BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi...

24
BERSIH INDAH HIJAU ISU 3/2017 JULAI-SEP 2017 KUNJUNGAN HORMAT PELAJAR JEPUN MBSA terima pelawat dari Tokoname Nishi Elementary School Jepun LARIAN OBOR SEMPENA TEMASYA KUALA LUMPUR 2017 Sokongan secara simbolik kepada para atlet Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 SESI TOWNHALL BANDAR RAYA RENDAH KARBON 2017 Buku Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2030 dilancarkan

Transcript of BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi...

Page 1: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

B E R S I H • I N D A H • H I J A U

ISU 3/2017 JULAI-SEP 2017

KUNJUNGAN HORMAT PELAJAR JEPUN

MBSA terima pelawat dari Tokoname Nishi

Elementary School Jepun

LARIAN OBOR SEMPENA TEMASYA KUALA LUMPUR 2017

Sokongan secara simbolik kepada

para atlet Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

SESI TOWNHALL BANDAR RAYA RENDAH KARBON 2017

Buku Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon

Shah Alam 2030 dilancarkan

Page 2: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

PenaungYBHG. DATO’ HAJI AHMAD ZAHARIN BIN MOHD SAADDatuk Bandar Shah Alam

PenasihatTUAN SHUKRI BIN MOHAMAD HAMINTimbalan Datuk Bandar

Ketua EditorSHAHRIN BIN AHMADKetua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam

Penolong Ketua EditorNURAZRINA AZRIN BINTI ZAKARIAPegawai Penerbitan

JU MUNIRA BINTI DAHARIPenolong Pegawai Penerbitan

JurugambarFAZEEL AZUAN BIN JAAFARAMIR FAUZAN BIN ZAMARI

SIDANG REDAKSI

Buletin komuniti ini diterbitkan olehBAHAGIAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Tingkat G, Wisma MBSA, Peti Surat 7200 Persiaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

03 AMANAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

05 KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN KAYUHAN SANTAI

06 KUNJUNGAN HORMAT PELAJAR JEPUN

07 SEKITAR AKTIVITI KEMERDEKAAN 2017

08 JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MBSA 2017

09 KONVENSYEN ANUGERAH HIJAU MINIZEEBEE 2016/2017

10 SESI TOWNHALL BANDAR RAYA RENDAH KARBON 2017

11 BELAJAR DARIPADA NEGARA MATAHARI TERBIT

12-13 GAYA HIDUP RENDAH KARBON

14 HARI TANPA KENDERAAN BERTEMAKAN MINGGU KESIHATAN

15 PENDUDUK SEKSYEN U5 TERIMA TONG SAMPAH PERCUMA

17 MBSA RANGKUL 2 EMAS, 1 PERAK DALAM KEJOHANAN SUKANUN

18 MPP ZON 23 TUNDUKKAN MPP ZON 11

19 i-ADU: APLIKASI MUDAH SALURKAN ADUAN

21 MENTAL SIHAT, HIDUP SEJAHTERA

04MBSA TERIMA ANUGERAH 16 20SHAH ALAM

ENDURIDE 2017SEMANGAT KENTAL JADI PENDORONG

: +603 5522 2743/2741 : www.mbsa.gov.my fb.com/shahalamcitycouncil

: [email protected] www.korporat-mbsa.blogspot.com twitter.com/sacitycouncil

Page 3: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Pada 23 Ogos 2017 yang lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Warga Kerja MBSA bersama Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Majlis perhimpunan yang telah diadakan di Auditorium MBSA itu telah memberi peluang kepada kakitangan MBSA untuk beramah mesra serta mendengar amanat dan nasihat daripada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Melalui amanat Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, beliau menyeru kepada warga kerja MBSA untuk meningkatkan lagi prestasi kerja agar perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MBSA kepada masyarakat dapat dipertingkatkan. Beliau turut memberi dorongan dan motivasi kepada MBSA untuk meneruskan usaha-usaha bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat khususnya kepada warga Shah Alam.

Y.B. Dato’ Mohd Amin turut merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan MBSA kerana telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian antaranya dianugerahkan 5 bintang dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di atas pencapaian 100 peratus dalam petunjuk utama (KPI) HRMIS 2016 dan menerima penarafan lima bintang oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pada hari yang sama, turut diadakan Mesyuarat Penyelarasan Pentadbiran Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang telah dihoskan oleh pihak MBSA. Mesyuarat turut membincangkan tentang isu-isu, cadangan dan penyelesaian bagi penyelarasan di PBT dan Pejabat Daerah/Tanah. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Datuk Bandar Shah Alam, Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah serta Pegawai Daerah/Tanah negeri Selangor.

