Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim … berfungsi sebagai unsur kete-rangan, iaitu...

1
D alam Sistem Ejaan Jawi yang terkini, huruf ya tanpa titik ( ) melambangkan dua fonem vokal: Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab yang dikenali sebagai huruf Alif Maqsurah. Sebagai lambang vokal e pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dikenali sebagai huruf Ye. 1. Huruf Alif Maqsurah Semua perkataan yang mempunyai huruf alif maqsurah berasal daripada bahasa Arab. Ejaan asal dalam bahasa Arab dikekalkan dalam ejaan Jawi. Contoh: Walau bagaimanapun, huruf tersebut hendaklah digantikan de- ngan huruf alif apabila dibentuk kata terbitan dengan akhiran atau partikel. Contohnya: 2. Huruf Ye Huruf ye yang berbentuk ya tanpa titik diberi satu lagi fungsi tambahan, iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambang- kan bunyi pepet pada akhir perkataan, khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Contohnya: Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam Sistem Ejaan Jawi ter- kini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Latihan: Tuliskan ayat berikut dalam tulisan Jawi: 1. Allah Taala menyukai orang-orang yang bertakwa kepada-Nya. 2. Semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin utuh. 3. Musa dan Yahya merupakan dua sahabat baik. Jawapan Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2007 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Kata Adverba (Bahagian 1) PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor BH PILIH L4 19 emel Huruf Ya Tanpa Titik P ada masa ini banyak per- soalan timbul berkait de- ngan golongan kata adverba. Paling kerap ditanyakan ialah, ada atau tidak ada golongan kata ini? Soalan kedua pula ialah, apa- kah istilah yang tepat untuknya, kerana terdapat beberapa istilah lain yang digunakan, misalnya “kata keterangan” dan “adverb”. Untuk sekian lama, tidak ter- dapat kata sepakat antara ahli- ahli bahasa tentang persoalan ada atau tiada golongan kata “kata adverba”. Dalam kalangan ahli- ahli bahasa yang mengatakan ada, tidak wujud keseragaman istilah dan definisi. Istilah yang paling lazim digunakan ialah “kata keterangan”, tetapi bentuk- bentuk yang termasuk dalam golongan ini berbeza-beza dan selalunya merupakan golongan kata lain juga, misalnya kata komplemen yang, kata bantu dan kadang-kadang kata adjektif dan kata bilangan juga digolongkan sebagai kata adverba/kata kete- rangan. Buku Tatabahasa Dewan tidak mempunyai golongan kata adver- ba, kerana penggolongan kata yang sedia ada (kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas) dirasakan sudah cukup untuk menghuraikan ciri-ciri tatabaha- sa bahasa Melayu. Bentuk-bentuk yang digolongkan sebagai kata adverba oleh ahli-ahli bahasa lain tergolong sebagai unsur keterang- an dalam Tatabahasa Dewan. Sebagai contoh, laju dalam ayat “Sungai itu mengalir laju”. Dalam ayat ini, laju ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai unsur kete- rangan, iaitu yang menerangkan bagaimana sungai itu mengalir. Mengikut analisis Tatabahasa Dewan, ayat ini sebenarnya ber- asal daripada “Sungai itu menga- lir dengan lajunya”, iaitu lajunya tergolong sebagai kata nama, tetapi bentuk lajunya telah ber- ubah menjadi laju sahaja disebab- kan pengaruh bahasa Inggeris (The river flows quickly). Walau bagaimanapun, atas permintaan ramai supaya diada- kan golongan kata “kata adver- ba”, penulis-penulis Tatabahasa Dewan telah meninjau kembali keadaan bahasa Melayu kini dan mengambil kira perkembangan terbaharu dalam bahasa Melayu, terutama dari segi pengaruh bahasa Inggeris. Ini ditambah pula dengan kehadiran beberapa perkataan yang mengikut peng- gunaan dalam ayat, tidak dapat digolongkan kepada mana-mana golongan kata yang sedia ada. Oleh itu, keputusan telah diambil untuk memasukkan satu kategori baharu dalam golongan kata tugas, iaitu “kata adverba”. Perkara ini telah dimasukkan ke dalam edisi semakan Tatabahasa Dewan yang akan terbit tidak lama lagi. Mengikut