaling Jaya yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Di bawah projek ini juga, MBPJ bercadang untuk memperkenalkan mobile soup kitchen bagi aktiviti pemberian makanan secara percuma di kawasan PPR Putra Damai, Lembah Subang dan Taman Medan.

Golongan pelajar juga akan menjadi sasaran terutama sekolah-sekolah di kawasan yang mempunyai majoriti latar belakang penduduk berpendapatan rendah. Majlis akan turun padang ke sekolah-sekolah terpilih bagi pemberian makanan yang sihat dan seimbang secara.

Datuk Bandar dan Pengarah Urusan Bank Rakyat berjabat tangan selesai menandatangani perjanjian kerjasama PJ City Food Bank

Page 6: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

06 BERITABERITA PETALING JAYA

KARNIVAL SIHAT SELANGOR 2016JALAN YONG SHOOK LIN, 25 JULAI - Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor telah menganjurkan program Karnival

Sihat Selangor 2016 dengan tema “Penyakit Kanser dan Anda”.

Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran tentang kanser kepada pengunjung.

Selain itu, mendidik pengunjung tentang pencegahan kanser, rawatan dan amalan gaya hidup sihat yang boleh membantu untuk mencegah kanser. Aktiviti utama pada hari tersebut adalah senamrobik, berjalan 10ribu langkah, berbasikal, pameran berkaitan kesihatan, pemeriksaan percuma, forum kesihatan dan sesi perkongsian bersama survivor kanser.

Secara keseluruhannya,

program ini memberi impak Dr. Daroyah melakukan pemeriksaan kesihatan di booth karnival kesihatan

DUSUN BANDAR PETALING JAYADusun Bandar merupakan satu inisiatif MBPJ untuk memperkenalkan pokok buah-buahan tempatan dan memberi peluang penduduk Petaling Jaya khususnya menikmati suasana dusun tanpa perlu pergi jauh. Dusun Bandar merujuk kepada kawasan lapang dan kawasan rezab terbiar yang dimanfaatkan

untuk tanaman pokok buah-buahan yang bukan hanya boleh dinikmati hasilnya tetapi memberi pengetahuan kepada penduduk PJ terutamanya generasi muda. Spesis pokok yang dipilih adalah dari jenis buah-buahan tempatan biasa dan dari jenis nadir untuk mengelakkan ia terus pupus.

yang baik dan berinformasi. Para pengunjung dapat meningkatkan pengetahuan tentang kanser dan amalan hidup sihat. Usaha murni ini patut diteruskan kerana melalui kaedah ini kita dapat mendekati generasi muda dan memberi kesedaran kepada mereka.

Karnival ini juga diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. Daroyah Alwi yang turut merasmikan karnival.

Setakat ini, 2 lokasi telah dibangunkan sebagai Dusun Bandar iaitu Railway Park di Jalan Railway 1/2, Seksyen 1 dan Taman Aman. Dari satu kawasan semak dan terbiar, ia diharap akan menjadi tarikan tersendiri kepada pengunjung kelak untuk beriadah bersama keluarga. Sebanyak 386 pokok dari pelbagai spesis buah-buahan telah ditanam di Railway Park dan sudah pun membuahkan hasil. Dusun ini dijangka akan dirasmikan pada 22 Oktober 2016.

Page 7: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

07 BERITABERITA PETALING JAYA

AEDES PEMBAWA DENGGI

KAWASAN WABAK DENGGIDKAWASAAAN WABAK DDDENGGI

MENANTI

JALAN YONG SHOOK LIN, 20 SEPTEMBER - Sehingga 17 September lalu, Malaysia mencatatkan kes denggi sebanyak 79876 dengan 177 kematian, Selangor 41701 kes dengan 62 kematian, dan MBPJ 4506 kes dengan 5 kematian. Bagi MBPJ, kes denggi sehingga minggu epid 38 (17/9/2016) menunjukkan penurunan kes sebanyak 41% berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2015.

Pada 3 dan 4 September yang lalu, Jabatan telah menggerakkan seluruh anggota kakitangan dari unit-unit lain untuk membantu dalam kawalan kes denggi di 13 kawasan wabak hotspot. Operasi besar-besaran ini akan berlangsung selama sebulan.

Aktiviti yang dijalankan melibatkan dari unit-unit lain iaitu pemberian risalah dari rumah ke rumah, cari dan musnah tempat pembiakan dan memberi abate kepada penduduk setempat.

Bagi kawasan di tapak binaan

TAHUN MALAYSIA SELANGOR MBPJ

KES KEMATIAN KES KEMATIAN KES KEMATIAN2013 43,346 92 23,852 24 2,739 42014 10,8698 215 54,289 77 8,469 7

2015 12,0836 336 63,198 127 7,751 15

2016 79876 177 41701 62 4506 5

JADUAL BANDINGAN KES DENGGI MALAYSIA, SELANGOR DAN MBPJ DARI 2013 – 2016

Lokaliti wabak hotspot yang paling tertinggi kes demam denggi di kawasan MBPJ iaitu:-

Pecahan mengikut DUN

pula, sepanjang Januari - Ogos 2016 sebanyak 19 tapak bina diperiksa, 11 tapak bina diarahkan untuk penutupan dan menjalankan kerja-kerja pembersihan kerana terdapat pembiakan. Sebanyak 28 kompaun dan 18 Notis (Seksyen 8) untuk kerja-kerja pembersihan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit

1975 telah dikeluarkan. Daripada itu, sejumlah 471 kompaun dan 95 notis telah dikeluarkan.

