BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
-
Upload
zulkarnain -
Category
Documents
-
view
3.038 -
download
361
Transcript of BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
1/175
BAB 1 SISTEM PENGANGKUTAN
1.1
Keperluan Sistem Pengangkutan dalam Organisma.
Konsep JLP/I;
JLP/I merujuk kpd Jumlah Luas Permukaan per Isipadu.
Pemahaman JLP/I boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:
BESTARI SP SDN.BHD
disi Murid
Modifikasi daripada buku
teks dan soalan SPM
sebenar.
Versi Ketiga
2015
Modul Sempoi Biologi
Tingkatan 5
Penulis dan Penggubal:
Zulkarnain bin Jamaluddin
SMK Tengku Abdullah, Pekan.
NAMA:...................................................................
TINGKATAN:............................................................
SEKOLAH:...............................................................
Z U L K A R N A I N B I N J A M A L U D D I N
S M K T E N G K U A B D U L L A H 2 6 6 0 0 P E K A N P A H A N G D M .
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
2/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 2
BAB 1 SISTEM PENGANGKUTAN
1.2 Keperluan Sistem Pengangkutan dalam Organisma.
Konsep JLP/I;JLP/I merujuk kpd Jumlah Luas Permukaan per Isipadu.
Pemahaman JLP/I boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:
Jenis Kubus Kubus X Kubus Y Kubus Z
Panjang sisi (cm) 1 2 3
Luas Permukaan (cm2) 1x1
= 1
2x2
= 4
3x3
= 9
Jumlah Luas Permukaan, JLP
(cm2)
1x6
= 6
4x6
=24
9 x 6
=54
Isipadu,I (cm3) 1x1x1
= 1
2x2x2
= 8
3x3x3
=27
JLP/I (cm-1) 1 3 2
Berdasarkan keputusan JLP/I di atas, menunjukkan bahawa semakin
besar saiz objek, semakin kecil nisbah JLP/I.
JLP/I mempengaruhi kadar resapan bahan keluar masuk sel.
Organisma unisel mempunyai kadar resapan yang lebih tinggi berbanding
organisma multisel.
Justeru, organisma multisel seperti manusia dan haiwan memerlukan satu
sistem pengangkutan yg efektif utk mengangkut bahan-bahan bermanfaat
atau tidak berguna keluar sel badan. Itulah Sistem Pengangkutan!
Uji Kefahaman anda!
1.
Nyatakan masalah yang dihadapi oleh organisma untuk mendapatkan
keperluan sel dan penyingkiran bahan buangan. [1 markah]
Organisma multisel memerlukan sistem pengangkutan yang cekap.
2.
Berikantigacontoh bahan keperluan sel dan tiga contoh bahan kumuh
yang disingkirkan daripada sel. [3 markah]
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
3/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 3
Bahan keperluan sel Bahan kumuh yang disingkirkan
1. Oksigen 1. Karbon dioksida
2. Nutrien 2. Urea
3. Vitamin 3. Bahan bernitrogen
3. Terangkan sebab-sebab sistem pengangkutan penting dalam organisma
multisel. [2 markah]
Untuk mengangkut makanan tercerna untuk tindak balas biokimia dan
menyingkirkan bahan kumuh yang berbahaya ke luar badan.
SPM 2006 (Esei)
Organisma multisel, seperti manusia, memerlukan sistem pengangkutan yang
khusus berbanding dengan organisma unisel, sepertiAmoebasp., yang tidak
memerlukan sistem pengangkutan.
Berikan penilaian tentang pernyataan di atas berdasarkan ciri fizikal organisma
dengan proses fisiologi berikut:
Respirasi
Nutrisi
Perkumuhan [10 markah]
Contoh jawapan:
Ciri fizikal organisma multisel
Saiz besar/ nisbah JLP: I adalah kecil
Kadar resapan bahan keluar/ masuk ke semua sel badan adalah rendah Sel-sel bahagian dalam badan tidak bersentuhan secara langsung dengan
persekitaran
Ciri fizikal organism unisel
Saiz kecil/ nisbah JLP: I adalah besar
Pertukaran bahan antara organisma dengan persekitaran berlaku dengan
mudah
Sel badan bersentuhan secara langsung dengan persekitaran
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
4/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 4
Proses Respirasi
1. Organisma multisel
Memerlukan permukaan/organ pertukaran gas yang spesifik/ peparu untuk
keluar masuk/ pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida/ gas respirasi
Memerlukan sistem pengangkutan untuk membawa gas respirasi keluar
dan masuk ke dalam tisu.
2. Organisma unisel
Tiada organ yang spesifik untuk pertukaran gas
(sistem pengangkutan tidak diperlukan kerana) pertukaran gas boleh
berlaku secara resapan gas oksigen dan karbon dioksida melalui
membran plasma
Proses Nutrisi
1. Organisma multisel
Perlukan sistem pencernaan untuk membawa/ mengerakkan makanan
dari persekitaran masuk ke dalam badan untuk dicerna dan diserap
Makanan tercerna seterusnya diangkut ke sel-sel badan melalui darah dan
sistem limfa.
2. Organisma unisel
(tidak perlukan sistem pencernaan kerana) makanan diambil terus masuk
dari persekitaran melalui membran sel secara fagositosis
Dan dicernakan oleh enzim intrasel dalam vakuol makanan.
Proses Perkumuhan
1. Organisma multisel
Perlukan sistem pengangkutan untuk membawa bahan kumuh/ urea dari
hati ke tisu/ ginjal/ organ perkumuhan
Bahan kumuh/ air kencing/ CO2 / air peluh/ urea dikeluarkan dari ginjal/
organ perkumuhan
2. Organisma unisel
(Tidak perlukan sistem pengangkutan kerana) bahan kumuh dibuang terus
dari sel badan ke persekitaran melalui membrane sel.
Bahan kumuh/ contoh bawa masuk/disimpan/ disingkir dalam vakuolmengecut.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
5/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 5
1.3
Konsep Sistem Perdaran Darah.
Medium pengangkutan dlm manusia dan haiwan ialah darah.
Medium pengangkutan dlm haiwan invertebrata ialah hemolimfa dalam
hemoselom.
Darah manusia terbahagi kpd dua iaitu Sel Darah (45%) dan Plasma
Darah (55%).
Plasma Darah terdiri daripada air (90%) dan bahan terlarut (10%).
Contoh bahan terlarut ialah gas terlarut, nutrien, enzim, protein plasma
(albumin, globulin, fibrinogen) dan bahan kumuh.
Terdapat tiga jenis Sel Darah iaitu Eritrosit, Leukosit dan Platlet = ELP
atau PELincir.
Terdapat dua jenis Leukosit iaitu Granulosit dan Agranulosit
(granul = biji)
- Terdapat tiga jenis Granulosit iaitu Basofil, Eosinofil dan
Neutrofil.=Betik Epal Nangka.
(ketiga-tiga buah ini ada biji)
- Terdapat dua jenis Agranulosit iaitu Limfosit dan
Monosit = LM
riteria Eritrosit Leukosit Platlet
Bentuk Dwicekung Bulat Cakera
Saiz Kecil (8m x 2 m) Besar Paling kecil (2-3
m)
Warna Merah Putih Kekuningan Jernih
Hemoglobin Ada Tiada Tiada
Nukleus Tiada Ada (BEN, berlobus)
Limfosit (sfera)
Monosit (Kacang)
Tiada
Kuantiti Paling banyak Banyak Sedikit
Tempat dihasilkan Sum sum tulang Sum sum tulang Serpihan sel
Jangka hayat 120 hari N=10-12 jam
B= 8-12 jam
5-9 hari
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
6/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 6
E=8-12 hari
M=berbulan/bertahun
Fungsi Pengangkutan
bahan
Pertahanan badan Pembekuan Darah
Komponen darah
manusia
Sel darah
Eritrosit Leukosit
Granulosit
Basofil
Eosinofil
Neutrofil
Agranulosit
Monosit
Limfosit
Platlet
Plasma darah
Air Bahan terlarut
gas terlarut,
nutrien, enzim,
protein plasma(globulin, albumin,
fibrinogen) danbahan kumuh.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
7/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 7
Leukosit
Granulosit
Basofil
Eosinofil
Neutrofil
Agranulosit
Limfosit
Monosit
Basofil
Nukleus
berlobus danberbentuk S
Sitoplasma
bergranul
penghasilan
heparin utk
mencegah
darah beku dgn
cepat.
merembeskan
histamin dlm txalergi.
Eosinofil
Nukleus
mempunyai 2lobus
Sitoplasma
bergranul
mengurangi
gejala radang
alergi
Neutrofil
Nukleus
berlobus
Sitoplasma
bergranul
Memusnahkanbakteria secara
fagositosis.
Limfosit
Nukleus
berbentuksfera
sedikit
sitoplasma
menghasilkan
antibodi
Monosit
Nukleus
berbentukkacang
Peranan
seperti
makrofaj yang
menelanbakteria dalam
badan dan sel-
sel yang telah
dijangkiti olehbakteria.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
8/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 8
Fungsi Darah dalam Pengangkutan
Peta i-think!
Struktur Salur Darah Manusia
Terdapat tiga jenis salur darah manusia iaitu, Arteri., Vena dan
Kapilari .Perbezaan antara ketiga-tiga salur adalah seperti berikut:
Arteri Kapilari Vena
Angkut darah beroksigen
(kecuali arteri pulmonari)
Tempat pertukaran
bahan antara sel
Angkut darah
terdeoksigen (kecuali
vena pulmonari)
Angkut darah keluar dari
jantung
Hubungkan arteri dengan
vena
Angkut darah ke jantung
Dinding berotot tebal Dinding sangat nipis,
setebal satu sel shj.
Dinding berotot nipis
Tiada injap kecuali injap
sabit di aorta dan di arteri
pulmonary
Tiada injap Mempunyai injap sabit
untuk mengelakkan aliran
darah berpatah balik
Darah mengalir pada
tekanan tinggi
membentuk denyutan yg
dinamakan nadi
Tiada denyutan. Tekanan
lebih rendah drp arteri
tetapi lebih tinggi drp
vena
Tiada denyutan. Darah
mengalir pada tekanan
rendah berbanding arteri.
Fungsidarah
Oksigen
Karbon
dioksida
Makanan
tercerna
Bahan
kumuhAir
Hormon
Haba
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
9/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 9
Terangkan perbezaan antara salur darah X dan salur darah Y.[SPM 2012]
Salur X Salur Y
Arteri Vena
Dinding berotot yang tebal Dinding berotot yang nipis
Lebih elastik/dinding berotot Kurang elastik/ dinding berotot
Supaya X boleh tahan tekanan darah
yg tinggi// angkut darah pada tekanan
tinggi
Angkut darah pada tekanan yg rendah
Lumen yg kecil Lumen yg besar
Supaya pengaliran darah lebih cepat Memberi rintangan yang paling rendah
utk pengaliran darah dlm Y
Tiada injap kecuali arteri pulmonari dan
aorta
Ada injap
Injap mencegah darah drp patah balik//injap memastikan pengaliran darah
sehala
Membawa darah beroksigen kecuali
arteri pulmonari.
