Bersama datuk dr. hassan ahmad TAHUKAH ANDA? · PDF filejari bahasa Melayu dari pakar...

1
BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007 Halaman Tiga BAHASA PENJANA MINDA BICARA KARYAWAN S alah satu masalah budaya yang sedang dihadapi oleh orang Melayu hari ini ialah, mereka semakin tidak pandai menggunakan bahasa Melayu sebagai alat untuk berfikir secara krea- tif. Tanda orang Melayu tidak pandai berfikir dalam bahasanya sendiri dapat kita lihat daripada ‘kelakuan berbahasa’ mereka. Mereka terpengaruh dengan pera- turan nahu bahasa Inggeris atau sangat bergantung pada kata-kata atau istilah biasa dari bahasa Inggeris, padahal ada perkataan atau ungkapan dalam bahasa Melayu yang jauh lebih tepat, lebih betul dan sesuai untuk mengungkapkan fikiran kita dengan tepat, jelas dan bernas. Untuk menyelesaikan masalah ketidak- cekapan berbahasa Melayu mereka, mereka menggunakan bahasa Melayu yang ber- campur baur dengan kata-kata dan frasa- frasa atau ayat dari bahasa Inggeris. Orang yang mengkaji sosiologi bahasa menyebut fenomena ini sebagai ‘ code-switching’ atau code-mixture’. Kita sering mendengar istilah ‘bahasa rojak’ digunakan. Karya ilmu tidak mungkin dapat dihasilkan dalam bahasa rojak atau dalam ‘bahasa Melayu-bercampur bahasa Inggeris’. Dan orang Melayu tidak mungkin dapat menjadi bangsa yang cemer- lang jikalau mereka tidak pandai berfikir dengan cemerlang dalam bahasanya sendiri. Salah satu kesimpulan yang dibuat oleh para sarjana linguistik kognitif ialah: kanak-kanak sekolah lebih mudah mema- hami konsep-konsep ilmu yang asas jikalau konsep itu diajarkan dalam bahasa asalnya. Orang Melayu dewasa juga dapat berfikir secara kreatif dalam bahasa Melayu jikalau bahasanya atau fikirannya tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cara berfikir orang lain yang ditentukan oleh sistem bahasa orang lain itu. Maksud ‘berfikir secara kreatif’ ialah, kemampuan mencipta idea atau fikiran baharu melalui bahasa sendiri berdasarkan acuan budaya sendiri, bukan hanya meniru fikiran orang lain melalui bahasa orang lain itu. Sebagai contoh, kita boleh melihat bagai- mana ‘orang Melayu dahulu kala’ cukup pan- dai berfikir; mereka mampu mencetuskan idea, falsafah dan fikiran yang tinggi dan bernilai ilmu yang tahan ujian zaman mela- lui, misalnya, pepatah, peribahasa dan pan- tun. Mereka berfikir dengan menggunakan kaedah kiasan, perumpamaan, tamsil ibarat, atau melalui kaedah dan bahasa yang ber- corak figuratif atau metafora. Bahasa yang digunakan dalam karya itu tidak sahaja betul (tidak pernah salah), tetapi juga indah atau puitis, berangkap dan beritma, padahal mereka boleh jadi tidak pernah mempela- jari bahasa Melayu dari pakar tatabahasa bahasa Melayu, dan mungkin juga mereka ‘buta huruf’, yakni tidak tahu membaca dan menulis. Apakah ‘rahsia’nya? Rahsianya ialah, mereka mengetahui bahasa mereka secara intuitif, secara fitrah. Mereka tidak berkata ‘Dia ialah seorang guru’; mereka berkata ‘Dia guru’. Hanya orang yang terpengaruh dengan nahu bahasa Inggeris sahaja yang menggunakan ayat ‘Dia ialah seorang guru’ yang ‘diterjemahkan’ dari ayat Inggeris ‘ He is a teacher’. Mereka tidak berkata ‘Budak itu jatuh dari atas tangga’. Ini pengaruh pemikiran bahasa Inggeris. Orang Melayu berkata ‘Budak itu jatuh tangga’. Fikiran Melayu padat, jelas dan tepat apabila disam- paikan melalui bahasa Melayu yang betul, padat dan jelas. Fikiran Melayu bercelaru apabila mereka tidak pandai lagi berfikir dengan jelas dalam bahasa sendiri. Pengalaman saya berkomunikasi secara formal dengan sarjana dan pemikir bangsa Perancis dan bangsa Jepun meyakinkan lagi kepercayaan saya terhadap hasil kajian ilmuwan linguistik kognitif itu. Dalam beberapa kes, sarjana atau pemikir Perancis dan Jepun itu berkata bahawa mereka dapat berfikir ‘lebih jelas dan tepat’ dan lebih ‘krea- tif’ jikalau mereka berfikir dalam bahasa mereka sendiri, tidak dalam bahasa Inggeris. Jadi saya terpaksa berbincang dengan mere- ka melalui penterjemah. Orang Melayu yang berkata bahawa mereka lebih mudah berfikir dalam bahasa Inggeris tidak sedar bahawa mereka sebe- narnya tidak mampu menggunakan bahasa Melayu tinggi untuk berfikir dengan jelas dan mendalam dalam