Justeru, Majlis menggesa orang ramai dapat membuat pemeriksaan sendiri di dalam dan kawasan persekitaran rumah. Ini kerana hasil pemeriksaan mendapati bahawa

pembiakan nyamuk aedes ini kebanyakkannya adalah di dalam rumah dan bukannya di luar kawasan rumah seperti longkang. Orang awam dinasihatkan untuk meluangkan masa selama 10 minit seminggu bersama keluarga untuk membersihkan rumah masing-masing.

Pecahan mengikut DUN

D.N. Bukit Lanjan : 1,079 kes

D.N. Damansara utama : 454 kesD.N. Kota Damansara : 861 kes

D.N. Bukit Gasing : 330 kesD.N. Taman Medan : 398 kes

D.N. Kg. Tunku : 284 kes

D.N. Seri Setia : 1,100 kes

SS 9A

SS 3 SS 1

Sek. 22

Sek. 21Sek. 20

PJS 4

PJS 5PJS 6

PJS 8PJS 10

SS 10

SS 9SS 8SS 11

SS 7

SS 6SS 5

Sek. 14

Sek. 51A

Sek. 8

Sek. 51

Sek. 4Sek. 3

Sek. 2

PJS 2

PJS 3

PJS 1

SEK. 17 SEK. 16

Sek. 13Sek. 12

Sek. 11

Sek. 10Sek. 52

Sek. 9

Sek. 7 Sek. 6Sek. 5

Sek. 1Sek. 18

Sek. 1A

PJU 1

SS 25SS 4

SS 26SS 24

SS 23

SS 22A

SS 22

SS 21 SS 20

SS 2

SEK. 17A

PJU 5

PJU 3

PJU 2

TROPICANA

FRIMPJU 4

KOTA DAMANSARA

SUNWAYDAMANSARA

TAMANPERINDUSTRIAN JAYA

DAMANSARA DAMAIPJU 10 BANDAR

SRI DAMANSARAPJU 9

DAMANSARAPERDANA

PJU 8

MUTIARADAMANSARA

PJU 7

BANDAR UTAMA

KG. KAYU ARA

PJU 6

HOTSPOT JUMLAH KES

MENTARI COURT PJS 8 226

KOMPLEKS KEDIAMAN KASTAM

SS 668

APARTMENT PERMAI PJU 10 62

Page 8: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

08 BERITA PETALING JAYA

LAWATAN DELEGASIMAJLIS PERBANDARANQINGYUANJALAN YONG SHOOK LIN, 8 JUN – Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima lawatan delegasi Majlis Perbandaran Qingyuan, China. Lawatan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta perbincangan kerjasama dua hala bagi mengukuhkan lagi aspek teknologi maklumat, penyediaan infrastruktur, sistem pengangkutan, kemudan awam dan lain – lain yang bermanfaat terhadap kedua-dua bandar.

Majlis tandatangan memorandum perjanjian hubungan dua hala antara kedua bandar ini dijangka diadakan pada November 2016.

PERASMIAN TAMAN PJ ECOMOBILITITAMAN JAYA, 23 MEI- Majlis telah melancarkan projek PJ-Ekomobiliti yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Local Agenda 21 Petaling Jaya. Perlancaran ini juga bertujuan untuk mencapai matlamat bandar raya berkarbon rendah menerusi usahasama dan penyertaan semua pihak berkepentingan.

Perlaksanaan projek

ini juga adalah selaras dengan Low Carbon Cities Framework (LCCF) MBPJ dan rancangan 5 tahun dengan Carbon Trust United Kingdom bagi menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya yang berkarbon rendah dan mampan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain

turut memaklumkan sebanyak RM 4 juta diperuntukkan untuk menjadikan tasik Taman Jaya sebagai signature park pada tahun 2017.

Turut hadir sama Timbalan Datuk Bandar, Johary Anuar serta Ahli-ahli Majlis dan pegawai MBPJ.

KURSUS ASAS KONTRAKTOR PEMBERSIHAN AWAM SIRI 3BANGSAR, 27 JUN - MBPJ telah mengadakan bengkel kursus asas pengurusan, penyeliaan, dan pekerja kepada kontraktor pembersihan awam Majlis.

Kursus asas siri ketiga ini bertujuan untuk memberi panduan kepada kontraktor yang dilantik agar mematuhi serta memahami

bagi merealisasikan hasrat Majlis bagi menjadikan Petaling Jaya ke arah bandar raya bersih.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi bin Mohd Zain, turut serta untuk menyampaikan amanat kepada kontraktor yang dilantik.

Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar beserta Ahli Majlis mengangkat plak ‘We Love PJ’

Para peserta tekun mendengan taklimat yang disampaikan oleh penceramah

Page 9: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

09 BERITA PETALING JAYA

JALAN YONG SHOOK LIN, 20 OGOS - Sempena sambutan ulang tahun bandaraya ke 10 bandar raya Petaling Jaya, Majlis dengan kerjasama PCP Publication dan Nikon telah menganjurkan pertandingan Fotografi MBPJ Photo Hunt: Wonders Of PJ.