AMANAT SETIAUSAHAKERAJAAN NEGERI SELANGOR

3BULETIN SHAH ALAM

FOKUSSEGMEN

Page 4: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

MBSA TERIMA ANUGERAH

Tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah menerima pengiktirafan dan anugerah pada tahun ini. Bertempat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, MBSA telah menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2016 bagi Program Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (iAKKP) anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr Ali bin Hamsa,

Ketua Setiausaha Negara. Pihak MBSA telah diperakukan berstatus lima

bintang (cemerlang) berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

oleh iAKKP. Program Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan

Perlindungan ini telah dilaksanakan bertujuan untuk menilai dan

mengukur prestasi bagi memastikan penyampaian sistem pengurusan

keselamatan pada tahap yang cemerlang.

Pada 7 Ogos 2017, MBSA merupakan antara agensi yang telah menerima

Anugerah 5 Bintang daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Selangor atas pencapaian 100% dalam KPI HRMIS 2016. Anugerah

ini telah disampaikan oleh Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya,

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertempat di Hotel Grand Blue

Wave, Shah Alam.

Pengiraan KPI diambil melalui 6 submodul yang telah ditetapkan oleh

pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Sub Modul Perjawatan,

Sub Modul Pemurnian Data, Sub Modul Sasaran Kerja Tahunan, Sub

Modul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan

Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan.

4 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENFOKUS

Page 5: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan kakitangan MBSA dan juga orang ramai, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program Kayuhan Santai dan Pemasangan Bendera Jalur Gemilang di kenderaan MBSA sempena Hari Kemerdekaan Ke-60.

Pemasangan Jalur Gemilang merupakan simbolik kepada Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat MBSA 2017. Bendera Jalur Gemilang telah dipasang di 40 buah kenderaan milik Majlis iaitu kenderaan jenis kereta peronda, kenderaan pacuan 4 roda, lori kompaktor, van, lori, jengkaut dan sebagainya.

Pihak MBSA turut mengadakan Program Kayuhan Santai Shah Alam pada hari yang sama. Pelepasan peserta program Kayuhan Santai ini bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan penyertaan seramai 300 orang melibatkan komuniti Shah Alam dan ahli-ahli kelab basikal di sekitar kawasan pentadbiran MBSA.

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANGDAN KAYUHAN SANTAI

Para peserta telah berkayuh sejauh 23km dan menyerahkan Jalur Gemilang di setiap perhentian iaitu Sekolah-sekolah di sekitar Shah Alam. Pihak MBSA turut memberikan 200 t-shirt percuma kepada 200 peserta terawal yang mendaftar untuk Program Kayuhan Santai Shah Alam. Kempen Kibar Jalur Gemilang dan pelepasan peserta Kayuhan Santai Shah Alam disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir sama Ahli-Ahli Majlis MBSA.

5BULETIN SHAH ALAM

FOKUSSEGMEN

Page 6: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

KUNJUNGAN HORMATPELAJAR JEPUNSeperti tahun-tahun sebelum ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima kunjungan hormat para pelajar dari Tokoname Nishi Elementary School Jepun sempena program pertukaran pelajar Malaysia-Jepun, Tokoname City Student’s International Exchange Conference Association Program pada 8 Ogos 2017. Seramai 8 orang pelajar dan 2 guru pengiring dari Tokoname Nishi Elementary School Jepun telah ditempatkan dan mempunyai keluarga angkat di Shah Alam yang telah ditetapkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam.

Sepanjang lawatan ini, para pelajar tersebut telah dibawa ke Perpustakaan Anggerik Vanilla di Kota Kemuning. Para pelajar berpeluang melakukan aktiviti seperti mencanting batik, congkak dan sebagainya. Para pelajar dan guru dari Tokoname Nishi Elementary School Jepun juga telah dibawa melawat ke lokasi-lokasi yang menarik di sekitar Bandar Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bersempena Temasya Kuala Lumpur 2017, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyertai Larian Obor peringkat Negeri Selangor pada 31 Julai 2017. Larian obor ini telah diketuai oleh Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam dan turut disertai oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar, Ahli-ahli Majlis serta kakitangan MBSA.

Larian Obor sepanjang 4.35 kilometer bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam melalui 5 checkpoint sekitar Pusat Bandar Shah Alam dan berakhir di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Larian Obor ini menyemarakkan lagi kemeriahan Temasya Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Shah Alam dan memberi peluang kepada warga Shah Alam untuk menyatakan sokongan secara simbolik kepada para atlet yang akan bertanding.