bahasa ini. Dan orang Melayu yang berkata bahawa mereka lebih selesa berfikir dalam bahasa Inggeris tidak bererti mereka sudah pandai berfikir! Paling-paling, mereka hanya meniru fikiran orang yang berbahasa Inggeris. Masalah ini mungkin berpunca dari- pada kaedah pendidikan bahasa Melayu di sekolah. Di sekolah pendidikan bahasa Melayu lebih menitikberatkan pengajaran bahasa sebagai sistem bahasa sahaja (ten- tang peraturan tatabahasanya, dll.) tetapi ‘isi budaya’nya atau ‘ cultural content’nya tidak digabungkan dengan atau dalam sis- tem itu. Kita mesti mengajar bahasa Melayu sebagai sistem budaya dan kognitif juga. Untuk mencapai tujuan ini, pelajar perlu diajarkan berfikir dalam bahasa Melayu dengan menggunakan bahan budaya seperti peribahasa, pepatah, puisi dan sebagainya sebagai korpusnya. Pengajaran bahasa sebe- narnya tidak boleh dipisahkan daripada pengajaran kesusasteraan yang dihasilkan dalam bahasa ini. Orang Melayu Perlu Pandai Berfikir dalam Bahasanya Sendiri TAHUKAH ANDA? G abungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia atau singkatan- nya GAPENA ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. GAPENA merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela yang bersifat nasional yang mewakili badan-badan dari semua negeri dan wilayah di Malaysia. Kini, GAPENA dianggotai oleh 23 buah badan penulis seperti Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM), Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dan lain-lain. Tujuan GAPENA ditubuhkan adalah untuk menyatukan penulis- penulis tanah air yang menghasilkan karya dalam bahasa kebang- saan, mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepenting- an penulis, mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat, menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal, iaitu bahasa Melayu serta berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada 11 Ogos 1992, Jabatan Perdana Menteri telah mengha- diahkan sebuah rumah kerajaan yang terletak di Jalan Hose sebagai pejabat dan pusat kegiatan GAPENA. Sepanjang 37 tahun penubuhannya, GAPENA telah menjayakan program seper- ti Hari Puisi, Hari Sastera, Pertemuan Sasterawan Nusantara, Perkampungan Penulis, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebang- saan, serta pelbagai lagi sayembara penulisan, kongres dan semi- nar. Program Ratib Seribu Syair yang merupakan acara pendek- lamasian puisi terpanjang yang diselenggarakan oleh GAPENA pada 2 hingga 3 November 2001 berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records. GAPENA sering menganjurkan kegiatan yang bersifat sejarah dan intelektual melalui program seperti seminar, program kerjasama dan memeterai perjanjian bagi memupuk ikatan bangsa-bangsa serumpun. Kegiatan GAPENA juga melibatkan penyertaan dunia Melayu yang luas melalui penganjuran Simposium Dunia Melayu di Sri Lanka, Afrika Selatan, Yunnan, Vietnam, Filipina, Russia, Madagaskar, Tanah Suci Makkah dan Madinah serta mengun- jungi USSR dan Republik Rakyat China. Kesan daripada pelbagai pertemuan sastera serta peraduan, penulisan dan penataran bakat, GAPENA telah dapat mewujudkan suasana persahabatan yang erat antara para sasterawan dan budayawan di seluruh Malaysia, Nusantara, ASEAN dan antarabangsa. Selain itu, GAPENA turut memberikan pengiktirafan kepada budayawan dan penyair melalui Anugerah Budaya GAPENA dan Anugerah Penyair GAPENA. Tokoh yang cukup sinonim dengan GAPENA sejak ditubuhkan ialah Ketua Satu GAPENA, iaitu Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ (Dr.) Pendeta Linggom Banua Melayu Ismail Hussein. Beliau dianugerahi Anugerah Sastera MASTERA 2006 kera- na ketokohan beliau sebagai pemikir, pejuang sastera, budaya dan menghidupkan perjuangan GAPENA selama 37 tahun. Kecermerlangan dan sumbangan GAPENA kepada negara dan rakyat diiktiraf apabila GAPENA menerima Anugerah Kualiti Kerajaan Malaysia dalam tahun 1980-an dan menjadikan GAPENA sebagai persatuan yang terkenal di seluruh dunia. GAPENA PERIBAHASA Kuman di Seberang Laut Nampak, Gajah di Pelupuk Mata Tidak Nampak P eribahasa ini menjelaskan tentang sifat dan akhlak manusia yang tidak menyedari kesalahan sendiri, tetapi kesalahan yang dilakukan oleh orang lain disedari walaupun sekecil kuman. Sifat sebegini tidak mengun- tungkan malah memberi kesan yang tidak baik kepada diri sendiri. Dalam peribahasa Cina juga terdapat peribahasa yang membawa makna yang sama, iaitu Mu Bu Jian Jie. Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin KATA DIALEK DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L3 18 (emel) F rasa kali ini masih mengandungi kata “day”. Seperti yang dijelaskan dalam artikel yang lalu, makna langsung atau tersurat bagi “day” mung- kin “hari” atau pun “siang” jika diter- jemahkan secara literal atau di pering- kat kata, namun dalam bentuk frasa ia membawa pelbagai makna apabila diterjemahkan dengan mengambil kira hubungan semantik dan aspek antara budaya, khususnya yang berbentuk ung- kapan idiomatik. Frasa-frasa berikut mem- punyai makna yang tersendiri berdasarkan konteks dan tidak mungkin diterjemahkan secara harfiah. PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah Bale D alam dialek Perak, bale bermaksud “bangsal yang disediakan untuk tetamu pada hari kenduri kahwin”. Contoh penggunaan: “Deme tengah buwat bale nak kenuri kawen Yati minggu depan” (mereka tengah buat bangsal nak kenduri kahwin Yati minggu depan). Oleh Shariffulizan Malek Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad (Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima) Oleh Fatimah Zahrin Mohd. Taib the order of the day kebiasaannya BI: Long sleeve batik shirts are the order of the day for the male guests at formal dinner functions. BM: Kemeja batik lengan panjang kebiasaannya dipakai oleh tetamu lelaki bagi sesuatu majlis makan malam rasmi. from that day sejak hari itu BI: From that day we became the closest of friends. BM: Sejak hari itu kami menjadi kawan yang amat akrab. save the day menyelesaikan masalah BI: The Mayor saved the day by offering the City Hall Auditorium as a venue for the concert. BM: Datuk Bandar telah menyelesaikan masalah apabila menawarkan Auditorium Bandar Raya sebagai tempat konsert. that will be the day tunggulah sampai kucing BI: When my thrifty uncle gets rich, he will buy bertanduk me an expensive car; that will be the day! BM: Apabila bapa saudaraku yang kedekut itu kaya kelak, dia akan membelikan kereta mahal untukku; tunggulah sampai kucing bertanduk! to the day genap BI: On 31 August 2007, it will be 50 years to the day that Malaysia achieved its independence. BM: Pada 31 Ogos 2007 genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. wins the day membawa kejayaan BI: His determination and his sincerity had won the day. BM: Keazaman dan keikhlasannya telah membawa kejayaan. many a long day masa yang agak lama BI: The voyage then took many a long day. BM: Pelayaran pada masa itu memakan masa yang agak lama. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya in this day and age pada zaman ini BI: It is surprising that in this day and age there are still many houses without televisions. BM: Agak memeranjatkan jika pada zaman ini masih banyak lagi rumah yang tidak mempunyai televisyen. of all days hari inilah pula BI: Today of all days he had to be sick, whereas he had to attend an important interview. BM: Hari ini dia ada temuduga penting dan pada hari inilah pula dia demam. one of these days, suatu hari nanti BI: We must meet up again one of these days. one day, some day BM: Kita mesti berjumpa lagi suatu hari nanti. BI: One day, I hope to visit China. BM: Saya harap dapat melancong ke negara China pada suatu hari nanti. BI: Some day you will realise how lucky you are. BM: Suatu hari nanti awak akan sedar betapa bertuahnya awak. one of those days hari yang serba tak kena BI: My car broke down and I was locked out; it’s just one of those days! BM: Kereta saya rosak dan terkunci dari dalam pula; hari yang serba tak kena! those were the days berlalu sudah masa itu BI : They bought their bungalow house for gone are the days RM70,000 in 1960; those were the days! BM: Mereka membeli rumah banglo tersebut dengan harga RM70,000 pada tahun 1960; Berlalu sudah masa itu! BI: Gone are the days when you could purchase many items at the market with only RM10. BM: Dengan hanya RM10 kita boleh membeli banyak barang di pasar. Berlalu sudah masa itu.