pemerhatian penu- lis-penulis Tatabahasa Dewan, golongan kata adverba dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama dalam ayat. Contoh kata adverba yang mene- rangkan kata kerja ialah: duduk diam-diam, selalu memperka- takan hal itu, dan tiba semalam. Ketiga-tiga perkataan yang dice- tak tebal masing-masing mene- rangkan tiga kata kerja, iaitu duduk, memperkatakan dan tiba. Contoh kata adverba yang mene- rangkan kata adjektif pula ialah: sentiasa sihat, malu tersipu-sipu, dan sudah besar panjang. Dalam tiga contoh ini, kata adjektif yang diterangkan oleh kata adverba ialah sihat, malu dan besar. Berikut ialah contoh kata adverba yang menerangkan frasa sendi nama, iaitu: serta-merta ke pejabat, sempat ke pasar, dan di rumah bersendirian. Perhatikan bahawa dalam contoh-contoh ini, kata adverba hadir dalam ayat berpola FN + FS, dan frasa-frasa sendi nama yang diterangkan ialah ke pejabat, ke pasar dan di rumah. Demikianlah contoh penggu- naan perkataan-perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata adverba. Bentuknya berbeza-beza. Ada yang berbentuk kata tung- gal (sentiasa; panjang), kata ganda (serta-merta; diam-diam) dan kata terbitan (bersendirian; tersipu- sipu). Persamaannya ialah per- kataan-perkataan ini berfungsi sebagai unsur keterangan. Satu lagi ciri yang menarik ialah ada antara kata adverba ini yang dalam penggunaan ayat lain, boleh juga digolongkan sebagai golongan kata lain. Laju dalam “mengalir laju”, misalnya, dapat juga berfungsi sebagai kata adjektif, seperti dalam frasa “bas laju” dan “kereta laju”. Demikian juga, bersendirian boleh wujud sebagai kata kerja, seperti dalam ayat “Dia bersendirian sepanjang hari”. Kesimpulannya, golongan kata adverba ini berbeza sedikit dari- pada golongan-golongan kata lain. Huraian ini akan disambung pada bulan hadapan, yang akan mem- bincangkan jenis-jenis kata adver- ba dalam bahasa Melayu. BAHASA SUKUAN Kaitan K aitan ialah kosa kata suku kaum Murut yang bermaksud tupai. Kata kaitan diucapkan dalam dua suku kata, kai-tan. Contoh peng- gunaannya: Buah-buahan di kebun datuk banyak dimakan oleh kaitan. Oleh Noorzanani Kata KATA KLASIK Oleh Wahyunah Abd. Gani Upaduta T akrif: penolong (naib, tim- balan) duta besar. Contoh penggunaannya: Nama hamba Laksamana dan upadutanya Maharaja Setia. siluet (siluét) imej atau gambar seseorang atau sesuatu dalam bentuk bayang. menstetkan menandakan atau membubuh stet sebagai arahan mengekalkan kata atau frasa asal yang telah dipotong atau dipinda: Semasa penyuntingan, editor menstetkan perkataan-perkataan itu kerana penggunaannya didapati tepat dan betul. bersigup menghisap rokok, merokok. keterserapan keadaan atau sifat boleh dise- rapkan: Penggolongan kata pin- jaman dapat dilakukan berdasar- kan darjah keterserapan kata tersebut dalam bahasa Melayu. kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) bersalah: Kadang-kadang dalam penyaring- an ini semacam terjadi kebersa- lahan. menyantaikan menyebabkan atau menimbulkan rasa santai: Pemandangan di situ amat menyantaikan. Oleh Zaiton Nasir KOSA KATA BAHARU (KATA UMUM) imperialisme (imperialism) Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka. Penguasaan ini tidak terbatas kepada aspek dan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap aspek budaya, minda dan pemikiran rakyat di negara yang dijajah. Dengan pelbagai dasar yang dilancarkan seperti pelaksanaan sistem pendidikan, budaya, penyerapan nilai moral dan nilai estetika yang berorientasikan penjajah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat yang dijajah itu. hegemoni (hegemony) Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberikan sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama. ISTILAH SAINS POLITIK: POLITIK PERBANDINGAN Oleh Hendun Ibrahim Musa Isa Allah Taala dakwa fatwa takwa Padanan Rumi Ejaan Asal Arab Ejaan Jawi pendakwaan memfatwakan memaknakan ketakwaan bertakwalah Padanan Rumi Ejaan Jawi rasionalisme idealisme amilase lipase Padanan Rumi Ejaan Jawi