Pertandingan fotografi berkonsepkan photo hunt ini merupakan kali pertama diadakan bagi menampilkan persepktif berbeza dan lebih menarik, setiap peserta dikehendaki menuju ke lokasi-lokasi menarik di sekitar petaling jaya.

Seramai 400 peserta yang datang daripada pelbagai negeri telah menyertai pertandingan ini.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar majlis, Johary Bin Anuar.

SHAH ALAM, 30 OGOS – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengungguli pertandingan perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat Selangor bagi kategori pihak berkuasa tempatan (PBT).

MBPJ menewaskan MBSA dan MPAJ yang masing-masing menjadi naib johan dan tempat ketiga.

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Selangor pada tahun ini di adakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang dihadiri lebih dari 8000 orang.

Dato’ Menteri Besar Selangor menyampaikan hadiah kepada kontinjen pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan.

PHOTO HUNT : WONDERS OF PJ

MBPJ UNGGULI PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN

Page 10: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

10 BERITABERITA PETALING JAYA

SMART TRAK

SMART SELANGOR

JALAN YONG SHOOK LIN, 30 OGOS - Majlis telah menerima Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berhubung pelaksanaan Garis Panduan Trak Bergerak (makanan, barangan, & perkhidmatan) di Negeri Selangor pada 25 Ogos 2016. Untuk makluman tuan/puan permohonan bagi lesen trak bergerak boleh dibuat bermula pada 1 September 2016.

Buat masa kini permohonan hanya boleh dibuat secara manual iaitu dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter Pelesenan tingkat 6, Menara MBPJ. Untuk makluman, Majlis sedang membangunkan permohonan secara online bagi memudah dan mempercepat proses permohonan trak bergerak atau dijenamakan sebagai smart trak.

Trak bergerak atau smart trak ini merangkumi 3 aspek iaitu makanan, barangan dan

perkhidmatan. Majlis telah menyediakan 31 lokasi di seluruh Petaling Jaya yang melibatkan 90 tapak bagi penempatan smart trak ini. Di antara lokasi tersebut adalah di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya, Seksyen 14, Petaling Jaya, Jalan SS25, Petaling Jaya, Jalan PJU5, Kota Damansara,Petaling Jaya, Seksyen 3, Jalan Teknologi, Kota Damansara dan lain-lain.

Bagi lokasi tapak smart trak yang dikendalikan oleh Majlis, pemohon boleh mendapatkan senarai lokasi di laman web MBPJ atau terus ke Kaunter Pelesenan tingkat 6, Menara MBPJ.

Bagi permohonan smart trak di tapak persendirian atau mengadakan aktiviti karnival, pemohon boleh membuat permohonan dengan mengemukakan surat rasmi mengadakan aktiviti dengan melampirkan pelan dan gambar lokasi.

Selaras dengan konsep pelaksanaan Smart Selangor, adalah menjadi harapan Majlis supaya Bandaraya Petaling Jaya dapat meningkatkan kecekapan dari segi proses pembangunan melalui pembaharuan peraturan dan prosedur di samping meningkatkan infrastruktur yang efisien supaya Petaling Jaya kekal berdaya saing di peringkat negeri,

negara mahupun antarabangsa.

Pembaharuan ini adalah sejajar dengan permintaan perkhidmatan masyarakat Petaling Jaya yang mengharapkan perkhidmatan yang di tawarkan Majlis untuk masyarakat Petaling Jaya adalah perkhidmatan yang cekap, efisyen, sistematik dan penuh berintegriti.

Sementelahan usia Majlis yang menjangkau usia 10 tahun bertaraf bandar raya, proses-proses terknikal yang melibatkan pembangunan, infrastruktur yang berdaya saing dan peraturan-peraturan prosedur yang memudahakan ketika menjalani urusan harus dijadikan tunjang utama di masa hadapan.

Page 11: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

11 BERITABERITA PETALING JAYA

SAMBUTAN KALI KE-3 STAMP FAIR 2016 MERIAHSEKSYEN 52, 4 SEPTEMBER - Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya sentiasa menggiatkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat buat masyarakat di Petaling Jaya. Aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan semua peringkat umur.

Bersempena dengan bulan Kemerdekaan Ke-59 dan Hari Malaysia 2016 yang lalu, satu program 3rd Stamp Fair telah diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Program dengan kerjasama Persatuan Setem Malaysia ini diadakan untuk memberi peluang kepada penggiat dan pengumpul setem berkongsi minat, maklumat dan bertukar-tukar pandangan bersama Dato’ Anuar Bashah selaku Presiden Persatuan Setem Malaysia.

Di samping itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah, jualan, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan pameran setem.

Page 12: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

12 BERITABERITA PETALING JAYA

HAMPIR 7 RIBU HADIRI PJ FAIR 2016SEKYEN 52, 29 OGOS – Meriah. Itulah ungkapan yang dapat digambarkan sambutan Festival PJ Fair pada edisi kali ini. Ironinya, festival ini juga adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Petaling Jaya sebagai Bandar Raya.

Sepertimana penganjuran Festival Petaling Jaya pada tahun-tahun sebelum ini, Pusat Bandar Seksyen 52 sekali lagi menjadi lokasi tetap festival

selaras dengan hasrat Majlis untuk menceriakan Pusat Bandar ini melalui pelbagai program dan aktiviti sosial dan seterusnya menyokong pelaksanaan Projek “PJ Liveable City @ Seksyen 52. Selain itu Majlis juga menyahut seruan kerajaan Negeri untuk menjadikan Bandar Petaling Jaya ini sebagai kota seni bagi melahirkan masyarakat sentiasa hidup dengan interaksi sihat melalui aktiviti seni, kebudayaan dan intelektual.