Transcript of Bersama datuk dr. hassan ahmad TAHUKAH ANDA? · PDF filejari bahasa Melayu dari pakar...

Page 1: Bersama datuk dr. hassan ahmad TAHUKAH ANDA? · PDF filejari bahasa Melayu dari pakar tatabahasa bahasa ... tetapi kesalahan yang dilakukan oleh orang lain disedari ... BM: Kemeja

BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007 Halaman Tiga

Bahasa penjana minda

BiCaRa KaRYaWan

Salah satu masalah budaya yang sedang dihadapi oleh orang Melayu hari ini ialah, mereka semakin tidak

pandai menggunakan bahasa Melayu sebagai alat untuk berfikir secara krea­tif. Tanda orang Melayu tidak pandai berfikir dalam bahasanya sendiri dapat kita lihat daripada ‘kelakuan berbahasa’ mereka. Mereka terpengaruh dengan pera­turan nahu bahasa Inggeris atau sangat bergantung pada kata­kata atau istilah biasa dari bahasa Inggeris, padahal ada perkataan atau ungkapan dalam bahasa Melayu yang jauh lebih tepat, lebih betul dan sesuai untuk mengungkapkan fikiran kita dengan tepat, jelas dan bernas.

Untuk menyelesaikan masalah ketidak­cekapan berbahasa Melayu mereka, mereka menggunakan bahasa Melayu yang ber­campur baur dengan kata­kata dan frasa­frasa atau ayat dari bahasa Inggeris. Orang yang mengkaji sosiologi bahasa menyebut fenomena ini sebagai ‘code-switching’ atau ‘code-mixture’. Kita sering mendengar istilah ‘bahasa rojak’ digunakan. Karya ilmu tidak mungkin dapat dihasilkan dalam bahasa rojak atau dalam ‘bahasa Melayu­bercampur bahasa Inggeris’. Dan orang Melayu tidak mungkin dapat menjadi bangsa yang cemer­lang jikalau mereka tidak pandai berfikir dengan cemerlang dalam bahasanya sendiri.

