BH PILIH L5 20 (emel) Pilihan Raya - dbp.gov.my · PDF fileparlimen dan ahli dewan undang-an...

1
BERITA HARIAN Rabu, 20 Februari 2008 Halaman Lima P erdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pembubaran parlimen pada 13 Februari lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac nanti. Susulan daripada itu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, semua kerajaan negeri turut membubarkan Dewan Undangan Negeri kecuali negeri Sarawak. Pilihan raya kali ini menyaksikan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dan 10,922,139 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab. Pilihan raya merupakan proses orang ramai memilih calon atau pemimpin pilihan mereka. Dalam sistem demokrasi, kebanyakan orang percaya bahawa setiap war- ganegara mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang bakal memerintah mereka. Oleh itu, pilih- an raya dianggap sebagai salah satu daripada aktiviti politik yang ter- penting. Pilihan raya juga merupa- kan cara pemindahan kuasa dari seseorang atau suatu kumpulan kepada yang lain secara aman. Di kebanyakan negara, pilihan raya yang dikenali sebagai referendum kadangkala digunakan untuk me- mutuskan isu perlembagaan atau moral yang penting. Kebanyakan negara mengadakan pilihan raya untuk memilih kera- jaan. Tetapi, bagi negara yang tidak mengamalkan demokrasi, pen- duduknya tidak mempunyai banyak pilihan. Mereka hanya dibenarkan mengundi calon yang disyorkan oleh pemimpin atau oleh satu parti politik sahaja. Prosedur pilihan raya berbeza antara satu negara dengan negara lain. Walau bagai- manapun, terdapat ciri-ciri tertentu yang diamalkan dalam pilihan raya oleh kebanyakan negara. Sebagai contoh, pilihan raya kerajaan pada amnya diadakan pada tempoh masa yang tetap. Di Australia dan New Zealand, pilihan raya diadakan setiap tiga tahun. Pilihan raya presi- den diadakan di Amerika Syarikat pada setiap empat tahun, setiap lima tahun di India dan setiap tujuh tahun di Ireland. Pilihan raya parlimen di India, Ireland, Afrika Selatan dan United Kingdom diadakan dalam masa lima tahun selepas pilihan raya sebelumnya. Apabila ahli parlimen meninggal dunia atau meletak jawatan, pilihan raya kecil diadakan untuk memilih penggantinya. Di kebanyakan negara demokrasi, semua rakyat yang melebihi umur tertentu (biasanya 18 atau 21 tahun) boleh mengundi, selagi mereka ber- daftar dan tidak dibatalkan hak mereka. Antara golongan yang tidak dibenarkan mengundi termasuk- lah penjenayah tertentu dan orang yang mengalami sakit mental yang teruk atau terencat akal. Di United Kingdom, ahli Dewan Pertuanan dan sebahagian kerabat diraja boleh dikecualikan daripada mengundi dalam pilihan raya umum. Di New Zealand terdapat empat pilihan raya Maori dan orang Maori boleh mendaftar dan mengundi sama ada dalam pilihan raya Maori atau pilih- an raya umum. Pilihan raya parlimen di nega- ra Demokrasi biasanya diadakan menerusi undian rahsia. Setiap orang bebas mengundi tanpa berasa takut terhadap reaksi pihak lain. Media massa termasuklah radio, televisyen, majalah dan akhbar bebas membincangkan calon dan isu. Di bawah sistem kerajaan berpar- limen, yang juga dikenali sebagai sistem kabinet, warganegara memi- lih ahli perundangan atau parli- men. Ketua negara – raja atau ratu pemerintahan beraja atau presiden republik – kemudiannya memilih perdana menteri daripada ahli maj- lis perundangan. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin daripada parti majoriti dalam majlis perundangan atau ketua parti campuran. Malaysia mengamalkan sis- tem Kerajaan Persekutuan yang demokrasi (demokrasi berparli- men). Terdapat sebuah Parlimen dan 13 buah Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Undangan Negeri hanya mempunyai satu dewan. Ahli parlimen dan ahli dewan undang- an negeri dipilih melalui pilihan raya. Parti politik yang memenangi paling banyak kerusi dalam sesuatu pilihan raya akan memerintah. Pilihan raya di Malaysia di selia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang telah ditu- buhkan pada 4 September 1957. Ia terdiri daripada tujuh anggota iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta lima orang ahli suruhanjaya yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Kini ia dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rashid bin Abdul Rahman. Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk membuat kajian dan persempadanan semula bahagian- bahagian pilihan raya parlimen dan dewan undangan negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas persempadanan semula yang ter- dahulu, menjalankan urusan pen- daftaran pemilih serta semakan daftar pemilih dan menjalankan pilihan raya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. Bagi memastikan kelancaran pilihan raya beberapa undang- undang dan prosedur perjalanan pilihan raya perlu dipatuhi. Antaranya ialah Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Peraturan-Peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981, Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002 dan Peraturan-Peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003. Calon pilihan raya terlibat dalam kempen pilihan raya. Kempen merupakan siri aktiviti yang dibuat bagi memancing undi untuk calon parti. Parti memi- lih calon mereka dan membantu mereka dengan menyediakan pub- lisiti. Calon bagi setiap parti pula akan membuat ucapan manakala dokumen polisi atau manifesto diterbitkan bagi menerangkan dasar parti. Para sukarelawan parti akan membantu calon untuk berkempen dengan lawatan dari rumah ke rumah. Pada hari pilihan raya, pengundi- an diselia oleh pegawai pilihan raya bagi memastikan undian dilakukan secara adil dan setiap undi dikira dengan sebaik-baiknya. Lazimnya, para pengundi menandakan pilihan mereka secara sulit dalam pondok undi yang ditutup. Di kebanyakan negara, pengundian dilakukan dengan menanda kertas undi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam peti undi. Di sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat, para pengundi menggunakan mesin undi yang secara automatik merakam- kan setiap undi. Bagi memperbaiki proses pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kali ini telah melakukan perubahan dengan mem- perkenalkan 50,000 kotak buangan undi yang lutsinar dan penggunaan dakwat khas yang mampu bertahan selama 48 jam untuk menanda kuku para pengundi. Bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, bebas serta adil sepanjang tempoh berkempen dan pembuangan undi, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan bagi memelihara dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini. Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai pili- han raya, sistem kabinet dan kerajaan Malaysia para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia jilid 13 dan 17. KEHANGATAN pilihan raya dapat dirasakan melalui perang poster dan bendera oleh parti-parti bertanding. BH PILIH L5 20 (emel) TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI KE-22 Pilihan Raya SUASANA pengiraan undi di St. John's Institution, Kuala Lumpur tahun 1959.