Membawa darah terdeoksigen kecuali
vena pulmonari.
Membekal oksigen untuk respirasi sel
dalam sel-sel badan
Mengangkut darah terdeoksigen/CO2
dari sel badan ke jantung
Aliran darah:
Jantung sel badan kecuali arteri
pulmonari.
Aliran darah:
Sel badan jantung kecuali vena
pulmonari.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
10/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 10
Struktur Jantung Manusia
#Lukis dan labelkan struktur jantung manusia.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
11/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 11
Daya pengepaman oleh jantung.
Terangkan penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam
manusia.
Pengecutan jantung bermula apabila nodus sinoatrium (SAN) mula
mencetus impuls saraf yang kemudiannya tersebar ke seluruh atrium dan
merangsang otot dinding kedua-dua atrium mengecut serentak.
SAN dikenali sebagai perentak denyutan jantung.
Menyebabkan tekanan darah dlm atrium meningkat
Menyebabkan darah terdeoksigen dipam ke dalam ventrikel kanan melalui
injap trikuspid
Menyebabkan darah beroksigen ditolak ke dalam ventrikel kiri melalui injap
bikuspid
Impuls yg dicetus oleh SAN kemudian sampai ke nodus atrioventrikel
(AVN).
Menghantar impuls utk merangsang pengecutan otot ventrikel melalui
berkas His dan gentian Purkinjie.
Kedua-dua ventrikel mengecut serentak.
Menyebabkan tekanan darah di dalam ventrikel kiri dan kanan
meningkat.
Darah terdeoksigen dipam ke peparu melalui arteri pulmonari
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
12/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 12
Darah beroksigen ditolak ke seluruh badan melalui aorta
Terangkan mekanisme kawal atur tekanan darah.
Kenaikan atau penurunan tekanan darah dikesan oleh baroreseptor yg
terdapat di aorta dan arteri karotid.
Tekanan darah tinggi menyebabkan baroreseptor menghantar impuls ke
pusat kardiovaskular di medula oblongata
Arteri dan arteriol mengembang dan
Tekanan darah diturunkan.
Tekanan darah rendah menyebabkan baroreseptor menghantar impuls ke
pusat kardiovaskular utk merangsang SAN dan mencetuskan impuls.
Kadar pengecutan otot kardium dlm jantung dan otot licin pada arteri
ditingkatkan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
13/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 13
Terangkan perbandingan sistem peredaran darah dalam manusia, ikan dan
amfibia. [Mirip SPM 2010]
Persamaan:
1.
Ketiga-tiganya mempunyai sistem peredaran tertutup.
2. Darah mengalir dalam salur-salur darah.
3.
Ketiga-tiganya mempunyai jantung.
4. Ketiga-tiganya mengepam darah ke sel-sel badan.
5. Ketiga-tiganya mempunyai injap di dalam vena.
6.
Darah mengalir dalam satu arah sahaja.
Perbezaan:
Manusia Ikan Amfibia
Peredaran darah ganda
dua dan lengkap.
Darah mengalir melalui
jantung sebanyak dua
kali dalam satu edaran
lengkap.
Peredaran darah tertutup
Darah mengalir melalui
jantung hanya sekali
dalam satu edaran
lengkap.
Peredaran darah ganda
dua dan tak lengkap.
Darah mengalir melalui
jantung sebanyak dua
kali dalam satu edaran
tak lengkap
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
14/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 14
Jantung mempunyai
empat ruang.
Jantung mempunyai dua
atrium dan dua ventrikel.
Jantung mempunyai dua
ruang.
Jantung mempunyai satu
atrium dan satu ventrikel.
Jantung mempunyai tiga
ruang.
Jantung mempunyai dua
atrium dan satu ventrikel.
Darah beroksigen dari
jantung mengalir pada
kadar yang lebih laju ke
sel-sel badan.
Darah beroksigen dipam
daripada jantung ke sel-
sel badan.
Darah beroksigen dari
jantung mengalir pada
kadar yang lebih
perlahan ke sel-sel
badan.
Darah beroksigen
mengalir daripada insang
ke sel-sel badan.
Darah beroksigen dari
jantung mengalir pada
kadar yang sederhana ke
sel-sel badan.
Darah beroksigen dipam
daripada jantung ke sel-
sel badan.
Darah beroksigen
mempunyai tekanan lebih
tinggi.
Pertukaran gas berlaku di
peparu/ alveolus.
Darah beroksigen
mempunyai tekanan lebih
rendah .
Pertukaran gas berlaku di
insang/ lamela/ filamen.
Darah beroksigen
mempunyai tekanan
sederhana tinggi.
Pertukaran gas berlaku di
peparu atau kulit .
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
15/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 15
1.3 Mekanisme Pembekuan Darah.
Salur darah pecah atau luka Darah keluar
Platlet berkumpul
Merangsang trombokinase
Trombokinase
Vitamin K
Protrombin
Sel-sel darah
terperangkap
Fibrin
Darah beku
Trombin
Fibrinogen
Keruping
Masalah Pembekuan Darah
Penyakit hemofilia
Trombus
Penyakit strok
Angina
Kegagalan jantung
Ion kalsium
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
16/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 16
Terangkan bagaimana platlet membantu dlm menghentikan pendarahan
semasa luka. [SPM 2008]
Platlet bergumpal dan menghasilkan trombokinase .
Trombokinase menukarkan protrombin kepada trombin dengan
kehadiran ion kalsium .
Trombin menukarkan fibrinogen kepada fibrin dgn kehadiran vitamin K
Fibrin membentuk jaringan utk memerangkap eritrosit.
Membentuk darah beku //keruping.
Terangkan kepentingan pembekuan darah ini. [SPM 2012]
Menutup luka .
Menghalang kehilangan darah yang berterusan .
Mengekalkan tekanan darah pada julat normal.
Oleh itu, jantung boleh mengepam darah ke seluruh badan.
Untuk mengelakkan kemasukan mikrob /patogen/bahan asing.
Sebagai mekanisme pertahanan badan//meminimakan risiko infeksi di
dalam badan. Mengekalkan peredaran darah.
Oleh itu keperluan sel dapat diangkut dengan efisien/cekap.
1.4 Konsep Sistem Limfa.
Pembentukan Bendalir Tisu (BT).
1. BT atau cecair interstis ialah bendalir yg memenuhi ruang antara sel,
membasahi sel dan mempunyai tekanan osmosis yang sama dgn
sitoplasma sel dan darah .
2. Darah mengalir dari arteriol ke kapilari mempunyai tekanan hidrostatik
yang tinggi kerana darah yg bertekanan tinggi dipam keluar dari jantung
dan saiz kapilari adalah kecil .
3. Tekanan hidrostatik yang tinggi ini memaksa air dan bahan-bahan yg
mempunyai saiz molekul yg kecil terturas keluar merentasi dinding kapilari
ke ruang antara sel, menghasilkan bendalir tisu.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
17/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 17
4.
Sel darah merah, platlet dan molekul protein yg besar tidak terturas.
5. Cecair plasma dlm kapilari yg menghampiri venul mempunyai kepekatan
yg tinggi .
Komposisi Bendalir Tisu.
1. Komposis BT adalah sama dengan komposisi darah, iaitu mengandungi
air, asid amino, glukosa, asid lemak, koenzim, hormon, ion mineral dan
bahan buangan sel tetapi tidak mengandungi eritrosit, platlet atau molekul
protein yang besar .
Kepentingan Bendalir Tisu.
1. BT adalah penting bagi mengekalkan persekitaran dalam seperti suhu,
tekanan osmosis dan pH badan agar sentiasa dlm keadaan stabil.
2. Proses pengekalan persekitaran dalaman ini berlaku melalui proses
homeostasis .
3. Oksigen dan nutrien yg meresap keluar dari kapilari darah akan meresap
masuk ke dalam bendalir tisu dan seterusnya akan meresap masuk ke
dalam sel-sel badan.
4. Bahan buangan sel pula akan meresap masuk ke dalam bendalir tisu
sebelum meresap masuk ke dalam kapilari darah utk disingkirkan melalui
organ-organ perkumuhan .
Pembentukan Bendalir Limfa.
1.
BT perlu meresap ke dalam kapilari darah semula berhampiran venul dan
membentuk cecair plasma semula.
2.
Jika tidak, salur darah akan kekurangan cecair dan darah tidak dapat
mengalir.
3.
Hampir 90% drp BT ini akan meresap ke dalam kapilari darah semula.
4. BT yang selebihnya, iaitu kira-kira 10% lagi akan meresap ke dalam
kapilari limfa utk membentuk bendalir dalam salur limfa yg dikenali sebagai
bendalir limfa .5. Kandungan bendalir limfa adalah sama dengan BT.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
18/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 18
6.
Bendalir limfa akan mengalir ke dalam salur limfa yang lebih besar dan
akhirnya kembali ke sistem peredaran darah.
7.
Jika bendalir limpa terkumpul secara berlebihan dan tidak dapat
dikembalikan ke SPD, keadaan ini akan menyebabkan pembengkakkan
tisu.
Rajah: Perkaitan antara sistem darah dgn sistem limfa.
Struktur Sistem Limfa.
1.
Sistem limfa terdiri drp duktus, salur, kapilari limfa, nodus limfa, limpa,
kelenjar timus dan sumsum tulang.
2.
Duktus limfa paling besar ialah duktus toraks yg menghubungkan semua
salur limfa dari bahagian abdomen toraks dan anggota sebelah kiri ke
vena subklarikel kiri dan seterusnya bersambung dgn vena kava
3. Salur limfa dr tangan kanan dan kepala sebelah kanan bersambung dgn
duktus limfa kanan yg membuka ke dalam vena subklarikel kanan yg
seterusnya bergabung dgn vena kava
4. Pergerakan bendalir limfa dibantu oleh pengecutan otot rangka yg
menekan dinding salur limfa secara beritma5. Kehadiran injap di sepanjang salur limfa menyebabkan limfa mengalir
pada satu hala shj dan mengelakkan drp berpatah balik
6. Lakteal dalam vilus pada usus kecil merupakan sebahagian drp kapilari
limfa
7. Limpa ialah organ yg terlibat dlm menghasilkan limfosit dan memusnahkan
sel darah merah
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
19/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 19
8.
Organ ini juga menyimpan sel darah merah utk menampung kehilangan
darah jika berlaku kecederaan.
9.
Sumsum tulang pula mempunyai sel-sel yg menjalankan proses mitosis
bagi menghasilkan sel-sel darah putih terutamanya sel limfosit.
10.
