Berkhatan Dalam Islam

9
BERKHATAN DALAM ISLAM Berkhatan dari sudut Islam Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S. Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat. Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh. Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara. Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan. Sekian Wassalaam

Transcript of Berkhatan Dalam Islam

Page 1: Berkhatan Dalam Islam

BERKHATAN DALAM ISLAM

Berkhatan dari sudut Islam

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Sekian Wassalaam

Berkhatan tuntutan fitrah, sunnahMENUJU ALAM REMAJA...berkhatan antara tuntutan bagi menyempurnakan syarak.

BAGI seorang kanak-kanak lelaki, berkhatan adalah 'acara' kemuncak sebelum memasuki alam remaja.

Pada zaman dahulu, sebelum berkhatan kanak-kanak akan berbaju Melayu dan berkain pelekat, berendam di sungai.

Selepas itu mereka akan duduk di atas bahu bapa masing-masing dan diarak ke tempat berkhatan. Di sana tersedia sebatang pokok pisang tempat berkhatan.

Page 2: Berkhatan Dalam Islam

Usia anak lelaki yang dikhatankan biasanya antara 10 dan 12 tahun. Memang takut dan gementar mengenangkan ia perkara yang menyakitkan.

Tok mudim cukup 'digeruni' kerana dialah yang melakukan tugas khatan. Dari cerita yang disampaikan orang zaman dulu, tok mudim menggunakan penyepit khas yang diletakkan pada bahagian kulit zakar yang hendak dipotong.

Bahagian itu kemudian dipotong dengan pisau khas sebelum diletakkan iodin dan dibalut dengan kain. Selepas selesai berkhatan, kapur sirih disapu di bahagian pergelangan kaki bagi mencegah kegatalan daripada sejenis hama.

Kenduri bagi merayakan orang yang berkhatan turut diadakan dengan menjemput orang kampung memeriahkan hari bersejarah anak-anak lelaki menempuh alam remaja. Itu cerita dulu, kini di zaman moden, pengalaman berkhatan di atas batang pisang mungkin jarang dapat dilihat.

Kebanyakan anak-anak dikhatankan di klinik atau hospital menggunakan kaedah lebih moden, praktikal, kurang sakit selain luka cepat sembuh.

Sesuai dengan musim cuti persekolahan sekarang, ramai ibu bapa mengambil kesempatan mengkhatankan anak mereka.

Berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi bersabda yang bermaksud: "Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai."

Bagaimanapun, seseorang itu tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhatan sewaktu kecil atas alasan dia tidak mengetahuinya.

Terdapat beberapa pendapat ulama yang mengatakan bahawa khatan itu sunnah. Contohnya mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan Hambali.

Pendapat mereka berlandaskan kepada dalil syar'i yang memang secara tegas menyebutkan sunnah berkhatan. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Khitan itu sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Berdasarkan fatwa mazhab Syafie dan kebanyakan ulama berpendapat khatan itu hukumnya wajib, bukan saja untuk lelaki, tetapi juga perempuan.

Dalil yang menunjukkan wajib berkhatan adalah melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: "Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Cara berkhatan bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak kepala zakar itu keseluruhannya.

Page 3: Berkhatan Dalam Islam

Berbeza dengan perempuan, wajib baginya memotong sedikit daging yang ada di sebelah atas faraj (klitoris) atau cukup sekadar berdarah bagi memenuhi syarat berkhatan.

Berdasarkan sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah menegur Ummu 'Athiah dengan bersabda yang bermaksud: "Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong) kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh)." (Hadis riwayat at-Thabrani)Islam menuntut umatnya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan.

Dari sudut agama Islam, ia antara tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam bagi menyempurnakan tuntutan syarak.

Ini berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim serta membezakan antara orang Islam dengan penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.

Dari sudut kesihatan, terlalu banyak manfaat, antaranya dapat membersihkan zakar, memperelok, mencantik bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin.

Ia juga dapat mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi penyakit kelamin dan kanser.

Dengan itu tergambar kepada kita akan keindahan Islam serta rahsia di sebalik syariat amalan berkhatan yang dianjurkan Islam.

Apa yang jelas, jika tidak berkhatan ketika membuang air kecil kotoran itu akan bertakung di kawasan kulit zakar. Jadi bagaimana seseorang boleh bersolat jika dia tidak benar-benar dalam keadaan suci dan bersih.

Beberapa kajian dibuat berkenaan kebaikan berkhatan antaranya dalam buku bertajuk 'Kehidupan dan Seksologi' karangan Dr Sobri Al-Qubbani menyatakan khatan memberi manfaat besar terhadap kesihatan seperti dapat membebaskan seorang daripada penyakit kulit yang berpunca daripada peluh, daki, kuman serta kumpulan lemak di bahagian kulit yang menutupi kepala zakar, mengurangkan risiko kanser prostat serta mengelak sindrom kencing malam jika anak lelaki dikhatan awal.

Kemudian Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Ayyub, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Empat perkara dari sunnah Rasul iaitu: khatan, berwangi-wangian, bersiwak, dan nikah."

Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, Muhd Zainul Asri Ramli berkata hikmah berkhatan jelas dapat dilihat dari sudut kesihatan.