Paling manis PJ Fair kali ini, acara wefi e yang dianjurkan berjaya diiktiraf dalam Malaysia Book of Record sebagai yang teramai iaitu 1,502 pengunjung direkodkan.

Antara aktiviti lain sepanjang festival PJ FAIR 2016 ini berlangsung ialah, persembahan busking, persembahan kebudayaan, Pertandingan Peragaraan fesyen kanak-kanak, Fleamarket, Foodtruck,

Perarakan Mini, booth jualan baju dan pakaian sukan, pameran makanan antrabangsa yang dibawa khas dari negara Hungary, Indonesia, Sudan, Kazakhstan, dan Bangladesh.

Penglibatan artis-artis tempatan antaranya Amy Search, Zamani Slam, Altimet, Amir Jahari, Hunny Madu, Eto Blues Gang, De Fam, Adeline Tsen dan Mr.5k memeriahkan lagi festival “The Colors of PJ” ini.

Page 13: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

13 BERITABERITA PETALING JAYA

Page 14: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

14 BERITABERITA PETALING JAYA

KEMASKINI REKOD HARTA CUKAI TAKSIRAN

INVENTORI GUNA TANAH DI PJ OLD TOWN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang dalam proses mengemaskini rekod pemilikan harta di seluruh kawasan pentadbiran Majlis.

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, telah mula menghantar notis beserta Borang I kepada pemilik harta yang berkaitan untuk tujuan pengemaskinian rekod.

Sehubungan dengan itu, pemilik harta yang menerima notis beserta Borang I tersebut, diminta untuk memberi kerjasama dengan melengkapkan Borang I yang disertakan dan dihantar semula kepada Majlis dalam masa 2 minggu dari tarikh notis

bagi tujuan pengemaskinian. Kegagalan untuk mengembalikan semula Borang I tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) akan mengakibatkan Majlis menguatkuasakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 160 (1) dan (6), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Untuk makluman pemilik harta juga, sekiranya berlaku pindahmilik terhadap harta milik, pemilik harta berkenaan hendaklah dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik disempurnakan memaklumkan kepada Majlis

melalui Borang I berhubung pindahmilik tersebut. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sesuatu individu itu didenda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, bagi urusan pertukaran nama pemilik harta, pemilik juga boleh melayari laman web MBPJ dan memuat turun Borang I melalui laman tersebut atau pemilik harta juga boleh datang terus ke kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Tingkat 11, Menara MBPJ atau ke Pejabat Cawangan MBPJ di Kota Damansara

PJ OLD TOWN, 5 OGOS - Majlis telah mengadakan taklimat Inventori Guna Tanah di PJ Old Town bagi memaklumkan bahawa MBPJ akan menjalankan inventori guna tanah semasa di kawasan tersebut selama 2 minggu bermula 8 Ogos 2016 hingga 21 Ogos 2016.

Hadir sama ke taklimat tersebut adalah Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Johary Bin Anuar, Adun Bukit Gasing, YB Tuan Rajiv A/L Rishyakaran, Adun Taman Medan, YB Haniza Binti Mohamed Talha, Ahli Majlis MBPJ serta wakil-wakil penduduk Seksyen 1,2,3 dan 4.

Page 15: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

15 BERITABERITA PETALING JAYA

SALURAN ADUAN: MEDIUM BUAT ORANG RAMAIJALAN YONG SHOOK LIN, 14 SEPTEMBER – Masyarakat kini dapat menyalurkan aduan kepada MBPJ melalui saluran yang disediakan dengan yang lebih mudah dan berkesan.

Sebarang aduan juga boleh dikemukakan di talian ‘hotline’ 03-7954 2020 atau aplikasi Whatsapp 017-612 8848 atau emel [email protected].

Manakala medium surat aduan boleh dihantar terus menerusi Seksyen Aduan Awam MBPJ, Jalan Yong Shook Lin atau datang terus berurusan di kaunter ibu pejabat Majlis.

Page 16: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

16 BERITABERITA PETALING JAYA

OPERASI KE ATAS PATI OPS BERSEPADU BANTERAS PATIPada 23 September 2016 sekali lagi Majlis

telah mengadakan satu Ops Bersepadu PATI ke atas premis-premis pusat kesihatan dan kecantikan (rumah urut) serta pusat hiburan di SS21, SS20 (Damansara Utama) serta PJU 8 (Damansara Perdana) dan seramai 3 orang warga asing telah ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah / lengkap.

Pada 22 September 2016, satu Ops Bersepadu membanteras PATI telah diadakan ke atas premis-premis tred di sekitar Seksyen 52 (Pusat Bandar Petaling Jaya), Persiaran Meranti (SD12) serta Damansara Damai (PJU 10) dan seramai 47 warga asing telah ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah / lengkap.

OPERASI BERSEPADU BERSAMAAGENSI ANTI DADAH KEBANGASAAN (AADK)

OPERASI BERSEPADU KHAS RAMADAN 2016 NEGERI SELANGOR

OPERASI KENDERAAN BURUK

JALAN YONG SHOOK LIN, 3 JUN - Majlis telah menjalankan satu operasi bersepadu bersama-sama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di pusat hiburan serta pusat snuker sekitar Petaling Jaya. Hasil daripada operasi bersepadu tersebut, sebanyak 18 orang warga tempatan telah berjaya ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki positif dadah.

