bersih • indah • hijau

16
OGOS 2013 - SEPT 2013 www.mbsa.gov.my ISU 019 2013 shah alam bersih indah hijau buletin MBSA PASTIKAN PEMBANGUNAN PUSAT BANDAR TERANCANG DAN TERATUR Jabatan Pengurusan Hasil & Pelaburan, MBSA, berjaya meraih tempat pertama bagi kategori pengurusan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam kali ke-26 Peringkat Negeri Selangor. Projek yang diketengahkan adalah PenguranganTempoh Permohonan Kelulusan Petak Kereta khas di Shah Alam dari 14 hari kepada 5HARI. Syabas kepada pasukan KIK MBSA. MBSA membawa pulang RM 4000 dan muncul sebagai Johan Peringkat Kebangsaan Sektor Awam (Badan Berkanun) yang diadakan di Gambang, Pahang pada 1 hingga 3 Oktober 2013. Tahniah diucapkan kepada pasukan 5S MBSA. STADIUM SHAH ALAM STADIUM BERTARAF ANTARABANGSA X-PARK TUNJUK TARING MBSA JOHAN KONVENSYEN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) >Berita lanjut di muka surat 12 >Berita lanjut di muka surat 16

Transcript of bersih • indah • hijau

Page 1: bersih • indah • hijau

OGOS 2013 - SEPT 2013www.mbsa.gov.my

ISU0192013

shah alambersih • indah • hijau

buletin

1

MBSA PASTIKAN PEMBANGUNAN PUSAT BANDARTERANCANG DAN TERATUR

Jabatan Pengurusan Hasil & Pelaburan, MBSA, berjaya meraih tempat pertama bagi kategori pengurusan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam kali ke-26 Peringkat Negeri Selangor. Projek yang diketengahkan adalah PenguranganTempoh Permohonan Kelulusan Petak Kereta khas di Shah Alam dari 14 hari kepada 5HARI. Syabas kepada pasukan KIK MBSA.

MBSA membawa pulang RM 4000 dan muncul sebagai Johan Peringkat Kebangsaan Sektor Awam (Badan Berkanun) yang diadakan di Gambang, Pahang pada 1 hingga 3 Oktober 2013. Tahniah diucapkan kepada pasukan 5S MBSA.

STADIUM SHAH ALAMSTADIUM BERTARAF ANTARABANGSA

X-PARK TUNJUK TARING

MBSA JOHANKONVENSYEN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S)

>Berita lanjut di muka surat 12 >Berita lanjut di muka surat 16

Page 2: bersih • indah • hijau

2

www.mbsa.gov.my

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MBSA 2012

20 MEI 2013 - 101 warga kerja MBSA menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohammed Khusrin b. Haji Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersaksikan YBhg. Dato’ Haji Mohd. Jaafar b. Hj. Mohd. Atan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSA 2012.

Disaksikan lebih daripada 1000 orang kakitangan MBSA, penganugerahan ini mencerminkan keprihatian pihak MBSA dalam mengiktiraf khidmat bakti warganya berdasarkan prestasi cemerlang, penyumbangan tenaga,

usaha, idea yang bernas dan kreatif membantu dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Majlis ini juga turut menghargai 5 orang kakitangan yang telah berkhidmat awam lebih daripada 25 tahun yang menerima Anugerah Khidmat Setia. Manakala Anugerah Khas Datuk Bandar diberikan kepada 3 orang warga kerja yang telah banyak menabur bakti dan menyumbang tenaga serta idea dalam menaikkan imej Majlis. Pada kali ini anugerah ini diberikan kepada En. Nor Hisham b. Abdul Ghafar, Pen. Jurutera dari

Jabatan Korporat, Pn. Wan Suraya bt. Sahabaludin, Pen. Peg. Tadbir dari Jabatan Khidmat Pengurusan dan En. Sri Mulyadi b. Sri Soetarmanto, Pekerja Awam Rendah dari Jabatan Perkhidmatan Bandar.

Pencapaian MBSA pada tahun 2012 yang berjaya menerima 18 pengiktirafan dan anugerah dalam memberikan komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh warga kerja MBSA dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian (delivery system) amat membanggakan.

Pameran Draf Rancangan Tempatan (Pengubahan 2) MBSA 2020.

Penerima Anugerah bergambar bersama YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan pihak pengurusan tertinggi, MBSA.

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MBSA(PENGUBAHAN 2)

22 OGOS 2013 – Rancangan Tempatan (Pengubahan 2) bertujuan mempamerkan cadangan pindaan kepada Rancangan Tempatan (Pengubahan 1) yang melibatkan cadangan perubahan guna tanah dan klasifikasi aktiviti kegunaan tanah.

Rancangan Tempatan (RT) MBSA 2020 bertujuan mengawal dan mengurus aktiviti perancangan pembangunan yang telah dibahagikan kepada 5 blok perancangan kecil yang mengambil kira perancangan 56

Datuk Bandar melihat peta kawasan Shah Alam yang dirancang untuk pembangunan.