Limfa iaitu BT yg meresap masuk ke dalam kapilari limfa seterusnya
mengalir ke salur limfa yang lebih besar dan melintasi nodus limfa.
11.
Nodus limfa berfungsi sebagai penapis mikroorganisma.
12.Limfa yg bebas drp sebarang mikroorganisma kemudiannya mengalir ke
dalam duktus toraks dan duktus limfa kanan
13.Limfa akan dialirkan ke dalam darah di vena subklarikel kiri dan kanan.
14.
Darah yg bercampur dgn limfa ini masuk ke vena kava.
Peranan Sistem Limfa dalam Pengangkutan.
1. Sistem limfa mengembalikan bendalir limfa yg berasal drp BT ke dalam
SPD melalui vena subklarikel kiri dan kanan.
2. Keadaan ini menyebabkan komposisi, isipadu dan tekanan darah dapat
dikawal pada paras normal
3.
Lakteal yg terdapat dlm vilus usus terlibat dlm penyerapan asid lemak
gliserol dan vitamin yg larut dalam lipid iaitu A, D, E dan K.
4. Bahan-bahan ini seterusnya mengalir bersama dgn limfa ke duktus limfa
dan kembali ke SPD di jantung.
5.
Air, mineral, hormon, koenzim dan bahan-bahan lain yg berguna yg
terdapat di dalam BT yg tidak meresap ke dalam kapilari darah semula
akan diangkut oleh system limfa dan dikembalikan ke SPD. Hal ini dapat
memastikan komposisi darah dikekalkan
6.
Bahan buangan sel seperti asid urik dan urea yg tertinggal juga dapat
diangkut oleh sistem limfa ke dalam SPD.
7.
Sel-sel mati, mikroorganisma dan bendasing yg berbahaya kpd badan
akan dimusnahkan oleh sel fagosit dalam nodus limfa.
8. Oleh itu, bendalir limfa yg masuk ke dalam SPD bebas drp bahan-bahan
ini.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
20/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 20
9.
BT perlu dikembalikan ke dalam SPD sam ada secara meresap terus ke
dalam kapilari darah atau melalui salur limfa.
10.
Kegagalan proses ini akan menyebabkan pengumpulan BT di dalam ruang
antara sel dan menyebabkan pembengkakan yg dikenali sbg odema
11.
Odema boleh berlaku di kaki, tangan, sendi malah seluruh tubuh.
12.Terdapat juga odema yg berlaku di otak dan di peparu
13.
Odema sering terjadi kpd individu yg duduk atau tidak bergerak terlalu
lama kerana tidak ada pengecutan otot rangka yg membantu pengaliran
limfa
14.Pesakit diabetis, artritis, kanser, kerosakan hati dan ginjal sering
mengalami odema
15.Pesakit untut atau Elephantiasismengalami gejala salur limfa tersumbat
disebabkan oleh cacing filariasis
1.5 Peranan Sistem Perdaran Darah Dalam Mekanisme Pertahanan Badan.
Sistem Pertahanan Badan.
(a)Barisan Pertahanan Pertama.
(i)
Kulit manusia terdiri daripada lapisan yg liat dan sukar ditembusi
oleh mikroorganisma.
(ii)
Kulit merupakan BPP dalam sistem pertahanan badan.
SistemPertahanan
Badan
Barisan
pertahanan
pertama (BPP)
Kulit
-Peluh
-Sebum
Membran Mukus
-Rembesan
mukus
Barisan
Pertananan
Kedua (BPD)
Fagositosis
Barisan
Pertahanan
Ketiga (BPT)
Antibodi
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
21/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 21
(iii)
Mikroorganisma hanya dpt menembusi kulit jika terdapat luka atau
kecederaan.
(iv)
Namun begitu, proses pembekuan darah yg berlaku dgn cepat
dapat membantu mencegah kemasukan mikroorganisma dgn
banyak.
(v) Air mata yg dirembeskan oleh kelenjar air mata dan sebum yg
dirembeskan oleh kelenjar sebum mengandungi enzim lisozim yg
memusnahkan bakteria
(vi) Jika mikroorganisma masuk melalui lubang hidung lapisan mukus
akan memerangkap mikroorganisma dan menggumpalkannya.
(vii)
Silio yg terdapat di permukaan epitelium salur respirasi akan
menolak partikel-partikel ini keluar.
(viii) Lilin di dalam telinga, air mata dan lender pada faraj juga berfungsi
sbg antiseptik utk memusnahkan mikroorganisma yg masuk.
(ix) Jika makanan yg kita makan tercemar dgn mikroorganisma, asid
hidroklorik di dalam perut akan memusnahkannya.
(x) BPP ini juga dikenali sbg pertahanan pasif iaitu tubuh fizikal kita
bertindak sbg mekanisme menahan serangan patogen.
Soalan SPM 2013
Terangkan satukepentingan kulit selain daripada mengawal atur suhu badan.
1)
Kulit merupakan BPP dalam system pertahanan badan
2) Kulit berperanan untuk menahan serangan daripada pathogen
3)
Kulit melindungi daripada kemasukan mikroorganisma / patogen
[2 markah]
(b)
Barisan Pertahanan Kedua.
(i) Sekiranya terdapat patogen yg melepasi BPP dan masuk ke dalam
sistem darah, sel-sel darah putih iaitu neutrofil dan monolit akan
bertindak secara fagositosis dgn menelan dan mencerna patogen
dgn menggunakan enzim
(ii)
Sel-sel fagosit ini bergerak di dalam darah serta boleh menyelinapkeluar di antara sel dan juga berada dalam salur limfa.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
22/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 22
(iii)
Sel-sel ini mencari dan membunuh patogen yg berada di dalam
badan.
(iv)
Oleh itu, BPD ini dikenali sbg pertahanan aktif
Fagositosis oleh neutrofil
(c)
Barisan Pertahanan Ketiga.
(i) BPT melibatkan sistem keimunan badan, iaitu penghasilan antibodi
apabila terdapat patogen memasuki badan.
(ii) Seseorang dikatakan imun terhadap sesuatu penyakit jika terdapat
antibodi tersedia di dalam badan utk melawan serangan antigen.
(iii) Antigen ialah jasad asing atau bahan yang bukan drp badan sendiri
yg merangsang gerak balas keimunan badan.
(iv) Antara cth antigen ialah patogen, molekul toksin dan sel darah drp
kumpulan darah yg lain.
(v)
Masa yg diambil utk membina antibodi ialah kira-kira tiga hingga
tujuh hari.
(vi)
Hal ini kerana limfosit perlu mengenal pasti antigen terlebih dahulu
sebelum menghasilkan antibodi yg sepadan.
(vii)
Limfosit merupakan sel darah putih yg terdapat di dalam nodus limfa
dan SPD.
(viii)
Limfosit dibahagikan kpd dua jenis sel limfosit T dan sel limfosit B
(ix) Sel limfosit T berfungsi utk menyerang sel-sel yg telah dijangkiti oleh
patogen dan menghasilkan bahan kimia utk merangsang sel limfosit
B
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
23/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 23
(x)
Sel limfosit B berfungsi utk membahagi dan membentuk sel plasma
dan sel memori B.
(xi)
Seterusnya, sel plasma akan menghasilkan antibodi yg sepadan
dgn antigen dan bertindak memusnahkan antigen tersebut.
(xii)
Antibodi ialah sejenis protein yg spesifik dlm tindak balas antibodi-
antigen
(xiii)
Selepas sembuh drp penyakit, sel memori B akan berperanan utk
menyimpan sebarang maklumat tentang patogen
(xiv) Jika patogen yg sama menyerang badan, sel plasma akan
diaktifkan utk menghasilkan antibodi dgn cepat dan banyak.
Mekanisme tindakan antibodi
Keimunan dan Pengimunan
1.
Keimunan bermaksud individu mempunyai keupayaan untuk menahan diri
daripada dijangkiti patogen
2.
Individu ini mempunyai antibodi yg cukup dan boleh menghasilkan antibodi
dengan segera jika terdapat patogen
3.
Keimunan terbahagi kpd dua jenis, iaitu pasif dan aktif.
4. Keimunan pasif (KP) bermaksud seseorang mendapat antibodi tersedia
dari luar badan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
24/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 24
5.
Keimunan aktif (KA) bermaksud sel-sel limfosit seseorang dapat
menghasilkan antibodi sendiri di dalam badan.
(a)
Keimunan pasif
(i) Fetus dalam kandungan ibu menerima keimunan secara semula
jadi.
(ii)
Antibodi yg terdapat di dalam plasma darah ibu meresap merentasi
plasenta dan masuk ke dalam fetus
(iii) Pada awal kelahiran, keimunan bayi adalah sama dengan keimunan
ibunya.
(iv) Bayi akan terus mendapat bekalan antibodi dlm susu ibu apabila
bayi ini menyusu.
(v) Keimunan yg diperolehi ini dinamakan keimunan pasif semua jadi.
(KPS)
(vi) Pesakit yg terlalu lemah dan tidak dapat menghasilkan antibodi
sendiri akan diberikan suntikan antibodi buatan (antiserum).
(vii) Keimunan buatan terhasil apabila vaksin atau antibodi disuntik atau
dimasukkan secara terus ke dalam badan.
(viii)
Keimunan buatan juga dikenali sbg pengimunan
(ix) Pengimunan ialah proses memperoleh keimunan dgn cara buatan
bagi melindungi seseorang drp dijangkiti penyakit tertentu.
Keimunan
Aktif
Semula jadi
-setelahsembuh drp
penyakit.
Buatan-setelah
memperoleh
suntikan vaksin
Pasif
Semula jadi
-melaluipenyususan ibu.
-melalui plasenta
Buatan
-suntikanantiserum
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
25/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 25
(x)
Suntikan serum yg mengandungi antibodi perlu diberi dari semasa
ke semasa utk membantu pesakit melawan sejenis penyakit
(xi)
Dalam kes kecemasan spt digigit haiwan berbisa, tetanus, penyakit
rabies dan keracunan makanan, suntikan anti serum atau antitoksin
perlu diberikan segera bagi memusnahkan toksin dan bisa haiwan.
(xii) Keimunan ini dinamakan keimunan pasif buatan (KPB).
Graf Keimunan Pasif Buatan
(b)
Keimunan aktif
(i) Keimunan aktif diperoleh selepas seseorang sembuh daripada
sesuatu penyakit
(ii) Ketika dijangkiti patogen, sel-sel limfosit membina antibodi dan
menyimpan memori.
(iii) Memori tentang patogen yg disimpan akan menghasilkan antibodi
dengan cepat dan banyak jika terdapat patogen yg sama
menyerang.
(iv)
Keimunan ini dinamakan keimunan aktif semulajadi (KAS).
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
26/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 26
Rajah: Keimunan aktif semula jadi
(v) Vaksin ialah ampaian patogen yg telah mati, dilemahkan.