SEKSYEN 52, 26 JUN- Majlis telah menjalankan operasi bersepadu bagi membanteras isu pemerdagangan manusia bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan agensi-agensi yang berkaitan di kawasan-kawasan hotspot sekitar Petaling Jaya.

Hasil daripada operasi bersepadu tersebut, seramai 77 orang warga tempatan dan asing telah berjaya ditahan dan diselamatkan.

Sepanjang Jun 2016, Majlis telah menerima aduan sebanyak 1,138 aduan kenderaan buruk di sekitar Petaling Jaya. Pada 14 dan 15 Julai 2016, operasi kenderaan buruk di sekitar PJU 10, Petaling Jaya telah dijalankan. Sebanyak 13 kenderaan buruk telah berjaya diambil tindakan sitaan dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 677 aduan yang telah berjaya diselesaikan dan bakinya sebanyak 461 masih di dalam tindakan.

Page 17: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

17 BERITABERITA PETALING JAYA

Skuad PantasJALAN YONG SHOOK LIN, 14

SEPTEMBER – Masyarakat kini dapat menyalurkan aduan kepada MBPJ melalui saluran yang disediakan dengan yang lebih mudah dan berkesan.

Sebarang aduan juga boleh dikemukakan di talian ‘hotline’ 03-7954 2020 atau aplikasi Whatsapp 017-612 8848 atau emel [email protected].

Manakala medium surat aduan boleh dihantar terus menerusi Seksyen Aduan Awam MBPJ, Jalan Yong Shook Lin atau datang terus berurusan di kaunter ibu pejabat Majlis.

Page 18: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

18 BERITABERITA PETALING JAYA

KAWALAN KE ATAS KONTRAKTOR SWASTA BAGI KUTIPAN SISA PEPEJAL

PENGURUSAN ASET LANDSKAP

SEKSYEN 52, 29 SEPTEMBER - Jabatan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam MBPJ sedang melaksanakan pendaftaran kontraktor-kontraktor swasta yang menjalankan perniagaan memberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang beroperasi di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

Tujuan pendaftaran ini bagi mengawal aktiviti kontraktor-kontraktor tersebut terutama mengenai proses pelupusan sisa pepejal oleh mereka seterusnya dapat mengekang gejala pembuangan sampah secara haram di mana-mana lokasi yang berpotensi.

Bagi memastikan perkhidmatan kontraktor swasta ini terkawal, maka Jabatan

mengesyorkan agar kawalan diletakkan ke atas pemegang-pemegang lesen bagi mana-mana premis yang tidak menerima perkhidmatan kutipan sisa pepejal daripada Majlis.

Bagi tujuan tersebut, mulai 1 Januari 2017 sektor yang tidak menerima perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik, sisa pukal dan sisa kebun daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dikehendaki untuk menggunakan perkhidmatan kontraktor panel swasta yang telah berdaftar dengan Majlis bagi mengutip dan melupuskan sisa pepejal.

Matlamat dan objektif adalah untuk menguruskan sisa pepejal bermula dari peringkat perancangan, operasi dan pelesenan demi mencegah

penjanaan jumlah sampah yang berleluasa. Ia juga dilihat dapat memberi fokus kepada prinsip “3R”, “Polluters Pay”, “Waste Is Resources”.

Selain itu, ia juga dilihat dapat mencegah insiden pembuangan sampah secara haram dan tidak teratur. Keseragaman ini juga dapat memastikan amalan pengasingan sampah khususnya sampah domestik, sampah pukal dan sampah berjadual dilakukan di peringkat punca penjanaan selain dapat memantau lokasi asal dan destinasi pelupusan sampah yang dijanakan oleh sektor ini demi memastikan pengurusan sisa pepejal yang teratur.

Penggunaan servis pelupusan sampah daripada kontraktor panel swasta yang berdaftar dengan

MBPJ merupakan pra-syarat kepada :-

• Permohonan Lesen Perniagaan

• Permohonan Lesen Penjajaan

• Permohonan Permit Menganjurkan Program

• Permohonan Permit Menutup Jalan

• Permohonan Mendapatkan Bantuan Kawalan Keselamatan Dan

Lalu Lintas • Permohonan Atau

Pembaharuan Lesen Perniagaan Tahunan

• Permohonan Kelulusan Permit

Pengurusan aset landskap perlu dirancang dan diurus dengan cekap dan berkesan. Penyelenggaraan landskap iaitu aktiviti utama dalam pengurusan landskap adalah penting untuk diberi fokus bagi memastikan landskap yang berkualiti dan menepati fungsi yang di rancangkan dan seterusnya memberikan imej yang baik kepada Majlis. Dengan perancangan yang berkesan, kawasan dan aset landskap termasuk pokok-pokok ameniti dapat diurus dengan baik. Selain itu, Majlis juga dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kerugian akibat pokok tumbang semasa hujan lebat.