Seksyen dalam Shah Alam.RT mempamerkan beberapa

cadangan pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak penduduk serta pembangunan kawasan sekitar. Antaranya pembangunan stesen keretapi seperti Stesen MRT dan LRT di 3 kawasan, pembangunan jajaran

lebuhraya, meminda sebahagian pembangunan di Lembaga Getah Malaysia dan sebagainya.

Melalui RT MBSA ini, diharapkan rancangan pembangunan yang menyeluruh, komprehensif dan terperinci yang akan dilaksanakan bagi tempoh perancangan sehingga 2020.

Page 3: bersih • indah • hijau

3

www.mbsa.gov.my

KONVENSYEN KIK PIALA DATUK BANDAR MBSALAHIR IDEA BARU

30 MEI 2013 – MBSA bukan sahaja menyediakan kemudahan perkhidmatan dan penyampaian maklumat yang efektif kepada para pelanggan, malahan turut menggalakkan pembentukan warga kerja yang bersifat kreatif dan berinovatif. Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Piala Datuk Bandar Tahun 2013 Kali ke-7 telah berlangsung, di mana 14 pasukan terdiri daripada Jabatan dan Pejabat Cawangan, MBSA.

Persembahan daripada Jabatan Kejuruteraan.

Kumpulan I-dea Creative daripada Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan.

KIK menggalakkan pemikiran kreatif yang mampu memberikan kemudahan, menambahbaik dan mereka cipta perkara baru, terutamanya yang melibatkan bidang tugas seharain. KIK juga diadakan bagi memupuk semangat berpasukan antara pekerja, mewujudkan kerjasama, mengasah kemahiran mencipta di kalangan warga MBSA serta melahirkan pekerja yang kreatif dalam menghasilkan penyelesaian bagi sesuatu masalah yang timbul dalam segi teknikal mahupun perkhidmatan.

Pasukan I-dear Creative dari Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan menjadi johan dan menerima wang tunai sebanyak RM 6000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan Qhaliff dari Jabatan Perancangan dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Efisen dari Jabatan Khidmat Pengurusan.

En. Hafizol b. Bahar, Penolong Pegawai Tadbir, yang telah berkecimpung dalam dunia KIK selama 8 tahun sejak tahun 2006, telah banyak menyumbang kejayaan dengan menaikkan nama dan imej MBSA di peringkat kebangsaan. Tidak pernah berputus asa dan amat berterima kasih kepada Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Hj. Mohd Jaafar b. Hj. Mohd Atan melihat KIK sebagai salah satu usaha yang harus diteruskan bagi melahirkan ciptaan baru yang memudahkan semua pihak membuatkan beliau meneruskan usahanya.

30 WARGA ASING DITAHAN

13 JUN 2013 - Anggota penguatkuasa menyerbu Flat Valencia, Seksyen 25 dan tapak projek pembinaan, Bukit Jelutong, Seksyen U8 bagi memeriksa permit dan dokumen perjalanan yang sah, dalam satu operasi bersepadu Warga Asing.

Warga asing yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Myammar dan Bangladesh telah diperiksa dalam operasi yang dilaksanakan bersama 14 anggota dari Bahagian Penguatkuasa, MBSA, 80 anggota dari Bahagian Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia dan 5 orang anggota dari Jabatan Imigresen Selangor.

Operasi Bersepadu Warga Asing ini dijalankan serentak di 2 kawasan dan daripada serbuan tersebut, anggota penguatkuasa berjaya menahan 30 orang warga asing yang tidak memiliki dokumen serta permit perjalanan yang sah.

Tindakan tegas MBSA dalam menangani kebanjiran warga asing di Shah Alam adalah selaras dengan ciri-ciri perancangan bandar raya selamat yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

SEGMEN : OpEraSI, CEGah & MENyElaMat

Page 4: bersih • indah • hijau

4

www.mbsa.gov.my

PREMIS JUDI GAGAL LAGI

15 JUlaI 2013 - Laluan di sebalik almari tempat penyimpanan kayu snuker disebuah premis perniagaan telah diserbu anggota Penguatkuasa MBSA bagi memecah masuk ke dalam bilik rahsia yang menjalankan aktiviti perjudian internet di pusat siber, Subang Perdana, Seksyen U3, Shah Alam.

Operasi diketuai oleh En. Noor-Izal Abdul Rahman, Penolong Pegawai Penguatkuasa, MBSA bersama-sama 16 anggota penguatkuasa dan dibantu

oleh anggota polis daripada Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sebanyak 95 buah komputer disita bernilai RM50,000 dan ini merupakan tindakan kali kedua pihak MBSA meyita pusat snuker tersebut. Tindakan tegas juga dikenakan dengan menyenarai hitam premis ini daripada memiliki lesen di masa akan datang.

Penyitaan dilaksanakan di bawah Enakmen Hiburan Negeri Selangor Pindaan 2001 dengan kompaun

maksimum sehingga RM25,000. MBSA turut membuat beberapa serbuan terhadap 3 pusat siber yang beroperasi secara haram.