(vi)
Apabila vaksin disuntik ke dalam badan, limfosit akan membina
antibodi utk menentang patogen.
(vii)
Penghasilan antibodi akan berlaku dengan cepat jika patogen itu
menyerang dan seterusnya jangkitan penyakit dapat dicegah.
(viii)
Proses ini dinamakan sebagai pengimunan
(ix)
Selepas suntikan kali pertama, sel limfosit mengambil masa untuk
mengenali patogen dan sedikit antibodi terhasil.
(x) Selepas suntikan kali kedua memori yg disimpan dalam limfosit
telah mengenali patogen tersebut dan seterusnya menghasilkan
antibodi lebih cepat dan banyak.
(xi) Keimunan yg diperoleh melalui suntikan vaksin ini dinamakan
sebagai keimunan aktif buatan (KAB).
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
27/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 27
Rajah: Keimunan aktif buatan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)
1.
AIDS disebabkan oleh sejenis virus yang disebut Human
Immunodeficiency Virus(HIV).
2.
Virus ini tidak dapat hidup secara sendiri tetapi perlu hidup dalam sel
organisma hidup.
3.
Sistem pertahanan badan manusia akan memusnahkan sebarang virus
penyakit namun bagi HIV, virus ini menyerang sel limfosit T.
4.
Oleh itu, sel ini tidak dapat merangsang sel limfosit B untuk menghasilkan
antibodi
5. Virus HIV boleh berada dalam badan hingga beberapa tahun tanpa
menunjukkan gejala penyakit.
6.AIDS terjadi apabila virus HIV merosakkan sistem keimunan badan
sehingga pesakit tidak mampu melawan jangkitan penyakit yang biasanya
dapat dicegah.
7.Antara gejala penyakit AIDS ialah pesakit mendapat penyakit kulit,
jangkitan sistem pernafasan, cirit-birit yang kronik, batuk kering, jangkitan
kuman pada otak, jangkitan kulat, kanser (contohnya Kaposis sarcoma)
dan akhirnya meninggal dunia.
8.
HIV boleh ditemukan dlm darah, bendalir tisu, air mani, cecair dlm faraj
dan susu badan pesakit AIDS.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
28/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 28
9.
Pemindahan HIV berlaku daripada individu kepada individu lain melalui
pemindahan cecair ini.
10.
Terdapat beberapa cara jangkitan HIV antaranya, adalah mengadakan
hubungan seks dengan pesakit atau pembawa HIV tanpa sebarang
perlindungan seperti pemakaian kondom, melalui suntikan jarum yang
mengandungi HIV yang dikongsi dan melalui ibu yang mempunyai HIV
kepada anak dalam kandungannya melalui plasenta, serta ibu pembawa
HIV kepada anak yg disusui.
Uji Kefahaman Anda
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan pertahanan pasif dan pertahanan
aktif? [2 markah]
Pertahanan pasif ialah barisan pertahanan pertama seperti kulit
manusia yang bertindak menahan serangan patogen. Pertahanan aktif
ialah barisan pertahanan kedua seperti neutrofil dan monosit yang
bertindak secara fagositosis dengan menelan dan mencerna patogen
dengan menggunakan enzim.
2. Lukiskan rajah bagaimana neutrofil menjalankan fagositosis.
3.Apakah perbezaan antara antigen dengan patogen? [1 markah]
Antigen ialah jasad asing atau bahan yang bukan daripada badan
sendiri yang merangsang gerak balas keimunan badan manakala
patogen adalah contoh antigen/ mikroorganisma yang menyebabkan
penyakit.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
29/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 29
4.
Apakah yang berlaku apabila antigen memasuki sistem darah?
Huraikan. [3 markah]
Antibodi badan akan mengesan antigen untuk dimusnahkan. Antibodi
adalah sejenis protein yang spesifik ke atas antigen melalui mekanisme
seperti lisin, opsonin, agglutinin dan antitoksin. Tindakan antibodi ini
dilakukan oleh sel limfosit dengan menyerang antigen.
5. Mengapakah pesakit AIDS tidak mempunyai antibodi untuk melawan
penyakit? Terangkan. [2 markah]
Virus HIV merosakkan sistem keimunan melalui serangan ke atas sel
limfosit T sehingga tidak dapat merangsang sel limfosit B untuk
menghasilkan antibodi.
6.Antara aktiviti berikut, yang manakah tidakmenyebabkan jangkitan
HIV? Bincangkan.
(a) Berkongsi tuala mandi (Tidak)
(b) Menggunakan tandas yang sama (Tidak)
(c) Membantu membalut luka pembawa HIV (Tidak)
(d) Makan bersama-sama (Tidak)
(e) Hubungan seks (Ya)
(f) Berkongsi pisau pencukur yang sama (Ya)
7. Bagaimanakah barisan pertahanan pertama menjalankan fungsinya?
[2 markah]
Air mata dan sebum yang dirembeskan oleh kelenjar air mata
mengandungi lisozim yang memusnahkan bakteria. Lapisan mukus
dalam saluran pernafasan akan memerangkap mikroorganisma dan
menggumpalkannya. Silia yang terdapat di permukaan epitelium salur
respirasi akan menolak partikel-partikel ini keluar. Lilin dalam telinga, air
mata dan lendir pada faraj juga berfungsi sebagai antiseptik. Asid
hidrokorik dalam perut juga akan memusnahkan mikroorganisma.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
30/175
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
31/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 31
1. Terangkan kesan tabiat pemakanan yang tidak sihat terhadap kesihatannya.
Kesan: menyebabkan penyakit arterosklerosis, hipertensi, strok/angin ahmar
Penerangan:
1)
Individu itu memakan lipid/lemak berlebihan
2)
Pengumpulan lemak/lipid/kolestrol terenap di dinding arteri
3) Dinding dalam arteri menebal dan lumen menjadi sempit
4)
Menyebabkan tekanan darah tinggi
5)Arteri mengeras
6) Ini akan menghalang pengaliran darah
7) Melemahkan otot jantung
[3 markah]
2. Cadangkan satuamalan untuk mengelakkan pembentukan enapan S dalam
arteri.
1) Kurangkan pengambilan makanan berlemak
2) Amalkan senaman setiap hari
3) Mengamalkan cara hidup yang sihat
[1 markah]
1.7
Pengangkutan Bahan-Bahan di dalam Tumbuhan.
Keperluan Pengangkutan Bahan dalam Tumbuhan
Proses hidup yang dijalankan dalam tumbuhan ialah fotosintesis dan
respirasi .
Pengangkutan bahan- bahan keperluan untuk menjalankan kedua- dua
proses ini berlaku atas bantuan sistem vaskular tumbuhan.
Air dan mineral dari tanah perlu diangkut ke daun dan hasil fotosintesis
dari daun pula perlu diangkut ke seluruh sel tumbuhan yang memerlukan
bahan untuk menjalankan respirasi sel dan sebagai makanan simpanan .
Tisu Vaskular di dalam Batang, Akar dan Daun
Proses pengangkutan bahan dalam tumbuhan dilakukan oleh sistem
vaskular
Tisu vaskular dalam tumbuhan terdiri daripada xilem dan floem .
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
32/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 32
Sistem pengangkutan xilem dan floem tidak melibatkan pengangkutan
oksigen dan karbon dioksida.
Kedua- dua gas diangkut melalui proses respirasi.
Tisu vaskular dalam daun, batang dan akar dikotiledon.
Daun
Batang
Akar
Hubung kait struktur Xilem dengan Pengangkutan.
Tisu xilem terdiri daripada salur xilem trakeid, gentian xilem dan parenkima
xilem.
Fungsi xilem adalah mengangkut air dan garam mineral yang terlarut
dalam tanah dari akar ke daun. Selain itu xilem juga memberikan sokongan mekanikal kepada tumbuhan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
33/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 33
Salur xilem terbentuk daripada sel-sel mati yang tidak mengandungi
sitoplasma .
Sel-sel ini bersambung di bahagian hujung membentuk satu saluran halus,
panjang dan berterusan.
Trakeid merupakan sel mati yang banyak mempunyai liang pada
dindingnya. Kedua-dua trakeid dan salur xilem mempunyai penebalan
lignin iaitu bahan yang kalis air bagi mengukuhkan xilem.
Proses penebalan yang berlaku semasa pembentukan xilem adalah tidak
sekata yang menyebabkan corak-corak yang unik pada dinding salur
xilem.
Penebalan dinding salur xilem ini memberi sokongan dan mencegah salur
xilem daripada ranap semasa mengangkut air.
Salur xilem yang halus, kalis air dan berterusan memudahkan pengaliran
air dari akar ke daun.
Parekimo xilem ialah sel hidup yang menyimpan makanan .
Struktur xilem dan corak penebalan lignin.
Struktur Xilem Corak penebalan lignin
Berpilin Berliang (pit) bergelang Berjaring
Hubungkait Struktur Floem dengan Pengangkutan
Floem berperanan mengangkut bahan hasil fotosintesis seperti sukrosa
dan asid amino dari daun ke seluruh tumbuhan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
34/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 34
Sel- sel yang membentuk floem adalah sel-sel hidup, iaitu tiub tapis dan
sel rakan.
Tiub tapis terdiri daripada sel-sel tiub tapis hidup yang memanjang.
Tiub tapis bersambung pada hujung sel dengan tiub tapis yang lain.
Dinding antara dua sel ini mengalami perubahan, iaitu membentuk liang-
liang dinamakan plat tapis.
Struktur floem.
Struktur floem
SPM 2010 (ESEI)
7 (a) Rajah menunjukkan bahagian batang satu pokok yang gelang kulitnya
telah dibuang. Pokok tersebut disiram dengan air setiap hari.
Berdasarkan rajah, terangkan apa yang berlaku kepada pokok tersebut selepas
satu bulan. (4 markah)
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
35/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 35
Jawapan:
1. Bahagian atas pergelangan keratan pada batang membengkak
2.
Sebab bahan makanan organik ( yang telah disintesiskan semasa
fotosintesis glukosa terkumpul pada bahagian bengkak tersebut.
3.
Makanan tidak dapat diangkut ke bahagian bawah pergelangan/ ke
bahagian bawah.
4.
Sebab floem telah dibuang.
(b) Rajah menunjukkan pergerakan air melalui air melalui pokok.
Suhu persekitaran yang tinggi menyebabkan kepanasan melampau pada
tumbuhan. Berdasarkan rajah, terangkan bagaimana transpirasi membantu
menghalang kejadian kepanasan melampau pada tumbuhan.
(8 markah)
Jawapan:
1. Haba daripada cahaya matahari diserap oleh daun
2. (haba daripada matahari menyebabkan air yang terdapat (pada
permukaan luar) sel menyejat daun tersejat.
3. Maka ruang udara (dalam lapisan mesofil) daun menjadi tepu dengan wap
air.