"Allah mensyariatkah khatan bagi mendidik hamba-Nya menjaga kebersihan. Sebelum

Page 4: Berkhatan Dalam Islam

melakukan kewajipan seperti bersolat contohnya seseorang perlu bersih daripada najis dan kekotoran.

"Melalui amalan khatan ini menjadikan seseorang itu bersih, sihat dan segar," katanya.

Zainul Asri berkata wajib bagi lelaki berkhatan seorang lelaki wajib berkhatan apabila mencapai usia akil baligh.

"Sunat dilakukan khatan ketika bayi berusia tujuh hari selepas dilahirkan dan jika sebelum itu hukumnya adalah makruh.

"Pendapat wajib khitan untuk lelaki berdasarkan arahan di dalam surah an-Nahl ayat 123 di mana Allah berfirman yang bermaksud: 'Kemudian kami wahyukan kepada kamu (Ya Muhammad iaitu): Ikutlah agama Ibrahim yang lurus dan tidaklah dia termasuk di kalangan orang-orang yang musyrik.'

"Dalam ayat berkenaan Allah memerintahkan Rasulullah untuk mengikuti ajaran Nabi Ibrahim di mana salah satu dari ajarannya ialah khitan. Nabi Ibrahim berkhatan pada umur lapan puluh tahun dan menjadi orang paling awal berkhatan," katanya.

Beliau berkata apabila anak lelaki dikhatankan maka sunat mengadakan kenduri manakala anak perempuan hanya sunat dihadiri jemputan wanita.

"Sama juga seperti majlis meraikan anak yang baru lahir, orang yang baru balik bermusafir serta khatam al-Quran yang biasa diadakan.

"Untuk majlis khatan ini pula ia diadakan dengan tujuan untuk memberi semangat kepada anak pada hari mereka dikhatankan," katanya.

Zainul Asri berkata hikmah berkhatan bagi lelaki ialah untuk memperelokkan bentuk zakar serta mencapai kelazatan apabila melakukan hubungan kelamin dengan isteri.

"Bagi perempuan, khatan adalah untuk memuliakan mereka. Selain itu, ia adalah bagi mengekang nafsu syahwat perempuan yang sememangnya lebih tinggi daripada lelaki.

"Bagi menjaga kehormatan wanita yang terbaik buat mereka adalah 'isymam' iaitu memotong sedikit hujung daripada kelentit mereka," katanya.

Beliau berkata bagi golongan mualaf mereka diberi pilihan sama ada untuk berkhatan atau pun tidak kerana Islam tidak membebankan umatnya.

"Bagaimanapun, kesedaran mengenai kebaikan dan kelebihan berkhatan mula disedari oleh orang bukan Islam," katanya.

Page 5: Berkhatan Dalam Islam

KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.

Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.

Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.

Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.

Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud: "Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."

Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama 'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.

Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu 'Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.

Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira."

Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.

Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.

Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan

Page 6: Berkhatan Dalam Islam

perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.

Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.

Bagi perempuan, khatan dapat menundukkan naluri nafsu yang membuak-buak, walaupun sesetengah pihak menentang amalan itu kononnya menghilangkan kenikmatan ketika bersama pasangan.

Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV.

Hasil kajian pakar Eropah dan Afrika di empat bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda daripada dijangkiti virus HIV.

"Kami mempunyai bukti berkhatan boleh mencegah risiko dijangkiti HIV di kalangan lelaki yang sememangnya berita baik berikutan beberapa laporan mengecewakan sebelum ini," demikian menurut rencana ditulis Marie-Louise Newell dan Till Barnighausen daripada Universiti KwaZulu-Natal di South Africa dan Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard.

Di wilayah Kwazulu-Natal yang kes HIV sangat tinggi, penyelidik mendapati kadar penduduk berkhatan amat rendah.

Sebanyak 35,000 jangkitan baru mungkin dapat dicegah pada 2007 jika 2.5 juta lelaki di sana berkhatan.

Penyelidik Amerika Syarikat, Richard Bailey, ketika berucap di persidangan mengenai Aids di Sydney, sebelum ini, menggesa pihak berkuasa setiap negara mempromosi amalan berkhatan kerana bukti saintifik menunjukkan ia boleh mengurangkan jangkitan HIV sebanyak 60 peratus.

Menurutnya, tiga kajian yang dijalankan di Afrika mengesahkan kepercayaan sedia ada mengenai keberkesanan khatan dalam mengurangkan jangkitan virus itu.

"Sudah tiba masanya untuk bertindak. Melengahkan amalan berkhatan boleh mendatangkan lebih banyak keburukan," kata pensyarah Universiti Illinois itu.

Amalan berkhatan juga dapat mencegah lelaki daripada menghidap barah zakar. Media melaporkan, satu kajian mendapati 87 daripada 89 kes barah zakar adalah di kalangan lelaki yang tidak berkhatan.

Di samping itu, ada beberapa faedah lain seperti memberikan ruang kepada zakar memanjang dan mengembang selepas kulup atau kulit penghujung zakar dipotong, malah memberikan daya ereksi lebih normal serta peningkatan daya kawalan daripada cepat ejakulasi.