Operasi dijalankan atas maklumat orang ramai yang membuat aduan terhadap kegiatan perjudian di kawasan tersebut. MBSA menggalakkan orang ramai membuat aduan terhadap salah laku di sekitar Shah Alam melalui Bahagian Audit Dalaman & Pengaduan Awam di talian 03-5522 2735.

Penguatkuasa, MBSA memecah masuk almari penyimpanan kayu snoker yang menyembunyikan bilik perjudian.

3 PREMIS DIARAH TUTUP

26 SEptEMBEr 2013 - Tiga daripada 43 premis makanan yang diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA diarahkan tutup serta merta pada Operasi Kebersihan Premis Makanan apabila gagal memenuhi syarat kebersihan yang ditetapkan.

Pemeriksaan terhadap tempat penyediaan makanan, ruang makan, peralatan makanan, ruang penyimpanan makanan, tandas dan

tong sampah diperiksa sama ada pemilik restoran mematuhi standard kebersihan premis makanan yang ditetapkan.

Selain itu, operasi turut memastikan sama ada pengendali makanan dan pembantu restoran mempunyai suntukan anti tifoid (TY2), di samping tahap kebersihan diri yang perlu memenuhi syarat-syarat pengendali makanan yang ditetapkan oleh MBSA.

Pemilik diberikan tempoh sehingga 14 hari untuk membersihkan premis mereka. MBSA memohon kerjasama semua pemilik restoran agar mengamalkan kebersihan premis dan penyediaan makanan untuk kesejahteraan orang ramai.

Page 5: bersih • indah • hijau

5

www.mbsa.gov.my

PECAH TANJAKAN PENIAGA DEGIL

29 MEI 2013 - MBSA bertindak tegas terhadap peniaga degil yang membina tanjakan (ramp) tanpa kebenaran. MBSA menggunakan 2 jentera ‘excavater’ untuk menanggalkan tanjakan di 4 buah premis perniagaan yang membina tanjakan (ramp) tanpa kebenaran.

Premis yang diambil tindakan adalah terdiri daripada bengkel kereta, premis jualan kereta dan kedai motosikal.Operasi dijalankan bagi masalah tempat letak kereta yang disalahguna untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran pihak MBSA.

Penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan

perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).

MBSA menegaskan agar pemilik premis yang ingin menggunakan tempat letak kereta bagi tujuan perniagaan supaya membuat permohonan sewaan petak khas terlebih dahulu daripada pihak MBSA sebelum menggunakan tempat letak kereta tersebut untuk tujuan perniagaan.

2 KERETA HALANG OPERASI

24 SEptEMBEr 2013 – Dalam satu operasi penguatkuasaan di Kota Kemuning, MBSA telah dihalang oleh seorang pemilik kediaman daripada melaksanakan operasi roboh.

Operasi roboh yang dijalankan di Kota Kemuning, Seksyen 31 terpaksa diberhentikan apabila pemilik kediaman cuba menghalang kerja-

kerja pengrobohan tembok haram yang dibina di kediamannya.

Tembok yang dibina menyalahi peraturan apabila didapati dibina di atas tanah milik kerajaan. Pemilik telah diberikan notis amaran mengikut Akta Parit dan Jalan (Akta 133) untuk merobohkan struktur itu sendiri.

Walau bagaimanapun, MBSA tetap bertolak ansur dengan memberikan tempoh selama 2 minggu kepada pemilik untuk merobohkan tembok tersebut. Sebelum itu, MBSA berjaya merobohkan pondok kawalan keselamatan yang dibina tanpa kebenaran.

Antara kategori perniagaan yang dibolehkan memohon adalah kedai memperbaiki kereta/motosikal, kedai menjual aksesori kereta/motosikal, kedai menjual perabot, klinik, ruang pameran kereta/motosikal, pasaraya/kedai runcit yang memerlukan ruang pemunggahan barang dan sebagainya.

Page 6: bersih • indah • hijau

6

www.mbsa.gov.my

SINDROM SELESA HALANG PENJAWAT AWAM MAJU-KSN

SEGMEN : KErataN aKhBar

“Sindrom selesa pada sesuatu tahap pencapaian dalam

kalangan penjawat awam merupakan halangan utama ke arah menjadikan sektor awam kekal relavan dengan perubahan semasa.” – Berikut adalah petikan kata-kata Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Ali Hamsa yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2013.

Menurut beliau, tanggapan tersebut adalah sejajar dengan tingginya jangkaan rakyat atau pelanggan hari ini terhadap perkhidmatan awam.

“Sudah tentu ia memerlukan kita sebagai penjawat awam untuk membuat pembaharuan yang berterusan supaya sentiasa responsif, relevan, cekap, cepat dan berkesan dalam memenuhi permintaan serta

harapan rakyat.”Beliau turut mengingatkan penjawat

awam terhadap peranan mereka yang sangat besar dalam memastikan setiap dasar dan agenda nasional dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin.

SEGMEN : Shah alaM BErSIh, INdah & hIJaU

BAZARENA : BAZAR BERSIHDB & TDB TURUN PADANG 8 MINGGU BERTURUT-TURUT

31 MEI 2013 - Kebersihan Bazarena di kawasan parkir Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam yang sering dipertikaikan oleh masyarakat setempat kini berwajah baru.

Kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Bandar, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Taman & Rekreasi telah melaksanakan gotong royong pembersihan kawasan tapak Bazarena tersebut. Kerja-kerja seperti mengecat ‘curb’, menggantikan penutup longkang, kerja-kerja pangkasan dan sebagainya dijalankan pada hari tersebut.

Gotong royong pembersihan tapak Bazarena ini bertujuan memberikan

keselesaan kepada para penjaja dan pengunjung, khususnya. Selain itu, program ini juga bertujuan memberikan satu imej baru kepada tapak Bazarena tersebut yang selama ini berhadapan dengan isu kebersihan.

MBSA berharap agar para penjaja dan juga pengunjung dapat menjaga kebersihan kawasan Bazarena tersebut untuk kepentingan semua pihak. Kebersihan kawasan melambangkan jati diri masyarakat, khususnya kepada warga bandar raya Shah Alam.

Kontraktor membetulkan saluran air yang terdapat di tapak Bazarena tersebut.

Datuk Bandar bersama Timbalan Datuk Bandar membuat pemantau longkang yang perlu diperbaiki.

Page 7: bersih • indah • hijau

7

www.mbsa.gov.my

TUMBUHAN HIJAU CERIAKAN BAZARENA

29 JUN 2013 - Penglibatan anak-anak muda dan badan korporat dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap usaha-usaha memelihara dan memulihara alam sekitar amat digalakkan.

Program penanaman pokok ‘Shah Alam Trees for Life 2013’ yang

Penyampaian sumbangan daripada pihak KPJ Health Care kepada MBSA diwakili oleh Timbalan Datuk Bandar, Tuan Mohtar b. Hani.

dilaksanakan oleh MBSA kini semakin mendapat sambutan, terutamanya di kalangan badan-badan korporat, sekolah, Institut Pengajian Tinggi dan agensi kerajaan yang lain.

Sokongan yang diberikan sama ada dalam bentuk wang tunai yang bertujuan untuk membeli anak pokok

atau persediaan program mahupun dalam bentuk tenaga adalah amat dihargai. Sambutan daripada para sukarelawan pada setiap program melibatkan hampir 400 orang peserta. Program kali ini turut melibatkan para sukarelawan dari Eco Warriors.

Pada kali ini, program penanaman pokok dilaksanakan di sekitar kawasan parkir Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam. Program ini merupakan salah satu aktiviti bagi memperindah kawasan tersebut.

PERINTIS HIJAU LAHIR GENERASI PENCINTA ALAMSifat cintakan alam sekitar perlu

diterapkan pada usia muda agar sikap menghargai alam sekitar dapat dibudayakan dan menjadi jati diri golongan muda ini, sehingga usia dewasa. Proses pembelajaran yang dialami kanak-kanak dapat mendidik mereka menjadi lebih berpengetahuan terhadap alam sekitar.

Program Perintis Hijau yang mensasarkan penyertaan di kalangan pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun, mendedahkan beberapa perkara berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar melalui program-program yang menarik seperti ‘Mini Explorace Golden Growth’.

Program anjuran MBSA dengan kerjasam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) ini mengetengahkan program pendidikan yang mempunyai objektif untuk memperkasa golongan kanak-kanak terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar dengan menganjurkan aktiviti seperti pengenalan terhadap flora, penanaman pokok dan pemeliharaan alam sekitar di persekitaran mereka.

Kanak-kanak diberi penerangan tentang penjagaan pokok.

Program Perintis Hijau akan diteruskan secara berperingkat setiap 3 kali setahun. 15 sekolah rendah

akan dipilih dari seluruh Shah Alam untuk mengikuti program ini secara berperingkat.

Acara tahunan yang diadakan 3 kali

setahun.

Page 8: bersih • indah • hijau

8

www.mbsa.gov.my

SEGMEN : KEMaSyaraKat

IFTAR JAMAIEBERSAMA MEDIA DAN ANAK-ANAK YATIM

19 JUlaI 2013 - Seramai 41 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus, Bukit Subang gembira menerima sepasang baju raya berserta duit raya sumbangan MBSA pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Media Massa dan Anak-Anak Yatim.

Program ini bertujuan menghargai komitmen dan sumbangan pihak

media massa yang berterusan membantu meningkatkan imej MBSA melalui hebahan aktiviti, maklumat dan juga program anjuran MBSA.

MBSA turut memberikan sumbangan kepada 39 kakitangan MBSA yang layak terdiri daripada ibu tunggal, bapa tunggal, mempunyai anak kurang upaya serta 4 orang balu bekas kakitangan MBSA.

Melalui Tabung Majikan Prihatin, MBSA sumbangan berupa wang tunai RM300 dan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, susu, tepung, kordial, kurma dan sebagainya diberikan kepada penerima yang layak.

ILMU PENYULUH HIDUP.....

- Bill Gates

I will always choose a lazy personto do a difficult job...