4. Di luar stoma/ daun, udara di atmosfera adalah lebih kering / kurang tepu
dengan wap air daripada dalam daun
5. Kepekatan wap air di dalam udara lebih tinggi daripada kepekatan wap air
di atmosfera
6. Cahaya matahari merangsang pembukaan liang stoma
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
36/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 36
7.
Wap air di dalam ruang udara meresap ke atmosfera melalui liang stoma
8.Air dalam xilem disedut ke dalam sel mesofil untuk menggantikan air yang
hilang melalui penyejatan
9.
Maka, tumbuhan kehilangan haba
10.
Menyebabkan kesan penyejukan
1.8
Konsep Pengangkutan Bahan di dalam Tumbuhan.
Translokasi
1. Translokasi ialah proses pengangkutan bahan organik dari daun ke tisu-
tisu lain seluruh tumbuhan.
2.
Tumbuhan menghasilkan glukosa dalam daun melalui proses fotosintesis
3. Glukosa akan ditukarkan kepada kanji yang disimpan dalam daun dan
kemudian kepada bentuk sukrosa yang akan diangkut ke bahagian yang
memerlukannya seperti akar, bunga, buah, batang dan pucuk.
4.
Bahan yang diangkut oleh floem ialah sukrosa, asid amino, protein, dan
hormon. Glukosa tidak diangkut oleh floem.
5. Sukrosa dari sel- sel daun akan diangkut secara aktif ke dalam floem
menggunakan tenaga.
Pengangkutan bahan dalam tumbuhan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
37/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 37
6.
Kehadiran gula yang banyak dalam floem menyebabkan air dari xilem
meresap ke dalam floem melalui osmosis.
7.
Keadaan ini meningkatkan tekanan hidrostatik dalam floem, menolak
cecair untuk bergerak di dalam floem merentasi liang-liang plat tapis ke
tisu- tisu yang memerlukan nutrien.
Struktur floem dan sel rakan
Transpirasi
1. Transpirasi ialah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran dalam
bentuk wap air.
2. Kebanyakan wap air hilang melalui stoma pada daun.
3.
Pergerakan air berlaku dalam tumbuhan iaitu dari akar ke daun yangmembantu mengangkut air dan garam mineral ke dalam tumbuhan.
4.
Transpirasi juga menyejukkan tumbuhan semasa proses penyejatan air.
5.Air tersejat dari mesofil palisat ke dalam ruang antara sel dan membentuk
wap air di dalam ruang antara sel.
6.Air di dalam sel-sel mesofil akan berkurangan dan tekanan osmosis
meningkat.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
38/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 38
7.
Keadaan ini menyebabkan air meresap keluar secara osmosis dari sel-sel
berdekatan dan dari xilem.
8.
Air meresap keluar ke atmosfera dari ruang antara sel mesofil berspan
melalui stoma.
Rajah: Penyejatan air dan transpirasi pada daun
Soalan SPM 2013.
Rajah 5.1 menunjukkan pergerakan air dalam tumbuhan.
Rajah 5.2 menunjukkan keratan rentas rentas satu daun.
(a) M ialah sejenis tisu vaskular.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
39/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 39
Terangkan satupenyesuaian pada M dalam mengangkut air. [2 markah]
1) M ialah xilem
2)
Xilem bersambung di bahagian hujung membentuk satu saluran halus,
panjang dan berterusan
3)
Mempunyai penebalan lignin iaitu bahan yang kalis air bagi
mengukuhkan xilem
(a)(i) Terangkan kepentingan proses K kepada tumbuhan itu. [3 markah]
1) K ialah proses transpirasi
2) Menyejukkan tumbuhan semasa proses penyejatan air
3)
Mengangkut air dan garam mineral ke dalam tumbuhan
(b)Sebatang pokok ditanam berdekatan kilang simen. Banyak habuk
dibebaskan dari kilang itu.
[2 markah]
Terangkan bagaimana keadaan ini mempengaruhi proses K dalam pokok itu.
1) Habuk akan menghalang permukaan daun dari ditembusi oleh cahaya
matahari
2) Kadar penebusan cahaya berkurangan
3) Kadar fotosintesis rendah
4) Stoma tertutup
(c)Nyatakan satu perbezaan struktur sel L dengan sel mesofil berspan.
Sel L: Sel Mesofil Palisad Sel Mesofil Berspan
1) Tersusun secara rapat/padat
2) Banyak kloroplas
1) Tersusun secara longgar
2) Sedikit kloroplas
[1 markah]
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
40/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 40
Faktor- faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi
Faktor Penerangan
1) Pergerakan Udara Kadar transpirasi akan bertambah apabila
pergerakan udara semakin laju.
2)
Suhu Persekitaran
Suhu yang tinggi menyebabkan tenaga
kinetik molekul air meningkat.
Kenaikan suhu yang sangat tinggi akan
menyebabkan kehilangan air berlebihan
dan daun menjadi layu.
3)
Keamatan Cahaya Cahaya mempengaruhi pembukaan dan
penutupan stoma.
Apabila keamatan cahaya tinggi proses
fotosintesis berlaku dengan aktif pada sel
pengawal stoma terbuka.
Pembukaan stoma menyebabkan wap air
lebih banyak meresap keluar.
4)
Kelembapan Relatif
Udara
Dalam keadaan udara lembap, kehadiran
wap air dalam udara adalah tinggi.
Perbezaan kepekatan wap air antara
udara luar dengan udara dalam ruang
antara sel adalah sedikit, jadi proses
resapan wap air keluar adalah perlahan-
lahan dan menghasilkan kadar transpirasi
yang rendah.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
41/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 41
Jika udara kering, kelembapan relatif
adalah rendah.
Menyebabkan wap air dari dalam daun
meresap keluar dengan cepat dan
menghasilkan kadar transpirasi yang
tinggi.
Pembukaan dan Penutupan Stoma
1. Stoma ialah liang-liang kecil yang terbentuk antara dua sel pengawal.
2.
Sel pengawal berbentuk kacang dan mempunyai dinding sel yang tidak
sama tebal.
3.
Sel pengawal mempunyai kloroplas dan dapat menjalankan proses
fotosintesis.
4.Apabila menerima cahaya matahari, sel pengawal akan menjalankan
fotosintesis dan menghasilkan glukosa.
5. Pengangkutan aktif ion kalium ke dalam sel pengawal menyebabkan
tekanan osmosis sel pengawal meningkat dan air masuk ke dalam sel
pengawal secara osmosis.
6. Sel pengawal menjadi segah dan melengkung akibat ketebalan dinding sel
yang tidak sama.
7. Kesegahan kedua- dua sel pengawal meyebabkan ruang antara sel, iaitu
stoma terbuka.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
42/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 42
Pembukaan dan penutupan stoma
8.
Dalam keadaan kurang cahaya atau gelap, penghasilan glukosa tidak
berlaku. Hal ini menyebabkan ion kalium tidak diangkut secara aktif ke
dalam sel dan menyebabkan tekanan osmosis sel pengawal menurun.
9.Akibatnya, proses osmosis air ke dalam sel berkurangan dan sel menjadi
tidak segah.
10.Sel kembali ke bentuk asal dan stoma tertutup.
Soalan SPM 2013.
Rajah 5.3 menunjukkan struktur sel pengawal pada waktu siang dan waktu
malam.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
43/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 43
Terangkan satuperbezaan keadaan sel pengawal pada waktu siang dan pada
waktu malam.
1)
Pada siang hari, sel pengawal segah, manakala pada waktu malam sel
pengawal flasid
2)
Pada waktu siang, kandungan air dalam sel pengawal tinggi manakala
pada waktu malam, kadungan air dalam sel pengawal rendah
[2 markah]
Mekanisme Pengangkutan Air dalam Tumbuhan
Tekanan Akar
1.Air diserap oleh sistem akar yang mempunyai rambut akar yang banyak.
2.
Rambut akar menambahkan jumlah luas permukaan penyerapan.
3. Ion mineral dalam tanah akan diangkut secara aktif oleh sel rambut akar
ke dalam vakuol lalu menjadikan sap sel rambut akar menjadi hipertonik
berbanding air tanah.
4.Air dari tanah akan meresap secara osmosis ke dalam rambut akar.
Rambut akar pada hujung akar.
5. Sel-sel rambut akar menjadi hipotonik berbanding sel-sel parenkima akar.
6. Seterusnya, air akan bergerak secara osmosis dari satu sel ke satu
melintas endodermis hingga ke xilem.
7. Pergerakan air yang berterusan ini menghasilkan suatu daya tolakan yang
dinamakan tekanan akar.
8. Tekanan ini membantu air naik ke batang tumbuhan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
44/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 44
Pergerakan air dalam akar tumbuhan
Tindakan Kapilari
1.
Tindakan kapilari dihasilkan oleh daya lekitan antara molekul air dan juga
daya lekatan antara molekul air dengan dinding kapilari xilem
2.
Dua daya ini menghasilkan daya tarikan yang menggerakkan air secara
berterusan dalam salur xilem yang sempit itu.
Daya lekatan dan daya lekitan di xilem (tindakan kapilari)
Tarikan Transpirasi
1.
Sel-sel mesofil berspan yang berdekatan ruang antara sel akan kehilangan
air melalui sejatan.
2.
Keadaan ini menyebabkan sel-sel mesofil berspan menjadi hipertonik
kepada sel-sel berhampirannya.
3.Air dari sel-sel berhampiran akan bergerak secara osmosis ke sel-sel
mesofil yang hipertonik.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
45/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 45
4.
Maka air akan disedut dari xilem dan menyebabkan air dari xilem bergerak
ke daun.
5.
Daya tarikan air melalui proses transpirasi ini dinamakan tarikan
transpirasi.
Transpirasi (tarikan transpirasi)
Uji Kefahaman Anda
1)Apakah yang dimaksudkan dengan berkas vaskular dalam tumbuhan?
[1 markah]
Terdiri daripada xilem dan floem.
2)
Apakah yang akan berlaku pada pokok yang telah dibuang floem secara
menggelang dalam tempoh yang lama? [2 markah]
Bahagian atas floem yang dibuang akan membengkak. Banyak hasil
fotosintesis/ glukosa berkumpul di bahagian itu.
3) Berikan makna transpirasi. [2 markah]
Proses kehilangan/ penyejatan molekul air dari tumbuhan ke atmosfera.
4)
Bagaimanakah translokasi berlaku dari daun tumbuhan ke akar?Huraikan.
[3 markah]
Translokasi adalah proses pengangkutan hasil fotosintesis seperti sukrosa/
asid amino/ protein/ hormon dari daun ke seluruh tisu tumbuhan oleh tisu
floem. Diangkut secara aktif ke dalam floem menggunakan tenaga.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
46/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 46
BAB 2 PERGERAKAN DAN SOKONGAN
2.1 Pergerakan dan Sokongan pada Manusia.
Sistem Rangka Manusia
1.