Untuk tujuan tersebut sejumlah 40

kontraktor penyelenggaraan landskap dilantik, terkini Majlis telah melantik 30 kontraktor kawasan landskap secara kontrak berpenggal mengikut Zon Ahli Majlis. Sebanyak 7 kontraktor khusus telah dilantik untuk menyelenggara taman awam dan 3 lagi akan menyusul mulai Januari, 2017, bagi memastikan lebih tumpuan diberikan kepada kawasan taman awam yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Skop kerja utama kontraktor landskap adalah meliputi penyelengaraan tanaman hiasan termasuk pokok-pokok teduhan, pembersihan kawasan lapang serta melupus pokok liar.

Bagi memastikan kualiti perkhidmatan mereka adalah mengikut kehendak Majlis dan

Amalan-amalan Hortikultur dan Arborikultur yang terbaik, semua kontraktor yang dilantik diberikan pendedahan melalui bengkel yang diadakan dalam 3 modul dengan sasaran peserta yang ditetapkan. Untuk makluman juga, Bengkel Penyelenggaraan Landskap untuk kontraktor baru yang akan memulakan kerja pada 1 Oktober, 2016 sekarang sedang berlangsung di Agrotek Resort, Hulu Langat.

Di samping itu juga, Majlis juga telah menetapkan tarikh turun padang Jabatan Landskap bersama kontraktor untuk memperkenalkan kontraktor dan pegawai jabatan yang terlibat kepada Ali Majlis dan penduduk mengikut Zon Ahli Majlis.

Page 19: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

19 BERITABERITA PETALING JAYA

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT MBPJ MERIAH

JALAN YONG SHOOK LIN, 2 OGOS – Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya disambut meriah dalam suasana penuh keharmonian dan keceriaan.

Sambutan Aidilfitri yang bermula jam 3 petang itu bagaimanapun didatangi para pengunjung seawal jam 2.30 petang lagi. Rata-rata para pengunjung yang tiba bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai begitu kelihatan ceria sebaik tiba di perkarangan tempat

letak kenderaan yang dijadikan tapak utama sambutan hari raya yang diadakan pada kali ini.

Turut hadir sama mantan-mantan Datuk Bandar Petaling Jaya, YDP Ampang Jaya, mantan-mantan Ahli Majlis, mantan-mantan pegawai Majlis, rakan-rakan media dan pihak-pihak berkepentingan Majlis.

Timbalan Datuk Bandar mengetuai barisan penyambut tetamu sambil diiringi oleh Ahli-Ahli Majlis dan pengurusan tertinggi.

Semua Pemegang Lesen BOLEH MEMPERBAHARUI LESEN 2017 MULAI BULAN OKTOBER 2016.Bagi memudahkan urusan tersebut pihak MBPJ akan membuka KAUNTER BERGERAK

MANA-MANA PEMEGANG LESEN YANG GAGAL MEMPERBAHARUI LESENSEBELUM ATAU PADA 31 DISEMBER 2016 BOLEH DIKENAKAN DENDA / PEMBATALAN LESEN

KEMPEN JOM BAYAR LESEN PERNIAGAAN DAN PENJAJA 2017

KEMPEN JOM BAYAR LESENPERNIAGAAN DAN PENJAJA 2017

Sila dapatkan maklimat lokasi kaunter bergerak di

KAUNTER IBU PEJABAT MBPJ SEPANJANG DISEMBAR 2016dari jam 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Disembar 2016SEPANJANG

JABATAN PELESENANMajlis Bandaraya Petaling Jaya

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

03 - 7960 4667 / 03 - 7954 1560

Page 20: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

20 BERITABERITA PETALING JAYA

PELANCARAN SUSTAINABLE COMMUNITY AWARDS

SEKSYEN 52, 13 OGOS - Majlis melancarkan Anugerah Perdana Komuniti Mampan Bagi Tahun 2016 Bagi Memberi Pengiktirafan Kepada Inisiatif Dan Pencapaian Komuniti Yang Cemerlang Dalam Menmbah Baik Kualiti Alam Persekitaran Dan Kemampanan Komuniti.

Pengiktirafan komuniti dalam pertandingan ini adalah

berdasarkan kepada 5 bidang khusus yang telah digariskan dalam pelan strategik “Sustainable Petaling Jaya 2030” iaitu, Alam Sekitar, Ekonomi, Budaya & Komuniti, Habitat dan Urus Tadbir.

Majlis pelancaran anugerah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Johary Bin Anuar.

TASIK TAMAN AMAN, 23 MEI - MBPJ bersama Adun Kampung Tunku telah mengadakan Program Mesra Rakyat bertempat di Tasik Taman Aman, Jalan 22/49 Seksyen 22.

Program ini juga merupakan satu tanggungjawab dan sumbangan khidmat sosial Majlis kepada penduduk setempat bagi mengeratkan hubungan dua hala yang sedia terjalin serta membendung pemasalahan sosial dengan pengisian program yang sihat dan bermanfaat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan sukaneka, peraduan mewarna, tarik tali, color walk dan cabutan hadiah bertuah.

Dalam pada itu, Timbalan Datuk Bandar Johary Anuar telah menyempurnakan majlis penyerahan watikah pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) zon 19.

Turut hadir, YB Lau Weng San ADUN Kampung Tunku, YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Ahli-ahli Majlis serta kakitangan MBPJ.

PROGRAM MESRA RAKYAT MBPJ DUN KAMPUNG TUNKU

Page 21: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

21 BERITABERITA PETALING JAYA

MBPJ BERALIH KEPADA SISTEM PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD COMPUTING) MELALUI APLIKASI GOOGLE APPS FOR WORKJALAN YONG SHOOK LIN, 29 SEPTEMBER - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini mengumumkan peralihan kepada kemudahan teknologi Pengkomputeran Awan bagi mempertingkatkan tahap kecekapan operasi, perkhidmatan dan produktiviti kakitangan awam dengan menggunakan Aplikasi Google Apps for Work.