Because they will find an easy way to do it.

Page 9: bersih • indah • hijau

9

www.mbsa.gov.my

SIARAN LANGSUNGMULAI SEPTEMBER 2013

‘MBSA goes live’ – Orang ramai boleh melayari mesyuarat.majlis.mbsa.gov.my untuk

menyaksikan siaran langsung Mesyuarat Majlis, MBSA yang diadakan pada setiap bulan. Tujuan siaran langsung ini diadakan bagi membolehkan orang awam mengikuti perkembangan semasa program dan aktiviti pihak Majlis dalam menyediakan perkhidmatan dan kemasyarakatan, di samping membuktikan ketelusan MBSA dalam menyampaikan maklumat dan transformasi kepada warga bandar raya ini khususnya.

ZIARAH RAMADHANBANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

8 JUlaI 2013 - Dalam kesibukan umat Islam membeli-belah untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak, masih ada insan yang serba kekurangan dan memerlukan bantuan.

Bagi keluarga Encik Md. Som b. Kamaruddin dari Sungai Plong, pendapatan kecil hasil dari bekerja sebagai pemandu teksi bagi menyara 6 orang anaknya yang masih kecil masih tidak mencukupi. Keadaan rumah yang serba kekurangan menginsafkan pihak MBSA yang turut terlibat dalam program Ziarah Ramadhan tersebut.

Program Ziarah Ramadhan yang dilaksanakan saban tahun bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik seperti fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya dalam menyediakan persiapan bagi menghadapi musim perayaan.

Sumbangan wang tunai bernilai RM50 dan barangan keperluan asas bernilai RM150 seperti beras, minyak masak, gula, susu, tepung, kordial, kurma dan bahan kering yang lain dihulurkan kepada 120 keluarga yang terpilih. Kawasan-kawasan yang terlibat, termasuklah Kampung Paya Jaras Hulu, Kampung Paya Jaras Dalam dan Sungai Plong, Sungai Buloh.

WISMA MBSA GAGAH BERWAJAH BARU

Bangunan Wisma MBSA yang didirikan sejak 25 tahun yang lalu diberi ‘face lift’ pada dinding luar ‘facade’. Kerja-kerja akhir sedang dilaksanakan di sekitar Dewan Bankuet dan Auditorium MBSA. Projek dijangka selesai pada tahun 2014.

Datuk Bandar (bertopi) bersama Ahli Majlis, Pn. Mariam bt. Abdul Rashid dan En. Abdul Razak b. Idris menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Page 10: bersih • indah • hijau

10

www.mbsa.gov.my

PELEKAT KENDERAAN OKU MBSA

MBSA ttidak pernah mengetepikan mana-mana

golongan termasuklah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan sebahagian daripada warga Shah Alam.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa, MBSA menyediakan perkhidmatan OKU seperti, kenderaan komuniti dan pelekat kenderaan OKU yang dibenarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pelekat kenderaan OKU MBSA boleh dipohon oleh pemohon golongan OKU itu sendiri, atau pemandu kepada golongan tersebut. Antara syarat wajib yang perlu dipatuhi adalah pemohon hendaklah membawa dan mempamerkan Kad OKU yang didaftar di bawah JKM, gambar, lesen memandu dan salinan kad pengenalan. Penggunaan pelekat kenderaan OKU ini perlu diperbaharui setiap 2 tahun.

Golongan OKU yang menetap di Shah Alam sahaja bolehlah mendapatkan pelekat kenderaan ini di MBSA, dan bagi kawasan-kawasan lain, boleh memohon menerusi Pihak Berkuasa Tempatan kawasan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pembangunan Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MBSA di talian 03-5522 2732.

SEGMEN : KOrpOrat

ENCYCLOPEDIA OF WHO’S WHO UNDER THE ADMINISTRATION OF MBSABAHAN RUJUKAN KEPADA PELABUR

26 JUN 2013 - ‘The Encyclopedia Of Who’s Who, Under The Administration Of Majlis Bandaraya Shah Alam’ merupakan satu projek usahasama di antara MBSA dengan syarikat penerbitan dan pengiklanan, The Malaysian Tourism Book of Records.

Ensiklopedia ini diterbitkan sebagai rujukan dan panduan lengkap berkenaan para pelabur dan peniaga tempatan yang berjaya dalam 4 sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan kejuruteraan di kawasan Shah Alam.

Selain itu, ensiklopedia ini juga mampu mebuka mata dan memberi peluang dalam meningkatkan kesedaran serta mewujudkan daya saing kepada para pelabur tempatan dan asing mengenai perniagaan, peluang dan potensi, serta pembangunaan tempatan di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

Buku ‘Who’s Who MBSA’ akan diedarkan kepada PBT-PBT, kedutaan, pusat-pusat pelancongan di seluruh dunia, perpustakaan tempatan, agensi kerajaan, pusat komuniti, kedai-kedai buku, badan korporat terpilih, institusi pendidikan tinggi dan lapangan terbang antarabangsa.