LARIAN OBOR SEMPENA TEMASYA KUALA LUMPUR 2017

6 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENFOKUS

Page 7: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

SEKITAR AKTIVITI KEMERDEKAAN 2017

Antara peserta yang sama-sama memeriahkan program #AnakAnak Malaysia Walk yang telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Sekitar sambutan Hari Kemerdekaan 2017 Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Jalur Gemilang dikibarkan bersama-sama bendera Selangor dan bendera Majlis Bandaraya Shah Alam ketika Konvoi Sempena Perarakan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2017.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor turut mencemar duli dan mengikuti acara berjalan kaki dalam program #AnakAnak Malaysia Walk.

7BULETIN SHAH ALAM

FOKUSSEGMEN

Page 8: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Bertemakan “Raya Dulu-Dulu”, lebih daripada 2,000 orang tetamu telah membanjiri Perkarangan Stadium Shah Alam untuk sama-sama memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam. Masih menerapkan konsep hijau dan mesra alam, gerai-gerai turut dihiasi dengan penggunaan bahan-bahan kitar semula dan unsur tradisional.

JAMUAN HARI RAYA

AIDILFITRI MBSA 2017

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, pemimpin kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri, ahli-ahli majlis MBSA serta ramai lagi.

Pelbagai juadah makanan dan minuman disediakan untuk para tetamu yang hadir dari pelbagai gerai makanan yang diuruskan sendiri oleh kakitangan MBSA. Antara hidangan yang menjadi tarikan pada jamuan tersebut adalah sate, ayam golek, lemang, rendang, mee kari, kuih muih tradisional, lontong, roti jaya kuah kari, aneka gorengan, nasi hujan panas, buah-buahan tempatan, cendol/air batu campur dan sebagainya.

Pada tahun ini, pertandingan khemah tercantik telah dimenangi oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dengan hiasan berkonsepkan rumah kampung tradisional. Tetamu yang hadir turut diceriakan dengan persembahan dari Aris Ariwatan, Haziq dan Asmidar dengan dendangan lagu-lagu raya. Selain itu, penyerahan sumbangan raya kepada Ma’ahad Tahfiz Darul Pekima dan Pusat Tarbiah & Anak Yatim, Seksyen U12, Shah Alam sebanyak RM2,000 dan duit raya kepada 30 orang tahfiz dari pertubuhan tersebut turut diadakan.

8 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENFOKUS

Page 9: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

KONVENSYEN ANUGERAH

HIJAU MINIZEEBEE 2016/2017Dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeebee) antara MPP Shah Alam 2016/2017 pada 9 dan 10 September 2017 bertempat di Dewan Bankuet Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam. Konvensyen ini merupakan landasan kepada komuniti untuk membentangkan hasil projek berdasarkan Garis Panduan Kejiranan Hijau yang telah dilaksanakan di setiap Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi memberikan pengiktirafan kepada komuniti.

Konvensyen ini berlangsung selama dua hari dan mendapat penyertaan sebanyak 27 Persatuan Penduduk yang mewakili MPP masing-masing. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dan setiap peserta dikehendaki melakukan pembentangan dan pameran projek.

Penganjuran konvensyen seumpama ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya warga kota Shah Alam akan pentingnya konsep pembangunan mampan sekaligus dapat berkongsi pengalaman sesama masyarakat berhubung aktiviti yang dilaksanakan di MPP masing-masing.

Selain itu, konvensyen ini juga mampu mengangkat MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan program-program Local Agenda 21 (LA21) dan inisiatif hijau dapat diterapkan di kalangan masyarakat serta bersama-sama menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang 2030.

KRITERIA PEMARKAHAN:

• Bersih/Ceria/Hijau

• BandarSelamat&Kemasyarakatan

• PengurusanSistematik

• 3R/GunaSemula/JimatTenaga

• KebunKomuniti

• Landskap

9BULETIN SHAH ALAM

SEGMENINISIATIF HIJAU

Page 10: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada wakil agensi jabatan kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia, perunding, pemaju dan warga kerja MBSA telah menyertai Sesi Townhall Bandar Raya Rendah Karbon 2017 yang telah diadakan pada 11 Julai 2017 bertempat di Bangunan Teater Shah Alam. Sesi Townhall ini merupakan platform pihak MBSA untuk memberikan pendedahan secara komprehensif kepada para peserta yang hadir serta bertukar idea dan pandangan bagi merealisasikan matlamat Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon di Shah Alam 2030.