Aplikasi Google Apps ini adalah perisian produktiviti berasaskan awan yang membantu warga kerja MBPJ melaksanakan kerja rasmi yang dilakukan di mana-mana sahaja berada menggunakan peralatan mudah alih atau lebih dikenali sebagai BYOD (Bring Your Own Device). BYOD adalah peralatan mudah alih persendirian seperti telefon pintar, tablet dan laptop yang digunakan untuk tujuan rasmi.

Bagi pelaksanaan Google Apps ini membolehkan warga kerja berkongsi dan mengedit pelbagai jenis fail, dokumen, spreadsheet, persembahan dan banyak lagi dalam masa nyata. Semua kerja kakitangan akan disimpan secara automatik dalam awan. Warga kerja mempunyai akses secara terus kepada e-mel, kalendar, dokumen dan laman web dan dapat bekerja dengan cara yang selamat, tidak kira di mana berada dan apa peranti yang digunakan.

Pakar dan Penasihat Solusi Pengkomputeran Awan terkemuka di Malaysia, G-Asiapacifi c Sdn Bhd telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini dan apabila pemasangan

selesai, MBPJ akan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang beroperasi menggunakan kemudahan Aplikasi Google Apps for Work melalui pengkomputeran awan di Malaysia.

Menurut Datuk Bandar MBPJ Tuan Mohd Azizi Bin Mohd Zain, peralihan kepada pengkomputeran awam merupakan sebahagian daripada proses memperkasakan kapasiti ICT dan memantapkan Sistem Penyampaian Digital bagi meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan Bandaraya. Langkah ini dilihat dapat mengatasi pelbagai cabaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dihadapi bagi membolehkan pihaknya memberi tumpuan kepada peranan utama dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Antara cabaran ICT yang dihadapi termasuk bebanan penyelenggaraan perkasasan, storan data, dan sebagainya.

“G-Asiapacifi c mempunyai kepakaran unik dan terbaik khususnya untuk menjayakan proses peralihan kepada pengkomputeran awan di Majlis. Mereka mempunyai kepakaran tinggi dalam memenuhi permintaan keperluan yang lebih kompleks. Peralihan kepada pengkomputeran awan akan mendorong keperluan utama MBPJ untuk menggalakkan kakitangan untuk menjalankan tugas secara mudah alih menerusi kolaborasi peralatan komunikasi serta perkongsian data dan

maklumat dalam masa nyata. Ini juga akan membantu MBPJ utnuk memberi maklumbalas yang lebih pantas kepada orang ramai dan menjadikan perkhidmatan kami lebih efi sien. Dengan G-Asiapacifi c, kami juga lebih fl eksibel untuk beralih daripada platfom lain bergantung kepada keperluan khas ICT kami tanpa sebarang gangguan operasi. Ini juga menjadi satu kelebihan tambahan,” jelas Datuk Bandar MBPJ, Tuan Mohd Azizi Mohd Zain.

G-Asiapacifi c merupakan satu-satunya pakar penyedia penyelesaian teknologi pengkomputeran awan di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis pengkomputeran awan utama iaitu Google, Amazon Web Services (AWS) dan Microsoft.

“Sebagai PBT pertama yang beroperasi dengan sistem pengkomputeran awan pertama Aplikasi Google Apps for Work, ini jelas mencerminkan komitmen Majlis dalam mengambil pendekatan berdaya maju. Kami sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan kos efektif terbaik kepada orang ramai menerusi kecanggihan teknologi terkini. Kesungguhan kami dalam memperbaiki dan mengunakan platform awan juga mencerminkan komitmen ini. Kemudahan untuk mempertingkatkan tahap produktiviti ini termasuk emel, kalendar, storan pengkomputeran awan, khidmat persidangan video dan banyak lagi bagi memperbaiki keupayaan dan produktiviti kakitangan kami,” tambah beliau.

Menurut Pengarah G-Asiapacifi c, Goh Kiang Kian, Pelaksanaan awal ini akan diikuti dengan peralihan kepada platform pengkomputeran awan yang lebih kompleks untuk menambah Pelan Pemulihan Bencana serta solusi sokongan dalam peringkat seterusnya. Ini membantu mewujudkan satu persekitaran pengkomputeran awan bersifat hibrid sebelum infrastruktur MBPJ beralih sepenuhnya kepada platform pengkomputeran awan.

“Pengkomputeran awan merupakan langkah seterusnya dalam memperbaiki serta mempertingkatkan cara organisasi beroperasi. Ini merangkumi mana-mana organisasi perkhidmatan awam dan PBT yang selama ini berusaha mencari kaedah terbaik dalam menguruskan infrastruktur ICT dan keperluan yang lain. Teknologi pengkomputeran awan sekali lagi memudahkan sesuatu perniagaan dan perkhidmatan beroperasi,” ujar Goh Kiang Kian.

Sejak Jun 2015, penggunaan Cloud (awan) sebagai model pengkomputeran pilihan untuk aplikasi perniagaan perusahaan semakin meningkat dan mencatatkan rekod pertumbuhan sebanyak 100 peratus. Peningkatan ini ketara di dalam semua industri di Malaysia. Ini merangkumi perniagaan-perniagaan tempatan dalam sektor swasta dan awam termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat korporat gergasi.