Transcript of Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim … berfungsi sebagai unsur kete-rangan, iaitu...

Dalam Sistem Ejaan Jawi yang terkini, huruf ya tanpa titik ( ) melambangkan dua fonem vokal:

Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab yang dikenali sebagai huruf Alif Maqsurah.

Sebagai lambang vokal e pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dikenali sebagai huruf Ye.

1. Huruf Alif Maqsurah

Semua perkataan yang mempunyai huruf alif maqsurah berasal daripada bahasa Arab. Ejaan asal dalam bahasa Arab dikekalkan dalam ejaan Jawi. Contoh:

Walau bagaimanapun, huruf tersebut hendaklah digantikan de-ngan huruf alif apabila dibentuk kata terbitan dengan akhiran atau partikel. Contohnya:

2. Huruf Ye

Huruf ye yang berbentuk ya tanpa titik diberi satu lagi fungsi tambahan, iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambang-kan bunyi pepet pada akhir perkataan, khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Contohnya:

Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam Sistem Ejaan Jawi ter-kini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab.

Latihan:Tuliskan ayat berikut dalam tulisan Jawi:

1. Allah Taala menyukai orang-orang yang bertakwa kepada-Nya. 2. Semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin utuh. 3. Musa dan Yahya merupakan dua sahabat baik.

Jawapan

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2007

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Kata Adverba (Bahagian 1)PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd SaophyAmizul Wan Mansor

BH PILIH L4 19 emel

Huruf Ya Tanpa Titik Pada masa ini banyak per-

soalan timbul berkait de-ngan golongan kata adverba.

Paling kerap ditanyakan ialah, ada atau tidak ada golongan kata ini? Soalan kedua pula ialah, apa-kah istilah yang tepat untuknya, kerana terdapat beberapa istilah lain yang digunakan, misalnya “kata keterangan” dan “adverb”.

Untuk sekian lama, tidak ter-dapat kata sepakat antara ahli-ahli bahasa tentang persoalan ada atau tiada golongan kata “kata adverba”. Dalam kalangan ahli-ahli bahasa yang mengatakan ada, tidak wujud keseragaman istilah dan definisi. Istilah yang paling lazim digunakan ialah “kata keterangan”, tetapi bentuk-bentuk yang termasuk dalam golongan ini berbeza-beza dan selalunya merupakan golongan kata lain juga, misalnya kata komplemen yang, kata bantu dan kadang-kadang kata adjektif dan kata bilangan juga digolongkan sebagai kata adverba/kata kete-rangan.

Buku Tatabahasa Dewan tidak mempunyai golongan kata adver-ba, kerana penggolongan kata yang sedia ada (kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas) dirasakan sudah cukup untuk menghuraikan ciri-ciri tatabaha-sa bahasa Melayu. Bentuk-bentuk yang digolongkan sebagai kata adverba oleh ahli-ahli bahasa lain tergolong sebagai unsur keterang-an dalam Tatabahasa Dewan.

Sebagai contoh, laju dalam ayat “Sungai itu mengalir laju”. Dalam ayat ini, laju ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai unsur kete-rangan, iaitu yang menerangkan bagaimana sungai itu mengalir. Mengikut analisis Tatabahasa Dewan, ayat ini sebenarnya ber-asal daripada “Sungai itu menga-lir dengan lajunya”, iaitu lajunya tergolong sebagai kata nama, tetapi bentuk lajunya telah ber-ubah menjadi laju sahaja disebab-kan pengaruh bahasa Inggeris (The river flows quickly).

Walau bagaimanapun, atas permintaan ramai supaya diada-kan golongan kata “kata adver-ba”, penulis-penulis Tatabahasa Dewan telah meninjau kembali keadaan bahasa Melayu kini dan mengambil kira perkembangan terbaharu dalam bahasa Melayu, terutama dari segi pengaruh bahasa Inggeris. Ini ditambah pula dengan kehadiran beberapa perkataan yang mengikut peng-gunaan dalam ayat, tidak dapat digolongkan kepada mana-mana golongan kata yang sedia ada. Oleh itu, keputusan telah diambil untuk memasukkan satu kategori baharu dalam golongan kata tugas, iaitu “kata adverba”. Perkara ini telah dimasukkan ke dalam edisi semakan Tatabahasa Dewan yang akan terbit tidak lama lagi.

Mengikut pemerhatian penu-lis-penulis Tatabahasa Dewan, golongan kata adverba dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi

nama dalam ayat.Contoh kata adverba yang mene-

rangkan kata kerja ialah: duduk diam-diam, selalu memperka-takan hal itu, dan tiba semalam. Ketiga-tiga perkataan yang dice-tak tebal masing-masing mene-rangkan tiga kata kerja, iaitu duduk, memperkatakan dan tiba.