Sistem rangka manusia mengandungi 206 tulang yg terdiri drp pelbagai
saiz dan bentuk.
2.
Rangka manusia dibahagikan kpd rangka paksi dan rangka apendaj.
Rangka Manusia
3. Rangka paksi terdiri drp tengkorak , turus vertebra dan sangkar rusuk.
4.
Tulang terdiri drp tulang kranium dan tulang muka.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
47/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 47
5.
Tulang kranium berfungsi untuk melindungi otak manakala tulang muka
membentuk bentuk wajah kepada muka dan menyediakan soket utk
pelekatan mata.
Struktur tengkorak manusia
6. Tulang yg membentuk rahang bawah dinamakan mandibel.
7. Ia membentuk sendi bergerak dengan kranium.
8. Sendi bergerak membolehkan mulut terbuka dan tertutup.
9. Tengkorak bersendi dengan tulang atlas iaitu tulang paling atas pada turus
vertebra.
Turus vertebra
1. Terdiri drp 33 ruas tulang atau vertebra.
2. Ia berfungsi untuk menyokong tengkorak dan melindungi saraf tunjang
yang terletak di dalam salur sarafnya.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
48/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 48
Lima bahagian turus vertebra
3. Turus vertebra terdiri drp 5 bahagian dan dinamakan berdasarkan
lokasinya.
Struktur am vertebra
4. Tulang vertebra yg terletak di bahagian leher dikenali sbg vertebra serviks.
5. Diikuti vertebra toraks vertebra lumbar vertebra sakrum dan vertebra
koksiks.
6. Vertebra serviks mempunyai 7 ruas tulang.
7.
Ia mempunyai sepasang salur arteri vertebra yg tiada dlm jenis vertebra yg
lain.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
49/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 49
8.
Vertebra serviks yang pertama dikenali sebagai atlas manakala vertebra
serviks yang kedua dikenali sebagai aksis.
9.
Jenis vertebra seterusnya ialah vertebra toraks yg mempunyai 12 ruas
tulang.
10.
Ia mempunyai cuaran spina yg panjang, sentrumnya lebih besar dan tebal
drp sentrum serviks.
Vertebra serviks Vertebra atlas
Vertebra toraks Persendian antara vertebra
toraks dgn tulang rusuk
11.Vertebra ini mempunyai muka sendi pada cuaran melintang dan di sisi
sentrum untuk bersendi dgn tulang rusuk.
12.Vertebra lumbar merupakan vertebra yang terbesar antara vertebra di
turus vertebra.
13.Ia mempunyai cuara spina yang pendek dan cuaran melintang yang
panjang dan pipih.
14.Cuaran-cuaran ini menyediakan tempat untuk pelekatan otot belakang.
15.
Sentrumnya adalah besar dan tebal.
16.Sakrum terdiri daripada 5 tulang yang bercantum membentuk satu
kepingan tulang tunggal yang berbentuk segi tiga.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
50/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 50
17.
Koksiks terdiri daripada 4 vertebra yang sangat kecil dan bercantum
membentuk tulang kaudal.
Vertebra lumbar Sakrum dan koksiks
Sangkar rusuk
1.
Dibentuk oleh 12 pasang tulang rusuk dan sternum.
2. Tujuh pasang tulang rusuk pertama yang dikenali sebagai tulang rusuk
sebenar bersambung dengan sternum melalui rawan.
3. Tiga pasang yang seterusnya dikenali sebagai tulang rusuk palsu dan
bersambung kepada sternum melalui rawan rusuk ke-7.
4. Pasangan rusuk yang ke-11 dan ke-12 dikenali sebagai tulang rusuk
bebas.
5. Tulang rusuk ini tidak terlekat pada sternum.
Pandangan ventral struktur sangkar rusuk
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
51/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 51
Rangka Apendaj
1. Terdiri daripada lengkungan pektoral anggota hadapan, lengkungan pelvis
dan anggota belakang.
2.
Sepasang lengkungan pektoral menghbungkan tulang lengan dgn rangka
paksi.
3. Setiap lengkungan pektoral mengandungi dua tulang, iaitu klarikel dan
scapula.
4.Anggota hadapan terdiri daripada humerus, radius, ulna, karpus, meta
karpus dan falanks.
5. Lengkungan pelvis terdiri daripada sepasang tulang punggung.
6.
Setiap tulang punggung terdiri daripada tiga tulang yang bercantum, iaitu
ilium, iskium dan pubis.
7.Anggota belakang terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus
dan falanks.
Lengkungan pektoral Anggota hadapan
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
52/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 52
Peranan otot, ligamen dan tendon dlm pergerakan.
1.
Otot disambungkan kepada tulang melalui tendon.
2. Pengecutan otot menyebabkan tulang ditarik dan membolehkan
pergerakan.
3.
Tendon ialah tisu penyambung yang padat yg terdiri daripada gentian.
4.
Gentian-gentian ini bersifat kuat dan tidak kenyal.
5. Sebagai contoh, tindakan otot rangka seperti otot biseps dan otot triseps
yang terdapat pada lengan membolehkan manusia meluruskan atau
membengkokkan tangan.
Lengkungan pelvis Anggota belakang
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
53/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 53
Otot rangka biseps dan triseps, iaitu otot-otot pada lengan
6.Apabila otot biseps mengecut, otot triseps mengendur. Hal ini
membolehkan lengan dibengkokkan.
7. Sebaliknya, apabila otot triseps mengecut, otot biseps akan mengendur
dan lengan diluruskan.
8. Di bahagian sendi, tulang disambungkan dengan tulang lain oleh ligamen
9.
Ligamen terdiri daripada tisu penghubung yang liat, kuat dan kenyal
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
54/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 54
Hubungan antara otot, tendon daan ligamen
Struktur Sendi Bergerak
1. Tempat tulang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai sendi.
2.
Pertemuan antara dua atau lebih tulang yang membenarkan anggota
bergerak dinamakan sendi bergerak manakala yang tidak membenarkan
bahagian anggota bergerak dinamakan sendi tidak bergerak.
3. Contoh sendi bergerak ialah sendi enguel pada siku dan sendi lesung
pada bahu dan pelvis.
Sendi lesung pada pelvis
4. Contoh sendi tidak bergerak ialah sendi yang terdapat pada tengkorak
5.
Sendi bergerak dibalut oleh kapsul bergentian.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
55/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 55
6.
Di sebelah dalam kapsul ini terdapat membran sinovia yang berfungsi
sebagai pelincir bagi mengurangkan geseran antara tulang apabila sendi
bergerak.
7.
Ia juga membekalkan nutrien kepada rawan yang terdapat pada hujung
tulang.
8. Rawan yang membalut pada hujung tulang mengurangkan geseran antara
tulang semasa pergerakan dan juga menyerap hentakan apabila bergerak.
Mekanisme Pergerakan pada Haiwan.
Pergerakan cacing tanah
1.
Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik iaitu ruang badannya dipenuhi
dengan bendalir.
2. Rangka ini memberikan sokongan dan mengekalkan rupa bentuk cacing
tanah.
3. Terdapat dua set otot pada dinding badan cacing tanah, iaitu otot lingkar
dan otot membujur.
4. Kedua-dua set otot ini bertindak secara berantagonis.
5.
Apabila otot lingkar mengecut, otot membujur mengendur dan segmen
pada badan cacing tanah mengecil dan memanjang.
6. Sebaliknya, apabila otot membujur mengecut, otot lingkar mengendur dan
segmen badan cacing tanah akan menebal dan seterusnya memendek di
bahagian badan akan mencengkam tanah.
7. Pada masa yang sama, keta di bahagian badan di belakang atau posterior
akan melepaskan cengkaman diikuti oleh pemendekkan bahagian badan
ini.
8.
Pergerakan dihasilkan apabila pengecutan dan pengenduran otot lingkar
dan otot membujur berlaku secara berselang-seli untuk menghasilkan
suatu gelombang.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
56/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 56
Susunan otot lingkar dan otot
membujur pada cacing tanah
Mekanisme pergerakan cacing
Pergerakan Belalang
1.
Serangga seperti belalang mempunyai rangka luar dan mempunyai tiga
pasang kaki.
2.
Otot serangga mengejut untuk menggerakkan anggotanya yang dilekatkan
pada bahagian dalam rangka oleh tendon.
3.
Otot yang menyebabkan kaki melurus dikenali sebagai otot ekstensor
manakala otot yang menyebabkan kaki membengkok dikenali sebagai otot
fleksor.
4.
Sebelum melompat, kaki belakang dilipat. Hal ini menyebabkan tenaga
disimpan dalam tendon yang kenyal pada kedua-dua otot fleksor dan
ekstensor.
5. Semasa belalang melompat, otot fleksor akan mengendur dan pada masa
yang sama, otot ekstensor akan mengecut.
6. Kaki belakang akan melurus dengan cepat. Tenaga yang disimpan dalam
tendon tersebut dilepaskan untuk menghasilkan suatu daya menolak
belalang ke atas dan ke hadapan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
57/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 57
Mekanisme pergerakan belalang
Pergerakan Ikan
1. Ikan merupakan haiwan akuatik.
2.
Semasa berenang, ikan menghadapi rintangan air.
3. Untuk mengatasi masalah ini agar membolehkan ikan bergerak dengan
pantas dalam air, ikan mempunyai badan yang berbentuk larus, iaitu
bahagian anterior ikan adalah bulat dan licin manakala bentuk badannya
adalah panjang dan meruncing ke bahagian posterior.
4. Badan ikan juga bersisik dan disaluti lendir untuk mengurangkan rintangan
air serta melancarkan pergerakannya.
5. Otot yang terdapat pada kedua-dua sisi tulang belakang disusun dalam
bentuk bongkah yang dinamakan miotom.
6. Otot ini bertindak secara antagonis.
7. Pengecutan dan pengenduran miotom dikedua- dua sisi tulang belakang
membolehkan ikan mengibaskan ekor.
8.Apabila miotom di sebelah kiri badan mengecut, miotom di sebelah kanan
ikan akan mengendur dan ekor mengibas ke kiri.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
58/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 58
9.
Sebaliknya, apabila miotom di sebelah kanan badan mengecut, miotom di
sebelah kiri akan mengendur dan ekor mengibas ke kanan.
10.
Pergerakan ekor ke kiri dan ke kanan menghasilkan daya tujah yang
menolak badan ikan ke hadapan.
11.
Ikan mengalami ketidakstabilan ketika berenang dalam air. Bagi mengatasi
masalah ini, ikan mempunyai pelbagai sirip.
12.
Sirip ikan yang berpasangan terdiri daripada sirip pektoral dan sirip pelvis
manakala sirip tidak berpasangan teridir daipada sirip dorsal dan sirip
ventral.
13.Ikan menggunakan sirip dorsal dan sirip ventral untuk mencegah
pesongan dan golekan.
14.Sirip pelvis berfungsi mencegah junaman dan golekan.
