Berkelah Di Tepi Pantai Surat x Rasmi

2
Berkelah Di Tepi Pantai Soalan: Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu dan keluarga berkelah di tepi pantai pada cuti sekolah yang lalu. No 8, Jalan Hulu 8, Taman Damai, 34000, Taiping, Perak. 25 Jun 2015. Menemui sahabatku, Nandhini yang berada di Melaka. Semoga saudari dan keluarga sihat dan sejahtera. Saudari, Apa khabar? Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah berkelah di pantai Desaru. Pemandangan di Pantai Desaru sangat indah. Pasir di sana putih dan halus. Air laut di sana jernih seperti cermin. Setibanya di sana, kami menyalin pakaian. Selepas itu, saya dan adik bermain dengan seronok. Bapa saya juga berenang di dalam laut. Selepas 30 minit, kami pun berasa letih. Kami menikmati makanan sambil berbual-bual. Kami juga mengambil gambar sebagai kenangan manis. Selepas itu, adik dan bapa saya membina istana pasir. Saya dan emak mengutip kulit siput. Pada pukul 6.00

description

Berkelah Di Tepi Pantai Surat x Rasmi

Transcript of Berkelah Di Tepi Pantai Surat x Rasmi

Page 1: Berkelah Di Tepi Pantai Surat x Rasmi

Berkelah Di Tepi PantaiSoalan: Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu dan keluarga berkelah di tepi pantai pada cuti sekolah yang lalu.

No 8, Jalan Hulu 8, Taman Damai, 34000, Taiping, Perak.

25 Jun 2015.

Menemui sahabatku, Nandhini yang berada di Melaka. Semoga saudari dan keluarga sihat dan sejahtera.

Saudari,Apa khabar? Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah berkelah di pantai

Desaru.

Pemandangan di Pantai Desaru sangat indah. Pasir di sana putih dan halus. Air laut di sana jernih seperti cermin.

Setibanya di sana, kami menyalin pakaian. Selepas itu, saya dan adik bermain dengan seronok. Bapa saya juga berenang di dalam laut.

Selepas 30 minit, kami pun berasa letih. Kami menikmati makanan sambil berbual-bual. Kami juga mengambil gambar sebagai kenangan manis.

Selepas itu, adik dan bapa saya membina istana pasir. Saya dan emak mengutip kulit siput. Pada pukul 6.00 petang, kami mengemaskan barang-barang lalu pulang.

Sekian sahaja buat kali ini. Saya berharap agar saudari boleh berkelah di pantai Desaru.

Sekian, terima kasih. Sahabatmu, T.T Santhi