Antara pengisian program adalah Pembentangan Perkongsian Inisiatif Rendah Karbon Shah Alam melalui pelbagai insiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak MBSA seperti Projek Bersama Komuniti oleh Puan Hajah Asmah binti Mohd Zin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti,

SESI TOWNHALL BANDAR RAYA

RENDAH KARBON 2017

Projek Pengasingan Sisa Pepejal, 3R dan Kompos oleh Encik Mohd Azmi bin Amer Khan, Ketua Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, Projek Infrastruktur Hijau dan Pengurusan Tenaga oleh Ir. Cheremi bin Tarman, Pengarah Kejuruteraan, Projek Trees For Life, Kebun Komuniti dan Kompos Sisa Taman oleh Puan Norhilwati binti Jahari, Pegawai Pertanian dari Jabatan Landskap, dan Pengangkutan Awam di Shah Alam oleh Encik Noraznizam bin Alias, Ketua Bahagian Pengangkutan Bandar.

Pada Sesi Townhall ini turut diadakan Majlis Pelancaran Buku Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2030. Buku Pelan Tindakan ini merupakan kesungguhan dan komitmen pihak MBSA untuk menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030. Pihak MBSA mensasarkan pengurangan karbon sebanyak 45% menjelang 2030. Pihak MBSA juga komited dengan inisiatif rendah karbon ini dengan melantik Duta Hijau sesi 2017/2018. Duta Hijau merupakan

salah satu langkah pihak MBSA ke arah Bandar Raya Rendah Karbon menjelang 2030 dengan melantik 14 orang Pegawai MBSA yang berperanan sebagai penggerak pelaksanaan inisiatif hijau di MBSA.

Bagi menggalakkan penyertaan secara menyeluruh oleh komuniti Shah Alam, pihak MBSA juga menganjurkan Pertandingan Anugerah Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2017. Anugerah ini merupakan platform pihak MBSA untuk menggalakkan budaya kreatif dan inovatif terhadap alam sekitar berteraskan rendah karbon di kalangan organisasi dan komuniti di Shah Alam. Di samping itu, ia juga merupakan inisiatif pihak MBSA untuk memberi penghargaan terhadap individu dan organisasi yang komited dalam melaksanakan inisiatif hijau ke arah pembangunan yang mampan dan rendah karbon di Shah Alam. Majlis Perasmian Sesi Townhall Bandar Raya Rendah Karbon 2017 ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

10 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENINISIATIF HIJAU

Page 11: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Selepas pengeboman Bandar Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, bangsa Jepun telah kembali bangkit dan menjadi bangsa yang maju dalam ekonomi dunia. Kemajuan ini tidak akan dicapai tanpa kesungguhan dan nilai jati diri yang tinggi dalam diri. Hasilnya, kejayaan mereka banyak dicontohi oleh organisasi dari negara luar, termasuklah Malaysia.

Nilai-Nilai Murni Dalam Amalan Hidup Orang Jepun

Budaya kerja Jepun adalah berdasarkan disiplin kerja yang kuat terutama dalam perniagaan. Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa nilai murni daripada orang Jepun yang boleh dicontohi. Nilai murni pertama yang dikenalpasti adalah bekerja keras. Bangsa Jepun, jika melakukan sesuatu kerja, mereka akan melakukannya secara tekun dan serius. Mereka akan berhenti dan bersantai dengan rakan-rakan hanya pada waktu rehat dan selepas waktu bekerja. Di samping itu, mereka juga adalah bangsa yang sangat mementingkan masa dan temujanji.

Keduanya, orang Jepun mempunyai sifat pemalu. Sifat ini adalah budaya turun-temurun mereka. Orang Jepun malu jika membuat sesuatu kerja tetapi tidak mencapai kualiti yang diinginkan dan mereka juga akan bercakap dengan perasaan malu. Perasaan malu ialah nilai hidup yang dipegang oleh orang Jepun. Untuk mengelakkan perasaan malu ini, mereka bekerja kuat untuk mencapai kejayaan semaksimum mungkin. Disebabkan malu juga, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan seperti dalam urusan pembelian tiket dan menaiki kenderaan awam. Ini kerana mereka tidak akan melanggar norma yang telah menjadi peraturan umum dalam hidup mereka.

Ketiga ialah perasaan setia. Orang Jepun jarang menukar kerja dan akan berkhidmat dalam satu atau dua perusahaan sehingga pencen. Ini dapat dikaitkan dengan imbuhan dan ganjaran yang diterima oleh pekerja. Sebagai contoh, pekerja SONY yang pernah ditemubual

melalui focus group discussion juga kebanyakannya telah lama berkhidmat dengan syarikat tersebut iaitu melebihi 20 hingga 30 tahun. Menurut mereka, rasa sayang terhadap syarikat membuatkan mereka tidak berfikir untuk mencari pekerjaan lain walaupun tidak dapat dinafikan wujud kebimbangan kerana syarikat SONY terpaksa menghadapi persaingan yang kuat dengan syarikat dari Korea seperti SAMSUNG. Oleh itu, mereka akan menterjemahkan kesetiaan mereka kepada syarikat tersebut dengan melakukan kerja secara serius dan bersungguh-sungguh kerana mereka tahu di akhirnya mereka akan diberi ganjaran yang setimpal dengan hasil kerja mereka.