15.Sirip pektoral berfungsi sebagai kemudi untuk menukar haluan pergerakan
dan juga sebagai brek untuk memperlahankan atau menghentikan
pergerakan.
Mekanisme pergerakan pada ikan Masalah dalam pergerakan ikan
Pergerakan Katak
1.
Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dan berotot.
2. Otot yang besar memberi kekuatan kepada kaki belakang dan membantu
katak melompat.
3. Sebelum melompat, kaki belakang ini berlipat menjadi bentuk Z
4.
Apabila melompat, otot ekstensor pada peha akan mengecut dengan tiba-
tiba.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
59/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 59
5.
Kaki diluruskan dengan cepat dan tapak kaki menolak ke bawah dan ke
belakang.
6.
Tindakan ini menghasilkan daya tolakan yang menolak katak ke atas dan
ke hadapan.
7.
Katak mendarat dengan kaki hadapannya yang pendek yang bertindak
sebagai penyerap hentakan.
8.
Selain melompat katak juga menggunakan kaki belakang yang kuat untuk
berenang dalam air. Katak juga boleh merangkak apabila meghulurkan
dan menarik balik kaki hadapan dan belakang secara berselang-seli.
Mekanisme pergerakan katak
Pergerakan Burung
1.
Badan burung berbentuk larus
2. Sayap burung yang berbentuk aerofoil dapat menghasilkan daya angkat
3.
Daya angkat ini membolehkan burung terbang
4. Terdapat bongkah otot yang besar dan kuat pada dada burung yang
dinamakan pektoralis major.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
60/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 60
5.
Satu hujung otot pektoralis major dipautkan pada bahagian bawah tulang
humerus pada sayap.
6.
Pengecutan otot pektoralis major menyebabkan sayap bergerak ke bawah
dan ke belakang.
7.
Otot berantagonisnya, iaitu pektoralis minor dipautkan pada sternum dan
bahagian atas humerus.
8.
Pengecutan otot ini menyebabkan sayap bergerak ke atas dan ke
hadapan.
9. Gerakan sayap burung ke atas dan ke bawah menghasilkan suatu daya
yang bertindak dari bawah ke atas.
10.
Daya ini cukup besar untuk mengangkat burung ke atas dan ke hadapan
menyebabkan burung terbang.
11.Burung juga mempunyai tulang yang ringan dan organ tunggal untuk
membantu mengatasi daya graviti.
Bentuk aerofoil sayap burung
Kedudukan otot pektoralis major dan minor pada burung
Masalah Sistem Otot Rangka
1. Sistem otot rangka boleh terjejas akibat daripada amalan gizi yang tidak
seimbang, postur yang tidak betul ataupun disebabkan oleh faktor genetik
dan proses penuaan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
61/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 61
2.
Faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan masalah kepada otot rangka
seperti osteoporosis kekejangan otot, distrofi otot, dan artritis.
Osteoporosis
1.
Berasal daripada dua perkataan, iaitu osteo (tulang) dan porosis
(poros/berliang).
2.
Merupakan penyakit iaitu, tulang menjadi poros
3. Biasanya dialami oleh wanita yang sudah putus haid kerana hormon
estrogen tidak lagi dirembeskan menyebabkan garam mineral seperti
kalsium keluar dari tulang. Ini menjadikan tulang ringan dan mudah retak.
4.
Penyakit ini boleh dielakkan atau dilambatkan dengan mengamalkan tabiat
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, ikan bilis
dan sardine pada usia ketika tulang masih menambahkan ketumpatan
nya, lazimnya semasa kanak- kanak dan remaja.
5. Senaman yang memerlkan seseorang mengatasi daya graviti seperti
melompat dan berlari akan membantu menambahkan jisim tulang.
Arthritis
1. Penyakit yang melibatkan kemerosotan atau radang sendi.
2.
Gejalanya seperti pembengkakan, kesakitan dan kekerasan pada sendi
3. Tiga jenis artritis yang lazimnya dijumpai iaitu osteoartritis, artritis,
reumatoid dan artritis gout.
4. Osteoartritis berlaku disebabkan rawan yang haus.
5.
Arthritis reumatoid berlaku apabila membran sinovia pada sendi di jari,
pergelangan tangan dan kaki menjadi bengkak atau radang.
6.
Artritis gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
62/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 62
Distrofi otot
1. Suatu keadaan, iaitu otot-otot seseorang merosot dan menjadi semakin
lemah sehingga penghidap tidak boleh menggerakkan anggotanya.
2.
Jenis distrofi otot yang biasa ialah distrofi otot Duchenne.
3.
Penyakit ini merupakan penyakit genetik yang disebabkan oleh gen mutan
yang terdapat pada kromosom X.
Kekejangan otot
1. Berlaku apabila otot mengecut dan tidak mengendur iaitu pengecutan
secara berterusan dan tidak terkawal.
2.
Berlaku disebabkan oleh pendehidratan pada tubuh badan dan aras
kandungan nutrien seperti kalsium kalium dan magnesium yang rendah
dalam darah.
Uji Kefahaman Anda
1. Nyatakan jenis rangka yang terdapat pada serangga seperti belalang.
[1 markah]
Rangka eksoskeleton/ luar.
2. Apakah kebaikan dan kelemahan rangka yang terdapat pada belalang?
[2 markah]
Kebaikan: Kaki belakang belalang adalah besar dan kuat untuk membantu
belalang melompat.
Kelemahan: menghadkan kadar pertumbuhan/ pemanjangan/saiz.
3. Mengapakah turus vertebra tidak lurus apabila dilihat dari pandangan sisi?
[1 markah]
Untuk meningkatkan keanjalan tulang apabila bergerak. Ia juga memudahkan
untuk pelekatan otot rangka.
4. Mengapakah haiwan dan manusia perlu bergerak?Terangkan. [2 markah]
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
63/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 63
Mencari makanan/ pembiakan/ melarikan diri dari pemangsa/ kemandirian/
dan lain-lain yang sesuai.
5. Senaraikan tulang yang terdapat pada rangka paksi dan rangka apendaj.
[2 markah]
Rangka paksi: Tengkorak, turus vertebra dan sangkar rusuk.
Rangka apendaj: Lengkungan pektoral, anggota hadapan, lengkungan pelvis
dan anggota belakang.
6. (a) Berikan definisi sendi. [1 markah]
Tempat tulang bertemu dengan tulang lain.
(b) Nyatakan sendi badan yang merupakan sendi lesung. [1 markah]
Tulang humerus dengan klavikel/ scapula// lengkungan pelvis dengan
femur
7. Apakah fungsi rawan dan bendalir sinovia yang terdapat pada sendi?
[2 markah]
Rawan: Menyerap hentakan/ mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bendalir sinovia: Bahan pelincir bagi mengurangkan geseran antara tulang
apabila sendi bergerak.
8. Huraikan ciri- ciri tulang yang menjadikannya sesuai sebagai sistem sokongan.
[2 markah]
Terdiri daripada banyak gentian kolagen/ kalsium/fosforus yang menjadikan ia
kuat untuk menahan tekanan/ hentakan/ gegaran.
9. Mengapakah rangka manusia terdiri daripada banyak tulang yang disambung
pada sendi? [2 markah]
Memudahkan manusia melakukan pelbagai jenis pergerakan// mengelakkan/
mengurangkan kecederaan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
64/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 64
10. Terangkan istilah otot berantagonis. [1 markah]
Pengecutan dan pengenduran otot secara berlawanan.
11. Huraikan ciri-ciri ikan yang membantunya berenang dalam air dengan
mudah. [3 markah]
Bentuk badan larus/ badan ikan bersisik/ disaluti lendir untuk mengurangkan
rintangan air// Otot miotom mengecut dan mengendur secara antagonis// sirip
dorsal/ ventral untuk mencegah pesongan/ golekan// sirip pelvis mencegah
junaman/ golekan// sirip pektoral mengemudi untuk menukar haluan/ brek
untuk memperlahankan/ menghentikan pergerakan.
2.2 Menghargai Sistem Otot Rangka yang Sihat.
1. Pemakanan seimbang yang kaya dengan vitamin A, C dan D serta garam
mineral seperti kalsium, fosforus dan besi penting utk membina tulang
yang kuat.
2.Amalan postur yang betul ketika berdiri, duduk, berjalan dan mengangkat
barang yg berat dr lantai adalah penting untuk memastikan kesihatan
sistem otot rangka.
3. Semasa bersenam, individu hendaklah memakai pakaian yg longgar
4. Senaman merupakan salah satu cara yang penting utk mengekalkan
ketumpatan tulang dan mengelakkan drp mendapat osteoporosis
5.
Teknik senaman yang betul dan selamat hendaklah diamalkan oleh setiap
individu.
6.
Aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan sebarang bentuk
senaman atau aktiviti cergas adalah suatu amalan yg baik utk
mengelakkan kecederaan.
Uji Kefahaman Anda
1. Terangkan kepentingan sistem otot rangka yang sihat. [2 markah]
Sistem otot rangka membolehkan sesuatu otot yang melekat pada rangka/
tulang untuk mengecut dan mengendur bagi memastikan sesuatu aktiviti/pergerakan/ fungsi dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
65/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 65
2.
Nyatakan duacara untuk memelihara sistem otot rangka yang sihat.
[2 markah]
Mengamalkan pemakanan yang seimbang// gizi makanan yang kaya
dengan protein/vitamin A/C/D/ Garam mineral/ kalsium/ fosforus/ besi.
Amalan postur yang betul ketika berdiri/duduk/ berjalan/ mengangkat
barang// Memakai pakaian yang longgar// elakkan daripada memakai
kasut tumit tinggi// Teknik senaman yang betul.
3. Huraikan postur yang betul semasa berjalan dan duduk. [2 markah]
Semasa berjalan, badan dan kepala hendaklah tegak dan lurus dan mata
harus memandang ke hadapan dan bukan ke lantai.
Semasa duduk bahagian belakang badan hendaklahbersandar pada
kerusi// Jangan duduk secara membongkok kerana akan menyempitkan
ruang abdomen.
4. Nyatakan duakesan buruk akibat mempunyai postur yang tidak baik.
[2 markah]
Sakit di bahagian belakang badan// kecederaan pada tulang vertebra
5. Mengapakah tulang femur dan tibia seseorang pesakit yang menggunakan
kerusi beroda untuk bergerak akan menjadi lemah?Terangkan. [2 markah]
Tulang femur dan tibia yang kurang aktif/ pergerakan menyebabkan sistem
otot rangka menjadi lesu dan tidak bermaya.
2.3 Sokongan dalam Tumbuhan.
1.
Tumbuhan akuatik mempunyai ciri-ciri akuatik utk membolehkannya
terapung di permukaan dan di dalam air.
2.