Salah satu kesimpulan yang dibuat oleh para sarjana linguistik kognitif ialah: kanak­kanak sekolah lebih mudah mema­hami konsep­konsep ilmu yang asas jikalau konsep itu diajarkan dalam bahasa asalnya. Orang Melayu dewasa juga dapat berfikir secara kreatif dalam bahasa Melayu jikalau bahasanya atau fikirannya tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cara berfikir orang lain yang ditentukan oleh sistem bahasa

orang lain itu. Maksud ‘berfikir secara kreatif’ ialah, kemampuan mencipta idea atau fikiran baharu melalui bahasa sendiri berdasarkan acuan budaya sendiri, bukan hanya meniru fikiran orang lain melalui bahasa orang lain itu.

Sebagai contoh, kita boleh melihat bagai­mana ‘orang Melayu dahulu kala’ cukup pan­dai berfikir; mereka mampu mencetuskan idea, falsafah dan fikiran yang tinggi dan bernilai ilmu yang tahan ujian zaman mela­lui, misalnya, pepatah, peribahasa dan pan­tun. Mereka berfikir dengan menggunakan kaedah kiasan, perumpamaan, tamsil ibarat, atau melalui kaedah dan bahasa yang ber­corak figuratif atau metafora. Bahasa yang digunakan dalam karya itu tidak sahaja betul (tidak pernah salah), tetapi juga indah atau puitis, berangkap dan beritma, padahal mereka boleh jadi tidak pernah mempela­jari bahasa Melayu dari pakar tatabahasa bahasa Melayu, dan mungkin juga mereka ‘buta huruf’, yakni tidak tahu membaca dan menulis.

Apakah ‘rahsia’nya? Rahsianya ialah, mereka mengetahui bahasa mereka secara intuitif, secara fitrah. Mereka tidak berkata ‘Dia ialah seorang guru’; mereka berkata ‘Dia guru’. Hanya orang yang terpengaruh dengan nahu bahasa Inggeris sahaja yang menggunakan ayat ‘Dia ialah seorang guru’ yang ‘diterjemahkan’ dari ayat Inggeris ‘He is a teacher’. Mereka tidak berkata ‘Budak itu jatuh dari atas tangga’. Ini pengaruh pemikiran bahasa Inggeris. Orang Melayu berkata ‘Budak itu jatuh tangga’. Fikiran Melayu padat, jelas dan tepat apabila disam­paikan melalui bahasa Melayu yang betul, padat dan jelas. Fikiran Melayu bercelaru apabila mereka tidak pandai lagi berfikir dengan jelas dalam bahasa sendiri.

Pengalaman saya berkomunikasi secara formal dengan sarjana dan pemikir bangsa Perancis dan bangsa Jepun meyakinkan lagi kepercayaan saya terhadap hasil kajian ilmuwan linguistik kognitif itu. Dalam beberapa kes, sarjana atau pemikir Perancis dan Jepun itu berkata bahawa mereka dapat berfikir ‘lebih jelas dan tepat’ dan lebih ‘krea­tif’ jikalau mereka berfikir dalam bahasa mereka sendiri, tidak dalam bahasa Inggeris. Jadi saya terpaksa berbincang dengan mere­ka melalui penterjemah.

Orang Melayu yang berkata bahawa mereka lebih mudah berfikir dalam bahasa Inggeris tidak sedar bahawa mereka sebe­narnya tidak mampu menggunakan bahasa Melayu tinggi untuk berfikir dengan jelas dan mendalam dalam bahasa ini. Dan orang Melayu yang berkata bahawa mereka lebih selesa berfikir dalam bahasa Inggeris tidak bererti mereka sudah pandai berfikir! Paling­paling, mereka hanya meniru fikiran orang yang berbahasa Inggeris.

Masalah ini mungkin berpunca dari­pada kaedah pendidikan bahasa Melayu di sekolah. Di sekolah pendidikan bahasa Melayu lebih menitikberatkan pengajaran bahasa sebagai sistem bahasa sahaja (ten­tang peraturan tatabahasanya, dll.) tetapi ‘isi budaya’nya atau ‘cultural content’nya tidak digabungkan dengan atau dalam sis­tem itu. Kita mesti mengajar bahasa Melayu sebagai sistem budaya dan kognitif juga. Untuk mencapai tujuan ini, pelajar perlu diajarkan berfikir dalam bahasa Melayu dengan menggunakan bahan budaya seperti peribahasa, pepatah, puisi dan sebagainya sebagai korpusnya. Pengajaran bahasa sebe­narnya tidak boleh dipisahkan daripada pengajaran kesusasteraan yang dihasilkan dalam bahasa ini.