Dato’ Hj. Mohd Jaafar b. Hj. Mohd Atan (tengah) bersama-sama (dari kiri) H. Azman b. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Who’s Who, Ahli Majlis En. Kamarudzaman b. Sanusi, Tn. Mohtar b. Hani, dan Dato’ Hj. Emran b. Hj. Kadir berpuas hati dengan buku yang berkualiti tinggi.

Page 11: bersih • indah • hijau

11

www.mbsa.gov.my

TINDAKAN 5 TAHUN (2013-2018)MBSA, PBT PERTAMA DILAWAT EXCO KERAJAAN TEMPATAN YANG BARU

UTUHKAN SILATURRAHIMRUMAH TERBUKA AIDILFITRI MBSA 2013

21 OGOS 2013 – Seramai 3000 orang tetamu telah memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MBSA 2013, yang berlangsung di Padang Wisma MBSA. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid b. Ibrahim.

Majlis yang diadakan ini bukan sahaja memberi peluang kepada para tetamu yang terdiri daripada para pelabur, agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan Selangor, badan korporat, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertemu dan lebih mengenali di antara mereka, malahan memberi peluang kepada MBSA mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

YAB Dato’ Menteri Besar mengambil kesempatan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu kepada wakil Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Anak-anak yatim dari Teratak Nur Barakah, Seksyen 24 turut menyerikan majlis tersebut.

14 JUN 2013 - Lawatan kerja YB. Dato’ Teng Chang Khim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Negeri Selangor ke MBSA telah mengutarakan 5 perancangan yang bakal dilaksanakan

dalam tempoh 5 tahun di bawah Pelan Tindakan Lima Tahun Jawatankuasa Tetap PBT Negeri Selangor.

MBSA merupakan pertama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang dilawati oleh YB. Dato’ Teng Chang Khim selepas pelantikan beliau

sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Negeri Selangor bagi sesi suai kenal bersama PBT. Bertujuan memperdengarkan pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memantapkan dan memperkasakan sistem penyampaian maklumat dan perkhidmatan.

Beberapa saranan yang dikemukakan, antaranya:1. Menambah bilangan anggota

peronda penguatkuasa;2. Meningkatkan sistem perkhidmatan

bas tempatan;3. Menaik taraf padang permainan /

padang awam;4. Siaran langsung mesyuarat penuh

PBT;5. Pemasangan 414 buah CCTV di

seluruh negeri Selangor.Sesi lawatan ini memberi peluang

kepada MBSA untuk memahami perancangan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaannya dapat dijayakan dengan sebaiknya. Selain itu, lawatan ini juga berupaya mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak Kerajaan Negeri dan MBSA.

Page 12: bersih • indah • hijau

12

www.mbsa.gov.my

HARI INOVASI PENTADBIRAN KERAJAANNEGERI SELANGOR TAHUN 2013

PEMBANGUNAN TERANCANGMBSA ELAK PERMASALAHAN DI MASA HADAPAN

14 NOVEMBEr 2013 - Majlis Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013 diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi di bawah Pentadbiran Negeri Selangor kepada yang berjaya. Majlis ini diadakan di Auditorium, Dewan Jubli Perak, SUK Selangor.

Sepanjang tahun 2013, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menempa nama bagi beberapa kategori yang diiktiraf di peringkat Negeri Selangor, antaranya :-•Johan Anugerah Inovasi

Sektor Awam Negeri Selangor (AISAS) Tahun 2013, Kategori Kumpulan Kecil, melalui Jabatan Bangunan,MBSA,•Johan Anugerah Konvensyen

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Awam Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan Ke-26 Tahun 2013, Kategori Pengurusan, melalui Kumpulan X-Park, Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan dan,

•TempatKedua, Anugerah InovasiSetiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013.

Di atas pencapaian yang diperolehi ini, MBSA berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM35,000. Kemenangan yang diraih bukanlah

syarat kepada MBSA untuk berada dalam keadaan selesa, malah kemenangan yang diperolehi menjadi batu pengasah kepada semua kakitangan MBSA untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Bagi mengelakkan permasalahan perbandaran di masa hadapan, kini MBSA giat memastikan pelan dan perancangan perbandaran yang lebih teratur terutamanya di sekitar Pusat Bandar, Seksyen 14, Shah Alam.

Bengkel Pembangunan Pusat Bandar Shah Alam diadakan bagi mengupas isu-isu pembangunan, mengkaji status pembangunan dan mendapatkan pandangan serta idea

dari perspektif pemaju dan pakar pembangunan khusus untuk kawasan sekitar Pusat Bandar, Seksyen 14.

Melalui bengkel ini, satu perancangan dan kajian menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan pembangunan Pusat Bandar menjadi struktur bandar yang mantap serta meletakkan bandar raya Shah Alam bertaraf antarbangsa.

BIl taJUK pEMBENtaNG

1.

PERANCANGAN PEMBANGUNAN ASAL PUSAT BANDAR SHAH ALAM, SEKSYEN 14

EN. AHMAd ZAIdEE B. LEHANPengurus Pembangunan Bisnes, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

2.