Tumbuhan ini tidak mempunyai tisu berkayu kerana daya apungan yg
dihasilkan oleh air di sekeliling dpt memberikannya sokongan
3. Batang tumbuhan akuatik spt keladi bunting mempunyai tisu yg ringan
dengan banyak pundi udara.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
66/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 66
4.
Jenis tisu ini yg dikenali sbg tisu aerenkima dapat mengurangkan
ketumpatan batang dan membantunya terapung di permukaan air.
5.
Tumbuhan tenggelam spt Hydrillasp. dan Elodeasp. mempunyai pundi
udara pada batang dan daun. Ia membantu tumbuhan menegak dalam air
utk menyerap cahaya matahari.
6. Tumbuhan darat mempunyai batang berkayu
7.
Terdapat tisu-tisu khas dlm batang yg memberi sokongan kpd batang.
8. Tisu-tisu khas tersebut ialah tisu-tisu sklerenkima lignin dan trakeid
9. Lignin bersifat kuat dan tidak telap air.
10.Sel-sel sklerenkima yg disusun secara padat dan berdinding tebal dapat
memberi sokongan mekanikal kpd tumbuhan.
Uji Kefahaman Anda
1. Mengapakah tumbuhan memerlukan sokongan? Terangkan. [2 markah]
Untuk mendapatkan cahaya matahari bagi menjalankan proses
fotosintesis// untuk mendapatkan makanan/ air/ garam mineral bagi proses
pertumbuhan
2.Apakah perbezaan antara sokongan dalam tumbuhan berkayu dengan
tumbuhan tidak berkayu? [2 markah]
Tumbuhan berkayu mempunyai tisu-tisu khas dalam batang iaitu tisu
sklerenkima/ salur xylem/ trakeid yang mempunyai dinding selulosa yang
diperkuatkan dengan lignin manakala tumbuhan tidak berkayu bergantung
kepada kesegahan sel/ sel parenkima pada batang tumbuhan yang
mempunyai kanji/ air.
3. Bagaimanakah tumbuhan seperti teratai dapat terapung di atas
permukaan air? Terangkan. [3 markah]
Banyak pundi udara yang ringan/ tisu aerenkima dapat mengurangkan
ketumpatan batang dan membantunya terapung// Daun lebar untuk
meningkatkan daya keapungan// Banyak akar yang halus untukmemerangkap gelembung udara.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
67/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 67
4.
Namakan jenis tisu yang terdapat dalam tumbuhan berkayu yang
berfungsi untuk memberi sokongan. [1 markah]
Tisu skelerenkima/ xylem/ trakeid
5.
Senaraikan cara yang digunakan oleh tumbuhan memanjat untuk tumbuh
ke arah cahaya matahari. [2 markah]
Sulur paut pada hujung daun untuk melilit pada penyokong
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
68/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 68
BAB 3 KOORDINASI DAN GERAK BALAS
3.1 Koordinasi dan Gerak Balas.
1.
Cahaya, bunyi, bau, suhu tekanan dan sentuhan merupakan cth
rangsangan luar yg dapat dikesan oleh badan dan juga organisma hidup
yg lain.
2. Rangsangan luar dikesan oleh sistem saraf utk mneghasilkan gerak balas
terhadapa rangsangan tersebut melalui pergerakan dan tindakan badan.
3. Rangsangan dalam merangkumi perubahan aras gula dalam darah, suhu
badan, tekanan darah dan tekanan osmosis darah.
4. Gerak balas tropisme merupakan gerak balas pertumbuhan pada hujung
pucuk dan hujung akar ke arah atau menjauhi rangsangan.
5. Gerak balas nasti adalah gerak balas sebahagian tumbuhan terhadap
sesuatu rangsangan. Contohnya, Mimosa pudicamenguncup apabila
disentuh.
6. Pergerakan taksis ialah gerak balas seluruh bahagian organisma unisel ke
arah rangsangan atau menjauhi rangsangan.
Laluan saraf bagi mengesan dan bergerak balas terhadap perubahan
persekitaran luar.
i) Rangsangan luar
Cara nak ingat?
R N IN NE E
ReseptorNeuron
aferen/deria
Sistem saraf
pusat
(interneuron)
Neuron
eferen/
motor
Efektor
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
69/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 69
ii)
rangsangan dalam (perubahan suhu badan)
Uji Kefahaman Anda
1. Nyatakan maksud rangsangan dan gerak balas. [2 markah]
Rangsangan ialah perubahan atau isyarat daripada persekitaran yang
boleh dikesan oleh sistem badan.
Gerak balas ialah tindakan tubuh badan terhadap sesuatu rangsangan.
2.
Apakah keperluan manusia, haiwan, dan tumbuhan bergerak balas
terhadap rangsangan? [1 markah]
Memastikan kemandirian berterusan.
3.2
Peranan Sistem Saraf dalam Manusia.
Organisasi Sistem Saraf
1. Sistem saraf (SS) terdiri daripada Sistem Saraf Pusat (SSPu) dan Sistem
Saraf Periferi (SSPe).
2. SSPu terdiri daripada otak dan saraf tunjang
3.
SSPe terdiri daripada saraf kranium yang bercabang dari otak dan saraf
spina yang bercabang dari saraf tunjang.
Sistem saraf
pusat(otak)Neuron
eferen
Efektor (kulit dan
kelenjar endokrin)
Gerak balas
( kehilangan haba dr
permukaan badan)
Suhu badan
menurun
Suhu badan
(normal)
Rangsangan dalam( suhubadan meningkat)
Reseptor
(pada kulit)
Neuron
aferen
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
70/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 70
Struktur Otak dan Fungsinya.
1. Otak terdiri drp tiga bahagian utama iaitu serebrum, serebelum dan
medula oblongata.
Struktur otak
2. Serebrum mengawal aktiviti terkawal seperti kecerdasan, pemikiran,
ingatan, pembelajaran, penaakulan dan penyelesaian masalah.
3. Serebelum mengkoordinasikan pengecutan otot utk pergerakan dan
mengawal keseimbangan badan.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
71/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 71
Struktur otak
4. Medula oblongata (MO) mengawal tindakan luar kawal seperti kadar
denyutan jantung, peristalsis, kadar pernafasan, tekanan darah dan
perubahan saiz salur darah.
5. MO juga mengawal tindakan refleks tertentu seperti batuk, bersin, muntah
dan menelan.
6. Talamus berfungsi untuk menerima maklumat drp reseptor deria lalu
menghantarkannya ke bahagian serebrum yg tertentu utk diproses.
7. Hipotalamus berfungsi mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran
dalam spt tekanan osmosis darah dan suhu badan melalui kelenjar
pituitari.
Saraf tunjang (ST)
1. ST menghubungkan otak dengan SSPe.
2. ST terdiri drp jirim kelabu dan jirim putih.
3. Saraf spina berasal drp ST.
4.
Setiap saraf spina bercabang dua membentuk akar dorsal dan akar ventral
sebelum bersambung dgn ST.
5. ST mengawal tindakan refleks
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
72/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 72
Saraf tunjang terdapat dalam turus vertebra.
Saraf tunjang menghubungkan otak dengan saraf spina.
Struktur neuron
1. Setiap neuron terdiri daripada satu badan sel yang mengandungi nukleus
dengan sitoplasma.
2. Badan sel neuron dgn sitoplasma mengandungi unjuran gentian yang
dinamakan dendron atau akson.
Struktur suatu neuron
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
73/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 73
3.
Dendron membawa impuls saraf ke dalam badan sel manakala akson
membawa impuls saraf keluar dr badan sel.
4.
Dendron bercabang membentuk gentian halus yang dikenali sebagai
dendrit untuk menerima impuls saraf.
5.
Akson bercabang membentuk terminal akson yang berakhir dlm bonggol
sinaps.
6.
Akson dan dendron yang panjang diselaputi dengan membran penebat
yang dinamakan salut mielin.
7. Di sepanjang salut mielin terdapat celahan yang dinamakan nodus
Ranvier.
Jenis neuron dan fungsinya
1. Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron aferen (NA), interneuron (IN) dan
Neuron eferen (NE).
2. NA menghantar impuls dari Reseptor ke sistem saraf pusat (otak dan saraf
tunjang).
3. IN menghantar impuls saraf dari NA ke SSP dan dari SSP ke NE.
4.
NE menghantar impuls saraf dari SSP ke Efektor iaitu kelenjar dan otak
utk menghasilkan gerak balas.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
74/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 74
Sinaps dan Penghantaran maklumat.
1. Sinaps ialah satu ruang sempit di antara terminal akson neuron
penghantar dengan dendrit neuron penerima.
2.
Impuls saraf daripada neuron penghantar hanya boleh dihantar merentasi
sinaps secara kimia.
Impuls saraf merentasi sinaps
3.
Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan bonggol sinaps yang
banyak mengandungi vesikel sinaps dan mitokondria.
4.
Vesikel sinaps mengandungi bahan kimia yang disebut neurotransmiter
5.Apabila suatu impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada terminal akson,
vesikel sinaps dirangsangkan utk membebaskan neurotransmiter ke dalam
sinaps.
6. Neurotransmiter meresap mererentasi sinaps ke dendrit neuron penerima.
7. Dendrit itu dirangsangkan utk mencetus impuls saraf yg dibawa oleh
neuron penerima ke neuron lain atau efektor.
8.
Tenaga dibekalkan oleh mitokondrion supaya impuls saraf dapat merentas
sinaps.
9. Sinaps memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah sahaja.
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
75/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 75
Perbezaan tindakan terkawal, tindakan luar kawal dan tindakan refleks.
Jenis Tindakan Terkawal Luar kawal Refleks
Tempat
kawalan
Serebrum Medula oblongata Saraf tunjang
Laluan impuls R NA IN NE E R NA IN NE E R NA IN NE E
(tangan)
R NA NE E (kaki)
Contoh Mengangkat
tangan, berjalan
dan menulis
Pernafasan, batuk,
bersin, muntah dan
pencernaan.
Kaki terangkat
apabila terpijak
paku dan tangan
diangkat apabila
tersentuh cerek
panas.
Arka refleks dalam sentakan lutut yang terlibat hanya dua neuron
-
7/24/2019 BESTA T5 Versi Guru (With Answers)
76/175
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Zulkarnain Jamaluddin 76
Arka refleks bagi tindakan menarik tangan drp objek panas
Penyakit berkaitan dengan Sistem saraf
1. Penyakit Alzheimer merupakan suatu penyakit neurologi yang berkaitan
dengan kehilangan ingatan dan kemerosotan pemikiran.
2. Disebabkan oleh penyusutan tisu otak dan kekurangan rembesan n
neurotransmiter, iaitu asetilkolina di otak.
3. Biasanya berlaku kpd warga tua dan boleh diwarisi.
4. Simptomnya seperti kurang pintar, hilang ingatan, fikiran bercelaru dan
kurang tumpuan.
5. Penyakit Parkinson merupakan penyakit berkaitan dgn system sara