Contoh kata adverba yang mene-rangkan kata adjektif pula ialah: sentiasa sihat, malu tersipu-sipu, dan sudah besar panjang. Dalam tiga contoh ini, kata adjektif yang diterangkan oleh kata adverba ialah sihat, malu dan besar.

Berikut ialah contoh kata adverba yang menerangkan frasa sendi nama, iaitu: serta-merta ke pejabat, sempat ke pasar, dan di rumah bersendirian. Perhatikan bahawa dalam contoh-contoh ini, kata adverba hadir dalam ayat berpola FN + FS, dan frasa-frasa sendi nama yang diterangkan ialah ke pejabat, ke pasar dan di rumah.

Demikianlah contoh penggu-naan perkataan-perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata adverba. Bentuknya berbeza-beza. Ada yang berbentuk kata tung-gal (sentiasa; panjang), kata ganda (serta-merta; diam-diam) dan kata terbitan (bersendirian; tersipu-sipu). Persamaannya ialah per-kataan-perkataan ini berfungsi sebagai unsur keterangan.

Satu lagi ciri yang menarik ialah ada antara kata adverba ini yang dalam penggunaan ayat lain, boleh juga digolongkan sebagai golongan kata lain. Laju dalam “mengalir laju”, misalnya, dapat juga berfungsi sebagai kata adjektif, seperti dalam frasa “bas laju” dan “kereta laju”. Demikian juga, bersendirian boleh wujud sebagai kata kerja, seperti dalam ayat “Dia bersendirian sepanjang hari”.

Kesimpulannya, golongan kata adverba ini berbeza sedikit dari-pada golongan-golongan kata lain. Huraian ini akan disambung pada bulan hadapan, yang akan mem-bincangkan jenis-jenis kata adver-ba dalam bahasa Melayu.

BAHASA SUKUAN

Kaitan

Kaitan ialah kosa kata suku kaum Murut yang bermaksud tupai. Kata kaitan diucapkan dalam

dua suku kata, kai-tan. Contoh peng-gunaannya: Buah-buahan di kebun datuk banyak dimakan oleh kaitan.

Oleh Noorzanani Kata

KATA KLASIK

Oleh Wahyunah Abd. Gani

Upaduta

Takrif: penolong (naib, tim-balan) duta besar.Contoh penggunaannya:

Nama hamba Laksamana dan upadutanya Maharaja Setia.

siluet (siluét)imej atau gambar seseorang atau sesuatu dalam bentuk bayang.

menstetkanmenandakan atau membubuh stet sebagai arahan mengekalkan kata atau frasa asal yang telah dipotong atau dipinda: Semasa penyuntingan, editor menstetkan perkataan-perkataan itu kerana penggunaannya didapati tepat dan betul.

bersigupmenghisap rokok, merokok.

keterserapankeadaan atau sifat boleh dise-rapkan: Penggolongan kata pin-jaman dapat dilakukan berdasar-kan darjah keterserapan kata tersebut dalam bahasa Melayu.

kebersalahanperihal (rasa, sikap dsb) bersalah: Kadang-kadang dalam penyaring-an ini semacam terjadi kebersa-lahan.

menyantaikanmenyebabkan atau menimbulkan rasa santai: Pemandangan di situ amat menyantaikan.

Oleh Zaiton Nasir

KOSA KATA BAHARU (KATA UMUM)

imperialisme(imperialism)Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka. Penguasaan ini tidak terbatas kepada aspek dan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap aspek budaya, minda dan pemikiran rakyat di negara yang dijajah. Dengan pelbagai dasar yang dilancarkan seperti pelaksanaan sistem pendidikan, budaya, penyerapan nilai moral dan nilai estetika yang berorientasikan penjajah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat yang dijajah itu.

hegemoni(hegemony)Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberikan sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.

ISTILAH SAINS POLITIK:POLITIK PERBANDINGAN

Oleh Hendun Ibrahim

Musa

Isa

Allah Taala

dakwa

fatwa

takwa

Padanan RumiEjaan Asal Arab Ejaan Jawi

pendakwaan

memfatwakan

memaknakan

ketakwaan

bertakwalah

Padanan RumiEjaan Jawi

rasionalisme

idealisme

amilase

lipase

Padanan RumiEjaan Jawi