PEMBANGUNAN PUSAT BANDAR BERKONSEP & BERCIRIKAN ISLAM

PROf. EMERITuS dR. ISMAwI HJ. ZENUniversiti Islam Antarabangsa (UIA)

3.PEMBANGUNAN PUSAT BANDR TERBAIK

dATO’ KAMAL ARIffIN B. dATO’ ZAHARINPrinsipal DZS Sdn. Bhd.

tIGa KErtaS KErJa yaNG dICadaNGKaN :

Page 13: bersih • indah • hijau

13

www.mbsa.gov.my

Turut diadakan lawatan ke Terminal Bas, Seksyen 17 yang merupakan pusat transit utama di Shah Alam.

Usaha menambahbaik kemudahan awam khususnya penyediaan infrastruktur untuk menaiktaraf sistem pengangkutan di Shah Alam terus diperkasakan melalui pembinaan Hentian Akhir Bandar (HAB) di kawasan Stesen Komuter, Seksyen 19.

Hentian Akhir Bandar atau ringkasnya HAB terletak berhampiran stesen komuter Seksyen 19 akan digunakan sebagai lokasi untuk mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi untuk pengguna perkhidmatan komuter yang turun/berhenti di hentian Seksyen 19, Shah Alam.

Apabila siap kelak HAB ini akan diintergrasikan dengan Stesyen Komuter 19 melalui penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung yang akan menghubungkan stesen komuter ke HAB. Laluan berbumbung ini akan memberi keselesaan dan memudahkan pengguna komuter untuk mendapatkan perkhidmatan

HENTIAN AKHIR BANDAR (HAB) MUDAHKAN ORANG AWAM MENDAPATKAN PERKHIDMATAN BAS & TEKSI

bas ataupun teksi untuk ke destinasi masing-masing.

Hentian Akhir Bandar (HAB) bakal menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dan efisyen dan mempunyai ruang menunggu bas dan teksi yang boleh menampung 300 orang pada satu-satu masa. Ruang informasi juga akan disediakan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat jadual perjalanan bas dan komuter.

Bukan itu sahaja, HAB juga mempunyai medan selera, kedai serbanika dan ruang kiosk untuk manfaat orang ramai. Selain itu kemudahan surau juga akan

disediakan untuk orang ramai mengerjakan solat termasuk kemudahan tandas untuk golongan Orang Kelainan Upaya )OKU) juga turut akan disediakan

Pembangunan HAB ini juga turut menarik minat Datuk Seri Wong See Wool, Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang telah mengadakan lawatan dan memantau tapak Projek “Park n Ride” iaitu kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta di kawasan Stesen komuter, Seksyen 19. Melalui inisitaif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperuntukan RM3

juta untuk menjayakan projek “Park n Ride”.

Beliau telah dibawa melawat ke tapak projek “Park n Ride” dan seterusnya ke tapak pembangunan HAB bagi meninjau kemajuan (progress) projek tersebut. Taklimat projek telah disampaikan Ir. Ceremi Tarman, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, MBSA. Turut hadir Dato Mohd. Jaafar Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam, Dato Haji Emran b. Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling berserta para pegawai dari MBSA, Jabatan Perdana Menteri serta MOT.

Kos pembangunan HAB dianggarkan sebanyak RM4 juta dan kos ini akan dipohon ke MOT dan diharapkan peruntukan ini dapat diluluskan supaya HAB dapat direalisasikan mengikut jadual kerja yang ditetapkan. Pembangunan HAB ini merupakan sebahagian daripada matlamat MBSA untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam di bandar raya Shah Alam yang kini semakin pesat membangun dan mempunyai lebih daripada 600,000 penduduk yang kebanyakkannya bergantung kepada system pengangkutan awam yang cekap dan efisyen.

Page 14: bersih • indah • hijau

14

www.mbsa.gov.my

28 OGOS 2013 – Sesi angkat sumpah berjanji telah dilaksanakan dengan sempurna pada sesi pagi, sebelum Mesyuarat Penuh Majlis kali ke-8. Y.Bhg Datuk Bandar, Dato’ Hj.

SEDIA BERKHIDMATAHLI MAJLIS MBSA

TAHNIAH & TERIMA KASIH

PULANG KE GAGANG

Nama :En. Papparaidu a/l VeramanKelulusan :Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan(Harvey International University)No. Tel :012-379 5096 / 03-5121 7239 No. Faks : 03-5121 1037 Email : [email protected]

ZON Mpp 13 (SEK. 32)TARIKH LANTIKAN :28 OGOS 2013

Nama :En. Fariz bin AbdullahKelulusan :Ijazah Pentadbiran Perniagaan(University Tun Abdul Razak)No. Tel :016-331 1683 / 03-7842 1593 No. Faks : 03-7842 1594 Email : [email protected]

ZON Mpp 18 (SEK. U4 & U5)TARIKH LANTIKAN :28 OGOS 2013

Nama :Pn. Anizan binti OthmanKelulusan :Eksekutif Diploma Pengurusan Sumber Manusia (Universiti Of Malaya)No. Tel :013-366 8222 / 03-5510 2597 No. Faks : 03-5510 2596 Email : [email protected]

ZON Mpp 5 (SEKSyEN 15 & 16)TARIKH LANTIKAN :28 OGOS 2013

Mohd Jaafar b. Mohd Atan berpesan agar Ahli-Ahli Majlis tidak kira baru atau lama dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Pelantikan baru ini adalah bagi mengisi kekosongan 3 orang bekas Ahli Majlis yang kini menceburi bidang politik.