Transcript of BH PILIH L5 20 (emel) Pilihan Raya - dbp.gov.my · PDF fileparlimen dan ahli dewan undang-an...

Page 1: BH PILIH L5 20 (emel) Pilihan Raya - dbp.gov.my · PDF fileparlimen dan ahli dewan undang-an negeri dipilih melalui pilihan raya. Parti politik yang memenangi paling banyak kerusi

BERITA HARIAN Rabu, 20 Februari 2008 Halaman Lima

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pembubaran

parlimen pada 13 Februari lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac nanti. Susulan daripada itu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, semua kerajaan negeri turut membubarkan Dewan Undangan Negeri kecuali negeri Sarawak. Pilihan raya kali ini menyaksikan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dan 10,922,139 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab.

Pilihan raya merupakan proses orang ramai memilih calon atau pemimpin pilihan mereka. Dalam sistem demokrasi, kebanyakan orang percaya bahawa setiap war-ganegara mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang bakal memerintah mereka. Oleh itu, pilih-an raya dianggap sebagai salah satu daripada aktiviti politik yang ter-penting. Pilihan raya juga merupa-kan cara pemindahan kuasa dari seseorang atau suatu kumpulan kepada yang lain secara aman. Di kebanyakan negara, pilihan raya yang dikenali sebagai referendum kadangkala digunakan untuk me-mutuskan isu perlembagaan atau moral yang penting.

Kebanyakan negara mengadakan pilihan raya untuk memilih kera-jaan. Tetapi, bagi negara yang tidak mengamalkan demokrasi, pen-duduknya tidak mempunyai banyak pilihan. Mereka hanya dibenarkan mengundi calon yang disyorkan oleh pemimpin atau oleh satu parti politik sahaja. Prosedur pilihan raya berbeza antara satu negara dengan negara lain. Walau bagai-manapun, terdapat ciri-ciri tertentu yang diamalkan dalam pilihan raya oleh kebanyakan negara. Sebagai contoh, pilihan raya kerajaan pada amnya diadakan pada tempoh masa yang tetap. Di Australia dan New Zealand, pilihan raya diadakan setiap tiga tahun. Pilihan raya presi-den diadakan di Amerika

Syarikat pada setiap empat tahun, setiap lima tahun di India dan setiap tujuh tahun di Ireland. Pilihan raya parlimen di India, Ireland, Afrika Selatan dan United Kingdom diadakan dalam masa lima tahun selepas pilihan raya sebelumnya. Apabila ahli parlimen meninggal dunia atau meletak jawatan, pilihan raya kecil diadakan untuk memilih penggantinya.