Ciri yang keempat adalah kerjasama dan mengelakkan sifat individualistik. Di syarikat besar seperti Sony, pekerja akan diberikan projek dan mereka dikehendaki menyelesaikannya secara berkumpulan. Justeru dalam proses kerja secara berpasukan ini, hormat menghormati adalah kunci utamanya. Orang muda menghormati orang yang lebih tua, anak menghormati ibu bapa, dan pekerja menghormati pegawai atasan. Mereka percaya, tiada kejayaan dapat diraih tanpa pertolongan dan bimbingan orang lain.

Orang Jepun juga mempunyai sikap menghargai orang lain. Mereka mempunyai budaya menghargai pemberian orang walaupun sedikit. Jika pertama kali berkenalan dengan orang Jepun, mereka akan menyanjung tinggi kenalan baru tersebut. Hal ini penting untuk hubungan kerja dan sosial yang akan wujud selepas itu.

Perkembangan teknologi masa kini tidak membuatkan orang Jepun kehilangan tradisinya. Budaya meminta maaf sudah sebati dalam hidup mereka, sehingga juga sukar untuk mereka mengatakan “tidak” apabila mendapat tawaran daripada orang lain. Selain itu, dalam hal yang dianggap kecil oleh kebiasaan umum seperti minum teh, orang Jepun tetap menjaga tradisi. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk meminum teh dan cara memegang cawan teh berkenaan. Sikap sebegini juga memastikan bangsa Jepun setia kepada tradisi lama mereka selain daripada

mewarisi nilai-nilai baik seperti pantang menyerah.

Masa Depan Rakyat Malaysia

Tinggal beberapa tahun lagi Malaysia akan memasuki tahun 2020, iaitu tahun yang suatu masa dulu, kita rakyat Malaysia begitu teruja untuk melihatnya. Ia rentetan daripada idea yang dicetuskan oleh pemimpin terdahulu untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing pada tahun tersebut. Untuk itu, Wawasan 2020 diperkenalkan. Memetik satu daripada matlamat yang digariskan dalam Wawasan 2020 iaitu, “mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi”.

Jika dilihat kepada situasi sekarang, adakah masyarakat kita sudah bersedia untuk mencapai matlamat ini? Penulis teringat ketika berlangsungnya Kejohanan Piala Dunia di bumi Brazil pada tahun 2014. Selepas tamat perlawanan antara pasukan Jepun dan Ivory Coast, media dunia tertumpu kepada sikap dan nilai yang ditonjolkan oleh rakyat Jepun di stadium tersebut. Sebelum beredar keluar dari stadium, penyokong pasukan Jepun tadi telah mengutip segala sisa sampah yang mereka buang semasa menonton perlawanan dan mengumpulkannya dalam plastik yang mereka bawa. Bagi mereka, inilah budaya Jepun yang ingin mereka tonjolkan kepada dunia. Perkara ini tidak akan terjadi jika ia bukan satu kebiasaan dalam diri mereka.

Mari kita bandingkan pula dengan gelagat masyarakat Malaysia semasa beratur membeli tiket perlawan akhir bola sepak Sukan Sea 2017. Apakah yang kita ingin tonjolkan kepada dunia luar tentang etika, adab dan budaya kita? Masih belum terlambat untuk kita lakukan perubahan. Jepun telah menunjukkan jalan untuk kita, dan terpulang kepada kita untuk menerimanya.

BELAJAR DARIPADA

NEGARA MATAHARI TERBIT

Sumber: Suhana Saad, Kartini Aboo Talib@ Khalid, “Implimentasi Budaya Kerja Jepun Dalam Organisasi Di Malaysia”, Malaysia Journal of Society and Space 11 issue 6(1-10) 2015

11BULETIN SHAH ALAM

SEGMENINTEGRITI

Page 12: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN
Page 13: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN
Page 14: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada bulan September bertemakan Minggu Kesihatan telah berjaya menarik penyertaan seramai 1500 orang peserta. Pihak MBSA juga telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Negeri Selangor untuk menjayakan Minggu Kesihatan ini.

INISIATIF “GREEN CITY FRAMEWORK” DARI SIRIMPada 6 September 2017, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam telah mengadakan kunjungan hormat ke SIRIM Berhad, Shah Alam. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat sendiri sesi pembentangan teknologi dan inovasi oleh SIRIM yang menyokong perlaksanaan program ‘Low Carbon City Framework’ (LCCF) di Shah Alam.