Orang melayu perlu pandai Berfikir dalam Bahasanya sendiri

TAHUKAH ANDA?

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia atau singkatan­nya GAPENA ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. GAPENA

merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela yang bersifat nasional yang mewakili badan­badan dari semua negeri dan wilayah di Malaysia. Kini, GAPENA dianggotai oleh 23 buah badan penulis seperti Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM), Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dan lain­lain.

Tujuan GAPENA ditubuhkan adalah untuk menyatukan penulis­penulis tanah air yang menghasilkan karya dalam bahasa kebang­saan, mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepenting­an penulis, mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat, menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal, iaitu bahasa Melayu serta berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada 11 Ogos 1992, Jabatan Perdana Menteri telah mengha­diahkan sebuah rumah kerajaan yang terletak di Jalan Hose sebagai pejabat dan pusat kegiatan GAPENA. Sepanjang 37 tahun penubuhannya, GAPENA telah menjayakan program seper­ti Hari Puisi, Hari Sastera, Pertemuan Sasterawan Nusantara, Perkampungan Penulis, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebang­saan, serta pelbagai lagi sayembara penulisan, kongres dan semi­nar. Program Ratib Seribu Syair yang merupakan acara pendek­lamasian puisi terpanjang yang diselenggarakan oleh GAPENA pada 2 hingga 3 November 2001 berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records.

GAPENA sering menganjurkan kegiatan yang bersifat sejarah dan intelektual melalui program seperti seminar, program kerjasama dan memeterai perjanjian bagi memupuk ikatan bangsa­bangsa serumpun. Kegiatan GAPENA juga melibatkan penyertaan dunia Melayu yang luas melalui penganjuran Simposium Dunia Melayu di Sri Lanka, Afrika Selatan, Yunnan, Vietnam, Filipina, Russia, Madagaskar, Tanah Suci Makkah dan Madinah serta mengun­jungi USSR dan Republik Rakyat China. Kesan daripada pelbagai pertemuan sastera serta peraduan, penulisan dan penataran bakat, GAPENA telah dapat mewujudkan suasana persahabatan yang erat antara para sasterawan dan budayawan di seluruh Malaysia, Nusantara, ASEAN dan antarabangsa.

Selain itu, GAPENA turut memberikan pengiktirafan kepada budayawan dan penyair melalui Anugerah Budaya GAPENA dan Anugerah Penyair GAPENA. Tokoh yang cukup sinonim dengan GAPENA sejak ditubuhkan ialah Ketua Satu GAPENA, iaitu Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ (Dr.) Pendeta Linggom Banua Melayu Ismail Hussein. Beliau dianugerahi Anugerah Sastera MASTERA 2006 kera­na ketokohan beliau sebagai pemikir, pejuang sastera, budaya dan menghidupkan perjuangan GAPENA selama 37 tahun.

Kecermerlangan dan sumbangan GAPENA kepada negara dan rakyat diiktiraf apabila GAPENA menerima Anugerah Kualiti Kerajaan Malaysia dalam tahun 1980­an dan menjadikan GAPENA sebagai persatuan yang terkenal di seluruh dunia.

GAPENA

PERIBAHASA

Kuman di Seberang Laut Nampak, Gajah di Pelupuk Mata Tidak Nampak

Peribahasa ini menjelaskan tentang sifat dan akhlak manusia yang tidak menyedari kesalahan sendiri,

tetapi kesalahan yang dilakukan oleh orang lain disedari walaupun sekecil kuman. Sifat sebegini tidak mengun­tungkan malah memberi kesan yang tidak baik kepada diri sendiri. Dalam peribahasa Cina juga terdapat peribahasa yang membawa makna yang sama, iaitu Mu Bu Jian Jie.