Page 22: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

23 BERITABERITA PETALING JAYA

TAMAN MEDAN, 26 JUN 2016 – Seramai 155 fakir miskin di sekitar PJS telah menerima sumbangan yang disampaiakn Ahli Majlis Zon 18, Ariffin MAhaiyudin. Sumbangan berupa keperluan harian dan wang tunai.

BANDAR SUNWAY, 1 JULAI 2016 - Jawatankuasa Masjid Al-Husna Bandar Sunway dan Ahli Majlis Zon 24, Halimey Abu Bakar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri. Acara dimulakan dengan khatam Al-Quran oleh 45 peserta, sumbangan kepada surau-surau, penghargaan kepada ahli jawatankuasa dan duit raya kepada anak-anak kariah.

KG. LINDUNGAN, 2 JULAI 2016 - Menghargai jasa-jasa ahli jawatankuasa dan petugas-petugas Masjid Islamiah, Kg. Lindungan sepanjang Ramadan, satu majlis Malam Khidmat Bakti telah dianjurkan Jawatankuasa Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan dan Ahli Majlis Zon 24, Halimey Abu Bakar. Turut hadir Ahli Majlis Zon 21, Hj. Mohd Ghazali Daud.

SG. WAY, 26 JUN 2016 - Dengan kerjasama Persatuan Penduduk SS 9, Sg. Way Ahli Majlis Zon 23, Azri Mohamad Arish telah mengadakan Majlis Sumbangan Hari Raya kepada Warga Emas, Ibu-ibu Tunggal, Anak-anak Yatim dan Golongan Kurang Upaya. Sumbangan dalam bentuk barangan dapur seperti gula, tepung, dan sedikit wang tunai.

Page 23: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

24 BERITA PETALING JAYA

SEKSYEN 52, 21 OGOS - Seramai 5100 peserta mengambil bahagian dalam acara larian PJ Half Marathon 2016. Masih bertemakan ‘Run Because You Can’ acara larian ini mendapat kerjasama persatuan olahraga para selangor (pops) dan Puncak Ventures SRA Sdn Bhd.

Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka 21 km, 10 km, 7 km dan 3 km.

Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Datuk Bandar, Johary Bin Anuar yang turut disertai Ahli-ahli Majlis MBPJ.

SEKSYEN 52, 6 OGOS - Dalam menyemarakkan lagi aktiviti seni di Petaling Jaya, MBPJ telah mengadakan pertandingan menari PJ Urban Dance Competition.

Pertandingan ini juga memberi peluang kepada golongan belia

dan masyarakat umum untuk mempamerkan bakat menari serta menggilap potensi karier di masa hadapan.

Hadir bersama memeriahkan program ini adalah Ahli-Ahli Majlis MBPJ.

PJ HALFMARATHON

PJ URBAN DANCE

Page 24: Berita Petaling Jaya Julai - Ogos 2016

PERCUMAUMRamadan - Syawal 1437H

M

Misi Perkhidmatan Pelanggan

KUALITI KEUTAMAAN KAMI

adan - awal 1437Hwal 1437H7H7H437HHyawSy- S HHan - -MAAAAAAA

maRamJULAI 2016

KEJOHANAN GOALBALL TERBUKA KEBANGSAAN KEJOHANAN TENIS REMAJA

TERBUKA MBPJ – MILO 2016

Ramah mesra bersama pasukan angkat SUKMA 2016

KELANA JAYA, 30 MEI - MBPJ telah mengadakan kejohanan goalball terbuka kebangsaan Piala Datuk Bandar kali ke 6 yang bertempat di Dewan D’kelana, Kelana Jaya.

Penganjuran kejohanan ini merupakan usahasama MBPJ dan Persatuan Sukan Goalball Orang Buta Malaysia dalam mengeratkan lagi hubungan di

antara masyarakat dan golongan orang kelainan upaya (oku).

Disamping itu, kejohanan ini juga memberi pendedahan serta mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Zon 22, Mohd Azizi Ariffin.

JALAN YONG SHOOK LIN, 5 JUN - MBPJ dan Persatuan Tenis Selangor telah menganjurkan kejohanan tenis remaja terbuka MBPJ-Milo 2016 bertempat di Kompleks Sukan MBPJ di Kelana Jaya. Kejohanan selama 5 hari tersebut merupakan usaha MBPJ dalam mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat baru khususnya dari

peringkat akar umbi.

Lebih menarik kejohanan ini diiktiraf oleh Persatuan Lawan Tenis Malaysia (LTAM) sebagai kejohanan bertaraf ranking remaja kebangsaan dimana setiap pemain boleh memperbaiki ranking menerusi prestasi semasa.

JALAN YONG SHOOK LIN, 13 JULAI – Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi bin Mohd Zain telah meluangkan masa beramah mesra bersama pasukan

angkat SUKMA 2016 yang akan berangkat ke temasya sukan tersebut di Sarawak.

Pada majlis tersebut, Datuk

Bandar sempat menitipkan semangat agar membawa pingat emas yang ditawarkan selain bermain dengan penuh semangat kesukanan.

MBPJ juga telah menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada setiap pasukan iaitu, pasukan berbasikal, tenis, hoki lelaki dan wanita.