HARI TANPA KENDERAAN

BERTEMAKAN MINGGU KESIHATAN

Terdapat 5 fokus utama “Green City Framework” yang diketengahkan oleh pihak SIRIM iaitu ‘Life Cycle Thinking and Carbon Footprinting’, pengurusan sisa pepejal, aplikasi inovasi untuk peniaga-peniaga pasar malam, solar street lighting dan sistem pengurusan persekitaran (MS 14001:2015). Lawatan ke SIRIM ini telah dihadiri oleh pengarah-pengarah dan wakil daripada jabatan-jabatan teknikal MBSA.

Antara aktiviti yang turut diadakan adalah Jalan Santai 1,000 langkah, Pameran Skim Peduli Sihat, Bantuan Sihat Selangor dan Saringan Sihat Selangor, serta kerjasama dengan Rakan-Rakan Strategik seperti tajaan makanan sihat dan tips kesihatan oleh Hospital DEMC Shah Alam, pameran kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, aktiviti mengikat reben merah berbentuk hati oleh Galeri Shah Alam, jualan dan sewaan basikal oleh Raleigh, lorong seni oleh PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) dan pameran pencegahan denggi.

14 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENFOKUS

Page 15: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

PENDUDUK SEKSYEN U5

TERIMA TONG SAMPAH PERCUMA Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyerahkan sejumlah 4,633 unit tong sampah MGB 120L kepada penduduk di sekitar kawasan Seksyen U5, Shah Alam melalui Majlis Pengedaran Tong Sampah Secara Percuma. Pemberian tong sampah ini merupakan usaha pihak MBSA untuk melancarkan kerja kutipan sampah domestik serta mengelakkan kacau ganggu kepada persekitaran jika sampah tidak dibuang atau dikumpulkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) di kawasan pentadbiran MBSA telah hadir ke Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata yang telah diadakan pada 8 Ogos 2017. Seminar yang telah diadakan di Dewan Bankuet MBSA ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada pihak Pengurusan Berstrata terhadap tanggungjawab dan peranan dalam menangani isu seperti kawalan demam denggi dan pengurusan insuran bangunan berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

Sebanyak 3 tajuk pembentangan telah dibentangkan iaitu “Program SEDA-10 (Search & Destroy) di peringkat JMB/MC”, “Pengurusan insuran berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)” dan “Isu-isu berkaitan cukai tanah, pindah milik dan cara penyelesaiannya”. Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Strata 2017 telah disempurnakan oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Program ini merupakan platform pihak Majlis untuk meningkatkan peratus kitar semula bagi mencapai matlamat Shah Alam ke arah Bandar Raya Sifar Sampah (Zero Waste) dan Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang Tahun 2030. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Siti Rohaya binti Ahad, Pengerusi MPP Zon 18.

SEMINAR PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA MBSA 2017

15BULETIN SHAH ALAM

SEGMENKOMUNITI

Page 16: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Seramai 1600 peserta dari seluruh Malaysia dan juga luar negara telah menyertai International Enduride 2017 yang telah diadakan pada 6 Ogos 2017. Cabaran kali ini menjangkau jarak sejauh 160km yang menguji fizikal dan mental para peserta. Program kayuhan ini telah bermula dan tamat di Pejabat Cawangan MBSA Setia Alam, Shah Alam serta melalui jalan-jalan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan juga Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Antara para pemenang bagi kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Lelaki Terbuka Endu RIDE yang dimenangi oleh Tan Poh Loong, Amir Farid bin Shukri di tempat kedua, dan Shiraj bin Amir Nor Rashid di tempat ketiga. Lelaki Master Endu RIDE dimenangi oleh David MacGilllivray dari United Kingdom di tempat pertama, Abdul Rahaim bin Rafik dari Singapura di tempat kedua dan Lum Kok Hing dari Malaysia di tempat ketiga.

Wanita Terbuka Endu RACE dimenangi oleh Nurul Alissa Mohamad Azman, Sharifah Nur Ilyana di tempat kedua dan Noor Azian Alias di tempat ketiga. Manakala kategori Lelaki Master Endu RACE pula dimenangi oleh Tsen Seong Hoong dari Malaysia di tempat pertama, Nishihama Masanori dari Jepun di tempat kedua dan Shaharin Razali dari Malaysia di tempat ketiga.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal. Ia bersesuaian dengan usaha MBSA untuk mempromosikan laluan basikal bagi menggalakkan aktiviti berbasikal. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Shukri Bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

SHAH ALAM ENDURIDE 2017

16 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENSUKAN

Page 17: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah berjaya merangkul 2 pingat emas dan 1 perak sekaligus mendapat kedudukan kelima daripada 59 pasukan yang bertanding di dalam Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2017. Acara yang diadakan pada 21 hingga 27 Julai 2017 ini berlangsung di Melaka.