Di kebanyakan negara demokrasi, semua rakyat yang melebihi umur tertentu (biasanya 18 atau 21 tahun) boleh mengundi, selagi mereka ber-daftar dan tidak dibatalkan hak mereka. Antara golongan yang tidak dibenarkan mengundi termasuk-lah penjenayah tertentu dan orang yang mengalami sakit mental yang teruk atau terencat akal. Di United Kingdom, ahli Dewan Pertuanan dan sebahagian kerabat diraja boleh dikecualikan daripada mengundi dalam pilihan raya umum. Di New Zealand terdapat empat pilihan raya Maori dan orang Maori boleh mendaftar dan mengundi sama ada dalam pilihan raya Maori atau pilih-an raya umum.

Pilihan raya parlimen di nega-ra Demokrasi biasanya diadakan menerusi undian rahsia. Setiap orang bebas mengundi tanpa berasa takut terhadap reaksi pihak lain. Media massa termasuklah radio, televisyen, majalah dan akhbar bebas membincangkan calon dan isu.

Di bawah sistem kerajaan berpar-limen, yang juga dikenali sebagai sistem kabinet, warganegara memi-lih ahli perundangan atau parli-men. Ketua negara – raja atau ratu

pemerintahan beraja atau presiden republik – kemudiannya memilih perdana menteri daripada ahli maj-lis perundangan. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin daripada parti majoriti dalam majlis perundangan atau ketua parti campuran.

Malaysia mengamalkan sis-tem Kerajaan Persekutuan yang demokrasi (demokrasi berparli-men). Terdapat sebuah Parlimen dan 13 buah Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Undangan Negeri hanya mempunyai satu dewan. Ahli parlimen dan ahli dewan undang-an negeri dipilih melalui pilihan raya. Parti politik yang memenangi paling banyak kerusi dalam sesuatu pilihan raya akan memerintah.

Pilihan raya di Malaysia di selia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang telah ditu-buhkan pada 4 September 1957. Ia terdiri daripada tujuh anggota iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta lima orang ahli suruhanjaya yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Kini ia dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rashid bin Abdul Rahman. Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan

dewan undangan negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas persempadanan semula yang ter-dahulu, menjalankan urusan pen-daftaran pemilih serta semakan daftar pemilih dan menjalankan pilihan raya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Bagi memastikan kelancaran pilihan raya beberapa undang-undang dan prosedur perjalanan pilihan raya perlu dipatuhi. Antaranya ialah Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Peraturan-Peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981, Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002 dan Peraturan-Peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003.

Calon pilihan raya terlibat dalam kempen pilihan raya. Kempen merupakan siri aktiviti yang dibuat bagi memancing undi untuk calon parti. Parti memi-lih calon mereka dan membantu mereka dengan menyediakan pub-lisiti. Calon bagi setiap parti pula akan membuat ucapan manakala dokumen polisi atau manifesto diterbitkan bagi menerangkan dasar parti. Para sukarelawan parti akan membantu calon untuk berkempen dengan lawatan dari

rumah ke rumah.Pada hari pilihan raya, pengundi-

an diselia oleh pegawai pilihan raya bagi memastikan undian dilakukan secara adil dan setiap undi dikira dengan sebaik-baiknya. Lazimnya, para pengundi menandakan pilihan mereka secara sulit dalam pondok undi yang ditutup. Di kebanyakan negara, pengundian dilakukan dengan menanda kertas undi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam peti undi. Di sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat, para pengundi menggunakan mesin undi yang secara automatik merakam-kan setiap undi. Bagi memperbaiki proses pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kali ini telah melakukan perubahan dengan mem-perkenalkan 50,000 kotak buangan undi yang lutsinar dan penggunaan dakwat khas yang mampu bertahan selama 48 jam untuk menanda kuku para pengundi. Bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, bebas serta adil sepanjang tempoh berkempen dan pembuangan undi, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan bagi memelihara dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini.

Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai pili-han raya, sistem kabinet dan kerajaan Malaysia para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia jilid 13 dan 17.

KEHANGATAN pilihan raya dapat dirasakan melalui perang poster dan bendera oleh parti-parti bertanding.

BH PILIH L5 20 (emel)

TEROKAIENSIKLOPEDIA

DUNIASIRI KE-22

Pilihan Raya

SUASANA pengiraan undi di St. John's Institution, Kuala Lumpur tahun 1959.