Oleh siti Ruzaiha mohd Riffin

KATA DIALEK

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L3 18 (emel)

Frasa kali ini masih mengandungi kata “day”. Seperti yang dijelaskan dalam artikel yang lalu, makna

langsung atau tersurat bagi “day” mung­kin “hari” atau pun “siang” jika diter­

jemahkan secara literal atau di pering­kat kata, namun dalam bentuk frasa ia membawa pelbagai makna apabila diterjemahkan dengan mengambil kira hubungan semantik dan aspek antara

budaya, khususnya yang berbentuk ung­kapan idiomatik. Frasa­frasa berikut mem­punyai makna yang tersendiri berdasarkan konteks dan tidak mungkin diterjemahkan secara harfiah.

pedOman penTeRjemahan Bersama sa'odah abdullah

Bale

Dalam dialek Perak, bale bermaksud “bangsal yang disediakan untuk tetamu pada hari kenduri kahwin”. Contoh

penggunaan: “Deme tengah buwat bale nak kenuri kawen Yati minggu depan” (mereka tengah buat bangsal nak kenduri kahwin Yati minggu depan).

Oleh shariffulizan malek

Bersama datuk dr. hassan ahmad(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)

Oleh Fatimah Zahrin mohd. Taib

the order of the day kebiasaannya BI: Long sleeve batik shirts are the order of the day for the male guests at formal dinner functions. BM: Kemeja batik lengan panjang kebiasaannya dipakai oleh tetamu lelaki bagi sesuatu majlis makan malam rasmi.

from that day sejak hari itu BI: From that day we became the closest of friends. BM: Sejak hari itu kami menjadi kawan yang amat akrab.

save the day menyelesaikan masalah BI: The Mayor saved the day by offering the City Hall Auditorium as a venue for the concert. BM: Datuk Bandar telah menyelesaikan masalah apabila menawarkan Auditorium Bandar Raya sebagai tempat konsert.

that will be the day tunggulah sampai kucing BI: When my thrifty uncle gets rich, he will buy bertanduk me an expensive car; that will be the day! BM: Apabila bapa saudaraku yang kedekut itu kaya kelak, dia akan membelikan kereta mahal untukku; tunggulah sampai kucing bertanduk!

to the day genap BI: On 31 August 2007, it will be 50 years to the day that Malaysia achieved its independence. BM: Pada 31 Ogos 2007 genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

wins the day membawa kejayaan BI: His determination and his sincerity had won the day. BM: Keazaman dan keikhlasannya telah membawa kejayaan.

many a long day masa yang agak lama BI: The voyage then took many a long day. BM: Pelayaran pada masa itu memakan masa yang agak lama.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh PenggunaannyaBahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya

in this day and age pada zaman ini BI: It is surprising that in this day and age there are still many houses without televisions. BM: Agak memeranjatkan jika pada zaman ini masih banyak lagi rumah yang tidak mempunyai televisyen.

of all days hari inilah pula BI: Today of all days he had to be sick, whereas he had to attend an important interview. BM: Hari ini dia ada temuduga penting dan pada hari inilah pula dia demam.

one of these days, suatu hari nanti BI: We must meet up again one of these days.one day, some day BM: Kita mesti berjumpa lagi suatu hari nanti. BI: One day, I hope to visit China. BM: Saya harap dapat melancong ke negara China pada suatu hari nanti. BI: Some day you will realise how lucky you are. BM: Suatu hari nanti awak akan sedar betapa bertuahnya awak.

one of those days hari yang serba tak kena BI: My car broke down and I was locked out; it’s just one of those days! BM: Kereta saya rosak dan terkunci dari dalam pula; hari yang serba tak kena!

those were the days berlalu sudah masa itu BI : They bought their bungalow house for gone are the days RM70,000 in 1960; those were the days! BM: Mereka membeli rumah banglo tersebut dengan harga RM70,000 pada tahun 1960; Berlalu sudah masa itu! BI: Gone are the days when you could purchase many items at the market with only RM10. BM: Dengan hanya RM10 kita boleh membeli banyak barang di pasar. Berlalu sudah masa itu.