MBSA berjaya mendapat johan dalam acara Bola Tampar Lelaki dan Sepak Takraw Bergu. MBSA juga berjaya mendapat tempat kedua dalam acara Dart Berpasukan. MBSA telah mengambil bahagian di dalam 9 acara iaitu Bola Sepak 9 Sepasukan Terbuka, Bola Sepak 9 Sepasukan Veteran, Sepak Takraw antara Regu, Futsal Lelaki, Tenpin Boling Berpasukan Lelaki, Tenpin Boling Berpasukan Wanita, Bola Tampar Lelaki, Dart Berpasukan dan Golf Berpasukan.

MBSA RANGKUL 2 EMAS, 1 PERAK DALAM KEJOHANAN SUKANUN

MBSA telah menghantar kontinjen seramai 117 orang yang diketuai oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam. Penyertaan pihak MBSA di dalam Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2017 adalah satu usaha untuk menggalakkan kakitangan untuk bergiat aktif di dalam aktiviti sukan. Selain itu, ia juga merupakan langkah untuk membudayakan aktiviti sukan di kalangan kakitangan MBSA.

17BULETIN SHAH ALAM

SEGMENSUKAN

Page 18: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Pada 4 hingga 6 Ogos 2017 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia di Teluk Intan, Perak yang mempertandingkan 2 jenis sukan iaitu Dart dan Bola Jaring. Kejohanan yang turut dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) ini juga menyaksikan pasukan Dart dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya mendapat tempat ketiga.

PASUKAN DART MBSA RANGKUL TEMPAT KETIGA

MPP ZON 23 TUNDUKKAN MPP ZON 11

Pasukan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 23 telah berjaya menundukkan pasukan MPP Zon 11 melalui sepakan penalti 6-5 setelah mendapat kedudukan seri 1-1 di dalam Pertandingan Akhir Liga Bola Sepak MPP Shah Alam 2017. Pertandingan ini telah diadakan pada 6 Ogos 2017 di Stadium Shah Alam.

Program pada hari tersebut turut menyaksikan perlawanan persahabatan di antara pasukan Pilihan Datuk Bandar menentang pasukan Pilihan Ahli Majlis. Pasukan Pilihan Datuk Bandar terdiri daripada pengarah jabatan, ketua bahagian dan pengurus-pengurus cawangan. Majlis penyerahan piala dan pingat telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha MBSA, Tuan Haji Rosli bin Bakar.

Kejohanan yang diadakan di Teluk Intan ini merupakan salah satu lokasi yang terlibat selain daripada kejohanan badminton di Keningau, kejohanan ping pong dan tenis di Kota Bharu serta kejohanan bowling di Kuala Terengganu. Antara objektif MALA adalah memupuk kerjasama dan persefahaman di antara semua PBT seluruh Malaysia serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam bidang-bidang lain yang berkaitan.

18 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENSUKAN

Page 19: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Kebelakangan ini masyarakat cenderung menggunakan media sosial dan media elektronik dalam menyampaikan sebarang maklumat atau aduan. Ia sejajar dengan perkembangan teknologi terkini yang berkembang pesat di mana segala keperluan berada di hujung jari. Berdasarkan ini juga, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak secara inovatif dan kreatif dengan mewujudkan aplikasi yang mudah untuk menyalurkan aduan iaitu ‘i-ADU’.

Idea inovasi ini dicetuskan oleh Kumpulan AVENGERS yang terdiri daripada 9 anggota daripada pelbagai jabatan seperti Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Bahagian Integriti, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Penguatkuasaan. Kakitangan yang dipilih mempunyai bakat, berintegriti, proaktif dan dinamik serta saling bekerjasama membantu dalam penyaluran maklumat berkaitan dengan bidang tugas jabatan masing-masing dalam menyelesaikan aduan-aduan yang dibuat dengan efisien serta memberi manfaat kepada organisasi dan masyarakat.

i-ADU: APLIKASI MUDAH SALURKAN ADUAN

19BULETIN SHAH ALAM

SEGMENINOVASI

Page 20: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

SEMANGAT KENTAL JADI PENDORONG

Pepatah Melayu ada mengatakan, “Genggam bara api biar sampai jadi arang” yang membawa maksud mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Bagi individu yang bernama Samuel bin Dingan, Pembantu Penguatkuasa, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), usia 55 tahun bukanlah penghalang baginya untuk merealisasikan hasrat yang tersimpan sejak dahulu lagi. Samuel yang juga merupakan seorang bekas askar tidak pernah luntur semangat juang dalam dirinya. Ikuti temubual istimewa bersama individu kelahiran negeri di bawah bayu ini yang menjadi kebanggaan kepada MBSA dan sebagai sumber inspirasi kepada golongan muda yang turut meminati aktiviti mendaki gunung.

Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk ke Everest Base Camp?

Sebagai seorang anak Sabah yang sememangnya sudah biasa mendaki gunung, saya sentiasa mengimpikan untuk mendaki gunung tertinggi di dunia satu hari nanti. Hajat saya akhirnya tercapai apabila diberi peluang untuk ke Everest Base Camp bersama-sama rakan yang lain pada 22 April hingga 7 Mei 2017 yang lalu.

Berapa orang yang terlibat dalam ekspedisi ini?

Secara keseluruhannya ada 14 orang daripada pasukan kami. Wakil dari MBSA ada 3 orang iaitu saya, Puan Azila bt Mohd Ali dari Jabatan Penguatkuasaan dan Encik Abdul Fatah bin Mohamed Emran dari Jabatan Kejuruteraan. Untuk ekspedisi ini, pasukan kami diketuai oleh Outbound Adventure Crew (OAC) yang telah mempunyai banyak pengalaman sebelum ini.

Ceritakan sedikit pengalaman perjalanan ke sana.

Ekspedisi kami berlangsung selama 13 hari iaitu 8 hari diperlukan untuk mendaki gunung manakala 5 hari untuk turun semula. Waktu yang sesuai untuk memulakan pendakian adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Kami mendaki sehingga ke Everest Base Camp dan sepanjang perjalanan tersebut, saya telah melihat seramai dua orang lelaki Inggeris meninggal dunia di sana kerana kesejukan.

Pada ketinggian yang melebihi 5,000 meter, bukan hanya kekuatan fizikal yang diperlukan. Malahan, mental dan spiritual juga perlu kuat untuk menyesuaikan diri semasa berada di atas sana. Tetapi saya tetap bersyukur kerana saya dan rakan-rakan yang lain selamat sehingga turun semula.

Nasihat atau kata-kata semangat kepada mereka yang meminati aktiviti pendakian seumpama ini.

Kepada mereka yang meminati aktiviti aktiviti mendaki gunung, saya nasihatkan agar bersedia sepenuhnya dari sudut mental, fizikal dan juga spiritual. Latihan yang secukupnya adalah amat penting bagi mengelakkan kecederaan serius daripada berlaku. Selamat maju jaya, terima kasih!

20 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENINSPIRASI

Page 21: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN

Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga meramalkan masalah kemurungan yang menjadi antara punca penyakit mental akan naik ke tangga kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia di seluruh dunia menjelang 2020. Kesejahteraan mental boleh memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal.

MENTAL SIHAT, HIDUP SEJAHTERAKesihatan mental seringkali dikaitkan dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat. Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Ia merangkumi perasaan, fikiran dan tingkah laku dalam diri sendiri, kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya serta bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, cabaran dan tekanan yang timbul dalam kehidupan seharian.

Penyakit mental yang serius boleh memberikan impak terhadap kehidupan. Individu yang menderita atau mengalami masalah mental biasanya kurang mengambil berat dari perspektif fizikal mereka.

3. Bersedia Menghadapi Cabaran

• Berupaya menghadapi dan menyelesaikanmasalah

•Mampumengatasikonflikdenganbijak

•Mampumembuatkeputusanuntukdirisendiri

• Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranyagagal menyelesaikan masalah harian

Bagaimana ingin memiliki mental yang sihat?

2. Pergaulan Sosial Yang Sihat

•Mampu berkomunikasi secara berkesan denganorang lain

•Mampumemberidanmenerimakasihsayang

• Tahumenghargaidanmempercayaioranglain

• Dapat menerima pendapat orang lain secaraterbuka

1. Mengurus Diri Sendiri

•Menyedarikelemahandankekuatandirisendiri

• Berupayamengawalperasaan

•Sanggupmenerimakegagalan

•Mampumenghindarikegiatanyangtidakbermoral

•Menghargaidirisendiri

21BULETIN SHAH ALAM

SEGMENKESIHATAN

Page 22: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN
Page 23: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN
Page 24: BERSIH • INDAH • HIJAU - mbsa.gov.my · PDF fileModul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Sub Modul Pengisytiharan Harta, dan Sub Modul Penamatan Perkhidmatan. 4 BULETIN SA AAM SEGMEN