BERSUKAN MENJAMIN KESIHATAN

1
BERSUKAN MENJAMIN KESIHA TAN Bersukan merupakan satu daripada kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan mudah dihinggapi oleh pelbagai penyakit. Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola jaring, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Pada zaman siber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia. Hal ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Tabiat ini tidak baik. Sikap ini akan memudaratkan diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit. Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat- sifat yang mulia seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat ingin berjaya. Malah, dengan bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita. Selain membentuk sikap mulia, sukan juga dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya remaja. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Dengan bersukan, kita memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan sihat otak cerdas.

description

d2f2efe2

Transcript of BERSUKAN MENJAMIN KESIHATAN

Page 1: BERSUKAN MENJAMIN KESIHATAN

BERSUKAN MENJAMIN KESIHA TAN

Bersukan merupakan satu daripada kegiatan yang penting dalam kehidupan kita.

Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan,

kita akan lemah dan mudah dihinggapi oleh pelbagai penyakit.

Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang,

bola jaring, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan

kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan.

Pada zaman siber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia.

Hal ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Tabiat ini tidak baik. Sikap ini akan

memudaratkan diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.

Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia

seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat ingin berjaya. Malah, dengan

bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara

kita.

Selain membentuk sikap mulia, sukan juga dapat menghindarkan diri daripada

terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah.

Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya remaja.

Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian

kita. Dengan bersukan, kita memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan

sihat otak cerdas.