• IR. ROSLI MOHAMADyUNUS

MBSA berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih di atas di atas jasamu dalam menyumbang idea dan tenaga terhadap p e m b a n g u n a n kemudahan awam dan infrastruktur yang dipinjamkan kepada MBSA dalam Program Pertukaran Sementara bermula pada tahun 2010 hingga Jun 2013 selaku bekas Pengarah Kejuruteraan, MBSA.

•TUAN IR HAJIChErEMI tarMaN

Selamat kembali kepada Pengarah Kejuruteraan, MBSA yang telah memulakan khidmatnya semula pada Julai 2013. Beliau dipinjamkan kepada MBPJ dalam Program Pertukaran Sementara bermula pada 2010 hingga 2013.

Page 15: bersih • indah • hijau

15

www.mbsa.gov.my

DIALOG MANIFESTOPERDENGAR MASALAH RAKYATKerajaan Negeri Selangor melalui

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negeri Selangor untuk mengadakan Majlis Sesi Dialog Manifesto Kerajaan Negeri Selangor Bersama Rakyat (Public Consultation) 2013 .

Majlis dialog ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisa tawaran yang diuar-uarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di dalam Manifesto semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) sama ada telah ataupun belum dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan sesi dialog ini pada 12 September 2013 jam 9.00 malam dan berakhir pada jam11.30 malam bertempat di Dewan Besar Tanjung, Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19, Shah Alam.

Perasmian Majlis Dialog telah disempurnakan oleh Y.B Puan Rodziah binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor. Turut hadir ke sesi dialog ini adalah Y.Bhg Dato’ Hj.

Mohd Jaafar b. Hj. Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mohtar b. Hani, Timbalan Datuk Bandar beserta Y.B Tuan Khalid b. Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

lOKaSI WIFI dI Shah alaM•Restaurant Mekar Sri

Bakso, No50/G-11 Plaza Sri Muda, Sek 25, 40400 Shah Alam•Masjid Al-Azhariah, Jln

Kepau 18/4 Shah Alam•Kompleks PKNS (Tasik

Shah Alam)•SekitarDataranShahAlam•Medan Selera Prima 2,

Seksyen 2 •WismaMAIS,Seksyen3•SKRajaMuda,Seksyen4•Oasis9,Seksyen9

Page 16: bersih • indah • hijau

16BULETIN KOMUNITI INI DITERBITKAN OLEH :

JABATAN KORPORAT, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAMTINGKAT G, WISMA MBSA PETI SURAT 7200 PERSIARAN PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

: www.mbsa.gov.my: www.korporat-mbsa.blogspot.com

: fb.com/shahalamcitycouncil: +603 5522 2743/2741

: [email protected]

: twitter.com/sacitycouncil

www.mbsa.gov.mywww.mbsa.gov.my

STADIUM SHAH ALAMSEDIA TERIMA PERLAWANAN

Stadium Shah Alam (SSA) di bawah pengurusan MBSA telah

bersiap sedia menerima sebarang perlawanan bolasepak sama ada dari peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Dalam mengekalkan kualiti padang yang baik, pihak pengurusan MBSA mengambil risiko dengan membuat pinjaman daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM3.4 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang dilakukan secara berperingkat.

Pembaikan meliputi kerja-kerja pembaikan bumbung, sistem siaraya, pembaikan tandas, lampu jalan, rumput padang serta pembaikan dan kerja-kerja mengecat bilik pemain.

Rumput jenis ‘Seashore Paspalum’ digantikan dengan rumput jenis ‘Bermuda’ digunakan bagi kawasan padang bolasepak. Melalui pengurusan operasi yang cekap dan profesional, SSA kini bersedia untuk dijadikan lokasi perlawanan bola sepak tempatan mahupun antarabangsa.

SSA yang menjadi pilihan pasukan kelab bola sepak antarabangasa seperti ‘Barcelona Football Club’, kini sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan peruntukan sebanyak RM2.4 juta daripada pihak Kerajaan Negeri bagi melaksanakan kerja-kerja baikpulih sistem janakuasa, membaiki bumbung serta kerja-kerja mengecat demi keselesaan para penonton dan pengguna stadium.

Info SSaDirasmikan pada:16 Julai 1994Keluasan:155,000 kaki persegiKapasiti penonton:80,000 penontonTempat letak kereta:6,600 tapakTempat letak motor:3,552 tapak

Datuk Bandar memeriksaan kualiti rumput yang digunakan di Stadium Shah Alam.

Datuk Bandar bersama-sama Pengarah Jabatan dan Ahli Majlis memantau keadaan bilik pemain yang telah dibaiki.